Kelambu
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Kelambu

on

  • 2,688 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,688
Views on SlideShare
2,688
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
78
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kelambu Document Transcript

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI / TAHUN 2012 HBAE 1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUALNO. MATRIKULASI : 821017045386001NO. KAD PENGNEALAN : 821017045386NO. TELEFON : 0196080288E-MEL : haya_ti1982@yahoo.comPUSAT PEMBELAJARAN : OUM KAMPUS MELAKA
  • 2. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103SENARAI KANDUNGAN : Muka SuratSenarai kandungan........................................................................................ 1Penghargaan ................................................................................................. 2Pendahuluan.................................................................................................. 3Karya Keindahan Alam Semulajadi ……………………………………... 4Sinopsis Karya………………..……………………………………………. 5-6Apresiasi Seni Pelukis Malaysia……………………………………………. 7-15Penutup.................................................................................................... 16Rujukan................................................................................................. 17 1
  • 3. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103Penghargaan Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasanpendidikan jasmani ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada tutor saya iaitu Pn. NurulHuda bt Mohamed kerana beliau telah banyak memberikan tunjur ajar dan garis panduan yangtelah diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajarbeliau tidak mungkin tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada suami tercinta terima kasih yang tidak terhingga di atasdorongan dan pengorbanan, ahli keluarga serta kawan-kawan yang telah memberi sumbanganberbentuk idea kepada saya untuk menambahbaik lagi tugasan ini. Segala pendapat dan tunjurajar kalian sememangnya amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Kepada rakan sekelas, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah andaberikan secara langsung mahupun tidak langsung. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang telahmembantu dari segi sokongan moral. Akhir kata dari saya terima kasih kepada semua yang telahmembantu untuk menjayakan tugasan ini. Norhayati binti Noor Mohamed 821017045386 HBAE 1103/OUM/JAN/2012 2
  • 4. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103Pendahuluan Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandaitukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara merekabekerja, bagaimana mereka memilih tema dan „subject matter‟ serta gaya dan stail mereka.Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Hal inidisebabkan oleh, ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadapsesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehanmembuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation such asdefining, valuing and explaining” Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas.Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadarmeningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seniseperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh.Apresiasi senisecara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yangdifikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaankata yang cukup mengenai seni yang diperlukan. Objektif apresiasi ialah memahami dan bertindak terhadap aspek seni. Selain itu,mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan, menghasilkan karya (produk seni),memahami seni dan hubungannya serta membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dankualiti karya seni. Apresiasi sini membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertianunsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung di dalam sesebuah hasil seni dankraf. Ianya juga dapat memberi gambaran hubungkait diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasilseni berdasarkan persepsi visual. Melaluinya juga kita boleh melihat perhubungan antara kerjasendiri dengan kerja-kerja orang lain dimana ini akan dapat membentuk keyakinan dankefahaman terhadap bidang seni. 3
  • 5. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 4
  • 6. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103MenggambarKarya lukisan ini adalah bertemakan Keindahan Alam Semulajadi. Karya ini di lukis denganmenggunakan tiga teknik menggambar iaitu lukisan, catan serta percikkan. Terdapat sesetengahunsur di dalam karya ini di hasilkan daripada corak tidak terancang iaitu dengan menggunakanteknik tiupan. Garisan yang digunakan berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan„outline‟. Objek yang dilukis memenuhi ruang. Warna-warna pada rumput yang seakanmenampakkan persamaan dan warna boleh mewujudkan ton.Contohnya daun rumput yang mudaadalah lebih cerah berbanding dengan warna yang terbentuk pada daun-daun rumput yang lebihtua.Melalui contoh lukisan di atas, penggunaan ton semasa mewarna daun akan dapatmenimbulkan kesan keselesaan, keseragaman serta kesatuan pada objek yang dihasilkan.MenganalisaKomposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri dimana gambar disusundengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej lautan yang berada ditengah-tengahkomposisi menguatkan lagi keseimbangan didalam karya ini. Selain itu, penggunaan perspektiftelah mewujudkan komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapat imej yang beradadihadapan, ditengah dan juga berada dibelakang. Bayang pada air laut juga lebih menjelaskankomposisi hadapan, tengah dan belakang melalui pencahayaan yang diterapkan. Warna yangdigunakan oleh pelukis merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh warna coklat yangmelambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan suasana di pinggir laut. Tona yangdigunakan pula lebih kearah tona pudar bagi menimbulkan suasana petang . Namun tidakkesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat bosan, masih terdapat penggunaanwarna yang cerah terutamanya pada gambar dalam catan tersebut dan ini telah memberi fokuskepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna amat berkait rapat dengan media yang digunakanoleh pelukis didalam karya tersebut. Media yang digunakan didalam karya tersebut ialah cat air. 5
  • 7. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103TafsiranApabila melihat kepada karya pelukis, amat jelas tergambar bahawa makna yang ingindisampaikan adalah berkaitan dengan keindahan alam semulajadi . Pemandangan seperti inihanya dapat di lihat dikampung-kampung persisiran pantai yang masih mengekalkan ciri-cirialam semulajadinya. Kelihatan pokok-pokok bakau yang masih utuh berdiri menantikan ombaklaut datang mambadainya. Burung-burung camar terbang berkumpulan untuk pulang ke sarangdan meninggalkan pantai yang kesepian. Pokok-pokok niur melentuk-lentuk di tiup sang bayupetang menggambarkan ketenteraman pelukis sewaktu menghasilkan karyanya. Dengan aruspembangunan moden yang sedang pesat berkembang ini tidak banyak pantai yang dapatmempertahankan keindahan semulajadi pantainya. Oleh itu pelukis mengambil inisiatif untukmelakarkan karya ini bagi tatapan generasi akan datang.PenilaianPelukis menghasilkan karya ini berdasarkan kepada pengalamannya. Hasil daripada persepsinyapelukis telah mengadaptasikan pengalaman untuk diolah dalam bentuk lukisan. Fungsi karya iniadalah untuk menyedarkan kepada masyarakat terhadap khazanah alam semulajadi yang kitamiliki. Khazanah ini perlu dipelihara agar tidak terhapus dek kerakusan pembangunan modendizaman ini. Ia juga merupakan salah satu ekosistem yang terpenting dalam keseimbangan alam.Khazanah alam semulajadi yang kita miliki hari ini amanah yang perlu di jaga untuk tatapangenerasi akan datang. Jangan disuatu hari nanti pokok bakau juga sudah tidak dikenali manakalakeindahan warna si camar juga telah dilupakan. 6
  • 8. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Pelukis : Dzulkifli Buyong Tajuk : Kelambu (1964) Media : PastelMenggambar Karya ini menggambarkan lima imej gambar wanita dan juga imej kelambu yang menjaditajuk kepada karya ini. Setiap gambar yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watakyang tersendiri. Seorang perempuan tua yang berbaju hijau dan bersanggul memainkan wataksebagai seorang ibu. Manakala empat gambar didalam karya tersebut membawa watak sebagaianak gadis. Kesemua gambar didalam karya tersebut adalah sebuah keluarga. Gambar-gambardidalam karya tersebut menunjukkan bahawa kesemua mereka sedang melakukan aktivitimasing-masing. Karya tersebut juga memperlihatkan suasana di dalam bilik dimana situasi yangdirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama. Gambar-gambar yangberperanan sebagai anak gadis menunjukkan mereka sedang melakukan aktiviti, seorangdaripada mereka sedang termenung di jendela sambil menikmati keidahan malam denganmelihat kerlipan bintang dan hembusan bayu malam, seorang lagi sedang membaca buku didalam kelambu, terdapat seorang anak yang sedang mengikat tali kelambu untuk 7
  • 9. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103digantungkannya dan seorang lagi meletakkan badannya keatas kelambu dengan memaparkaneksperesi muka yang begitu manja sambil menikmati suasana malam yang hening. Gambar yangberperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat nyamuk bagi mengelakkan dari gigitannyamuk dan kemungkinan dia tidur di luar kerana kelambu yang dipasang kelihatan kecil. Warna yang digunakan pula lebih kepada warna-warna coklat serta mempunyai tonyang gelap. Di dalam karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti masyarakatMelayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada gambar iaitu kain batik, baju kurung,pelita dan juga motif seperti sulaman pada bantal. Selain itu perwatakan serta karakter gambartersebut juga memperlihatkan nilai kemelayuan dari apa yang dilihat pada rambut gambar ibuyang bersanggul.Menganalisa Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri dimana gambardisusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada ditengah-tengah komposisi menguatkan lagi keseimbangan didalam karya tersebut. Bayang pada kelambudan juga dinding bilik lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah dan belakang melaluipencahayaan yang diterapkan. Warna yang digunakan oleh pelukis merupakan warna-warna yang mendapat pengaruhwarna coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan suasanakampung. Tona yang digunakan pula lebih kearah tona gelap bagi menimbulkan suasana malam .Namun tidak kesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat pudar, masih terdapatpenggunaan warna yang cerah terutamanya pada gambar dalam catan tersebut dan ini telahmemberi fokus kepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna amat berkait rapat dengan mediayang digunakan oleh pelukis didalam karya tersebut. Aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat dilihat dengan jelas dan pelukisbanyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta prinsip seni dalam karyanya Selain itu,penggunaan perspektif telah mewujudkan komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapatimej yang berada dihadapan, ditengah dan juga berada dibelakang. 8
  • 10. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Media yang digunakan didalam karya tersebut dan hampir kesemua karya beliau adalahpastel. Melalui penggunaan media itu sendiri, telah terlihat karektor yang ingin disampaikan olehbeliau iaitu tema zaman kanak-kanak. Dengan pengaplikasian elemen dan prinsip seni, semakinjelas bahawa perkembang pendekatan barat semakin kuat bertapak dalam seni moden Malaysia. Seni moden Malaysia semakin berkembang dan mewujudkan gayanya yang tersendiri.Apa yang menarik mengenai visual yang ditampilkan oleh Dzulkifli Buyung dalam setiapkaryanya adalah pengolahan imej gambar yang lebih menjurus kearah imej lukisan kanak-kanakdan berbentuk seni naif. Beliau telah membentuk sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan jugabagi seni tampak moden.Tafsiran Karya ini jelas menggambarkan makna yang ingin disampaikan bahawa ia adalahberkaitan dengan keindahan budaya Melayu. Walaupun dengan hanya mengambil situasi yangmudah sebagai contoh situasi sebuah keluarga ketika hendak tidur, namun penekanan yang amatberat terkandung disebalik karya tersebut. Apa yang dapat dijelaskan adalah karya inimengandungi sentimen kasih sayang di dalam sesebuah keluarga. Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut memaparkan nilai pengorbananseorangibu demi anak-anaknya dimana, melalui visual yang diwujudkan, si ibu berkemungkinantidur diluar sebaliknya anak-anak gadisnya pula tidur di dalam kelambu tersebut. Si ibu sanggupmembiarkan dirinya terdedah kepada gigitan nyamuk di malam hari demi memastikankeselesaan anak-anaknya. Didalam karya tersebut, dilihat tiada katil digunakan dan keluargadidalam catan tersebut tidur hanya beralaskan tilam menggambarkan kesusahan hidup mereka.Melihat dari konteks kebudayaan Melayu, kasih sayang merupakan salah satu elemen yang amatditekankan didalam masyarakat. Kasih sayang merupakan suatu perkara yang amat indah dan ianya seringkali diterapkandi dalam masyarakat Melayu melalui pelbagai cara seperti didalam pepatah dan peribahasaMelayu. Orang Melayu dahulu mungkin tidak mempunyai kekayaan dari segi harta benda danmaterial, namun mereka kaya dengan kasih sayang yang cukup membuatkan hidup mereka 9
  • 11. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103gembira. Kebijaksanaan Dzulkifli Buyung didalam menghasilkan karya jelas dimana beliaumampu untuk menggunakan metafora atau perumpamaan yang amat mudah didalammenyampaikan ideanya yang membawa makna yang mendalam. Karya-karya yang dihasilkanoleh beliau banyak menumpukan kepada tema zaman kanak-kanak. Karya beliau menunjukkankegembiraan, kenakalan, keharmonian dan keriangan zaman kanak-kanak melalui aktiviti harianmereka. Kanak-kanak digambarkan bermain dengan riang dan berjenaka didalam pesekitarantempatan yang menggambarkan motif serantau didalam identiti tempatan . Dzulkifli Buyungmungkin mendapat pengaruh yang amat besar daripada guru beliau iaitu Patrick Ng Kah Onn,namun melalui pengolahan serta stailisasi yang dilakukan oleh beliau terhadap gambarmempunyai karektor kartun dan karikatur telah membentuk identitinya yang tersendiri dan lebihmenampakkan kebudayaan tempatan. Didalam karya tersebut juga, apa yang dapat dilihat secaratersurat adalah identiti budaya tempatan melalui penggunaan imej seperti kelambu, kain batik,bantal serta suasana bilik.Kelambu merupakan pelindung yang digunakan oleh masyarakatMelayu terutamaya masyarakatkampung untuk melindungi dari gangguan nyamuk ketika waktutidur.Penilaian Perkara yang tidak dapat disangkal apabila melihat karya bertajuk Kelambu olehDzulkifliBuyung adalah kebijaksanaan beliau didalam menyampaikan mesej mengenai keindahankebudayaan Melayu di dalam karyanya. Walaupun berlainan dari sudut konteks penyampaiaan,iaitu melalui pendekatan seni tampak moden, namun beliau masih tidak lupa mengenaikeindahan serta kecantikan kebudayaan Melayu. Mungkin pengalaman hidup beliau telahmenyebabkan beliau terdorong untuk menghasilkan karya-karya yang merakamkan kenanganzaman kanak-kanak didalam karyanya. Apa yang penting adalah bagaimana beliau melihat situasi yang amat mudah, mempunyaielemen-elemen estetik untuk dizahirkan didalamkarya. Dengan menyelitkan keindahankebudayaan Melayu, karya yang dihasilkan oleh beliau menjadi sesuatu yang cukup kuat darisegi penceritaan serta keindahan warisan kebudayaan.Secara peribadi, saya menyatakan bahawa 10
  • 12. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103karya Dzulkifli Buyung banyak menyentuh emosi, jiwa serta kenangan sewaktu kecil. Mungkinkerana saya juga pernah mengalami serta merasai situasi tersebut sewaktu kecil dahulu ketikaberada di kampung. Setiap imej yang dipaparkan didalam karya beliau seperti bantal, kelambu,pakaian, suasana bilik, serta situasi melambangkan keindahan masyarakat Melayu. Mengambilcontoh bantal dan juga kelambu didalam karyatersebut, jelas bahawa masyarakat Melayu suatuketika dahulu memang menggunakan peralatan tersebut didalam kehidupan seharian mereka,bantal yang mempunyai sulaman bunga dan kelambu yang diikat pada penyangkut. Perkara tersebut merupakan identiti yang dimiliki oleh orang Melayu walaupun ianyahanya peralatan harian namun ianya mengandungi nilai sentimental yang amat tinggi dan jugaberkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Dzulkifli Buyung melihatperkara-perkara tersebut sebagai suatu saat yang penting untuk dizahirkan didalam karya beliau.Karya tersebut dihasilkan pada tahun 1964 danianya masih kekal sehingga ke hari ini.Masyarakat kini mungkin tidak mengenali dan menggunakan kelambu sebagai salah satuperalatan di dalam kehidupan mereka walhal, ianya pernah menjadi sesuatu yang sinonimterhadap kehidupan masyarakat Melayu. Lantas, ianya menjadikan karya tersebut sebagai catatanserta dokumentasi mengenai keindahan budaya Melayu, sesuatu yang amat penting kepadasejarah seni moden Malaysia dan juga masyarakat secara umumnya. Karya tersebut menjadi jaminan didalam memelihara salah satu kebudayaan sertakeindahan masyarakat Melayu agar terus dikenali oleh generasi akan datang. Memang sudahternyata dengan jelas bahawa fungsi sesebuah karya seni adalah sebagai sebuah dokumentasididalam mencatat perjalanan sejarah kerana ianya wujud didalam tempoh masa tertentu. Danapabila melihat terhadap karya Dzulkifli Buyung, dapat dibuktikan bahawa ianya merupakancatatan sejarah yang penting terhadap masyarakat lebih-lebih lagi apabila pengkarya begitu pekaserta menitikberatkan elemen kebudayaan didalam karyanya. Seperkara lagi yang menjadikankarya ini sebagai sebuah karya yang sangat kuat dan berjaya adalah elemen kasihsayang antarakeluarga yang ditonjolkan secara tersirat didalam karya ini. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, masyarakat Melayu amat menitikberatkan kasihsayang didalam kehidupan seharian sehinggakan wujud peribahasa seperti air dicincang tak akanputus dan pelbagai lagi. Kasih sayang diterapkan didalam setiap aktiviti, perlakuan danperbuatan. Jika orang barat memerlukan televisyen untuk mereka duduk meluangkan masa 11
  • 13. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103bersama keluarga, masyakat Melayu sebaliknya dapat menunjukkan aliran nilai kasih sayangmereka dengan hanya berbekalkan sebuah kelambu dan melalui aktiviti yang begitu mudah danasas iaitu tidur . Begitulah apa yang divisualkan oleh Dzulkifli Buyung didalam karyanya. BeliauBerjaya membuktikan bahawa setiap detik di dalam kehidupan masyarakat Melayu biarpun daripengalaman kanak-kanak ataupun melalui situasi yang amat mudah, mempunyai keindahannyayang tersendiri. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya tersebut Berjayamencapai darjah yang tinggi didalam tahap nilai estetik kerana telah meliputi kecemerlangan darisegi aspek formal serta makna yang terkandung. 12
  • 14. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Pelukis : Abdullah Arif Tajuk : Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya (1960) Media : Cat AirMenggambar Pelukis menghasilkan karya ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karyaini menggambarkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah.Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjaditatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalamandiri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini pentingsebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Iajuga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasiakan datang. Gambar didalam catan tersebut memperlihatkan teknik melombong secara tradisionaltanpa menggunakan kaedah kapal korek. Ia juga memperlihatkan keadaan rumah melayu aslipada masa dahulu. Kedapatan pekerja lombong bijih yang sedang menjalankan aktiviti 13
  • 15. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103melombong. Pelukis juga menggambarkan tentang kekayaan hasil bumi Malaya pada masatersebut iaitu bijih timah yang merupakan sumber pendapat terbesar suatu ketika dahulu.Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawanseni sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air. Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik „wash‟ dan bersifat konsistenadalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat danteliti dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yangdikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.Menganalisa Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktivitimelombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengankeutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan cahaya, eksplorasi kecairan„wash‟ yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu dilatar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang datangdari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi tengah,dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik beratkan.Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedangmencangkul dan mengandar bijih. Penonjolan „wash‟ atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yangtersendiri ini adalah sifat „wash‟ itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan.Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepadakekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu dikomposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yangbasah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup danberkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itusendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten. 14
  • 16. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asaskomposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu daninilah ciri-ciri istimewa catan air. Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepadacatan air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas.Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis.Tafsiran Subjek yang ingin ditonjolkan dalam hasil seni ini ialah kawasan yang menjadiperlombongan bijih timah suatu ketika dahulu. Simbol bekerjasama terdapat pada tiga imejfigura yang sedang mencangkul dan mengandar bijih. Metafora ini lebih menggambarkan kepadakehidupan masyarakat cina pada zaman dahulu. Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya iniyang membantu satu ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesanketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yangdimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contohpancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang diserlahkan kecairan.Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.Penilaian Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yangmendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kitabersama menikmati keindahan alam. Karya ini juga berdasarkan kepada pengalaman yang dilaluioleh pelukis untuk dikongsi bersama bagi tatapan generasi akan datang. 15
  • 17. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103Penutup Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkajidan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal inimemungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang senisecara umumnya. Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuahkarya itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentukdan makna karya secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikanseni menampilkan diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan merekameletakkan seni pada konteks ruang dan masanya. Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha merekameletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembanganseni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan,kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga. Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai aspekkarya seni visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik yang baik,seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni sertaberpengetahuan luas. Dia seharusnya berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama adasecara lisan ataupun tulisan. Dia juga sewajarnya bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsipengalaman dan pengetahuan dengan khalayak, serta mempunyai kejelasan pemikiran danekspresi. Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspekkeindahan dan harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan keupayaanmenyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme bermaksud pertimbanganberdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya dalam konteks sesuatuinstitusi, masyarakat dan negara. 16
  • 18. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103RujukanRousliluddin Ambia. Pengenalan Pendidikan Seni Visual. (2011) Selangor. Meteor Doc.. SdnBhd.Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual KBSR danKBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan PustakaKathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.Dewan Bahasa dan PustakaKuala LumpurSalawati Hj Abdul Wahab (2008) .Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan Seni:OpenUniversiti Malaysia 17