• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Materialisme
 

Materialisme

on

  • 2,696 views

Sejarah kemunculan, penyelewengan dan sanggahan.

Sejarah kemunculan, penyelewengan dan sanggahan.

Statistics

Views

Total Views
2,696
Views on SlideShare
2,696
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
80
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Materialisme Materialisme Presentation Transcript

    • STPM: USULUDDIN 2, TAUHID: PENYELEWENGAN PEMIKIRAN SEMASA: MATERIALISME
    • PENYELEWENGAN AKIDAH: MATERIALISME Kepercayaan materialisme merupakan sebahagian penyelewengan yang berlaku semenjak tamadun awal manusia yang mempercayai kewujudan hanyalah melalui unsur nyata dan realiti. MATERIALISME berasal daripada yunani ‘MATERIA’ yang bermaksud benda( yang berjirim dan berjisim). Materialisme ialah satu fahaman yang menganggap kewujudan hanyalah berunsurkan material lalu pemikiran, jasad, pengetahuan, alam dan sebagainya semuanya berkembang dan berasaskan material. Fahaman ini menolak kewujudan spritual, metafizik dan unsur ghaib.
    • SEJARAH PERKEMBANGAN MATERIALISME 1. Muncul semenjak zaman falsafah Yunani pada kurun ke-4 SM oleh Democritus . Beliau antara pemikir pertama mencetuskan konsep atom sebagai asas kewujudan. Atom tunggal ini mempunyai tabiat automatik untuk memperkembangkan bentuknya sehingga mewujudkan alam semesta. Atom ini mempunyai kuasa sendiri yang mempunyai unsur penarikan dan penolakan. Gambar Democritus, kerajaan greek masih mengekalkan sejarah dengan meletakkan Wajah Democritus dan teori atom pertamanya pada wang kertas.
    • Selepas Democritus, ramai ahli sains termasuk Ibnu Sina dan saintis Eropah telah mengkaji atom, masing-masing membawa model dan penjenisan unsur atom tersendiri.
    • Teori Big Bang, ada kaitan dengan perkembangan alam semesta melalui atom tunggal yang berkembang sehingga mewujudkan alam .
    • 2. Falsafah ini diteruskan oleh Epicurus pada kurun ke-3 SM melalui konsep kewujudan hanyalah melalui alam realiti bukannya alam ghaib atau metafizik. Beliau dianggap bapa Materialisme kerana menolak kewujudan spirtiual dan fahaman idealisme Plato serta Neo Platonisme. Epicurus, tokoh Yunani pertama yang berjaya membuang rasa takut masyarakat Eropah tentang kehidupan selepas mati. Bagi beliau, mati tidak perlu ditakutkan kerana kehidupan sekarang lebih baik daripada mati. Beliau kemudian mula cenderung kepada alam realiti serta menolak unsur-unsur ghaib dan spriritual. Beliau membahaskan materialisme dan realisme sehingga dianggap bapa Materialisme dan Ateisme di kalangan pemikiran orang Eropah dan barat.
    • 3. Falsafah Materialisme moden kemudiannya dicetuskan oleh Thomas Hobbes pada kurun ke-16 M. Beliau banyak berbahas tentang fenomena fizik dan menolak metafizik. Thomas Hobbes, pemikir dan filosuf dari Wiltshire, England yang memperkenalkan fahaman Emprisme. Iaitu fahaman yang menganggap sesuatu hasil atau keputusan mestilah melalui pengalaman dan eksperimen secara pancaindera bukannya maklumat teori, norma masyarakat atau asas agama semata-mata. Fahaman Empirisme ini telah menyemarakkan lagi fahama Materialisme dan penolakan terhadap kepercayaan Metafizik dan alam ghaib.
    • 4. Seterusnya fahaman ini dikembangkan oleh David Hume pada kurun ke-17 dimana beliau menolak konsep penciptaan alam oleh tuhan. Alam ini berkembang melalui konsep sebab dan akibat secara tersendiri dan tidak dikawal. 5. David Hume telah membangkitkan banyak ahli sains Eropah seperti Copernicus, Galileo dll yang mengkaji persoalan sebab akibat di sebalik fizik alam dengan mengenepikan soal agama dan tuhan. David Hume, pemikir dan filosuf dari Scotland, England yang menyemarakkan fahaman Emprisme. Beliau mengajak masyarakat menumpukan persoalan realiti dan material, membuat kajian eksperimen dan pemerhatian pengalaman. Beliau antara tokoh yang membangkitkan renaisance di Eropah suatu ketika dahulu. Seruannya telah melahirkan ramai ahli sains yang tegar terhadap sistem monopoli ilmu oleh gereja.
    • 6. Akibatnya, ramai paderi telah menindas dan menghukum golongan sains dan telah menyemarakkan pemikiran anti agama di kalangan masyarakat Eropah sehingga menyebabkan materialisme dan sekularisme berkembang pesat. Galileo Galilee, pemikir dan ahli sains yang membuat kajian dengan teleskop bahawa bumi dan bulan berbentuk bulat. Idea tersebut di tentang oleh pihak gereja yang menganggap bumi ini leper dan ada penghujungnya. Beliau kemudian dihukum penjara. Beliau juga mengemukakan teori graviti bahawa semakin berat sesuatu semakin kuat tarikan garviti bumi.
    • Sebuah lukisan purba greek menunjukkan bumi tidak bulat, tetapi leper dan ia sentiasa dipikul oleh dewa pemegang bumi bernama Atlas. Filosuf Yunani, Ptolemi cenderung mengatakan bumi adalah leper dan fahaman ini telah dipercayai oleh orang Eropah terutamanya golongan gereja sehingga kurun ke 16M. Galileo dikatakan telah mencetus idea baru tentang bulatnya bumi. Padahal al-Quran sebelum itu awal-awal lagi membahasakan bumi yang bulat.
    • Nicolaus Copernicus, seorang ahlis sains dan bekas paderi yang mengkaji dengan teleskop bahawa matahari adalah pusat kepada kitaran dan peredaran planet termasuk bumi. Idea ini bertentangan dengan pihak gereja yang mengatakan bumi tidak bergerak tetapi matahari yang mengelilinginya. Beliau dianggap murtad oleh kaum gereja dan dihukum bunuh dengan dibakar hidup-hidup. Tindakan gereja ini telah membangkitkan rasa benci orang Eropah kepada institusi agama lantas berlakukan penolakan terhadap agama sehingga sekular muncul.
    • PEMIKIRAN MATERIALISME DAN PENYELEWENGANNYA 1. Menolak persoalan ghaib , metafizik atau perkara yang tidak mampu di taakuli dengan pancaindera dan eksperimen. Bagi fahaman ini, kewujudan yang sebenarnya hanyalah melalui dunia realiti yang dapat dilihat, dirasa dan didengar. Adapun kepercayaan perkara ghaib seperti roh, tuhan, malaikat, jin dan syaitan adalah karut. Histeria, golongan fizik mengatakan ianya disebabkan ganguan mental dan sistem peredaran elektrik dan darah dalam badan. Mereka menolak kononnya ada jin yang merasuk. Manakala ahli metafizik percaya ianya di luar kajian fizik dan logik kesihatan, ianya ada kaitan dengan makhluk halus yang tidak dapat melalui kajian eksperimen, iaitu..jin.
    • 2. Akal ialah sumber pengetahuan utama . Akal merupakan tempat pergantungan bagi manusia. Manusia perlu berusaha dengan akalnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah bukan mengikut mana-mana kepercayaan atau norma dan adat sesuatu masyarakat. Sesuatu perkara yang di luar taakulan akal seperti pemahaman perkara ghaib adalah luar kuasa akal dan ianya ditolak. Manusia tidak boleh menerima teks agama kerana ia mengandungi banyak perkara di luar taakulan akal dan ianya tertolak. Bagi materialisme, akal dan minda serta pancaindera adalah sumber pengetahuan utama, bagi mereka pengetahuan berasaskan agama bukanlah rasional justeru ia terkeluar daripada konsep pengetahuan sebenar. Manusia perlu memaksimakan tahap rasional mereka bagi mendapatkan pengetahuan yang lebih tepat, pragmatik dan realistik.
    • 3. Asal usul kejadian alam dan manusia adalah secara kebetulan, automatik dan secara tidak sengaja . Fahaman ini menolak konsep penciptaan tuhan. Konsep ini telah menyebabkan munculnya fahaman evolusi yang antara pencetusnya ialah Charles Darwin. Bagi mereka, alam ini berkembang melalui “Natural Selection” iaitu suasana alam sekelliling yang menentukan kewujudan dan evolusi makhluk bukan kuasa ciptaan tuhan. Bagi materialisme, alam berkembang dari satu atom dan perkembangan serta evolusi ini berlaku melalui kuasa tarikan dan tolakan dalam sistem atom. Kejadian organisma hidup pula bermula daripada satu sel kemudian berkembang secara sendiri tanpa kawalan lain untuk berevolusi sehingga ke tahap organisma paling hebat, setakat ini manusia. Gambar sebelah bapa evolusisme, Charles Darwin.
    • 4. Manusia perlu memaksimakan kenikmatan dan mengurangkan kesengsaraaan . Fahaman ini menolak konsep alam akhirat dan menganggap kehidupan hanyalah di dunia semata. Justeru manusia perlu melakukan apa saja kehendak mereka demi mencapai nikmat kepuasan di samping cuba untuk mengurangkan kesengsaraan dan keperitan. Apabila hidup manusia berakhir, maka berakhirlah segala nikmat dan tiadalah konsep pembalasan. Bagi materialisme, kemewahan dan keselesaan di dunia adalah matlamat utama kehidupan. Justeru manusia perlu berusaha dengan tenaga dan rasionalnya untuk mengecapi keselesaan dunia dan menghindari keperitan hidup. Bagi mereka, ajaran Epicurus adalah benar kerana tiada lagi kehidupan selepas kematian.
    • 5. Keperluan asasi manusia adalah makanan, perlindungan dan seks. Manusia perlu memenuhi ketiga kehendak ini dengan semaksimanya. Manusia juga bebas melakukan seks sepertimana idea yang dicetuskan oleh Sigmund Freud. Amalan seks bebas mampu merawat penyakit sosial dan mental di kalangan manusia. Bagi materialisme, hidup hanyalah untuk memuaskan keperluan makanan, tempat tingaal dan seks. Manusia bebas untuk melakukan apa saja bagi mendapatkan keperluan tersebut. Sigmund Freud(sebelah kiri) pernah mengatakan faktor tekanan mental dan masalah psikologi berpunca dari agama yang menekankan kehendak manusia terutamanya seks.
    • JAWAPAN ISLAM KEPADA PENYELEWENGAN MATERIALISME 1. Perkara fizik sebenarnya amat berkait dengan unsur metafizik. Manusia secara naluri dan fitrahnya tetap merasai kewujudan tuhan yang mencipta dan mengawalkan alam ini dengan banyak bukti sains dan akal. Pandangan ini juga banyak diketengahkan oleh pemikir-pemikir barat termasuk Plato dan Aristotle yang mempercayai konsep tuhan sebagai asas kewujudan. Ramai saintis percaya akan kewujudan tuhan berbanding mereka yang tidak mempercayainya. Sebagai contohnya, tokoh sains paling hebat zaman ini iaitu Albert Einstein dan Dr. Francis Collins turut mempercayai tuhan sebagai asas penciptaan alam
    • I see DNA, the information molecule of all living things, as God's language, and the elegance and complexity of our own bodies and the rest of nature as a reflection of God's plan. Dr.Francis Collins, Saintis Biologi dan pakar DNA terhebat mengakui tuhan Albert Einstein, Saintis Fizik Kuantum terhebat abad ini juga mengakui tuhan "I want to know how God created this world, I am not interested in this or that phenomenon, in the spectrum of this or that element. I want to know His thoughts, the rest are details." Sir Isaac Newton, saintis pertama membahaskan soal graviti bumi In the system of physics, God is essential to the nature and absoluteness of space and to the most beautiful system of the sun, planets, and comets, could only proceed from the counsel and dominion of an intelligent and powerful Being.
    • 2. Akal masih lemah untuk mengetahui perkara-perkara tertentu. Bahkan manusia sendiri sukar untuk mengetahui hakikat diri mereka melainkan berpandukan kepada pengetahuan daripada tuhan yang dijelmakan dalam teks Quran dan Sunnah. Imam as-syafie pernah mengatakan: Sesungguhnya akal mampunyai sempadan dan kelemahannya sepertimana mata yang mempunyai sempadan dan kelemahan dalam melihat. Pemikir Yunani, Plato misalnya mengatakan pengetahuan yang paling tinggi bukanlah dari akal tetapi dari ilham dan wahyu. Plato. Seorang failosuf terkenal silam yang berfahaman idealisme menganggap pengetahuan yang paling tinggi bukannya daripada akal dan pancaindera, tetapi ilham dan wahyu yang diturunkan tuhan. Beliau membawa contoh, daripada manakah orang yang pertama membina rumah mendapat pengetahuan untuk membina rumah.
    • 3. Asal usul penciptaan bukan secara sendirinya bahkan melalui kekuasaan dan kebijaksanaan Allah . Ini berdasarkan sistematiknya alam dan uniknya ciptaan makhluk di antara satu sama lain yang mustahil ini berlaku secara sendiri atau melalui konsep pilihan alam. Sebagai contohnya, bagaimanakah boleh berlaku haiwan air berubah menjadi haiwan darat dimana proses evolusi ini amat mustahil untuk dibincangkan dalam dunia sains. Pembawa fahaman evolusi ini sebenarnya tidaklah mempunyai hujah saintifik yang kuat, beliau mengetengahkan fahaman ini bertujuan melaksanakan matlamat protokol zionis iaitu menjauhkan manusia darpada agama supaya mereka mudah untuk dipengaruhi dan disesatkan.
    • 4. Manusia tidak akan mencapai kebahagiaan dan kenikmatan sebenarnya di dunia sekiranya semua manusia berusaha memuaskan nafsu dan nikmat dengan mengenepikan peraturan agama. Ini kerana undang-undang ciptaan manusia boleh berubah dan bukanlah bersifat kuasa mutlak. Justeru, manusia tanpa agama akan musnah dan huru-hara disebabkan banyak jenayah dan penindasan. 5. Kehidupan manusia tanpa konsep pembalasan selepas mati adalah sia-sia. Ini kerana kesalahan yang dilakukan oleh manusia perlu kepada pembalasan selepas kematian bagi menjamin keadilan sesama manusia. Sekiranya manusia tidak dihidupkan untuk alam selepas kematian dan pembalasan, maka manusia akan hidup bebas melakukan apa sahaja di muka bumi ini serta terbatallah konsep taklif allah kepada manusia yang berupa suruhan dan larangan. Akibatnya kehidupan di dunia akan pincang dan Allah dianggap tidak adil.
    • SEKIAN, TERIMA KASIH HASRUL BIN HASHIM GURU USULUDDIN TINGKATAN 6, SMKA(P) AL-MASHOOR PULAU PINANG.