Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

on

  • 3,018 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,018
Views on SlideShare
3,017
Embed Views
1

Actions

Likes
3
Downloads
35
Comments
0

1 Embed 1

https://www.blogger.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM) Presentation Transcript

  • 1. KAJIAN TENTANG KEPELBAGAIAN DIALEK DAERAH DALAM LAGU KURIK KUNDI NYANYIAN SITI NURHALIZA DISEDIAKAN OLEH : NORHASNIRA BINTI JUSOH NORZAHARIAH BINTI ABD MALEK NORUAJEERAH BINTI ABU BAKAR SITI HAJAR BINTI RUSLI
  • 2. • . Dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu serta berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara itu. Ciri yang menjadikan satu bahasa daerah berbeza daripada yang lain : a ) Kepelatan bunyi sebutan b ) Gaya lagu sewaktu menuturkannya c ) Perbezaan dari segi perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu Sebagai contoh, bagi perkataan pergi bentuk-bentuknya berubah menjadi [pͻyi] di Negeri Sembilan, [pi] di Utara Malaysia Barat dan [gi] di Negeri Kelantan; dan perkataan ikan pula, menjadi [ikaŋ] di Terengganu dan [ikε] di Kelantan. L A T A R B E L A K A N G
  • 3. • Arked bermaksud laluan atau lorong berbumbung atau bertutup dengan kedai-kedai kecil di kiri kanannya. Lagu-lagu tradisional Melayu boleh dibahagikan kepada dua genre dan istilah, iaitu lagu-lagu asli dan lagu-lagu rakyat. Penjenisan itu mungkin berdasarkan khalayak pendengar dan penciptanya, yang melibatkan dua golongan iaitu “istana” dan “rakyat”. Lagu-lagu asli dianggap sebagai hasil daripada budaya yang lebih tersusun, terarah, dipimpin, dan dimaksudkan untuk kalangan masyarakat istana atau terpelajar. Lagu- lagu itu telah mantap dari segi irama, lirik atau seni kata dan dengan judul yang terkenal seperti Seri Mersing, Mak Inang dan sebagainya. Ruang penyebarannya cukup luas, bukan sahaja bersifat kebangsaan malah serantau. D E F I N I S I K O N S E P
  • 4. OBJEKTIF KAJIAN Mengenal pasti dan mengelaskan jenis-jenis dialek daerah yang terdapat dalam lagu kurik kundi. Menjelaskan maksud perkataan-perkataan dalam dialek daerah tersebut. Membandingkan penggunaan dialek-dialek daerah tersebut dengan bahasa Melayu baku.
  • 5. KEPENTINGAN KAJIAN Untuk menambahkan pengetahuan mengenai jenis-jenis dialek daerah di dalam beberapa buah negeri di Malaysia Untuk dijadikan panduan dalam aspek komunikasi antara masyarakat yang berlainan dialek Untuk menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan dialek-dialek daerah di Malaysia
  • 6. SKOP KAJIAN Fokus kajian adalah berkaitan dengan jenis-jenis dialek yang terdapat dalam lagu Kurik Kundi. Hal ini berkaitan dengan aspek vokal dalam dialek daerah tersebut Kajian ini turut dijalankan untuk mengetahui maksud penggunaan istilah dialek yang digunakan. Kajian ini juga dilaksanakan untuk membandingkan penggunaan dialek-dialek daerah tersebut dengan bahasa Melayu baku.
  • 7. BATAS KAJIAN Kajian ini berdasarkan sebutan bahasa-bahasa dialek yang dituturkan oleh informen dari negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Kajian ini berasaskan golongan informen yang datang daripada golongan berpendidikan dan tidak berpendidikan Kelainan pengucapan dalam negeri-negeri tersebut diperhatikan daripada intonasi ayat.
  • 8. KAEDAH KAJIAN MENDAPATKAN BAHAN ATAU DATA MENGANALISIS DATA K A J I A N K E P U S T A K A A N K A J I A N L A P A N G A N
  • 9. KAJIAN KEPUSTAKAAN Melalui kaedah ini, pengkaji telah mengunjungi Perpustakaan Awam di bandar Permaisuri untuk menjalankan penyelidikan dengan cara merujuk buku rujukan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, pengkaji turut menggunakan kemudahan Information Communication of Technology (ICT) dengan melayari laman sesawang berkaitan kajian yang dijalankan.
  • 10. TEMU BUAL Melalui kaedah temu bual secara tidak formal, pengkaji telah menemu bual orang persendirian untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan skop kerja kursus. KAJIAN LAPANGAN
  • 11. MENGANALISIS DATA Pengkaji telah menganalisis data dengan mempersembahkan istilah- istilah dan maksudnya dalam bahasa baku melalui jadual.
  • 12. DAPATAN KAJIAN •Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. DAERAH CONTOH KEDAH hang, depa PERAK memikio, maghi NEGERI SEMBILAN boghadat, bobudi KELANTAN kucar lembe, napok SABAH bubut, limpas SARAWAK madah, kame A ) Pengelasan jenis-jenis dialek daerah yang terdapat dalam lagu kurik kundi.
  • 13.  Dialek Negeri Sembilan merupakan bahasa daerah yang mempunyai pelbagai perbezaan dan kelainan dari segi cara pengucapan dialek dalam kelompok tertentu walaupun terdapat ciri-ciri kesamaan.  Dialek Kelantan pula dituturkan oleh penduduk yang mendiami daerah-daerah sempadan Kelantan-Terengganu, Kelantan-Pahang, dan juga beberapa daerah dalam wilayah Selatan Thailand seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala dan Patani untuk menyampaikan maklumat penting.  Dialek bahasa Melayu Sabah ialah bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat di Sabah.  Dialek Sarawak atau bahasa Melayu Sarawak ialah bahasa daerah yang digunakan oleh penduduk yang berbangsa melayu di Sarawak dalam perbualan seharian.
  • 14. Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku Kedah Hang Depa Kamu/ Depa Mereka Contoh : Hang dok pi hang dok mai Maksud dalam bahasa melayu baku : Kamu tidak pergi kamu tidak datang Jadual 1 : Dialek Daerah Kedah B ) Maksud perkataan-perkataan dalam dialek daerah
  • 15. Contoh : Bunyinyo tidoklah serupe Maksud dalam bahasa baku : Bunyinya tidaklah serupa Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku Perak Maghi Serupe Mari Serupa Jadual 2 : Dialek Daerah Perak
  • 16. Contoh : Yo sungguh yo bonar Maksud dalam bahasa baku : Ya betul ya benar Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku Negeri Sembilan Yo sungguh Yo bonar Ya / betul sungguh Ya / betul benar Jadual 3 : Dialek Daerah Negeri Sembilan
  • 17. Contoh : Teghtek teghning oghe kito Maksud dalam bahasa baku : Sopan santun orang kita. Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku Kelantan Teghtek teghning Oghe Sopan santun orang Jadual 4 : Dialek Daerah Kelantan
  • 18. Contoh : Lalu limpas siring semalu Maksud dalam bahasa baku : Lalu tepi semalu. Negeri Istilah Perkataan Bahasa Melayu Baku Sabah Limpas Siring Lepas/ Tumpang Lalu Tepi Jadual 5 : Dialek Daerah Sabah
  • 19. Contoh : Kame’ nyambut madah tuan hulurkan Maksud dalam bahasa baku : Saya sambut kata yang tuan hulurkan Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku Sarawak Madah Kame’ Kata Saya Jadual 6 : Dialek Daerah Sarawak
  • 20. Perbandingan Penggunaan Dialek-dialek Daerah Dengan Bahasa Melayu Baku C ) Sistem vokal dalam dialek Kelantan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu vokal kardinal primer dan vokal kardinal sekunder. Vokal kardinal primer terdiri daripada dua iaitu [ê] dan [a], manakala vokal kardinal sekunder terdiri daripada [i], [e], [ĕ], [u], [o], [ô]. Cara penyebutan vokal [i], [e], [u] dan [o] dalam lingkungan sistem fonologi subdialek tidak banyak berbeza dengan cara penyebutan dalam bahasa Melayu baku.
  • 21. Dialek Kelantan Bahasa Melayu Baku sapô siapa kitô kita Vokal [a] yang terdapat pada akhir perkataan dalam bahasa Melayu baku adalah sejajar dengan vokal [ô] dalam subdialek Kelantan. Contoh penggunaannya dalam perkataan ialah:
  • 22. Dialek Kelantan Bahasa Melayu Baku Oghê orang Jangê jangan Vokal [a] yang diikuti dengan konsonan nasal dalam suku kata akhir tertutup bahasa baku akan digantikan dengan vokal [ê] dalam subdialek Kelantan. Contohnya:
  • 23. Dalam dialek Kedah kewujudan rangkap vokal ditangani melalui tiga cara, iaitu diftongisasi, ambisilabifikasi dan peleburan. Seperti dialek Johor, diftongisasi menjadikan rangkap vokal [ai] dan [au] di lingkungan akhir kata muncul sebagai diftong [ai]. Contohnya, kata /mai/ direalisasikan di peringkat permukaan sebagai [mai]. Dialek Perak menggunakan strategi peleburan. Misalnya, kata /serupe/ direalisasikan sebagai [serupε], manakala kata /ape/ muncul sebagai [apε].
  • 24. Bagi negeri Sembilan, bunyi-bunyi vokal [i], [e], [a], [u] dan [ә] terdapat di awal, di tengah, dan di hujung kata dalam dialek, manakala bunyi-bunyi vokal [e] dan [o] hanya terdapat di tengah dan di akhir kata. Contoh : Tengah : /bͻnar/ ‘benar’ /bͻbudi/ ‘berbudi’ Akhir : /yͻ/ ‘ya’ /katͻ/ ‘kata’ Penggunaan vokal dan konsonan dalam dialek daerah bagi negeri Sabah dan Sarawak pula tidak ditunjukkan secara menyeluruh kerana istilah dialek yang digunakan kebanyakannya mempunyai maksud yang berbeza dalam bahasa baku.
  • 25. R u m u s a n Dapatlah dirumuskan bahawa dialek- dialek daripada sesuatu bahasa itu mempunyai ciri persamaan dan juga perbezaan. Ciri persamaan itu dibuktikan dengan kenyataan bahawa kesemua dialek tersebut mempunyai kekangan yang sama dalam sistem nahu masing-masing, manakala ciri perbezaan pula dibuktikan dengan kenyataan bahawa setiap dialek itu mempunyai tatatingkat kekangan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.
  • 26. PENUTUP Berdasarkan hasil kajian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa dialek yang digunakan dalam lagu Kurik Kundi merupakan suatu variasi bahasa yang unik. Sebenarnya, setiap dialek mempunyai ciri keunikannya yang tersendiri dan dialek merupakan satu disiplin bahasa yang sangat kompleks untuk dikaji.