3.0 golongan kata

7,294 views
7,062 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,294
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3,025
Actions
Shares
0
Downloads
161
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

3.0 golongan kata

  1. 1. 3.0 PENGGOLONGAN KATA3.1 KATA NAMA Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalamstruktur-struktur tertentu ayat-ayat bahasa Malaysia. Kata nama boleh dibahagikankepada tiga jenis iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.3.1.1 Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yangkhusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepadadua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata khas tak hidup. Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan melalui rajah berikut : Kata nama khas hidup tak hidup manusia bukan manusia
  2. 2. 3.1.1.1 Kata nama khas hidup i) Manusia Hakim Julia Tun Abdul Razak P.Ramlee i) Bukan manusia Si Comel Tompok Sang Lamri3.1.1.2 Kata nama khas tak hidup Kuala Lumpur Gunung Kinabalu Proton Wira Kapal Diraja Malaysia3.1.2 Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umumsifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama amkonkrit dan kata nama am abstrak. konkrit Kata nama am abstrak
  3. 3. 3.1.2.1 Kata nama am konkrit Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan.Contohnya : kambing sungai ketua jambatan kereta3.1.2.2 Kata nama am abstrak Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujaradatau bukan kebendaan. Contohnya : idaman roh kedamaian perpaduan mimpi3.1.3 Kata Ganti Nama Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata gantinama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua,iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti namadiri pula boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti namadiri orang.
  4. 4. Penggolongan kecil kata ganti nama diperincikan seperti yang berikut : Kata ganti nama Kata ganti nama Kata ganti nama tunjuk diri Kata ganti nama Kata ganti nama diri orang diri tanya i) Kata ganti nama tunjuk Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi mengarah kepadasesuatu perkara, benda atau tempat. Kata ganti nama yang menunjuk pada perkaraatau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum, manakala yang menunjuk padatempat, disebut kata ganti nama tunjuk tempat. Terdapat dua kata ganti nama tunjukumum, iaitu ini ( menunjuk pada yang dekat ) dan itu ( menunjuk pada yang jauh ).Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini ( menunjuk pada arah dekat ),situ ( arah agak jauh ) dan sana ( arah jauh ). ii) Kata ganti nama diriKata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara,atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :
  5. 5. a) Kata ganti nama diri tanya b) Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan halbenda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitusiapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara dan mana yangmerujuk benda dan orang. Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan terdiridaripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga. Contohnyaadalah seperti yang berikut : 1. Kata ganti nama diri orang pertama : saya, aku, beta, patik, kami, kita 2. Kata ganti nama diri orang kedua : kamu, awak, engkau, anda 3. Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia, beliau, mereka, -nya 3.2 KATA KERJA Kata kerja ialah kata yang menyatakan perbuatan atau perlakuan tentang sesuatuatau terhadap sesuatu. Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayuterbahagi kepada 4 jenis, iaitu : Kata kerja transitif aktif Kata kerja transitif pasif Kata kerja tak transitif berpelengkap Kata kerja tak transitif tidak berpelengkap
  6. 6. 3.2.1 Kata kerja transitif aktif Kata kerja transitif aktif adalah kata kerja yang berhubung langsung dengan unsurobjek atau penyambut (frasa yang bergaris) dalam predikat frasa kerja. Kata kerja inidinamakan kata kerja transitif aktif. Contoh: Dia membaca buku cerita itu. Mereka membersihkan bilik darjah 3.2.2 Kata kerja transitif pasifPerubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Contoh: Buku cerita itu dibaca oleh dia. Bilik darjah dibersihkan oleh mereka. 3.2.3 Kata kerja tak transitif Kata kerja tak transitif tidak menggunakan sebarang objek atau penyambutselepas kata kerja tersebut. Kata kerja ini terbahagi kepada dua, iaitu: 1. Kata kerja tak transitif berpelengkapKata kerja ini memerlukan pelengkap yang berupa sama ada kata nama, kata adjektifatau kata sendi nama bagi melengkapkan frasa tersebut. Contoh :
  7. 7. Mereka akan melawat ke Johor. Dia memarahi Abu. Orang menangani masalah dengan sabar. 2. Kata kerja tak transitif tidak berpelengkap Kata kerja ini boleh diri sendiri sebagai predikat atau sebagai unsur inti dalamfrasa kerja. Kata kerja ini boleh juga diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi untukmemberi maklumat tambahan. Contoh: Dia ingin melanjutkan pelajarannya. Budak itu menangis. 3.3 KATA ADJEKTIF Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda ataukata nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhitugas predikat sesuatu ayat. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, sungguhdan sangat. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan. i) Kata adjektif sifatan : Baik, jahat, cerdik, pandai, berani, takut, lembut ii) Kata adjektif warna : Merah, hitam, kuning, biru, hijau iii) Kata adjektif ukuran : Panjang, pendek, tebal, nipis, tinggi, dalam, tohor
  8. 8. iv) Kata adjektif bentuk : Bulat, bundar, leper, lonjongv) Kata adjektif pancaindera : a) Rasa : manis, masam, tawar, pahit b) Pandang : cantik, kacak, molek c) Dengar : merdu, mersik, nyaring, bising d) Bau : harum, wangi, busuk e) Sentuh : halus, licin, lembut, kerasvi) Kata adjektif waktu : Cepat, spontan, lewat, awal, lambatvii) Kata adjektif cara : Laju, deras, lambat, perlahanviii) Kata adjektif perasaan : Rindu, geram, benci, sayang, cintaix) Kata adjektif jarak : Jauh, dekat, hampir, nyaris
  9. 9. 3.4 KATA TUGAS Kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugassintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain. Empat belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam tiga kelompok,iaitu : Kata penyambung ayat Kata praklausa Kata prafrasa 3.4.1 Kata penyambung ayat Kata penyambung ayat ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugasmenghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yangberlapis iaitu ayat majmuk.Berikut diberikan beberapa contoh:dan, atau, lalu, tetapi, serta, malahan, sambil, kemudian, kerana, sekiranya, kalau,hingga, sementara, ketika, walaupun, agar, semoga, andai kata, setelah, jikalau,sungguhpun, supaya, semasa, sewaktu.
  10. 10. 3.4.2 Kata praklausa Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yangterdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkalayat. Tugas perkataan-perkataan ini adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaanatau sebagai penerang pangkal kepada klausa. Contoh : Kata praklausa Contoh kata seru aduh, cis, wah, aduhai, amboi kata tanya siapa, apa, bila, mana, berapa kata perintah jangan, usah, sila, tolong kata pembenar ya, benar, betul kata pangkal ayat maka, hatta, alkisah 3.4.3 Kata prafrasa Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu frasa nama, frasakerja atau frasa adjektif yang berfungsi sebagai membantu, menguatkan, menegaskan,menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang.Contoh :telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum, mahu, hendak, harus, mesti, boleh,dapat, terlalu, paling, agak, sekali, amat, sangat, sungguh, kah, tah, lah, juga, pun,sahaja, bukan, tidak, ialah, adalah.

×