Pengenalan

387
-1

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
387
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
2
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengenalan

  1. 1. PENGENALAN Kesusasteran hikayat merupakan suatu bentuk sastera yang dihasilkan melalui cerita-cerita rekaan yang berbentuk khayalan dan imaginasi. Struktur sastera hikayat dibinamelalui rentetan pelbagai peristiwa yang dasar hubungannya merupakan watak atauwatak-watak yang sama. Perkataan hikayat berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud “pelbagai sejarah”. Kesusasteraan hikayat merupakan cerita-cerita rekaanyang berunsur naratif, mendukung sifat hiburan dan didaktik. Kesusasteraan hikayatterdapat dalam bentuk prosa dan puisi. Kesusasteraan hikayat dalam sastera Melayutradisional terbahagi kepada tiga kelompok iaitu berunsur Hindu, Hindu-Islam dan Islam.Struktur cerita hikayat ini agak kompleks. Ceritanya bermula dengan pengenalan watak-watak yang melalui pelbagai peristiwa yang akhirnya wira/watak digambarkan dapatmengatasi segala rintangan dan seterusnya hidup bahagia. Daripada peristiwa-peristiwayang melibatkan watak utam inilah kita memperoleh pengajaran dan pendidikan moralyang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. Kesusasteraan hikayat juga menyelitkanunsurunsur agama tanpa mengambil kira kesesuaiannya.
  2. 2. SINOPSIS HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD Hikayat Ahmad Muhammad bermula dengan kisah bapa Ahmad Muhammad iaituMaharaja Pendeta keluar bertapa di sebuah gua di Darul Kaeh dengan tujuan bertapasupaya kedua-dua anaknya Ahmad dan Muhammad dimuia dan dikasihi di dunia danakhirat. Ahmad dan Muhammad terpaksa berpisah dengan keluarganya apabila DewiPermaisuri, ibu kepada Ahmad dan Muhammad menghantar keduaduanya menunututilmu. Mereka dihadiahkan burung pancawarna untuk menggalakkan mereka mengaji.Mereka terpaksa berpisah dengan keluarganya apabila mula menuntut ilmu. Bahkan,mereka sekali lagi terpaksa berpisah dengan keluarganya apabila mula mengembarauntuk melarikan diri daripada Nakhoda yang menginginkan burung pancawarna milik Ahmad dan Muhammad. Mereka lari untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh budak-budak Habsyi, orang suruhan Nakhoda. Ketika mengembara, Ahmad danMuhammad tersesat di dalam hutan dan mereka terpisah. Semasa terpisah, Ahamad danMuhammad masingmasing menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran termasuk adegan percintaan. Peperangan berlaku antara Ahmad dan Muhammad dengan budak- budak Habsyi dan Nakhoda. Ahmad dan Muhammad mencapai kemenangan dalam peperangan ini. Akhirnya,peristiwa ini telah mempertemukan semula Ahmad danMuhammad dan juga pertemuan kembali Ahmad dan Muhammad kepada ibu mereka,Dewi Permaisuri.
  3. 3. KUPASAN TEKS Dalam Hikayat Ahmad Muhammad secara dasarnya memperlihatkan nilai kasihsayang dan keteguhan ikatan tali persaudaraan melalui watak-wataknya. Sepanjang cerita banyak digambarkan tentang hubungan mereka semenjak kecil sehinggalah merekaterpisah di dalam pengembaraan dan bertemu semula di dalam suasana yang tidak merekadugai. Perasaan kasih mereka sesama saudara amalah erat keteguhan ikatan tali persaudaraan antara mereka menonjol sejak mereka masih kecil lagi. Mereka sama-sama bermain, belajar dan bersama-sama mengembara untuk menyelamatkan diri daripada buruan nakhoda dan budak-budak Habsyi yang hendak membunuh mereka. Merekakemudiannya sama-sama menghadapi peperangan menentang nakhoda dan budak-budak Habsyi. Pelbagai peristiwa dihadapi bersama oleh Ahmad dan Muhammad menunjukkan betapa kasih sayang dan keteguhan ikatan persaudaraan antara mereka amat kuat.Kasih sayang dan keteguhan ikatan persaudaraan dapat dilihat berdasarkankepada peranan tanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Sikap sayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga amatlah penting terutamanya bagi menjaminkehidupan yang bahagia dan harmoni. Nilai kasih sayang dan keteguhan ikatan tali persaudaraan ini ditemui pada sikap dan tindakan Maharaja Pendita dan Dewi Permaisuri,yakni ayah dan ibu kepada Ahmad dan Muhammad. Maharaja Pendita telah keluar untuk bertapa mendoakan supaya puteranya Ahmad dan Muhammad mendapat kemuliaan didunia dan di akhirat. Kebimbangan Dewi Permaisuri terhadap masa depan dua puteranya, Ahmad danMuhammad menyebabkan beliau mengambil langkah untuk menghantar Ahmad danMuhammad pergi mengaji. Sikap bertanggungjawab Dewi Permaisuri meneguhkan nilaiketeguhan ikatan tali persaudaraan di dalam keluarga. Kesedaran dalam diri DewiPermaisuri membayangkan sikap yang bertanggungjawab terhadap anak-anak terutamadalam memberi didikan dan pelajaran. Sikap bertanggungjawab Dewi Permaisurimenunjukkan seorang ibu yang memandang jauh ke hadapan. Kebimbangan DewiPermaisuri apabila melihat putera-puteranya hanya asyik bermain-main sahajamenyebabkan dia menasihati putera-puteranya bahawa tanpa ilmu pengetahuan seseorangitu sukar untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. Bahkan, Dewi Permaisuri sanggupmencari burung Pancawarna untuk dihadiahkan kepada putera-puteranya bagimenggalakkan mereka pergi mengaji.Dalam Hikayat Ahmad Muhammad ini, perbuatan Maharaja Pendita yang keluar bertapa boleh diterjemah melalui takrifan falsafah. Bertapa boleh dihubungkaitkandengan perbuatan untuk memperoleh dan mendalami sesuatu ilmu pengetahuan melaluikewujudan dan kejadian alam semesta ini. Secara umumnya,manusia itu memperolehilmu pengetahuan berdasarkan tafsiran melalui perkara yang terjadi dalam alam semestasebagai makrokosmos. Hal ini bertepatan dengan takrifan falsafah iaitu proses pentaakulaan ilmu pengetahuan kepada hakikat sekadar yang oleh insan. Kemampuanmanusia memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pertimbangan akal dan tidak hanya melalui pancaindera semata-mata. Proses penyimpulan kajian epistemologi tentangkejadian alam dibuat berdasarkan data dan fakta yang sahih dan empirikal yang dapatditerima akal yang rasional dan logikal serta diterjemah dan disampaikan secara teratur mencakupi pertimbangan akal yang logik. Berdasarkan logika ini, ilmu pengetahuan yangdiperolehi dikaji intipati atau hakikat kewujudannya sama ada tersurat dan tersirat.Proses meneliti dan menyelidiki kejadian alam
  4. 4. berasaskan renungan dan pentaakulan ilmu pengetahuan membawa manusia kepada kebijaksanaan dan kebenaranhakikatnya. Kebijaksanaan manusia dapat menentukan nilai dan maanfaat terhadapkejadian yang berlaku dalam alam semesta. Kebijaksanaan manusia terhadap ketentuannilai dan maanfaat yang diperolehi boleh menbentuk perilaku dan keperibadian budi pekerti yang tinggi untuk mengangkat manusia hampir kepada tuhan. Keperibadian yangtinggi melahirkan sesuatu yang abstrak melalui nilai kebenaran yang berasaskan hati dankalbu yakni melahirkan perasaan dalam hati dan jiwa manusia itu sendiri. Dalam Hikayatini, Maharaja Pendita menggunakan pertimbangan akal membuat keputusan untuk keluar bertapa dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap putera-puteranya. MaharajaPendita turut mengharapkan kebahagiaan putera-puteranya dari Khaliknya. Keyakinandan kebenaran yang wujud dalam dirinya telah melahirkan perasaan kasih sayang dantanggungjawab terhadap putera-puteranya yang membawa keteguhan ikatan tali persaudaraan. Kasih sayang dan keteguhan ikatan tali persaudaraan turut dilihat pada DewiPermaisuri melalui perbuatannya yang hendak menghantar putera-puteranya untuk mengaji. Dewi Permaisuri bimbang akan masa depan putera-puteranya membesar tanpailmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. Kesedaran DewiPermaisuri berhubung tanggungjawab terhadap putera-puteranya dapat dikupas melaluiilmu falsafah. Dewi Permaisuri telah berfikir lebih mendalam menggunakan pertimbangan akal dan logika untuk bertindak sedemikian. Dewi Permaisuri turutmenggunakan pancainderanya dengan melihat kepada puteraputeranya yang hanya bermain membuatkan dia berfikir tentang masa depan puteraputeranya tanpa ilmu pengetahuan. Tindakan Dewi Permaisuri ini boleh dikaitkan dengan aliran falsafah pragmatisme yang percaya kepada tindak- tanduk. Aliran ini meletakkan kegunaan danmanfaat yang praktikal sebagai hasil sesuatu fikiran dapat menentukan nilai dankebenaran serta kebaikannya. Dewi Permaisuri percaya dengan bertindak menghantar putera-puteranya pergi mengaji membolehkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dapatdipraktikkan dalam menghadapi cabaran kehidupan . Tindakannya itu memberikankepada putera-puteranya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh putera-puteranyamemberikan nilai yang baik terhadap masa depan mereka. Dewi Permaisuri melihat ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang dapat memberikan manfaat yang baik kepadakehidupan kepada putera-puteranyaNilai kasih sayang dan keteguhan ikatan tali persaudaraan yang ada pada diriMaharaja Pendita dan Dewi Permaisuri dapat dikaitkan dengan kajian epistemologimanusia dalam bidang kajian falsafah. Nilai yang ada ini wujud daripada penyatuan akaldan wahyu dalam diri manusia. Akal dan wahyu saling berkaitan dan tidak dapatdipisahkan. Hal ini sebagaimana pendapat al Farabi yang menyatakan bahawa akal danwahyu adalah satu hakikat yang padu. Epistemologi terhadap kejadian alam tidak hanyamemerlukan penggunaan pertimbangan akal dan pancaindera semata-mata, sebaliknyawahyu yang bertempat di hati turut diperlukan. Wahyu menunjukkan keyakinan dankepercayaan manusia terhadap sesuatu kejadian yang bersifat abstraksi dan transendental.Manusia memerlukan akal dan kepercayaan untuk memahami hakikat Tuhan dan alamsemesta. Kebenaran yang mutlak hanya dapat diperoleh dengan kepercayaan. Akal danwahyu yang ada dapat mentafsirkan kebenaran dalam ilmu dan pengetahuan manusia.Kebenaran akan membimbing manusia untuk meletakkan sesuatu perkara itu betul danwajar pada tempatnya, yakni meletakkan diri manusia dalam seluruh kewujudan pesekitarannya. Sesuatu perkara yang betul dan wajar pada tempatnya berupayamembawa keharmonian, kesejahteraan dan keadilan dalam kehidupan. Akal dan wahyuyang membawa kebenaran ini jugalah mewujudkan dan melahirkan nilainilai pisitif yangdapat memberi manfaat kepada diri manusia sendiri dan orang lain.
  5. 5. KESIMPULAN Kesimpulannya, kajian falsafah memberikan manusia keupayaan memperolehi ilmu pengetahuan dengan penuh kebijaksanaan dan kebenaran. Hal ini membentuk nilai-nilaiyang positif dan harmoni. Dalam hikayat Ahmad Muhammad, kasih sayang danketeguhan ikatan tali persaudaraan yang ada menjadikan hubungan seseorang individudengan invividu lain menjadi baik. Perasaan cinta kepada insane lain dan juga alamsekeliling tentunya dapat menjamin kestabilan keharmonian dan kesejahteraan hidup.Oleh itu, seharusnya kajian falsafah dipraktikan dalam kehidupan seharian manusia. LAMPIRAN PETIKAN TEKS HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD “……. Adapun Maharaja Pendita itu pergi ke dalam Darul Kaeh itu hendak duduk bertapa pada gua itu, kerana daripada amat sangat perasaannya hati di atas putera dua bersaudara itu yang bernama Ahmad dan Muhammad itu. Maka jikalau dikabul akanAllah S.W.T dan berkat nabi Muhammad Rasullulah S.A.W dan paduka anak dua bersaudara itu diminta dijadikan orang di dalam dunia supaya dipermulia akan orang itusupaya dikasihi di dalam akhirat jua. Hatta maka tersebutlah perkataan Dewi PermaisuriTuan Maharaja Pendita tu. Maka selama terpisah oleh suaminya itu, maka keluar pergilahtinggal di desa negeri yang bernama Thaif itu serta dengan anaknya dua bersaudara yang bernama Ahmad dan Muhammad. Maka negeri Syam tiada lagi melainkan adalah TuanMaharaja Pendita itu akan dua bersaudara. Dan yang tua itu bernama Tuan MaharajaPendita yang muda bernama Tuan Maharaja Sengara. Adapun negerinya bernamaPiranggandani. Maka itulah raja yang melihat dan memelihara akan kedua-dua negeri itu.Kerana dicari Permaisuri Tuan Maharaja Pendita dan beserta anakandanya itu dua bersaudara akan daripada tiadakan boleh juga hendak mau bertemu akan kepada TuanMaharaja Sengara itu, akan hendak terlalu amat dukacita dan kangan dan bersertamasghul rindu dendam didalam hati sebab hendak tiada boleh dibertemu dan permaisuridan akan anakandanya dua bersaudara yang bernama Ahmad dan Muhammad jua. Hatta maka tersebutlah tuan puteri Dewi Permaisuri Tuan Maharaja Pendita dan sertaakan anakandanya dua bersaudara itu hendak di tinggal di desa negeri Thaif. Maka terlaluamat hendak melepas hari dan petang. Adapun lagi tuan puteri Dewi Permaisuri ituditangiskan siang dan malam, pagi dan petang hendak mengalaskan airmatanya itu,dilihat anakandanya dua bersaudara itu daripada yang sudah besar dan belum lagi tahusesuatu pelajaran guru atau lain-lain suatu ilmu atau pekerjaan, lepas daripada dia keduaempunya permainan sahaja, sebab anak kecil daripada itu tidaklah ingin sesuatu pelajaran jua pun.Pada suatu hari datanglah keiyangan di atas puteranya itu maka tuan puteri DewiPermisuri hendak memanggil akan anaknya, serta didapatinya dan kedua anak itu punmendatangi mendapatkan bondanya. Demikian bunyi tuan puteri Dewi Permaisuri ituseraya memeluk tiba pula serta dia tangisi, “Ya,buah hatiku dan cahaya mataku, anakkumala jiwa jantung hatiku yang utama permata, baduri emas tempawanku, merawan hatitiadalah dia jemu tentang dengan mata bonda. Hanya itu apalah dua rakan kita ini hendak menjadi terpisah daripada ayahku.” Kemudian pula bondanya berkata, “Ini dengarlahanakku dua bersaudara. Manakah tuanku keduanya tiadalah ingin tuanku yang sudah besar dan serta anakku tiada ingat sekali-sekali anakku ini ada bangsa raja. Dan sekarangini bonda melihat pekerjaanmu, pagi dan petang bermain-main sahaja jua. Dan jikalautuanku
  6. 6. dikabulkan dan ditolongkan Allah S.W.T, ini apalah jadinya kerana kita ini terlalususah hendak melepaskan hari-hari dan petang di dalam dunia ini. Dan jikalau anakkudua bersaudara hendak pergi belajar mengaji pada Tuan Pendita guru dan jikalau tuankukedua bersaudara mendapat tahu mengaji dan faham sekelian pelajaran guru, itulahsenang hati bondaku ini jua”. Kemudian maka lalu mendengar anakandaku kedua bersaudara daripada perkataan bondanya itu yang kata, maka tiba-tiba sahutlah dua bersaudara kepada bondanya yang utama maha tinggi pangkat, “Ya,bondaku melakukanhamba keduanya disuruh hendak pergi mengaji. Ya bondaku, Kita kedua yang menanti pergi mengaji dan jikalau bondaku boleh adakan membawa seekor burung yang bernama pancawarna, tatkala itu baharulah hamba dua bersaudara yang nanti bermohon akan pergimengaji. Kemudian maka sahutlah bondanya, “Ya anakku, nantilah bondaku carikan burung pancarawarna itu kemudian.Maka setelah itu bondanya segeralah mengambil sekantung dinarnya, hendak pergi bondanya dengan segera membeli burung pancawarna itu, hendak berjalan ke pasar.Antara berjalan ke sebelah pasar itu, lalulah tuan puteri Dewi Permaisuri hendak lihat ituadalah budak kecil bermain main burung pancawarna itu. Maka Dewi Permaisuri serayakatanya, “Hai anakku, marilah bondaku beli burung pancawarna itu.” Maka kata budak kecil itu, “Baik bondaku nyai. Maka jikalau sungguh mau burung saya ini baiklah bondaku nyai memberi kasih barang lima dinar, segala itu hendak yang nanti diberikan pada bonda nyai” . Maka tuan puteri Dewi Permaisuri itu seraya mengambillah kantung dinarnya.Dan serta diambilnya burung itu serta dikasi pada tuan puteri itu, dibawahnya pulangrumahnya. Maka kata tuan puteri Dewi Permaisuri, “Ya anakku, marilah lihat burung ini jikalau betul seperti kata anakku itu”. Serta mendengar anakandanya akan keduanyasambil belari-lari datang mendapatkan bondanya itu serta diambil burung pancawarna itudari tangannya bondanya itu. Lalu berkata Ahmad Muhammad kepada bondanya itu,“Baharulah sekarang hamba pergi mengaji”. BIBLIOGRAFI Hashim bin Ismail.1996.Hikayat Ahmad Muhammad .Kuala Lumpur:Perpustakaan Negara Malaysia. Hashim bin Ismail.1991. Hikayat Ahmad Muhammad:Transliterasi dan analisis teks. Jabatan Pengajian Melayu:Universiti Malaya.Hashim bin Musa.1994. Pengantar Falsafah Bahasa.Kuala Lumpur:Dewan Bahasadan Pustaka.
  7. 7. dikabulkan dan ditolongkan Allah S.W.T, ini apalah jadinya kerana kita ini terlalususah hendak melepaskan hari-hari dan petang di dalam dunia ini. Dan jikalau anakkudua bersaudara hendak pergi belajar mengaji pada Tuan Pendita guru dan jikalau tuankukedua bersaudara mendapat tahu mengaji dan faham sekelian pelajaran guru, itulahsenang hati bondaku ini jua”. Kemudian maka lalu mendengar anakandaku kedua bersaudara daripada perkataan bondanya itu yang kata, maka tiba-tiba sahutlah dua bersaudara kepada bondanya yang utama maha tinggi pangkat, “Ya,bondaku melakukanhamba keduanya disuruh hendak pergi mengaji. Ya bondaku, Kita kedua yang menanti pergi mengaji dan jikalau bondaku boleh adakan membawa seekor burung yang bernama pancawarna, tatkala itu baharulah hamba dua bersaudara yang nanti bermohon akan pergimengaji. Kemudian maka sahutlah bondanya, “Ya anakku, nantilah bondaku carikan burung pancarawarna itu kemudian.Maka setelah itu bondanya segeralah mengambil sekantung dinarnya, hendak pergi bondanya dengan segera membeli burung pancawarna itu, hendak berjalan ke pasar.Antara berjalan ke sebelah pasar itu, lalulah tuan puteri Dewi Permaisuri hendak lihat ituadalah budak kecil bermain main burung pancawarna itu. Maka Dewi Permaisuri serayakatanya, “Hai anakku, marilah bondaku beli burung pancawarna itu.” Maka kata budak kecil itu, “Baik bondaku nyai. Maka jikalau sungguh mau burung saya ini baiklah bondaku nyai memberi kasih barang lima dinar, segala itu hendak yang nanti diberikan pada bonda nyai” . Maka tuan puteri Dewi Permaisuri itu seraya mengambillah kantung dinarnya.Dan serta diambilnya burung itu serta dikasi pada tuan puteri itu, dibawahnya pulangrumahnya. Maka kata tuan puteri Dewi Permaisuri, “Ya anakku, marilah lihat burung ini jikalau betul seperti kata anakku itu”. Serta mendengar anakandanya akan keduanyasambil belari-lari datang mendapatkan bondanya itu serta diambil burung pancawarna itudari tangannya bondanya itu. Lalu berkata Ahmad Muhammad kepada bondanya itu,“Baharulah sekarang hamba pergi mengaji”. BIBLIOGRAFI Hashim bin Ismail.1996.Hikayat Ahmad Muhammad .Kuala Lumpur:Perpustakaan Negara Malaysia. Hashim bin Ismail.1991. Hikayat Ahmad Muhammad:Transliterasi dan analisis teks. Jabatan Pengajian Melayu:Universiti Malaya.Hashim bin Musa.1994. Pengantar Falsafah Bahasa.Kuala Lumpur:Dewan Bahasadan Pustaka.

×