06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09

3,885 views

Published on

budaya

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,885
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
248
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09

  1. 1. BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN UNIT 1 ( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya)SinopsisModul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajukyang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumitajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesrabudaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan carahubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajarberbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaranyang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini jugamembincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelasbercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasitertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budayasupaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagaibudaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersediamewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budayaHasil Pembelajaran 1. Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya 2. Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya 3. Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya 4. Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan sosio-emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya 5. Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara- cara yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik 6. Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan 7. Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran 8. Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya 9. Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan budaya 10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum 11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi hasrat dan tujuan kelas bercantum 12. Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya 13. Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan budaya 1
  2. 2. TOPIK 1 KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYASebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guruperlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambilkira apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapatmewujudkkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama samamembincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkansuasana bilik darjah yang mesra budaya.1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik DarjahKonsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amatpenting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusanfizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahanfizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satusuasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikanperspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973)sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for socialinteraction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataanyang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakanbahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar dudukdapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dankebudayaan yang berbeza.Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang MesraBudaya1) Aspek Fizikal :- • Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti. • Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik. • Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut. • Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut. • Melukis mural diswekitar kelas. • Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api. 2
  3. 3. Berhenti dan ReflekPembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untukmenimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yanganda fikir “ mesra budaya”?2) Sudut-Sudut Pembelajaran:-Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapatmembantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik sertasudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan sepertibuku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyendan multimedia.1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal:- • Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung. • Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid- murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya. • Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture” 3
  4. 4. 2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:- • Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”. • Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut- sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. • Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik. • Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cubaanda bincang dengan rakan anda, Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selaindaripada yang telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yangmesra budaya ? Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran fizikal yang mesra budaya. Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan, sila jawab soalan berikut: 4
  5. 5. Selepas berbincang, sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifikselain daripada yang tersenarai di atas? 1. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 4. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 5. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________1.3 Peranan guru sebagai ‘Physical Enviroment Designer’.Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlumengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakahciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai ‘Physical EnvirometDesigner’ agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciriyang perlu diambil perhatian termasuk: • Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu • Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid • Mengkikis pra sangka • Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan mendalam. Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang mesra budaya ? Berbekalkan pengalaman anda, Cuba anda lakar sebuah pelan lantai bilik darjah yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Apakah 5
  6. 6. bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik darjah anda ? Adakah anda akan menggunakan kenis tradisional, jenis ladam kuda, separa bulatan atau jenis yang berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen yang mesra budaya ? Latihan 1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru, apakah ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? 2. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas.1.4 Rumusan • Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. • Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik • Sudut –sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas. • Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakanTeks Bacaan AsasCarol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw Hill.Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon. 6
  7. 7. RujukanBull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to Practice. NSW: Dcroom Helm.Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed).: Bell&Howell, Columbus, Ohio.Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359.Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-Wesley.Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon TOPIK 2 PENGURUSAN SOSIO-EMOSIPernahkah anda fikir tentang suasana sosio-emosi sesebuah bilik darjah? Mengapaseorang guru perlu memberi perhatian kepada suasana bilik darjah? Denganpengalaman anda, pastinya anda dapat merenung bagaimana anda dapatmewujudkan suasana sosio emosi yang baik untuk murid-murid anda. Aspek sosio- 7
  8. 8. emosi amat penting untuk mewujudkan suatu keadaan yang harmonis dan pengajarandan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesannya. Justeru ini, topik ini akanmembincangkan beberapa aspek dalam sosio-emosi yang perlu diambil kira oleh gurudalam mengurus bilik darjah.2.1 Konsep Dan Tujuan Pengurusan Sosio-EmosiPerkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi,MenurutKamus Pelajar Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan denganmasyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubungdengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi denganorang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identitisosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitukewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawamaksud “untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami olehseseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosijuga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluarsebagai rangsangan kepada perasaan emosi.Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati,tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaituemosi positif seperti gembira, teruja dan emosi negatif pula adalah seperti marah,kecewa dan lain-lain.Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu prosesberinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Berhenti sejenak dan berfikir“ Pengurusan sosio-emosi yang mantap di dalam kelas mampu mewujudkan pengajaran yangmenyeronokkan” . Bincangkan dengan rakan-rakan anda..2.2 Perkembangan dan Pengurusan Sosio-emosi Di Dalam Bilik DarjahPerkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupanseseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan muridbelajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diridalam bilik darjah. 8
  9. 9. Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami danmenguruskan emosi sendiri dan membolehkan murid memahami keperluan, emosi danpandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial di dalam kelas yang mempunyailatar belakang majmuk yang mesra dan harmoni.Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberipenekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan didalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbezabudaya dan latar belakang .Teori-teori Pengurusan Sosio-emosi:Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengancara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yangdiperhatikannya dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Carakanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinyamengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan danyang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.. Kejayaan atau kegagalanmencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibatkepada imej kendiri seseorang individu.2.3 Strrategi Pengajaran Dalam Pengurusan Sosio-emosi Belajar Melalui Bermain:Tahukah “Belajar melalui bermain” adalah salah satu strategi pengajaran yang dapatmemberi perhatian kepada sosio-emosi pelajar dalam kelas pelbagai budaya. Belajarmelalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberipeluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajarandan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain merekagembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melaluipengalaman langsung secara semula jadi.” [Huraian Kurikulum PrasekolahKebangsaan, 2003]Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guruuntuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi.Bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajarandan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melaluibermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagaipembelajaran tidak formal.Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untukkanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’.Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yangmenggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Denganbermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.Manakala Dewey (1852 – 1859) 9
  10. 10. pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain dimana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.2.4 Kepentingan Pengurusan Sosio-emosiGuru perlu mengurus sosio-emosi murid-muridnya secara berkesan kerana kegagalanguru berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid. Antara aspekakan berlaku dalam pengurusan sosio-emosi terdiri daripada berikut: a) Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. b) Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap prestasi kesuluruhan c) Memberi tekanan mental kepada murid dan guru d) Murid rasa tergangggu dan tidak selesa e) Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran Berhenti dan ReflekJika anda mengajar kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya, buat refleksi tentangapakah cara yang telah anda laksanakan untuk mengurus sosio-emosi pelajar dalam kelas.Berjaya atau tidak anda menguruskan kelas? Kongsi pengalaman anda dengan rakan-rakananda. Latihan/ AktivitiDalam kumpulan bertiga , cadangkan strategi-stategi pengajaran yang difikirkan sesuai untukdigunakan oleh seorang guru yang mengajar kelas pelbagai budaya dan nyatakan kelebihanstrategi-stategi pengajaran tersebut.2.5 RumusanTopik ini membincangkan mengenai pengurusan sosio-emosi pelajar dankepentingannya seseorang guru dapat menguruskan sosio-emosi pelajar dalam bilikdarjah yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Antara aspek –aspek penting adalahberikut: 10
  11. 11. • Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. • Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas pelbagai budaya • Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi. Ia amat bermakna dalam membantu mengeratkan hubungan antara murid pelbagai latar belakang • Pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan tekanan mental akan dihadapi pelajar jika keadaan sosio-emosi tidak diurus dengan baik oleh guru. Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.Teks Bacaan AsasWoolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & BaconRujukanJones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon. TOPIK 3 PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK 11
  12. 12. Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang hubungan etnik di Malaysia.Aspek-aspek dan ciri-ciri hubungan etnik dai Malaysia akan diketengahkan danimplikasinya terhadap perhubungan dalam bilik darjah.3.1 Hubungan etnikMalaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum.Jangan kita lupa bahawa negara kita pernah menghadapi konflik etnik yangmenyebabkan berlakunya pelbagai masalah. Sebagai rakyat Malaysia sudahsemestinya kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969.Perlu kita sedar bahawa pengalaman pahit tersebut telah menyedarkan kita bahawa: 1. Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik 2. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang 3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu seiring dan seimbang supaya tidak timbul kepincangan dalam masyarakat sehingga menimbulkan konflik.Adalah penting untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan.Dalam konteks negara kita Malaysia keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomiyang saksama dan perkongsian pemerintahan yang matang. Persoalannya ialah: • Apakah faktor yang dapat mewujudkan keseimbangan? • Apakah perkara yang perlu dipertahan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan yang berterusan?Mudah sahaja iaitu usaha yang berterusan dalam memupuk dan mengekalkanhubungan etnik yang harmonis. Berhenti sejenak dan renung tentang hubungan etnikCuba anda fikir sejenak apakan kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969 kepadahubungan antara kaum di negara kita.3.2 Kepentingan Memahami Hubungan EtnikSebagai seorang guru, anda perlu memahami akan kepentingan hubungan etnik. Iniadalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjahanda dan dalam jangka waktu panjang ialah untuk mewujudkan “1 Malaysia”. 12
  13. 13. Apakah kepentingan memahami hubungan etnik? Mari kita meneliti betapa pentingnyasetiap individu memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita. Antarakepentingan termasuk: • Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik • Hubungan etnik berkait rapat dengan: - seluruh struktur sosial masyarakat dan - memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan , - punca konflik serta - sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial • Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan kemampuan sosioekonomi negara kita. • Hubungan etnik dapat mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial. • Melalui hubungan etnik, akan dapat kita fahami isu prasangka dan diskriminasi yang berlaku serta gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam menentukan tatalaku anggota masyarakat. • Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial. • Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara. Berhenti dan ReflekApakah yang anda fahami tentang konsep masyarakat majmuk? Bagaimanakah peranan andasebagai seorang guru untuk membantu pelajar anda memahami konsep ini?Adalah perlu kita fahami bahawa keharmonian hubungan etnik di negara kita tidakbergantung sepenuhnya kepada keadaan berbaik-baik antara kaum tetapi juga antarakumpulan kelas sosial yang berbeza.Hubungan etnik yang wujud pada masa kini telah mencorakkan sistem sosial diMalaysia. Sejauhmana tahap perpaduan nasional di negara kita masih sukar diukur.Namun demikian negara luar melihat bahawa wujudnya keharmonian dalam hubunganetnik di Malaysia. Ini telah memberi impak kepada sektor-sektor pelancongan,perindustrian, perdagangan dan lain-lain. Masyarakat luar dapat melihat kestabilanpolitik dan ekonomi di sini. Inilah antara kesan yang wujud hasil daripada hubunganetnik yang seimbang dan stabil. 13
  14. 14. Latihan/ AktivitiSecara berkumpulan bincangkan perkara-perkara berikut. Anda digalakkan menggunakanpendekatan kolaboratif semasa perbincangan. Anda diberi masa 10 minit untuk berbincangmengikut tajuk dan selepas itu jelaskan kepada kumpulan anda hasil perbincangan tersebut. a. Kontrak sosial b. Dasar “ Pecah dan Perintah” zaman pemerintahan British c. Pembentukan Negara Bangsa d. Dasar Kebudayaan Nasional e. Konsep “ 1 Malaysia”3.3 RumusanTopik ini membincangkan mengenai hubungan etnik di Malaysia dan kepentingannyasetiap daripada rakyat Malaysia memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita.Antara aspek –aspek penting adalah berikut: • Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik • Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial • Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan kemampuan sosioekonomi negara kita • Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial. • Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara. Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.Teks Bacaan AsasMuhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.(2005). Readings on ethnic relations in a multicultural society. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 14
  15. 15. RujukanWoolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon TOPIK 4 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSebagai guru berpengalaman, imbas balik “ Apakah yang anda faham denganpengajaran dan pembelajaran?” Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil perhatiansebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Pernahkah andaberfikir cara terbaik untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang baikdalam bilik darjah yang mesra budaya? Topik ini akan membincangkan pengurusanpengajaran dan pembelajaran dengan fokus kepada konsep, dan peranan gurudalam mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 15
  16. 16. 4.1 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikanpelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Ia merupakan satu prosesdaripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yangtelah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan prosespengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untukmembimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaranPengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untukmembimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunyaEducational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaranberkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu : pengetahuan profesional guru dankomitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang(excellent instructional planning).Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaantingkah laku yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpaperubahan tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlakumelibatkan perubahan skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat. Prosespembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku.Contohnya, seseorang murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelahproses pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan berterusan. Penguasaan danpemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajarandibantu dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan rangsangan sepertigambarajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain alat bantu yang memudahkan murid-murid menghubungkaitkan maklumat.4.2 Ciri-ciri Guru BerkesanSalhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa”guru sebagai fasilitator berperanan sebagai perancang, pengurus dan pelaksana perluberpandukan prinsip pengurusan yang sistematik. Prinsip perancangan perlu tepatdiikuti dengan prinsip penyampaian yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakanyang tepat ” ( p.43).“Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core ofteaching skills. They have excellent instructional strategies supported by methods ofgoal setting, instructional planning, and classroom management. They know how tomotivate, communicate, and work effectively with students who have different levels ofskills and come fromculturally diverse backgrounds. Effective teachers also understandhow to use appropriate levels of technology in the classroom. “ (Santrock, 2006)Matlamat pengajaran pula adalah seperti berikut: • Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan 16
  17. 17. • Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif, afektif dan psikomotor. • Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat. • Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. • Membantu pelajar supaya boleh berdikari4.3 Konsep Pembelajaran4.4 Pengurusan Pengajaran dan PembelajaranPengurusan melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai danmembuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Manakala pengurusanpengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan aspek-aspek berikut: • Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan mengambilkira latar belakang murid yang berbeza • Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan membuat pengubahsuaian semasa jika perlu • Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran • Membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan Berhenti dan BerfikirCuba anda renung dan fikir peranan anda sebagai pengurus pengajaran dan pembelajarandalam kelas pelbagai budaya. Apakah aspek-aspek yang perlu anda fokuskan? Kongsikandengan rakan anda4.5 Pengurus Pengajaran dan pembelajaran Dalam Kelas pelbagai budaya:Seorang guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar‘pengurus’. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap danberkesan termasuk : • Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling • Sistematik dalam merancang dan menilai • Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang • Bijak mengurus masa • Berpandangan jauh • Bersedia untuk berubah dan fleksibel • Berkomuknikasi dengan berkesan4.6 Peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran 17
  18. 18. Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran, peringkat-peringkatpengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru : i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran ii) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran iii) Selepas proses pengajaran dan pembelajaran Rajah 1: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU Sebelum Pengajaran - BAHAN - SUMBER PERANCANGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 18 - STRATEGI
  19. 19. PROSES PENGAJARAN DAN Semasa Pengajaran PEMBELAJARAN Tidak Berkesan PENAMBAHBAIKAN • PEMULIHAN PENILAIAN & • PENGAYAAN PENGUKURAN Berkesan Selepas Pengajaran HASIL PEMBELAJARAN TERCAPAISebelum proses pengajaran dan pembelajaranSebagai seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid pelbagai budaya, guruperlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran.Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaanpengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek :  Hasil pembelajaran yang tepat  Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid  Sumber pengajaran yang mencukupi 19
  20. 20.  Bahan bantu mengajar yang berkesan  Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas(a) Penggunaan Bahan Bantu MengajarPengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan danpenyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat bantu mengajar yangsesuai dan berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsepabstrak yang sukar kepada para pelajar. ” Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapatmembantu menerangkan sesuatu konsep” (Hiebert, Weame & Taber, 1991; Kozma,1991). Contoh-contoh bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, gambar, pengursangrafik, peta minda, gambarajah, radio, komputer, video, kad imbasan, gambarajah,akhbar, majalah, audio visual, model, prototaip atau bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri bahan pengajaranefektif pula berbentuk maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru dapatmenggunakan bahan tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahamidengan berkesan. Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isipelajaran agar murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. Ini diakui olehMayer & Gallini, (1990); “ Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contoh-contoh yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran “. ManakalaSlavin (1994) menyarankan “guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarikminat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alatbantu mengajar (ABM).(b) Pemilihan Sumber PengajaranGuru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja berjayamemberi penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu membuatperkaitan antara idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untukberfikir pada aras tinggi .Sumber- sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks, buku rujukan,internet, maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal , prospektus,phamplets and brochures, laporan penyelidikan, statistik rasmi, Akta, ArahanPerbendaharaan termasuk sumber hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat,sesuai, dan mencukupi mampu mencabarminda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran denganlebih berkesan. Semasa merancang pengajaran, saya mendapatkan seberapa banyakinput daripada pelbagai sumber sebelum memulakan setiap sesi pengajaran .Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran(a) Strategi Pengajaran Releven Pelbagai Budaya 20
  21. 21. Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu membuatkan penyampaianmaklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yangmelibatkan interaksi aktif murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latarbelakang. Berfikir dan berbincangBincangkan dalam kumpulan apakah strategi-strategi pengajaran yang telah anda pelajari danlaksanakan yang relevan pelabagai budaya ?Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlumemastikan  melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang  mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai  menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran  menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal untuk murid-murid yang mempunyai latar belakang berbeza  mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid  mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaanSelepas Proses Pengajaran dan PembelajaranSeterusnya proses penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untukmengetahui keberkesanan pengajaran. Penilaian prestasi merupakan satu prosesmeliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi, aktiviti, hasil dan impakpengajaran dan pembelajaran bagi membuat analisis untuk memastikan pelajar telahmenguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru. Guru juga dapatmerancang aktivti selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan mengambiltindakan susulan .Menurut D. Stufflebeam dalam bukunya “ Educational Evaluation and Decision Making”,beliau telah mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkanserta memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan yangselanjutnya. Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu prosessistematik mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatuobjektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaianoleh guru semasa dan selepas pengajaran berlaku. Penilaian dilaksanakan berperananuntuk: 21
  22. 22. • Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan • Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru memperbaiki pengajaran selanjutnya • Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan keberkesanan pengajaran .Keputusan peperiksaan penilaian formatif pula yang dilaksanakan selepas tamatsesuatu tajuk dan penilaian sumatif yang dilaksanakan secara holistik pada hujungsemester dapat menilai pencapaian pelajar. Penilaian prestasi pelajar jugamembolehkan guru menilai semula strategi pengajaran dan membuat penambahbaikan.Penilaian menyeluruh pelajar dapat dilakukan melalui data-data pengukuran kuantitatifdan kuanlitatif .Pengukuran merupakan satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat secarakuantitatif untuk menentukan pencapaian murid. Tujuan utama pengukuran adalah untukmembuat pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran danmembuat penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru. Alat pengukuran dalamproses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti data kuantitatif hasil daripada ujianbulanan, kuiz, peperiksaan, temubual murid/rakan sekerja, soal selidik, senarai semak,rekod anekdot, skala kadar, sosiogram, data pemerhatian dan kajian tindakan. Alatpengukuran yang tepat dalam proses penilaian mampu memberi maklumat berhargakepada guru untuk mengukur pembelajaran pelajar dan menilai keberkesananpengajaran guru . Apabila guru memberikan ujian kepada pelajarnya, guru sebenarnyabukan sahaja sedang mengukur pencapaian pelajarnya tetapi juga mengukurkeberkesanan strategi pengajarannya sendiri.Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah melaksanakan penilaian danpengukuran. Pendekatan Pengajaran Masteri contohnya amat menekankan bahawaguru perlu memastikan murid telah dapat menguasai sesuatu kemahiran sebelumkemahiran yang baru disampaikan. Penambahbaikan berbentuk pemulihan, pengayaandan penilaian semula kesemua elemen-elemen yang terlibat semasa merancang dansemasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku perlu diambilkira oleh seorangguru yang proaktif dan berkesanSetelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlumemperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya.Langkah ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspekpemilihan strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dansumber pengajaran, tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi guru-murid.. 22
  23. 23. Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pelbagai budaya, Senaraikan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berkesan selain daripada yang telah dibincangkan di atas untuk mengendalikan kelas yang mempunyai murid-murid yang berlainan budaya dan latar belakang ? Latihan/Aktiviti1. Dalam satu kumpulan bertiga sediakan satu carta alir yang lengkap berhubung pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang telah anda pelajari . Setiap peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran, anda perlu menunjukkan dengan jelas aspek-aspek yang anda fikirkan penting untuk diberi perhatian oleh seorang guru yang mengajar di dalam kelas pelbagai budaya murid. Cantumkan semua peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran untuk dibentangkan.2. Bincangkan dengan pensyarah anda apakah masalah-masalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran bagi kelas pelbagai budaya dan bagaimanakah anda mengatasi masalah-masalah tersebut ?1.3 RumusanKita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yangtelah dipelajari. • Pedagogi atau pengajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. • Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latarbelakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. • Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai; penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21. • Guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran. 23
  24. 24. Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.Teks Bacaan AsasSantrock J.W (2006) Educational psychology: A tool for effective teaching( 3 rd ed).New York: Mc Graw – HillRujukanBurden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in classrooms. New York: Addison Wesley Educational Inc.Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice.(4th Ed.) New Jersey: Merrill Prentice Hall. 24
  25. 25. TOPIK 5 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok (Cultural and Indigeneous relevant pedagogy)Topik ini membincangkan pedagogi relevan budaya di mana strategi –strategi yangsesuai diguna dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pelbagai budaya.Tambahan pula, peranan guru dalam menangani cabaran dalam memilih pedagogirelevan budaya untuk pelbagai kelompok etnik dalam bilik darjah turutdiketengahkan.5.1 Konsep Pedagogi Relevan BudayaSebagai seorang guru berkesan dalam abab ke 21 ini, adalah penting kita sebagaipendidik untuk memahami konsep kepelbagaian pelajar (perbezaan individu).Kesedaran dan kefahaman kosep kepelbagaian pelajar ini harus melewati bukan hanyamengenal dan mentafsir konsep sahaja tetapi boleh mencerakin serta mengambil kirakeunikan perspektif budaya dan sosial.Malaysia sebuah negara pelbagai budaya, guru perlu peka kepada pengajaran sepertidinyatakan Gay (2000) “culturally responsive teaching as using the cultural knowledge,prior experiences, and performance styles of diverse students to make learning moreappropriate and effective for them; it teaches to and through the strengths of thesestudents”. Ulasan yang utarakan Gay memberitahu bahawa kita perlu ambil perhatianguru-guru bagi menghadapi murid-murid berlatarkan pelbagai budaya. Rasionalnyasupaya suasana pengajaran dan pembelajaran lebih optima dan berkesan bagi semuamurid.5.2 Tujuan Pedagogi Relevan BudayaGuru seperti kita perlu memahami hakikat bahawa perlaksanaan pedagogi merekadalam bilik darjah murid pelbagai budaya memerlukan mereka hadapi situasi pengajarandengan keperihatinan sosial budaya. Guru perlu beri perhatian terhadap konsep inidengan pertimbangan bijak supaya pengelolaan, pengurusan dan pengajaran merekamengambil kira sensiviti budaya.Guru yang peka dan pandai mengolah pengajaran dan pembelajaran pelbagai budayaharus berinteraksi dengan lebih positif dapat memupuk kebangaan budaya masing-masing bagi memangkin kematangan intelek. “Culturally relevant pedagogy calls forinstruction to be made relevant to the student by finding an intersection between (a) thestudent’s knowledge and skills and (b) school’s knowledge and skills by engaging thestudent in active investigations so she can discover the connections between what sheknows and what teachers want her to know” (Lee 1992). Pengajaran relevan budayamembantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduanperolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat dikehendakioleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara. 25
  26. 26. Definisi :Untuk memahami pedagogi relevan budaya, terminologi ini mula diambil perhatian olehGloria Ladson-Billings (1994) menyatakannya sebagai “a pedagogy that empowersstudents intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents toimpart knowledge, skills, and attitudes.”1 Berhenti dan BerfikirCuba anda terjermahkan definisi yang diberikan oleh Gloria Ladson_Billings dan bincang dengankawan anda, kaitkan apa yang anda faham dengan tugas anda sebagai seorang guru:Apabila kita bertugas di sekolah yang ada murid daripada latar belakang budaya yangberbeza, guru seperti anda seharusnya menjadi pengantara persekitaran sekolah danrumah murid. Guru yang mengajar dalam situasi budaya berbeza harus mengunakanciri-ciri perbezaan budaya, latar belakang, pengetahuan dan pengalaman pelajar untukmengukuhkan pengajaran dan pembelajaran.5.3 Ciri-ciri Pedagogi Relevan BudayaSelepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pedagogi relevan budaya, cuba andabincang dengan rakan anda mengenai soalan “Apakah ciri-ciri pedagogi relevanbudaya ?” Selepas berbincang, sila senarai ciri – ciri pedagogi relevan budaya.Bandingkan ciri-ciri yang anda berikan dengan pernyataan yang diberikan olehGuittierez (1994) dan Ladson-Billings (1994) yang diberikan : 1. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid menyebati pengetahuan, konsep, procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi. 2. Ia adalah mustahak bagi murid memahami latar belakang mereka yang berlainan budaya, proses aktif pembelajaran rentasi budaya walaupun belajar dalam kepelbagaian tetapi ia menyatupadukan ilmu pengetahuan.. 3. Selain daripada membantu pelajar perolehi pengetahuan, pedagogi relevan budaya beri motivasi murid belajar secara konstektual, iaitu mengambilkira pengalaman murid yang berbeza.5.4 Strategi pengelolaan Pedagogi Relevan Budaya.Sekiranya anda hadapi murid daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlumengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Guruperlu merancang seterus mengelola pengajaran dengan mengambil kira aspek berikut :Kaedah dan Teknik Pengajaran dan PembelajaranGuru yang mengelolakan pedagogi dalam bilik darjah pelbagai budaya harus melihatpengajaran sebagai “an art rather than a science” supaya guru seperti anda berfikirankreatif dan boleh menyesuaikan diri dengan murid pelbagi budaya. Guru juga 26
  27. 27. mempunyai pandangan bahawa semua murid boleh belajar dan mencapai kejayaan.Anda juga boleh berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa murid berlainanbudaya. Mempunyai sifat mudah mesra dengan murid dan sentiasa bersedia berkongsimaklumat, pengetahuan, kemahiran dengan murid pelbagai budaya. Anda yangmengajar kelas yang terdapat murid pelbagai budaya perlu mempelbagaikan kaedahdan teknik pengajaran anda dengan mengambil kira konsep perbezaan individu.Sebagai contoh guru digalakkan gunakan kaedah dan teknik berikut: 1. Kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatif Guru yang mengunakan strategi pemusatan murid ini, mengalakkan murid berbincang dan sesi buzz melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya. Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri daripada Ahmad, Seng Yan dan Kumaran. Murid digalakkan berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana hormat-menghormati. Sesi pembentangan perlu mempamirkan kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. Guru perlu memudahcara letusan idea ahli kumpulan, memberi penghargaan secara kolektif melambangkan harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya. Kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapat persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelbagai budaya dalam kelas 2. Penemuan Guru merancang pengajaran melalui penemuan, contohnya bagi Tajuk : Budaya masyarakat majmuk. Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China, Ah Seng dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya mengkehendaki pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham budaya orang lain, Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi maklumat, hurai atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing 3. Projek Kaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan budaya. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya diberi keutamaan. Contohnya murid diberi tajuk: Adat Perkahwinan. Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya mereka boleh kongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Murid boleh mendapat sumber pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Apa yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu hanya akan buat projek berkaitan dengan bangsa sendiri tanpa ada rentasan budaya.Penggunaan Bahan Bacaan Bagi Pedagogi Relevan BudayaGuru seperti anda harus menerima konsep perbezaan individu dan menterjemahnyasemasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh semasa mengajar kemahiranbacaan terdapat guru yang tidak perihatin terhadap bahan bacaan yang tidak mesrabudaya. Bahan bacaan yang merujuk sesuatu budaya secara berat sebelah (bias) bolehmembawa konflik permikiran murid. Sesuatu program bacaan yang berkesan harus 27
  28. 28. rapatkan perbezaan budaya dan memberi murid ruang berfikir secara positif perbezaanbudaya. Anda sebagai guru yang menjiwai pedagogi pelbagai budaya harus : Memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman setiap murid dalam bilik darjah anda. Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran. Ketahui dan memahami perkataan / ayat yang boleh menyinggung budaya murid. Wujudkan atau cari bahan bacaan sesuai dengan budaya setiap murid. Galakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya.Adakah anda berfikiran terbuka dan positif melaksanakan pengajaran di bilik darjahdengan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara tersebut ?Pembelajaran berasaskan computer berasaskan pedagogi relevan budayaPerkembangan teknologi mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran, Integrasiteknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kiraperbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya.Teknologi amat membantupengajaran dan pembelajaran, guru peka terhadap pengajaran berasaskan komputersesuai dengan budaya pelajar. Pembelajaran berasaskan komputer perlu memaparkanpersekitaran budaya pelajar secara mesra.Anda perlu beri fokus kepada perkara tersebut:(a) Perkembangan teknologi manfaatkan guru dan murid, ia telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran, guru yang berkesan akan gunakan teknologi membantu pengajaran. Bahan berasaskan computer perlu sesuai dengan budaya pelajar.(b) Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara luas tetapi guru perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif.Anda perlu menguasai teknologi untuk membolehkan teknologi membantu andamenguruskan perbezaan demi memanfaatkan pembelajaran murid. Sebagai contohapabila anda bawa masuk perisian pembelajaran ke dalam bilik darjah perlu semakkandungan perisian tersebut supaya tidak menjejaskan budaya seseorang murid.Aspek terakhir yang perlu anda beri perhatian dalam konsep pedagogi relevan budayaialah komunikasi guru yang berkesan. Cuba anda bincang dengan rakan dan senaraikanperkataan atau ayat yang tidak sesuai bagi sesuatu kaum.Bil Kumpulan Etnik Perkataan atau Ayat yang kurang sesuai digunakan semasa Pengajaran & Pembelajaran 28
  29. 29. Secara umumnya guru perlu guna bahasa yang mudah difahami oleh semua murid.Guru harus beri ruang dan peluang bagi murid kemukakan idea daan pendapat. Guruperbetulkan dan menyebut kembali sebut yang salah/pelat. Guru tidak mengajuk/mentertawa murid pelat sebutan yang melambangkan etnik tertentu. Guru juga perluberusaha mempelajari dan memahami bahasa ibunda murid yang berlainan etnik. Cuba buat renunganCuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas)memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi relevan budaya? Adakah andadapati sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya. Latihan/AktivitiDalam mempastikan keberkesanan pengajaran pedagogi relevan budaya, guru-guru perlumenggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Pilih salah satu kaedah dan jelaskan carabagaimana anda akan melaksanakannya?1.4 RumusanKita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yangtelah dipelajari. • Pedagogi relevan budaya merujuk kepada “a pedagogy that empowers students intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and attitudes” • Salah satu ciri pembelajaran berkesan ialah penyebatian pengetahuan, konsep, procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi • Antara kaedah/teknik pengajaran yang sesuai untuk pedagogi relevan budaya termasuk kaedah koperatif, penemuan dan projek. 29
  30. 30. • Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya. Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.Teks Bacaan AsasGredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey: Merrill Prentice Hall.RujukanBurden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in Classrooms. New York: Addison Wesley Educational Inc.Montgomery,W.(2001). Creating culturally responsive, inclusive classrooms. Teaching Exceptional Children, Vol.33(4) pp 4-9. 30
  31. 31. TOPIK 6 PEDAGOGI KELAS BERCANTUMFikirkan tentang pengalaman peribadi yang pernah anda melalui mengenai keperluanuntuk merancang bagi mengajar sebuah kelas bercantum. Contohnya, merancang untukmengajar satu pelajaran kelas bercantum. Apakah ciri-ciri biasa yang terkandung dalampedagogi kelas bercantum?Sekarang kita akan meneliti cara bagaimana mengelolakan sesi pengajaran untukkelas bercantum6.1 Sejarah dan Konsep Kelas BercantumSetiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikanselaras dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolahkurang murid di pedalaman, kelas bercantum diadakan. Di samping itu, bilangan guru disekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebihdaripada satu kelas pada masa-masa tertentu.Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana iadikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di LowerPrimary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dankemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi.Konsep Kelas BercantumKonsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yangmengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua,tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.Kelas bercantum “sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajarmurid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalamsebuah bilik darjah.” (UNESCO, 1988).Berasaskan pernyataan di bawah, cuba bincang dengan rakan anda bagaimana bolehberlaku?a. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang murid atau lebih, kelas tidak perlu dicantum.b. Kalau bilangan guru mencukupi, kelas tidak perlu dicantum.c. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid adalah 10 orang atau kurang, kelas perlu dicantum.d. Seelok-eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid. 31
  32. 32. e. Umur murid-murid dalam satu kelas bercantum perlulah hampir sama dan dari tahap yang sama, misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga. Fikirkan Cuba bincang dengan rakan anda dan senaraikan ciri-ciri kelas bercantum seperti mana yang anda ketahui. Kemudian, anda boleh semak dengan ciri-ciri yang anda senarai dengan yang diberikan dalam modul ini ?6.2 Ciri-ciri Kelas Bercantum •Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja. •Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan •Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka. •Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas. •Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.Anda perlu ketahui bahawa tugas mengelola kelas-kelas bercantum banyakmemerlukan persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Kemahiran“multi task” atau keterampilan guru diperlukan supaya dapat menimbulkan suasanapengajaran dan pembelajaran yang berkesan.6.3 Pedagogi Kelas BercantumDalam situasi pengajaran secara kelas, konsep kepelbagaian murid perlu diambil kirakerana setiap murid mempunyai daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi yangberbeza-beza walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya. Oleh itu murid-murid di bawah jagaannya lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut :(a) Kumpulan Sama Kebolehan(b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan(c) Kumpulan Tahun Persekolahan(d) Kumpulan Sosial(e) Kumpulan Individu 32
  33. 33. Kumpulan Sama KebolehanKumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Pelajaranseperti matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut kumpulan ini. Gurumemerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid padakumpulan-kumpulan tertentu. Pembahagian murid-murid kepada kumpulan-kumpulanyang lemah. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepadabilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada murid-murid dalam kumpulan cerdas dan lemah. Guru hendaklah lebih menitikberatkankeperluan kumpulan yang lemah ini. i. Kumpulan mengikut kebolehan Cantuman kelas Tahun 2 dan 3 Lambat Sederhana Cerdas 33
  34. 34. CANTUMAN KELAS : CANTUMAN TAHUN 2 DAN 3 KAEDAH KUMPULAN SAMA KEBOLEHAN PAPAN TULIS M Gu eja ru SUDUT PEMBELAJARAN SUDUT PEMBELAJARAN A B Renung dan fikirkanBincangkan bagaimana anda dapat mengelolakan sesi pengajaran berdasarkan kumpulan SUDUT BACAANmengikut kebolehan? C Kumpulan Pelbagai SUDUT PAMERAN PETUNJUK:- KUMPULAN A Tahun 2 dan 3 yang lambat TAHUN 2 KUMPULAN B Tahun 2 dan 3 yang sederhana TAHUN 3 KUMPULAN C Tahun 2 dan 3 yang cerdasKebolehanKumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Kalau murid-muriddibahagikan mengikut kumpulan ini, dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripadamurid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, adayang pandai melukis, ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal.Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. Biasanya kumpulan ini dibentukuntuk menjalankan satu-satu projek. Oleh itu kumpulan yang mempunyai pelbagaikebolehan dapat menghasilkan kerja projek yang berjaya. Lembaran kerja puladisediakan mengikut kebolehan individu. 34
  35. 35. K u m p u la n p e lb a g a i k e b o le h a n C a n tu m a n Tahun 2 dan 3  la m b a t  la m b a t  la m b a t  s e d e rh a n a  s e d e rh a n a  s e d e rh a n a  c e rd a s  c e rd a s  c e rd a sKumpulan Tahun PersekolahanGuru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama kumpulan tahunpersekolahan lain melakukan kerja sendiri. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiapdarjah ada kumpulan:  lambat  sederhana  cerdasGuru mengajar mengikut darjah secara bergilir. Sediakan lembaran kerja untuk semuakumpulan. P e n g e n d a lia n K e la s s e c a rr a s e c a a K a e d a h K a e d a h D a r ja h // T a h u n T a h u n P e r s e k o la h a n G U R U g u r u m e n g a ja r s e c a r a b e r g ilir T A H U N 2 T A H U N 3 k u m p u la n k u m p u la n A C A B C B 35
  36. 36. Kumpulan SosialKumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehankerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri.Di sini kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Jenis-jenisaktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama ataupelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan.Kumpulan IndividuKaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalamaktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu. K u m p u la n p e lb a g a i k e b o le h a n Pengendalian Kelas Bercantum Kaedah Darjahn/ tTahun n T a h u n 2 d a n 3 C a u m a Persekolahan papan tulis papan tulis Meja guru Ruang pameran hasil kerja murid A A B B  la m b a t  la m b a t  la m b a t C C  s e d e rh a n a  s e d e rh a n a  s e d e rh a n a  cRuangspembelajaran e rd a  c e rdRuang bacaan as  Ruang a s c e r d pembelajaran Catatan : Petunjuk: 1. Murid mengikut kumpulan. A = Kumpulan lambat 2. Dua papan tulis. B = Kumpulan sederhana 3. Sekatan antara kelas digunakan C = Kumpulan cerdas sebagai ruang pameran hasil kerja Tahun 3 murid. Tahun 2 36
  37. 37. Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai kelas bercantum. Kongsikan bahan rujukan dengan rakan-rakan anda.6.4 Rancangan Pengajaran Kelas BercantumPengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.Guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yangdisediakan oleh PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa. Sukatan Pelajaran tersebutperlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum.Guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungansukatan pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian bagi setiapmata pelajaran supaya dapat diajar serentak. (rujuk Rancangan Pengajaran Harian)Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelasbercantum. Guru perlu mengubahsuai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaandapat diajar dengan serentak. Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satumasa, kaedah pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan. GABUNGAN KEMAHI RAN DALAM MATEMATI K KEMAHI RAN NOMBOR YANG SAMA Bil. Tahu n 1 Tahun Tahun 2 Tahu n 3 1 Nombor 1-10 1- Nombor Nombor kurang 300 kurang 700 2 37
  38. 38. PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH / TAHUN PERSEKOLAHAN MASA TAHUN 2 TAHUN 3 15 minit Guru Mengajar Kerja sendiri 15 minit Kerja sendiri Guru Mengajar Catatan : Kaedah ini sesuai dipraktikkan apabila cantuman kemahiran tidak dapat dicantumkan4.2 Rumusan C o n to h : PENGURUSAN M ASA K A EDAH KELAS M A SA TAHUN 2 TA H U N 3 2 0 m in it G u r u m e n g a ja r 4 0 m in it M u r id m e m b u a t a k t iv it i S e t 1 , 2 , 3 ... C a ta ta n : - K a e d a h in i s e s u a i d ip r a k t ik k a n s e b e lu m k e b o le h a n m u rid d ik e t a h u i - A p a b ila k e m a h ira n y a n g s a m a d ia j a r . Diambil daripada : Modul BPG(2007). Kelas Bercantum. 38
  39. 39. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Kelas BercantumRancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guruberdasarkan surat pekeliling K.P Bil.256/1961. Rancangan Pengajaran Harian sangatpenting keranaa) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian.b) ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata pelajaran.c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid.d) dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum selesai dalam rancangan untuk setahun.e) sebagai panduan dan membantu guru-guru lain yang mengambil alih mengajar sesuatu darjah.Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan pelajaranharian tetapi lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan salingberkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan. LatihanCuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan diatas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi kelas bercantum? Adakahanda dapati sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya.Kita telah sampai ke akhir topik mengenai perancangan untuk mengajar. Mari kitamembuat ringkasan isi penting dalam topik ini.: • Kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam. • Antara ciri-ciri kelas bercantum adalah kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja, murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan; bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka, guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas dan strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa. • Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut : kumpulan Sama Kebolehan; kumpulan Pelbagai Kebolehan; kumpulan Tahun Persekolahan; kumpulan sosial; kumpulan individu 39
  40. 40. • Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru kerana merupakan rujukan untuk persediaan harian dan pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.Teks Bacaan AsasRujukanArends, R.I. (2001). Learning To Teach. Boston : McGraw Hill.Anthony Candia, (1989), Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Kelas Bercantum.Asmah bt. Hj Ahmad, (1989), Pedagogi 2, Siri Pendidikan Logman.Kementerian Pelajaran malaysia, (1982), Buku Panduan Khas Kelas Bercantum Kurikulum Baru Sekolah Rendah.Kementerian Pendidikan Malaysia, (1980 - pindaan, 1982), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Kelas Bercantum.Bahagian Pendidikan Guru.(2007). Modul Kelas Bercantum. Putrajaya. 40
  41. 41. SOSIOLINGUISTIK TOPIK 7Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan mengenai peranan bahasa dalampengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta masyarakat. Tambahan pula,topik ini juga ketengahkan kepelbagaian bahasa yang sedia ada di Malaysia sertaperanan guru dalam menyatukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya danbahasa.7.1 Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai BudayaGuru menggunakan bahasa untuk menyampaikan pengajarannya. Guru jugamenggunakan bahasa untuk membimbing dan menasihati murid-muridnya. Malaysiamerupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagaietnik, sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami latar belakang murid yangdiajar terutama faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan muridnya samaadaperlakuan berbahasa atau perlakuan bukan bahasa. Penggunaan bahasa sangatberkait rapat dengan latar belakang murid terutama budaya di mana murid itudibesarkan dan menjalani kehidupannya.Bahasa yang dipertutur oleh manusia adalah suatu anugerah Tuhan kepada manusiakerana dengan bahasa manusia menyampaikan hasrat, meluahkan rasa danmengemukakan pandangan. Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dalamkehidupan sosialnya sejak manusia dicipta oleh Tuhan. Maka, keupayaan manusiaberbahasa perlu disyukuri kerana bahasa sebagai alat penting kepada manusiasehingga manusia mampu menjalani kehidupan bermasyarakat dengan sempurna.Bahasa menyampaikan makna dalam kehidupan sosial dan apabila digunakan dalamkonteks komunikasi, bahasa dikaitkan dengan budaya yang pelbagai dan kompleks.Manusia mengungkap kata-kata berdasarkan pengalamannya yang menyampaikanfakta, idea dan peristiwa yang merujuk kepada pengetahuan mereka tentang dunia yangdikongsi bersama. Kata-kata yang diungkapkan menggambarkan sikap, kepercayaan,fahaman, dan pandangan dan sekali gus bahasa sebenarnya suatu realiti budaya.Manusia menggunakan bahasa bukan sekadar untuk membuktikan pengalaman yangdilalui, sebaliknya bahasa yang dipertutur mencipta pengalaman yang baharu apabilabahasa mampu menjadi medium perhubungan antara manusia.Penerangan di atas telah menjelaskan kepada anda peranan bahasa dalam kehidupanmasyarakat. Jadi, apakah yang anda faham tentang sosiolinguistik? Kebanyakan tokohbahasa di dalam dan di luar Negara bersetuju bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidangpengkajian hubungan manusia dengan bahasa. Dalam konteks Malaysia yang terdiridaripada pelbagai kaum, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan olehrakyat Malaysia, namun begitu, Malaysia mempunyai pelbagai jenis bahasa etnik yangmasing-masing membawa identiti budaya yang tersendiri. Walau pun bahasa Melayumerupakan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum diMalaysia, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masing-masing tanpa sebarang sekatan. 41
  42. 42. Hentian seketika dan Berfikir :Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat lebih puluhan jenis bahasa yang dipertuturkan olehpenutur jati yang terdiri daripada pelbagai etnik? Senaraikan bahasa-bahasa yang terdapat diMalaysia.7.2 Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa PengantarKita telah mengetahui bahawa Malaysia memiliki pelbagai etnik, pelbagai bahasa sertapelbagai budaya dan hal ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalammembina rakyat bersatu padu. Sehubungan dengan itu, pemimpin Negara sejak zamansebelum mencapai kemerdekaan lagi telah nampak isu bahasa dan etnik ini dan olehkerana itu sekiranya anda mengkaji Laporan-Laporan berhubung Pendidikan anda akanketahui bahawa kesemua Laporan menekankan aspek penggunaan bahasa kepadarakyat Tanah Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia bukanlahperkara mudah dan tidak perlu diberi perhatian sewajarnya, sebaliknya, sosiolingistikmerupakan bidang yang sangat penting dalam menentukan tahap keharmonian dankeamanan Negara.Apakah pentingnya penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar kepadasebuah Negara seperti Malaysia?Dalam laporan Cheesman (1946) didapati bahawa di dalam satu kelas di sebuah kelassekolah Inggeris, terdapat murid-murid pelbagai etnik yang menuturkan hampir sebelasjenis bahasa. Seandainya, murid-murid ini tidak menguasai satu bahasa yang samasebagai bahasa pengantar, maka pasti guru berhadapan dengan masalah untukmenyampaikan pengajarannya dan murid tidak akan memperoleh ilmu, apa lagi untukmenyatupadukan mereka.Sedarkah anda bahawa perbezaan bahasa membawa kepada perbezaan budaya danperbezaan budaya yang ketara tidak akan membawa perpaduan antara kaum atauetnik? Sehubungan dengan itu, Laporan Barnes pada tahun 1950 mencadangkanpenggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sahaja di semua sekolah kebangsaan.Barnes juga mencadangkan pemansuhan sekolah vernacular Cina dan Tamil tetapiditentang kuat terutama oleh kaum Cina kerana khuatir penutupan sekolah Cina sediaada. Rentetan tersebut berterusan dengan Laporan Fenn-Wu 1951 dan seterusnyapada 1956 Laporan Razak yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantardi sekolah. Ordinan Pelajaran 1957 diluluskan bagi melaksanakan usul Laporan Razakdi mana perancangan pendidikan dirangka meliputi semua kaum di Tanah Melayu danini merupakan asas perkembangan pendidikan seterusnya di Malaysia. Seterusnyadalam Laporan Rahman Talib 1960 adalah bukti betapa kerajaan bersungguh-sungguhmembentuk satu sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan sebagai usahamenyatupadukan rakyat Malaysia. Seterusnya dalam Akta 1961 termaktab DasarPendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarutama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum danpeperiksaan yang sama untuk semua murid. 42
  43. 43. Berhenti dan ReflekApakah yang anda fahami tentang penggunaan satu bahasa pengantar? Bagaimanakahperanan anda sebagai seorang guru dapat membantu menyatupadukan pelajar melalui konsepini?7.3 Peranan Guru dalam Aspek SosiolinguistikGuru memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk jati diri murid yangmenghayati bahasa rasmi dan budaya nasional di samping menerap nilai-nilaimenghormati perbezaan bahasa dan budaya menurut etnik.Bagaimanakah guru mampu memainkan peranan dalam memartabatkan bahasaKebangsaan dengan membentuk rakyat yang mempunyai jati diri sebagai rakyatMalaysia dan pada waktu yang sama mengekalkan pelbagai warisan budaya etnik?Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan pelbagai aktiviti bahasa,sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang memartabatkanbahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kegiatan kokurikulum adalah saluranterbaik untuk memartabatkan Bahasa kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti danprojek yang kreatif, menyeronokkan serta memanfaatkan murid. Bagi mengekalkanwarisan budaya dan bahasa kepelbagaian etnik di Malaysia, guru boleh menyelitkanunsur-unsur warisan budaya etnik-etnik lain dengan menggunakannya sebagai sumberpengajaran dan pembelajaran, contohnya, menggunakan cerita rakyat etnik Iban dalampengajaran Bahasa Melayu, menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam pengajarandan pembelajaran muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani.Malahan pelbagai permainan tradisional milik etnik-etnik ini dapat digunakan sebagaipendekatan “Games based learning” dalam pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan sumber P&P dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya bukansahaja memupuk kesefahaman kalangan murid yang tediri daripada pelbagai etnik,malahan ruang tersebut akan mendorong murid memahami dan menguasai kosa katabahasa etnik rakan-rakan mereka. Sekiranya guru mampu meneruskan danmentadbirkan hal ini dengan berkesan, setiap etnik tidak berasa tersisih, sebaliknyamenjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya. 43
  44. 44. Latihan/ Aktiviti Anda digalakkan menggunakan pendekatan koperatif semasa perbincangan. Cuba berkongsi pengalaman bagaimana anda dapat memainkan peranan jika mengajar pelajar berbilang kaum dan pelajar kerap menggunakan pelbagai bahasa dalam bilik darjah.3.3 RumusanTopik ini membincangkan mengenai aspek sosiolinguistik di Malaysia dan . Antaraaspek –aspek penting adalah berikut: • Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai bahasa • Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia • Demi menyatupadukan rakyat Malaysia, beberapa dasar digariskan antaranya Akta 1961 yang termaktub Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid. • Guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.Teks Bacaan AsasMuhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.(2005). Readings on ethnic relations in a multicultural society. Serdang: Universiti Putra Malaysia.RujukanWoolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon 44
  45. 45. TOPIK 8 PENILAIAN BERASASKAN BUDAYAFikirkan pengalaman anda sebagai guru di sebuah sekolah pelbagai budaya. Adakahanda pernah merancang penilaian untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai kumpulanetnik? Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil kira semasa menyediakan ujianuntuk kelas anda? Topik ini akan membincangkan mengenai perancangan yangdiperlukan untuk melaksanakan penilaian yang berasaskan budaya. Ini termasuklahkonsep penilaian berasaskan budaya, ciri-ciri ujian berasaskan budaya, prinsip-prinsipyang perlu diambil kira serta strategi penilaian yang sesuai untuk kelas pelbagai budaya.7.1 Konsep dan Tujuan Penilaian Berasaskan BudayaKonsep Penilaian Berasaskan BudayaPenilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untukmembuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan lain, penilaianadalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusanbagi tindakan yang akan diambil kelak. Manakala mengikut Hall (1959), budayamerupakan satu set pola yang dialami oleh individu-individu sebagai cara bertindak,merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas adalah pandangan Erickson (1997) dimana atribut penting budaya berkait dengan pendidikan merupakan suatu yang eksplisit(seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai, andaian dan kepercayaan).Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yangdilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusanseharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia ataumemilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalahsah dan boleh dipercayai.Penilaian berasaskan budaya kian memainkan peranan penting dalam bidangpendidikan. Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar denganmenggunakan alat/teknik penilaian yang sesuai amat mustahak . Kesahan dalamkeputusan penilaian merupakan isu utama kerana keputusan-keputusan ini digunakanuntuk memaklumkan keputusan terhadap pembelajaran pelajar. Maka keputusan yangsah dipengaruhi oleh pemilihan alat penilaian yang telah disahkan berasaskansampelan populasi tertentu. Juga, jika suatu alat diterjemahkan, kepastian perlu dibuatterhadap kesahan dan integriti dalam proses terjemahan.Tujuan Penilaian Berasaskan BudayaPenilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil kirafaktor pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan, status sosio-ekonomi, latarbelakang pelajar. Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan 45
  46. 46. maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang sesuai untuk prosespeinilaian. Untuk guru yang menyediakan penilaian, pentaksiran berasaskan budayamemerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap, pengetahuan, kemahiran menyoalatau menemubual, strategi-strategi intervensi dan amalan-amalan penilaian.Penilaian ini bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuaiuntuk memperoleh data mengenai pelajar. Fokus mengenai penilaian yang tidakmendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentangkemajuan pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. Disamping itu, penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang kelemahandan kekuatan pengajaran – pembelajaran, dan seterusnya pembangunan programpendidikan.Secara keseluruhannya, penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk : (a) mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya (b) menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif (c) memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid (d) mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik dan kerelevanan budaya (e) menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal (f) mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional Sila buat refleksiBuat refleksi: Sebagai guru di sekolah, pernahkah anda berfikir tentang penilaian yang mesrabudaya? Beri pandangan anda kepada jawapan anda.7.2 Peranan Guru dalam menyediakan penilaian berasaskan budayaGuru perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai kemahiran penilaiandan alat dalam pengajaran yang dapat memberi peluang pelajar menunjukkankompetensi mereka dalam pelbagai cara berasaskan keadaan tempatan, termasuklahpengetahuan dan kemahiran berkait dengan pemahaman amalan budaya tradisional.Tambahan pula, guru perlu mengambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian masalahdalam menilai potensi pembelajaran pelajar di bawah jagaan mereka dan menyediakanpeluang yang sesuai untuk pelajar meningkatkan diri.Budaya sama ada dapat dilihat atau terselindung harus diutarakan dalam proses-proses dan kandungan pengajaran oleh guru. Budaya membentuk dan dibentuk dalamproses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran pembelajaransepanjang hidup manusia, keluarga, bilik darjah , komuniti dan tempat kerja. Maka guruberperanan untuk menangani isu-isu budaya setiap kali mereka mengajar dan membina 46

×