Your SlideShare is downloading. ×
Tekanan udara dan edaran umum atmosfera
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

1,389

Published on

Geografi STPM Penggal 2, Bahagian A

Geografi STPM Penggal 2, Bahagian A

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,389
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
43
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. TEKANAN UDARA DAN EDARAN UMUM ATMOSFERA
  • 2. Konsep Tekanan Udara Merujuk kepada daya yang terdapat pada sesuatu turus udara terhadap kawasan dibawahnya. Udara tertakluk kepada hukum gas Daya dan tekanan berubah mengikut ketinggian. Tekanan udara mempunyai kaitan dengan taburan tenaga dan kelembapan. Terdapat hubungan songsang antara suhu dengan tekanan udara. Tekanan udara juga mempunyai perkaitan dengan pembentukan angin.
  • 3. Taburan Tekanan Udara Global Taburan suhu global Taburan daratan dan lautan Faktor yang mempengaruhi Latitud Kaedah • Menggunakan peta garisan setekanan udara (isobar) • Isobar ialah garisan yang dilukis di atas peta cuaca yang menghubungkan nilainilai tekanan udara yang sama di sesuatu kawasan. • Isobar menggunakan unit milibar (mb). • Jarak antara isobar menunjukkan nilai daya cerun tekanan.
  • 4. Pusat Tekanan Udara Global Pusat tekanan udara hemisfera utara • Dipengaruhi oleh daratan yang luas. • Musim sejuk (Jan) • Tekanan tinggi Asia Tengah (Siberia), Timur Laut Pasifik (Luar Pantai California) dan Timur Laut Atlantik (Luar Pantai Sepanyol) • Tekanan rendah Laut Pasifik Utara, Selatan Greenland. Pusat tekanan udara hemisfera selatan • Dipengaruhi oleh lautan • Musim sejuk (Julai) – Tekanan Udara Tinggi Timur Afrika Selatan, Australia Tengah, Lautan Pasifik Selatan dan Pantai Timur Amerika Selatan. • Musim panas (Jan) – Tekanan Udara Rendah Pantai Barat Afrika, Australia Utara dan bahagian tengah Amerika Selatan. Kesimpulan • Pusat tekanan udara tinggi di kedua-dua hemisfera (sekitar 30oU dan 30oS) • Pusat tekanan udara rendah di kawasan berhampiran khatulistiwa (doldrum)
  • 5. Daya yang Mempengaruhi Tiupan Angin Daya Cerun Tekanan • Wujud hasil daripada perbezaan antara kawasan tekanan udara tinggi dengan kawasan tekanan udara rendah • Mempunyai komponen menegak dan mendatar. • Komponen menegak • Nilai tekanan udara yang semakin menurun apabila bertambah tinggi • Komponen mendatar • Berbeza mengikut taburan tenaga suria di permukaan bumi mengikut latitud. • Perbezaan kadar tiupan angin amat bergantung kepada cerun tekanan.
  • 6. Daya yang Mempengaruhi Tiupan Angin Daya kariolis • Daya yang terhasil akibat putaran bumi di atas paksinya. • Hukum Ferrel • Sebarang benda atau bendalir yang bergerak secara mendatar di Hemisfera Utara cenderung menjadi terpesong ke kanan dari arah pergerakannya. Di Hemisfera Selatan pula, pesongan yang sama adalah ke kiri dari arah pergerakannya. • Nilai daya kariolis – Bernilai 0 di Khatulistiwa dan bertambah besar ke arah kutub.
  • 7. Daya yang Mempengaruhi Tiupan Angin Daya putaran memusat • Merujuk kepada suatu badan yang bergerak dalam bentuk pengaliran berliku yang diiringi oleh satu daya tarikan ke arah pusat putaran keluar atau masuk • Mempengaruhi pergerakan angin secara putaran. • Membentuk pelbagai jenis siklon seperti siklon tropika, tornado, siklon sederhana dunia dan antisiklon.
  • 8. Daya yang Mempengaruhi Tiupan Angin Daya geseran • Daya yang terhasil kesan daripada pergeseran angin dengan permukaan bumi. • Bertindak pada arah yang bertentangan dengan arah daya cerun tekanan. • Bergantung kepada kadar kekasaran permukaan dan ketinggian angin.
  • 9. Edaran Umum Atmosfera Proses pergangkutan haba oleh angin antara kawasan tropika (latitud rendah) ke kawasan kutub (latitud tinggi). Berlaku kerana perbezaan penerimaan tenaga dan tekanan udara antara;- • Kawasan tropika – penerimaan tenaga tinggi, tekanan udara rendah. • Kawasan kutub – penerimaan tenaga rendah, tekanan udara tinggi Berlaku di fasa lautan dan fasa daratan Pemidahan tenaga dalam bentuk haba rasa dan haba pendam dalam wap air Udara panas (tropika) mengalir pada aras tinggi ke kutub. Udara dingin (kutub) mengalir pada aras permukaan.
  • 10. Edaran Umum Atmosfera 10 jurry/ag1133/0708k7
  • 11. Edaran Umum Atmosfera Edaran udara atmosfera komplek daya kariolis yang membiaskan pergerakan angin (Hukum Ferrel) Pembiasan angin akan membentuk 3 sistem angin dunia. • Angin timuran tropika • Angin baratan • Angin timuran kutub Tiga unit utama pola edara umum atmosfera • Sel kutub • Gelombang sederhana dunia • Sel Hadley
  • 12. Sistem Angin Dunia Terbentuk kesan taburan udara yang berbeza di permukaan bumi. Empat sistem yang utama Angin timuran tropika • • • • • Bersifat tetap dari segi arah o o Zon pergaruh – 5 hingga 30 U/S Bertiup dari kawasan sejuk ke kawasan panas. Terbias ke timur akibat pengaruh daya kariolis. Kesan • pantai timur benua menerima hujan lebat • Pantai barat benua panas dan bergurun
  • 13. Sistem Angin Dunia Angin baratan o o • Zon pengaruh – 35 hingga 60 U/S • Angin baratan di Hemisfera Utara, halajunya berubahubah kerana banyak halangan kerana banyak daratan. • Angin baratan di Hemisfera Selatan, halajunya lebih tetap kerana banyak melalui daratan. • Mempercepatkan proses penerbangan di hemisfera selatan. Angin timuran kutub • Zon pengaruh – lebih 60oU/S • Arah tiupannya tidak jelas kerana datang dari kutub. • Merupakan angin sejuk dan berat.
  • 14. Sistem Angin Dunia Angin Monsun • Pola angin maksimum yang bertiup tanpa perubahan arah untuk beberapa bulan dan kemudiannya ia hilang untuk satu tempoh masa singkat (biasanya sebulan), angin ini bertiup kembali dalam arah bertentangan untuk tempoh beberapa bulan lagi yang tinggal dalam satu tahun. • Perubahan arah tiupan angin dipengaruhi oleh:• Liputan perubahan suhu mengikut garisan lintang. • Perubahan suhu mengikut musim. • Perbezaan dalam kadar penyerapan sinaran matahari oleh daratan dan lautan. • Menghasilkan nilai tekanan udara yang berbeza di pedalaman benua Asia dan benua Australia.
  • 15. Angin Monsun 1. Angin Monsun Timur Laut 2. Angin Monsun Barat Daya 3. ANGIN SUMATERA 4. ANGIN TEMPATAN(BAYU LAUT DAN BAYU DARAT)
  • 16. Pembentukan Angin Monsun Timur Laut November hingga Mac (musim sejuk di hemisfera utara), pedalaman Asia mengalami suhu rendah (bawah 0oC) membentuk pusat tekanan rendah. Hemisfera selatan mengalami musim panas, suhu di pedalaman Australia tinggi akan membentuk pusat tekanan rendah. Mewujudkan cerun tekanan dari Asia (tekanan tinggi) ke Australia (tekanan rendah) menyebabkan angin bertiup dari Asia ke Australia. Daya kariolis menyebabkan angin yang keluar dari benua Asia terpesong ke kanan membentuk angin Monsun Timur Laut. Daya kariolis menyebabkan angin tadi sekali lagi terpesong dan membentuk angin Monsun Barat Laut di hemisfera selatan Kesan • Menyerdahanakan suhu (angin lembap) • Hujan lebat (timur benua)
  • 17. ANGIN MONSUM TIMUR LAUT
  • 18. Pembentukan Angin Monsun Barat Daya Mei hingga September (musim panas di Hemisfera Utara), Asia Tengah mengalami suhu yang tinggi dan membentuk pusat tekanan rendah. Hemisfera selatan pula mengalami musim sejuk, suhu di pedalaman Australia pula rendah akan membentuk pusat tekanan tinggi. Mewujudkan cerun tekanan udara dari Australia ke Asia Tengah membentuk angin Monsun Tenggara. Daya kariolis menyebabkan angin tadi terpesong dan membentuk angin Monsun Barat Daya di hemisfera utara. Kesan • Hujan lebat di kawasan pantai barat negara-negara di kawasan tropika • Banjir besar
  • 19. ANGIN MONSUM BARAT DAYA
  • 20. Musim Antara Monsun Berlaku ketika angin monsun bertukar arah dalam masa yang singkat (kebiasaannya sebulan) Di Malaysia, musim antara monsun terjadi pada bulan April dan Oktober Sering kali berlaku fenomena hujan perolakan dan kejadian kilat dan petir.
  • 21. Angin Tempatan  Angin Pergunungan Angin Katabatik Angin Anabatik  Badai Selari(Angin Sumatera)  Angin Lintang  Bayu Darat  Bayu laut
  • 22. Proses Kejadian Angin Katabatik Pada malam hari, puncak gunung membebaskan bahangan bumi ke angkasa lebih cepat berbanding permukaan lurah Permukaan lurah yang terletak di bawah gunung berkeadaan panas, lalu membentuk tekanan udara rendah Suhu sekitar di puncak gunung lebih cepat sejuk, lalu membentuk tekanan udara tinggi Akibatnya angin bertiup dari puncak gunung yang bertekanan udara tinggi menuruni lereng-lereng ke lembah/lurah yang bertekanan udara rendah.
  • 23. Angin Katabatik
  • 24. Proses Kejadian Angin Anabatik Pada siang hari, puncak gunung lebih cepat menerima panas matahari daripada lurah gunung yang dalam keadaan tertutup. Di kawasan lurah yang masih sejuk pula membentuk tekanan udara yang rendah, justeru, kecerunan tekanan udara terbentuk dari permukaan lurah ke permukaan gunung. Kesannya, puncak gunung bersuhu tinggi dan tekanan udara menjadi rendah berbanding dengan kawasan lurah Oleh itu, angin akan bertiup menaiki atau mendaki lurah ke puncak gunung.
  • 25. Angin Anabatik
  • 26. Faktor Yang Mempengaruhi Halaju Tiupan Angin Katabatik dan Angin Anabatik  Orientasi Cerun Lurah  Permukaan cerun lurah yang menghadap matahari lebih cepat dipanaskan berbanding permukaan cerun lurah yang terlindung . Ini mempengaruhi daya cerun tekanan  Kedalaman Lurah  Lurah yang semakin dalam dan sempit menyebabkan tekanan udara dan halaju angin semakin tinggi.  Bentuk Lurah/Geometri Lurah  .Halaju angin lebih kencang di permukaan lurah yang lurus dan licin berbanding dengan lurah yang berliku-liku dan kasar. Ini disedabkan oleh kesan daya geseran angin terhadap permukaan lurah.
  • 27. Angin Lintang  merujuk kepada angin yang bertiup secara melintang daripada arah perjalanan. Sebagai contoh, di dalam penerbangan, angin lintang merujuk kepada konponen angin yang bertiup 90 darjah merentangi landasan kapal terbang, menjadikan pendaratan bertambah sukar dan berbahaya berbanding dengan angin yang bertiup selari dengan arah penerbangan.  Selain itu, angin lintang juga boleh berlaku di atas jambatan yang panjang ataupun di lebuh raya.
  • 28. Angin Lintang di Lebuh Raya
  • 29. Badai Selari/Angin Sumatera  Bertiup antara bulan April – Mei dan September –     Oktober. Angin berasal dari Pulau Sumatera Angin ini bertiup dengan kencang (Sehingga 80km/jam) dalam masa yang singkat secara tibatiba pada waktu malam hingga subuh. Angin ini membawa hujan lebat yang disertai petir dan kilat ke kawasan antara Pelabuhan Klang hingga Johor Bahru. Angin ini boleh menyebabkan kerosakan pada rumah dan kawasan pertanian.
  • 30. ANGIN SUMATERA
  • 31. BAYU DARAT  BERTIUP WAKTU MALAM  UDARA DI DARATAN MENJADI SEJUK  SUHU DARATAN LEBIH RENDAH DARIPADA LAUTAN  TEKANAN UDARA TINGGI DI DARATAN, TEKANAN DI LAUTAN RENDAH  UDARA BERGERAK DARI DARATAN KE LAUTAN
  • 32. BAYU DARAT
  • 33. BAYU LAUT  TERJADI WAKTU SIANG  DARATAN CEPAT PANAS PADA WAKTU SIANG  TEKANAN UDARA RENDAH DIDARATAN  TEKANAN UDARA TINGGI DI LAUTAN  UDARA BERGERAK DARI LAUTAN KE DARATAN
  • 34. BAYU LAUT
  • 35. Pengaruh Angin Tempatan Terhadap Aktiviti Manusia di Malaysia. Terhadap pelancongan pantai Terhadap aktiviti perikanan pantai Terhadap aktiviti industri kecil dan sederhana
  • 36. Terhadap Pelancongan Pantai  Aktiviti pelancongan di tepi pantai seperti berkelah dan bersantai dapat dijalankan dengan baik kerana angin bayu bertiup dengan nyaman pada waktu pagi dan petang.  Tiupan angin bayu yang lebih kuat pula menyebabkan aktiviti permainan wau tradisional dapat dijalankan.  Permainan perahu layar, seperti pertandingan Monsoon Cup di Terengganu dijalankan pada musim tengkujuh kerana tiupan angin kencang.
  • 37. Terhadap Aktiviti Perikanan Pantai  Aktiviti perikanan pantai di pantai timur Semenanjung Malaysia (Pahang, Terengganu dan kelantan) tergendala pada musim tengkujuh kerana tiupan angin kencang yang menyebabkan laut bergelora dan merbahaya kepada nelayan pantai.  Aktiviti perikanan berjalan dengan baik sebelum dan selepas musim tengkujuh kerana tiupan angin yang sederhana menyebabkan laut lebih tenang dan ikan lebih banyak.
  • 38. Terhadap Aktiviti Industri Kecil dan Sederhana  Aktiviti IKS seperti perusahaan batik dapat dijalankan dengan baik dalam keadaanj berangin serta cuaca panas kerana kain batik yang dijemur cepat kering berbanding cuaca lembab.  Begitu juga dengan perusahaan ikan kering dan keropok yang memerlukan aktiviti menjemur dalam keadaan cuaca berangin. Aktiviti ini banyak dijalankan di pesisir pantai Terengganu, Kelantan dan Pahang.

×