Your SlideShare is downloading. ×
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

7,369

Published on

Published in: Education
2 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
7,369
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
267
Comments
2
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. BML 3103BML 3103 SEJARAH BAHASA,SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN &KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYUKEBUDAYAAN MELAYU
  • 2. TEORI ASAL USUL BANGSATEORI ASAL USUL BANGSA
  • 3. Nik Safiah Karim ~bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet- China. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa- bahasa Golongan Sumatera bersama- sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. SUSUR GALUR B. MELAYUSUSUR GALUR B. MELAYU
  • 4. AustronesiaAustronesiaTibet-ChinaAstroasia Austrik/Austris NusantaraNusantaraMelanesia Mikronesia Polinesia SumateraSumatera Filipina Jawa Kalimantan Bali-sasak Acheh Batak MelayuMelayu Minangkabau Lampung Nias
  • 5. PERKEMBANGAN B.MELAYUPERKEMBANGAN B.MELAYU
  • 6. Bahasa Melayu PurbaBahasa Melayu Purba Harry Judge (1991),bahasa Melayu purba ialah bahasa yang wujud pada zaman prasejarah dan tiada bukti sejarah pada masa itu. ◦ Namun terdapat pengkaji yang mengatakan bahawa bahasa Melayu telah wujud pada abad kedua Masihi, iaitu di Campa, Vietnam (Amat Jauhari Moain, 1998:93).
  • 7. Bahasa Melayu purba ~ BM terawal utk berkomunikasi bg Melayu Deutro(Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin, 2004:9). Tulisan asal ~ aksara Rencong (lebih tua daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi), yg banyak ditulis pada daun dan kulit kayu.
  • 8. Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Kuno berkembang di Nusantara pada abad ke-7M hingga abad ke-13M. Kuasa kerajaan yang paling berpengaruh pada masa tersebut adalah kerajaan Sriwijaya dan bahasa Melayu dipercayai telah menjadi bahasa pengantar kerajaan tersebut.
  • 9. Dua bahasa utama di kepulauan Melayu, bahasa Jawa kuno dan bahasa Melayu kuno. ◦ Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah menerima bahasa Sanskrit telah menyaingi bahasa Jawa yang pada peringkat awalnya menguasai sebahagian besar kepulauan Melayu. Sifat bahasa Jawa pula begitu kompleks dan bertata tingkat menyebabkan lama- kelamaan bahasa Jawa semakin tersisih. Perkataan ”Sanskrit” berasal dari perkataan 'Samskrtabhasa' yang bermaksud 'bahasa yang sempurna'.
  • 10. Bukti bertulis yang tertua terdapat di beberapa buah prasasti (batu bersurat), iaitu: (a)Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka (683M). (b)Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka (684 M). (c)Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka (686 M). (d)Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka (692 M). Bukti Bertulis BM KunoBukti Bertulis BM Kuno
  • 11. Svasti sri sakavarsatita 605 ekadasi suklapaksa vulan vaisakha daputa hyang nayik di samvau mangalap siddhayarta di saptami suklapaksa vulan jyestha dapunta hyang marlapas dari minana Tamvar mamava yang vala dua laksa ko dua ratus cara di samvau dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna datang matada (nau) sukhacitta di pancami suklapaksa vulan asada laghu mudita datang marvuat vanua…srivijaya jaya siddhayatra subhika…
  • 12. Terjemahan dlm. BM: Selamat dan bahagia, pada tahun saka 605 hari kesebelas bulan terang bulan waisaka, baginda naik perahu mencari kuasa sakti. Pada hari ketujuh bulan terang bulan jyesta baginda berlepas dari muara tamwan membawa askar dualaksa banyaknya ( dua puluh ribu) dua ratus menaiki perahu dan seribu tiga ratus dua belas bulan terang, bulan asada dengan lega datang, membuat negeri …Srivijaya, yang bahagia, yang berjaya, yang makmur (Noriah Mohamed, 1999:50).
  • 13. CIRI-CIRI BM KUNOCIRI-CIRI BM KUNO (a) Terdapat kata-kata Melayu asli seperti: pinam = pinang haur = aur vuluh = buluh niyur = nyiur huma = huma jahat = jahat ini = ini di sini = di sini di sana = di sana (b Kata-kata daripada bahasa Sanskrit seperti: Sakawarsa Siddha drohaka Bhakti mantra prayoga (c) Terdapat awalan-awalan seperti: mar- = ber- mam- = mem ni- = di- nipar- = diper ka- = ke- sa- = se-
  • 14. (d) Terdapat akhiran-akhiran seperti: - i = - i - an = an -na = -nya (e) Terdapat imbuhan apitan seperti: marjjahati = mar- jahat- i manujari = maN- ujar- I niujari = ni- ujar- i kadatuan = ka- datu- an
  • 15. (f) Terdapat awalan yang tidak dipakai lagi pada masa kini seperti: Maka + gila = makagila Maka + lanit = makalanit (g) Terdapat fonem-fonem Melayu seperti s, d, t, a, r, k, y, e, p, l, j, m, n, h, g, l, o, u, w (h) Terdapat fonem-fonem pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti dh, th, v. (i) Bunyi dan tulisan “b” diganti dengan bunyi dan tulisan “w”. Misalnya “wulan” (bulan), dan “wanyak” (banyak).
  • 16. (j) Tidak terdapat bunyi “e pepet”. Bunyi ini dihilangkan atau diganti dengan vokal “a”. Misalnya “dgan” atau “dangan” bagi perkataan “dengan”. (k) Tidak terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.
  • 17. BM KUNO BM MODEN Huruf w menjadi b wuat wunuh wanum watu buat bunuh bangun Batu Tiada vokal e, diganti dengan a dangan tathapi marwangun lapas dengan tetapi mambangun lepas Awalan mar- menjadi ber- marpalas marwuat berlepas berbuat Gugus konsonan bh, ph, kh dan th bhumi dhuka sukhacitta bumi Tua sukacita -na menjadi -nya Wuatna vanakna Buatnya banyaknya Kosa Kata Bm KunoKosa Kata Bm Kuno
  • 18. Bahasa Melayu Pra-klasikBahasa Melayu Pra-klasik Zaman praklasik dianggarkan bermula pada kurun ke-13 & ke-14, iaitu zaman peralihan pengaruh Hindu-Arab. Asmah Hj Omar (1988:392): ...zaman masyarakat Melayu yang sudah mengenal huruf ... Kegiatan penulisan/perakaman dalam bentuk tulisan telah bertanggungjawab dalam menstabilkan sebutan bahasa dan sebutan ini menjadi tolok (model) bagi masyarakat penutur pada amnya.
  • 19. Bukti Bertulis BM Pra-klasikBukti Bertulis BM Pra-klasik Batu bersurat Pagar Ruyung, Minangkabau (1356M) Batu nisan Minye Tujuh, Aceh (1350M) Batu nisan Malik al-Saleh (1297M) Batu Bersurat Kuala Berang Terengganu (1303-1397M))
  • 20. Batu Bersurat Kuala BerangBatu Bersurat Kuala Berang
  • 21. Bahasa Melayu yang telah mantap dari segi aksara (ejaan) kerana ◦ orang Melayu pada waktu itu dipercayai telah mempunyai tradisi budaya keilmuan yang tinggi. ◦ Kadar celik huruf pada waktu itu agak tinggi dan ◦ mereka telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan. Bahasa Melayu KlasikBahasa Melayu Klasik
  • 22. Bahasa Melayu klasik telah tersebar dengan meluas pada zaman kegemilangan Melaka: ◦ B.Melayu menjadi Lingua Franca, ◦ bahasa Melayu klasik juga juga menjadi bahasa ilmu.  untuk menyampaikan ajaran Islam, sama ada menerusi lisan mahupun tulisan.  Istana menjadi institusi penting ~ tempat berkumpul para cendekiawan serta pujangga.  buku2 tentang kesusasteraan, keagamaan di samping menjadi juru bicara dan juru tulis rasmi pihak istana.
  • 23. Zaman Kesultanan Melayu Melaka: ◦ Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dihasilkan pd pemerintahan sultan Mahmud Shah (1488- 1511M); ◦ Teks Undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut. Karya kesusasteraan paling awal, manuskrip BM tertua dlm bentuk buku~ Aqaid al Nasafi (1509M)
  • 24. CIRI-CIRI BM KLASIKCIRI-CIRI BM KLASIK Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit~ bahasa yang digunakan meleret-leret. Misalnya,”Adalah seorang saudagar di negeri istanbul: maka ia pergi belayar. Hatta, beberapa lamanya sudah ia pergi itu, maka peninggalannya isteri saudagar pun bermukahlah dengan kalandar. Sebermula, adapun akan saudagar itu ada ia menaruh seekor burung bayan.” (Hikayat Bayan Budiman) Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang. Struktur ayat pasif ini terdiri daripada awalan di atau ter-. Contoh “Syahadan dengan berkat Bismillah, ditikam raja akan Ferhad seperti menikam air juga adanya, suatu pun tiadakan akan kenakan dirinya. Maka raja pun terlalu akan hairannya dengan dukacita, maka disuruh oleh raja masuk penjara…(Hikayat Khoja Maimun)
  • 25. Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun, arakian setelah sudah dan sebagainya. Contoh "Hatta beberapa lama Sultan Malikul Tahir dalam negeri Pasai itu, maka dianugerahkan Allah taala akan baginda anak dua orang lakilaki, yang tua bernama Sultan Malikul Mahmud dan yang muda bernama Sultan Malikul Mansur.”(Russell Jones, 1997: 20).
  • 26. Banyak menggunakan partikel pun dan lah. Misalnya: " Adapun akan Tun Manda, telah besarlah, berumah sendirinya. Maka oleh Pateh Adam diemasinya segala penunggu pintu Seri Nara Diraja,katanya pada penunggu pintu itu, 'Berilah aku masuk dengan empat puluh orang perai ini juga.'(Sejarah Melayu,1975:205) Terdapat bentuk perulangan kata tunjuk (itu, sana), kata penegas (-lah,-nya) dan kata hubung (dan, yang, atau) yang ketara. Ini disebabkan laras lisan digunakan oleh penulisnya. Menggunakan aksara Jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan seperti merupakan ciptaan orang Melayu yang hanya didapati dalam bahasa Melayu dan tidak dijumpai di huruf Arab yang sejatinya.
  • 27. pinjaman pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa ◦ seperti dalam bidang ilmu keagamaan, undang- undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata- kata umum. Frasa dan ayat pengaruh bahasa Arab ◦ terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL) maka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du) Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab. Unsur-unsur falsafah Islam ◦ wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam bidang ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain.
  • 28. Pengekalan Warisan MelaluiPengekalan Warisan Melalui Bahasa MelayuBahasa Melayu ZAMAN KEDATANGAN ORANG EROPAH ◦ zaman pramoden atau zaman peralihan; abad 19-20 Matlamat kedatangan bangsa Eropah ke Asia Tenggara sama ada orang Sepanyol, Portugis, Belanda mahupun Inggeris dipengaruhi oleh faktor memburu kekayaan, kekuasaan dan penyebaran agama Kristian.
  • 29. Pengekalan Warisan MelaluiPengekalan Warisan Melalui Bahasa MelayuBahasa Melayu  Pigafeta, de Houtman, CH Thomsen & William Marsden hasilkan daftar kata dan kamus dari orang Eropah - menyumbang perkembangan bahasa Melayu  surat surat dagang dan pentadbiran dari raja melayu dan orang eropah sebagai bukti bahasa melayu bahasa rasmi ketika itu
  • 30. ZAMAN INGGERIS DI TANAHZAMAN INGGERIS DI TANAH MELAYUMELAYU Bahasa Melayu utk urusan rasmi di NNMB dan NNMTB. Pegawai-pegawai Inggeris (sblm Perang Dunia ke-2) dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dlm. peperiksaan BM sebelum disahkan dalam jawatan.
  • 31. Sumbangan pegawai InggerisSumbangan pegawai Inggeris  Perkamusan & Tatabahasa ◦ Augustine Spalding (1624)~ kamus Melayu-Inggeris. ◦ Thomas Bowrey (1701)~ Kamus Malayo-English & English-Malayo. ◦ John Crawford (1852)~ A Grammar and Dictionary of Malay Language ◦ Pierre Favre (1875) ~ Kamus Melayu-Perancis (Malay- French Dictionary); 1876, Tatabahasa Melayu (Malay Grammar) & 1880 Kamus Perancis-Melayu (French- Malay Dictionary). ◦ 1895, R.J. Wilkinson ~ kamus Inggeris-Melayu; 1902, A Malay-English Dictionary bhg. I, II & III ◦ R.O Winstedt ~ kamus An English-Malay Dictionary (Rumi)(1922); Dictionary of Colloquial Malay(1939); An Unabriged English-Malay Dictionary (1958); & kemuncak sumbangannya adalah Kamus bahasa Melayu (1960).
  • 32. Sumbangan Tokoh AchehSumbangan Tokoh Acheh  Sheikh Nuruddin Al-Raniri ~ Sirat Al-Mustaqim (kitab fiqah Melayu terawal); Bustan Al-Salatin; dll.  Shamsuddin Al-Sumaterani~ Syarah Ruba’I Hamzah Fansuri, Tanbihut- Tidlah & Anwarud-Daqiq.  Abdul Rauf Singkel ~ terjemahan kitab Tafsir Al- Quran Al- Baidawi, Kifayatul- Muhtajin, Mir’at Al- Tullab, Hujjatul Balighah, Syamsul- Ma’rifah, Umdat Al- Muhtajin, Mamu’ul Masail dan lain-lain.  Hamzah Fansuri terkenal dengan “Gurindam dua belas” dan syair sufi seperti “Syair Perahu”.
  • 33. Sumbangan Johor -RiauSumbangan Johor -Riau Sultan Abu Bakar Johor (1862-1895); Hukum Kanun Johor (66 fasal); Teks Prosa ~ Hikayat Negeri Johor, Sejarah Peringatan Negeri Johor, & Salasilah Melayu dan Bugis; Puisi ~ Syair Perang Johor Pegawai-pegawai pentadbir Johor; (1888) Dato’ Sri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak ~ Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa di Johor Bahru
  • 34. Abdullah bin Abdul Kadir MunsyiAbdullah bin Abdul Kadir Munsyi (Abdullah Munsyi)(Abdullah Munsyi) Syair Singapura Terbakar (1830). Kisah Pelayaran Abdullah (1838). Hikayat Abdullah (1849). Kisah Pelayaran Abdullah Ke Jeddah (1854). Dewa ul-Khulub (1883). Majalah Bustan Arifin
  • 35. Raja Ali Haji Ibni Raja HajiRaja Ali Haji Ibni Raja Haji Ahmad (Ahmad (Raja Ali Haji)Raja Ali Haji) • Bustanul-Katibin Lissubyanil- Muta’alimi~ terjemahan BM: Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak- Kanak Yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia (1857). • Kitab Pengetahuan Bahasa (1858. • Kitab Silasilah Melayu dan Bugis dan sekalian Raja-Rajanya. • Taufatul Nafis terjemahan BM ~ Hadiah yang Bernilai. • Syair dan Pantun : Syair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman
  • 36. ZAMAN SEBELUM/SELEPASZAMAN SEBELUM/SELEPAS MERDEKAMERDEKA
  • 37. Zaman SITC/MPSI dan PejabatZaman SITC/MPSI dan Pejabat Karang MengarangKarang Mengarang (a) Pelita Bahasa Melayu ( 3 Jilid:tatabahasa) (b) Ilmu Mengarang Melayu (penulisan) (c) Ilmu Hayat (tentang Biologi) (d) Kitab Hisab (Matematik) (e) Kitab Latihan Tubuh (Pendidikan Jasmani) (f) Sejarah Alam Melayu (5 penggal: Sejarah Alam Melayu) (g) Ilmu Alam (Geografi) (h) Pekerjaan Tangan (Pertukangan)
  • 38. Zaman Pendudukan JepunZaman Pendudukan Jepun (1942-1945)(1942-1945) Bahasa Jepun ~bahasa rasmi gantikan bahasa Inggeris. ◦ bahasa Melayu masih digunakan di Sekolah-sekolah Melayu tetapi bahasa Jepun mesti dipelajari. Akhbar dan majalah ada yang diterbitkan sebelum ini banyak yang ditutup kecuali Penang Shimbun, Matahari Memancar, Berita Malai, Fajar Asia, dan Semangat Asia. Sistem ejaan rumi baharu ~ Sistem Ejaan Fajar Asia (digunapakai oleh akhbar Fajar Asia).
  • 39. Zaman sebelum merdekaZaman sebelum merdeka (1945-1956)(1945-1956) Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu: kedudukan BM ◦ (a) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal bagi Malaya merdeka. ◦ (b) Penubuhan maktab perguruan untuk pengajaran bahasa Melayu bagi murid-murid bukan Melayu. ◦ (c) Balai Pustaka di Kementerian Pendidikan hendaklah dinaikkan taraf ke Dewan Bahasa dan Pustaka. ◦ (d) Bahasa Melayu hendaklah diberikan nilai ekonomi, dan menjadi mata pelajaran wajib bagi semua peperiksaan awam. ◦ (e) Pembukaan sekolah-sekolah menengah Melayu dan penubuhan universiti-universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  • 40. 1956, Laporan Razak: ◦ (a) Semua institusi pendidikan hendaklah diletakkan di bawah dasar pelajaran kebangsaan. ◦ (b) Di peringkat sekolah rendah, sekolah- sekolah hendaklah dibahagi kepada empat aliran, iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. ◦ (c) Di peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi hanya ada dua aliran sahaja, iaitu Inggeris dan Melayu.
  • 41. Zaman MerdekaZaman Merdeka (1957 hingga kini)(1957 hingga kini) 1960, Penyata Pelajaran Rahman Talib: ◦ sekolah rendah dikurangkan menjadi tiga aliran sahaja, iaitu dengan menghapuskan aliran Inggeris. ◦ aliran kebangsaan bagi sekolah menengah dan pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sahaja. ◦ aliran Inggeris ditiadakan tetapi bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran dikekalkan dan dijadikan bahasa kedua terpenting di semua peringkat pengajian.
  • 42. 1970, Gabungan Persatuan-persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena): ◦ Matlamat untuk terus memperjuang dan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu dengan menyatupadukan semua penulis yang menggunakan bahasa kebangsaan & membuka luas ruang untuk para penulis muda bagi meningkatkan bakat-bakat mereka. ◦ Hari Sastera, Hari Puisi Nasional, Simposium Dunia Melayu, Seminar Dunia Melayu, Kongres Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu-Indonesia, Kongres Cendekiawan Melayu dsb. ◦ Kerjasama kebahasaan dalam Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) dan kemudian kepada Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia- Malaysia (MABBIM).
  • 43. a. Tahap pertama: Proses Pemupukan Bahasa ◦ Tahap ini bermula pada tahun 50-an iaitu tahap memperkenalkan bahasa Melayu kepada semua golongan masyarakat. ◦ Kegiatan utama kebahasaan yang dilakukan pada masa itu adalah dalam bentuk kempen Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Mereka menggunakan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” untuk membakar semangat kecintaan tehadap bahasa Melayu oleh semua kaum, baik bumiputera mahu pun bukan bumiputera. Bahasa Melayu ModenBahasa Melayu Moden
  • 44. b. Tahap kedua: Pembinaan Bahasa ◦ Tahap ini bermula pada tahun-tahun 1970-an. ◦ Fokus utama pembinaan bahasa Melayu pada tahap ini melibatkan beberapa aspek iaitu ejaan, tatabahasa, peristilahan dan perkamusan. ◦ Dari segi ejaan pula, sistem ejaan yang sedia ada diseragamkan dengan negara Indonesia untuk mempermudah jalinan kerjasama yang erat antara penutur kedua-dua negara yang mempunyai induk bahasa yang sama.
  • 45. c. Tahap ketiga: Pemantapan Bahasa ◦ Bahasa Melayu bukan sahaja dipastikan betul dari segi penggunaannya tetapi juga mestilah cekap, berkesan dan indah. ◦ Untuk mencapai hakikat ini dua aspek yang dipentingkan ialah kecendekiaan dan kesempurnaan bahasa.  Kecendekiaan bahasa ~keupayaan bahasa itu menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Penggunaan gaya dan laras.  Kesempurnaan bahasa pula bermaksud ciri bahasa yang tepat, berkesan dan sesuai dengan tugas dan konteks penggunaannya. Kesempurnaan bahasa dapat dilihat daripada kestabilan, kelenturan, kepelbagaian keberkesanan, dan keindahan bahasa.
  • 46. PERKEMBANGAN TULISAN DALAMPERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYUBAHASA MELAYU
  • 47. PENGEKALAN WARISAN BAHASAPENGEKALAN WARISAN BAHASA MELAYU MELALUI SISTEMMELAYU MELALUI SISTEM PENDIDIKAN.PENDIDIKAN.
  • 48. PERKEMBANGAN BAHASA &PERKEMBANGAN BAHASA & PERSURATAN MELAYUPERSURATAN MELAYU  bahasa melayu - bahasa mudah merima dan suaikan sifat dan bentuknya dalam pelbagai aspek  tulisan rencong - oleh orang melayu berpandukan alama sekitar spt ranting kayu, akar, rotan dan sungai  sifat - sedarhana, mudah menerima bahasa sanskrit, menyaingi bahasa jawa  bahasa melayu moden pada abad ke 19, masih ada tulisan jawi
  • 49. abad ke 20, tulisan rumi take over ciri ciri - merangkumi aspek kosa kata, tulisan, ayat dan gaya bahasa pelbagai laras bahasa wujud - laras undang undang, ekonomi, teknologi maklumat, sains DLL pemupukan bahasa dilakukan untuk memodenkan bahasa
  • 50. PERTUBUHAN BAHASA &PERTUBUHAN BAHASA & PERSURATAN MELAYUPERSURATAN MELAYU Maktab Pergurusan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim adalah pejabat karang mengarang - menerbitkan sebanyak mungkin buku buku bacaan umum PKM - penerbitan Malay Home Library Series, sumbangan perkembangan kesusasteraan melayu
  • 51.  Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) - Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak & Dato Muhammad Ibrahim Munsyi, 1988  mengendalikan perbincangan tentang bahasa melayu  wujudkan sebuah kutub khanah sbg pusat sumber pengenai persoalan bahasa melayu dan bahasa inggeris  ASAS 50 -  memperluaskan dan mempertinggikan mutu kesusasteraan  melindungi hak hak ahli dan juga pengarang  mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh karya sastera lama.
  • 52.  Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) 23.10.1970  menyatukan semua persatuan penulis  mempertahankan dan memperjuangkan hak penulis  memberikan sumbangan moral dan material kepada penulis  menyatupadukan semua rakyat menerusi bahasa  Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu - perhimpunan penulis, peminat sastera, pencinta bahasa dan budaya seluruh negara. 7 kali kongres telah dibuat  mengupas setiap isu  mengemukakan resolusi untuk pertimbangan dan tindakan pihak berkuasa terhadap bahasa
  • 53.  DBP 1956 -  membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang  memperkembangkan bakat sastera  menerbitkan pelbagai bahan  membakukan ejaan dan sebutan dalam membentuk istilah  menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul  memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu  MABBIM dan MABM  membina dan mengembangkan bahasa melayu dan kesusasteraan peringkat serantau dan antarabangsa
  • 54. TOKOH BAHASA & PERSURATANTOKOH BAHASA & PERSURATAN MELAYUMELAYU  Sheikh Daud Abdullah - hasilkan buku Fur u'al - m asa'il tahun 1838M. terjemahan dari arab.  Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854M) / Abdullah Munsyi asal Melaka lama di Singapura - mengajar orang Inggeris bahasa melayu seperti Sir Stamford Raffles, Paderi Thomsen, Paderi Milne, Paderi Keasberry, Crawford DLL. Banyak karya telah dihasilkan spt :  syair singapura terbakar  kisah pelayaran abdullah  hikayat abdullah  kisah pelayaran abdullah ke jeddah  dewa ul-khulub  majalah bustan arifin
  • 55.  Raja Ali (1809-1870) - seorang ulama dan sasterawan melayu. Mempunyai latar belakang pendidikan arab, masih kekalkan unsur bahasa melayu klasik dipengaruhi perkataan arab dan strukturnya. Antara karya :  bustanul-katibin lissubyanil-muta'alimi / Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak ang Hendak Menuntuk Belajar Akan Dia  Kitab Pengetahuan Bahasa  kitab silasilah melayu dan bugis dan sekalian raja-rajanya  taufatul nafis / hadiah yang bernilai  syair dan pantun ▪ syair jatuhnya negeri johor ▪ syair gurindam 12 ▪ syair taman pertama ▪ syair abdul muluk ▪ syair hukum nikah  karya undang undang ▪ tamaral al muhamed ahlil mahkamah
  • 56.  persuratan melayu tersebar - tahap awal / klasik dan taham perkembangan kesusasteraan moden  Abdullah munsyi - perkenal bidang percetakan dan penerbitan buku  bahasa melayu bahasa utama atau pengantar untuk semua urusan di melaka spt berdagang dan pentadbiran  penjajah barat juga turut menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dan pemerintahan atau bahasa politik  bahasa melayu digunakan menjadi bahasa lingua franca dan penyebaran ilmu  tokoh bahasa - zaba, asmah hj. omar, nik nafiah karim
  • 57. Asas Kebudayaan KebangsaanAsas Kebudayaan Kebangsaan  asas kebudayaan melayu - melalui kewujudan masyarakat pribumi di sekitar Selat Melaka dan alam nusantara.  wujud unsur unsur luar dalam melayu - setelah asas budaya dibina oleh peradaban dan agama islam  budaya luar bertembung dengan budaya melayu seperti hindu, jawa dan pengaruh barat  ADAT - peraturan dan cara hidup. gambaran perbuatan yang dilakukan setiap hari  sebagai anggota dalam masyarakat - harus dipengaruhi nilai nilai sosial, pemupukan nilai untuk hidup dalam bermasyarakat.  tanggapan orang luar - kesan cara hidup dan berfikir kelompok secara kebetulan ditandai oleh sempadan geografi  dasar kebudayaan kebangsaan -  asas perpaduan  pembentukan jati diri dan masyarakat malaysia  berlandaskan unsur unsur dan 3 prinsip oleh kerajaan iaitu ▪ berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal serantau ▪ unsur unsur kebudayaan lain yang sesuai ▪ Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan
  • 58. Konsep & teori KebudayaanKonsep & teori Kebudayaan  konsep budaya - cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat  asas kebudayaan melayu - unsur budaya bergerak, tersebar dari satu budaya ke satu budaya lain dengan berbagai cara dan jalinan . saling berkait dengan unsur budaya lain sebagai satu budaya yang kompleks  kebudayaan dan adat ahli masyarakat malaysia berbeza tetapi mempunyai asas yang sama - membentuk jati diri individu ke arah yang lebih baik.
  • 59. Warisan melayyuWarisan melayyu  2 bahagian -  warisan persuratan melayu ▪ meliputi sejarah dan perkembangan puisi dan prosa melayu dari zaman klasik hingga persuratan moden dan baru ▪ peribahasa, pantun, mantera, teromba, gurindam, seloka, teka-teki, lagu rakyat, karya agung melayu  warisan kesenian dan kebudayaan melayu -  muzik melayu - dikir barat, ronggeng, dondang sayang, menora, kuda kepang, zapin, boria dan ghazal, rodat, jikey, hadrah, keroncong, gamelan, dabus, randai, mak yong
  • 60.  adat istiadat perkahwinan melayu  permainan tradisional  busana melayu  perubatan tradisional melayu  berkhatan  sains dan teknologi melayu - penciptaan pelbagai barangan untuk kegunaan harian seperti  teknologi dapur  perkapalan  alatan pertanian  seni bina rumah
  • 61. ISU BAHASA, KESUSASTERAAN &ISU BAHASA, KESUSASTERAAN & KEBUDAYAANKEBUDAYAAN  isu penyatuan bangsa malaysia - dasar kebudayaan kebangsaan  isu identiti bangsa dan negara - bahasa jiwa bangsa  isu dasar bahasa kebangsaan - perlembagaan malaysia dan akta bahasa kebangsaan  isu fungsi dan peranan bahasa melayu - bahasa kebangsaan bahasa rasmi  isu mengembalikan martabat, kewibawaan dan keyakinan terhadap kemampuan bahasa melayu - PPSMI dimansuhkan
  • 62.  isu penggunaan bahasa melayu dalam pentadbiran - pemantauan oleh JAWATANKUASA PENYELARASAN PELAKSANAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM  bahasa melayu dan teknologi maklumat - perbanyakan aplikasi versi melayu  kempen minggu dan bulan bahasa kebangsaan  isu budaya popular - dari barat harus dibendung  isu budi bahasa semakin luntur - kurang nilai nilai murni

×