MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK DALAM BENTUK LAZIM DALAM         LINGKUNGAN 100 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “SAPU CALIT”.1. A...
memberi soalan yang hanya melibatkan nombor dalam lingkungan 20 mereka dapatmenolaknya dengan menggunakan ayat matematik t...
5.2 Objektif Khusus         i.    Murid dapat membina dan mengaplikasikan formula sama ada dalam               penambahan ...
Selain daripada itu, saya juga menjalankan latihan congak dan murid mengira dalambentuk lazim.       Contoh soalan yang di...
v) Borang Senarai Semak Kelakuan Murid Bil Kelakuan                                         No. Meja 1.   Berbual dengan r...
c. Murid menyusun kedudukan nombor pada tempat yang salah.                      Contoh: 46 – 8 ditulis dalam bentuk lazim....
i. Memperkenalkan kaedah “sapu calit”.Saya akan memperuntukkan 2 masa pengajaran iaitu sebanyak 60 minit untukmemperkenalk...
d) Kemudian, saya akan menerangkan cara menolak untuk mendapatkan              jawapan.                       Pu    Sa    ...
Penguasaan pelajar dalam operasi tolak dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pos.Keberkesanan kaedah “sapu calit” dapa...
Murid lelaki          5 orang             Murid perempuan       3 orang       Jumlah keseluruhan murid ialah 8 orang yang ...
9. Anggaran Perbelanjaan        Jenis Bahan               Kegunaan               Bil         Kos            Jumlah        ...
Rujukan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran       Malaysia. (2008). Manual Kajia...
13
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Proposal kajian tindakan matematik tahun 1

30,819

Published on

Proposal Kajian Tindakan Matematik Tahun 1 yang melibatkan operasi tolak dengan menggunakan kaedah "Sapu Calit".

Published in: Education
0 Comments
12 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
30,819
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
2,234
Comments
0
Likes
13
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Proposal kajian tindakan matematik tahun 1"

  1. 1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK DALAM BENTUK LAZIM DALAM LINGKUNGAN 100 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “SAPU CALIT”.1. AbstrakMurid-murid perlu diberi perhatian khusus apabila tidak dapat menguasai operasi asasmatematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Tidak semua murid dapat menguasaikemahiran asas dalam tempoh yang sama. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan danmembimbing murid-murid yang belum dapat menguasai kemahiran menolak. Selain itu, iajuga bertujuan untuk mencari kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid yang lambatmenguasai kemahiran tersebut.Kajian ini melibatkan 8 orang murid-murid tahun 1 yang mempunyai jantina yang berbeza.Mereka ini baru melepasi ujian Linus dan perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terusketinggalan. Kajian ini ditumpukan kepada operasi tolak dengan menggunakan kaedah“sapu calit”. Tinjauan awal yang dilakukan ialah mengenalpasti masalah murid melaluimenyemak latihan murid, latihan congak, pemerhatian dan temu bual. Pengesanan awalterhadap masalah kemahiran menolak yang mereka hadapi dapat membantu sayamenentukan kaeadah yang sesuai dan mereka dapat mempelajari teknik baru yang bolehdipraktikkan untuk masa akan datang.2. Nama ahli PengkajiKertas kerja ini dikemukakan oleh jawatan kuasa penyelidik Sekolah Kebangsaan Kg.Maamor yang terdiri daripada 4 orang pengkaji iaitu: i. Haniza Binti Abdul Rahim ii. Maslea Binti Taris iii. Nor Azirah Binti Abdul Wahab iv. Zarina Binti Othman3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang LaluMasalah tolak dengan mengumpul semula merupakan masalah utama bagi pelajar yangbaru menguasai operasi tolak. Ini juga merupakan operasi asas yang perlu dikuasai olehmurid supaya tidak keciciran apabila berada di tahun dua. Operasi tolak ini juga agak sukarterutama bagi murid-murid linus numerasi yang baru memasuki perdana atau disebut ‘freshieperdana’. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya 1
  2. 2. memberi soalan yang hanya melibatkan nombor dalam lingkungan 20 mereka dapatmenolaknya dengan menggunakan ayat matematik tetapi apabila menulis dalam bentuklazim murid-murid menjadi keliru terutama yang perlu mengumpul semula. Sebahagianmurid pula, mereka tidak dapat menulis kedudukan nombor yang melibatkan rumah puluhdan sa.Saya juga ada meminta pendapat dengan guru matematik lain. Mereka mencadangkanmurid-murid diberi banyak latihan dan latih tubi. Saya berpendapat mungkin penerangansaya tidak difahami oleh murid. Oleh itu saya perlu memikirkan satu kaedah yang lebihefektif untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan dan menjejaskan pencapaian murid. Inijuga akan menjejaskan ujian konstruk dua yang akan diadakan tidak lama lagi.4. Fokus KajianDaripada refleksi di atas, didapati murid-murid tidak dapat menolak dengan mengumpulsemula adalah disebabkan: i. Murid kurang memahami pengajaran guru. ii. Murid kurang cekap penambahan asas. iii. Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian. iv. Tidakmenyiapkan latihan yang diberi di rumah. v. Kurang suasana pembelajaran di rumah. vi. Kurang berminat dengan mata pelajaran Matematik.Bagi mengatasi masalah ini, saya cuba menggunakan kaedah “sapu calit” supaya murid-murid dapat mengingat dalam tempoh yang panjang dan akhirnya kekal dalam ingatanmereka.5. Objektif KajianSelepasa kajian ini selesai dijalankan, diharapkan pelajar-pelajar dapat mencapai objektifberikut: 5.1 Objektif umum Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula. 2
  3. 3. 5.2 Objektif Khusus i. Murid dapat membina dan mengaplikasikan formula sama ada dalam penambahan atau penolakan yang melibatkan bentuk lazim. ii. Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil tolak yang melibatkan nombor dua digit dan seterusnya. iii. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.6. Metodologi KajianModel kajian tindakan yang akan dilaksanakan ialah kaedah “sapu calit”. Kajian ini akandilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut:Langkah 1 – Pengenalpastian Isu dan MasalahPada peringkat permulaan saya dapati pelajar kurang memberikan respon semasapengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya juga menyemak dan meneliti latihan yangtelah diberikan. Didapati pelajar banyak melakukan kesalahan terutama topik operasi tolak.Ada juga pelajar tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan kerana pelajar menyatakanbahawa mereka tidak mengetahui cara untuk menyelesaikan kiraan tersebut.Langkah 2 – Perancangan TindakanSebelum langkah-langkah seterusnya dilakukan, tinjauan awal masalah akan saya lakukanterhadap pelajar saya. Tinjauan awal dilakukan bagi membolehkan saya mengetahuipermasalahan yang dihadapi. Oleh itu, saya merancang beberapa perkara. Antaranya ialah: i. Semakan buku latihan Semakan buku latihan juga digunakan bagi mengesan kelemahan pelajar bagi topik penolakan. Kelemahan pelajar juga boleh dikesan berdasarkan latihan yang diberi di dalam kelas dan di rumah. ii. Latihan congak 3
  4. 4. Selain daripada itu, saya juga menjalankan latihan congak dan murid mengira dalambentuk lazim. Contoh soalan yang diberikan: a) 20 – 4 = b) 32 – 6 = c) 44 – 7 = d) 52 – 5 = e) 76 – 8 =Analisa yang di dapati daripada soalan operasi tolak dengan mengumpul semuladalam bentuk lazim adalah seperti berikut: Markah Bil Murid Peratus Lulus (3 – 5 markah) 17 orang 68 % Gagal (0 – 2 markah) 8 orang 32%iii) Sesi temu bualSaya telah menjalankan sesi temu bual dengan murid-murid secara lisan untukmendapatkan maklumat. Saya dapati sebilangan mereka kurang didedahkan dengansuasana pembelajaran. Ini mungkin disebabkan kebanyakannya dari keluarga yangberpendapatan rendah. Ada juga yang tidak memahami pengajaran guru dansebilangannya pula tidak berminat dengan pelajaran matematik. Guru-guru lain juga,ramai yang berpendapat murid-murid tidak menunjukkan minat belajar.iv) PemerhatianPemerhatian dilakukan ke atas tingkah laku murid semasa sesi pengajaran danpembelajaran berlangsung. Saya menggunakan borang senarai semak yangmenyenaraikan tingkah laku murid dan hasil dapatan secara keseluruhan dapatmemberi gambaran sebenar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yangdijalankan. 4
  5. 5. v) Borang Senarai Semak Kelakuan Murid Bil Kelakuan No. Meja 1. Berbual dengan rakan di sebelah. 2. Tidur. 3. Mengganggu pelajar di sebelah. 4. Menjawab soalan yang diajukan. 5. Bertanya soalan di luar topik yang diajar.vi) Ujian PraUjian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 8 orang yang sentiasamendapat 0 – 2 markah di dalam operasi tolak.Tujuannya adalah untukmengesan sejauh mana kefahaman murid dan ingatan mereka dalam mengirahasil tolak 2 digit dengan mengumpul semula. Analisa daripada ujian Pra Bil. Soalan Yang Betul Bil Murid 5 - 4 - 3 - 2 2 1 5 0 1 Terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah: a. Penguasaan tolak yang kurang cekap. b. Menolak nombor besar di bahagian rumah sa tanpa mengira kedudukan. Contoh: 46 8 42 Murid akan mengira nombor 8 terlebih dahulu baru ditolak dengan 6. Ia akan memberi jawapan salah iaitu 42. 5
  6. 6. c. Murid menyusun kedudukan nombor pada tempat yang salah. Contoh: 46 – 8 ditulis dalam bentuk lazim. 46 8 d. Pengiraan yang salah walaupun telah menulis dalam kedudukan yang betul. Contoh: 46 8 42 vi) Borang soal selidik Bil Pernyataan Tidak Setuju Setuju 1 Saya tidak faham cara cikgu mengajar. 2 Saya tidak mengenal nombor 1-100 3 Saya boleh menulis dalam ayat matematik 4 Saya lupa cara menulis bentuk lazim 5 Saya sangat meminati mata pelajaran Matematik vii) Bahan dokumentasi Saya mengumpul maklumat dari dokumen sokongan iaitu keputusan pentaksiran dan dari instrumen yang telah dijalankan.Langkah 3 – Pelaksanaan TindakanSetelah saya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar saya bercadang untukmemperkenalkan kaedah “sapu calit” kepada pelajar untuk membantu mereka dalam topikpenolakan dalam bentuk lazim dengan mengumpul semula. Selepas itu saya akan memberiujian pos kepada pelajar untuk melihat peningkatan kemahiran pelajar dalam operasi tolak. 6
  7. 7. i. Memperkenalkan kaedah “sapu calit”.Saya akan memperuntukkan 2 masa pengajaran iaitu sebanyak 60 minit untukmemperkenalkan kaedah “sapu calit”. Saya memberikan 1 soalan permulaan untukmelihat sejauh mana pemahaman mereka.Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk menjawab soalan penolakanmenggunakan kaedah “sapu calit” ini. Contoh soalan: 52 – 6 = a) Letakkan nombor dan simbol mengikut kedudukan rumah dengan menggunakan kad nombor. Saya akan memastikan murid dapat meletakkan nombor, betul mengikut kedudukannya. Pu Sa 5 2 - 6 b) Bersoaljawab dengan murid cara menolak nombor. Saya akan menerangkan cara menolak mesti dimulakan dari rumah sa baru diikuti dengan rumah puluh. Bagi memudahkan murid mengingat hanya dengan singkatan sa dan pu. c) Setelah murid faham, murid diajar pula cara untuk menolak yang melibatkan nilai nombor lebih dari 10. Kad simbol akan digunakan untuk memudahkan murid menolak nombor dengan mengumpul semula. Contoh kad: Pu Sa 5 2 - 6 7
  8. 8. d) Kemudian, saya akan menerangkan cara menolak untuk mendapatkan jawapan. Pu Sa 5 2 - 6 4 6 e) Selepas murid memahami cara menggunakan kad simbol, murid dilatih buat garisan sendiri dengan menggunakan istilah ‘calit’ dan diberi nombor yang berlainan. ii. Ujian pos Ujian pos akan dijalankan pada pengajaran yang akan datang setelah pengajaran menggunakan kaedah “sapu calit” selesai. Sebanyak 10 soalan akan diberikan kepada pelajar dan masa yang diberikan untuk menjawab ialah 20 minit. Soalan yang diberikan dalam ujian pos adalah berlainan dengan soalan ujian pra akan tetapi soalan adalah setara. Markah pelajaran akan direkodkan dan ditukar kepada peratusan.Langkah 4 – Pemerhatian dan menganalisis dataBagi ujian pra dan ujian pos, soalan yang diberikan berbentuk ayat matematik. Murid akanmenukarkan kepada bentuk lazim mengikut cara pengiraan yang betul. 1 markah diberi padasetiap satu soalan yang dijawab dengan tepat dan menunjukkan jalan pengiraan yang betul. 8
  9. 9. Penguasaan pelajar dalam operasi tolak dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pos.Keberkesanan kaedah “sapu calit” dapat dinilai melalui perbandingan pencapaian pelajardalam ujian tersebut.Draf analisa keputusan pencapaian ujian praBil Nama Pelajar Bil Jawapan betul Peratus1. Ahmad Fauzan Asmawi b. Ahmad Puat2. Khairunnisa bt Mohd Shafiee3. Mior Mohamad Amir Haikal4. Mohamad Fawwas Fikri b Ramali5. Muhamad Fadilah b Hamidan6. Muhammad Khairul Syazwan7. Nur Diana Husna bt Ahmad Puad8. Wan Nor Aisyah bt Azemi Langkah 5 – Refleksi dan Penilaian Daripada kajian ini saya berharap pencapaian pelajar akan terus meningkat dan murid dapat meneruskan kaedah yang telah diperkenalkan. Selain itu, saya juga berharap pelajar dapat mengaplikasikan kaedah “sapu calit” ini pada operasi tambah bagi mendapatkan jawapan yang betul dan tepat. Jika berlaku peningkatan pencapaian, ini menunjukkan kaedah ini benar-benar membantu pelajar. Di samping itu, selepas kajian ini saya berharap pelajar mempunyai minat untuk mencuba dan yakin dengan jawapan mereka. Saya juga berharap tingkah laku pelajar akan berubah selepas diperkenalkan kaedah ini.6. Sasaran Kajian 6.1 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan saya sebagai guru matematik Tahun 1 dan 8 daripada 25 orang pelajar tahun satu dari Sek. Keb. Kg. Maamor. Pelajar ini merupakan pelajar yang baru menjalani ujian konstruk 1. Berdasarkan keputusan ujian konstruk 1, seramai 13 orang mencapai tahap perdana, 11 orang murid-murid linus numerasi dan seorang linus tegar. Setelah ujian pra dijalankan didapati: 9
  10. 10. Murid lelaki 5 orang Murid perempuan 3 orang Jumlah keseluruhan murid ialah 8 orang yang masih belum menguasai operasi tolak dengan mengumpul semula. Mereka ini adalah terdiri daripada murid-murid linus numerasi dan linus tegar. 6.2 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos. Saya menggunakan soalan-soalan ujian yang disediakan sendiri. Saya mengemukakan 5 soalan bagi ujian pra dan 8 soalan bagi ujian pos. Soalan yang diberikan adalah berlainan tetapi setara. Masa yang diberikan 30 minit. 6.3 Method Analisis Data Saya berharap murid-murid dapat menyelesaikan soalan lebih cepat dan betul semasa ujian pos berbanding ujian pra. Ini adalah disebabkan saya menggunakan kaedah “sapu calit” ini bukan sahaja kerana istilah yang digunakan tetapi juga kad nombor yang berwarna-warni dapat memudahkan mereka mengingati kedudukan rumah nombor. Mereka juga diharapkan tidak lagi lesu semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan.7. Kesignifikanan KajianDapatan dari kajian ini diharapkan guru-guru Matematik dapat meneruskan pengajaran danpembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan di dalam kelas. Iajuga diharapkan dapat membantu murid untuk menguasai konstruk yang akan datang.Secara tidak langsung ia membantu mengurangkan bilangan murid linus numerasi. Melaluiaktiviti ini juga diharapkan guru-guru Matematik dapat berkongsi pendapat bagi membantumurid-murid yang lemah. Kaedah ini juga diharapkan dapat membantu pelajar melakukanpengiraan dengan lebih cepat, tepat dan tidak membebankan pelajar. Ia juga memudahkanguru mengesan kesilapan murid mengira. 10
  11. 11. 9. Anggaran Perbelanjaan Jenis Bahan Kegunaan Bil Kos Jumlah Kertas A4 Soalan kaji selidik 1 rim 1 x RM10.00 RM10.00 ‘Permanent Marker’ Membuat carta 3 batang 3 x RM4.00 RM12.00 Manila kad dan kad nombor 5 keping 5 x RM0.80 RM 4.00 Photostate lembaran kerja 200 helai 200x RM0.05 RM10.00 Dakwat Printer soalan kaji selidik 1 bekas 1 x RM25.00 RM25.00 JUMLAH RM61.0010. Jadual KerjaBil Perkara Tarikh1. Mesyuarat Jawatankuasa 18 Jun 20122. Penulisan kertas cadangan 21 Jun 20123. Mesyuarat perancangan 28 Jun 20124. Mesyuarat pembinaan ujian pra/pos 2 Julai 20125. Pelaksanaan ujian pra 5 Julai 20126. Memproses data ujian pra 9 Julai 20127. Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 11 Julai 20128. Analisis data ujian pra dan pemerhatian 16 Julai 20129. Pelaksanaan ujian pos 20 Julai 201210. Refleksi dan Penilaian 25 Julai 201211. Penulisan laporan kajian 28 Julai 201212. Pemurnian laporan 31 Julai 2012 11
  12. 12. Rujukan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM. Chow Fook Meng, (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Izzati Hamid, (2011). Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer. Diambil daripada www.slideshare.net/kizzatiey/kajian tindakan. Othman Lebar, (2011). Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran 2, Tanjong Malim: Penerbit UPSIhttp://www.teachersrock.net/kajian%20tindakan.htmhttp://www.scribd.com/doc/55146383/11/Jenis-Jenis-Kajian-Tindakanhttp://ktindakan.blogspot.com/2011/08/format-penulisan-proposal.htmlhttp://www.scribd.com/fullscreen/20877495?access_key=key-1lbdsg2dobd9g0ihwk5yhttp://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/JurnalActionResearch/2005/10%20janting. pdf 12
  13. 13. 13

×