Your SlideShare is downloading. ×
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab

19,515

Published on

10 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • syukran di atas perkongsian ilmu.Semoga Allah memberkatimu.. Amin..
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Saya sedang membuat kajian tentang keberkesanan kaedah dialog dan lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.. mohon siapa ada bahan mohon emel: afifah@kipsas.edu.my
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Modul ke ni?
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • siapa tahu nama penulis dan tajuk buku ni? Harap bantu saya, Syukran...
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Saya sedang membuat kajian tentang keberkesanan kaedah nasyid atau kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab..
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
19,515
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
684
Comments
10
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Topik X Kaedah dan Teknik 3 Pengajaran Bahasa Arab OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti perbezaan antara kaedah dan teknik pengajaran bahasa; 2. Menguasai aspek persediaan yang perlu ada bagi seorang guru sebelum memilih sesuatu kaedah; 3. Mempraktikkan kaedah yang disarankan dalam pengajaran bahasa Arab komunikasi; dan 4. Membincangkan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan bagi membentuk situasi komunikatif dikalangan pelajar.X PENGENALANDalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitankaedah dan teknik pengajaran bahasa Arab. Perbincangan akan menjurus kepadaperbezaan antara kaedah dan teknik dalam pengajaran bahasa dan persediaanyang perlu ada pada anda sebelum memilih kaedah dan teknik pengajarantersebut. Seterusnya anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah dalampengajaran bahasa Arab komunikasi dan beberapa aktiviti-aktiviti yangdisarankan bagi tujuan mewujudkan situasi komunikatif dalam kalangan pelajar.Antara yang akan dibincangkan ialah aktiviti lakonan, nasyid, permainan bahasadan teka-teki serta kuiz.
  • 2. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 433.1 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARANApabila kita terlibat dengan pendidikan, maka kita sebenarnya terlibat secaralangsung dalam proses penyampaian maklumat. Apabila anda mengajar, andasebenarnya sedang menyampaikan maklumat kepada pelajar anda. Justerudalam proses tersebut, anda perlu menggunakan kaedah dan teknik yang sesuaidan berkesan agar maklumat yang disampaikan boleh memberi pengalamanpembelajaran yang berguna kepada pelajar.Kekeliruan mungkin timbul kepada anda tentang apakah perbezaan antarakaedah dan teknik pengajaran. Kedua-dua istilah ini sering digunakan silihberganti. Ini kerana tidak banyak perbezaan antara kedua-dua istilah inisebenarnya. Namun dalam membezakan kedua-duanya, Abd. Ghafar (2003)menjelaskan: Kaedah boleh ditafsirkan sebagai peringkat di mana suatu teori pengajaran itu dipraktikkan. Teknik pula adalah peringkat perlaksanaan pengajaran di bilik darjah. Dalam sesuatu kaedah pengajaran, mungkin terdapat satu atau lebih teknik yang digunakan. Misalnya, ketika menggunakan kaedah kuliah atau syarahan, guru juga menggunakan teknik penceritaan.Justeru dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kaedah adalah sesuatu yang lebihumum berbanding dengan teknik. Dalam proses pengajaran bahasa, andamungkin hanya perlu menggunakan satu kaedah sahaja, namun dalammenjayakannya, anda mungkin memerlukan pelbagai teknik dalampenyampaian maklumat. SEMAK KENDIRI 3.1 Kita sering kali bercakap mengenai kaedah dan teknik pengajaran, Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kaedah dan teknik pengajaran?
  • 3. 44 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB 3.2 PEMILIHAN KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJARDalam membuat pemilihan terhadap kaedah dan teknik yang sesuai, andadisarankan agar terlebih dahulu memiliki persediaan dan pengetahuan berikut:(a) Persediaan Guru Profesion perguruan sebenarnya memerlukan kemahiran dan latihan. Apa yang anda harus faham ialah tidak semua orang boleh menjadi guru yang berjaya. Seseorang itu mungkin pintar dalam pengajiannya, namun tidak bererti ia mampu menjadi guru yang baik. Oleh kerana tugas guru adalah menyampai, maka seseorang yang banyak ilmu tetapi tidak mampu untuk menyampaikan kepada yang lain tidak mungkin ilmunya dapat dikongsi berbanding orang yang ilmunya sedikit, tetapi memiliki kemampuan untuk menyampaikan kepada yang lain, sudah tentu ilmu tersebut dapat dikongsi, dimanfaat dan seterusnya dikembangkan. Untuk menjadi guru yang terlatih dalam penyampaian, anda seharusnya memiliki empat perkara berikut: (i) Mengetahui psikologi pelajar Anda seharusnya mengetahui serba sedikit tentang latar belakang psikologi pelajar. Tidak semua perkara perlu ditangani secara fizikal. Justeru kenalilah pelajar anda dengan sebaik-baiknya kerana ia akan memudahkan anda berdepan dengan masalah pembelajaran mereka. (ii) Mengetahui dan mengikuti perkembangan teori pendidikan Anda jangan lupa untuk sentiasa menimba maklumat dan pengetahuan tentang ilmu-ilmu keguruan. Ini kerana tidak ada teknik yang terbaik dalam pengajaran. Dalam dunia pendidikan, cetusan pengalaman pendidik dalam bidang ini sentiasa ditulis dan dikaji. Mengetahui prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran hasil daripada pengalaman orang lain dapat membantu anda dalam pengajaran. (iii) Memahami isi kandungan pelajaran Anda perlu lakukan persediaan sebelum memulakan pengajaran. Isi pengajaran perlulah anda fahami dengan sebaik-baiknya. Jangan hanya berpandu pada maklumat di dalam buku teks sahaja. Ilmu itu luas, dan menjadi tugas anda untuk menimbanya.
  • 4. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 45 (iv) Mahir dalam memilih kaedah pengajaran Anda perlu mengetahui kaedah yang paling baik untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelajar anda. Sebaik-baik guru adalah yang luas pengetahuannya dan bijak serta berkesan penyampaiannya.(b) Faktor Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Mengajar Kaedah dan teknik pengajaran sebenarnya bukanlah terhad kepada satu atau dua sahaja. Ia sebenarnya banyak dan setiap kaedah tersebut mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Namun apa yang menjadi tugas anda ialah bijak dalam memilih kaedah dan teknik yang sesuai bahkan paling sesuai. Sebagaimana yang telah dibincangkan, tugas anda sebagai guru adalah menyampaikan malumat. Justeru, pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akan menjadikan proses penyampaian maklumat lebih menarik, berkesan dan teruja. Pemilihan kaedah pengajaran boleh ditentukan oleh empat faktor berikut: (i) Objektif pengajaran Menjadi kelaziman seorang guru untuk mengenalpasti objektif pengajaran sebelum mengajar. Penentuan objektif yang jelas akan memudahkan anda untuk menentukan apakah kaedah yang sesuai bagi mencapai objektif tersebut. Sebagai contoh, objektif pengajaran anda ialah berkaitan dengan meningkatkan penguasaan pelajar tentang tatabahasa Arab yang mudah serta berkemampuan menggunakannya. Maka anda perlu mengenalpasti apakah kaedah yang paling sesuai dalam pengajaran anda agar pelajar dapat memahami dan menguasainya dengan cepat. Pemilihan anda mungkin berbeza dengan pemilihan rakan anda. (ii) Bahan pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah isi pelajaran dan bahan bantu mengajar yang anda gunakan ketika mengajar. Anda perlu menentukan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Dalam pengajaran bahasa, sudah tentu isi pelajaran berbentuk kemahiran. Justeru tugas anda ialah menentukan kaedah yang sesuai agar pelajar anda dapat mempraktikkan kemahiran tersebut. Juga perlu diingatkan, anda seharusnya memilih alat bantu mengajar yang sesuai dengan kemahiran yang dipilih. Penggunaan papan tulis umpamanya mungkin sesuai sebagai satu teknik pada permulaan, pertengahan atau pada penghujung pengajaran.
  • 5. 46 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB (iii) Jangka masa pengajaran Kebiasaannya, sekolah akan menetapkan waktu pengajaran iaitu antara 30 hingga 40 minit atau 60 hingga 80 minit. Anda mesti memilih kaedah yang sesuai dengan peruntukan waktu yang diberikan. Ketika pelaksanaan kaedah mengajar tersebut, anda memiliki kebebasan untuk melakukan pengubahsuaian terhadap kaedah yang dipilih. Segala-galanya terserah kepada anda. Apa yang perlu dipertimbangkan, jangan sesekali pengajaran anda berlarutan hingga melewati waktu yang telah diperuntukkan. (iv) Latar belakang dan jumlah pelajar Kaedah atau teknik yang anda pilih perlu disesuaikan dengan latar belakang dan jumlah pelajar. Antara yang anda perlu tahu ialah jantina, peringkat pencapaian dan keupayaan pelajar. Kaedah penyelesaian masalah umpamanya mungkin tidak sesuai digunakan kepada pelajar yang lemah pencapaiannya. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk juga boleh mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik mengajar. Jumlah pelajar yang agak ramai mungkin boleh disesuaikan dengan teknik permainan. Pelajar akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti masing-masing. Situasi ini akan memudahkan lagi anda mengawal kelas anda. Tempat duduk mudah alih juga boleh memberi kelebihan kepada anda. Teknik perbincangan berkumpulan akan dapat dijayakan dengan cepat. Kesesuaian kaedah dan teknik juga boleh membantu anda dalam menghadapi suasana seperti perpindahan kelas atau terpaksa menjalankan pengajaran di luar kelas atau di pusat sumber sekolah. LATIHAN 3.1 Sebagai guru bahasa, apakah persediaan anda sebelum memilih kaedah yang sesuai untuk mengajar?
  • 6. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 47 3.3 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSebagaimana anda sedia maklum, bahasa adalah komunikasi. Maka dengan itupendekatan komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah kerana sifatdan tujuan bahasa Arab itu sendiri ialah untuk berkomunikasi dengan Pencipta,manusia dan alam.Anda sebagai guru bahasa perlu memahami maksud bahasa Arab komunikasi.Sebagai satu penerangan yang ringkas untuk anda, pakar-pakar bahasa telahmenggariskan beberapa prinsip penting bagi menjalankan pengajaran danpembelajaran bahasa mengikut pendekatan ini. Antaranya:(a) Aktiviti-aktiviti komunikatif perlulah diperbanyakkan dan dipelbagaikan serta dapat menarik minat pelajar.(b) Sesuatu aktiviti mestilah dijalankan oleh pelajar sendiri dan guru hanya berfungsi sebagai fasilitator.(c) Aktiviti dijalankan dalam situasi-situasi yang menyerupai keadaan sebenar.Secara ringkasnya, sebagaimana yang telah dijelaskan, pendekatan ini lebihmemberi tumpuan kepada aspek komunikasi. Pembelajaran pula difokuskankepada pelajar. Justeru pendekatan ini merangkumi pendekatan-pendekatanberikut:(a) Hiwar atau dialog dijadikan asas pembelajaran dan dikaitkan dengan kontek sosial.(b) Penekanan kepada latih tubi dan ajuk hafaz secara individu atau berkumpulan.(c) Ungkapan-ungkapan penting perlu sentiasa dipraktiskan.(d) Pelajar diberi galakan untuk bertutur.(e) Aspek latihan kepada bentuk pola ayat perlu diperbanyakkan.(f) Pengajaran nahu secara tidak langsung wazifi.(g) Guru berperanan sebagai pemudah cara.(h) Murid perlu dilibatkan dalam pembelajaran secara aktif secara individu dan berkumpulan.(i) Bahasa pengantar yang digunakan di dalam bilik darjah ialah bahasa Arab.(j) Kaedah terjemahan boleh digunakan jika terpaksa.
  • 7. 48 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB LATIHAN 3.2 Bincangkan tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab komunikasi. 3.4 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARANTerdapat pelbagai cara yang digunakan di sekolah. Antara kaedah tersebut ialahkaedah tematik, kaedah ajuk hafaz, kaedah semulajadi/kaedah terus, kaedahlatih tubi, kaedah induktif, kaedah deduktif, kaedah syarahan, kaedah lakonanperbualan, kaedah nasyid dan kaedah teka-teki dan kuiz. Di bawah iniditerangkan beberapa kaedah yang boleh digunakan ketika pengajaran untukpanduan anda.3.4.1 Kaedah SyarahanKaedah ini sangat popular dan paling digemari oleh guru. Anda bolehmenggunakan kaedah ini dalam beberapa situasi seperti ketika memperkenalkantopik baru atau ketika menghuraikan permasalahan yang lain. Namun terdapatbeberapa perkara yang perlu anda beri penekanan.(a) Suara Anda perlu pastikan suara anda didengari oleh semua pelajar. Jangan terlalu perlahan dan jangan terlalu kuat hingga mengganggu keselesaan pelajar. Pengawalan suara dan intonasi boleh mempengaruhi minat pelajar.(b) Kelajuan Tutur Kata Ketika anda menyampaikan syarahan, anda sebenarnya mengajar kemahiran mendengar kepada pelajar anda. Justeru, anda diingatkan agar bertutur dengan kelajuan yang sesuai dan jelas.(c) Penyoalan Syarahan yang berterusan atau bersifat khutbah akan menjadikan pelajar anda pasif dan leka. Justeru syarahan anda perlu diselitkan dengan penyoalan. Bentuk penyoalan mestilah berkisar dengan topik yang dibincangkan atau yang berkaitan dengannya. Anda boleh rujuk kepada perbincangan tentang teknik penyoalan untuk kemahiran yang perlu anda tahu.
  • 8. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 49(d) Peluang Mencatat Anda perlu tentukan samada pelajar boleh mencatat ketika anda mengajar atau setelah selesai syarahan. Ini perlu dilakukan agar tidak berlaku keciciran maklumat. Sebaik-baiknya, anda perlu memperuntukkan tempoh yang sesuai untuk pelajar anda menyalin nota.(e) Penggunaan Alat Bantu Mengajar Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) boleh memudahkan anda menyampaikan maklumat dan membantu proses pemahaman pelajar. Ia juga boleh berperanan sebagai „ubat kebosanan‰ pelajar. Tentukan ABM yang sesuai. Jika perlu anda sediakan kertas edaran, sediakan!. Ia membantu pelajar anda memberi tumpuan dan perhatian mereka akan lebih terarah. SEMAK KENDIRI 3.2 Pada pandangan anda, apakah kelemahan kaedah syarahan?3.4.2 Kaedah Ajuk HafazKaedah ini sebenarnya memberi peluang kepada pelajar anda mendengar,memerhati dan mempraktikkan sesuatu sebutan bahasa. Justeru ia sebenarnyasatu kaedah yang menghimpunkan teori dan praktik sekaligus. Secararingkasnya kaedah ini mempunyai ciri-ciri berikut:(a) Melihat dan Mendengar Kemahiran Ketika kaedah ini dijalankan, pelajar berpeluang melihat dan mendengar demontrasi atau sebutan contoh yang dilakukan oleh anda. Dengan itu pelajar bukan sahaja mendengar teori sahaja.(b) Penglibatan Pelajar Setelah anda menyebut sesuatu bunyi (fonem) atau sesuatu ayat, pelajar berpeluang untuk mengikuti dan mengajuk bacaan anda setelah mendengarnya dengan teliti.(c) Peluang untuk Mendengar, Menyebut dan Menghafaz Melalui proses penglibatan pelajar, mereka berpeluang untuk mendengar, menyebut dan kemudian menghafal ungkapan tersebut.
  • 9. 50 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARABSebagai contoh:Anda : έϳΧϟ΍ ΡΎΑλPelajar :έϳΧϟ΍ ΡΎΑλAnda :έϭϧϟ΍ ΡΎΑλPelajar :έϭϧϟ΍ ΡΎΑλAnda :έϳΧϟ΍ ˯ΎγϣPelajar :έϳΧϟ΍ ˯ΎγϣKaedah ini juga boleh anda kembangkan dalam pengajaran fonem, perkataanbaru, ayat ringkas, ayat panjang dan juga ungkapan-ungkapan lain berdasarkanbuku teks bahasa Arab komunikasi yang dibekalkan.Anda juga boleh melakukan penggabungjalinan antara beberapa jenis kemahiranberbahasa. Lihat Rajah 3.1 di bawah: Rajah 3.1: Penggabungjalinan antara beberapa jenis kemahiran berbahasa LATIHAN 3.3 Anda ingin mengajar ungkapan baru dalam perbualan harian. Apakah kaedah yang anda akan gunakan?
  • 10. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 513.4.3 Kaedah PermainanKaedah atau teknik permainan merupakan kaedah yang menarik danmenyeronokkan pelajar. Biasanya kaedah ini anda boleh gunakan bagimemenuhi masa yang terluang pada akhir masa pembelajaran. Kaedah ini jugasesuai untuk sessi pengukuhan sebelum pelajar anda menghadapi peperiksaan.Apa yang menjadi tugas anda adalah melakukan perancangan yang rapi dansecara bersungguh-sungguh. Ini kerana permainan yang dimaksudkan di sinibukan sekadar permainan, akan tetapi ia mengandungi objektif-objektif tertentuyang ingin dicapai.Berikut adalah panduan bagi anda untuk memudahkan proses perlaksanaankaedah ini.(a) Mudah Diterangkan Anda hendaklah memilih permainan yang mudah difahami oleh pelajar anda. Dengan lain perkataan, anda tidak memerlukan masa yang lama untuk memberi penerangan kepada pelajar anda. Permainan yang sukar difahami akan mengundang pelbagai masalah ketika permainan itu dijalankan. Begitu juga anda seharusnya meletakkan tempoh atau jangka waktu dengan jelas.(b) Mudah Dilakukan Permainan yang dipilih adalah sesuai dengan struktur bilik darjah. Sebaik- baiknya, anda memilih permainan yang tidak mengubah banyak kedudukan seperti meja, kerusi dan lain-lain.(c) Boleh Diubahsuai Permainan tersebut boleh diubahsuai mengikut kesesuaian tahap pencapaian pelajar. Ini kerana anda perlu memastikan semua pelajar anda boleh melibatkan diri dalam permainan tersebut.(d) Peralatan yang Mudah Jangan sesekali menyulitkan diri anda. Pilihlah permainan yang mudah dari sudut penyediaan bahan, kos yang rendah dan mudah diperolehi. Penggunaan peralatan yang sedia ada adalah satu langkah yang bijak.(e) Memilih Waktu yang Sesuai Anda perlu tentukan waktu yang sesuai permainan ini dijalankan. Anda boleh menjalankan pada waktu permulaan, atau pada penghujung pengajaran bergantung kepada situasi. Ini bergantung kepada matlamat anda. Biasanya permainan pada permulaan pengajaran adalah bertujuan
  • 11. 52 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB untuk menarik minat pelajar atau bertindak sebagai set induksi. Manakala pada penghujung pengajaran pula bertindak sebagai satu proses pengukuhan atau mengulang kaji.(f) Menyediakan Hadiah kepada Pemenang Ini bukanlah suatu yang wajib. Ia merupakan suatu pilihan. Jangan menyulitkan anda apatah lagi ketika anda sedang kekeringan wang. Namun hadiah merupakan satu bentuk galakan dan penghargaan. Hadiah yang disediakan seboleh-bolehnya berkaitan dengan pelajaran anda.Sebagai contoh:Anda boleh menjalankan aktiviti permainan bagi menjawab teka silangkata.Kumpulan yang paling awal menyiapkannya dikira pemenang. Pembayang bagiperkataan yang dipilih berdasarkan kemampuan murid. Jika peringkat rendah,gunakan gambar, manakala peringkat tinggi gunakan ayat pembayang. Di dalampermainan seperti ini pelajar didedahkan dengan kemahiran membaca danmenulis.Seterusnya, anda disarankan untuk merujuk kepada topik yang membincangkansecara khusus tentang permainan bahasa dalam pengajaran bahasa Arab. SEMAK KENDIRI 3.3 Apakah bentuk permainan bahasa yang anda anggap paling sesuai untuk dijadikan kaedah pengajaran?3.4.4 Kaedah Lakonan dan PerbualanKaedah ini bertujuan untuk mendekatkan pelajar dengan situasi atau peristiwasebenar. Lakonan atau perbualan boleh melibatkan dua orang pelajar atau lebihmengikut kesesuaian situasi yang dipilih. Setiap pelajar akan melakonkan watakberdasarkan kehendak isi pelajaran. Di dalam buku teks bahasa Arabkomunikasi, terdapat banyak topik-topik yang berkait rapat dengan kaedah ini.Antara yang anda boleh perhatikan ialah perbualan antara rakan, antara anakdan ibu bapa, guru, juga ucapan-ucapan pengetua sekolah. Untuk menjadikankaedah ini lebih berkesan, beberapa perkara perlu anda beri perhatian.
  • 12. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 53Perkara tersebut ialah:(a) Situasi yang Berbentuk Komunikasi Pilih situasi-situasi yang sesuai untuk pelajar lakonkan. Antara yang terdapat dalam buku teks bahasa Arab komunikasi tingkatan satu ialah perbualan tentang keluarga, kepentingan membaca, rumah kediaman dan juga ketika di kantin sekolah.(b) Pelajar Memahami Situasi Anda perlu pastikan pelajar anda benar-benar memahami dialog yang diberikan. Pemahaman yang baik akan menjelmakan penghayatan yang baik di kalangan pelajar. Bertutur dengan bahasa yang baru adalah menyeronokkan.(c) Penjelasan kepada Pelajar Lain Anda perlu memberi penjelasan kepada pelajar lain tentang apa yang akan mereka tonton. Arahan-arahan berkaitan boleh anda berikan seperti menulis perkataan yang baru didengar, atau mencatat isi-isi penting.(d) Pelakon yang Sesuai Anda seharusnya memilih pelajar yang sesuai untuk melakonkan atau menjayakan perbualan tersebut. Justeru, anda mungkin perlu membuat pemilihan secara sukarela bergantung kepada situasi.(e) Bebaskan Pelajar Anda Dalam situasi tertentu, anda juga perlu memberi sedikit kebebasan kepada pelajar anda untuk menuturkan sebarang dialog yang berkaitan. Namun begitu anda perlu mengawasi pelajar anda agar tidak menyeleweng daripada situasi yang sepatutnya mereka lakonkan.(f) Perbincangan Adakan perbincangan selepas lakonan selesai. Buka peluang kepada pelajar-pelajar lain untuk memberi komen mereka.3.4.5 Kaedah Teka-teki dan KuizKaedah ini lebih berbentuk penyelesian masalah. Ia sebenarnya bertujuan untukmemberi peluang kepada pelajar lebih proaktif, produktif dan berkemampuandalam menyelesaikan masalah bahasa yang dikemukakan. Kaedah ini sangatsesuai untuk pelajar peringkat menengah. Mereka akan berpeluang untukberbincang, bertukar-tukar pandangan dan membuat keputusan terhadappermasalahan yang diberikan. Tidak hairanlah ia merupakan kaedah yang amatpopular di kalangan guru. Antara langkah-langkah yang perlu anda jalankan ialah:
  • 13. 54 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB(a) Mengenalpasti Bentuk Perlaksanaan Anda mestilah mengenalpasti bentuk perlaksanaan sama ada secara individu atau berkumpulan. Jika ia berbentuk kumpulan, ahli kumpulan mestilah sesuai dengan bentuk permasalahan yang dikemukakan.(b) Mengemukakan Masalah Anda dinasihatkan agar terlebih dahulu merangka permasalahan yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Ia mestilah dalam ruang lingkup keupayaan pelajar. Sebagai contoh, anda boleh mengemukakan permasalahan sintaksis, susunan ayat, isi tempat kosong dan sebagainya.(c) Mencari Penyelesaian dan Kesimpulan Anda hendaklah memberi peluang pelajar melakukan perbincangan untuk mencari penyelesaian. Tugas anda hanya sebagai pembimbing. Galakkan pelajar anda untuk bertutur dengan bahasa Arab ketika berbincang.3.4.6 Kaedah NasyidKaedah ini adalah antara kaedah yang banyak digunakan oleh guru-guru bahasaArab. Nasyid terbahagi kepada dua. Pertama nasyid yang mengandungi kaedah-kaedah tertentu yang perlu dikuasai pelajar. Kedua nasyid umum yangmemperkenalkan perkataan dan ungkapan baru.(a) Nasyid yang Mengandungi Kaedah Oleh kerana bahasa Arab mengandungi beberapa pola yang secara asasnya mesti dihafaz dan dikuasi oleh pelajar, anda boleh menggunakan teknik menghafaz nasyid kepada pelajar. Sebagai contoh tasrif fiÊil madhi dan mudhariÊ agak sukar dikuasai oleh sebilangan besar pelajar sedangkan ia merupakan asas yang amat penting dalam bahasa Arab. Justeru, untuk memudah mereka, anda boleh ubah tasrif tersebut dalam bentuk nasyid. Ini akan memudahkan mereka menguasainya. Anda boleh meminta bantuan dari mereka yang berpengalaman dalam mandapatkan nasyid-nasyid yang biasa digunakan. Perlu diingatkan, kaedah ini bukan hanya tertumpu kepada pengajaran nahu sahaja. Anda boleh menggunakan kretiviti anda untuk melakukan pengubahsuaian. Apa yang penting, anda boleh mencapai objektif pengajaran anda dengan baik.(b) Nasyid Umum Anda mengajar bahasa Arab komunikasi. Nasyid merupakan salah satu bentuk kominikasi. Ini kerana nasyid sebenarnya menyampaikan tema dan matlamat dengan teknik yang tersendiri.
  • 14. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 55 Di dalam buku teks bahasa Arab komunikasi, banyak dibekalkan nasyid- nasyid. Nasyid-nasyid yang disediakan berbentuk pengukuhan terhadap perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh pelajar. Disamping itu, ia berperanan sebagai pembimbing kepada pelajar dalam memahami bentuk gaya bahasa Arab. Tugas anda adalah menentukan atau mencari rentak terhadap nasyid yang disediakan. Dalam situasi tertentu, anda juga boleh menggunakan nasyid berbahasa Arab yang banyak berkumandang di radio. Kebanyakkan pelajar biasanya telah biasa mendengar nasyid tersebut dan sebahagiannya mungkin telah menghafal. Keadaan ini perlu anda manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Perkukuhkan perbendaharaan kata yang terdapat dalam nasyid tersebut dan juga bentuk penggunaan tatabahasa yang betul yang telah digunakan. SEMAK KENDIRI 3.4 Apakah bentuk nasyid yang anda tahu? Di manakah sumbernya?x Pemilihan kaedah dan teknik mengajar bahasa Arab komunikasi dibuat berdasarkan persediaan guru dan juga factor-faktor yang boleh mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar seperti objektif pengajaran, alat Bantu mengajar yang digunakan, waktu yang diperuntukkan dan juga latar belakang serta jumlah pelajar.x Beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran bahasa secara komunikatif termasuklah: (a) aktiviti-aktiviti komunikatif perlu diperbanyak dan dipelbagaikan; (b) pelajar menjalankan aktiviti tersebut dengan guru sebagai fasilitator; dan (c) aktiviti hendaklah dijalankan dalam situasi menyerupai keadaan sebenar.x Terdapt beberapa kaedah pengajaran bahasa Arab komunikasi seperti kaedah syarahan, ajuk hafaz, permainan, lakonan dan perbualan, nasyis serta teka teki dan kuiz.x Setiap kaedah tersebut mempunyai beberapa aspek yang perlu diberi penekanan sebelum mengfaplikasikannya.
  • 15. 56 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARABKaedah syarahan Kaedah lakonan dan perbualanKaedah ajuk hafaz Kaedah teka-teki dan kuizKaedah permainan Kaedah nasyidArahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minitHuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar.Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit1. Terangkan dengan ringkas tiga prinsip penting bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran bahasa mengikut pendekatan komunikasi2. Anda ingin mengajar satu topik berkenaan perbualan seorang anak dengan bapa tentang adab makan. Bincangkan kaedah yang sesuai dan perkara- perkara yang perlu anda beri perhatian.

×