Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk

  • 5,774 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
5,774
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
337
Comments
0
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajarandan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk darjah.Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanyatermasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjahsebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yangterpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjayaseorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yangmenjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagaipengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi (Haji Samsudin bin Md Noor).Dr Ragbir Kaur (2008) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai prosedur dankeperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yangsihat. Komponen-komponen utama dalam pengurusan bilik darjah ialah dengan menetapkancara-cara untuk mengelak masalah pengurusan daripada berlaku dalam bilik darjah sertamenentukan cara-cara untuk memantau tingkah laku murid untuk mengekalkan satu iklimbilik darjah (persekitaran pembelajaran). Selain itu, ia juga memutuskan bagaimana guruakan bertindak apabila murid-murid menunjukkan tingkah laku bermasalah dalam bilikdarjah dan bagaimana guru akan menstrukturkan semula iklim bilik darjah yang sihatselepas membetulkan tingkah laku negatif murid.Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjahpada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktorkemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal (MakSoon Sang,2008). Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru perlulebih kreatif untuk menambahbaikkan daya tarikan dalam sesebuah bilik darjah tersebut.Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yangdirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnyapembelajaran itu harus dijalankan.Susun atur bilik darjah yang baik mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam,papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari,yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar sertaperalatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dankerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-muridmengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.Contohnya, berdasarkan pelan kelas pemulihan yang telah dilukis, susun atur meja dankerusi adalah teratur dan berdekatan dengan meja guru untuk memudahkan muridberinteraksi dengan guru dan berinteraksi dengan murid lain. Selain itu, cahaya yangmencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yangsecukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, cartaorganisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-katamotivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCDsehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif.
  • 2. Murid juga suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan yang menyentuh emosi, disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif, dan inovatif. Oleh itu, guru perlumembentuk budaya bilik darjah yang dinamis, dan mementingkan aspek nilai-nilai murniserta hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. Guru bolehmenggunakan ruang aktiviti dan permainan seperti dalam pelan untuk menggalakkan muridbergiat aktif dalam pembelajaran sambil berseronok dengan permainan yang di ajar olehguru. Ini dapat mengeratkan hubungan diantara guru dan murid kerana guru berjayamembuatkan murid berasa gembira ketika belajar dan akan menaikkan semangat merekauntuk datang ke kelas dan belajar.Sebagai impaknya, kita akan dapat lihat suasana yang harmonis, ceria, dan semangatkepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalamsebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangatberdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Kejayaanseseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspekkemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadidan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid.Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak memainkanperanannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yangkondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal yang telahdibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaransehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guru harus menitikberatkan susunan bilikdarjah kerana bilik darjah yang susun aturnya kemas dan teratur akan menimbulkankeseronokan di kalangan murid-murid. Selain itu, pembelajaran akan berlangsung dengansempurna, sekaligus dapat meningkatkan kefahaman di kalangan murid-murid terhadappengajaran guru.PenutupGuru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadapsegala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlakupembaziran waktu disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksadijalankan.Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yangcemerlang, di antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidangkerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangkapendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai,realistik, dan bijak dalam pengurusan masa.Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaandalam tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiranberintrkasi, dan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiranmengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yangdiamanahkan di samping memiliki wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauanatau refelkesi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, disamping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang
  • 3. baik kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika dalamperkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam.Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalammasa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komiteddengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguhmelaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabilaseseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala-galanya.Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkanperanan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaanpengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.Kepentingan Membina Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Dalam KonteksSekolah Di Malaysia (Rasional Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)Seperti yang diketahui, Malaysia amat dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyaipelbagai kaum. Secara tidak langsung, pelbagai budaya akan wujud dalam sesebuah bilikdarjah.Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya menganggap ini sebagai satu masalah dengankehadiran murid yang berbeza dari segi individu dan budaya tetapi menjadikan fenomena inisebagai keistimewaan yang wujud dalam bilik darjah.Murid yang hadir dari pelbagai ras atau etnik akan membawa budaya mereka tersendiriyang berbeza daripada budaya makro (budaya dominan) yang menjadi budaya formalsekolah. Murid berbeza dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal dan bukan verbal),nilai-nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view)merka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka.Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program yangmenggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-muriddalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan,penggemblengan tenaga dan kepakaran. Melalui program ini juga diharap dapat melahirkanpersefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.Berdasarkan program ini, jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya mewujudkanpersekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Keperluan pendidikan berbilang budaya iniamat meruncing di Malaysia. Murid-murid datang daripada latar belakang dan budaya yangberbeza. Oleh itu, guru perlu peka kepada kepelbagaian ini supaya tiada kelompokmerasakan diri mereka tersisih di sekolah atau di bilik darjah.Pendekatan ini turut menjadikan guru lebih peka kepada amalan-amalan sekolah yangselama ini diterima tanpa dipersoal. Ada amalan-amalan sekolah secara tidak langsungmendiskriminasi golongan tertentu. Sebagai contoh, sistem pengaliran, pengisian kurikulumdan buku teks yang tidak mengambil kira keperluan dan pengertiannya bagi murid-muridyang berbilang latar belakang, mungkin menyebabkan murid tertentu berasa tersisih danketinggalan.Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu guru dalam mengenali muriddengan lebih dekat lagi. Apabila guru dan pihak sekolah peka kepada kepelabagaianmuridnya dan mengambil inisiatif untuk memahami keperluan dan mengenal mereka denganlebih dekat lagi, sekolah akan lebih bermakna kepada sebilangan besar murid.Selain itu, melalui bilik darjah yang mesra budaya ini juga dapat mengurangkan stereotaipdan prasangka (prejudice) dalam kalangan guru dan murid. Ada guru yang mempunyaiprasangka (negatif) kepada murid disebabkan ras, agama, kecacatan atau kebolehanmereka.Pendekatan ini memberi peluang kelompok yang berasa tersisih, meningkatkan keyakinandiri mereka selain meningkatkan peluang mereka mengecapi kejayaan.
  • 4. Jika dikaitkan dengan konteks RIMUP, persekitaran yang mesra budaya dapatmeningkatkan peluang untuk berjaya dan menimbulkan kesefahaman dan perpaduan dalamkalangan murid. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, budaya asal seseorang murid ituboleh mempengaruhi tingkah lakunya di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, kajianmenunjukkan bahawa kanak-kanak yang lemah dan datang dari keluarga yang miskinmempunyai gaya belajar yang berbeza. Mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajaryang lebih spesifik berbanding dengan murid yang lebih berupaya yang hanya memerlukanbimbingan sahaja dan boleh belajar sendiri.KEADAAN FIZIKAL BILIK DARJAHBilik yang terlalu panas atau terlalu sesak, gelap atau cahaya yangtidakm e n c u k u p i , k e r u s i d a n m e j a y a n g k u r a n g s e s u a i a k a n m e w u j u d k a n masalah disiplin.Bilik darjah tidak kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajarand)SUAS AN A SOSIOEMOSI YANG KURANG SIHATGuru autokratik dan dominant akan mengakibatkan murid-muridnyasentiasa berada dalam keadaan emosi yang tertekan, bimbang sertatakut pada gurunya.Guru perlu menjejaskan keupayaan murid untuk menerima pelajaranyangdisampaikan.C o r a k p e r s a h a b a t a n d i k a l a n g a n m u r i d t i d a k s i h a t m a k a w u j u d l a h kelompok tertutup, pengasing, murid yang tersingkir dan sebagainya.e ) K E S I H A T A N M U R I DBadan sihat otak cergas maka dapat memberi tumpuan penuh terhadappengajaran guru.Gangguan emosi, tidak cukup rehat akan menyebabkan murid berasagelisah ataurimas.f ) K U A L I T I G U R UGuru yang berinisiatif serta kreatif, bahan serta alat bantuan mengajar akan menarik minatkanak-kanak.Guru yang kurang tegas serta tidak tetap pendiriannya sukar mendapatpenghormatan murid-murid.g ) P E R S E K I T A R A N S E K O L A HBilangan murid yang ramai merumitkan guru mengawal disiplin murid-murid.Kesannya - setengah-setengah murid tidak dilayani oleh guru.Pihak sekolah yang amat menekankan peperiksaan, bentuk danstruktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanyaakanmenggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah darisegi akademik.h ) K E L U A R G A
  • 5. Ibubapa yang sibuk mengejar kekayaan, menghadiri majlis danaktivitisosial menyebabkan ibubapa tidak dapat memberikan perhatian yangsewajarnya kepada anak-anak mereka.i ) R A K A N S E B A Y AInteraksi rakan sebaya akan terbawa-bawa ke dalam bilik darjah.Contoh, sifat-sifat social positif rakan sebaya juga akanmenghasilkanseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satumasyarakat.