Latarbelakang      Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan       satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Ha...
hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu bangsaMalaysia yang mempunyai kesetiaan po...
CABARAN 7: Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangiIni beerti satu sistem sosial yang mana kepentingan masyar...
(vi)  Mewujudkan    masyarakat   saintifik   dan   progresif,          mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke   ...
perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.      Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong      oleh...
menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.    (v)   Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.   ...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

9 cabaran wawasan 2020

15,245

Published on

huhu

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
15,245
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
275
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "9 cabaran wawasan 2020"

  1. 1. Latarbelakang Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan" Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.kertas kerja ini menerangkan tentang satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".perkara ini bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan satu tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambi dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.Matlamat terakhir yangdihalakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdekaakan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Hal ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa mengikut acuan negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang diimpikan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain. 9 Cabaran Wawasan 2020CABARAN 1: Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yangdikongsi bersama.Ia lebih merujuk kepada sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,
  2. 2. hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu bangsaMalaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.CABARAN 2: Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengankeyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagahmenghadapi pelbagai masalah.Maksudnya di sini, cabaran ini mahukan masyarakat Malaysia yang mudah dikenali dari sikapingin mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuan, tidak mengalah kepada sesiapa dandihormati oleh rakyat negara lain.CABARAN 3: Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satubentuk persefahaman matang.Ertinya demokrasi masyarakat Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negaramembangun.CABARAN 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretikaRingkasnya, sebagai masyarakat Malaysia kenalah kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dandidorong oleh tahap etika yang tinggi.CABARAN 5: Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansurJelasnya, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dankepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satunegaraCABARAN 6:..Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta danberpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat`memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukanperadaban sains dan teknologi pada masa hadapan. (lampiran B)Cabaran yang ke enam ini penting di tahun-tahun kelesuan ekonomi negara.Pendidikanvokasional boleh menjadi salah satu pemangkin ekonomi negara.Pendidikan vokasional perlulahdapat merapatkan jurang antara kurikulum dengan alam pekerjaan.Terdapat empat bidang yangperlu diambil berat oleh pendidikan vokasional masa kini.i. Sains dan TeknologiMalaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan berfungsi sebagai negarapengeluar.Pelbagai barangan dan perkakasan untuk keperluan kehidupan dikeluarkan dandipasarkan ke peringkat antarabangsa.Untuk tujuan ini sudah pasti kita memerlukan ahli rekacipta yang mempunyai daya kreatif dan inovatif.
  3. 3. CABARAN 7: Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangiIni beerti satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utamadaripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orangperseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.CABARAN 8: Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.Dalam cabaran ini lebih menjurus kepada masyarakat yang melaksanakan pengagihankekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagisetiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jikamasih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomiberdasarkan kaumCABARAN 9: Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang bolehbersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.Objektif Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu: (i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara; (ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain; (iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun; (iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi; (v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;
  4. 4. (vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan; (vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh; (viii)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan (ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.Perspektif Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:- (i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan. (ii) Negara Perindustrian Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan
  5. 5. perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yangamat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera Pertumbuhan.(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala- galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir. Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Keenam.(iv) Moral dan Etika Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala- Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak
  6. 6. menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki. (v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna.Penutup Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain. Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

×