Projek Lynas melibatkan pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Kuantan, Pahang. Ia ditubuhkan bagi menghasilkan logam nadir bumi daripada bijih yang diimport dari Australia. Walaupun ia dijangka memberi manfaat ekonomi, terdapat bantahan daripada masyarakat setempat yang bimbang terhadap kesan pencemaran radioaktif kilang tersebut ke atas kesihatan mereka. Isu ini menjadi perdebatan antara pihak yang
2. Apakah projek Lynas?
Lynas adalah projek memproses nadir bumi untuk
menghasilkan ‘rare earth metal’ hasil daripada bijih
monazite yang dilombong di Mount Weld,
Australia. Secara spesifiknya, produk yang
dihasilkan di kilang di Kuantan, Pahang adalah ‘rare
earth oxides’. Projek ini adalah dibawah kepunyaan
syarikat Lynas Incorporated Ltd
3. Kenapa Malaysia?
• Lynas pada asalnya akan membina kilang
LAMP di China , yang menghasilkan lebih
daripada 90% nadir bumi global. Tetapi
menurut laporan tahunan 2007 , ia
mengambil keputusan untuk berpindah ke
Malaysia kerana kerajaan China telah
meningkatkan kawalan ke atas pengeluaran,
termasuk menggunakan piawai alam sekitar
yang lebih ketat.
• Lynas telah tertarik kepada Malaysia kerana ia telah
ditawarkan status bebas cukai selama 10 tahun.
• Pilihan pertama adalah tapak di negeri Terangganu
• Namun kemudian kerajaan Malaysia meminta Lynas
untuk beralih ke kawasan perindustrian Gebeng, 2.5
kilometer dari pelabuhan Kuantan di Pahang.
Kawasan ini mempunyai semua sumber yang
diperlukan untuk kilang tersebut beroperasi pada kos
yang lebih rendah.
4. Kebaikannya?
• Memacu hasrat negara menjadi sebuah negara
maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
• Menjana sumber ekonomi.
• Menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan
kemahiran anak bangsa dalam teknologi baru.
5. Masalah?
• Ramai yang berpendapat masalah yang
akan dibawa dari kesan pembinaan Lynas
ini adalah sama dengan masalah di Bukit
Merah, Perak. Persamaannya adalah dari
segi produk yang dihasilkan iaitu unsur
nadir bumi.
• Namun, bahan mentah Lynas dikatakan di import dari
Australia yang dilombong terus dari bumi dan dari segi
fizikalnya kemungkinan berlainan dari bahan mentah
yang digunakan oleh Asian Rare Earth (ARE), Ipoh.
• Teknologi pemprosesan pula mungkin telah banyak
berubah. Lynas mungkin menggunakan teknologi lebih
terkini untuk cuba meminimumkan “pencemaran” di
kawasan sekitaran.
6. • Bahan mentah ARE di Bukit Merah mempunyai kandungan
radioaktif 37 kali lebih tinggi dari Lynas dan sisa ARE di
Bukit Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.
• Bahan mentah kilang ARE di Bukit
Merah adalah bahan buangan industri
bijih timah, iaitu tahi bijih (tantalum).
• Kandungan radioaktif bahan mentah
Lynas adalah jauh lebih rendah dari
bahan mentah dan sisa ARE.
7. Mengapa menjadi
isu?
• Kilang Lynas dibina berhampiran dengan
kawasan kediaman (2km) yang
berkepadatan penduduk seramai 6,700
orang maka majoriti penduduk membantah
pembinaan kilang tersebut kerana bimbang
jika berlaku pencemaran bahan radioaktif ia
akan menjejaskan kesihatan penduduk.
• Bagi pihak Jabatan Alam Sekitar dan pihak-pihak lain yang
berkepentingan pula semua bersetuju dan menyokong
projek ini.
• Secara kesimpulannya, projek ini ditolak oleh setengah
pihak kerana bimbang akan kesihatan penduduk yang
berada berdekatan dengan kilang tersebut jika berlakunya
kebocoran bahan radioaktif. Manakala pihak yang
menyokong projek ini pula menyatakan berdasarkan
daripada laporan yang dikeluarkan, kilang Lynas ini adalah
selamat kerana kepekatan bahan radioaktif yang terhasil
adalah rendah