Bab 2 struktur sel dan fungsi

54,095 views
53,634 views

Published on

0 Comments
30 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
54,095
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
157
Actions
Shares
0
Downloads
1,377
Comments
0
Likes
30
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab 2 struktur sel dan fungsi

  1. 1. STRUKTUR SEL DAN FUNGSI Bab 2
  2. 2. 2.1 STRUKTUR SEL & FUNGSI• Organisma hidup terdiri daripada unit-unit asas yang disebut sel.• Komponen hidup sesuatu sel dipanggil protoplasma. Protoplasma terdiri daripada sitoplasma dan nukleus.• Protoplasma diselaputi oleh membran plasma dalam kedua- dua sel haiwan dan tumbuhan.• Sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang menyelaputi keseluruhan membran plasma.• Sitoplasma mengandungi struktur-struktur yang dipanggil organel-organel yang menjalankan fungsi-fungsi tertentu.• Contoh organel termasuk nukleus, jalinan endoplasma, ribosom, mitokondrion, jasad golgi, vakuol dan kloroplas.
  3. 3. Komponen sel dalam sel haiwan dan sel tumbuhan Organel: NukleusBukan organel: VakuolMembran plasma MitokondrionDinding sel Ribosom LisosomSitoplasma Jalinan endoplasma Alat golgi Sentriol Kloroplas
  4. 4. 1. Membran plasma Struktur Fungsi Membran pada permukaan yang Membentuk suatu sempadanmenyelaputi kandungan sel yang mengasingkan kandungan sel Terdiri daripada protein dan daripada persekitaran luar.fosfolipid Bertindak sebagai halangan Separa telap memilih dengan mengawal pergerakan bahan-bahan ke dalam dan keluar dari sel 2. Dinding sel Lapisan luar yang tegar yang Memberi bentuk kepada selmenyelaputi membran plasma sel- tumbuhansel tumbuhan. Memberi kekuatan mekanikal Terdiri daripada selulosa dan sokongan kepada sel Telap penuh tumbuhan
  5. 5. 3. Sitoplasma Struktur Fungsi Kawasan antara nukleus Bertindak sebagai mediumdan membran plasma bagi tindak balas biokimia Matriks seperti jeli yang dalam sel.mengandungi bahan-bahan Membekalkan bahan-organik dan bahan-bahan bahan yang diperolehi daribukan organik luar sel kepada organel- Mengandungi organel- organelorganel
  6. 6. 4. Nukleus Struktur Fungsi Besar, tumpat dan sfera Mengandungi maklumat Diselaputi oleh membran genetik yang menentukan ciri-nukleus ciri dan fungsi sel Mengandungi Mengawal aktiviti-aktiviti selnukleoplasma, nukleolus dankromosom 5. Vakuol Kantung berisi cecair Bertindak sebagai tempat simpanan dalam sel, di mana sap sel Diselaputi oleh membran mengandungi air, asid organik, gula,separa telap tonoplas asid amino, garam mineral dan Cecair dalam vakuol buangan, pigmen dan hasil metabolik.dipanggil sap sel Sel sap membekalkan sokongan kepada tumbuhan herba.
  7. 7. 6. Mitokondrion Struktur Fungsi Kecil, berbentuk sfera atau Tapak bagi respirasi selbujur Tenaga yang dibebaskan disimpan dalam bentuk (Adenosine triphosphate) 7. Ribosom Padat, sfera Sintesis protein berlaku Terikat kepada jalinan pada ribosomendoplasma kasar ataubertabur secara bebas dalamsitoplasma Terdiri daripada asidribonukleik(RNA) dan protein
  8. 8. 8. Lisosom Struktur FungsiKantung dilingkungi membran Mengandungi enzim-enzim hidrolitik yang mencernakan atau memecahkan molekul- molekul organik yang kompleks seperti protein, polisakarida dan lipid. Enzim-enzim memusnahkan organel-organel yang lusuh dan rosak
  9. 9. Jalinan Endoplasma
  10. 10. 9. Jalinan Endoplasma Struktur Fungsi Terdiri daripada suatu rangkaian Jalinan endoplasma kasarmembran berganda yang mengangkut protein yang disintesismembentuk tubul-tubul oleh ribosombersambung atau kantung yang Jalinan endoplasma licin adalahbersambung dengan membran tapak bagi sintesis lipid dannukleus. penyahtoksikan dadah dan racun Jalinan endoplasma kasarmempunyai ribosom terikat padapermukaan, sementara jalinanendoplasma licin tidak mempunyairibosom.
  11. 11. 10. Alat Golgi Struktur Fungsi Terdiri daripada suatu Memproses karbohidrat,timbunan kantung protein, fosfolipid danbermembran yang pipih glikoprotein jalinan endoplasma Hasil disusun oleh alat golgi dan di bungkus ke dalam vesikel Vesikel-vesikel kemudian membebaskan kandungannya ke luar sel
  12. 12. Sentriol
  13. 13. 11. Sentriol Struktur Fungsi Sepasang struktur bujur Membentuk gentian-gentianyang kecil gelendung semasa Berada di luar nukleus pembahagian sel dalam sel Terdiri daripada mikrotubul haiwan 12. Kloroplas Organel berbentuk cakera Menjalankan fotosintesis Mengandungi pigmen hijau,klorofil yang memerangkaptenaga cahaya matahari
  14. 14. LatihanNyatakan persamaan antara sel haiwandengan sel tumbuhanNyatakan perbezaan antara sel haiwan dan seltumbuhan dari segi bentuk, dinding sel,vakuol, kloroplas dan bahan simpanan
  15. 15. 2.2 ORGANISASI SELOrganisma dibahagikan kepada dua jenis:(a) Organisma unisel(b) Organisma multiselOrganisma unisel: Organisma satu sel Contoh: Ameba sp. , Paramesium sp. Organisma-organisma ini boleh menjalankan semua fungsi dalam suatu sel
  16. 16. Ameba sp.
  17. 17. Ameba sp.1. Ciri-ciri Ameba sp:(a) Hidup bebas dalam tasik dan kolam air tawar serta dalam tanah(b) Tidak mempunyai bentuk tetap dan diselaputi oleh membran plasma(c) Sitoplasma dibahagikan kepada suatu lapisan luar yang disebut ektoplasma sementara lapisan dalam disebut endoplasma(d) Bergerak dengan menghulurkan pseudopodia sementara (“kaki palsu”). Ini diikuti dengan aliran sitoplasma ke dalam pseudopodia yang dipanjangkan.
  18. 18. Ameba sp.(e) Mengepung makanan secara fagositosis.
  19. 19. Ameba sp.(f) Memakan organisma-organisma mikroskopik seperti bakteria.(g) Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku melalui membran plasma secara resapan.(h) Bahan buangan dibuang melalui membran plasma secara resapan(i) Air meresap ke dalam sel secara osmosis dan memenuhi vakuol mengecut. Apabila vakuol itu penuh, air berlebihan dikeluarkan daripada sel itu mengecut.(j) Membiak secara aseks melalui belahan dedua. Dalam keadaan yang tidak sesuai, Ameba sp.membentuk spora.
  20. 20. Ameba sp.
  21. 21. Paramesium sp.
  22. 22. Paramesium sp.1. Ciri-ciri paramesium sp.(a) Ia hidup dalam air bertakung yang mengandungi bahan organik yang mereput(b) Membentuk bentuk seperti suatu tapak kaki(c) Ia diselaputi oleh membran plasma dan silia(d) Hujung anterior adalah tumpul sementara posteriornya adalah tajam(e) Ia mempunyai dua nukleus: (i) Makronukleus (lebih besar)  Untuk mengawal perkembangan dan fungsi sel yang biasa (i) Mikronukleus (lebih kecil)  Untuk pertukaran bahan genetik semasa pembiakan seks
  23. 23. Paramesium sp.(f) Mempunyai dua vakuol mengecut, suatu vakuol mengecut anterior dan suatu vakuol mengecut posterior. Vakuol mengecut berselang-seli.(g) Pukulan secara beritma air oleh silia membolehkannya bergerak ke hadapan dan berputar mengelilingi paksinya.
  24. 24. • Silia dalam alur menarik makanan ke dalam salur pencernaan (gullet). Kemudian, ia memasuki sitoplasma, membentuk suatu vakuol makanan. Enzim dirembeskan untuk mencernakan makanan dan semasa ia dicernakan, makanan bergerak dalam suatu bulatan di sekitar sel dalam proses disebut siklosis. Bahan tidak dicernakan dikeluarkan melalui liang dubur.
  25. 25. (i) Pengosmokawalaturan dijalankan oleh vakuol mengecut.(j) (a) Konjugasi secara aseks (b) Pembiakan secara seks
  26. 26. Organisma Multisel1. Organisma-organisma yang terdiri daripada lebih daripada satu sel.2. Sel-sel sama jenis yang menjalankan fungsi yang sama diorganisasikan ke dalam tisu. (i) Tisu - suatu kumpulan sel sama yang bekerja bersama untuk menjalankan suatu fungsi spesifik (ii) Organ - suatu kumpulan tisu yang bekerja bersama untuk menjalankan suatu fungsi spesifik (iii) Sistem - beberapa organ yang bekerja bersama untuk menjalankan suatu fungsi spesifik (iv) Organisma - semua sistem bekerja bersama untuk membentuk benda hidup, suatu organisma
  27. 27. Organisma Multisel1. Organisma multisel diorganisasikan seperti berikut: Sel Tisu Organ Sistem Organisma
  28. 28. Organisma Sel Dalam Haiwan• Terdapat empat jenis tisu haiwan: – Tisu epitelium – Tisu otot – Tisu saraf – Tisu penghubung
  29. 29. 1. Tisu Epitelium – terdiri daripada satu atau lebih lapisan selTerdiri daripada satu atau lebih lapisan sel.(i) Membentuk satu lapisan yang bersambung di permukaan badan (kulit dan lapisan permukaan mulut dan esofagus) dan permukaan dalaman ruang-ruang (permukaan paru-paru, ruang badan, jantung dan salur darah). Lapisan kulit membentuk lapisan pelindung terhadap jangkitan, kecederaan mekanikal dan pendehidratan.
  30. 30. 1. Tisu Epitelium(ii) Membentuk lapisan permukaan tubul-tubuk ginjal,kelenjar dan duktus(iii) Sel-sel pada lapisan permukaan usus kecil membentuksel-sel goblet yang merembeskan mukus
  31. 31. 1. Tisu Epitelium(iv) Tisu yang melapisi trakea terdiri daripada sel-sel dengansilia
  32. 32. 2. Tisu OtotTerdiri daripada sel-sel disebut gentian otot(i) Pengecutan dan pengenduran otot-otot ini adalah bertanggungjawabbagi pergerakan luar kawalan seperti peristalsis dalam salur pencernaan Otot licin (dalam usus, salur darah, salur kencing dan salur pembiakan)(ii) Pengecutan dan pengenduran otot menggerakkan tulangOtot rangka (terdapat dalam lengan dan kaki)
  33. 33. 2. Tisu Otot(iii) Mengecut untuk mengepam darah Otot kardium (terdapat dalam dinding jantung) 3. Tisu SarafTerdiri daripada neuron atau sel sarafSetiap neuron terdiri daripada badansel dan gentian saraf disebut dendrit dan aksonMengesan ransangan dan mengutusimpuls saraf kepada otot dan kelenjarMengawal dan mengkordinasikanaktiviti-aktiviti badan
  34. 34. 4. Tisu penghubungTisu penghubung longgar Terdiri daripada pelbagai jenis sel dalamTisu penghubung tumpat, suatu matriks intersel:bergentian (i) Mengikat tisu kepada tisu dan memegang organ-organ pada tempatnya (ii) Terdapat tendon yang menghubungkan otot kepada tulang dan dalam ligamen, di mana tulang disambungkan pada sendi 3. Tisu Saraf  Membekalkan sokongan bagi hidung dan telinga Menyelaputi hujung tulang Cakera di antara vertebra bertindak sebagai kusyen untuk menyerap tekanan
  35. 35. 4. Tisu penghubung Terdiri daripada sel-sel dalamsuatu matriks kolagen yang dikeraskan ole enapan mineral seperti kalsium Memberi perlindungan kepada organ- organ Memberi sokongan kepada badan  Berfungsi dalam mengangkut gas-gas respirasi, nutrien, hormon dan hasil buangan Mempunyai fungsi perlindungan dalam sistem keimunan
  36. 36. 4. Tisu penghubung Terdiri daripada sel-sel yang disusun padat yang menyimpan lemak Terdapat dalam dermis kulit dan di sekitar organ-organ Bertindak sebagai simpanan tenaga Membekalkan penebatan dan perlindungan
  37. 37. Organ dan sistem• Suatu organ adalah gabungan suatu kumpulan tisu yang berbeza jenis bertindak secara bersepadu untuk menjalankan fungsi tertentu.• Contoh organ termasuk jantung, perut dan usus kecil• Jantung terdiri daripada gabungan tisu otot, tisu penghubung dan tisu saraf. Usus kecil terdiri daripada tisu epitelium dan tisu otot.• Beberapa organ bertindak secara bersepadu untuk menjalankan fungsi bersama sistem.• Terdapat 11 sistem yang menjalankan fungsi-fungsi badan.• Setiap sistem terdiri daripada beberapa organ. Sebagai contoh, sistem pencernaan terdiri daripada mulut, esofagus, perut, ileum, duodenum dan usus besar.• Semua sistem bekerjasama untuk membentuk suatu organisma.
  38. 38. Organisasi sel dalam tumbuhan• Terdapat dua jenis tisu tumbuhan yang utama: 1. Tisu meristem 2. Tisu kekal (a) Tisu epidermis (b) Tisu asas (i) Tisu parenkima (ii) Tisu kolenkima (iii) Tisu sklerenkima (c) Tisu vaskular (i) xilem (ii) floem
  39. 39. Jenis-jenis tisu Struktur dan fungsi1. Tisu meristem Terdiri daripada sel-sel kecil berdinding nipis, bernuklues besar, sitoplasma tumpat dan tiada vakuol. Sel-sel yang muda dan membahagi secara aktif yang belum mengalami pembezaan.  bertempat pada hujung akar dan pucuk 2. Tisu kekal - Terdiri daripada 3 jenis tisu kekal yang matang yang telah mengalami pembezaan. Terdiri daripada sel-sel leper dengan vakuol besar(a) Tisu epidermis Adalah lapisan paling luar yang meliputi permukaan tumbuhan Dinding sel diselaputi dengan kutikel, suatu selaput kalis air berlilin Kutikel mengurangkan keihilangan air secara penyejatam, melindungi tumbuhan daripada kecederaan mekanikal dan menghalang penyakit.
  40. 40. (a) Tisu epidermis  Sel epidermis akar mempunyai rambut untuk menambahkan luas permukaan bagi penyerapan air.  Sel-sel epidermis khusus disebut sel pengawal mengawal pembukaan dan penutupan stoma (b) Tisu asas(i) Tisu parenkima Membentuk kebanayakan suatu tumbuhan Terdapat dalam semua organ-organ tumbuhan Sel-sel mempunyai dinding primer nipis dan vakuol besar Digunakan untuk menyimpan gula dan kanji Sel-sel segah memberi sokongan dan bentuk kepada tumbuhan herba
  41. 41. (ii) Tisu Kolenkima  Sel-sel mempunyai dinding yang tebal pada sudut-sudutnya  Menyokong tumbuhan herba, batang- batang muda(ii) Tisu Sklerenkima Sel-sel mempunyai dinding sel yang ditebalkan oleh serata lignin Sel-sel adalah bukan hidup Memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada kawasan matang tumbuhan
  42. 42. (c) Tisu Vaskular(i) Xilem Terdiri daripada vesel xilem bersambung dari hujung ke hujung Tiada sitoplasma dalam salur xilem Mengangkut air dan garam mineral terlarut dari akar ke bahagian lain tumbuhan Dinding sel vessel xilem ditebalkan dengan lignin untuk memberi sokongan dan kekuatan mekanikal(ii) Floem Terdiri daripada tiub lapis disusun hujung ke hujung Mengangkut bahan-bahan organik yang disintesis dalam daun ke bahagian lain tumbuhan
  43. 43. Organ dan sistem1. Contoh organ-organ dalam tumbuhan ialah: (a) daun yang terdiri daripada tisu epidermis, tisu asas dan tisu vaskular (b) batang yang terdiri daripada tisu epidermis dan tisu vaskular (c) akar yang terdiri daripada tisu meristem dan tisu vaskular2. Suatu tumbuhan berbunga mempunyai dua sistem yang utama: (a) sistem akar yang terdiri daripada akar-akar tumbuhan (b) sistem pucuk yang terdiri daripada batang, daun, pucuk, bunga dan buah
  44. 44. Pengawalaturan persekitaran dalam• Keperluan mengekalkan persekitaran dalam yang optimum – Faktor-faktor fizikal dan kimia persekitaran dalam perlu dikawalatur walau apa pun keadaan persekitaran di luar sel supaya sel dapat berfungsi dalam keadaan yang optimum. – Faktor-faktor fizikal: suhu, tekanan darah dan tekanan osmosis – Faktor-faktor kimia: kandungan garam dan gula serta nilai pH
  45. 45. Homeostasis• Pengawalaturan persekitaran dalam yang secara relatifnya tetap untuk sel berfungsi dalam keadaan optimum.• Sebarang peningkatan nilai faktor fizikal atau kimia akan mencetuskan satu mekanisme homeostasis untuk mengembalikan nilai tersebut ke aras yang normal.• Sebarang penurunan dalam nilai akan mencetuskan mekanisma hemostasis untuk meningkatkan semula nilai ke aras yang normal.
  46. 46. Pengawalaturan aras glukosa darah Insulin Aras glukosa Pankreas merangsang Aras glukosa dalam darah merembes penukaran dalam darah meningkat insulin glukosa menurun menjadi glikogenAras glukosa Aras glukosa normal normal Aras glukosa Pankreas Aras glukosa Glukagon dalam darah merembes dalam darah merangsang menurun glokagon meningkat penukaran glikogen menjadi glukosa
  47. 47. Bagaimanakah peningkatan suhu badandikawalatur dalam persekitaran dalaman bagimemastikan ia kembali ke paras yang normal?Apabila suhu meningkat  reseptor mengesankenaikan  maklumat dihantar ke hipotalamus hipotalamus hantar maklumat ke efektor  salur darah mengembang  kelenjar peluh diransang  suhu badan menurun

×