• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
I.s multimeter
 

I.s multimeter

on

  • 3,551 views

kertas penerangan multimeter

kertas penerangan multimeter

Statistics

Views

Total Views
3,551
Views on SlideShare
3,480
Embed Views
71

Actions

Likes
1
Downloads
145
Comments
0

4 Embeds 71

http://hairilfaiz.blogspot.com 63
http://www.docshut.com 5
http://www.slashdocs.com 2
http://translate.googleusercontent.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    I.s multimeter I.s multimeter Document Transcript

    • PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM JABATAN TENAGA MANUSIA LOT 635, JALAN MAHANG, 09500 KARANGAN, KULIM KEDAH KERTAS PENERANGANKOD NAMA DANPROGRAM / PROGRAM E-011-1 INDUSTRIAL ELECTRONICSCODE AND NAMETAHAP / LEVEL TAHAP 1NO DAN TAJUK MODUL/MODULE NO AND TITLE M02 EQUIPMENT MEASUREMENT 02.01 OPERATE ANALOGUE/DIGITAL MULTIMETERNO DAN PERNYATAAN 02.02 OPERATE SIGNAL/FUNCTION GENERATORTUGASAN /TASK(S) NO 02.03 OPERATE OSCILLOSCOPEAND STATEMENT 02.04 OPERATE TACHO GENERATOR PERFORM MEASURING INSTRUMENT USING APPROPRIATE TOOLS, EQUIPMENT AND MATCH OF ACCURATE POWER RATING USING TEST INSTRUMENT AND MANUAL CORRECTLY SO THAT:OBJEKTIF MODUL /MODULE OBJECTIVE 1. THE MEASURING TECHNIQUE CAN BE PERFORMEDAS REQUIRED BY SPECIFICATION. 2. THE EQUIPMENT AND POWER RATING IS CONFIRMED WITHIN TOLERANCES AS SPECIFIED IN OPERATION MANUAL. Muka: 01 Drp: 19NO KOD / CODE NO E-011-1/M02– IS1TEMPAT : TEMPOH : Pengajar :TAJUK : MULTIMETERTUJUAN :Multimeter adalah satu alat pengukuran dan pengujian yang penting dalam bidang elektronik. Adalahpenting untuk pelatih mempelajari tentang multimeter ini. Pelajar akan didedahkan cara pemilihan dancara membaca skala pada multimeter dan tahu langah-langkah keselamatan yang betul semasamenggunakan multimeter. Kertas penerangan akan menerangkan tujuan tersebut. 1
    • ISI KANDUNGANLE 2 – USE MULTIMETER  TASK 02.01 – Identify type of meter 2
    • No. & TAJUK PENGALAMAN LE 2 – Use MultimeterPEMBELAJARANNo. & TAJUK TUGASAN TASK 02.02 - Identify type of meterCode No : E-011-1/M02– IS1 Muka : 3 drp 19PENERANGAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan bagaimana caranya membaca skil yang terdapat pada multimeter sama ada voltan AC atau DC. Dikertas penerangan ini juga akan menerangkan langkah- langkah keselamatan sama ada semasa digunakan atau semasa penyimpannya supaya multimeter kita tidak cepat rosak atau tahan lebih lama lagi penggunaannya. a) Skil bacaan menyukat voltan AC : Skil Warna Merah 1000 250 A 100 10 C - + Rajah 1 3
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 4 drp 19 Garisan yang berwarna merah adalah digunakan untuk bacaan menyukat voltan AC sahaja iaitu voltan ulangalik seperti yang keluar daripada janakuasa atau dari pin plug di rumah kita. Disebelah kiri dan kanan sekali ini ditanda dengan huruf AC. Jadi kita hendak menyukat voltan AC mestilah menggunakan sekil yang berwarna merah sebagai bacaan. Sekil bacaan untuk menyukat AC mengandungi 3 peringkat iaitu angka 0 hingga 10, 0 hingga 50 dan 0 hingga 250. Angka-angka ini tercatit di atas sekil bacaan tersebut. 1000 250 A 100 C 10 V - + Rajah 2 Jika hendak menyukat voltan AC yang nilainya di antara 10 hingga 50 volt, bolehlah meletakkan range ke angka 50. Untuk bacaannya bolehlah menggunakan sekil bacaan dari 0 hingga 50. Contoh katakan jarm penunjuknya menunjukkan angka di garisan diantara 30 hingga 40, maka bacaan meter tersebut ialah 35V, rujuk rajah (3) Begitulah seterusnya dengan sukatan yang lebih besar, jika hendak menyukat 50V hingga 250V, kita meletakkan pada range 250 dan sekil bacaan dibaca diantara 0 hingga 250. 4
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 5 drp 19 1000 250 A 50 10 C V - + Rajah 3 Bagi sukatan yang lebih daripada 250V, kita mestilah menggunakan pada range 1000 dan bacaannya bolehlah menggunakan sekil 0 hingga 10 tetapi tiap-tiap angka mestilah dikali dengan 100. Contoh katakan sedang menyukat voltan AC dan jarum penunjuk berada diangka 6, maka bacaannya ialah 600Volt (6b x 100) = 600) Rujuk rajah (4) 1000 250 AC 100 V 10 - + Rajah 4 5
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 6 drp 19MENYUKAT VOLTAN AC Contohnya katakan kita hendak menyukat voltan AC yang keluar dari plug-plug rumah. Mula-mula OFF kan suis plug tersebut dahulu untuk menjaga keselamatan diri, pusingkan range pada angka 250 dan kemudian cucukkan punca wire merah meter ke bahagian yang bertanda “L” pada plug tersebut atau di sebelah kanan plug ,punca wire hitam meter ke bahagian yang bertanda “N”atau sebelah kiri plug .Rujuk rajah{5}.selepas itu onkan suis tersebut jarum meter akan bergerak kekanan di dalam lingkungan 240V. Mestilah berhati-hati semasa menyukat voltan AC supaya tidak terkena tangan kita. Plug Susi Tutup dan Buka 1000 250 A 100 10 C - + Rajah 5 SKIL BACAAN MENYUKAT VOLTAN DC : Garis pertama yang berwarna hitam adalah digunakan untuk bacaan menyukat voltan DC sahaja. Voltan DC adalah dari bateri-bateri kering dan basah, di sebelah kanan dan kiri ada ditandakan dengan huruf “DC” (berwarna hitam). Skil bacaan untuk menyukat voltan DC mempunyai 3 peringkat juga iaitu 0 hingga 10, 0 hingga 50 dan 0 hingga 250. Sila rujuk rajah (I). Jika hendak menyukat Voltan DC mestilah pada range yang bertanda angka 10, 50, 250 dan 1000 yang berwarna hitam mengikut beberapa banyak nilai yang hendak disukat. 6
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 7 drp 19 1000 D 250 C 100 10 V Rajah 6 - + Jika menyukat voltan DC yang bernilai 10 volt kebawah, maka pusingan pada range 10, jika menyukat voltan diantara 10 hingga 50 volt maka pusingkan pada range 50, jika menyukat voltan diantara 250 hingga 1000 volt maka pusingkan pada range 1000. Rujuk rajah (ii) Bacaan meter bagi Rajah 6 Adalah 400V kerana jarum Penunjuk meter menunjukkan Angka 4 x 100 = 400VDC 7
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 8 drp 19 1000 DC 250 V 100 10 Rajah 7 - + MENYUKAT VOLTAN DC : Untuk menyukat voltan bateri sama ada bateri radio transistor atau bateri kereta kita hendaklah meletakkan punca wire meter berwarna hitam ke tempat yang bertanda Negatif (-) dan wire meter yang berwarna merah ke tempat yang bertanda Positif (+). Selepas itu pusingkan range meter pada angka yang berwarna hitam sama ada angka 10, 50, 250 atau 1000 mengikut beberapa banyak voltan yang hendak disukat. Rujuk Rajah 8, bacaannya adalah 10VDC kerana jarum meter menunjukkan pada angka 10 (rujuk line nombor 2) 8
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 9 drp 19 1000 DC 250 V 100 10 - + Rajah 8SKIL BACAAN ARUS ELEKTRIK TERUS (DC): Jika hendak menyukat arus terus, bolehlah menggunakan sekil bacaan seperti bacaan voltan DC tetapi range meter mestilah dipusingkan kepada mA DC. Jika hendak menyukat arus DC range bolehlah dipusingkan pada 50uA, 2.5mA, 25mA atau 0.25A. Rujuk rajah (I), contoh katalah kita guna range pada 25mA dan jarum meter menunjukkan nombor 150 dan bacaannya adalah 15mA. 9
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 10 drp 19 1000 DC 250 V 100 10 - + Rajah 9MENYUKAT ARUS TERUS (DC) : Adalah diingatkan kebanyak meter boleh menyukat arus DC dimana diperolehi daripada voltan DC. Ini kerana arus DC adalah lebih rendah daripada arus AC. Oleh itu di dalam bidang elektronik hanya arus DC yang digunakan. Untuk menyukat arus DC sesuatu litar dengan menggunakan meter adalah berlainan caranya dengan menyukat voltan DC. Contoh katakan kita hendak menyukat beberapa banyak arus yang mengalir melalui R2. Rujuk rajah (ii). Pusingkan range pada 50uA, 2.5mA, 25mA atau 0.25mA. Contoh kita gunakan range 2.5mA, selepas itu putuskan rangkaian R2 tersebut lalu sambungkan meter seperti di rajah (ii). Jarum meter menunjukkan pada angka 200 dan bacaannya adalah 2mADC. Begitu seterusnya apabila kita menyukat sesuatu rangkaian / litar pengaliran arus DC iaitu terpaksa memutuskan dahulu rangkaian / litar tersebut. Diantara rangkaian / litar yang terputus sambungkan kedua-dua punca talian meter. 10
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 11 drp 19FUNGSI MULTIMETER Multimeter merupakan satu meter yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi seperti ammeteruntuk menyukat arus, ohmeter untuk menyukat rintangan dan voltmeter untuk menyukat voltan. Multimeter masa kini berbentuk meter digit, iaitu menggunakan paparan berdigit sebagaimenggantikan jarum penunjuk. Bacaan meter mudah dibaca kerana paparan menunjukkan angkabacaan secara terus 11
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 12 drp 19 MENYUKAT RINTANGAN Berikut adalah cara menggunakan multimeter untuk menyukat rintangan pada julat ohm (Ω).1. Apabila menyukat rintangan pastikan komponen yang diuji tidak bersambung dengan komponen lain. Komponen yang bersambung selari dengan komponen lain tidak dapat memberi bacaan yang betul ketika diuji.2. Buka satu daripada hujung sambungan komponen apabila menyukat nulai rintangan. Ketika ini pastikan punca bekalan dimatukan. Rajah 103. Pilih julat paling rendah dan laraskan pelaras sifar ohm. Kemudian sambungkan dawai uji merentasi perintang. Jika jarum meter bergerak tidak bergerak, tukarkan julat ke pilihan lain sehingga jarum menunjukkan bacaanya.4. Apabila jarum menunjukkan bacaan setelah ditukar kepada julat lain, lakukan pelarasan sifar ohm sekali lagi untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat.5. Darabkan bacaan pada skala dengan pemilih julat. Contoh : Bacaan pada skala meter 25 dan julat pemilih pada x 100 Bacaan sebenar ialah 25 x 100 = 2500 ohm atau 2.5kΩ. 12
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 13 drp 19 MENGUJI DIOD Pemilihan julat meter pada kedudukan ohm boleh digunakan untuk menguji komponen lain seperti diod dan LED 1. Diod mengalir arus pada satu arah sahaja. Letakkan pemilihan julat pada x 10. Kemudian sambungankan dawai uji merentasi diod. Meter akan menunjukkan bacaan tinggi seperti pada Rajah 9.19. 2. Jika kedudukan diod diubah seperti pada rajah 9.20, bacaan akan menunjukkan nilai rendah. Jika kedua-dua bacaan yang ditunjukkan ketika menguji diod seperti Rajah 9.19 dan 9.20 ini menunjukkan keadaan normal. 13
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 14 drp 19MENGUJI TRANSISTORTransistor merupakan diod bercantum dalam satu bekas. Ia boleh diuji sama seperti menguji diod.Berikut adalah menguji transistor.1. Menguji kebocoran Pilih julat x 10 dan sambungkan dawai uji kepada pengeluar dan pemungut. Semak bacaan meterdan kemudian tukarkan dawai uji terbalik. Sekali lagi semak bacaan meter. Kedua-dua bacaan yangditunjukkan oleh meter adalah tinggi. Jika kedua-dua bacaan rendah, ini menandakan kebocorandiantara pengeluar dengan pemungut, iaitu tanda kerosakan pada transistor. 2. Menguji transistor-normal Setkan julat kepada x 1K (x 1000). Kemudian sambungkan dawai uji ke kaki tapak (base) transistor dan satu lagi ke pengeluar (emetor) dan kemudian ke pemungut (collector). Kedua- dua langkah akan memberi bacaan meter yang lebih kurang sama iaitu bacaan tinggi atau bacaan rendah. 14
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 15 drp 19Tukarkan dawai uji seperti langkah di atas dan lakukan pemeriksaan yang sama. Bacaan kedua-duanyaseakan-akan sama. Jika bacaan pada langkah pertama tinggi maka bacaan pada langkah kedua rendahatau sebaliknya.Jika bacaan ujian seperti di atas, ini bermakna transistor berada dalam keadaan normal. 15
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 16 drp 193. Menguji transistor PNP dan NPN Letakkan dawai uji negatif pada tapak dan dawai uji positif pada pemungut, kemudian semak bacaan meter. Tukar kedudukan dawai uji positif ke pengeluar. Jika kedua-dua bacaannya rendah, ini menunjukkan transistor adalah NPN. Sambungkan dawai uji positif pada tapak dan dawai negatif pada pengeluar, semak bacaan meter. Kemudian tukarkan dawai negatif ke pemungut. Jika kedua-dua bacaan meter rendah, ini menunjukkan transistor jenis PNP. 16
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 17 drp 19LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN MULTIMETER :1. Apabila ingin menggunakan meter untuk menyukat sesuatu unit, mestilah berhati-hati semasa menggunakan meter supaya tidak menjadi kerosakan pada meter tersebut. Langkah-langkah yang perlu diperhatikan semasa menggunakan meter adalah seperti berikut: Tiap-tiap meter mengandungi wire merah dan wire hitam sebagai talian untuk menyukat sesuatu unit. Sebelum memulakan sesuatu sukatan, letakkan wire warna merah ke tempat yang bertanda positif (+) dan wire hitam ke tampat yang bertanda Negatif (-). Hanya apabila menguji komponen Diod dan transistor sahaja yang boleh menukarkan talian wire meter yang bertanda merah ke tempat Negatif (-) dan wire meter bertanda hitam ke tempat Positif2. Tentukan terlebih dahulu apakah unit yang hendak disukat sama ada rintangan atau voltan dan letakan rangenya di tempat yang betul dan sesuai.3. Letakkan atau pusingkan pada range yang besar sekali. Contohnya kita hendak menyukat voltan DC, letakkan pada angka 1000 sekiranya tidak bergerak turunkan pada angka 250, sekiranya di dapati masih jarum tidak bergerak lagi, turunkan pada angka 50, sekiranya masih tidak bergerak, turunkan pada 10 hingga jarum meter bergerak di tengah-tengah sekil maka kita mudah membacanya. Ini sekiranya kita tidak mengetahui nilainya.4. Sekiranya kita mengetahui nilainya, kita mestilah menggunakan range yang sesuai, Contohnya, jika sesuatu point nilainya 8V, kita mestilah menggunakan range 10 yang sesuai bukannya 50.5. Apabila meletakkan punca meter ke tempat yang hendak disukat, berjaga-jagalah supaya talian yang tidak bersalut tersalut terkena tangan kita. Harap pegang tempat yang bersalut sahaja.6. Apabila tidak menggunakan meter, tanggalkan kedua-dua talian meter tersebut di dalam kotak.7. Di dalam meter tersebut ada 2 biji bateri, untuk menguji sama ada bateri tersebut boleh digunakan atau tidak, letakkan punca-punca meter ke tempatnya dan cantumkan punca warna hitam dan punca warna merah. Jika perhatikan jarum meter bergerak ke angka 0, ini bererti bateri yang ada di dalam meter masih lagi boleh digunakan lagi. Jika jarum meter tidak sampai ke angka 0 walaupun telah dipusingkan kawalannya, ini bererti bateri di dalam meter tersebut telah lemah. Untuk menggantikan bateri-bateri itu, harapkan buka skru yang terdapat di belakang meter tersebut dan gantikan baterinya.8. Jaga meter supaya tidak terhempas. 17
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 18 drp 19SOALAN :1. Apakah kegunaan garisan yang berwarna merah yang terdapat pada multimeter? ____________________________________________________________________2. Berikan 3 skil bacaan untuk menyukat AC i.____________________________ ii.____________________________ iii._____________________________3. Berikan 1 perbezaan di antara arus DC dan arus AC. ________________________________________________________________________4. Berikan 3 langkah menjaga keselamatan multimeter. i.___________________________________________________________________ ii.___________________________________________________________________ iii.__________________________________________________________________5. Nyatakan fungsi multimeter. 18
    • Code No: E-011-1/M02– IS1 Muka : 19 drp 196. Terangkan langkah-langkah menyukat perintang dengan multimeter.7. Multimeter boleh digunakan untuk menguji? RUJUKAN 1. Electronic Fundamentals and Circuit Devices, By Sloyd, Prentice Hall, Bab 3 2. Pengajian Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Tahun 2003, Mohd. Isa Bin Dris, m/s 31-34 3. Teknologi Elektronik, Membaca dan Menguji Komponen Elektronik, Md Nasir Abd Manan Bab 9 halaman 42 – 49 19