Problem solving
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Problem solving

on

  • 2,387 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,387
Views on SlideShare
2,387
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
75
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Problem solving Problem solving Document Transcript

  • SME 3023 Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences (Skillful Problem Solving)NAMA PELAJAR : MOHD ZULHAIRI BIN ZULHAIDINO. MATRIK : D20081032225SEMESTER : 1 (2011/2012)NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
  • Apakah masalah guru dan mengapakah masalah itu berlaku?Standard Pengajaran Professional. Guru yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi akan mengambil inisiatif atau jalanpenyelesaian walaupun sesusah mana sekalipun masalah yang dihadapi untuk memastikankemajuan bagi semua pelajar di dalam memastikan kecemerlangan pelajar yang bermula daripendidikan di alam persekolahan, di peringkat global yang amat kompetitif untuk sektorpekerjaan serta bersedia untuk kelangsungan hidup dalam abad ke-21 yang dipenuhi cabaran dansaingan kuat diantara mereka. Namun begitu, dalam guru ingin mencapai hasrat mereka untukmendidik anak bangsa, mereka mempunyai masalah di dalam aspek mencapai standardpengajaran professional, iaitu akar tunjang bagi merealisasikan impian setiap guru iaitumembuatkan anak didik mereka berjaya. Permasalahan yang timbul dari kalangan guru bagi mencapai standard pengajaran yangprofessional ialah, guru gagal mewujudkan suasana yang sesuai bagi populasi pelajar yangberbeza. Masalah kegagalan guru mencapai standard ini ialah, kebanyakkan sekolah tidakmenyediakan suasana yang kondusif bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam prosespengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebagai contoh guru pada zaman sekarang ini memerlukankemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi membantu mereka mengajarpelajaran mereka dengan mudah dan juga menjimatkan masa. Sekaligus pendidikan melaluiteknologi maklumat Malaysia adalah tercapai dan mengurangkan masalah pelajar ‘buta IT’.Selain daripada masalah kemudahan ICT, guru juga turut mempunyai masalah dalam kemudahanprasarana di sekolah. Masalah lain yang timbul juga ialah kurangnya penglibatan ibu bapa atau penjaga pelajardalam melibatkan diri dengan aktiviti sekolah kerana sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Sebagai contoh satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah iaitu haripelaporan rekod pelajar. Ibu bapa atau penjaga pelajar gagal menghadirkan diri, implikasinyaialah kekangan yang dihadapi guru dalam menyampaikan rekod pelajaran pelajar, permasalahandisiplin pelajar dan lain-lain lagi sehubungan itu menjadi impak besar kepada guru bagimencapai standard pengajaran yang professional.
  • Selain itu, masalah yang timbul dari guru juga ialah tidak dapat mencapai standardpengajaran yang professional dari aspek guru tidak menguasai isi kandungan pelajaran dankurang berpengatahuan. Kekangan ini berlakunya kerana ramai mahasiswa-mahasiswi padamasa kini menganggur selepas sahaja mereka menamatkan pelajaran mereka di universiti samadamereka ini bergraduat izajah pendidikan atapun izajah sahaja. Oleh itu, ramai diantara merekamemohon menjadi guru setelah sekian lama menganggur dan dari sebab itulah ramai guru tidakmenguasai pelajaran mereka bukan sahaja isi kandungan pelajar malah kurangnya kemahiran-kemahiran lain seperti pedagogi, psikologi, falsafah pendidikan dan lain-lain lagi yang berkaitandengan profesion perguruan. Masalah lain yang timbul ialah guru kurang mempunyai pengetahuan yang luas bagimengaitkan pengajaran mereka dengan aplikasi seharian ataupun sejarah. Masalah ini berlakukebanyakkan daripada guru yang bukan dari kursus pendidikan. Mereka ini tidak didedahkandengan sejarah mahupun aplikasi digunakan dalam kehidupan seharian dalam sesuatu subjek.Seperti contoh subjek matematik, bagi guru yang bergraduat izajah pendidikan matematik,mereka akan didedahkan dengan sejarah matematik dan juga aplikasi untuk setiap apa yangmereka berlajar iaitu dengan mengambil subjek khas yang diwajibkan oleh pihak universitiseperti contoh ‘History of Mathematics’ dan juga ‘Application of Statistic’. Untuk mencapaistandard pengajaran yang professional adalah tipis sekiranya ramai guru dihasilkan daripadamahasiswa-mahasiswi yang bukan dari kursus pengajian pendidikan.
  • MASALAH : GURU GAGAL MENCAPAI STANDARD PENGAJARAN PROFESSIONALLangkah 1 : Pihak sekolah hendaklah menyediakan persekitaran yang kondusif dan juga mengajurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan komuniti berhampiran sekolah. Kelebihan Kelemahan Dapat mengeratkan hubungan diantara Memerlukan peruntukkan kewangan ibu bapa atau penjaga pelajar dengan yang banyak. pihak sekolah terutama guru. Kerahan sumber tenaga manusia yang Mengurangkan masalah ponteng dan banyak. juga sosial pelajar. Fungsi PIBG terlaksana dan aktif. Keselesaan proses pembelajaran pelajar terjamin. Menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah.Langkah 2 : Pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia membuat penetapan guru mengajar subjek mereka sendiri dan menyediakan kursus memantapkan isi kandungan pengajaran guru. Kelebihan Kelemahan Pengajaran guru lebih teratur dan Peruntukkan wang yang banyak. mudah difahami oleh pelajar. Proses melaksanakan cadangan yang Guru lebih selesa mengajar subjek memakan masa yang lama. mereka dengan penuh keyakinan. Penjelasan konsep oleh guru lebih terperinci dan guru boleh mengaitkan pelajaran dengan aplikasi dalam kehidupan. Guru mahir dengan subjek mereka sendiri. Guru boleh meyakinkan pelajar dengan kemahiran yang ada.
  • Langkah 1 Langkah 2  Pihak sekolah hendaklah  Pihak kerajaan, terutamanya menyediakan persekitaran Kementerian Pelajaran yang kondusif dan juga Malaysia membuat penetapan mengajurkan pelbagai aktiviti guru mengajar subjek mereka kemasyarakatan dengan sendiri dan menyediakan komuniti berhampiran kursus memantapkan isi sekolah. kandungan pengajaran guru. Penyelesaian yang terbaik. Langkah penyelesaian yang terbaik ialah Kerajaan Malaysia, terutama Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa guru hanya boleh mengajar subjek major dan minor mereka sendiri sahaja. Ibu bapa atau penjaga pelajar hendaklah memberi komitmen yang positif dengan pihak sekolah. Pihak sekolah terutama guru, perlulah berusaha keras bagi mencapai setiap standard pengajaran professional.
  • SME 3023TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH) DISEDIAKAN OLEH: MOHD HAIERI BIN MOHD AB.LLAH D20081032204 PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
  • KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH TAJUK: GURU GAGAL BERTINDAK SEBAGAI PEMUDAH CARA PEMBELAJARAN PELAJAR1. Apakah masalah tersebut? Masalah tersebut ialah guru gagal bertindak sebagai pemudah cara pembelajaran pelajar.Guru hanya masuk ke kelas untuk mengajar semata-mata. Mereka hanya masuk mengajar untukmenghabiskan silibus tanpa memikirkan cara untuk memudahkan pelajar mereka menerimasesuatu pengajaran yang diajar.2. Mengapa wujudnya masalah itu? Masalah tersebut berlaku kerana terdapat guru-guru tidak mengikut standard pengajaranguru yang telah dirancangkan. Antaranya ialah guru tidak merancang pengajaran yang sesuaisebelum memasuki kelas. Pengajaran yang tidak dirancang tidak mampu menarik minat pelajarsemasa proses pembelajaran. Selain itu, terdapat guru yang tidak membuat pemantauan semasaproses pengajaran berlaku. Pemantauan semasa mengajar penting untuk perancangan pengajarankelas berikutnya. Jika pengajaran tersebut didapati tidak sesuai, guru perlulah mengubahpengajaran mereka. Selain itu, masalah ini wujud kerana terdapat guru yang tidak mempelbagaikan kaedahpengajaran mereka. Kebanyakkan guru-guru ini hanya mengajar menggunakan kaedah chalk andtalk semata-mata. Kaedah ini akan membosankan pelajar dan mengurangkan minat pelajar untukbelajar. Dengan ini, kepelbagaian kaedah pengajaran penting sebagai contoh penggunaanpelbagai teknik pengajaran seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapatmenarik minat pelajar semasa proses pembelajaran. Selain itu, penggunaan teknik ini dapatmemudahkan pengajaran guru.
  • MASALAH: GURU GAGAL BERTINDAK SEBAGAI PEMUDAH CARA PEMBELAJARAN PELAJAR Langkah 1 : Merancang Pengajaran Yang Sesuai Kepada Pelajar KELEBIHAN KELEMAHAN Pengajaran lebih tersusun dan  Guru perlu meluangkan lebih masa sistematik. untuk merancang pengajaran yang sesuai kepada pelajar. Pengajaran yang menarik dapat dihasilkan.
  • Langkah 2 : Menggunakan Pelbagai Kaedah Pengajaran KELEBIHAN KELEMAHAN Mengelakkan sesuatu pengajaran  Tidak semua kaedah dapat tersebut menjadi bosan. dilaksanakan seperti kaedah penggunaan komputer tidak dapat Meningkatkan kefahaman pelajar dilaksanakan oleh semua sekolah dengan kepelbagaian cara kerana tidak semua sekolah pembelajaran yang dilaksanakan. mempunyai kemudahan komputer.
  • Langkah 1 : Langkah 2 :Merancang Pengajaran Yang Menggunakan Pelbagai Kaedah Sesuai Kepada Pelajar Pengajaran PENYELESAIAN TERBAIK  Langkah penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini adalah dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.  Guru diharapkan agar dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka supaya pengajaran yang dilaksanakan tidak membosankan pelajar. Hal ini juga dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran.  Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran diharap dapat membantu dan memudahkan pelajar dalam pembelajaran mereka. Dengan ini, diharapkan juga pelajar dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam pembelajaran.
  • SME 3023TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH) DISEDIAKAN OLEH: MOHD HUZAIRI BIN HUSIN D20081032215 PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
  • KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH TAJUK : STANDARD GURU MALAYSIA (MEMENUHI AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN) 1) Apakah masalah tersebut?Masalah yang akan berlaku apabila guru-guru di Malaysia tidak memenuhi amalan nilaiprofesionalisme keguruan ialah kualiti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat mencapaistandard yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Selain itu, standard ataukelayakanan seseorang guru itu juga boleh dipertikaikan kerana tidak memenuhi syarat-syaratprofesionalisme keguruan. Standard Guru Malaysia (SGM) telah diwujudkan atas beberapa sebab terutamanya untukkegunaan pelbagai pihak yang terlibat seperti guru, agensi dan institusi latihan perguruan,pensyarah serta guru besar dan pengetua sekolah. Rasional ialah guru akan mengetahui tahapamalan nilai professionalism keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajarandan pembelajaran (p&p) yang perlu dicapai oleh mereka tinggi bagi mereka menjadi guruprofessional dengan berkesan. 2) Kenapa masalah ini berlaku? Antara yang menjadi faktor utama masalah ini berlaku ialah kebanyakkan guru diMalaysia tidak mencapai standard yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Standard Guru Malaysia (SGM). Dalam standardini, KPM telah menetapkan bahawa guru perlu memenuhi amalan nilai profesionalismekeguruan. Terdapat tiga domain dalam amalan ini iaitu domain diri, domain profesion dan jugadomain sosial. Sebagai tenaga pengajar yang professional, semua guru perlu memenuhi criteria-kriteria yang telah ditetapkan.
  • Selain itu, tiada pemantauan daripada pihak atasan juga merupakan salah satu faktorwujudnya masalah ini. Kebanyakkan guru tidak mematuhi standard yang ditetapkan keranamereka tidak dipantau dan tiada tindakan tegas yang dikenakan kepada mereka jika mereka tidakmemenuhi standard yang ditetapkan. Berbanding di negara Amerika Syarikat, guru mereka akansentiasa dipantau dan akan ditamatkan kontrak jika tidak mencapai standard yang dikehendakioleh jabatan pelajaran negara tersebut. 3) Apakah langkah penyelesaian kepada masalah tersebut? Pelbagai langkah yang perlu diambil oleh pihak yang terlibat bagi mengatasi masalahguru tidak mencapai standard yang ditetapkan. Pertamanya, pihak KPM perlu menganjurkankanatau memberi kursus kepada semua guru berkaitan tentang SGM. Ini kerana ia penting bagimenyampaikan hasrat KPM kepada semua guru agar mereka tahu tahap-tahap yang telahditetapkan. Di samping itu, SGM boleh menjadi tanda aras kualiti seseorang guru tersebut. KPMjuga boleh melakukan pemantauan bagi memastikan guru-guru di Malaysia mencapai standardyang diinginkan oleh mereka. Dengan adanya pemantauan, kewujudan SGM akan menjadi lebihberkesan. Selain itu, pihak KPM perlu melakukan pemantauan berkala untuk memantau danmengenalpasti guru yang bermasalah dan tidak memenuhi amalan nilai profesionalismekeguruan. KPM boleh mengenakan denda atau hukuman yang lebih tegas agar ia dapat memberipengajaran kepada guru-guru lain. Selain itu, dengan adanya pemantauan dari pihak KPM, guru-guru akan cuba meningkatkan tahap kualiti yang ada pada diri masing-masing untukmengelakkan mereka dikenakan tindakan. Langkah lain yang boleh diambil ialah dengan memberi ganjaran kepada guru yangmencapai standard yang telah ditetapkan oleh KPM. Contohna seperti guru cemerlang. PihakKPM boleh memberi insentif kepada guru-guru yang telah dikenalpasti sebagai guru yangberkualiti. Dengan adanya ganjaran, ia dapat memberi galakan kepada guru untuk memajukandiri mereka seterusnya dapat meningkatkan kualiti penngajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 4) Apakah yang akan berlaku sekiranya anda menyelesaikan masalah menggunakan setiap cara tersebut?
  • Dengan menyelesaikan masalah menggunakan cara-cara tersebut, standard amalan nilaiprofesionalisme keguruan dapat diterapkan dan diamalkan oleh guru-guru di negara Malaysiadan seterusnya dapat meningkatkan tahap pencapaian dan kualiti proses pengajaran danpembelajaran di dalam kelas. Ia juga dapat membantu bagi mencapai hasrat KPM untukmelahirkhan guru yang berkualiti yangm memenuhi Standard Guru Malaysia (SGM) 5) Apakah cara penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut? Cara penyelesaian terbaik ialah pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) melakukan pemantauan berkala bagi memastikan semua guru mencapai kualiti ataustandard yang telah ditetapkan. KPM boleh mengambil tindakan sewajarnya jika seseorang guruitu tiodak memenuhi standard yang dikehendaki oleh KPM. Ini seterusnya dapat meningkatkankualiti semua guru di Malaysia dan seterusnya dapat meningkatkan tahap pencapaian dalampendidikan di Malaysia.
  • MASALAH : STANDARD GURU MALAYSIA (MEMENUHI AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN) Langkah 1 : Pihak Berwajib Perlu Melakukan Pemantauan Berkala Terhadap Semua Guru di Malaysia KELEBIHAN KELEMAHAN Dapat mengetahui standard guru-  Membebankan pihak KPM yang guru di Malaysia terpaksa memantau bilangan guru yang ramai di Malaysia Boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru yang  Akan memberi tekanan kepada bermasalah dan tidak mencapai guru untuk meningkatkan prestasi standard yang ditetapkan. dan amalan profesionalisme. Kualiti dan amalan profesionalisme keguruan akan meningkat.
  • Langkah 2 : Menganjurkan Kursus Atau Seminar Berkaitan Standard Guru Malaysia (SGM) KELEBIHAN KELEMAHAN Dapat menyampaikan maklumat  KPM terpaksa mengeluarkan kos tentang Standard Guru Malaysia yang banyak untuk menganjurkan (SGM). kursus dan seminar Guru akan mengetahui standard  Kurang berkesan kerana tiada yang telah ditetapkan oleh KPM tindakan yang diambil jika guru tidak mencapai standard yang Meningkatkan nilai tahap ditetapkan. profesionalisme dalam diri seseorang guru itu.
  • Langkah 1 : Langkah 2 : Pihak Berwajib Perlu Melakukan Menganjurkan Kursus Atau Seminar Pemantauan Berkala Terhadap Berkaitan Standard Guru Malaysia Semua Guru di Malaysia (SGM) PENYELESAIAN TERBAIK Langkah penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini adalah pihak berwajib perlu melakukan pemantauann berkala terhadap semua guru di Malaysia. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diharapkan agar mengambil tindakan tegas kepada guru yang tidak mencapai standard-standard yang telah ditetapkan iaitu Standard Guru Malaysia (SGM) Dengan wujudnya Standard Guru Malaysia (SGM), diharapkan ia dapat menjadi penanda aras kepada pelbagai pihak terutamanya guru,sekolah KPM dan institusi pendidikan yang terlibat dalam melahirkan guru. SGM akan dapat membantu melahirkan guru yang profesional dan berkualiti tinggi.
  • SME 3023: TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES Assignment: SKILLFUL PROBLEM SOLVINGName : Alif Zhafri Bin Mohamad zakiMatriks No. : D20081032231Program : Mathematics Education (AT 14)Semester : I, Session 2011/2012Lecturer : Prof. Dr. Marzita Puteh
  • KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH TAJUK : MASALAH GURU DALAM MENUNJUKKAN KEPIMPINAN TERHADAP PELAJAR DI SEKOLAHApakah masalah tersebut?Pada masa kini, institusi-institusi pendidikan terutamanya sekolah menghadapi masalah dalammemenuhi kehendak guru-guru yang berkaliber tinggi. Hal ini menyebabkan, sesetengah matapelajaran dan sesetengah yang diajar oleh guru-guru yang tidak berkaliber ini menghadapimasalah. Masalah ini bukanlah tertumpu kepada nasalah akademik namun iai merangkumipelbagai aspek yang perlu diberikan perhatian oleh setiap guru dan juga bakal guru. Malaysia sendiri mempunyai badan yang mana menitikberatkan soal standard keguruanini sebagai sesuatu yang penting dalam memenuhi keprluan masa kini. Standar Guru Malaysia(SGM). Penubuhan badan ini bertujuan menjaga kualiti guru di Malaysia agar pendidikanberkualiti dapat diterapkan sejajar dengan matlamat pendidikan kebangsaan. Berdasarkan permasalahan yang dinyatakan, guru-guru perlu mempunyai dayakepimpinan yang baik terhadapa pelajar. Berdasarkan aspek kepimpinan ini, guru-guru perlumemenuhi beberapa kriteria yang menjadi bahan ataupun subjek kepada penguhan kualititerhadap standard pengajaran yang profesional.Mengapakah wujud masalah tersebut?Sedar ataupun tidak, negara kita mengalami novasi dan perubahan yang pesat dalam bidangteknologi. Anak-anak muda kini lebih terdedah kepada isu-isu persekitaran yang cenderong kearah penggunaan alatan elektronik dan jugak melayari internet tanpa batas menyebabkan merekalebih terkehadapan berbanding peajar-pelajar pada 10 tahun yang lepas. Isu ini menyebabkankeupayaan guru diragui oleh pelajar pada masa kini kerana mereka memiliki kemahiran dalammenggunakan alatan yang canggih ini dengan baik berbanding dengan guru mereka.
  • Guru yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi akan mengambil inisiatif untukmemastikan kemajuan bagi semua pelajar di dalam memastikan kecemerlangan pelajar yangbermula dari pendidikan di alam persekolahan, di peringkat global yang amat kompetitif untuksektor pekerjaan serta bersedia untuk kelangsungan hidup dalam abad ke-21. Masalah ini wujud kerana sebilangan besar guru tidak mampu menjadi pemimpin kepadapelajar mereka dengan baik. Hal ini menyebabkan keadaan kelas yang tidak terkawal,persekitaran sekolah yang tidak teratur, kewibawaan guru akan dipertikaikan oleh masyarakatsetempat mahupun pelajar mereka sendiri.Apakah langkah yang perlu di ambil bagi menangani masalah tersebut?Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001), Kementerian PelajaranMalaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hinggake Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalampenyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Ini bermakna, guru-guru yang berwawasan akan mencari alternatif untuk berinteraksi danmembuat proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih dinamik dan menarik kepadapelajar-pelajar mereka. Pada masa kini, terdapat pelbagai medium komunikasi yang bolehdibentuk daripada gabungan berbagai-bagai sumber data yang boleh digunakan untuk mengatur,merancang, dan menetapkan matlamat bagi memenuhi keperluan pelajar dan prosespembelajaran. Sebagaimana yang kita ketahui, guru menggunakan pelbagai jenis penilaian datasepanjang tahun untuk menilai kemajuan pelajar. Maka, perubahan dan kelemahan terhadap carapengajaran dan pembelajaran akan dapat dipertingkatkan serta diperbaharui. Rajah di bawah ini menunujukkan kepimpinan yang perlu guru patuhi bagi mastikanpiawaian guru adalah mengikut tahap yang ditetapkan.
  • LANGKAH YANG PERLU DILAKSANAKAN BAGI MENCAPAI TAHAP KEPIMPINAN YANG SESUAI BAGI GURU Guru pemimpin di dalam kelas mereka Guru Guru memaparkan menunjukkan tahap etika kepimpinan di yang tinggi sekolah Guru Menunjukkan Kepimpinan Guru pembela Guru kepada menerajui sekolah dan profesion pelajar keguruanApakah kesan daripada langkah yang diambil ini?Setiap guru memerlukan ruang dan peluang dalam membentuk pribadi guru yang baik. Pelabagairuang dan peluang ini diperlukan bagi digunakan untuk memperbaiki diri dan masalah seseorangguru. Dengan memenuhi langkah yang diberikan ini, duru mampu mencapai tahap kepimpinanyang baik.
  • Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segikebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajarandan pembelajaran. Maka, ini bermakna guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah danmenetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Pelan-pelan yang dirangka serta dipercayai boleh meningkatkan prestasi pembelajaranpelajar harus dipelbagaikan. Guru akan mampu meluangkan masa untuk berbincang mengenaicara dan strategi bagi pengurusan rancangan pembaikan sekolah. Di samping itu, guru-guru berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan professionperguruan. Mereka mampu bekerjasama dengan rakan-rakan di kalangan guru untuk menjadimentor dan guru-guru sokongan untuk meningkatkan keberkesanan bagi profesion perguruan. Guru juga mampu menberikan pembelaan terhadap pelajar dan sekolah denganmewujudkan perubahan positif dalam dasar dan amalan yang mempengaruhi pembelajaranpelajar. Mereka mengambil bahagian dalam pelaksanaan inisiatif untuk meningkatkanpendidikan pelajar Akhirnya, guru mampu menunjukkan prinsip-prinsip etika termasuk kejujuran, integriti,layanan yang adil, dan menghormati orang lain. Dalam hal ini, setiap guru perlu mematuhiataupun menjaga Kod Etika dan Piawaian Etika Profesional. Tahap etika yang tinggi bukanlahsemata-mata penampilan diri, namun ia merangkumi aspek sahsiah diri, disiplin serta perilaku diluar dari sekolah yang membawa kepada ‘role model’ kepada pelajar.
  • Apakah cara yang terbaik bagi menangani masalah ini? • Memartabatkan profession Profesional keguruan • menjaga reputasi seorang guru • mengawal kelas dengan Teaching kepimpinan yang baik • mengajar dan mendidik pelajar dengan baik • memenuhi piawaian yang Standards disarankan oleh KPM • menjaga piawaian supaya sentiasa ditingkatkanBerdasarkan rajah diatas ini, perkara yang paling penting bagi mengatasi permasalahan iniadalah dengan mematuhi standard yang ditetapkan bagi seseorang guru dalam menanganimasalah dalam menunjukkan kepimpinan dalam kalangan pelajar dan persekitaran sekolah. Guru perlu menggunakan idea bagi menggabungkan kesemua aspek yang di berikandalam langkah penyelesaian masalah dengan memastikan langkah tersebut memberikan kesankepada aspe-aspek yang dibincang.
  • UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK. FAKULTI: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA SME3023TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES OLEH: MOHD IQMAL HARLEE ABDULLAH D20091034807 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (AT10) SEMESTER 1 SESI 2011/2012 PENSYARAH: PROF. MARZITA PUTEH
  • Apa masalah yang dihadapi?Penerapan standard kedua iaitu pengetahuan dan kefahaman yang memperincikan kompetensiilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dankokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.Mengapa masalah ini terjadi? Guru kurang menguasai pedagogi subjek Guru kurang menguasai pedagogi isi kandungan Kefahaman guru mengenai sesuatu subjek itu cetek Kegagalan guru melaksanakan falsafah pendidikan negara Kegagalan guru melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan Guru tidak berani mencuba untuk mengajar dengan menggunakan ICT.Apakah langkah-langkah yang boleh diambil serta kesannya sekiranya dilaksanakan?Langkah Pro KontraMeningkatkan kualiti graduat Kualiti graduat dan guru Jumlah graduat yang benar-universiti dengan cara meningkat. benar berkualiti berkuranganpenilaian yang lebih tegas dan serta kurangnya sumberketat. manusia dalam sektor pendidikan.Mencedok sistem pendidikan Kualiti guru mneningkat dan Ini menjadikan profesionluar negara iaitu setiap tahun kaedah pengajaran dan keguruan ini tidak stabil danguru akan dinilai dan pembelajaran beredar seiring menjadikan profesion inidipastikan setiap guru itu dengan peredaran zaman. kurang daya tarikannya.memenuhi standard-standard Sumber manusia untuk bidangyang terkini seiring dengan perkhidmatan pendidikan inimasa. semakin berkurangan.Mengadakan kursus-kursus Guru diberikan peluang untuk Kekangan dari segi masadan kem bagi membantu guru mempertingkatkan kemahiran kerana mungkin kursus iniini menyediakan diri untuk diri seiring dengan masakini. diadakan sewaktu harimenyampaikan pendidikan persekolahan. Kursus ini jugaseiring dengan teknologi didapati kurang berkesan.semasa dan kurikulum semasa.
  • Memperketatkan lagi syarat Memastikan golongan yang Jumlah pelajar yang akankemasukan ke dalam program mempunyai minat ini menjadi memohon masuk program iniijazah sarjana muda guru dan memastikan akan berkurangan sertapendidikan. mahasiswa yang dipilih itu kurangnya sumber manusia berkualiti pencapaian dari segi dalam sektor pendidikan. akademik, kokurikulum dan sahsiahnya.Langkah penyelesaian yang terbaik ialah;Meningkatkan kualiti graduat universiti dengan cara penilaian yang lebih tegas dan ketat.Penilaian haruslah dibuat bukan sekadarkan keputusan peperikasaan sahaja kerana kebanyakanpara pelajar ini belajar hanya untuk peperiksaan semata-mata. Dengan ini, kualiti mahasiswa danmahasiswi meningkat dan para guru yang dilahirkan benar-benar mantap dan berkualiti.