Perbandingan islam dan kristian.
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Perbandingan islam dan kristian.

on

  • 5,659 views

Comparative religion: Islam VS Chrisian

Comparative religion: Islam VS Chrisian

Statistics

Views

Total Views
5,659
Views on SlideShare
5,657
Embed Views
2

Actions

Likes
0
Downloads
283
Comments
1

1 Embed 2

http://us-w1.rockmelt.com 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Shalom...

    Semuanya saudara tulis mengunakan akal manusia dan bukan dipimpin oleh ROH KUDUS. Inilah sebabnya Anda tidak akan mengerti. Tuhan Yesus akan memberkatiu anda.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Perbandingan islam dan kristian. Perbandingan islam dan kristian. Presentation Transcript

  • ISLAM DAN KRISTIAN: SATU PERBANDINGAN Oleh : BROTHER KAMARUDIN ABDULLAH ISLAMIC PROPAGATION SOCIETY INTERNATIONAL (IPSI) CO-33A-GF, Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, 10460 Georgetown, Penang, Malaysia. Email : [email_address] / [email_address] http//: www.ipsi.com.my
  • ASAL-USUL NAMA
    • ISLAM
    • “ Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam ”.
    • (Surah Ali-Imran, 3:19)
    KRISTIAN “ Mereka tinggal bersama-sama dengan jemaah itu satu tahun lamanya, sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhia-lah murid-murid ( disciple ) itu untuk pertama kalinya disebut Kristian ”. (Kisah Para Rasul/Acts 11:26)
  • KONSEP KELAHIRAN DAN DOSA AZALI/WARISAN
    • ISLAM
    • ” Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda,
    • “ Setiap anak dilahirkan dalam fitrah dan ibu bapanya yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi, Kristian atau Majusi”.
    • (Sahih Bukhari)
    • KRISTIAN
    • Setiap anak yang dilahirkan mewarisi ‘ Dosa Azali ’, iaitu dosa Nabi Adam a.s yang telah memakan buah larangan di taman syurga.
  • KONSEP KEAMPUNAN DAN PENEBUSAN DOSA
    • ISLAM
    • Taubat Nasuha :
    • “ Mereka merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami dari orang-orang yang rugi.” (Surah Al-A’raaf, 7:23)
    • KRISTIAN
    • Yesus Kristus mati disalib untuk menebus dosa seluruh umat manusia.
  • KONSEP KETUHANAN
    • ISLAM
    • Tauhid
    KRISTIAN Triniti (Tritunggal)
  • PERBEZAAN MAZHAB
    • ISLAM
    • Perbezaan fekah/ perkara ranting
    • KRISTIAN
    • Perbezaan dari segi ajaran utama ( central dogma )
  • KITAB SUCI
    • ISLAM
    • Satu versi Al-Qur’an sahaja yang dipakai umat Islam sejagat sejak 1400 hingga kini
    KRISTIAN Banyak versi , contohnya: - Douay Version untuk Roman Catholic - King James Version untuk mazhab Protestant - New World Translation untuk mazhab Jehovah’s Witnesses
  • MATLAMAT HIDUP
    • ISLAM
    • “ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahKu .”
    • (Surah Az-Dzariyaat, 51:56)
    • KRISTIAN
    • Sebagai orang buangan untuk menebus dosa melalui derita
    • “ Kerana engkau mendengarkan perkataan isterimu dan memakan dari buah pohon, yang telah Kuperintahkan kepadamu: Jangan makan daripadanya, maka terkutuklah tanah kerana engkau; dengan bersusah payah engkau akan mencari rezekimu dari tanah seumur hidupmu” ( Kejadian/Genesis 3:17)
  • WANITA
    • ISLAM
    • “ Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.”
    • (Surah An-Nahl, 16:97)
    • KRISTIAN
    • “ Dan aku menemukan sesuatu yang lebih pahit daripada maut: perempuan yang hatinya adalah jerat dan tangannya adalah belenggu. Orang yang diperkenan Allah terhindar darinya, tetapi orang yang berdosa ditangkapnya. ( Pengkhotbah/Ecclesiastes 7:26)
    • “ yang masih kucari tetapi tidak kudapati, kudapati seorang laki-laki benar di antara seribu, tetapi tidak kudapati seorang perempuan benar di antara mereka. ( Ecclesiastes 7:28)
  • PERCANGGAHAN AYAT-AYAT BIBLE
    • Ujian Pengesahan Daripada Al-Qur’an ( Acid Test )
    • “ Patutkah mereka, tidak mahu memikirkan isi Al-Qur’an? Kalaulah Al-Qur’an itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”
    • (Surah An-Nisaa’, 4:82)
  • PERCANGGAHAN AYAT-AYAT BIBLE
    • 2 Tawarikh/Chronicles 36:9
    • “ Jehoiachin berumur lapan tahun pada waktu ia menjadi raja dan tiga bulan sepuluh hari lamanya ia memerintah di Jerusalem. Ia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN.
    • 2 Raja-raja/Kings 24:8
    • “ Jehoiachin berumur lapan belas tahun pada waktu ia menjadi raja dan tiga bulan lamanya ia memerintah di Jerusalem. Nama ibunya ialah Nehusta binti Elnatan, dari Jerusalem.
  • PERCANGGAHAN AYAT-AYAT BIBLE
    • 2 Samuel 24:1
    • Bangkitlah pula murka TUHAN terhadap orang Israel; Ia menyuruh Daud melawan mereka, firman-Nya: "Pergilah, hitunglah orang Israel dan orang Yahudi”
    • 1 Tawarikh/Chronicles 21:1
    • Iblis bangkit melawan orang Israel dan ia memujuk Daud untuk menghitung orang Israel.
  • Bible: Nabi Isa (as) adalah Tuhan?
    • Tidak ada satu ayat dalam Bible yang mengatakan bahawa Nabi Isa (as) bersabda:
    • “ Aku adalah Tuhan ” atau “ Sembahlah aku ”
    • Sebaliknya, Nabi Isa (as) bersabda dalam
    • Yohanes/John 17:3
    • “ Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Engkau , satu-satunya Allah yang benar , dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus ”.
  • Bible: Nabi Isa (as) adalah Tuhan?
    • Markus/Mark 12:28-30
    • Lalu seorang ahli Taurat, yang mendengar Yesus dan orang-orang Saduki bersoal jawab dan tahu, bahwa Yesus memberi jawab yang tepat kepada orang-orang itu, datang kepada-Nya dan bertanya: "Hukum manakah yang paling utama?" Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa . Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu.
  • Bible: Nabi Isa (as) bukan Tuhan
    • 1. Tidak berdaya
    • Yohanes/John 5:30
    • “ Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku .”
  • Bible: Nabi Isa (as) bukan Tuhan
    • 2. Tuhan hanya satu (Esa), bukan Yesus
    • Yesaya/Isaiah 43:10-11
    • "Kamu inilah saksi-saksi-Ku," demikianlah firman TUHAN, "dan hamba-Ku yang telah Kupilih, supaya kamu tahu dan percaya kepada-Ku dan mengerti, bahwa Aku tetap Dia. Sebelum Aku tidak ada Allah dibentuk, dan sesudah Aku tidak akan ada lagi.
    • Aku, Akulah TUHAN dan tidak ada penyelamat selain daripada-Ku.
  • Bible: Nabi Isa (as) bukan Tuhan
    • 3. Nabi Isa (as) tidak tahu bila Kiamat akan berlaku
    • Markus/Mark 13:32
    • “ Tetapi tentang hari atau saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di syurga tidak, dan Anak pun tidak , hanya Bapa saja."
  • Bible: Nabi Isa (as) bukan Tuhan
    • 4. Nabi Isa (as) manusia pilihan Allah
    • Kisah Para Rasul/Acts 2:22
    • “ Hai orang-orang Israel, dengarlah perkataan ini: Yang aku maksudkan, ialah Yesus dari Nazaret, seorang yang telah ditentukan Allah dan yang dinyatakan kepadamu dengan kekuatan-kekuatan dan mujizat-mujizat dan tanda-tanda yang dilakukan oleh Allah dengan perantaraan Dia di tengah-tengah kamu , seperti yang kamu tahu.
  • Bible: Nabi Isa (as) bukan Tuhan
    • 5. Tuhan menangis ?
    • Yohanes/John 11:35
    • “ Maka menangislah Yesus”
    • 6. Tuhan haus ?
    • Yohanes/John 19:28
    • “ Sesudah itu, karena Yesus tahu, bahwa segala sesuatu telah selesai, berkatalah Ia--supaya genaplah yang ada tertulis dalam Kitab Suci--:"Aku haus !”
  • Konsep Tri-tunggal dalam Bible
    • King James Version 1611
    • 1 John 5: 7
    • For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and Holy Ghost: and these three are one .
    • Revised Standard Version 1952
    • 1 John 5: 7
    • Telah ditukar-ganti dengan : And the Spirit is the witness, because the Spirit is the truth.
    • http://quod.lib.umich.edu/k/ kjv /
    • http://quod.lib.umich.edu/r/ rsv /
  • Penyaliban
    • Pandangan Islam
      • Menurut Quran
      • dan juga (disebabkan) dakwaan mereka Dengan mengatakan: "Sesungguhnya Kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka ( orang Yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa ). dan Sesungguhnya orang-orang Yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada Dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya Dengan yakin. bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya ; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Surah An-Nisa 157-158
  • Penyaliban
    • Pandangan Kristian
      • 2 bilion mengatakan Nabi Isa disalib
      • Tiada bukti bahawa penulis bible menjadi saksi kepada penyaliban Jesus, Cuma dengar dari khabar.
      • Boleh diterima di mahkamah?
      • Matthew 16:4 Angkatan yang jahat dan tidak setia ini menuntut suatu tanda. Tetapi kepada mereka tidak akan diberikan tanda selain tanda nabi Yunus ." Lalu Yesus meninggalkan mereka dan pergi.
      • Matthew 12:40 Sebab seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam , demikian juga Anak Manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam.
      • Luke 24:39 Lihatlah tangan-Ku dan kaki-Ku: Aku sendirilah ini; rabalah Aku dan lihatlah, karena hantu tidak ada daging dan tulangnya , seperti yang kamu lihat ada pada-Ku."
  • St. Paul: Pengasas sebenar agama Kristian (I)
    • Beliau bukan pengikut Nabi Isa (as) dan tidak pernah berjumpa baginda.
    • Beliau menindas pengikut Nabi Isa (as) yang terawal kerana kepercayaan dan pendirian mereka.
    • Beliau kemudian mendakwa menerima wahyu baru dari Yesus Kristus walaupun pada masa itu Nabi Isa (as) telahpun diangkat ke langit.
  • St. Paul: Pengasas sebenar agama Kristian (II)
    • Majoriti buku dalam Kitab Perjanjian Baru dikarang oleh beliau. Dari awal-awal lagi surat-surat karangan Paul telah memberikan impak yang besar terhadap pembentukkan ajaran agama Kristian.
    • Doktrin agama Kristian yang dibawa oleh Paul adalah sesuatu yang aneh yang bertentangan dengan ajaran Nabi Isa (as) sebelumnya.
  • St. Paul: Pengasas sebenar agama Kristian (III)
    • Pokok ajaran Paul:
    • Yesus Kristus mati untuk menebus dosa manusia.
    • Yesus dibangkitkan pada hari ketiga dan diangkat ke langit oleh Tuhan Bapa.
    • Sesiapa yang beriman kepada Yesus sebagai anak Tuhan yang telah bangkit dari maut akan selamat .
  • Ajaran Paul v. Ajaran Nabi Isa (as) [1]
    • Ajaran Nabi Isa (as) hanya untuk Bani Israel – Matius/ Matthew 10:5
    • Jawab Yesus: Kedua belas murid itu diutus oleh Yesus dan Ia berpesan kepada mereka: " Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria,”
    • c.f. Kisah Para Rasul/ Acts 18:6
    • “ Mulai dari sekarang aku (Paul) akan pergi kepada bangsa-bangsa lain ”.
  • Ajaran Paul v. Ajaran Nabi Isa (as) [2]
    • Nabi Isa (as) mematuhi syariat Nabi Musa (as) – Matius/ Matthew 5:17
    • "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya , melainkan untuk menggenapinya .
    • c.f. Efesus/ Ephesians 2:15 “sebab dengan mati-Nya sebagai manusia Ia telah membatalkan hukum Taurat dengan segala perintah dan ketentuannya …”
  • Ajaran Paul v. Ajaran Nabi Isa (as) [3]
    • Iman dan Amal – Matius/ Matthew 7:21
    • “ Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga”.
    • c.f. Roma/ Romans 3:28
    • “ Karena kami yakin, bahwa manusia dibenarkan karena iman, dan bukan karena ia melakukan hukum Taurat”.
  • PERSAMAAN: Memberi Salam
    • ISLAM
    • “ Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: Mudah-mudahan kamu beroleh selamat!” (Surah Al-An’aam, 6:54)
    KRISTIAN “ Dan sementara mereka bercakap-cakap tentang hal-hal itu, Yesus tiba-tiba berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata kepada mereka: " Damai sejahtera bagi kamu !" ( Lukas/Luke 24:36)
  • PERSAMAAN: Memberi Salam
    • ISLAM
    • Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu , dan kedua belah tangan kamu meliputi siku , dan sapulah sebahagian dari kepala kamu , dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
    • (Surah Al-Maa’idah, 5:6)
  • PERSAMAAN: Berwudu’
    • KRISTIAN
    • “ Musa dan Harun serta anak-anaknya membasuh tangan dan kaki mereka dengan air dari dalamnya. Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, maka mereka membasuh kaki dan tangan--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.”
    • ( Exodus 40:31-32)
  • PERSAMAAN: Menghadap Kiblat
    • ISLAM
    • “ Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”
    • (Surah Al-Baqarah, 2:144)
    KRISTIAN “ Demi didengar Daniel, bahwa surat perintah itu telah dibuat, pergilah ia ke rumahnya. Dalam kamar atasnya ada tingkap-tingkap yang terbuka ke arah Yerusalem ; tiga kali sehari ia berlutut, berdoa serta memuji Allahnya, seperti yang biasa dilakukannya. ” ( Daniel 6:10)
  • PERSAMAAN: Sujud dan Ruku’
    • ISLAM
    • “ Wahai orang-orang yang beriman, ruku’lah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
    • (Surah Al-Hajj, 22:77)
    • KRISTIAN
    • ‘ Maka pergilah Musa dan Harun dari umat itu ke pintu Khemah Pertemuan, lalu sujud . Kemudian nampaklah kemuliaan TUHAN kepada mereka.’ ( Bilangan/Numbers 20:6)
    • ‘ Lalu sujudlah Joshua dengan mukanya ke tanah, menyembah’ ( Yosua/Joshua 5:14)
    • ‘ Maka Ia (Yesus) maju sedikit, lalu sujud dan berdoa..’ ( Matius/Matthew 26:39)
  • PERSAMAAN: Sujud dan Ruku’
    • ISLAM
    • “ Dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah beserta orang-orang yang ruku’.”
    • (Surah Al-Baqarah, 2:43)
    • KRISTIAN
    • Elia naik ke puncak gunung Karmel, lalu ia membongkok ke tanah, dengan mukanya di antara kedua lututnya . ( 1 Raja-raja/Kings 18:42)
    • ‘ Kemudian mereka berlutut dan sujud menyembah kepada TUHAN dengan muka sampai ke tanah’
    • ( Nehemiah 8:6)
  • PERSAMAAN: Peraturan Pemakanan
    • ISLAM
    • Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
    • (Al-Baqarah 2:173)
    • KRISTIAN
    • ‘ Juga babi hutan , kerana memang berkuku belah, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu. Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan janganlah kamu terkena bangkainya’. ( Ulangan/Deuteronomy 14:8)
    • ‘ Janganlah kamu makan sesuatu yang darahnya masih ada .’ ( Imamat/Leviticus 19:26)
    • ‘ Janganlah kamu makan bangkai apapun’ ( Ulangan/Deuteronomy 14:21)
  • PERSAMAAN: Hukum Minum Arak Dan Meramal Nasib
    • ISLAM
    • “ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”
    • (Surah Al-Maidah, 5:10)
    • KRISTIAN
    • TUHAN berfirman kepada Harun: "Janganlah engkau minum anggur atau minuman keras , engkau serta anak-anakmu, bila kamu masuk ke dalam Khemah Pertemuan, supaya jangan kamu mati. Itulah suatu ketetapan untuk selamanya bagi kamu turun-temurun.’ ( Leviticus 10:8-9)
    • Janganlah kamu melakukan telaah atau ramalan .
    • ( Imamat/Leviticus 19:26)
  • Orang Kristian dan Yahudi mengenali Nabi Muhammad (saw)
    • “ Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).” (Surah Al-Baqarah, 2:146)
  • Nabi Muhammad (saw) disebut dalam Bible 34 kali!
    • “ Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini ; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya .”
    • ( Ulangan/ Deuteronomy 18:18)
  • Nabi Muhammad (saw) disebut dalam Bible 34 kali!
    • “ dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca ini," maka ia akan menjawab: " Aku tidak dapat membaca ."
    • ( Yesaya/ Isaiah 29:12)
  • Nabi Muhammad (saw) disebut dalam Bible 34 kali!
    • “ Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya. Tetapi apabila Ia datang , iaitu Roh Kebenaran , Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang . ”
    • ( Yohanes/ John 16:12-13)
  • Kepentingan da’wah kepada orang Kristian
    • “ Kamu (wahai umat Muhammad ) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka . (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.”
    • (Surah Ali Imran, 3:110)
  • Kepentingan da’wah kepada orang Kristian
    • “ Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu , iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.”
    • (Surah Ali Imran, 3:64)
  • Terima Kasih