• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Pembentangan Ulasan Jurnal
 

Pembentangan Ulasan Jurnal

on

  • 537 views

 

Statistics

Views

Total Views
537
Views on SlideShare
537
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
10
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Pembentangan Ulasan Jurnal Pembentangan Ulasan Jurnal Presentation Transcript

    • Tajuk Jurnal:Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Oleh:Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad.
    • Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian danpenerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e- pembelajaran dalam kalangan ahli akademik yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Inikerana tahap perlaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum dapat mencapaimatlamat yang diharapkan. Di Malaysia, e- pembelajaran merupakan teknologi asas.
    • Impak dan penerimaan oleh masyarakatcontohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masihlagi diragui. Oleh itu diharapkan dengan adanyakajian tentang kesedaran, penilaian danpenerimaan e-pembelajaran dapat memberigambaran awal tentang tahap penerimaan ahliakademik terhadap sistem pembelajaran yangberasaskan teknologi maklumat ini. Seterusnyamembantu kemajuan teknologi dan menjadipemangkin kepada budaya IT yang berterusanbermula di peringkat pendidikan tinggi.
    • Seterusnya persoalan lain yang dinyatakan menerusijurnal ini adalah penilaian terhadap hubungan yangsignifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajarandengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalamkalangan ahli akademik. Kajian ini melihat sejauhmanakah tahap kefahaman responden terhadapkepentingan perlaksanaan e-pembelajaran dalam kalanganpelajar dan persepsi mereka terhadap kesediaan merekamenguruskan pembelajaran arahan kendiri sebagaitenaga pengajar. Oleh itu, disamping memiliki tenagaakademik yang cemerlang dan berkelayakan,universitiharus mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilikkuliah, makmal,perpustakaan, asrama, komputer danpelbagai kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah,2006).
    • Jadi kajian ini dijalankan bertujuanuntuk melihat sejauh manakahkesediaan ahli akademik menerima e-pembelajaran dalam aktivitipengajaran mereka, dan apakahfaktor yang menjadi penyebabpenerimaan atau penolakan kepadakaedah e-pembelajaran ini.
    • Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah tentang tahap penerimaan bagi penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran di IPT. Menerusi kajian ini, teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ telah dijadikan asas untukmengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Ini penting kerana penerimaan e-pembelajaran berupayamempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebih efektif. Penerimaan e-pembelajaran dapat menukar modul tradisional, kos program dan bilik darjah dalam versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi e-pembelajaran dapatmenyumbang kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel. Dengan adanya program e-pembelajaran tersebut, boleh membantu kepada anjakan paradigma dalam kalangan ahli akademik, terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas dan tidak terbatas di bilik kuliah sahaja.
    • Seterusnya menerusi jurnal ini, kajian menggunakan reka bentuk tinjauan. Kaedah kajian ini turut menggunakankaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Kajian yang telah dijalankan berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberi gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Teori resapan Inovasi oleh Rogers’ dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e- pembelajaran dalam pengajaran. Responden kajian terdiri daripada ahli akademik di semua Pusat pengajian USM, Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 Pusat Pengajian.
    • Daripada jumlah tersebut, 119 borang soalselidik telah berjaya dikumpulkan mengikut Pusat Pengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0 telahdigunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi seterusnya ditukar kepada kod-kod tertentuyang akan mewakili pemboleh ubah yang terdapat dalam soal selidik. Seterusnya, data dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawaian dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova.
    • Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentang konsep e-pembelajaran. ICT dimajukan sebagai alat utama bagimembolehkan ahli akademik menggunakan ICT dan melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam kuliah berteraskan kemajuan teknologi maklumat. Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil berat tentang kepentingan ICT bagi memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalam persekitaran pendidikan yang baru. Hal ini secara tidak langsung menyokong hasil kajian yang telah dijalankan oleh Ambigapathy (2004), iaitu majoriti daripada ahli akademik menerima program ICT dalam sistem pembelajaran secara terbuka dan positif. Selain itu, menerusi kajian ini terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada kejayaan perlaksanaan e-pembelajaran. Terutamanya faktor mempunyai kemudahan komputer sempurna dan lengkap dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahliakademik sahaja. Mereka turut berperanan memotivasikan pelajar, memberi info dan input, mempengaruhi serta menggalakkan pelajar menggunakankemudahan talian e-pembelajaran ketika belajar. Ini penting kerana sebagai pelajar mereka seharusnya mempunyai kesediaan pembelajaran arahankendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran yang ditetapkan.
    • Kesimpulannya, ahli akademik memainkan peranan pentingdalam memupuk budaya ICT yang cemerlang di peringkat pendidikan tinggi. Di Malaysia, era pendidikan melalui aplikasi e-pembelajaran bermula menerusi sistem Pendidikan jarak jauh yang diperkenalkan. Oleh itu, Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik secara positif semakin memantapkan lagi kemajuan teknologi dan dunia ICTsesuai dengan kehendak masyarakat serta perkembangan kemajuan teknologi masa kini. Dengan harapan, pada masa akan datang situasi ini mampu melahirkan masyarakat intelek yang berpengetahuan tinggi dan mahir teknologi selaras dengan kehendak pendidikan dunia sejagat.