Nota ea ting 4
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Nota ea ting 4

on

  • 860 views

 

Statistics

Views

Total Views
860
Views on SlideShare
860
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
12
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Nota ea ting 4 Nota ea ting 4 Document Transcript

    • NOTA EA TING 4JENIS PENDAPATAN INDIVIDU1. Pendapatan individu -ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh seseorang individu dalam suatu tempoh masa tertentu2. Terbahagi kepada : Upah,sewa,faedah ,untung dan bayaran pindahan3. Rumus : Pendapatan individu = Upah + sewa+ faedah +untung+ bayaran pindahanA) UPAH –Ganjaran kepada Buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal atau mental a) Upah nominal (upah wang ) –upah yang dinyatakan dalam wang semasa LATIHAN : Andai kadar upah sehari seorang buruh ialah RM30 dan jika buruh bekerja 20 hari dalam tempoh sebulan ,berapa upah nominal bagi buruh ? ________________ b) Upah benar ialah jumlah barangan yang dapat dibeli oleh upang wang Rumus : Upah wang Harga Purata barangLATIHAN 1: TAHUN UPAH HARGA HARGA HARGA UPAH WANG BARANG BARANG PURATA BENAR X Y 1985 1200 1.00 2.00 1990 1500 1.20 2.30 1995 1800 1.50 2.80 2000 2100 1.90 3.50LATIHAN 2:Upah wang Encik Ali ialah RM1000 sebulan. Beliau bercadang untuk membeli tigabarang seperti berikut : Barang X= RM10, Barang Y =RM5, Barang Z= RM15.Hitungkan upah benar Encik Ali ?_______________________________B) FAEDAH - ganjaran kepada pemilik modal wang Rumus : Jumlah simpanan X kadar faedah X tempoh simpananLATIHAN 1: Encik Bakar mempunyai RM5 000 yang disimpan dalam akaun simpanan tetap dengan BSN untuk tempoh 3 bulan. Berapakah jumlah faedah yang akan diterima oleh Encik Bakar jika kadar faedah bank ini ialah 4 % setahun ?LATIHAN 2:Cik Lily menyimpan RM5000 di RHB untuk tempoh setahun.Kadar faedah yangditawarkan ialah 9 % setahun ? ____________________________
    • c) UNTUNG –Ganjaran kepada usahawan yang menanggung risiko dalammengurus perniagaan Rumus : Untung = Jumlah hasil – Jumlah KosLATIHAN 1 :Jumlah hasil sebuah firma perkilangan ialah RM10 000 dan kos firma ini terdiridaripada kos bahan mentah RM3500,kos buruh RM1 600,kos bahan api RM2 000,dan bayaran sewa RM1 500.Hitungkan Keuntungan firma ?_______________________LATIHAN 2:Pak Daud memiliki ladag ternakan ayam dan beliau menternak 5000 ekor ayamdiladangnya.Kos pengeluaran untuk seekor ayam ialah RM1.90.Beliau menjualayam berkenaan pada harga RM3.50 seekor? Berapakah keuntungan?_____________D) DIVIDEN – pulangan wang kepada individu yang membuat pelaburan dalamunit amanah saham dan syer E) SEWA - ganjaran kepada pemilik harta apabila hartanya disewakan kepada orang lainF) BAYARAN PINDAHAN – pendapatan yang diterima oleh individu yang tidak memberi sumbangan pengeluaran . Contoh : pencen,biasiswa,bantuankewangan ,duit saku,subsidi SUMBER(PUNCA) PENDAPATAN INDIVIDUA) BEKERJA SENDIRI – mempunyai modal dan sanggup menerima risiko Contoh peniaga, professional sepertidoktor,peguam,petaniB) BEKERJA DENGAN ORANG LAIN –menerima gaji daripada pihak majikan . bekerja dengan sektor swasta atau kerajaanC) PUNCA PENDAPATAN LAIN – termasuklah pencen jika bersara, sewa jika memiliki harta, faedah jika mempunyai simpanan bank dandividen jikamemiliki sahamLATIHAN : PEKERJAAN PERATUS PESARA 5 KAKITANGAN KERAJAAN 10 BEKERJA DIKILANG BAJU 30
    • MENGUSAHAKAN TANAH 50 SENDIRI 2 JURUJUAL DI PASARAYA 3 PENIAGABerdasarkan kajian di atas,berapa peratus kah penduduk bandar itu bekerjadengan orang lain ? FAKTOR PEMILIHAN SESUATU PEKERJAAN 1) Upah - lumayan 2) Suasana tempat kerja -selesa 3) Faedah sampingan - bonus,subsidi makanan,kemudahanperubatan 4) Minat- kecenderungan terhadap sesuatu pekerjaan 5) Pengaruh keluarga - cenderung memilih pekerjaan yangdiceburi oleh ahli keluarganya 6) Pengalaman dan kemahiran -pengalaman lepasmempengaruhi pemilihan pekerjaan 7) Jarak - dekat 8) Prospek-peluang kenaikan pangkat 9) Kelayakan akademik - memilih pekerjaan yang sesuai dengankelayakan akademik 10) Keadaan ekonomi semasa -ekonomi meleset-pekerjaanterhad,ekonomi stabil=pekerjaan banyakJENIS PEKERJAAN MENGIKUT SEKTOREKONOMISEKTOR UTAMA MELIBATKAN PENGELUARAN SECARA LANGSUNG DARIPADAALAM SEMULAJADI TANPA MENGUBAHSUAI BENTUK BARANG MELIBATKAN:PERTANIAN,PENTERNAKAN,PERIKANAN,PERHUTANAN,PERLOMBONGAN & KUARI CONTOH PEKERJAAN : PELOMBONG,PETANI,PENTERNAK,PELADANG,NELAYAN,PEMBALAK
    • SEKTOR KEDUA KEGIATAN MEMPROSES BAHAN MENTAH MENJADI BARANGSIAP ATAU BARANG SEPARUH SIAP TERDIRI DARIPADA PERKILANGAN DAN PEMBINAAN CONTOH PEKERJAAN : OPERATOR PENGELUARAN,JURUTERA,BURUH BINAANSEKTOR KETIGA SEKTOR PERKHIDMATAN CONTOH PEKERJAAN : DOKTOR,JURURAWAT,GURU,POLIS,TENTERA ian Masalah Asas Sistem Ekonomi 4 SISTEM EKONOMI:A) SISTEM EKONOMI KAPITALIS dikenali sistem ekonomi pasaran bebas(laissez-faire) pengguna sebagai raja tiada campur tangan kerajaan Contoh : USA, Hong Kong,UKB) SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT dikenali sebagai sistem ekonomi sosialis kerajaan berkuasa penuh pengguna tiasa kuasa dan kebebasan Contoh : Cuba,ChinaC) SISTEM EKONOMI CAMPURAN gabungan antara tindakan kerajaan dan kuasa pasaran wujud akibat kelemahan kapitalis dan perancangan pusat Contoh : Malaysia,Singapura,ThailandD) SISTEM EKONOMI ISLAM berdasarkan prinsip islam dan hukum syarak matlamat: kebahagian dunia dan akhirat Contoh Arab Saudi,Kuwait,IranMASALAH ASAS EKONOMITERDAPAT EMPAT MASALAH ASAS EKONOMI:1) APA YANG HENDAK DIKELUARKAN-penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan-mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaran2) BERAPA YANG HENDAK DIKELUARKAN-penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan-mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaran
    • 3) BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN-penentuan cara pengeluaran barang-cara yang paling cekapsama ada intensif buruh atau intensif modal-supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kos4) UNTUK SIAPA DIKELUARKAN- penentuan corak agihan barang-mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli penggunaJENIS-JENIS BARANGBARANG EKONOMI dikeluarkan oleh pihak swasta penawaran terhad ada bayaran ada kos lepas Contoh :kereta,perabotBARANG PERCUMA Anugerah alam semulajadi(ciptaan Allah) penawaran tidak terhad tiada bayaran tiada kos lepas Contoh : matahari,udara,anginBARANG AWAM disediakan oleh kerajaan penawaran terhad tiada pengecualian untuk menggunakannya ada kos lepas Contoh : jalan raya,lampu isyarat,perkhidmatan polisCONTOH SOALAN1) BEZAKAN AIR MINERAL DENGAN AIR HUJAN2) HURAIKAN CIRI -CIRI BARANG AWAM3) BEZAKAN JALAN RAYA DAN LEBUH RAYAMASALAH EKONOMIUNIT-UNIT KEKURANGAN PILIHAN KOS LEPASEKONOMIISI RUMAH Pendapatan atau wang yang Memilih barang atau perkhidmatan Barang kedua terbaik yang terpaksa terhad(kehendak tidak terhad) yang dapat memaksimumkan dilepaskan untuk mendapatkan barang Contoh : wang yang ada hanya kepuasan yang terbaik cukup untk membeli kasut sukan Samada membeli buku rujukan atau Kos lepas bagi kasut sukan ialah buku atau buku rujukan membeli kasut sukan rujukan Faktor pengeluaran yang terhad Memilih Keluaran yang Projek kedua terbaik yang terpaksa
    • (Buruh,Tanah ,Modal) memaksimmkan keuntungan dilepaskan Samada memilih mengeluarkan tv atau Kos lepas bagi tv adalah radioFIRMA radio Sumber hasil kerajaan terhad Memilih projek pembangunan yang Projek pembangunan memaksimumkan kebajikan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan Samada memilih membina hospital atau sekolahKERAJAAN Kos lepas bagi hospital ialah sekolahPENGERTIAN EKONOMI EKONOMI - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumberekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad Sumber -sumber terhad : Buruh,Tanah , Modal,Usahawan1. Buruh: Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusiaGanjaran : Upah2. Tanah : alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan Ganjaran : Sewa3. Modal : Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan Ganjaran : Faedah4. Usahawan : Individu yang menggabungkan Buruh,Tanah dan Modal untukmenghasilkan barang dan perkhidmatanGanjaran : Untung
    • Novel Tingkatan 5 2011 - Kembara AmiraSinopsis Novel Kembara Amira (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)Amira pergi ke Desa Karpus bersama-sama dengan kawan karibnya, Jacinta semasa cuti sekolah. Diapergi ke Desa Karpus yang terletak di Gunung Mat Raya kerana ibunya, Profesor Zaidah yang jugaseorang pensyarah dan profesor dalam bidang arkeologi di sebuah universiti sedang menjalankan kajiandan mencari gali artifak atau tinggalan manusia zaman silam di situ. Profesor Zaidah dibantu oleh Dr.Zawawi iaitu seorang pensyarah muda dan juga para pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti bidangpengajian yang berkaitan dengan arkeologi. Di Gunung Mat Raya, Amira berkawan dengan Itai, iaituseorang anak orang Asli yang tinggal di kampung orang Asli yang berhampiran dengan kawasan tapakkerja lapangan di Desa Karpus itu.Di samping mereka yang sedang menjalankan kerja mencari gali artifak, satu kumpulan lain sedangmembuat kajian untuk mencari gali emas di kawasan hutan itu. Pihak yang menjadi pencari emas itu pulaialah sebuah syarikat dari Pulau Pinang dan mereka mengupah O’Hara menjalankan kajian untuk menilaikandungan emas di kawasan itu. Selain itu, Malique pula diberikan tugas untuk memasukkanlaporan kajian itu ke dalam komputer dan Internet. Antara yang terlibat dalam syarikat pencari emas ituialah Chin dan Roslan di samping pekerja-pekerja yang menjalankan kerja menggerudi tanah.Semasa berada di dalam hutan itu, Amira dan Jacinta telah mengalami peristiwa pahit, iaitu Amiradihanyutkan oleh air sungai yang deras. Peristiwa itu berlaku semasa Amira hendak berjumpa denganMalique di kawasan air terjun yang menjadi tempat mereka mandi. Amira bernasib baik kerana telahdiselamatkan oleh Itai daripada lemas di dalam sungai dan Jacinta pula telah diselamatkan oleh Taudalam keadaan pengsan kerana hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh air sungai.Semasa berada di tapak cari gali itu, mereka telah menemukan karpus atau tulang pergelangan tanganmanusia, barang-barang tinggalan manusia zaman silam seperti tembikar dan kapak batu. Amira merasaipengalamannya sendiri iaitu dia berjaya menemukan bekas air yang sempurna bentuknya iaitu barangtinggalan manusia pada zaman silam itu. Mereka juga menjumpai kapak batu di Gunung Gua Gajahdengan bantuan Tau.Di samping itu, pelbagai peristiwa yang ganjil telah dialami oleh mereka, seperti mereka mendengarpelbagai bunyi pada waktu malam, tali khemah mereka dipotong, dan terdapat kesan tapak kakimanusia di kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah pula telah mengalami kecederaan dilengannya, akibat kemalangan semasa dia menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh PakLias di dalam hutan itu. Perkara itu berlaku semasa kereta pacuan empat roda yang dinaiki oleh merekaterbabas dan hilang kawalan kerana breknya tidak berfungsi. Namun begitu, Ludin, iaitu ketua kampungorang Asli yang juga bapa angkat Itai telah membantu Profesor Zaidah. Dia merawat kecederaanProfesor Zaidah dengan menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menggunakan daun kayu, herbadan buluh.
    • Malique yang menganggotai kumpulan pencari emas pula telah mengalami kemalangan akibat keretapacuan empat roda yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung sewaktu hujan lebat ketika hendak mencaripekerja yang hilang. Malique pengsan dan dia mendapat kecederaan iaitu tulang kakinya patah. Maliquebernasib baik kerana dia telah diselamatkan oleh makhluk yang berbulu tebal. Walau bagaimanapun, diadisembunyikan dan dikurung di dalam sebuah gua di Gunung Gua Gajah oleh makhluk itu. KehilanganMalique telah menyebabkan kawan-kawannya berasa bimbang dan mereka berusaha untuk mencarinya.Amira pula menggerakkan usaha dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mencari Malique.Sebelum itu, Tau mengajak mereka ke Gua Gajah dan Amira terjumpamobile disk kepunyaan Malique didalam gua itu. Hal itu menguatkan semangat Amira untuk mencari Malique dan dia berasa bahawaMalique masih hidup dan berada tidak jauh dari kawasan gua itu. Perkara itu diperkukuh lagi denganbukti bahwa mobile disk itu memang milik Malique dan kandungannya berisi laporan hasil kajian tentangemas di kawasan hutan itu. Amira benar-benar yakin bahawa Malique masih hidup dan berada dikawasan gua itu, dan dia meminta bantuan Itai untuk mencari Malique. Selain Amira dan Itai, Pak Lias,Jacinta, Roslan, Profesor Zaidah dan Ludin turut bersama-sama dengan mereka untuk mencari Malique.Pada masa yang sama, O’Hara dan ibu Malique, iaitu Jennifer juga sampai dan turut sama ke tempattersebut untuk menyertai gerakan itu.Malique yang cedera pula telah dijaga dan dirawat oleh Tau di dalam gua itu. Tau yakin bahawa Maliqueialah Sabi iaitu anak kandungnya dengan Ipah. Tau yang memakai sarung beruang cuba bertindak kasarkepada Pak Lias kerana dia tidak membenarkan mereka membawa Malique keluar dari situ. Walaubagaimanapun, Ludin sampai tepat pada masanya dan dia menasihati Tau supaya jangan bertindak diluar batasan dan menerima keadaan itu dengan rasional.Akhirnya rahsia yang terpendam begitu lama terurai dengan pendedahan yang dilakukan oleh Jennifer.Jennifer mengakui bahawa Malique sebenarnya ialah Sabi iaitu anaknya dengan Tau. Dia juga mengakuibahawa Tau ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Hal ini bermakna, Itai dapat bertemu denganabang dan juga ibu kandungnya sendiri. Jennifer (Ipah) telah meninggalkan Tau dan Itai suatu masadahulu kerana konflik jiwa akibat dia tidak diterima oleh masyarakat di kampung itu. Jadi, dia mengambilkesempatan untuk keluar dari kampung itu dengan mengikut Johnny. Selepas semuanya selesai,Malique membuat keputusan untuk tinggal di situ buat sementara waktu dengan bapa dan adikkandungnya, iaitu semasa bapanya merawat kecederaannya itu.Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang yang diminatinya di sebuah universiti di Kuala Lumpur.Itai pula melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Malique meneruskan projek teknologimaklumat (IT) di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dia dibantu oleh Roslan. Malique berjayamenggagalkan projek cari gali emas itu kerana semua laporannya terhapus oleh virus ciptaannya sendiri.Hal ini bermakna, kawasan hutan yang disayanginya itu dapat diselamatkan daripada menjadi mangsasyarikat pencari gali emas. Sementara itu, Jacinta berada di Paris kerana melibatkan diri dalamperniagaan fesyen, syarikat milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar profesionnya iaitu diamelibatkan diri dengan projek swasta yang mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam didalam laut. Profesor Zaidah masih meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu dalam fasa keempatdan dibantu oleh Rusdi yang menggantikan tempat Dr. Zawawi.