Your SlideShare is downloading. ×
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

19,718
views

Published on

Sejarah Penggal Ke-2, Tema 1: Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Sejarah Penggal Ke-2, Tema 1: Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Published in: Education

3 Comments
19 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
19,718
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
31
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
3
Likes
19
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. SUMBANGANKHALIFAH UMAR ABDUL AZIZKhalifah Bani Umayyah Ke-8 (717 – 720M) Free Powerpoint Templates Page 1
  • 2. LATAR BELAKANG KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ• Nama sebenar Khalifah Umar Abdul Aziz ialah Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakam bin al-’As bin Umayyah.• Dilahirkan di kota Helwan berhampiran Kaherah, Mesir pada 682M (62H) semasa ayahnya Abdul Aziz bin Marwan menjadi gabenor di Mesir. Khalifah Umar drp keturunan yg mulia iaitu ibunya bernama Ummu Asim binti Umar bin al-Khattab.• An-Nawwawi dlm Tahzibul Asma menyatakan, “tidak hairanlah kalau KUAA memiliki ciri-ciri mulia dan terkemuka seperti yg dimiliki oleh Khalifah Umat al-Khattab”.• Beliau telah menghafal al-Quran sejak kecil dan mendalami ilmu fekah, meriwayat hadis, tafsir dlm ilmu-ilmu Islam yg lain di Madinah. Khalifah Umar terkenal dgn panggilan ulama atau wali sehingga dikatakan “ulama-ulama di sisi Umar bin Abdul Aziz adalah pelajar-pelajar”. Free Powerpoint Templates Page 2
  • 3. • Beliau pernah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 86H. Kemudian telah dipecat apb beliau tdk bersetuju dgn al-Walid yg hendak melantik anaknya sebagai putera mahkota, sedangkan jawatan itu sedang dipegang oleh Sulaiman bin Abdul Malik.• Umar Abdul Aziz telah dilantik menjadi khalifah ketika berumur 39 tahun setelah Khalifah Sulaiman mewasiatkan secara bertulis selepas kewafatan Khalifah Sulaiman.• Sebaik shj dilantik Khalifah Umar telah menyampaikan ucapan dasar yg berbunyi, “Demi Allah, semua bukannya permintaanku. Wahai umat Islam, aku telah dibebani oleh perkara yg bukan aku diminta pendapatku terlebih dahulu dan tidak pula atas permintaanku sendiri, juga tidak atas permesyuaratan kaum muslimin. Pilihlah sesiapa shj yg tuan- tuan sukai”. Free Powerpoint Templates Page 3
  • 4. • Corak pemerintahan Khalifah Umar hampir sama dgn kepimpinan datuknya Khalifah Umar al-Khattab dari segi zuhudnya, taqwanya, dasar, pola dan pegangannya dgn kitab Allah dan sunah Rasulullah SAW. Lantaran itulah beliau digelar Khalifah al-Rasyidin yg kelima.• Khalifah Umar telah meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 101H (720M) akibat terminum racun yg dilakukan oleh gol yg benci kpd kejayaan dan kemajuan Bani Umayyah. Beliau telah dikebumikan di Deir-Simon. Beliau sempat memerintah selama 2 tahun setengah.• Makamnya dihormati oleh semua pihak dan kuburnya tidak dibongkarkan oleh Khulafa’ Bani Abbasiyyah walaupun kubur-kubur Khalifah Bani Umayyah yg lain telah dibongkarkan. Free Powerpoint Templates Page 4
  • 5. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ1. DASAR PEMERINTAHAN BERLANDASKAN AL-QURAN DAN HADIS• Khalifah Umar Abdul Aziz menjalankan polisi pemerintahan berdasarkan al-Quran dan Hadis. Beliau telah mengarahkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menjalankan tugas berlandaskan al-Quran dan hadis. Beliau juga telah menghantar surat pekeliling kpd pegawainya iaitu...“Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammmad SAW sebagai petunjuk jalan yg benar” dan “Dia Allah yg mengutuskan RasulNya dgn petunjuk dan agamaNya yg benar supaya ditinggikan ke atas segala agama, sekalipun yg dibenci oleh org-org musyrikin”.• Khalifah Umar telah menghapuskan segala bentuk kezaliman dlm pemerintahan Bani Umayyah spt mengambil semula semua harta rampasan perang yg dikuasai oleh keluarga Bani Umayyah dan dijadikan hak milik kerajaan. Free Powerpoint Templates Page 5
  • 6. • Beliau turut memecat pegawai dan kaki tangan kerajaan yg zalim dan tidak mengikut al-Quran serta hadis spt memecat Usman bin Zaid al-Taikhi (gabenor Mesir), Yazid bin Abu Muslim (gabenor Afrika Utara), Saleh bin Abdul Rahman (gabenor Iraq) dan al-Harith bin Abdul Rahman (gabenor Sepanyol).• Beliau juga telah bertindak menghapuskan amalan rasuah di jabatan kerajaan dan penggunaan wang negara sewenang- wenangnya.• Khalifah Umar sentiasa menjalin hubungan dgn pegawai dan kakitangan kerajaan serta rakyat tanpa mengira kedudukan dan keturunan.• Khalifah Umar turut membahagikan wilayah Islam kpd 5 daerah yg diketuai oleh seorg pemerintah supaya pentadbiran menjadi lebih licin. Antaranya ialah Yaman, Hijaz dan Arab Tengah; Mesir, Arab Utara dan Arab Selatan; Armenia, Azerbaijan dan Asia Minor; Afrika Utara, Andalus, Tangier, Sicily dan Saidan; Iraq, Parsi, Oman, Bahrin, Sajistan, Karman, Kabul, Khurasan dan Punjab. Free Powerpoint Templates Page 6
  • 7. • Beliau telah mengembalikan semula demokrasi al-syura mengikut Islam khususnya dlm membuat keputusan yg menyentuh dasar-dasar negara dan perkara yg berkaitan dgn rakyat. Demokrasi ini telah lama hilang dan tidak dipraktikan pada masa khalifah Bani Umayyah kecuali di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz sahaja.• Beliau telah mengembalikan semula demokrasi al-syura mengikut Islam khususnya dlm membuat keputusan yg menyentuh dasar-dasar negara dan perkara yg berkaitan dgn rakyat. Demokrasi ini telah lama hilang dan tidak dipraktikan pada masa khalifah Bani Umayyah kecuali di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz sahaja.• Khalifah Umar juga telah membentuk pelbagai jabatan bagi melincinkan lagi urusan pentadbiran spt Jabatan Ketua Setiausaha Kerajaan, Jab. Penerangan, Jab. Cukai, Jab. Hasil Dalam Negeri, Jab. Pertahanan. Free Powerpoint Templates Page 7
  • 8. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ2. MENGUBAH DASAR LUAR• Khalifah Umar turut mengubah dasar luar kerajaan Bani Umayyah iaitu sebelum beliau kerajaan Bani Umayyah kerap mengadakan ekspidisi ketenteraan utk meluaskan empayar dan pengaruh Islam.• Pada zaman Khalifah Umar, beliau telah menggunakan kaedah diplomasi utk meluaskan pengaruh kerajaan Islam kerana beliau tidak suka kpd pertumpahan darah dan benci kpd peperangan.• Beliau telah bertindak memanggil pulang tentera-tentera Islam yg berada di Contantinople ketika panglima Musallah al-Syria sedang menyusun strategi utk bertindak ke atas org Kristian. Free Powerpoint Templates Page 8
  • 9. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ3. MENGHAPUSKAN JAWATAN PENGAWAI PERIBADI• Pada zaman Rasulullah SAW dan Khalifa’ al-Rasyidin, tidak wujud jawatan pegawai peribadi utk menjaga keselamatan mereka. Keadaan ini telah membuka peluang kepada org ramai utk berjumpa dgn pemerintah di mana-mana sahaja.• Jawatan ini mula diwujudkan ketika pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian demi utk menjaga keselamatan khalifah kerana khalifah mempunyai ramai musuh spt golongan Syiah dan Khawarij.• Di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, penggunaan perkhidmatan ini telah dihapuskan kerana sukar utk rakyat menemuinya bagi membuat sebarang aduan serta mengemukakan pendapat mereka. Dengan penghapusan jawatan ini telah membolehkan rakyat menemui khalifah pada bila-bila masa sahaja. Free Powerpoint Templates Page 9
  • 10. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ4. MENGHAPUSKAN CACIAN TERHADAP KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB• Kecaman dan kutukan terhadap Khalifah Ali dan keturunannya dari Bani Hashim telah dilakukan dalam setiap khutbah Jumaat sejak zaman Muawiyah bin Abi Sufian.• Khalifah Umar Abdul Aziz telah melakukan pembaharuan dgn menghapuskan amalan ini kerana tindakan ini mencemarkan maruah seseorg dan mendedahkan kelemahan umat Islam.• Oleh itu, beliau telah mengarahkan agar kecaman dan kutukan itu digantikan dengan seruan agar umat Islam berbaik antara satu sama lain dan ayat-ayat suci al-Quran spt surah al-Nahl, ayat 90, yang bermaksud: “sesungguhnya Allah menyuruh mengerjakan keadilan, kebajikan serta menolong keluarga yang hampir dan melarang melakukan perbuatan yang keji, yang mungkar dan aniaya. Moga-moga kamu mengambil peringatan”. Free Powerpoint Templates Page 10
  • 11. • Dengan itu dapat menghidupkan semula roh ukhwah Islamiyah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW. Penghapusan cacian ini juga telah mewujudkan hubungan baik antara keluarga Nabi Muhammad SAW dengan Bani Umayyah dan penentangan drp golongan Syiah mulai berkurangan. Free Powerpoint Templates Page 11
  • 12. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ5. MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN ILMU• Zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan zaman kemuncak perkembangan ilmu pengetahuan. Beberapa kota telah muncul sebagai gedung ilmu pengetahuan spt Kufah, Damsyik dan Basrah.• Masjid dijadikan pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Gol intelek bukan Islam diambil utk mengajar ilmu pengetahuan yg tdk bertentangan dgn akidah Islam. Ilmu duniawi dan ukhrawi dititiberatkan utk umat Islam berjaya di dunia dan kesenangan di akhirat.• Beliau turut menggalakkan ilmu pengetahuan berkaitan dgn al-Quran dan hadis. Dgn ini lahirlah ilmu tafsir, ilmu al-Quran dan hadis, ilmu berbentuk duniawi spt geografi, bahasa, sains, algebra, perubatan dll. Free Powerpoint Templates Page 12
  • 13. • Pada zaman beliau juga lahirnya imam-imam terkenal spt Imam Abdul Malik di Hijaz dan Imam Hanifa di Iraq. Akhirnya Kota Damsyik menjadi tumpuan penduduk seluruh Tanah Arab Free Powerpoint Templates Page 13
  • 14. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ6. MEMULIHKAN INSTITUSI BAITULMAL• Dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar Abdul Aziz telah memulihkan institusi Baitulmal. Beliau mengambil balik harta rampasan perang yg dimiliki oleh keluarga Bani Umaiyyah dan diletakkan semula dlm Baitulmal.• Sistem pemungutan cukai dikemaskinikan dgn tujuan menghapuskan kegelisahan dan penindasan yg dihadapi oleh rakyat tanpa mengira agama. Cukai jizyah ke atas golongan Mawali dihapuskan dan kadar cukai kharaj diturunkan.• Khalifah Umar Abdul Aziz berbuat demikian adalah utk menyesuaikan dgn polisi pemerintahan Rasulullah SAW yg memimpin dan menunjukkan jalan yg benar bukannya utk memungut cukai. Tindakan yg dilakukan oleh beliau mendapat sokongan padu drp pegawai dan kakitangan kerajaan. Free Powerpoint Templates Page 14
  • 15. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ7. MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT• Untuk menjaga kebajikan rakyat, beliau telah berusaha memperbaiki taraf kedudukan dan meningkatkan pendapatan rakyat dengan cara meningkatkan gaji pegawai, kakitangan kerajaan dan golongan buruh.• Tujuannya utk menghapuskan jurang perbezaan hidup antara rakyat dan mengelakkan berlakunya perkara yg tdk diingini spt mencuri dan bertentangan dgn konsep pemerintahan Islam.• Pembaharuan ini telah menyebabkan tdk terdpt seorg pun org Islam yg miskin dan hidup melarat. Pada zaman beliau memerintah rakyat hidup mewah dan makmur sehingga menyukarkan gol yg hendak mengeluarkan zakat kerana tdk ada org Islam yg layak menerima zakat. Free Powerpoint Templates Page 15
  • 16. • Beliau juga turut menyediakan kemudahan awam utk rakyat spt membina hospital, rumah tumpangan, biasiswa utk pelajar, membina jalan raya, rumah org tua dan sistem pengairan utk pertanian.• Beliau berusaha menanamkan sifat tolong menolong dan kerjasama dlm kalangan umat Islam tanpa mengira status manusia. Semua kemudahan kerajaan tdk boleh dipergunakan utk kegunaan peribadi atau keluarga, kecuali utk rakyat. Ini adalah satu pembaharuan yg tdk pernah dilakukan oleh mana-mana khalifah Bani Umaiyyah sebelum. Free Powerpoint Templates Page 16
  • 17. KESIMPULAN• Dasar pemerintahan beliau yang adil, tanpa diskriminasi telah mewujudkan suasana yg aman dan harmoni di kalangan rakyat yg berbilang bangsa dan fahaman.• Semua gerakan anti kerajaan Bani Umayyah terhenti kerana golongan ini berpuashati dgn polisi yg diamalkan oleh Khalifah Umar.• Selepas kewafatan beliau pada tahun 720M keadaan politik kembali spt sebelumnya yg mana wujud semuala gerakan- gerakan anti Bani Umayyah yg dipelopori oleh golongan Khawarij dan Syiah. Free Powerpoint Templates Page 17