PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH

6,709 views

Published on

Powerpoint ini mengandungi ciri-ciri falsafah pendidkan Islam dan perkembangan pendidikan di Mesir dan Acheh

Published in: Education, Spiritual
0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,709
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4,447
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide
  • pa
  • PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH

    1. 1. PENDIDIKAN:FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMDANPERKEMBANGAN PENDIDIKANDI MESIR DAN ACHEH
    2. 2. FALSAFAH CIRI-CIRIPENDIDIKAN ISLAM Pendidikan boleh didefinisikan sebagai usahamenyerapkan ilmu pengetahuan, sama ada secarateori atau praktikal bagi membentuk peribadi atauwatak seseorang individu bagi dgnmenempuhkehidupan yang semakin kompleks. Pendidkan dalam Islam mempunyai kedudukan ygtinggi dan penting. Pendidikan menjadi sebahagianyg tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakansatu ibadat yang penting. Ini dijelaskan dlm al-Quran, surah al-Alaq (ayat 1-4). Pendidikan Islam dikaitkan beberapa istilah khususantaranya ialah tarbiyah, ta’lim, tadris dan ta’dib.
    3. 3.  Tarbiyah Suatu proses membentuk keperibadianmanusia daripada satu tahap sehinggamencapai matlamat terakhir iaitu menjadiinsan yang sempurna serta mengabdikan dirikepada Allah SWT dengan tulus ikhlas TA’LIM Suatu proses pengajaran atau pemindahanilmu kepada manusia untuk merealisasikanfungsi, tugas, dan statusnya sebagai khalifah TA’DID Satu proses mendidik manusia agar mampumemperkembangkan segala potensi ke arahpembentukan tatasusila, perlakuan atau adabyang dituntut Islam
    4. 4.  IRSYAD Petunjuk yang benar-benar ke arah jalan yanglurus bagi kehidupan di dunia berpandukan al-Quran dan as-sunnah TADRIS Pengajaran oleh seseorang tentang satu-satumata pelajaran. Menekankan ciri-ciripembelajaran, guru, murid Mengikut perspektif Islam, pendidikan melibatkanproses sepanjang hayat iaitu bermula dari buaianhingga ke liang lahad. Islam memberikan kebebasankpd semua orang utk mendapat pendidikan tanpamengira jantina, kekayaan dan warna kulit.
    5. 5.  Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atau fardupada lelaki atau wanita. Islam memandang tinggidan menghormati orang yg menuntut ilmusebagaimana yg dinyatakan dlm surah al-Hashr. Sumber utama pendidikan Islam ialah al-Quran danal- sunnah. Selain dari itu berpandukan sumber akaldlm btk ijtihad dan qias.Pendidikan Islam bertujuan untuk mewujudkanpembangunan yang seimbang antara aspek naqliahdan aqliah bagi membolehkan manusia mengenalipencipta-Nya.Pendidikan Islam bersifat dinamis, melibatkanproses pendidikan sepanjang hayat iaitu bermula drpbuaian hingga ke liang lahad.
    6. 6.  Fokus pendidikan Islam ialah memenuhikeperluan kerohanian, menanamkan kepercayaandlm pemikiran dan hati, pemulihan akhlak danmembangunkan jiwa merdeka. Pendidikan Islammenekankan nilai dan keikhlasan manusia ygbekerja kerana Allah SWT. Menurut Ibn Khaldun, antara matlamatpendidikan Islam ialah untuk mempersiapkanseseorang dari segi keagamaan, ajar ttg syiar2islam menerusi al-Quran dan Sunnah. Tujuan pendidikan Islam ialahmemperlengkapkan akhlak manusia sebagaikhalifah dan hamba Allah SWT yg wajibmengamalkan nilai-nilai akhlak bertunjungkanamal ma’ruf nahi mungkar.
    7. 7.  Menerusi pendidikan sesorang dapat melengkapkansosiobudaya kehidupannya dengan kemahirankesenian, termasuk muzik, syair, khat, seni binadsbgnya.
    8. 8. KESIMPULAN☻ Pendidikan Islam adalah untuk mendapatkankeredaan Allah SWT, membentuk akhlakterpuji, menyedarkan manusia ttg hubungandan tgjwb serta persediaan untuk dunia danakhirat.☻ Pendidikan Islam mengharapkan perubahan-perubahan yg berlaku khususnya tingkah lakumenerusi penurunan ilmu yg dilaksanakansecara sistematik.
    9. 9. PERKEMBANGAN:PENDIDIKAN ISLAM DI MESIRPADA ABAD KE-8 M
    10. 10.  Pada tahun 262 H, Mesir diperintah oleh kerajaanFatimiyah yang dipimpin oleh Mu’iz’li Dinillah al-Fatimi dengan dibantu oleh panglima perangyang bernama Jawhar Saqali. Jawhar Saqali telah bertanggungjawabmembangunkan Mesir dalam pelbagai bidangtermasuklah pendidikan. Pada tahun 359 H, Jawhar Saqali telah didirikanmasjid sebagai pusat kegiatan umat Islam yangdinamakan al-Jami al-Azhar. Masjid ini sungguhcantik iaitu mempunyai ruang tertutup danterbuka untuk bersolat, dinding dihiasi dgnukiran ayat-ayat al-Quran, mempunyai sebuahmimbar yang indah dan tiang-tiang dibuat dgnbatu marmar yang berkilat.
    11. 11.  Dalam tempoh yang singkat masjid ini telahdijadikan institusi pengajian tinggi, yangkemudiannya diisytiharkan sebagai Universiti al-Azhar pada tahun 378 H dan menjadi tumpuanpelajar dari seluruh dunia. Para ulama memberikan sokongan yang padukepada perkembangan pendidikan terutama dalambidang keagamaan seperti tafsir, hadis, fikah danusuluddin. Namun ia gagal mensyiahkan pendudukKaherah yang berfahaman “Sunni”. Setelahkerajaan Fatimiyyah ditewaskan oleh Salehuddin al-Ayubi pada 1171 M, Al-Azhar bertukar menjadipusat pengajian Sunni.
    12. 12. INSTITUSIDANSISTEM PENDIDIKAN DI MESIR
    13. 13.  MASJID Di Mesir terdapat beberapa buah institusiyang wujud dalam memperkembangkansistem pendidikan, antara yang paling asasialah masjid. Masjid bukan sahaja menjadi tempat untukberibadat, malah sebagai tempat menuntutilmu. Proses pembelajaran di masjid adalahberbentuk halaqah, iaitu seorang guru/murabbi yang dikelilingi oleh murid-muridnyadalam bentuk bulatan/lingkaran ketikamendalami ilmu agama seperti al-Quran,hadis dan fekah.
    14. 14.  ISTANA Pendidikan di Mesir juga dijalankan di istanapada abad ke-8 M. Pemerintahan Fatimi telahmenjadikan istana sebagai pusat pendidikanuntuk mengembangkan pengajran-pengajranSyiah. Bentuk pendidikan yang diajar kepada anak-anak golongan pemerintah dan bangsawanmeliputi pendidikan formal dan tidak formal.
    15. 15.  PERPUSTAKAAN Selain itu, kerajaan Fatimiyah juga membinabeberapa buah perpustakaan untukmenyediakan bahan sumber pembelajarankepada para pelajar di sekitar bandar Kaherah. Contohnya yang paling terkenal ialahPerpustakaan Dar al-Hikmah di bandar Kaherahyang dibina pada zaman pemerintahan Khalifahal-Hakim.
    16. 16.  UNIVERSITI Institusi yang paling tinggi ialah universiti.Dalam konteks Mesir, penubuhan Universiti al-Azhar dianggap sebagai mercu tandakegemilangan negara tersebut dalam bidangpendidikan Islam. Universiti Al-Azhar adalah Universiti keduatertua yang masih beroperasi selepas Universitial-Qarawiyin di Fez, Maghribi. Ilmu pendidikan yang ditekankan oleh universitiini adalah pengajaran tafsir al-Quran mengikutpandangan syiah ini kerana pada peringkat awalinstitusi ini dibina khas untuk tentera Fatimiahyang bermazhab Syiah Isma’iliyyah. Universitiini ditanggung sepenuhnya oleh KerajaanFatimiyyah di Kaherah.
    17. 17.  Selain itu, ilmu bukan agama juga diajar diuniversiti ini. Antaranya ilmu sastera, mantikdan hisab. Forum perbincangan pula dikhaskan kepadagolongan ulama syiah sahaja. Dalam tempohdua abad, Al-Azhar telah menjadi pusatpengajian Syiah sebelum bertukar kepadapengajian sunni pada 1171 M.
    18. 18. PERKEMBANGAN:PENDIDIKAN ISLAM DI ACHEHPADA ABAD KE-16 M DAN ABADKE-17 M
    19. 19.  Acheh ialah sebuah daerah di Sumatera UtaraIndonesia yang telah menggantikan Melakasebagai pusat politik dan perdaganganterkemuka di Nusantara pada abad ke 16-17 M. Pada masa kegemilangannya, Acheh telahmuncul sebagai pusat pengajian agama Islamyang terulung, tersusun dan terancang.Pendidikan asas bermula di madrasah(muenasah), seterusnya pendidikan menengahdan pendidikan tinggi. Acheh terkenal dengan zaman kegemilanganpendidikannya terutamanya pada zamanpemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah danSultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Merekatelah terlibat secara langsung dan meminatiserta menaungi kegiatan ilmu pengetahuan.
    20. 20.  Ramai ulama-ulama tempatan muncul pada zamanitu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkili danNuruddin al-Raniri yang telah menghasilkan karyadalam bahasa Melayu mahupun bahasa Arab. Sebagai sebuah pusat pengajian agama Islam yangterulung di Nusantara, terdapat banyak institusipendidikan di Acheh yang dilaksanakan secaratersusun dan terancang. Institusi pendidikan tersebut merujuk kepadamasjid, madrasah, sekolah, istana, kolej danuniversiti yang menjadi saluran penting dalammenyampaikan pengajaran secara berkesan kepadamasyarakat dan menjadi organisasi yang dirancangdan disusun dengan baik oleh pemerintah
    21. 21. FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGANACHEH BERKEMBANGAN SEBAGAIPUSAT PENDIDIKAN.
    22. 22.  Peranan pemerintah Acheh yang terlibat secaralangsung, meminati serta menaungi kegiatan ilmupengetahuan. Contohnya, Sultan Iskandar MudaMahkota Alam dan Sultan alauddin Riayat Syah. Kehadiran tenaga pengajar luar seperti ulama-ulama luar yang mengajar ilmu pengetahuan sertamenjadi penasihat sultan. Ulama-ulama Acheh juga banyak menulis teks-teks pengajian bagi membantu perkembanganpendidikan di Acheh. Muncul ramai ulama tempatan yang menghasilkankarya dlm bahasa Melayu dan juga bahasa Arab.Contohnya, Hamzah Fansuri, Nurudin al-Raniri,Bukhari al-Jauhari, Abdul Rauf Singkili danSamsudin al-Sumaterani
    23. 23.  Pedagang-pedagang asing yang dtg ke Achehjuga byk membantu perkembangan pendidikan diAcheh, iaitu bukan shj dtg utk berdagang ttpjuga mempelajari dan memperkembangkan ilmupengetahuan Islam. Ini secara langsungmenggalakkan pertumbuhan institusi-institusipengajian di Acheh. Institusi pendidikan di zaman Kesultanan Achehsudah begitu lengkap dan sistematik, iaitubermula dari peringkat rendah (rangkang),menengah (meunasah) dan tinggi (universiti).Perkembangan ini menyebabkan ilmu usuluddin,fikah dan tasawuf berkembang dengan pesat. Di Acheh juga terdapat aktiviti penterjemahankitab-kitab dari bahasa Arab ke dalam bahasaMelayu.
    24. 24. INSTITUSIDANSISTEM PENDIDIKAN DI ACHEH
    25. 25.  MASJID Pada zaman pemerintahan Sultan IskandarMuda Mahkota Alam (1607-1636) baginda telahmembina sebuah masjid yang bernama Bait al-Rahman. Masjid ini digunakan bukan sahajasebagai tempat beribadat tetapi juga tempatmenuntut ilmu dan pusat kegiatan umat Islam. Masjid ini telah dinaiktarafkan menjadi pusatpengajian tinggi yang dikenali sebagai JamiahBaiturrahman (Universiti Baiturrahman). Pusatini menyediakan pelbagai prasarana dan disiplinilmu pengetahuan seperti ilmu tafsir, perubatan,politik, kewangan, kimia dan pertanian.
    26. 26.  MUENASAH/MADRASAH Institusi Meunasah lebih dikenali sebagaimadrasah yang merupakan sekolah permulaanyang sama dengan sekolah dasar atau sekolahrendah sekarang. Kebiasaannya meunasah inididirikan di setiap kampung atau desa. Di sinilah pelajar diajar ilmu fardu ain menulisdan mengenal huruf Arab, membaca al-Quran,mempelajari rukun Islam, rukun iman, caramelakukan ibadat, berakhlak dan diajarbernasyid spt berzikir dan berselawat padasetiap malam Jumaat. Kitab Perukunan danRisalah Masail al-Muhtadin merupakan kitabagama dlm bahasa Acheh dan Jawa yang diajarkpd pelajar. Sejarah Islam diajar secarabercerita.
    27. 27.  RANGKANG/PONDOK Rangkang juga dikenali sebagai pondok,pesantren atau madrasah, iaitu sebagaitempat utk pelajar melanjutkan pelajaranagama ke peringkat yang lebih tinggi. Rangkang yang tarafnya sama dengansekolah menengah rendah pada hari ini atausanawiyah atau disebut juga pondok. Pelajar-pelajar akan mendirikan pondok-pondok kecil mengelilingi masjid sebagaitempat tinggal. Pelajar yang pintar akan sentiasa berpindahdari satu rangkang ke rangkang yang lain utkmenuntut ilmu dgn guru yang lebih mahir.
    28. 28.  Ada juga pelajar-pelajar dari rangkang iniberjaya melanjutkan pelajaran mereka keMekah, India dan Mesir. Rangkang yang terkenal terletak di Banda,Acheh. Di sini para pelajar terdiri dari luardaerah dan diajar oleh ulama-ulama terkenaldari luar negara. Terdapat pelbagai mata pelajaran yang diajardirangkang ini, iaitu bahasa Arab, fekah,tauhid dan tasawuf, sejarah Islam, sejarahdunia, ilmu tajwid, tafsir al-Quran serta hadis.Turut diajar mata pelajaran umum sepertigeografi, sejarah dan matematik.
    29. 29.  DAYAH Dayah pada hari ini dapat disamakan denganSMA di Indonesia atau Madrasah Aliyah. DiAcheh, hampir setiap daerah terdapat dayah. Ada dayah yang berpusat di masjid bersamadengan rangkang tetapi kebanyakan dayahberdiri sendiri di luar lingkungan masjiddengan menyediakan sebuah balai utamasebagai aula yang digunakan sebagai tempatsolat. Antara dayah yang terdapat di Acheh ialahDayah Cot Kala, Dayah Seuruleu, Dayah BlangPeria, Dayah Batu Karang, Dayah TanohAbay, Dayah Tiro, Dayah Rumpet dan DayahTeungku Chik.
    30. 30.  Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikanIslam tinggi yang pertama di Asia berjayamelahirkan ramai ulama yang menjadipendakwah Islam di Nusantara. Dayah Teungku Chik juga terkenal di Achehdan di sini di ajar mata pelajaran spt tauhid,fiqh Jinayat, fiqh Munakahat, fiqh Dauli,muamalat, tasawuf, akhlak, geografi, sejarahIslam, ilmu mantik, ilmu falak, hadis, tafsirdan bahasa Arab. Terdapat 2 jenis dayah iaitu dayah bersifatkhusus dan dayah bersifat umum. Dayahbersifat khusus khas utk kaum wanita sahaja.Mereka diajar bidang pertanian, ilmupertukangan, ilmu perniagaan dll mengikutsyariat Islam.
    31. 31.  Kurikulum yang diajar di dayah diajar dalambahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab dalam bahasa Arab sebagai rujukan.
    32. 32.  UNIVERSITI Jamiah/Universiti Baitulrrahman berasaldaripada Masjid Bait al-Rahman yang telahdinaiktarafkan oleh Sultan Iskandar MudaMahkota Alam. Ia di katakan setaraf denganuniversiti-universiti yang terdapat di TimurTengah. Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada ulamaatau sarjana dari Acheh, negara Arab, Turki,Parsi, India dan sebagainya. Universiti ini mengandungi 17 buah fakulti (dar)spt Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti IlmuKedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, FakultiPertanian dan Fakulti Peperangan.
    33. 33.  Pada zaman pemerintahan Sultan AlauddinMuda Darma Wangsa Perkasa Alam Syah(1607-1636 M), terdapat 44 orang guru besardi Universiti Baiturrahman.
    34. 34.  ISTANA Sarjana-sarjana Islam dijemput ke Acheh danmenjadi tenaga pengajar untuk keluarga dirajadan rakyat. Istana Acheh juga telah dijadikansebagai pusat pengajian ilmu. Selain itu terdapat pengajar khas dalam istanaseperti Pateh Raja Indra Abdulsalam yangmengajar menulis, membaca al-Quran, ibadat,akhlak dan adat istiadat. Istana Acheh juga menggalakkanperkembangan ilmu tasawuf dengan memberinaungan kepada tokoh-tokoh tasawuf terkenalseperti Hamzah Fansuri, Samsudin al-Sumaterani dan Nurudin al-Raniri.
    35. 35.  Antara fungsi istana dalam bidang pengajianIslam termasuklah tempat perbincanganilmu-ilmu agama, pusat tumpuan ahli-ahlibijak pandai dan para ulama, pusatpendidikan bagi anak-anak raja dan golonganbangsawan, pusat mengumpul danmenyimpan kitab-kitab agama sertamenaungi kegitan penulisan buku-bukuagama dan sejarah. Pada zaman pemerintahan Sultan IskandarMuda Mahkota Alam, baginda telahmenubuhkan Lembaga Pelaksana Pendidikanyang terdiri drp Balai Setia Hukama, BalaiSetia Ulama dan Balai Setia Jama’ahHimpunan Ulama.
    36. 36.  Balai Setia Hukama merupakan tempat paraulama dan pemikir membahaskan perkara-perkara yang menyentuh pendidikan, Balai Setia Ulama pula sebagai tempat utkmenyelesaikan masalah-masalah yangberkaiatan pendididkan. Balai Setia Jama’ah Himpunan Ulama, adalahkelab perbincangan bagi para sarjana danulama bertukar-tukar pandangan,berseminar, membahaskan masalahpendidikan dan sebagai tempatpengembangan ilmu pengetahuan.

    ×