SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara 
Malaysia Berdaulat. 
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah 
diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. 
Aspek Perincian Markah 
Pengenalan 
1. ( a ) Latar Belakang Demokrasi berparlimen di Malaysia. 
( b ) Maksud demokrasi Berparlimen 
5 markah 
Isi dan 
huraian 
2. Ciri-ciri demokrasi berparlimen. 
i. Perlembagaan 
ii. Raja Berperlembagaan 
iii. Pilihan Raya 
iv. Kuasa Pemerintahan 
vi. Parti-Parti politik 
25 markah 
3. Soalan Menganalisis : Perlembagaan / Kuasa Pemerintahan / 
Raja Berpelembagaan / Pilihan raya 
i. Perlembagaan Melindungi Kepentingan Rakyat 
ii. Sistem Raja Berperlembagaan berdasarkan peruntukan dalam 
perlembagaan Malaysia. 
iii. Kuasa Pemerintahan menjamin kestabilan negara 
iv.Sistem pilihan raya di Malaysia 
( Dengan andaian salah satu topik akan keluar ) 
30 markah 
4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan 
demokrasi berparlimen 
10 markah 
5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. 
10 markah
6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem 
pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk 
mengatasi cabaran tersebut. 
10 markah 
7. Nilai-nilai murni 
5 markah 
Kesimpulan 
8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. 
a) Pengetahuan yang diperoleh 
b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara 
c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih 
harmoni dan stabil. 
5 markah
CONTOH JAWAPAN 
SOALAN 1 ( A ) – LATAR BELAKANG DEMOKRASI BERPARLIMEN 
Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Dua corak 
pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. 
Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara 
dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja 
dan diketuai oleh Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. 
SOALAN 1 ( B ) – MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN 
Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem 
pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. 
Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk 
kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak 
menyokong, mengekalkan, atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan 
raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. 
SOALAN 2 – CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN 
a) Perlembagaan 
Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada 
pembentukan sesebuah negara. Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara. Terdiri 
daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan 
kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju 
pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui 
peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 
September 1963 yang mempunyai 183 perkara. Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan 
seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama. Mempunyai 
institusi Yang di-Pertuan Agung, Parlimen,Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. 
Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan 
dengan Kerajaan Negeri. 
b) Raja Berperlembagaan 
Maksud Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan 
dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. 
Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan ketua utama negara. Simbol keutuhan 
dan perpaduan rakyat. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan atas 
nasihat Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri kecuali perkara 
tertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Yang di-Pertuan 
Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri 
secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam 
Perlembagaan Malaysia.
c) Kuasa Pemerintahan 
Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konsep 
pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu Badan perundangan, 
Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang 
berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. 
d) Pilihan Raya 
Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada 
peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan 
prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya 
direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Pilihan raya merupakan ciri 
penting sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 
e) Parti Politik 
Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik, untuk 
mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya 
membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan komitmen terhadap 
perjuangan parti. Sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli 
parti. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara 
kepentingan kaum masing-masing. Contoh parti UMNO untuk mewakili orang Melayu, parti 
MCA mewakili kaum Cina dan pati MIC mewakili orang India. 
3. SOALAN MENGANALISIS 
I : PERLEMBAGAAN 
( a ) Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. 
Keluhuran Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau 
perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi yang dipertuan 
Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang-undang 
yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. 
Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan 
Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan 
Perlembagaan Perekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuan 
memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar 
bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa 
menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian 
Perlembagaan Malaysia.
B ) – Kepentingan Perlembagaan 
Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah Negara 
dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam 
menjamin kecekapan, pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin 
memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak 
perlembagaan dan aspirasi rakyat. 
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada 
sebuah Negara. Rakyatnya yang memegang matlamat yang sama supaya semangat 
patriotism dapat di bentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang 
mempunyai kerakyatan Negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula 
menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak 
setia kepada Negara ini. Tujuaannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada 
tanah air untuk mengekalkan identity Negara dan bangsa Malaysia. 
Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di Negara ini. 
Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan 
memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasan mereka disisi undang-undang. 
Perlembagaan Malaysia dalam perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan 
Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan 
bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam 
perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan 
perdagangan. Walau bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut 
dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain. 
Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan 
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri. 
Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan 
negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran Negara dapat diselaraskan tanpa sebarang 
perbalahan. 
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan 
bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan 
oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia 
pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang 
pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan 
Sabah. 
C) – Pindaan Perlembagaan 
Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini 
bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan Negara dan 
melicinkan urusan pentadbiran Negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa 
relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan 
sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela 
hati. 
Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan 
secara terbuka. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan 
termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa 
orang Melayu.
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan 
seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh 
perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di Negara ini. 
Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat 
berbilang kaum di Negara kita. 
Antara pindaan terbesar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti ( kekebalan 
) bagi Yang di Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah. 
Pindaan Perlembagaan terbahagi kepada 4 kaedah pindaan. Kaedah pertama dengan 
persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan Persetujuan Majlis Raja-Raja. 
Antara perkara pindaan ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, kewarganegaraan, 
keutamaan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-raja dan Yang di Pertua 
Negeri, Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah dan 
perubahan sempadan negeri. 
Kaedah kedua dengan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen 
dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Antara perkara pindaan ialah 
keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah. Seterusnya hak dan 
kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari 
Sarawak dan Sabah. 
Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen. Antara 
perkara pindaan yang tidak di sebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan 
Kaedah keempat ialah persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaan yang 
boleh dibuat ialah pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam perkara 74, 
parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam 
Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Dalam perkara 76, parlimen boleh membuat 
undang-undang dalam senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan, perjanjian atau 
konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana Negara lain. 
ii – RAJA BERPERLEMBAGAAN 
Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang Di-Pertuan Agung (YDPA) merupakan ketua negara 
dan mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan 
Kehakiman. YDPA merupakan satu daripada tiga unsur parlimen. Baginda mempunyai kuasa 
memanggil dan membubarkan parlimen. Selain itu, baginda merupakan Ketua Tertinggi 
Angkatan Bersenjata. YDPA berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman 
terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. 
Di samping itu, baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak 
istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan majlis raja-raja Melayu mengadakan 
mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan raja-raja 
Melayu.
Dalam pada itu, YDPA merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau 
Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, YDPA mempunyai 
kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga, mempunyai kuasa melantik 
dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat 
Perdana Menteri. 
Selain itu, YDPA boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘ Undang-undang X’ 
jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga melantik pengerusi dan tiga orang 
ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan 
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik 
peguam negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. YDPA mempunyai kuasa 
tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita. (ms 168) 
III- KUASA PEMERINTAHAN 
( A ) BADAN PERUNDANGAN 
Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang 
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya ialah menggubal undang-undang bagi 
menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang 
bertanggungjawab menggubal undang-undang. Terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, 
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 
Dewan Negara 
Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Mempunyai 69 orang ahli, 26 
dipilih dari 13 buah negeri. Yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada 
individu yang member sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional 
atau bidang tertentu. 2 orang pula dilantik mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 
Wilayah Persekutuan Labuan. Ahli Dewan Negara digelar Senator dilantik tanpa bertanding 
dalam pilihan raya. Senator memegang jawatan bagi tempuh 3 tahun dan berumur sekurang-kurangnya 
30 tahun. Taraf Senator sama dengan ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi 
Jemaah Menteri. 
Dewan Rakyat 
Ahlinya dipilih melalui pilihan raya umum. Mempunyai 219 ahli yang mewakili semua kawasan 
pilihan di seluruh negara. Tempuh jawatan adalah 5 tahun. Tugasnya menggubal dan 
meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang digubal oleh 
Parlimen dikenali sebagai Akta, manakala yang digubal Dewan Undangan Negeri dinamakan 
Enakmen. Yang digubal di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dinamakan Ordinan. 
( B ) - BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF) 
Kabinet (Jemaah Menteri)
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet 
merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet ialah 
menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua 
Jemaah Menteri. 
Kementerian 
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa 
kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, 
merancang dan menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial Negara kita. Pada 
masa ini terdapat dua puluh enam buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua 
perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh timbalan menteri, 
setiausaha parlimen d an setia usaha politik. Seseorang menteri yang tidak diberikan tugas 
dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio dan diberikan tugas-tugas 
tertentu oleh Perdana Menteri. 
Perkhidmatan Awam 
Perkhidmatan Awam di Malaysia di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang 
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat 
kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh 
kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Kakitangan 
awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. 
Jabatan Kerajaan 
Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian pada kebiasaannya 
mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. 
Badan Berkanun 
Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Ia mempunyai 
peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah lembaga pengarah yang 
bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Mereka mempunyai pelbagai tugas dan 
tanggungjawab untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawah 
rancangan lima tahun kerajaan. Contoh nya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia 
(MIDA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). 
Suruhanjaya 
Ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan memantau disiplin 
kakitangan awam. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya 
Perkhidmatan Pendidikan. 
( C ) - BADAN KEHAKIMAN 
Mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil 
berkaitan dengan saman, manakala jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. .Menentukan 
kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana.
Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah 
diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman. Tugas mahkamah pula mentafsir 
perlembagaan negara, mentafsir undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis 
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan 
tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana 
pindaan tertakluk pada badan perundangan atau parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia 
disusun mengikut hierarki piramid .Melalui sistem ini individu atau kumpulan yang tidak berpuas 
hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. 
IV – PILIHAN RAYA 
i – Fungsi SPR 
Fungsi SPR ialah menentukan sempadan-sempadan pilihan raya, menjalankan 
pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan 
raya kecil. SPR juga menubuhkan urus setia yang di ketuai oleh seorang setiausaha yang 
berperanan sebagai ketua eksekutif dan ketua pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh 
sekumpulan kakitangan awam. Urus Setia SPR diwajibkan mengikuti panduan dan dasar SPR. 
Tujuannya untuk memastikan pilihan raya di jalankan dengan efektif dan adil. 
ii. – Pilihan raya umum 
Pilihan raya umum di adakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan 
negeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia manakala di Sarawak dan Sabah pula 
diadakan secara berasingan. 
iii.- Pilihan Raya Kecil 
Pilihan Raya Kecil di adakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana 
kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan 
hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil 
mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak 
dan Sabah selepas kekosongan itu. 
iv. Proses Pilihan Raya di Malaysia 
Proses pilihan raya Malaysia bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon dan 
pengundian oleh SPR. Hari penamaan calon dijalankan. Parti yang bertanding menyediakan 
manifesto dan pelancaran kempen pilihan raya di buat. Tempoh berkempen adalah 7 hingga 15 
hari sahaja. SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi. Pada hari 
mengundi, pengundi diberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal 
dipilih di tempat pengundian. Pembuang undi dibuat oleh pengundi dengan memangkah calon 
pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. Selepas 
tamat tempoh pengundian, pengiraan undi dijalankan. Pegawai pilihan raya akan membuat 
pengumuman keputusan pilihan raya pada hari tersebut.
v. Syarat-syarat calon Pilihan Raya 
Syarat menjadi calon pilihan raya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 
tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang 
jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh 
mahkamah. 
Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen atau ahli 
dewan undangan negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda 
tidak kurang RM 2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon boleh bertanding atas nama 
parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas 
penamaan calon pada hari penamaan calon 
vi. Syarat Pengundi 
Seseorang yang layak mengundi namanya mesti didaftarkan dalam Senarai Daftar 
Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia seseorang warganegara yang berumur 
21 tahun bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya, 
dewan rakyat atau dewan undangan negeri boleh mengundi. Seorang pengundi hanya boleh 
mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota 
pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar 
negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi. 
BAHAGIAN KBAT 
4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi 
berparlimen. 
JAWAPAN 
Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi 
berparlimen kita seharusnya mendaftarkan diri sebagai pengundi atau pemilih dan 
menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Selain itu, kita haruslah mematuhi 
undang-undang negara dan menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara. 
Kita juga tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian 
negara. Ibu bapa haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil 
lagi. Semua rakyat haruslah setia kepada raja dan negara. 
Sebagai warganegara Malaysia, kita juga harus mengamalkan amalan agama masing-masing 
dan menghormati amalan agama kaum-kaum lain. Di samping itu, kita haruslah 
membina hubungan mesra antara kaum di negara kita. Sebagai warganegara kita juga 
haruslah bersedia menerima dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan.
5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. @ 
Bukti keberkesanan kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. @ 
Mengapakah Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen. 
JAWAPAN 
Antara kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalah dapat 
memilih pemimpin yang berwibawa. Selain itu, rakyat hidup dalam keadaan aman. 
Dalam masa yang sama, pembangunan ekonomi dapat berkembang dengan pesat. 
Selain itu, perpaduan antara kaum dapat dikekalkan. Dasar-dasar negara juga dapat 
diteruskan. Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkan. Rakyat juga boleh 
mengemukakan pandangan masing-masing. Demokrasi berparlimen memastikan 
pemimpin tidak berkuasa mutlak. Rakyat juga akan menjadikan perlembagaan sebagai 
panduan. Di samping itu, hak asasi rakyat terjamin. Selain itu, taraf hidup rakyat yang 
berpendapatan rendah dapat ditingkatkan dan prasarana luar bandar serta pedalaman 
dapat di perkasa. Akhir sekali, sistem demokrasi berparlimen juga dapat melahirkan 
modal insan yang mempunyai jati diri. 
6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan 
demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. 
JAWAPAN 
Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan 
demokrasi berparlimen ialah penyebaran isu-isu sensitif yang boleh mengganggu 
perpaduan kaum. Selain itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam negara turut berlaku. 
Kalangan generasi muda juga, tiada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab 
sebagai pengundi. Kebebasan media massa turut memberi kesan negatif terhadap 
keharmonian negara di samping campur tangan pihak luar. Akhir sekali, semangat cinta 
akan negara semakin luntur dalam diri generasi kini. 
Langkah-langkah untuk mengatasinya ialah melalui didikan ibu bapa tentang nilai-nilai 
murni dan pengukuhan pengetahuan agama sejak kecil. Selain itu, 
penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan media massa kepada pengguna yang tidak 
bertanggungjawab oleh pihak berwajib. Di samping itu, kempen kesedaran tentang 
tanggungjawab warganegara sebagai pengundi perlu diadakan. Masalah sosial yang 
melanda anak muda seperti penagihan dadah, ragut, merompak dan sebagainya 
perlulah ditangani segera. Akhir sekali, kerajaan perlu memperbanyakkan program 
kemasyarakatan dengan penglibatan pelbagai kaum.
7. Nilai dan iktibar terhadap pengamalan sistem demokrasi berparlimen. (5 markah) 
Nilai murni dan iktibar yang di peroleh dari pengamalan sistem demokrasi berparlimen 
adalah, semangat cinta dan setia kepada raja dan negara serta patuh kepada perlembagaan 
dan undang-undang. Seterusnya kita harus menghormati pemimpin negara. Setiap rakyat 
Malaysia harus menyokong dasar-dasar yang telah dirancang oleh kerajaan. Kita juga perlu 
mewujudkan perpaduan antara kaum serta saling hormat menghormati dan bertolak ansur 
demi memantapkan sistem demokrasi berparlimen. Kesepakatan dan diplomasi antara 
pemimpin dan rakyat amat perlu untuk memelihara kepentingan bersama. 
8. Kesimpulan keseluruhan 
a) Pengetahuan yang diperoleh 
b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara 
c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil. 
Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen 
merupakan sistem yang terbaik kerana memberikan ruang kepada rakyat untuk membuat 
keputusan memilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil agar dapat 
membentuk kerajaan yang mantap. 
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara adalah kerjasama antara pemimpin dan rakyat dapat 
menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. 
Harapan saya, agar Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan disegani di 
persada dunia.

More Related Content

What's hot

Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bMohd Muzlimi Junoh
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuJayakanth tamil kalanathan
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaannasywah79
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 
Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiMohd Nazri Awang
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara munnianwar
 
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 5
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 5Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 5
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 5hamdan che hassan
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanShila Sim Rin
 
Bab 2.1 permintaan
Bab 2.1 permintaanBab 2.1 permintaan
Bab 2.1 permintaanram charan
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimannasywah79
 

What's hot (20)

Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 
Melaka,nnm,negeri selat
Melaka,nnm,negeri selatMelaka,nnm,negeri selat
Melaka,nnm,negeri selat
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
Tpm
TpmTpm
Tpm
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - Promosi
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara
 
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 5
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 5Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 5
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 5
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 
Bab 2.1 permintaan
Bab 2.1 permintaanBab 2.1 permintaan
Bab 2.1 permintaan
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakiman
 
Perimeter area volume
Perimeter area volumePerimeter area volume
Perimeter area volume
 

Similar to Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta

Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014ciklaili. com
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanjinixa
 
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanCadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanMohd Muzlimi Junoh
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahenMohd Muzlimi Junoh
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahenMohd Muzlimi Junoh
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Suet Yet
 
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titasfnasfea
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langatCadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langatMohd Muzlimi Junoh
 
Struktur pemerintahan
Struktur pemerintahanStruktur pemerintahan
Struktur pemerintahanPaish Gto
 
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi BerparlimenRaja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimenmayanggsari
 
Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7far84
 

Similar to Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta (20)

Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
 
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanCadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407
 
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titas
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
 
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajayaPpwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langatCadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
 
Struktur pemerintahan
Struktur pemerintahanStruktur pemerintahan
Struktur pemerintahan
 
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi BerparlimenRaja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
 
Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7
 

More from Guru Sejarah

Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014
Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014
Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014Guru Sejarah
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzetaGuru Sejarah
 
Set 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNS
Set 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNSSet 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNS
Set 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNSGuru Sejarah
 
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t4
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t4Lonjakan berfokus sejarah 2014 t4
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t4Guru Sejarah
 
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5Guru Sejarah
 
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5Guru Sejarah
 
Tudingan spm sejarah kertas 2 2014
Tudingan spm sejarah kertas 2 2014Tudingan spm sejarah kertas 2 2014
Tudingan spm sejarah kertas 2 2014Guru Sejarah
 

More from Guru Sejarah (7)

Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014
Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014
Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
Set 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNS
Set 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNSSet 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNS
Set 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNS
 
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t4
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t4Lonjakan berfokus sejarah 2014 t4
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t4
 
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5
 
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5
Lonjakan berfokus sejarah 2014 t5
 
Tudingan spm sejarah kertas 2 2014
Tudingan spm sejarah kertas 2 2014Tudingan spm sejarah kertas 2 2014
Tudingan spm sejarah kertas 2 2014
 

Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta

  • 1. TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Aspek Perincian Markah Pengenalan 1. ( a ) Latar Belakang Demokrasi berparlimen di Malaysia. ( b ) Maksud demokrasi Berparlimen 5 markah Isi dan huraian 2. Ciri-ciri demokrasi berparlimen. i. Perlembagaan ii. Raja Berperlembagaan iii. Pilihan Raya iv. Kuasa Pemerintahan vi. Parti-Parti politik 25 markah 3. Soalan Menganalisis : Perlembagaan / Kuasa Pemerintahan / Raja Berpelembagaan / Pilihan raya i. Perlembagaan Melindungi Kepentingan Rakyat ii. Sistem Raja Berperlembagaan berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. iii. Kuasa Pemerintahan menjamin kestabilan negara iv.Sistem pilihan raya di Malaysia ( Dengan andaian salah satu topik akan keluar ) 30 markah 4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen 10 markah 5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. 10 markah
  • 2. 6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. 10 markah 7. Nilai-nilai murni 5 markah Kesimpulan 8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. a) Pengetahuan yang diperoleh b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil. 5 markah
  • 3. CONTOH JAWAPAN SOALAN 1 ( A ) – LATAR BELAKANG DEMOKRASI BERPARLIMEN Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja dan diketuai oleh Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. SOALAN 1 ( B ) – MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan, atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. SOALAN 2 – CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN a) Perlembagaan Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara. Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara. Terdiri daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mempunyai 183 perkara. Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama. Mempunyai institusi Yang di-Pertuan Agung, Parlimen,Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. b) Raja Berperlembagaan Maksud Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan ketua utama negara. Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan atas nasihat Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri kecuali perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
  • 4. c) Kuasa Pemerintahan Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu Badan perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. d) Pilihan Raya Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). e) Parti Politik Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik, untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti. Sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. Contoh parti UMNO untuk mewakili orang Melayu, parti MCA mewakili kaum Cina dan pati MIC mewakili orang India. 3. SOALAN MENGANALISIS I : PERLEMBAGAAN ( a ) Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi yang dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Perekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
  • 5. B ) – Kepentingan Perlembagaan Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah Negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada sebuah Negara. Rakyatnya yang memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotism dapat di bentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan Negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara ini. Tujuaannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identity Negara dan bangsa Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di Negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasan mereka disisi undang-undang. Perlembagaan Malaysia dalam perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Walau bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain. Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran Negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. C) – Pindaan Perlembagaan Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan Negara dan melicinkan urusan pentadbiran Negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
  • 6. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di Negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Negara kita. Antara pindaan terbesar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti ( kekebalan ) bagi Yang di Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah. Pindaan Perlembagaan terbahagi kepada 4 kaedah pindaan. Kaedah pertama dengan persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan Persetujuan Majlis Raja-Raja. Antara perkara pindaan ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, kewarganegaraan, keutamaan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-raja dan Yang di Pertua Negeri, Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan negeri. Kaedah kedua dengan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Antara perkara pindaan ialah keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah. Seterusnya hak dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah. Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen. Antara perkara pindaan yang tidak di sebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan Kaedah keempat ialah persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaan yang boleh dibuat ialah pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam perkara 74, parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Dalam perkara 76, parlimen boleh membuat undang-undang dalam senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana Negara lain. ii – RAJA BERPERLEMBAGAAN Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang Di-Pertuan Agung (YDPA) merupakan ketua negara dan mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman. YDPA merupakan satu daripada tiga unsur parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Selain itu, baginda merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. YDPA berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. Di samping itu, baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan majlis raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan raja-raja Melayu.
  • 7. Dalam pada itu, YDPA merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, YDPA mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga, mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. Selain itu, YDPA boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘ Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik peguam negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. YDPA mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita. (ms 168) III- KUASA PEMERINTAHAN ( A ) BADAN PERUNDANGAN Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang. Terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Mempunyai 69 orang ahli, 26 dipilih dari 13 buah negeri. Yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada individu yang member sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu. 2 orang pula dilantik mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ahli Dewan Negara digelar Senator dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya. Senator memegang jawatan bagi tempuh 3 tahun dan berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri. Dewan Rakyat Ahlinya dipilih melalui pilihan raya umum. Mempunyai 219 ahli yang mewakili semua kawasan pilihan di seluruh negara. Tempuh jawatan adalah 5 tahun. Tugasnya menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dikenali sebagai Akta, manakala yang digubal Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. Yang digubal di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dinamakan Ordinan. ( B ) - BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF) Kabinet (Jemaah Menteri)
  • 8. Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Kementerian Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial Negara kita. Pada masa ini terdapat dua puluh enam buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh timbalan menteri, setiausaha parlimen d an setia usaha politik. Seseorang menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio dan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri. Perkhidmatan Awam Perkhidmatan Awam di Malaysia di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan Kerajaan Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian pada kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Badan Berkanun Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Ia mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah lembaga pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Mereka mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Contoh nya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Suruhanjaya Ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan memantau disiplin kakitangan awam. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. ( C ) - BADAN KEHAKIMAN Mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman, manakala jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. .Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana.
  • 9. Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman. Tugas mahkamah pula mentafsir perlembagaan negara, mentafsir undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaan tertakluk pada badan perundangan atau parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid .Melalui sistem ini individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. IV – PILIHAN RAYA i – Fungsi SPR Fungsi SPR ialah menentukan sempadan-sempadan pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. SPR juga menubuhkan urus setia yang di ketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai ketua eksekutif dan ketua pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus Setia SPR diwajibkan mengikuti panduan dan dasar SPR. Tujuannya untuk memastikan pilihan raya di jalankan dengan efektif dan adil. ii. – Pilihan raya umum Pilihan raya umum di adakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan negeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia manakala di Sarawak dan Sabah pula diadakan secara berasingan. iii.- Pilihan Raya Kecil Pilihan Raya Kecil di adakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu. iv. Proses Pilihan Raya di Malaysia Proses pilihan raya Malaysia bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR. Hari penamaan calon dijalankan. Parti yang bertanding menyediakan manifesto dan pelancaran kempen pilihan raya di buat. Tempoh berkempen adalah 7 hingga 15 hari sahaja. SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi. Pada hari mengundi, pengundi diberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih di tempat pengundian. Pembuang undi dibuat oleh pengundi dengan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. Selepas tamat tempoh pengundian, pengiraan undi dijalankan. Pegawai pilihan raya akan membuat pengumuman keputusan pilihan raya pada hari tersebut.
  • 10. v. Syarat-syarat calon Pilihan Raya Syarat menjadi calon pilihan raya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang RM 2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon vi. Syarat Pengundi Seseorang yang layak mengundi namanya mesti didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia seseorang warganegara yang berumur 21 tahun bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya, dewan rakyat atau dewan undangan negeri boleh mengundi. Seorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi. BAHAGIAN KBAT 4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. JAWAPAN Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen kita seharusnya mendaftarkan diri sebagai pengundi atau pemilih dan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Selain itu, kita haruslah mematuhi undang-undang negara dan menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara. Kita juga tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian negara. Ibu bapa haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Semua rakyat haruslah setia kepada raja dan negara. Sebagai warganegara Malaysia, kita juga harus mengamalkan amalan agama masing-masing dan menghormati amalan agama kaum-kaum lain. Di samping itu, kita haruslah membina hubungan mesra antara kaum di negara kita. Sebagai warganegara kita juga haruslah bersedia menerima dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan.
  • 11. 5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. @ Bukti keberkesanan kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. @ Mengapakah Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen. JAWAPAN Antara kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalah dapat memilih pemimpin yang berwibawa. Selain itu, rakyat hidup dalam keadaan aman. Dalam masa yang sama, pembangunan ekonomi dapat berkembang dengan pesat. Selain itu, perpaduan antara kaum dapat dikekalkan. Dasar-dasar negara juga dapat diteruskan. Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkan. Rakyat juga boleh mengemukakan pandangan masing-masing. Demokrasi berparlimen memastikan pemimpin tidak berkuasa mutlak. Rakyat juga akan menjadikan perlembagaan sebagai panduan. Di samping itu, hak asasi rakyat terjamin. Selain itu, taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah dapat ditingkatkan dan prasarana luar bandar serta pedalaman dapat di perkasa. Akhir sekali, sistem demokrasi berparlimen juga dapat melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri. 6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. JAWAPAN Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah penyebaran isu-isu sensitif yang boleh mengganggu perpaduan kaum. Selain itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam negara turut berlaku. Kalangan generasi muda juga, tiada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Kebebasan media massa turut memberi kesan negatif terhadap keharmonian negara di samping campur tangan pihak luar. Akhir sekali, semangat cinta akan negara semakin luntur dalam diri generasi kini. Langkah-langkah untuk mengatasinya ialah melalui didikan ibu bapa tentang nilai-nilai murni dan pengukuhan pengetahuan agama sejak kecil. Selain itu, penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan media massa kepada pengguna yang tidak bertanggungjawab oleh pihak berwajib. Di samping itu, kempen kesedaran tentang tanggungjawab warganegara sebagai pengundi perlu diadakan. Masalah sosial yang melanda anak muda seperti penagihan dadah, ragut, merompak dan sebagainya perlulah ditangani segera. Akhir sekali, kerajaan perlu memperbanyakkan program kemasyarakatan dengan penglibatan pelbagai kaum.
  • 12. 7. Nilai dan iktibar terhadap pengamalan sistem demokrasi berparlimen. (5 markah) Nilai murni dan iktibar yang di peroleh dari pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalah, semangat cinta dan setia kepada raja dan negara serta patuh kepada perlembagaan dan undang-undang. Seterusnya kita harus menghormati pemimpin negara. Setiap rakyat Malaysia harus menyokong dasar-dasar yang telah dirancang oleh kerajaan. Kita juga perlu mewujudkan perpaduan antara kaum serta saling hormat menghormati dan bertolak ansur demi memantapkan sistem demokrasi berparlimen. Kesepakatan dan diplomasi antara pemimpin dan rakyat amat perlu untuk memelihara kepentingan bersama. 8. Kesimpulan keseluruhan a) Pengetahuan yang diperoleh b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil. Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan sistem yang terbaik kerana memberikan ruang kepada rakyat untuk membuat keputusan memilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil agar dapat membentuk kerajaan yang mantap. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara adalah kerjasama antara pemimpin dan rakyat dapat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Harapan saya, agar Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia.