Dokumentasi JPI Temburong

  • 2,550 views
Uploaded on

 

More in: Spiritual
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
2,550
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. DOKUMENTASI PEJABAT PENGAJIAN ISLAM DAERAH TEMBURONG TAHUN 1429H / 2008M
  • 2. PENDAHULUAN
    • Pejabat Pengajian Islam Daerah Temburong merupakan cawangan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. Fungsinya mula diperkenalkan mulai tahun 1993 setelah perubahan struktur pentadbirannya dipertingkatkan bersama dengan bangunannya yang tersendiri. Dalam perubahan struktur pentadbiran ini ianya diketuai oleh Pegawai Pengajian Islam Daerah (PPID).
  • 3.
    • Sebelum ini ianya dikenali dengan Bahagian Pelajaran Ugama dan penempatan pejabatnya dibawah Pejabat Ugama Temburong dengan diketuai oleh Nazir Sekolah-Sekolah Ugama Daerah Temburong.
  • 4.
    • Pejabat Pengajian Islam Daerah Temburong mula ditubuhkan pada tahun 1962 dibawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Ugama Temburong ditempatkan di Bangunan Bekas Rumah Kadi Daerah Temburong.
    SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT PENGAJIAN ISLAM DAERAH TEMBURONG
  • 5.
    • Pada tahun 1974 hingga 1984 Pejabat Pengajian Islam ditempatkan di Bangunan Gammon, Pekan Bangar Baru.
    • Pada 19hb. Julai 1984 hingga 2hb. Januari 1994 Pejabat Pengajian Islam berpindah ke Pejabat Hal Ehwal Ugama, Pekan Bangar Lama.
  • 6.
    • Pada 3hb. Januari 1994 hingga 29hb. Mei 2002 Pejabat Pengajian Islam berpindah ke Bangunan Kelas C, Pejabat Ugama Temburong.
    • Mulai 30hb. Mei 2002 hingga 31hb. Disember 2005 Pejabat Pengajian Islam di tempatkan di Bangunan Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Temburong, Kementerian Pendidikan.
  • 7.
    • Pada 1 hb. Januari 2006M hingga sekarang Pejabat Pengajian Islam berpindah ke Pejabat Hal Ehwal Ugama, Pekan Bangar Lama apabila Sekolah-Sekolah Ugama ditempatkan semula di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
  • 8. VISI
    • Kearah membentuk masyarakat yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa untuk kesempurnaan insan hidup di dunia dan di akhirat.
  • 9. MISI
    • Melahirkan pelajar yang kukuh aqidahnya berkepandaian dan berakhlak mulia melalui pendidikan Islam yang bersistem, berkualiti dan mantap bersandarkan Al Quran dan Al Sunnah.
  • 10. MATLAMAT
    • Meningkatkan kualiti pendidikan Islam secara formal dan tidak formal bagi pembinaan dan pembentukan insan yang taat berugama, berkepandaian, berakhlak mulia dan taat kepada Negara serta pemimpin bagi mendokong falsafah Negara Brunei Melayu Islam Beraja.
  • 11. FUNGSI PEJABAT PENGAJIAN ISLAM DAERAH TEMBURONG
    • Menjadi Pusat Pentadbiran bahagian Pengajian Islam khususnya hal ehwal guru-guru ugama dan sistem persekolahan ugama di daerah ini.
  • 12.
    • Menjadi penghubung antara cawangan jabatan-jabatan di daerah ini dengan Jabatan Pengajian Islam Pusat dan seterusnya kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
    • Menyelanggarakan majlis-majlis bercorak keugamaan disamping memberikan sumbangan tenaga kerja manusia dalam bidang-bidang keugamaan dan kebajikan.
  • 13.
    • Menjalankan urusan pentadbiran harian yang berhubung dengan pengurusan kakitangan pejabat.
    • Menyelanggara perkara-perkara yang berhubung dengan hal ehwal pelajaran ugama di daerah dari segi pemantauan, perkembangan dan kemajuannya.
    • Menyelaras aktiviti-aktiviti atau kegiatan-kegiatan keugamaan samada yang berupa rancangan diperingkat jabatan, daerah atau kebangsaan.
  • 14.
    • Mengawasi perjalanan sistem persekolahan ugama samada dari segi pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran atau peperiksaan.
    • Mengawasi perjalanan kewangan sekolah-sekolah ugama yang diterima melalui yuran sekolah dan sewa kantin.
    • Membekalkan peralatan kepada sekolah-sekolah ugama terutama yang berhubung dengan pembelajaran, kebersihan dan alat bantu mengajar.
  • 15. PERANAN PEJABAT PENGAJIAN ISLAM DAERAH TEMBURONG
    • Sebagai tempat rujukan kepada pegawai dan kakitangan dalam hal-hal yang berhubung dengan pentadbiran dan kebajikan mereka.
    • Mengawasi perjalanan pentadbiran sekolah-sekolah ugama dan guru-guru ugama yang berhubung dengan pentadbiran dan kebajikan mereka.
  • 16.
    • Bertanggungjawab dalam mengkaji, menyelidik dan merancang perkara-perkara yang berhubung dengan pelajaran ugama serta membuat cadangan-cadangan dan perakuan-perakuan mengenainya.
    • Mengawasi dan melaksanakan kegiatan-kegiatan yang bercorak keugamaan termasuk perayaan-perayaan keugamaan dan sambutan-sambutan di peringkat daerah.
  • 17.
    • Menyelaraskan dan mengendalikan peperiksaan-peperiksaan yang diadakan oleh jabatan seperti Peperiksaan Calon ke Sekolah Menengah Arab dan Sijil Sekolah-Sekolan Rendah Ugama (Unit Peperiksaan Daerah).
    • Mewakili pihak jabatan dan seterusnya kementerian dalam memberikan kerjasama kepada jabatan-jabatan lain di daerah apabila diperlukan.
  • 18.
    • Mengaturkan dan menyelaras dalam membekalkan tenaga manusia kepada masyarakat atau jabatan lain terutama dibidang keugamaan seperti kelas-kelas dewasa, bimbingan saudara-saudara baru, pengganti imam dan bilal dan lain-lain.
    • Sebagai cawangan jabatan yang akan mewakili pengarah dalam apa jua masalah yang berbangkit di peringkat daerah baik dari segi pentadbiran, pembelajaran, disiplin dan kerjasama antara jabatan-jabatan.
  • 19. STRUKTUR ORGANISASI BAHAGIAN PEJABAT PENGAJIAN ISLAM DAERAH TEMBURONG Pegawai Pengajian Islam Daerah Temburong (PPID) Nazir Sekolah Ugama Pembantu PPID [Pentadbiran] Pembantu PPID [Kegiatan] Pengawas Al-Quran Daerah Pegawai Di-Perbantukan Guru-Guru Kerani / Kakitangan
  • 20. AKTIVITI / PROGRAM PEJABAT PENGAJIAN ISLAM DAERAH TEMBURONG TAHUN 2008
    • Pemantauan awal persekolahan ugama.
    • Perjumpaan Guru-Guru Besar dan Ketua-Ketua Guru Ugama bersama Pegawai-Pegawai JPI.
    • Induksi guru-guru baru berkhidmat.
    • Kursus pentadbiran dan pengurusan fail.
    • Murattal Al Quran bagi guru-guru ugama lelaki dan perempuan.
    • Dikir sambutan Maulud Nabi.
  • 21.
    • Lawatan ke sekolah-sekolah ugama ke Daerah Brunei/Muara.
    • Jerayawara Sekolah-Sekolah Ugama dan Arab Daerah Temburong.
    • Bengkel pengajaran al-Quran secara efektif.
    • Kursus fardhu kifayah bagi guru-guru ugama lelaki dan perempuan.
    • Bengkel ke arah kesempurnaan ibadah sembahyang.
    • Bengkel Dikir Brunei.
    • Lawatan sambil belajar ke Jabatan Mufti dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).
  • 22. AKTIVITI / PROGRAM PEJABAT PENGAJIAN ISLAM DAERAH TEMBURONG TAHUN 2009
    • ‘ Tazkirah’ sempena Tahun Hijrah 1430.
    • Murattalil Quran.
    • ‘ At-taujih’ menangani kanak-kanak berkeperluan khas sempena Maulidur Rasul.
    • Transformasi dalam pengajaran pembelajaran sempena Israk dan Mikraj.
    • Seni Bacaan Al-Quran dan Cahaya Ramadhan.
  • 23. Keramaian Guru-Guru Mengikut Jawatan 2 orang Guru Ugama Terlatih – G1 142 orang JUMLAH KESELURUHAN 114 orang Guru Ugama Terlatih – G2 - Guru Ugama Terlatih Tingkat Khas – G5 1 orang Penolong Pensyarah – G7 2 orang Guru Sekolah Arab – G13/G11 2 orang Pegawai Ugama – G13 5 orang Pegawai Pelajaran Ugama – G13 16 orang Pegawai Pelajaran – G13 Jumlah Jawatan
  • 24. ANALISA PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA DARJAH VI TEMBURONG TAHUN 1428H / 2007M 84.35 % 97 115 JUMLAH 75.76 % 25 33 SU BOKOK (Petang) 100 % 1 1 SU NEGALANG 100 % 1 1 SU BOKOK (Pagi) 87.50 % 70 80 SU PG. MUDA MOHD. BOLKIAH PERATUS LULUS JUMLAH LULUS JUMLAH CALON SEKOLAH UGAMA
  • 25. ANALISA PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA DAERAH TEMBURONG TAHUN 2008M 89 % 678 758 JUMLAH 81 % 76 94 VI 91 % 124 136 V 84 % 114 135 IV 86 % 124 144 III 95 % 122 129 II 98 % 118 120 I PERATUS LULUS JUMLAH LULUS JUMLAH MASUK DARJAH
  • 26. ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA TEMBURONG 1428H / 2007M 93 % 617 667 JUMLAH 88 % 86 98 V 96 % 136 141 IV 82 % 135 164 III 99 % 132 134 II 98 % 128 130 I PERATUS LULUS JUMLAH LULUS JUMLAH MASUK DARJAH
  • 27. CARTA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA DAN SSSRU DH VI TEMBURONG TAHUN 2007M
  • 28. PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA TEMBURONG TAHUN 2008M JOHAN JOHAN TULISAN JAWI KATEGORI A KHAYYIRAH BINTI KAMSUL – SEKOLAH UGAMA PUNI NAIB JOHAN JOHAN TULISAN JAWI KATEGORI B NURIN JASLINA BINTI MAHARI – SEKOLAH UGAMA NEGALANG NAIB JOHAN JOHAN MEMBACA AL-QURAN KATEGORI B LELAKI MOHD. AKMAL BIN HJ. ALI – SEKOLAH UGAMA PUNI KETIGA JOHAN SYARAHAN TAFSIR AL-QURAN KATEGORI PEREMPUAN NURUL AMALINA ASHIKIN BINTI ALI – SEKOLAH UGAMA BOKOK (Sesi Pagi) KETIGA JOHAN SYARAHAN TAFSIR AL-QURAN KATEGORI LELAKI MD. SABRI YUNOS BIN MD. YUSOF – SEKOLAH UGAMA BOKOK (Sesi Pagi) PERINGKAT NEGARA PERINGKAT DAERAH PERADUAN NAMA MURID / SEKOLAH
  • 29. KETIGA JOHAN DIKIR SYARAFIL ANAM SEKOLAH PERSEDIAAN ARAB TEMBURONG JOHAN JOHAN TULISAN JAWI KATEGORI D NORHAFIZAH BINTI AJI – SEKOLAH UGAMA PUNI PERINGKAT NEGARA PERINGKAT DAERAH PERADUAN NAMA MURID / SEKOLAH
  • 30. PEPERIKSAAN PEMILIHAN CALON KE SEKOLAH ARAB DAERAH TEMBURONG 29 20 9 2000 14 8 6 2001 9 7 2 2002 11 6 5 2007 17 11 6 2003 10 6 4 2008 5 3 2 2006 8 5 3 2005 25 16 9 2004 JUMLAH PEREMPUAN LELAKI TAHUN
  • 31. SENARAI NAMA SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA DAERAH TEMBURONG TAHUN 1429H / 2008M
    • SEKOLAH UGAMA PG. MUDA MOHD. BOLKIAH.
    • SEKOLAH UGAMA BOKOK (Sesi Pagi).
    • SEKOLAH UGAMA BOKOK (Sesi Petang).
    • SEKOLAH UGAMA SELANGAN.
    • SEKOLAH UGAMA AMO.
    • SEKOLAH UGAMA PUNI.
    • SEKOLAH UGAMA SULTAN HASSAN BANGAR.
    • SEKOLAH UGAMA SULTAN HASHIM BATU APOI.
    • SEKOLAH UGAMA NEGALANG.
    • SEKOLAH UGAMA LABU ESTATE.
    • SEKOLAH UGAMA PIASAU-PIASAU.
  • 32. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
  • 33.
    • Mengetuai Pejabat Pengajian Islam Daerah Temburong dan bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pentadbiran harian pejabat termasuk menandatangai indent jabatan.
    • Menyelia pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Pendidikan Islam di Sekolah-Sekolah Rendah Ugama.
    • Menyelia dan menilai kualiti kerja Guru Besar, Ketua-Ketua Guru Ugama termasuk membuat pencerapan, menyediakan laporan, meneliti dan menilai prestasi pengajaran guru.
    HJ. RUSLI BIN HJ. MD. SALLEH PEGAWAI PENGAJIAN ISLAM DAERAH (PPID)
  • 34.
    • Mengkaji, menyelidik dan merancang perjalanan pengajaran dan pembelajaran ugama di sekolah-sekolah serta membuat cadangan mengenainya.
    • Bertanggungjawab dalam mengawal dan mengendalikan semua kegiatan yang bercorak keugamaan, perayaan-perayaan yang dijalankan di peringkat daerah.
    • Menjadi pengerusi bagi sebarang mesyuarat di peringkat daerah / kampong dan perkara-perkara yang berkait dengan jabatan.
    • Membuat lawatan ke sekolah-sekolah rendah, menengah dan kelas dewasa ugama serta menjadi tenaga pengajar dalam kursus / bengkel.
  • 35.
    • Menjadi penghubung antara jabatan-jabatan di daerah dengan pihak atasan (Pengarah Pengajian Islam).
    • Menjalankan apa jua arahan dari pihak jabatan / kementerian dari semasa ke semasa.
  • 36.
    • Membantu mengawasi perjalanan pengajaran dan pembelajaran ugama di sekolah-sekolah rendah, menengah dan kelas dewasa.
    • Mengendalikan urusan peperiksaan pelajaran ugama di sekolah-sekolah ugama termasuk menjumlah markah-markah peperiksaan.
    • Menyemak tuntutan elaun mengajar kelas dewasa dan kelas tambahan.
    • Mengawasi perjalanan wang yuran dan kantin sekolah.
    HJ. MD. YUSOP BIN HJ. OSMAN PEMBANTU PPID
  • 37.
    • Mengawasi dan mengawal peralatan pejabat, sekolah-sekolah termasuk buku-buku teks serta mengawasi buku simpanan peralatan sekolah.
    • Membuat lawatan ke sekolah-sekolah pada perkara yang berhubung dengan pengajaran, pengurusan dan pentadbiran sekolah.
    • Membuat penyata bulanan sekolah-sekolah sesi pagi, petang, rendah , menengah dan kelas dewasa.
    • Mengawasi kebajikan guru-guru dan kakitangan dalam hal-hal yang berhubung dengan bangunan dan kemudahan-kemudahan asas.
    • Menjalankan apa jua arahan dari pihak atasan dari semasa ke semasa.
  • 38.
    • Melawat ke sekolah-sekolah ugama, sekolah rendah dan menengah di peringkat daerah.
    • Membuat laporan bertulis kepada Ketua Unit Kenaziran hasil dari lawatan yang telah dijalankan.
    • Menyelia dan menasihati guru-guru berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
    • Memerhati dan menasihati guru-guru dalam perkara disiplin dan tata tertib.
    HJH. BARIZAH BINTI HJ. IBRAHIM UNIT KENAZIRAN DAERAH
  • 39.
    • Mempastikan guru-guru menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.
    • Memerhati dan mengawasi disiplin sekolah.
    • Mengawal dan mengawasi pelajaran Amali Ugama termasuk kegiatan Badan Amali Ugama.
    • Mengawasi dan mempastikan pelajaran Al Quran termasuk menjadi penghubung kepada Unit Al Quran.
    • Memanjangkan elaun guru-guru, kelas dewasa ugama dan kelas tambahan.
    • Mengendalikan urusan peperiksaan sekolah.
    • Mengawasi perjalanan yuran dan kantin sekolah.
    • Melaksanakan arahan-arahan daripada pihak yang berkenaan dari semasa ke semasa.
  • 40.
    • Bertanggungjawab dalam perlaksanaan dan perancangan kegiatan yang berbentuk keugamaan di daerah ini.
    • Melawat dan membantu sekolah dalam melaksanakan kegiatan pertandingan dan kursus kegiatan anjuran Jabatan Pengajian Islam di Sekolah-Sekolah Rendah dan Ugama di daerah ini.
    • Membuat laporan berkenaan dengan kegiatan, pertandingan, taklimat dan perkembangan kegiatan Unit Ko Kurikulum Jabatan Pengajian Islam bagi daerah ini.
    JEFRY BIN OTHMAN PEMBANTU PPID (KEGIATAN)
  • 41.
    • Menerima, menyemak dan meneliti tuntutan dari pihak sekolah dan luar yang berkaitan dengan kegiatan keugamaan di daerah ini sebelum menghadapkan Ketua Unit Ko Kurikulum dan Pelajaran Lanjutan Jabatan Pengajian Islam.
    • Bertugas sebagai AJK kerja jika sekiranya ada lantikan dari Ketua Unit KoKurikulum dan Pelajaran Lanjutan Jabatan Pengajian Islam ataupun jabatan lain di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
    • Mengawasi pembahagian peralatan, kemudahan dan hadiah bagi ko kurikulum di daerah ini.
  • 42.
    • Menjadi Pegawai khusus/penyelaras bidang tugas yang diamanahkan oleh Jabatan.
    • Melaksanakan sebarang arahan dari Ketua Unit Ko Kurikulum dan Pelajaran Lanjutan dan Pegawai atasan Jabatan Pengajian Islam dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
  • 43.
    • Memantau perjalanan, pengajaran dan pembelajaran Al Quran berlagu di sekolah-sekolah ugama yang telah ditetapkan.
    • Memberi bimbingan, nasihat, panduan dan sebagai pakar rujuk kepada semua guru Al Quran dalam pengajaran Al Quran berlagu.
    • Memantau dan memastikan perlaksanaan pengajaran Al Quran berlagu bagi Darjah III, IV, V dan VI di sekolah-sekolah di kawasan / daerah yang telah ditetapkan.
    HJH. SARIPAH BINTI HJ. ABAS PEGAWAI PENGAWAS AL-QURAN DAERAH
  • 44.
    • Memastikan tenaga guru-guru seni Al Quran digunakan sepenuhnya di sekolah-sekolah ugama bagi mengajar Al Quran.
    • Memberi cadangan terhadap peningkatan program pengajaran Al Quran berlagu di sekolah-sekolah ugama.
    • Membuat lawatan ke sekolah-sekolah ugama di kawasan / daerah yang telah ditetapkan, khusus bagi pengajaran dan pembelajaran Al Quran berlagu.
    • Mengaturkan jadual lawatan ke sekolah-sekolah ugama (di kawasan / daerah kawalannya) bagi memerhari dan memantau perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Al Quran berlagu.
  • 45.
    • Sebagai pakar rujuk kepada orang-orang awam yang telah menguasai seni tilawah Al Quran di kawasan / daerah kawalannya dengan menetapkan satu hari dalam seminggu bagi maksud tersebut.
    • Menyediakan maklumat / data / laporan mengenai perjalanan, perkembangan, pencapaian, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Al Quran berlagu untuk dihadapkan kepada Pengarah Pengajian Islam.
    • Tugas sampingan – terlibat dalam aktiviti keugamaan seperti menjadi tenaga hakim, penemuduga, pemeriksa dan seumpamanya serta menjadi tenaga pengajar kelas Al Quran / dewasa / seni tilawah Al Quran remaja jika diaturkan.
    • Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Pengarah Pengajian Islam dan Pegawai Pengajian Islam Daerah Temburong dari masa ke semasa.
  • 46.
    • Membantu urusan peperiksaan pelajaran ugama di sekolah-sekolah ugama termasuk menjumlah markah-markah peperiksaan.
    • Membuat lawatan ke sekolah-sekolah pada perkara-perkara yang berhubung dengan peperiksaan dan pengajaran di sekolah-sekolah ugama Daerah Temburong.
    • Merancang dan mengendalikan kursus / bengkel / lawatan bagi guru-guru ugama Daerah Temburong.
    • Mengawasi dan mengawal peralatan pejabat, sekolah-sekolah ugama termasuk buku-buku teks serta mengawasi buku simpanan peralatan pejabat.
    HJH. ROSMADAH BINTI HJ. ABU BAKAR PEGAWAI DIPERBANTUKAN
  • 47.
    • Melawat dan membantu pihak sekolah dalam memberikan taklimat / penerangan tatacara penyimpanan buku simpanan dan stok.
    • Menjadi tenaga pengajar program perkembangan staf bagi guru-guru ugama, kakitangan Pejabat Pengajian Islam dan Pejabat Ugama Daerah Temburong.
    • Memantau pelaksanaan Program 3K (Kesihatan, Kebersihan dan Keindahan) dan Program Mirhadh (Bilik Air Kering) Sekolah-Sekolah Ugama dan Arab Daerah Temburong.
    • Melaksanakan sebarang arahan dari pihak atasan Jabatan Pengajian Islam, Pegawai Pengajian Islam dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
  • 48.
    • Menjalankan tugas-tugas perkeranian pejabat terutama pentadbiran harian pejabat.
    • Membuat dan menyediakan baucer gaji hari pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan pejabat serta bonus tahunan.
    • Membuat dan menyediakan penyata bulanan Kelas Dewasa Ugama, tuntutan elaun perjalanan dan tuntutan mengajar sambilan (part-time).
    • Menerima dan menyediakan surat-surat pejabat untuk tindakan Pegawai Pengajian Islam berhubung dengan keperluan pelanggan.
    RODZIAH BINTI HJ. KARIM (KERANI)
  • 49.
    • Menaip dan menyediakan minit-minit mesyuarat, kertas-kertas kerja dan program-program.
    • Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pengajian Islam dari semasa ke semasa.
  • 50.
    • Membantu kerani dan menjalankan tugas-tugas perkeranian semasa ketiadaan kerani tingkat III.
    • Menaip dan menyediakan Penyata Bulanan Sekolah-Sekolah Ugama, Rendah dan Menengah.
    • Menaip kehasilan peperiksaan setengah dan akhir tahun serta kertas-kertas kerja.
    • Membuat salinan-salinan fotokopi bagi surat menyurat dan kertas-kertas kerja.
    • Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pengajian Islam dan Pembantu Pengajian Islam dari semasa ke semasa.
    ROSNANI BINTI WAHID (PEMBANTU KERANI)
  • 51.
    • Membantu kerani dan menjalankan tugas-tugas perkeranian semasa ketiadaannya.
    • Mengawasi hal ehwal failing dan penerimaan surat menyurat daripada Jabatan Pengajian Islam, Guru-Guru dan luar Jabatan.
    • Membuatkan dan menyediakan penyata kedatangan harian bagi pekerja gaji hari.
    • Membantu menyusun surat menyurat ke dalam fail.
    • Menjaga keselamatan peralatan pejabat.
    • Menjadi urusetia kepada jawatankuasa sambutan hari-hari kebesaran Islam dan kegiatan-kegiatan anjuran pejabat.
    • Menerima tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pengajian Islam dan Pembantu Pengajian Islam dari semasa ke semasa.
  • 52.
    • Membersihkan kawasan pejabat luar dan dalam.
    • Membersihkan peralatan pejabat.
    • Membersihkan dalam Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar 2 kali seminggu.
    • Membantu kerani tugas yang mudah.
    • Menyediakan minuman bila ada mesyuarat.
    • Membersihkan semua bilik-bilik dibawah kawalan Pejabat Pengajian Islam Temburong sebanyak 3 kali sehari.
    • Membersihkan bilik mesyuarat bersama-sama pembersih Pejabat Ugama Temburong.
    HJH. ZAITON BINTI SALLEH (PEMBERSIH)