• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Wrer
 

Wrer

on

  • 7,513 views

 

Statistics

Views

Total Views
7,513
Views on SlideShare
7,513
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
64
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Wrer Wrer Document Transcript

    • TAMADUN ISLAM : TEMA 2-PENTADBIRAN ISLAM DI INDIA PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - SILA AMBIL NOTA INI. BACA DAN FAHAMKAN Bandingkan struktur pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Delhi dengan Kerajaan Moghul di India. Pendahuluan: • Dua buah kerajaan Islam di India yang terkenal ialah Kesultanan Delhi (1206-1526M) dan Kerajaan Moghul (1527-1875M). • Pemerintah yang terkenal ialah Alaudin Khilji dan Tughluq bagi Kesultanan Delhi dan Akbar serta Aurangzeb bagi kerajaan Moghul. • Kesultanan Delhi diasaskan oleh Qutbubuddin Aibak/Aibek yang mengandungi enam buah dinasti seperti Dinasti Mamluk, Khilji, Tughluq, Syeid, Lodi dan Suri selama hampir tiga abad dengan pusat pemerintahannya di Delhi • Kerajaan Moghul pula diasaskan oleh Baber Babur dan mencapai zaman kegemilangan semasa zaman pemerintahan Babur, Akbar dan Aurangzeb. • Kerajaan Moghul jatuh ke tangan British selepas kematian Aurangzeb. Isi: A. Bentuk dan Sistem Pemerintahan i. Kerajaan Delhi · Berbentuk kerajaan berpusat di Delhi dan pemerintah tertingginya mempunyai kuasa autokrasi atau mutlak dalam pemerintahannya. · Sistem pemerintahan berbentuk teokrasi dan perlembagaan Negara berdasarkan al Quran dan hadis. · Golongan bukan Islam dikenakan jizyah sebagai jaminan perlindungan hak dan kebebasan. · Bentuk pemerintahannya dipengaruhi oleh Kerajaan Abbasiyah, Parsi, Turki dan India. · Sistem pentadbiran mempunyai unsur asimilasi antara pengaruh Islam dan India. · Mengamalkan pewarisan takhta. ii. Kerajaan Moghul · Menjalankan pemusatan kuasa dan pentadbiran wilayah yang dilaksanakan pada zaman Akbar dan Aurangzeb.
    • · Pada zaman Akbar , golongan bukan Islam diberi kelonggaran persamaan hak dengan orang Islam untuk mengisi jawatan penting. · Akbar juga menghapuskan bayaran jizyah dengan alasan mewujudkan keadilan dalam pemerintahannya. · Manakala pada zaman Aurangzeb, baginda menghadkan orang Hindu dalam jawatan kerajaan termasuk ketenteraan dan kehakiman. · Takhta kerajaan adalah berasaskan sistem pewarisan. B. Pemerintah/Ketua Negara i. Pemerintah Delhi · Bergelar Sultan yang memerintah secara mutlak. · Sultan bertanggungjawab menjalankan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam yang lain seperti kerajaan Bani Abasiyah. · Sultan dibantu oleh pegawai-pegawai yang dilantik untuk melicinkan pemerintahan ii. Pemerintah Moghul · Bergelar Sultan / Maharaja (Akhbar) Sultan memerintah secara mutlak. · Memiliki kuasa mutlak · Akhbar mengasingkan politik daripada agama dan menghapuskan perbezaan berasaskan agama dan bangsa namun pemerintahan Aurangzeb cuba menjadikan seluruh India sebagai Negara Islam yang mengamalkan mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah. · Sultan dibantu oleh pegawai untuk melicinkan pemerintahan. C. Organisasi Pentadbiran i. Kerajaan Delhi · Sultan adalah pentadbir tertinggi dalam kerajaan Delhi. · Baginda dibantu oleh Badan eksekutif yang diketuai oleh Amir di setiap wilayah sebagai wakil Sultan. · Seorang Menteri yang berkuasa dalam perbendaharaan Negara dilantik untuk membantu Amir. · Wazir ialah menteri kanan kepada Sultan yang mengetuai jabatan-jabatan dalam pentadbiran Negara. · Terdapat Majlis I-Khalwat dan Bari I-Khas yang bertanggungjawab mengawal jenayah. · Ketua hakim digelar Qadhi Al-Qudhat yang mengetuai urusan kehakiman berlandaskan
    • syariaat Islam dengan dibantu oleh mufti. · Urusan kewangan Mazhab Hanafi dijadikan sumber rujukan dalam pengutipan cukai Jizyah dan Kharaj. · Sultan Muhammad Tughluq telah menubuhkan jabatan pertanian bagi menguruskan tanah pertanian, menyusun jabatan cukai, membuat rekod hasil tanah dan menaikkan cukai untuk menambah pendapatan Negara. · Terdapat asimilasi sistem pentadbiran antara pengaruh Islam dan kerajaan Hindu tempatan. ii. Kerajaan Moghul · Akhbar mewujudkan satu sistem pentadbiran yang tersusun yang dikenali sebagai Mansabdar. · Mansabdar bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran awam. · Mansabdar juga ditugaskan memerintah dan melengkapkan pasukan tentera diraja yang terdiri daripada 33 batalion tentera. · Mewujudkan jabatan yang membantu Sultan, contoh Perdana Menteri (Wakil), Menteri (Wazir), Ketua tentera (Khan qanan), Kadi besar (Muhtasib) dll. · Di peringkat daerah pentadbiran diuruskan oleh Faudjar yang bertindak sebagai pemungut cukai, mengawal jenayah/ kecurian dan menguasai tentera di daerahnya. · Zaman Aurangzeb baginda melantik kadi dan mufti untuk menjalankan pengadilan bagi orang Islam dan hindu dengan diawasi oleh hakim besar. D. Dasar Perluasan Wilayah i. Perluasan empayar Delhi · Wilayah kekuasan Islam meliputi 24 wilayah termasuk Deccan, (di bahagian tengah India) · Alauddin Khilji berjaya menawan 4 buah kerajaan hindu (dinasti Yadava, Tengana,Hoysala dan Pandya) · Meletakkan wilayah baru di bawah penguasaan Islam. ii. Perluasan empayar Moghul · Perluasan wilayah telah berlaku sejak zaman Babur.( Berjaya memerangi kerajaan- kerajaan Hindu tempatan) · Maharaja Akhbar membina empayar Moghul yang meliputi bumi Hindustan bermula dari banjaran Himalaya hingga Nawada di bahagian Selatan. · Untuk memastikan penguasaan terhadap wilayahnya beliau telah melantik wakil-wakil
    • pemerintah untuk mengelakkan pemberontakan. Penutup Kerajaan Delhi dan Moghul berjaya mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam di India yang meliputi bahagian utara dan tengah India selama hampir 6 abad. ( 1206-1875M ) [ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ] Posted by Cikgu Rashman at 6/21/2009 04:12:00 PM 0 comments .....Kalau MPM nakkan soalan ini lah !!! ) PANDUAN MENULIS 1. Buat dalam bentuk esei. ( Rujuk cara penulisan esei STPM yang betul dalam blog ini ). 2. Buat rujukan berdasarkan blog ini dan buku rujukan lain. Semua soalan dan skema ada dalam blog. Anda cuma perlu murnikan saja : kembangkan idea dalam bentuk jawapan esei lengkap. 3. Kulit hadapan mesti mengandungi butiran berikut : Nama Pelajar, nama guru, nama sekolah dan Tingkatan/kelas. 4.Hantar tugasan pada minggu pertama persekolahan Januari 2009. 5.Jika ada sebarang kemusykilan, sila emel kepada saya : rashman2u@yahoo.com ______________________________________________________________________ SOALAN LATIHAN TAMADUN DUNIA( TEMA 1 -3 ) 1. Bincangkan peranan sungai dalam pembentukan dan perkembangan tamadun awal dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai daripada tamadun awal. 3. Huraikan sistem pemerintahan Beraja dalam tamadun Mesopotamia.
    • 5. Bincangkan cara-cara pemerintah mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan I pemerintahan empayar di Alam Melayu. OK itu saja. Buat dengan sungguh-sungguh. Jawapan boleh ditaip komputer atau tulisan tangan. Selamat menjawab soalan........ Labels: SOALAN LATIHAN Saturday, 27 October 2007 Panduan STPM 2007 BAHAGIAN A ( TAMADUN DUNIA ) 1. Alam sekitar amat mempengaruhi kehidupan dan pembentukan masyarakat berkebudayaan pada zaman prasejarah. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk contoh-contoh yang sesuai. Pengenalan 1. Ahli kaji purba telah mengenal pasti beberapa tapak pra-sejarah di benua Afrika ( kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan ), Eropah Barat ( Perancis dan Sepanyol Utara ), Asia ( Choukoutien, China Utara – Pithecanthropus Pekinensis ) dan Jawa. Bekas fosil manusia serta alat perkakas, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama dikaji dan menjadi asas corak kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene. 2 Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi. 3. Zaman Paleolitik dan Mesolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini
    • ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama. Isi 1. Pengaruh alam sekitar kepada penempatan masyarakat Paleolitik. Mereka berpindah randah/ nomad disebabkan pada tahap Plestosen di mana muka bumi dilitupi ais/air batu. Ini membolehkan manusia berpindah randah dalam lingkungan yang luas. Apabila berlaku pencairan air batu, beberapa kawasan daratan telah ditenggelami air. Cara hidup nomad juga disebabkan oleh keperluan mencari bahan makanan. Dalam masa yang sama kewujudan gua-gua dan sungai-sungai turut mempengaruhi pembinaan petempatan. Pada zaman Neolitik manusia mula membina petempatan yang tetap dan seterusnya wujud kampung-kampung sebagai petempatan awal. 2. Pengaruh alam sekitar dalam menghasilkan peralatan seharian. Pada zaman paleolitik manusia menggunakan batu-batu dan tulang-tulang haiwan sebagai peralatan seharian. Pada zaman neolitik terdapat penggunaan tembikar dan pada zaman logam mereka mula menggunakan logam untuk membuat senjata. Perkembangan dalam bidang pertanian pula membawa kepada penciptaan teknologi pertanian seperti cangkul,bajak, roda, dll. 3. Pengaruh alam sekitar dalam aktiviti ekonomi. Pada zaman Paleolitik manusia memperoleh bahan-bahan makanan berdasarkan sumber alam semata-mata seperti menerusi kegiatan berburu, menangkap ikan dan memungut hasil-hasil hutan. Pada zaman neolitik manusia mula menghasilkan bahan-bahan makanan menerusi kegiatan pertanian dan penternakan. 4. Pengaruh fenomena alam × suhu yang sejuk mempengaruhi pembuatan pakaian dengan menggunakan kulit/bulu haiwan × Pengalaman kebakaran dari kejadian petir mendorong penciptaan alat untuk menghasilkan api. 5. Alam mempengaruhi lahirnya satu bentuk kepercayaan agama dalam diri manusia. Kehidupan berlegar di sekeliling alam sekitar bergantung kepada sumber tersebut menyebabkan percaya benda di sekeliling mereka mempunyai semangat yang harus dihormati. Hutan, pokok gunung matahari, laut angin dan sebagainya mempunyai semangat atau penjaga yang harus dihormati dan dipelihara agar tidak merasa marah. Jika sebaliknya kehidupan mereka akan menjadi sukar atau ditimpa bencana. Lahirlah upacara-upacara pemujaan, tarian atau persembahan agar semangat baik kekal melindungi mereka.
    • 6. Pengaruh dalam sistem perhubungan. Pemilihan tempat tinggal yang berdekatan dengan sungai dan laut dipengaruhi oleh keperluan perhubungan. Kesimpulan Apa sahaja yang berkaitan 2. Jelaskan konsep tamadun. Huraikan bagaimana ahli-ahli arkeologi membuktikan wujudnya sesebuah tamadun awal manusia yang terdapat di lembah- lembah utama di dunia Pengenalan - Sebelum munculnya tamadun awal manusia terdapat kelompok- kelompok masyarakat yang berselerak di merata- rata tempat , menunjukkan bentuk – bentuk kebudayaan , kebendaan dan kerohanian yang berbeza . Semasa zaman neolitik terdapat perbezaan – perbezaan yang di sebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur- unsur kehidupan . - Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap neolitik . Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang jauh lebih kompleks daripada perkampungan sebelumnya . Isi A). Konsep Tamadun - Tiada satu konsep dan takrifan yang muktamad . Salah satunya takrifnya oleh Gordon Childe , seorang ahli arkeologi Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya , tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian dari dan persekitarannya . Pada tahap itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan , interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan ‘cultural potential’ untuk kehidupan yang lebih sempurna , pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan , kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni , sains dan teknologi - Contohnya masyarakat Mesir dan Sumeria menjadi lebih teratur apabila suatu bentuk kerajaan timbul dengan munculnya golongan paderi yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya manakala agama di gunakan sebagai kuasa untuk mengawal golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi - Selain itu , terdapat pula ahli arkeologi menjelaskan konsep tamadun melalui pembinaan bangunan - bangunan untuk memenuhi fungsi agama , sosial , politik dan ekonomi dan tulisan untuk merekodkan pengalamannya untuk kegunaan jangka masa panjang . Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir mereka
    • B). Cara ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal manusia 1. Melalui kaedah cari gali · Ahli arkeologi dapat membuktikan kewujudan tamadun tamadun awal melalui kaedah cari gali atau ekskavasi ( Excavation) . Ini dapat dilihat melalui kaedah tinjauan dan kaedah cari gali di tapak- tapak yang di kenal pasti sebagai tapak arkeologi . Kaedah cari gali ini adalah melalui plot atau trench 2 x 2 meter , penggunaan alat seperti scraper , penapis , berus ,dan sebagainya · Melalui kaedah cari gali ahli arkeologi dapat menemui artifak-artifak seperti serpihan tembikar , tulang binatang , rangka manusia , bangunan lama dan sebagainya . Bagi menentukan usia atau tempoh artifak sebagai bukti kewujudan tamadun , ahli arkeologi menggunakan kaedah atau sejenis alat yang dikenali sebagai radio carbon dating atau “ C14” 2. Penemuan arkeologi · Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tinggalan – tinggalan arkeologi . Penemuan arkeologi ini adalah bukti yang paling penting dan jelas dapat menentukan di satu- satu tempat itu pernah wujud . Penemuan arkeologi dapat dibahagikan kepada 3 jenis seperti artifak , inskripsi dan monument · Artifak merupakan tinggalan sejarah yang kecil atau halus yang di temui di tapak arkeologi seperti serpihan tembikar , manik – manik , fosil – fosil , kapak batu dan lain- lain . Inskripsi pula merupakan tinggalan arkeologi yang bersifat sederhana besar dan mempunyai catatan yang tertentu seperti batu nisa , perkuburan , batu bersurat dan sebagainya . Monumen pula merujuk kepada tinggalan sejarah yang berbentuk bangunan seperti runtuhan istana , kuil atau rumah berhala , tugu peringatan dan sebagainya. · Contohnya kewujudan tamadun Mesir melalui penemuan artifak dan monument purba seperti pyramid , kuil – kuil , istana firaun , sphinx dan sebagainya 3. Penemuan sains dan teknologi · Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun awal adalah melalui tinggalan – tinggalan sains dan teknologi yang di capai oleh masyarakat lampau . Kebanyakan masyarakat lampau sudah menguasai ilmu Sains tinggi seperti dalam bidang kejuruteraan bangunan , perubatan , matematik , astronomi , fizik ,kimia dan sebagainya · Ini secara tidak langsung mereka berjaya menghasilkan ciptaan – ciptaan sains dan teknologi untuk meningkatkan tamadun mereka yang kemudian menjadi lambang atau simbol kehebatan sesebuah tamadun · Misalnya Orang Mesir terkenal dalam kimia , perubatan , kejuruteraan dan astronomi yang membolehkan ahli sejarah menemui tinggalan seperti pyramid , sphinx dan
    • “mumia” .Tamadun Hwang Ho dibuktikan melalui penemuan sains dan teknologi seperti tinggalan bangunan purba , kertas , jade , kompas dan sebagainya. 4. Penemuan tapak – tapak kota atau bandar purba · Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tapak- tapak kota atau bandar purba yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kelengkapan . Antaranya seperti Istana , Rumah ibadat , kubu pertahanan , bangunan pentadbiran , tugu peringatan dan sebagainya .Tapak- tapak kota ini adalah berbentuk monument yang lengkap .Bahkan penemuan ini, mengikut ahli arkeologi sebagai lambang keagungan sesebuah tamadun awal seperti Mesir , Sumeria , Indus dan lain lain · Contohnya arkeologi menemui tapak kota purba Harappa dan Mohenjo daro sebagai bukti wujudnya tamadun Indus di Lembah Sungai Indus pada tahun 300sm .Tamadun Sumeria melalui tapak kota purba Babylon di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates 5. Sistem tulisan · Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal juga melalui penemuan sistem tulisan yang terdapat pada tinggalan arkeologi seperti batu bersurat , tugu peringatan , istana ,kuil , surat perjanjian dan sebagainya . Tulisan mengikut Darcy Riberio adalah lambang dan manifestasi sesuatu bangsa. · Bentuk tulisan yang terawal adalah dari bentuk simbol – simbol atau lambang yang di cantumkan menjadi maksud tertentu .Antaranya tulisan yang terawal seperti hieroglif (Mesir) Cuneiform ( Sumeria) Ideogram(Hwang Ho) Phoenicia (Yunani) dan sebagainya . Bentuk tulisan purba ini ditemui pada batu- batu bersurat , tugu peringatan , rumah -rumah ibadat , kubur , bangunan dan sebagainya . · Contohnya ahli arkeologi dapat mengkaji perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai “Rosetta Inscription” dan tulisan- tulisan yang terdapat pada dinding pyramid. 6. Aktiviti Ekonomi · Ahli arkeologi dapat juga membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tinggalan-tinggalan yang berkaitan dengan ekonomi masyarakat purba .Antaranya melalui sistem pertanian , perdagangan , mata wang , pengangkutan dan sebagainya · Contohnya tamadun Sumeria sering dikaitkan dengan aktiviti perindustrian tekstil dan senjata , kejayaan mencipta kenderaan beroda yang dikenali “chariot” , penggunaan kapal layar dan lain- lain .Tamadun Rom dapat di kesan melalui penemuan artifak yang ada kaitan dengan ekonomi seperti wang syiling emas dan perak dan sebagainya
    • 7. Agama dan Kepercayaan · Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun melalui agama dan kepercayaan . Ini kerana setiap tamadun atau masyarakat awal mempunyai agama masing -masing . Biasanya mereka juga akan meninggalkan kesan -kesan ekonomi yang dapat menjadi bahan kajian kewujudan tamadun mereka .Antaranya seperti tinggalan rumah ibadat seperti kuil , berhala , patung dewa atau tuhan , tempat pemujaan dan penyembahan , alat- alat penyembahan dan sebagainya . Kebanyakan bukti- bukti dijadikan bahan rujukan utama kepada ahli arkeologi untuk mengkaji pemikiran budaya , cara hidup , nilai sosial , adapt dan sebagainya · Contohnya Tamadun Sumeria dapat di kaji penemuan rumah berhala yang dikenali sebagai “ziggurat” yang merupakan bangunan berbentuk pyramid tujuh tingkat , tamadun Mesir melalui penemuan kompleks kuil dan patung dewan di bandar keagamaan purba Mesir di Kernak dan Memphis dan sebagainya Kesimpulan : Apa-apa yang berkaitan 3. Kewujudan Organisasi Sosial di Lembah Indus dan China agak unik berbanding dengan tamadun-tamadun lain. Bincangkan ciri-ciri Organisasi Sosial kedua-dua tamadun berkenaan bagi membuktikan pencapaian ketamadunan masyarakat tersebut. Pengenalan Definisi Organisasi Sosial - Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan ,gaya hidup, pekerjaan ,dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa, harta ,penilaian sosial, dan kepuasan rohani. - Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang
    • bertanggungjawab mengeluarkan hasil- hasil ekonomi negara. - Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegiatan ekonomi. - Lokasi Tamadun Indus dan China boleh dikemukakan. Isi A) Organisasi sosial di Lembah Indus dan kepentingannya 1. Golongan Pendeta - Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja, maka tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan pendeta yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat dengan tuhan ataupun dewa. - Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang –undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka. - Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi, kerana institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba. - Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang. - Dari segi sosial pula, tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya. 2. Golongan Pedagang - Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam masyarakat di lembah Indus. Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri sama ada golongan buruh yang merdeka atau hamba. - Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan perdagangan yang dijalankan oleh mereka adalah bebas , iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai. - Para pedagang ini juga mempunyai cop-cop mohor yang mempunyai lambang bercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti 3 Golongan bawahan - Sebagaimana yang dinyatakan diawal tadi, golongan bawahan masyarakat dilembah Indus terdiri daripada golongan petani,buruh dan hamba - Golongan petani biasanya tinggal dirumah-rumah keci ataupun yang disediakan oleh golongan pedagang, biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik.
    • - Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para pendeta. - Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar bijirin, membina tembok, dan menenun kain. - Manakala kerja-kerja seperti mengumpul, menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba. 4. Kedudukan Organisasi Sosial selepas kedatangan orang-orang Aryan - Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat di sini kini dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini mengklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan mereka. - Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang berurusan dalam soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik dan pemerintahan - Golongan kedua pula kastria yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi musuh tatkala diancam - Seterusnya pula golongan Vaisya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang - Manakala kasta yang paling rendah di antara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya merujuk kepada golongan petani - Kasta- kasta yang diamalkan di sini amat rigid, menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan bawahan adalah amat terbatas B) Organisasi sosial masyarakat China 1. Golongan raja - Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China, merupakan sumber kekuasaan dan mempunyai ‘supreme authority’ sebagaimana peranan firaun di Mesir. - Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara; segala arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan ,menjadi ketua agama, ketua kerajaan dan hakim ,mengetuai upacara agama, melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayaan, dan juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran - Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat dari tuhan atau syurga seandainya berlaku bencana alam seseorang raja itu harus ditukar sama ada secara baik ataupun melalui pemberontakan - Pun begitu kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda, biasanya golongan aristokrat atau bangsawan dalam masyarakat China. 2 .Golongan Aristokrat - Merupakan pembantu utama raja, dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem politik dan sosial masyarakat China - Pada zaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk
    • alat2 ritual dan senjata - Sesuai dengan tarafnya, golongan ini membina rumah kediaman berhampiran rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan - Pada zaman Dinasti Chao golongan ini amat berpengaruh, mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu 3. Golongan yang diperintah - Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan kepada 4 kelas, kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku - Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu, maka tidak hairanlah golongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat - Golongan inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti confuciunisme, taoisme, legalisme, moisme, dan monciusme. - Golongan yang kedua terpenting dalam masyarakat china yang menjadikan organisasi di sini agak unik ialah petani. Mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan manusia. - Kelas seterusnya ialah golongan artis @ tukang-tukang yang mahir yang bertanggungjawab menghasilkan monumen – monumen tertentu. - Akhir sekali dalam kelas masyarakat ini ialah golongan pedagang yang diletakkan di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat, tidak seperti kawasan lain tetapi tidak dipandang tinggi oleh masyarakat. - Bagi masyarakat china selain pedagang dipandang rendah satu lagi kumpulan yang lebih hina kedudukannya iaitu terdiri daripada pelakon, pelacur serta hamba tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat. - Ditinjau dari aspek kekeluargaan pula golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan. Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki, hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri Kesimpulan : Apa-apa yang berkaitan - Mana- mana yang sesuai. 4. Bincang secara kritis Kod Undang-undang Hammurabi dari tamadun Mesopotamia dan Undang-undang Islam pada Zaman Rasulullah s.a.w. Pendahuluan
    • 1. Sejarah ringkas perkembangan undang-undang Mesopotamia. × dijalankan berdasarkan common law. 2. Sejarah ringkas perkembangan undang-undang Islam × bermula sejak tahun 1610M × berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Isi Kod Undang-undang Hammurabi dan Undang-Undang Islam 1. Undang-undang Pentadbiran Undang – Undang Hamurabi : × kod undang-undang Hammurabi-Masyarakat dibahagi kepada 3 kelas merdeka, miskin dan hamba( Awelu, Mushkenu, dan Wardu) × hukuman dan denda berdasarkan status sosial pesalah . Undang-undang Islam : × menekankan kebebasan dari segi pentadbiran iaitu pemerintah dilarang bersifat zalim. × prinsip persamaan dan keadilan undang-undang × kebebasan dan tanggungjawab pemerintah dan diperintah. × sistem Syura iaitu hak pemerintah dan rakyat. 2. Undang-undang keluarga Undang – undang Hammurabi × isteri curang dihukum bunuh. Hukuman dikurangkan jika suami memaafkan. × isteri berkelakuan tidak senonoh akan diceraikan tanpa ganti rugi. × isteri yang mandul diceraikan. × suami dibenarkan berkahwin lain jika isteri berpenyakit. × suami mesti menjaga isteri yang sakit. × harta simati hanya boleh dibahagikan kepada anak lelaki. × isteri dibenar memiliki harta suami. × Suami membayar dowry semasa kahwin Islam × mengiktiraf hak wanita × Kedudukan wanita dimuliakan dan diberi perlindungan × Berhak memiliki harta dan kebebasan bersuara 3. Undang-undang jenayah Kod undang-undang Hamurabi - mengenakan hukuman berat ke atas perompak. contoh hukuman bunuh dikenakan ke atas perompak di tempat kejadian atau dibuang terus ke dalam api
    • Islam × menitikberatkan konsep ganjaran atau pampasan yang sama iaitu membunuh dihukum bunuh setelah diadili, dibicarakan dan berdasarkan saksi lelaki yang tidak fasik. 4. Undang-undang sivil Hamurabi × menekankan peraturan memelihara hak pengguna × peniaga dan pedagang mesti menjaga mutu barangan dan perkhidmatan. Islam × Menulis perjanjian perniagaan dan merekod urus niaga × peruntukan perniagaan antara bangsa. × kewajipan menjaga keamanan negara bukan peperangan. Kesimpulan Apa-apa sahaja yang berkaitan 5. Dengan merujuk kepada tamadun Melayu dan Mesopotamia, bincangkan perkembangan sistem pentadbiran pusat dan wilayah. Pendahuluan Jelaskan konsep sistem pemerintahan dan pentadbiran - Nyatakan bentuk – bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh tamadun- tamadun ini Isi Jawapan A). Tamadun Melayu 1. Pentadbiran Pusat - Sultan atau raja pemerintah tertinggi- mempunyai kuasa suci dan berdaulat. Konsep devaraja - Raja jelmaan dewa dewi. Raja sebagai penaung rakyat, pemimpin perang, menjalinkan hubungan diplomatik dan lambang kesatuan dan kebesaran negeri. - Pembesar 2 menerima kewibawaan untuk memerintah-memberikan taat setia. - Kedudukan raja dikukuhkan melalui konsep daulat (jelaskan) dan dikaitkan dengan keturunan Raja Iskandar Zulkarnain - Dalam pentadbiran sultan dibantu oleh jemaah penasihat-golongan bangsawan. Pembesar diberikan wilayah jajahan dan menjalankan pentadbiran seperti keadilan, pemerintahan dan pengutipan cukai. - Pembesar mempunyai hak mengerahkan rakyat menjalankan kerja seperti membina jalan raya, parit, dan berkhidmat sebagai tentera. - Dalam pentadbiran raja dibantu oleh Majlis Tertinggi- Bendahara, Temenggung,
    • syahbandar dan Penghulu Bendahari. Ahli majlis juga terdiri daripada Bentara dan Hulubalang. - Peranan dan tugas pembesar utama seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari, Syahbandar dan penghulu perlu dijelaskan. - Di Kedah, Perak dan Pahang pembesar dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Orang Besar Berlapan, Orang Besar 16 dan Orang Besar 32. 2. Pentadbiran Wilayah - Empayar Melaka meliputi seluruh Semenanjung TMelayu dan Sumatra kecuali Aru dan Pasai. - Terdapat 3 kumpulan pentadbiran di Melaka : Melaka sebenar (pusat pemerintahan) ,kawasan Takluk (jajahan) dan kawasan Uftian (pegangan) - Pemerintahan di kawasan jajahan takluk adalah raja tempatan, anak2 tempatan, anak2 raja dari Melaka dan Mandalika. Pemerintahan jajahan takluk menyerahkan ufti, tenaga manusia dan ketenteraan serta menghadap raja hari2 kebesaran. B). Tamadun Mesopotamia (10M) 1. Pentadbiran Pusat - struktur pentadbirannya teratur dan diketuai oleh raja. Zaman Dinasti Awal ketua negara kota dikenali sebagai Ensi (gabenor). Raja dipilih oleh dewa negara kota dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. - Raja berperanan sebagai panglima tentera, ketua pendeta dan ketua hakim. Untuk melicinkan pentadbiran raja dibantu oleh pesuruhjaya, ketua penyelia dan jurutulis. - Zaman Ur ke 3, pemerintahan pusat jawatan pegawai tertinggi di peringkat pusat (sukkal- mah) berperanan sebagai canselor. - Zaman Hamurabi langkah-langkah sosial, pentadbiran dan keagamaan diambil untuk mengukuhkan kerajaan pusat. Beliau mengamalkan dasar kekerasan dan kesederhanaan. - Gabenor-gabenor provinsi/wilayah dikawal ketat dan segala tindakan mesti dimaklumkan kepada kerajaan pusat. - Zaman Assyria- raja berkuasa mutlak dan berkuasa dalam bidang keagamaan dan pentadbiran. Raja melantik gabenor provinsi, ketua pendeta dan panglima perang di kalangan bangsawan. - Pegawai2 kerajaan bertindak sebagai ketua Komander, pengawas istana, pemegang mohor diraja bertindak sebagai penasihat kerajaan pusat. 2. Pentadbiran Wilayah - zaman Ur, empayar dibahagikan kepada 40 provinsi/wilayah yang ditadbir oleh Ensi. Ensi dilantik oleh raja dan boleh ditukar dari wilayah ke wilayah lain. Wilayah tiada kuasa autonomi(kuasa untuk memerintah sendiri) dalam bidang pemerintahan. Ia tertakluk kepada arahan kerajaan pusat. - Raja melantik sakkana di bandar-bandar Uruk, Mari dan berberperanan sebagai gabenor dan panglima tentera. Wilayah dikehendaki membayar ufti tahunan dan ensi-ensi dikehendaki membekalkan binatang ternakan untuk dikorbankan dalam upacara-upacara keagamaan. - Zaman Hamurabi, gabenor-gabenor wilayah diawasi dan dikawal oleh kerajaan pusat. Hak memungut cukai dan mengendali kes-kes kecil diberi kepada Assembly of Elders
    • diperingkat wilayah. - Zaman Assyiria, gabenor-gabenor wilayah diberikan sedikit kelonggaran dalam pentadbiran dan mereka dilantik oleh raja. Kesimpulan -Kedua-duanya mempunyai pentadbiran yang teratur -Kuasa terletak pada raja dengan dibantu oleh pembesar /gabenor-menyebabkan wujudnya keamanan dan kemakmuran. 6. Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kautilya pada abad ke 3 SM dengan Niccolo Machiavaeli pada abad ke 16 M Pengenalan Pemikir tentera a. golongan yang telah memberi sumbangan yang berharga kepada pertahanan Negara. b. Mengemukakan cara-cara bagaimana pemerintahan boleh mengekalkan kekuasaan melalui ketenteraan c. Biasanya kaedah yang diperkenalkan bertentangan dengan nilai moral dan kemanusiaan Kautilya a. seorang menteri Brahmin pada zaman empayar Maurya awal abad ke 3 SM b. idea dikesan melalui bukunya ‘Arthasastra/ Science of Gain’ c. digunakan oleh ramai pemerintah di India spt Maharaja Asoka dan Maharaja Chandra Gupta Maurya; dlm usaha penaklukan dan peluasan wilayah d. ideanya dikaji oleh tokoh pemikir tentera moden dan digunakan dalam Negara mereka spt Napoleon Bonaparte (Peranchis), Otto Von Bismark (Jerman), Moa Tze Tong (China) Niccolo Machiavelli a. tokoh pemikir tentera moden pada abad ke 16 M b. berasal dari Itali c. menghasilkan banyak buku-buku berkaitan dengan politik dan ketenteraan d. buku terkenal – The Prince(Penguasa) dan Art of War ( Seni Peperangan) Isi-isi Penting Idea ketenteraan Kautilya 1. Tentang hubungan antara Negara dengan wilayah/tanah jajahan berasaskan kepada 6 pertimbangan i. Keamanan ii. Peperangan iii. Menunggu masa untuk musuh memulakan serangan
    • iv. Menyerang dahulu v. Mengadakan persekutuan dengan musuh vi. Dasar duaan iaitu persekutuan dengan satu pihak dan berperang dengan pihak yang lain 2. Empat cara untuk menang peperangan i. Pujukan melalui ucapan yang menawan hati ii. memujuk dengan memberi rasuah iii. Semai benih perpecahan untuk melemahkan musuh iv. Jika gagal usaha-usaha tersebut barulah berperang 3. Sifat seorang penakluk i. Harus mengetahui tentang kekuatan tenteranya dengan kekuatan musuh ii. Kemahiran dalam mengadakan komplot lebih baik daripada kegagahan dan kehandalan berperang iii. Jika peperangan tidak ada kemenangan dan memakan masa yang panjang, raja perlu guna jalan lain yang tidak jujur seperti sabotaj, rasuah, guna pelacur dll 4. Kaitan dengan spiritual dan keagamaan i. Berjuang hingga mati untuk mencapai matlamat spiritual ii. Kematian dalam peperangan bertujuan untuk membebaskan diri dari rantai kelahiran semula dan capai Nirwana Idea ketenteraan Machiavelli 1. Buku ‘The Prince’ – menyarankan cara bagaimana seorang harus mendapat dan mengekalkan kuasa Kerajaan adalah matlamat raja. Jika raja rasa tergugat disebabkan oleh penasihat yang tidak jujur, dia harus dibunuh, penjara, melucut jawatan dan sebagainya 2. Memperkenalkan falsafah politik nasionalisme yang menimbulkan kebencian, peperangan, imperialisme, sifat tamak, kejam tidak berperi kemanusiaan dan sebagainya. Kesannya lahir pemimpin raja2 bangsa yang tamak, zalim, gila kuasa, berlaku perang saudara dan sebagainya. 3. Melalui buku Art of War – menekankan asas setiap Negara adalah undang-undang dan senjata yang baik. Seorang putera raja tidak harus ada sebarang objektif atau pemikiran melalui cara berperang, cara diorganisasikan dan disiplin. Banyak dipraktis di Peranchis dan di Sepanyol pd abad ke 16M. 4. Prinsip-prinsip utama dalam ketenteraan adalah seperti berikut: i. menghasilkan sebuah pasukan tentera yang berasaskan berjalan kaki ii. mengutuk tentera yang bekerja semata-mata untuk wang iii. pasukan tambahan tidak sesuai untuk mentadbir iv. menolak pembinaan kubu kerana ia membawa kemusnahan v. melakukan perang yang agresif melalui kuasa berperang dengan senjata meriam dan
    • askar berkuda 5. Menjelang abad ke 16 semua usaha untuk mendapat perlindungan mutlak di medan peperangan di hapuskan seperti zaman tentera berkuda dan baju besi. Baju direka untuk melindungi bahagian tubuh badan yang penting sahaja. Penekanan kepada senjata2 yang superior. Kesimpulan Kedua-dua idea ketenteraan ini mendapat sambutan daripada pemimpin sezaman mereka. Kedua-duanya memperkenalkan konsep idea ketenteraan yang saintifik dan mempunyai persamaan iaitu mengutamakan falsafah ‘matlamat menghalalkan cara” 7. Apakah yang dimaksudkan dengan ketahanan dan pertahanan ?Jelaskan faktor-faktor yang menentukan kejayaan pertahanan dan ketahanan sesebuah tamadun manusia. Pendahuluan -Ketahanan dan pertahanan merupakan dua aspek penting yang membentuk kekuatan sesebuah tamadun atau negara. -Ketahanan merujuk kepada keupayaan,kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran dan penderitaan.Ia juga satu halangan dan keupayaan menanggung sesuatu dalam pertempuran atau peperangan. -Pertahanan merujuk kepada langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk mempertahankan diri,masyarakat,agama dan negara dari ancaman musuh. -Ketahanan dan pertahanan merujuk kepada kekuatan mental,ketabahan dan kecekalan dalam mempertahankan sesebuah negara dari ancaman musuh.Kekuatan pertahanan dan ketahanan banyak bergantung kepada kekuatan mental ,fizikal,peralatan senjata yang digunakan,taktik dan strategi serta jenis tentera yang ada. Isi Faktor-faktor kejayaan pertahanan dan ketahanan sesebuah tamadun. 1.Kekuatan mental atau psikologi kekuatan mental atau psikologi banyak bergantung kepada a)ketinggian semangat tentera-tentera -ketinggian semangat juang/ketahanan seseorang tentera atau ketua pemimpin dalam mengendalikan dan menghadapi serangan musuh adalah sangat penting yang menjadi pendorong kejayaan. Terhasil dari latihan lasak seperti di Sparta, semangat jihad seperti dalam masyarakat Islam, dll.
    • b)kepimpinan -sentiasa berfikir, membuat perancangan taktik dan strategi sebagai persediaan dari serangan musuh. -Memberi semangat melalui pengucapan atau meniup sebagai jihad atau perang suci atau pengorbanan sebagai asas peperangan. c)disiplin -berkait rapat dengan sikap yang ada dalam diri pemerintah dan tentera dalam menghadapi musuh seperti mengikut arahan, menepati masa, dll -Disiplin yang diamalkan merupakan faktor yang membolehkan mereka mengalahkan pihak lawan. 2.Kekuatan fizikal. i)jumlah/bilangan tentera -merujuk kepada bilangan tentera yang terdapat dalam sesebuah empayar atau kerajaan, contoh bangsa Rom mempunyai seramai 40000 orang askar (Aulus Platius) yang mengetuai ke kawasan musuh. Manakala kekuatan sebuah kerajaan lain mungkin mencapai angka ratusan ribu. Bilangan tentera yang ramai ini akan dapat membantu atau mempertahankan empayar dari serangan musuh. ii)Peralatan senjata -peralatan senjata merupakan satu kelengkapan yang sangat penting dalam mempertahankan sesebuah empayar dari serangan musuh. Penggunaan senjata yang lebih baik atau moden daripada musuh adalah lebih berkesan daripada senjata tradisi. Contoh Empayar Yunani berjaya mengalahkan musuh kerana penggunaan senjata seperti meriam. Dalam tamadun India gajah digunakan sebagai unit penggempur dan pemusnah berkesan untuk memecahkan barisan musuh dan meruntuhkan pintu kota iii)Taktik -taktik merupakan salah satu faktor yang membantu kejayaan. Taktik adalah satu tindakan di medan perang. Ia boleh ditakrifkan sebagai satu cara atau kaedah untuk melaksanakan sesuatu serangan atau pertahanan. Pelbagai taktik diguna setiap bangsa bagi menewaskan musuh atau mempertahankan diri dari serangan luar. Contoh tentera Rom menggunakan taktik perisik rahsia, taktik bertahan dalam perang Badar oleh tentera Islam, dll. iv)Strategi -satu seni tipu muslihat atau merancang dan mengatur untuk memperdaya musuh atau dianggap sebagai kebijaksanaan dalam mengendalikan peperangan. Contoh Empayar China telah menggunakan tanglung pada waktu malam sebagai isyarat dan melakukan serang hendap. Membuat pembahagian tentera iaitu tentera berbaris dan berdiri rapat bagi menghalang musuh( formasi phalanx) seperti di Yunani dan sebagainya. v)Jenis Tentera
    • Tamadun yang mempunyai pelbagai jenis tentera merupakan tentera darat iaitu terdiri daripada pasukan berkuda, berjalan kaki, pasukan bergajah dan sebagainya. Contoh Tamadun Rom mempunyai pasukan tentera berjalan kaki, berkuda dan bergajah. Terdapat juga tentera atau armada laut yang bertugas sebagai peronda dan tentera kapal penyerang. Contoh Tamadun China ada tentera laut yang mempunyai pasukan kapal peronda di laut bagi mengawal keadaan laut dari ancaman musuh. Kesimpulan -Ketahanan dan pertahanan merupakan dua aspek yang penting dalam membentuk kekuatan sesebuah tamadun. Ketahanan dan pertahanan bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal, peralatan, senjata, taktik dan strategi serta jenis-jenis tentera. -(Apa-apa jawapan yang munasabah dan relevan) 8. Sejauh manakah faktor ekonomi memainkan peranan yang penting dalam kemunculan Sri Vijaya (SV) pada abad ke –7M hingga abad ke 17M dan Melaka pada abad ke-15M sebagai empayar Melayu yang unggul di Asia Tenggara. Pengenalan: 1. Latar belakang SV pengasas SV ialah Dapunta Hiyam abad ke-7M mula menakluk kawasan-kawasan berhampiran akibat daripada kekuatan tentera seperti Kedah Tua (671M), Jaiya dan negeri-negeri di sekitar Segenting Kra(775M) dan beberapa tanah besar yang lain. dalam masa tersebut SV menguasai jalan perdagangan antarabangsa di Selat Melaka mulai abad 8M 2. Later belakang Melaka · Melaka diasaskan oleh Parameswara pada awal abad ke-15M · Pada zaman kegemilangannya Melaka menguasai sebahagian besar negeri-negeri di Tanah Melayu seperti Perak, Pahang, Johor dan negeri-negeri di Sumatra Timur seperti Siak, Inderagiri , Aru, Rokan dan Kampar. 3. Penguasaan ekonomi · Perdagangan di Melaka merupakan faktor penting kemunculan SV dan Melaka sebagai empayar yang unggul di Selat Melaka. 4. Ketenteraan Walau bagaimanapun kekuatan tentera, kecekapan pemerintah, pentadbiran pelabuhan, peranan orang laut dan agama turut membantu SV dan Melaka sebagai empayar. Isi :
    • 1. Faktor ekonomi –penguasaan perdagangan di Selat Melaka Srivijaya. i. kekayaan barangan dagangan yang banyak SV muncul sebagai pelabuhan entrepot kerana terdapat pelbagai jenis barangan dagangan. ii. barang-barang yang diperoleh dari kawasan pedalaman adalah damar, rempah ,wangi- wangian, emas, gading, perak, kapur barus, agar-agar laut ,kayu gaharu dan cendana. iii. bahan-bahan mentah seperti kulit kura-kura dan kerang mempunyai permintaan yang tinggi dari Asia Barat dan China. iv. di SV terdapat barang-barang yang dibawa dari Asia Barat dan China. v. SV memainkan tiga peranan penting sebagai pelabuhan entrepot sebagai tempat persinggahan kapal-kapal dagangan, pusat pengumpulan serta penyebaran dan pusat pengagihan barang-barang dagangan Melaka i. Melaka memainkan peranan sebagai pelabuhan entrepot ii. Melaka menjadi tumpuan perdagangan dari India, China, Arab dan kepulauan Melayu. iii. Barang yang diperdagangkan : India - kain, barang kaca, candu Arab/Parsi- kain, batu permata, wangian Jara- beras, gula China- teh, sutera, tembikar. Kepulauan Melayu- rempah-ratus, cengkih, lada hitam dan buah pala. 2. Pentadbiran pelabuhan Sri Vijaya. i. SV menyediakan kemudahan pelabuhan kepada pedagang ii. Peranan Tuhan Vatakvurah: a. Tuhan Vatakvurah ialah pentadbir diraja yang dilantik oleh raja untuk mengawal kegiatan perdagangan. b. peranan utama Tuhan Vatakvurah ialah mengawasi kegiatan para pedagang tempatan yang terdiri daripada Puhawang dan vaniaga. c. Tuhan Vatakvurah juga berperanan menetapkan harga barangan dalam pasaran dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk pedagang.
    • Melaka: i. Melaka menyediakan kemudahan untuk pedagang a. kemudahan memunggah dan menyimpan barang-barang dagangan b. penginapan untuk pedagang c. pasar tempat berdagang d. Syahbandar dilantik untuk menguruskan kegiatan perdagangan · syahbandar menjadi orang tengah antara pedagang dengan pemerintah · mengutip cukai di pelabuhan - 6% untuk pedagang luar - 3% untuk pedagang tempatan · mengawal sistem timbang dan sukat barang 3. Perluasan kuasa dan kekuatan tentera. Srivijaya: a. kerajaan SV mempunyai pasukan tentera yang kuat dan besar yang memudahkan b. proses perluasan kuasa dan pengaruh. c. Tahun 683M Raja Srivijaya mempunyai pasukan tentera yang terdiri daripada 20,000orang askar daripada kalangan orang laut. d. Menerusi kekuatan tentera, SV dapat menguasai Bangka, Tulang Bawang, Minangkabau dan Tarumangara di Jawa Barat. e. SV juga menakluki Kedah dan meluaskan pengaruh hingga ke Ligor di pantai f. timur. g. Melalui dasar perluasan kuasa. SV dapat menguasai 14 buah pelabuhan utama di Asia Tenggara dan muncul sebagai negara Thallasocracy yang penting. Melaka: a. keuntungan daripada perdagangan iaitu dapat mengutip cukai b. Melaka telah melengkapkan tentera dengan senjata c. Melaka menggaji askar upahan Jawa membantu pahlawan/tentera Melayu. d. Laksamana mengetuai tentera Melaka –pernah menghalang serangan orang Siam dari darat dan laut. 4. Penguasaan orang laut. Srivijaya: 1. Menurut Wolbers, kemampuan raja-raja SV menguasai orang laut merupakan kejayaan SV. 2. Dengan melantik orang laut sebagai anggota tentera laut, masalah perlanunan diatasi dan ramai pedagang mengunjungi Srivijaya. Melaka:
    • 1. Parameswara telah mendapat bantuan daripada orang laut untuk mengawal Selat Melaka daripada kegiatan lanun. 5. Sistem pentadbiran yang cekap dan teratur . Srivijaya. a. Inskripsi Telaga Batu mengandungi maklumat lengkap tentang struktur pentadbiran di Srivijaya. b. Srivijaya merupakan sebuah kedatuan (empayar) yang dibahagikan kepada beberapa Mandala (wilayah) yang ditadbir oleh Datu c. Datu terdiri daripada anak raja dan pembesar bukan keturunan raja. Terdapat empat kelas anak raja iaiatu: - Yuvaraja- merupakan Tengku Mahkota yang bakal mewarisi takhta kerajaan. - Pratiyuvaraja layak mewarisi takhta mengikut hierarki - Rajakumara- layak mewarisi takhta mengikut hierarki - Rajaputra- tidak layak mewarisi takhta kerana itu bukan keturunan raja d. Datu-datu dibantu oleh Parvandar yang merupakan ketua tentera yang bertindak menghapuskan penderhaka/pemberontak. e. Selain Parvanda terdapat juga pemimpin tentera di peringkat wilayah dan daerah yang dikenali sebagai Senapati. f. Pemimpin tentera yang menduduki tangga ketiga dari segi hierarki adalah Pratisara (pemimpin tentera) g. Dalam menjalankan pentadbiran terdapat sekumpulan pegawai pentadbir yang membantu pemerintah menjalankan tugas. Pegawai Peranan Dandanayaka Hakim diraja Nayaka Penghulu Bendahari Pratyaya Temenggung Murdahaka Penghulu Kumaramatya Orang kaya-kaya h. Selain golongan pentadbir, terdapat juga kelas pekerja seperti Kayastha(kerani), stapaka(arkitek), Puhawang (anak kapal pegagang), Vasikarama (tukang besi), Marsi haji
    • (tukang cuci raja, dan Hulun haji ( hamba raja) Melaka: a. Parameswara telah memperkenalkan sistem pembesar empat lipatan b. Sultan menduduki tempat tertinggi walaupun baginda mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh pembesar empat lipatan iaitu Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Laksamana. c. Bendahara sebagai ketua pentadbir, penasihat kepada sultan contohnya Tun Perak telah berkhidmat di bawah empat orang sultan sehingga digelar tunggak kuasa di sebalik sultan. d. Belum bertanggungjawab menjaga keamanan dalam negeri e. Penghulu Bendahari menguruskan hal kewangan dan ketua adat istiadat 6. Agama Islam: Kedatangan agama Islam dan perkembangan agama Islam di Melaka turut membantu Melaka menjadi pusat perdagangan di Nusantara dan membantu membentuk empayar Melaka. Kedatangan saudagar Islam dari Arab dan Parsi turut membantu perkembangan ekonomi Melaka dan memperkukuhkan empayar Melaka. Sambil berdagang, mereka juga menyebarkan agama Islam. Kesimpulan: Apa-apa yang berkaitan 9. Sistem ekonomi Eropah mengalami perubahan secara evolusi setiap zaman. Galurkan perkembangan sistem ekonomi Eropah dari zaman pertengahan sehingga zaman moden awal. Pendahuluan -Takrifkan konsep ekonomi -Nyatakan sistem –sistem ekonomi di Eropah Isi A) Sistem ekonomi zaman pertengahan awal -rakyat menyerahkan tanah dan diri mereka kepada tuan-tuan tanah ( Lords ). Sebahagian daripada tanaman diserahkan kepada lord. Mereka yang memegang tanah daripada tuan tanah disebut Lords Tenant Vassal .-sistem Feudalisme –hubungan peribadi antara lord dan vassal berasaskan kontrak tidak
    • bertulis. Raja berkuasa mutlak dan berada kedudukan tinggi, dan diikuti count, manor dan serf- setiap orang mempunyai tanggungjawab bergantung kepada jenis tanah -sistem manor - tanah dibahagi kepada beberapa ladang disebut manor dan ketuanya digelar Lord dan pekerjanya digelar petani. -kaedah pertanian-sistem tanah lapang- untuk menjamin kesuburan tanah. Tanah dibahagikan kepada 3 bahagian untuk penanaman mengikut pusingan: a)pusingan pertama(musim bunga)-tanaman oat dan bali b)pusingan kedua(musim gugur)-tanaman gandum c)pusingan ketiga-tanah rang dibiarkan kosong -Dalam sistem manor kehidupan petani tertutup kerana keperluan hidup petani disediakan oleh institusi manor - tiada hubungan dagang dengan dunia luar dengan sistem pertukaran barangbarter diutamakan. B) Sistem ekonomi zaman kemuncak pertengahan -Zaman berlakunya pemulihan perdagangan dengan Timur Tengah dan perkembangan perdagangan Eropah Barat. Perang Salib –pertembungan Eropah dan Timur meningkatkan perdagangan . -Asas ekonomi Eropah berpindah dari selatan ke utara. Zaman ini berlakunya pertambahan penduduk dan perkembangan Bandar-sebagai pusat pertanian dan pelabuhan untuk import eksport barangan -Bandar Eropah menyediakan hasil dari luar melalui hubungan dagang. Bandar Venice dan Genoa adalah Bandar terawal menyediakan barangan dari timur. Marco polo orang Eropah melawat China. -Bandar ini mengkhusus dalam pengeluaran barangan yang membentuk rangkaian perdagangan contohnya Flemiss , Hanseatic, Venatian dan Genoese. -Pasar Champagne di Jerman pusat pertemuan perdagangan Flanders dan Italy. Pasar tempatan paling penting –Boston di timur England. -Kehidupan pembandaran merintis kepada hak kerajaan –tuntutan rakyat dalam pentadbiran Bandar ,hak menjual barangan secara bebas dan hak mencari nafkah hidup tanpa sekatan .Venice Bandar berdaulat –hak menghasilkan mata wang sendiri ,memeterai perjanjian dengan Bandar lain dan mengisytiharkan perang. -Piagam Bandar –mendorong penubuhan persatuan dagang dan kesatuan tukang. C) Sistem ekonomi zaman moden awal -Zaman ini pertubuhan kekayaan dan asimilasi pelbagai budaya, tradisi dan nilai akibat kemasukan pedagang asing .Abad ke-16 dan ke-17,rajin menggalakkan perkembangan kapitalisme dan dasar ekonomi mekantalisme -Sistem kapitalisme –menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi ,hak milik musim persendirian ,kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. -Sistem Mekantalisme- menekankan kekayaan ,kekuasaan dan kebajikan. Ciri-ciri mekantalisme adalah: a) mementingkan kekayaan-dipenuhi dengan dikuasai koloni dan mengadakan imbangan perdagangan yang memihak kepada negara induk
    • b) mementingkan kekuasaan-dicapai dengan membesarkan angkatan tentera ,memajukan perkapalan dan mengadakan akta perkapalan yang menafikan hak berdagang dikoloni untuk kuasa asing. c) mementingkan kebajikan-dicapai dan dengan diluluskan yang dapat meningkatkan produktiviti negara antaranya- akta Aperantis 1563 dan undang-undang kemiskinan 1600. -Perlaksanaan mekantilisme di England - pemerintahan keluarga Tudor -pengenalan beberapa akta untuk melindungi sektor perindustrian, pertanian dan perkapalan England. Akta perintis 1563 akta perkapalan 1650 ,Poor Law Settlement Act 1662 dan Akta Makanan 1663. -Zaman pelayaran keseberang laut - permulaan perluasan wilayah, penjajahan politik dan ekonomi. Penemuan kawasan-kawasan baru dan kemerosotan bandar-bandar Italy. -Peranan institusi bank berubah. Gerakan Renaissance dan Reformation memperhebat pertumbuhan ekonomi Eropah serta pengaruh ajaran John Calvin. -Revolusi Perindustrian di England (abad ke 18) - Penggunaan kaedah moden , peningkatan kadar urbanisasi, penduduk, hasil pengeluaran, pengumpulan modal, pengenalan tanaman baru, penggunaan teknik penanaman baru dan jentera, perkembangan industri tekstil, kemajuan bidang perkapalanpengangkutan dll. -Revolusi turut menghasilkan golongan kelas pertengahan dan kelas proletariat(rakyat jelata) serta menghapuskan dasar-dasar ekonomi yang menyekat kebebasan – contoh : pembubaran monopoli SHTI di China 1833. -Mulai pertengahan kedua abad ke 18 M England menjadi asas perubahan politik, ekonomi, dan sosial di Eropah dan dunia. Kesimpulan -Menjelang kurun 15 hingga 19 dunia didominasi oleh kuasa Eropah. -Dasar ekonomi kapitalisme dan mekantalisme - kejayaan meluaskan pengaruh dan kekuasaan ke seluruh dunia. 10. Ekonomi komersial adalah penting dalam Tamadun Graeco Rom dan Tamadun Islam . Jelaskan ciri-ciri utama ekonomi komersial di kedua-dua tamadun tersebut Pengenalan -Sistem ekonomi komersial membawa maksud pertukaran antara seseorang individu ataupun antara negara dengan negara lain . -Tamadun Graeco Rom – pada zaman pemerintahan Maharaja Philip II dan anaknya
    • Iskandar Zulkarnain -Tamadun Islam – berkembang pada zaman Bani Abbasiyah yang berpusat di Kota Baghdad , Iraq -Kedua dua sistem ini mempunyai banyak persamaan dan juga perbezaan Isi Jawapan A) Tamadun Graeco Rom 1. Mengimport -Mengimport barang dari luar seperti dari India dan China -Menyebabkan pertanian sara diri seperti dianak tirikan atau dipinggirkan 2. Berintensifkan buruh -Melalui tenaga buruh yang diperoleh melalui peperangan semasa dasar perluasan kuasanya -Ketidakseimbangan berlaku - Lambakan barang import melebihi barangan yang di eksport telah menyebabkan ekonomi Tamadun ini merosot -Rakyat terpengaruh dengan barangan dari China dan India 3. Rom menjadi pusat perdagangan -Rom menjadi pasaran bagi barangan yang dibawa dari luar . -Ini termasuk negeri2 jajahan Rom datang ke Rom untuk mendapatkan bekalan makanan 4. Kemajuan dalam institusi kewangan -Wujudnya bank yang banyak membantu dalam aktiviti perdagangan yang dijalankan antara Tamadun ini dengan kawasan timur tengah B). Tamadun Islam 1. Kegiatan perlombongan -Memberi penekanan kepada hasil galian iaitu perak , emas ,tembaga dan bijih besi -Kesemua hasil ini di eksport keluar 2. Pertanian perdagangan -Dengan adanya kemudahan sistem pengairan serta tenaga buruh yang mencukupi -Buruh diperoleh daripada golongan hamba 3. Hubungan Diplomatik -Menjalinkan hubungan baik dengan negara China , India dan Eropah 4. Kemudahan- Kemudahan -Sistem pengangkutan -Sistem pelabuhan -Sistem pengairan -Sudah wujud institusi perbankan
    • 5. Aspek moral dan etika Islam khasnya -Tidak berlaku penipuan atau rasa tidak puas hati di kalangan pedagang yang mengunjungi Tamadun Islam 6. Teknologi dalam Pertanian -Telah menggunakan teknologi terkini yang mampu meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian mereka . -Teknologi dalam Kesimpulan Kedua dua tamadun ini maju dan berkembang kerana ekonomi komersial .Tamadun Greaco Rom lebih menekankan tentang perdagangan manakala ekonomi Islam lebih meluas dan meliputi pertanian , perlombongan dan perdagangan TAMADUN ISLAM 1. Bandingkan antara ajaran Nabi Muhammad S.A.W di Mekah dengan ajaran Nabi di Madinah Pendahuluan a. Dakwah nabi di Mekah selama selama 13 tahun b. Peringkat dakwah-sulit dan terang-terangan c. Dakwah di Madinah selama 10 tahun d. Perjanjian Aqabah merintis hijrah ke Madinah pada 622M e. Ajaran nabi berdasarkan 93 surah yang diturunkan di Mekah dan 21 surah yang diturunkan di Madinah. ISI 1. Ajaran di Mekah menekankan aspek Aqidah (pegangan) iaitu mempercayai Allah itu esa(satu). Aspek tauhid dan rukun iman. Ajaran di Madinah diteruskan dengan aspek Aqidah dan diajar tentang rukun Islam yang lengkap seperti berpuasa, zakat, menunaikan Haji dan sebagainya. 2. Aspek Syariah diajar di Mekah dengan memperkenalkan undang-undang asas Islam/tatacara hidup di dunia. Aspek syariah diperluas di Madinah merangkumi aspek kehidupan dalam bidang sosial, politik, ekonomi, jenayah, muamalat dan kekeluargaan. 3. Aspek akhlak diberi keutamaan di Mekah disebabkan masyarakat Mekah hidup dalam keadaan jahil/rosak akhlak dan mengamalkan semangat assabiyah.
    • Aspek akhlak di Madinah menyentuh soal perpaduan ummah di kalangan penduduk Madinah berbilang kaum dan ukhuwah Islamiyah. 4. Aspek ibadat menjadi ajaran utama di Mekah iaitu hanya ibadat solat lima waktu sehari semalam. Ibadat sembahyang dikekalkan amalannya di Madinah secara lebih tersusun dengan adanya institusi masjid. Selain ibadat sembahyang, nabi mengajar ibadat lain seperti berpuasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji. 5. Ajaran mengenai hari kiamat diajar di Mekah membangkitkan kesedaran orang-orang Jahiliah tentang dosa dan pahala.Nabi meneruskan ajaran mengenai hari Kiamat dan hari akhirat berdasarkan ayat Al-Quran yang diturunkan kepada nabi. 6. Di Mekah Nabi Muhammad mengajak menguatkan ekonomi Islam- beli semula penguasaan Yahudi. Contoh: Abdul Rahman bin Auf peniaga yang kaya. Di Madinah, nabi mengasaskan ekonomi Islam berkaitan sumber yang dihalal / haramkan. Harta perlu diuruskan mengikut Sistem Ekonomi Islam. Kewajipan zakat diperkenalkan. Kesimpulan Apa-apa sahaja yang berkaitan. 2. Masyarakat yang terdapat pada Zaman Bani Umayyah terdiri daripada pelbagai golongan. . Pendahuluan Kerajaan Bani Umayyah memerintah selepas zaman khulafa’ al-Rasyidin.Nama Bani Umayyah bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman Jahiliyah iaitu Umayyah bin Abd.Syam binAbd.Manaf. -perlantikan Saidina Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan kerajaan Bani Umayyah. Pemecatan membawa kepada perang Siffin seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim, yang membuka ruang kepada Bani Umayyah memerintah Negara Islam. -Zaman pemerintahan bani Umayyah boleh dibahagikan kepada Zaman Kelahiran, Zaman Kemakmuran/Pembangunan dan Zaman kehancuran. Isi Golongan pemerintah- golongan ilmu terdiri daripada khalifah dan pembesar-pembesar Arab berbeza dengan pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin , kerajaan Bani Umayyah menggunakan sistem pewarisan dalam perlantikan khalifah-khalifah baru . jawatan khalifah telah menjadi hak milik keturunan Umayyah dari keluarga Abu Sufyan dan Marwan. Amalan ini telah melahirkan masyarakat pemerintah. -sanak saudara dan kaum kerabat, keturunan Umayyah pula menjadi kelompok Bangsawan dan mempunyai beberapa kelebihan sosial dan politik.
    • Golongan Mawali ialah hamba yang telah memeluk Islam. Dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun begitu ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan bani Umayyah seperti Maymun bin Mihran (Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia) Hanya layak bekerja sebagai buruh kasar dan petani. Tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab. Tidak boleh solat jemaah dengan orang Arab. Golongan Zimmi Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan Islam yang lain. Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah. Golongan Hamba perubahan taraf sosial dan corak kehidupan keluarga bangsawan dan pemerintah Umayyah yang hidup mewah telah menyebabkan mereka memerlukan ramai hamba. Gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari Eropah. Golongan Azariqah Berpusat di Iraq mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Bagi mereka orang Islam yang melakukan dosa besar seperti berzina dianggap kafir dan kekal dalam neraka. Mereka juga telah mengkafirkan Saidina Uthman, Ali dan sesiapa yang menyertai Perang Jamal/Perang Siffin. Mereka menganggap pemerintah yang zalim seperti Kerajaan Umayyah perlu ditentang. Golongan Najdiyah yang berpusat di Yamamah juga berjuang untuk menjatuhkan bani Umayyah. Mereka berpendapat orang yang menyokong pihak lain akan melakukan dosa besar, tidak boleh dihukum kafir tetapi hanya bertaraf munafik. Golongan ini tidak mewajibkan adanya khalifah,asalkan komuniti mematuhi ajaran Al-Quran.Banyak terbabit dalam bidang politik dan tentera daripada bidang agama. Kaum Syiah Golongan yang ingin menuntut bela atas pembunuhan Hussain putera kepada Saidina Ali di Karbala. Mereka ingin menebus dosa kerana tidak menjaga keselamatan Hussain sehingga dibunuh oleh tentera Bani Umayyah. Kesimpulan. Apa-apa sahaja yang berkaitan.
    • 3. Huraikan pembaharuan pembaharuan dalam sistem pentadbiran Islam pada zaman Umar Al-Khattab. Pendahuluan § Latar belakang Saidina Umar Al-Khattab - Khalifah ke-2 zaman Khulafa Al-Rashidin. § Terkenal seorang yang berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang baik. § Dikenali sebagai Al-Farouk/Amir al-Mukminin .Sahabat baik Nabi Muhammad s.a.w. § Memerintah selama 10 tahun dari 13- 23H. § Pelantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan dipersetujui oleh umat Islam. § Melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan perluasan wilayah Islam serta mengembangkan dakwah Islamiah. § Zamannya berlaku kegemilangan Islam ( Dalam bidang politik, ekonomi , sosial dan agama ) § Meninggal dunia pada 23H. Isi Pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. 1. Sistem Syura. § Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang berhubung dengan politik, ekonomi, social dan kebajikan serta masalah dalaman/ luar Negara. § Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura yang terdiri daripada para sahabat. § Membahagikan majlis syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi dan Majlis Syura Am. § Bagi hal-hal yang kurang penting khalifah Umar mengadakan perbincangan di Masjid 2. Perluasan wilayah Islam § Islam berkembang melalui proses penaklukan / perluasan kuasa. § Kawasan pengaruh Islam meliputi Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir, Palestin. § Bagi memudahkan pengawasan, pentadbiran wilayah diperkenalkan dan dilengkapi dengan pusat pemerintahan. Contoh Mekah, Damsyik, dan Kufah. § Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah Islam 3. Pelantikan pegawai wilayah. § Memperkenalkan jawatan Wali/ Gabenor sebagai ketua pemerintah peringkat wilayah dan bertindak sebagai panglima tentera. § Melantik Sahib Bait-Al-Mal yang bertanggung jawab atas perbendaharaan wilayah. § Sahib Al-Kharaj berperanan memungut hasil percukaian wilayah Islam. § Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan. § Jawatan Kadi diwujudkan untuk melicinkan sistem kehakiman. § Khalifah telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak memegang jawatan di wilayah. § Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/ tanggungjawab yang wajib dipatuhi.
    • § Setiap Wali/ gabenor wilayah wajib memberikan laporan perkembangan di wilayah setiap tahun selepas musim haji. § Rakyat diberi penerangan tentang tanggungjawab pegawai yang dilantik, dan berhak untuk membuat pengaduan kepada khalifah. § Khalifah berhak melantik dan memecat pegawai yang tidak amanah/ tidak cekap melaksanakan tugas. 4. Pengurusan tanah. § Setiap wilayah Islam diperkenalkan undang-undang pengurusan tanah tersendiri, - Di Iraq tanah menjadi hak milik kerajaan contoh: - Tanah yang asalnya dimiliki oleh pemerintahan Parsi. - Tanah yang tiada waris. - Tanah yang pemiliknya melarikan diri apabila kawasannya ditakluki oleh tentera Islam. § Hasil pungutan tanah digunakan oleh pemerintah Islam untuk membangunkan wilayah masing-masing. § Undang-undang pengurusan tanah di Syria dan Mesir memperuntukkan tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan pemerintah Rom diserahkan kepada petani. § Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di wilayah Islam ini kecuali jika dibeli untuk melindungi kebajikan penduduk asal wilayah Islam yang baru ditakluki. 5. Sistem percukaian tanah dan tanaman § Memperkenalkan sistem percukaian tanah berdasarkan jenis tanaman. Contoh: § Gandum dikenakan cukai= 2 dirham, Barli=1dirham, Anggur =10 dirham. § Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan tanah yang kurang subur 6. Memajukan sektor pertanian § Memperkenalkan peraturan yang membenarkan rakyat memiliki tanah sekiranya mereka meneroka tanah baru untuk tujuan pertanian. § Tanah yang dibiarkan tanpa diusahakan dalam tempoh 3 tahun akan menjadi milik kerajaan semula. § Bagi menggalakkan pertanian sistem pengairan dan terusan telah dibina –dikenali terusan Amirul-Mukminin di Mesir dan empangan Abu Musa. 7. Struktur pentadbiran ketenteraan. § Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela. § Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan sampingan seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas. § Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh - Berjalan tanpa pengalas kaki, menunggang kuda dan memanah. § Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran. § Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan Hims. § Membina kubu-kubu pertahanan sebagai langkah berjaga-jaga.
    • 8. Kehakiman § Menetapkan syarat-syarat pelantikan kadi atau hakim yang ketat. Seperti berilmu, berperibadi tinggi, dikenali oleh masyarakat. § Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin keadilan. § Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam. § Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk mengelakkan berlaku tidak adil. § Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di pasar atau tempat tumpuan ramai bagi menjamin keadilan perundangan. Kesimpulan § Pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh khalifah Umar berkaitan dengan asas yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar telah memperkenalkan sistem pemerintahan Islam secara meluas di samping membentuk empayar Islam. 4. Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan baginda. Bincangkan Pendahuluan: Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah. Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan (16 Ogos 610M) iaitu surah Al Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah Negara yang berdaulat dan disegani. Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam al Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani. Isi Kepemimpinan nabi i. Sebagai pemimpin agama Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh untuk setiap sifat terpuji) Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia
    • baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat – sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi. baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa – kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan al Quran dan hadis. Dalam amanita terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al Quran dan hadis ii. Sebagai pemimpin politik mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah. Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua – ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru Kaabah. Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah satu dan dua Diiktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui Sahifah Madinah Mengadakan hubungan diplomatic contohnya menghantar perwakilan islam ke Habsyah dan Mesir. Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif. iii. Sebagai pemimpin tentera menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh. Sentiasa adil kepada kawan sama ada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan – kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum – kaum yang lemah. Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam. Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
    • × Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya × Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang × Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah mati. × Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua. × Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam. × Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari. × Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam. × Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai. × Patuh kepada ketua. × Tidak boleh lari dari medan peperangan. × Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan. iv. Sebagai pemimpin masyarakat berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan. Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kea rah kebaikan. Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah. Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa. Menaikkan taraf wanita . Menghapuskan batas – batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi ( diperingkat awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah ). Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing – masing. Ketua – ketua suku diberikan peranan masing – masing menyelesaikan masalah anggota suku masing – masing contohnya Sa’d bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sa’d bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan bani Quraizah, Sa’d bin Muadz untuk menentukan hukuman kerana beliau lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah v. Sebagai ketua hakim Menjalankan kewajipan sebagai ketua haki