Your SlideShare is downloading. ×
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan Global
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Pemanasan Global

22,762

Published on

Published in: Business, Economy & Finance
1 Comment
15 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
22,762
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
866
Comments
1
Likes
15
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1.
    FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    JABATAN PENGURUSAN SUMBER DAN
    PENGAJIAN PENGGUNA
    PSP3001:PENGENALAN SAINS PENGGUNA
    TUGASAN 4: INDEKS HARGA
    PENSYARAH:
    DATIN AZIAH HASHIM
    KUMPULAN 1
    SEMESTER SATU / 2007

    NAMA NO.MATRIK
    NUR ATIKA ATAN 142157
    YEE SHEAU MEY 143730
    CHEONG MEI WAH 144137
    KANDUNGAN
    PENGENALAN
    DEFENISI PEMANASAN GLOBAL
    PEMANASAN GLOBAL
    BAGAIMANA PEMANASAN GLOBAL TERJADI
    FAKTOR PEMANASAN GLOBAL
    KESAN PEMANASAN GLOBAL
    CARA-CARA MENGATASI PEMANASAN GLOBAL
    AKTA KUALITI ALAM SEKELILING
    BIBILIOGRAFI
    PENGENALAN
    DEFENISI PEMANASAN GLOBAL
    Pemanasan Global sering dikaitan dengan peningkatan suhu dunia di mana suhu bumi kita telah meningkat sebayak dua kali ganda daripada kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Dengan kata lainnya Peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global dan disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semulajadi. Ini dapat di lihat melalui kajian para sintis kini yang mendapati bahawa kawasan Artik lebih cepat menjadi panas berbanding kawasan lain. Kesannya perubahan iklim yang kebiasaannya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun, kini berubah kepada tempoh masa yang lebih cepat kepada 100 tahun sahaja di mana ini merupakan jangka masa di antara 2 generasi. Peningkatan suhu bumi sebenarnya telah dapat dirasai sejak tahun 90an. Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh para saintis mendapati iklim panas melampau telah melanda Perancis, rantau Siberia dan pencairan “permafrost” iaitu lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk terutamanya di rantau Artik. Ahli saintis meramalkan bahawa ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099 yang akan menyebabkan litupan ais di Greenland dan Antartika Barat akan mencair. Ini akan menyebabkabn paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.
    PEMANASAN GLOBAL
    BAGAIMANA PEMANASAN GLOBAL TERJADI
    Tahukah anda bahawa bumi kita secara semulajadinya melalui proses respirasi samada manusia atau haiwan akan membebaskan gas-gas seperti karbon dioksida ke atmosfera kita. Pada mulanya pengeluaran gas-gas ini seimbang dengan penghasilan gas oksigen yang di lakukan melalui proses fotosintesis, namun aktiviti-aktiviti manusia seperti penebangan hutan, penjanaan tenaga elektrik, peningkatan pengangkutan dan penggunaan CFC untuk tujuan pengawalan udara (airconditioning) dan sebagai ‘propellant’ dalam bekas aerosol, telah menyebakan pengeluaran gas – gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, kloro flourokarbon (CFC), metana dan nitrus oksida tersebut meningkat manakala sumber oksigen yang dihasilkan melalui proses fotosintesis berkurangan. Sumber gas-gas seperti ini yang disebabkan oleh aktiviti manusia dinamakan gas-gas ‘anthropogenic’. Keadaan ini akan menyebabkan ketidakseimbangan terhadap kandungan gas-gas di bumi. Gas-gas ini akan menyerap sinaran daripada matahari dan mengeluarakan semula sinaran tersebut menyebabkan suhu purata atmosfera bumi akan meningkat. Gas-gas ini juga menyerap tenaga haba yang dikeluarkan daripada sistem atmosfera bumi. Ini secara kolektif akan meningkatkan lagi suhu purata atmosfera bumi.
    Di antara penyumbang kepada pengeluran gas-gas ini seringkali dikaitan dengan aktiviti rumah hijau ataupun ’Green House’. Antara gas-gas rumah hijau yang paling banyak menyerap radiasi tenaga haba daripada bumi adalah CFC. CFC pula bertindak dengan gas ozon daripada lapisan ozon dan meyebabkan penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon bertindak melindungi kehidupan bumi daripada radiasi merbahaya seperti sinaran ultra lembayung (UV) Penipisan lapisan ozon seterusnya akan menyebabkan radiasi sperti UVB sampai ke bumi.
    FAKTOR-FAKTOR PEMANASAN GLOBAL
    Di antara faktor yang menyebabkan pemanasan global adalah:
    Pembakaran terbuka seperti sampah sarap akan membebaskan gas-gas seperti karbon dioksida dan karbon monoksida ke ruang atmosfera bumi.
    Pembebasan asap kenderaan seperti kereta mahupun kenderaan yang lain juga menjadi salah satu kepada faktor kepada pemanasan global.
    Pengunaan tenaga elektrik yang berlebihan seperti pengunaan televisyen, stereo dan komputer sering terbiar dibuka apabila tidak digunakan. Ini kerana peralatan ini menggunakan 10% hingga 60% sumber tenaga. Ini boleh menyumbang kepada pemanasan global.
    Aktiviti rumah hijau di mana aktiviti gas rumah hijau menghasilkan gas-gas seperti CFC. Ini menyebabkan penyerapan radiasi tenaga haba dari bumi. CFC pula bertindak dengan gas ozon daripada lapisan ozon dan meyebabkan penipisan lapisan ozon. Gas-gas ini juga memerangkap sinaran tenaga haba daripada bumi. Pemerangkapan tenaga haba oleh gas-gas rumah hijau ini menyebabkan peningkatan purata suhu atmosfera bumi secara global.
    Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida.
    KESAN PEMANASAN GLOBAL
    Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), suhu dunia diramal meningkat daripada 1.1 darjah Selsius kepada 6.4 darjah Selsius antara 1990 dan 2100. Jika ramalan itu menjadi kenyataan, bumi akan semakin panas dalam tempoh seabad lagi dan mungkin tidak selamat lagi. Kenaikan suhu itu boleh mencairkan ais di kutub dan meningkatkan paras air laut.Risiko banjir besar boleh berlaku jika perkara itu berlaku, malah beberapa kepulauan kecil boleh tenggelam. Beberapa kawasan lain yang beriklim panas pula menerima taburan hujan yang banyak tetapi tanah di situ menjadi lebih cepat kering disebabkan penyejatan air yang berlaku dengan cepat.
    Sejak 150 tahun yang lepas, glasier di banjaran gunung Alps, seperti glasier Aletsch di Switzerland, telah hilang separuh jisimnya. Kredit : O. Esslinger
    Seperti yang telah ditunjukkan, pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat. Tudung-tudung ais juga memantulkan sejumlah besar haba matahari. Dengan tiadanya tudung-tudung ini, daratan tidak dapat memantulkan jumlah haba yang sama dan haba ini akan tersimpan di dalam atmosfera bumi. Hasilnya, keadaan bumi akan menjadi sangat panas. Dengan kehilangan sebahagian tudung Antartik, ini akan menenggelamkan pulau-pulau yang lebih rendah, dan beberapa tempat, seperti Belanda dan kawasan-kawasan delta, akan tidak dapat didiami. Mereka yang tinggal di situ akan terpaksa berpindah. Kesemua kawasan daratan bumi yang rendah akan ditenggelami air. Sistem-sistem sungai akan diundurkan dan akan berombak laut jauh ke daratan. Kapasiti tadahan air akan berkurangan dengan banyaknya. Air minum akan berkurangan. Peningkatan suhu akan menyebabkan kawasan-kawasan yang telah dicemari berubah merah kerana pertumbuhan alga. Perubahan pada sistem-sistem alga akan menghapuskan kawasan-kawasan pembiakan ikan dan kumpulan ikan akan mula mati.
    Kesan ini berlaku perlahan-lahan pada mulanya tetapi kemudian akan bertambah cepat sementara tudung-tudung ini mencair. Ini akan menyebabkan ketidakstabilan pada berat sistem daratan dan seterusnya meningkatkan tekanan ke atas sistem plet bumi yang menyokong daratan. Antartika sudahpun mula meninggi dengan berkurangnya berat tersebut. Hasilnya adalah aktiviti gempa bumi yang lebih banyak. Apabila aktiviti gempa bumi bermula, pelepasan logam-logam berat akan meningkatkan pertumbuhan alga dan laut-lautan akan menjadi merah dengan terbentuknya kesan ombak merah (red tide effect). Kesan penumpuan logam berat di dalam alga adalah peningkatan tahap ketoksikan di dalam ikan.
    Aktiviti ini menyebabkan sepertiga daripada kapal turut termusnah dan ini bermakna bahawa ia bukan saja melibatkan logam berat dan pertumbuhan berlebihan alga tetapi juga pada kejadian tsunami (ombak besar).Tsunami bergerak dengan laju menghampiri kelajuan bunyi dan boleh membentuk tembok air beberapa ratus kaki tingginya. Ombak yang disebutkan di atas dianggarkan antara 90 meter (300 kaki) dan 300 meter (1,000 kaki) tingginya dan bergerak hampir 1,126 kilometer sejam (700 batu sejam). Kapasiti membinasa ombak seperti ini adalah sungguh besar sekali. Setiap penggelinciran daratan dan gempa bumi akan mencetuskan aktiviti tsunaminya sendiri. Dengan begitulah, maka sepertiga daripada perkapalan dunia ini akan dimusnahkan. Suatu dokumentari TV yang baru-baru ini disiarkan di Australia memeriksa penurunan yang berlaku pada populasi krill dan burung penguin di Antartika. Populasi krill menurun sebanyak 50% sementara populasi penguin turun sebanyak 25%. Krill membiak di bawah gumpalan/tudung ais (ice cap) ini. Ia hidup di bawah dan bergantung pada sistem ais ini serta membiak di sana. Krill adalah haiwan-haiwan krustasia (mempunyai kerang) kecil seperti udang. Mereka adalah asas kepada rantai makanan di laut-laut selatan. Mereka adalah makanan utama bagi ikan paus. Ikan-ikan bergantung padanya dan dengan itu penguin juga ikut terancam.
    Pembakaran bahan api akan melepaskan karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global. Pada masa yang sama, ia membebaskan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang menjadi penyumbang utama pemendapan berasid. Masalah ini mengakibatkan kemerosotan kualiti tanah, kepupusan hutan dan ancaman kepada hidupan liar. Seiring dengan penambahan populasi dunia, pengawalan pencemaran akan terus menjadi cabaran pada masa hadapan. Pembangunan negara menjadi semakin pesat, justeru sumber dan tenaga yang besar diperlukan untuk mempertingkatkan produktiviti negara bagi memenuhi permintaan semasa. Akibatnya banyak bahan-bahan buangan terhasil dan seterusnya menjadi penyebab utama kepada masalah persekitaran global.
    Peningkatan aktiviti ini akan mempengaruhi atmosfera. Kesan rumah kaca atau greenhouse effect yang terlihat adalah begitu besar sekali sehingga matahari menjadi gelap pada waktu fajar dan senja dan menyebabkan hari menjadi pendek. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita. Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya di dalam gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri ini menghalang tenaga dari keluar semula ke angkasa lepas dan tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas.
    Insiden kesan pemanasan ini ke atas lautan juga menyumbang kepada kesan El Nino di Pasifik Timur. Dalam keadaan normal, arus-arus lautan pada Pasifik Timur akan membawa zat-zat yang kaya dalam arus-arusnya yang sejuk untuk membolehkan ikan-ikan yang hidup di kawasan air sejuk untuk membiak.El Nino merupakan arus panas yang menghalang pembawaan zat-zat ini dan sama ada menyebabkan kematian ikan-ikan tersebut atau menghalau mereka ke arah utara dan lain-lain kawasan. Kesan-kesan sampingannya adalah cuaca yang tidak menentu dan kemarau di kawasan Pasifik Barat dan juga Afrika Selatan.Sejak itu terdapat peristiwa La Nina dan hujan yang lebih banyak di Pasifik Barat, tetapi ada juga peningkatan ketidakstabilan pada kejadian peristiwa-peristiwa tersebut di Pasifik Timur dan tempat lain. Selepas El Nino, peningkatan suhu di kawasan Antartik telah menyebabkan berlakunya jangkitan virus di kalangan populasi singa laut. Sekitar 11,000 singa laut telah maut akibat jangkitan virus kerana laut yang bertambah hangat. Para saintis kini berpendapat bahawa ada wujudnya virus yang tidak diketahui sebelum ini, yang dahulunya terperangkap di dalam lapisan ais tetapi kini terlepas. Maknanya kita akan berhadapan dengan virus-virus yang beribu tahun umurnya tanpa apa-apa pengetahuan bagaimana untuk menanganinya. Kesan perubahan iklim sudah pasti memberi kesan kepada ekonomi negara. Kerugian yang dialami oleh negara akibat daripada fenomena banjir misalnya dianggarkan berjumlah RM 100 juta setiap tahun. Ini sudah tentu mengakibatkan kegawatan serta menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat.Dalam pada itu, aktiviti ekonomi dalam negara akan turut terjejas dan mencalarkan imej negara. Kegagalan menguruskan bencana alam dan persekitaran yang tidak kondusif untuk kegiatan ekonomi akan menyebabkan negara berhadapan dengan kesukaran menarik minat para pelabur asing untuk melabur di negara ini. Kesan perubahan iklim dan pemanasan global turut mengancam keselamatan dan kesihatan manusia. Menurut WHO, perubahan iklim global secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik. Walaupun negara tidak terkesan secara jelas, namun rakyat negara ini terdedah kepada ancaman lain yang turut mengancam nyawa manusia. Tekanan cuaca panas mengakibatkan rakyat negara ini terdedah kepada penyakit katarak dan kanser kulit. Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada perubahan iklim menyebabkan pertambahan kes wabak penyakit yangberpunca daripada haiwan pembawa ataupun vektor seperti malaria dan denggi. Perubahan suhu turut menyebabkan heatwave di beberapa tempat dan ini mengakibatkan penduduk terutamanya warga tua mudah mengalami heatstroke yang boleh mengakibatkan kematian.
    Kelemahan urus tadbir sumber hutan negara turut mempercepatkan lagi kesan perubahan iklim terhadap ekosistem. Pembalakan haram, pemusnahan hutan dan pembukaan kawasan baru bagi tujuan pembangunan merupakan antara kegiatan yang menjejaskan kitaran karbon yang merupakan proses semulajadi pengurangan karbon dioksida di atmosfera. Ini kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Penjejasan kepada ekosistem akibat kerakusan manusia akhirnya akan memakan diri dan membawa bencana kepada manusia sendiri. Tanah runtuh, banjir lumpur dan kekurangan sumber merupakan antara kesan penjejasan ke atas ekosistem dan tidak mustahil pada masa akan datang negara berhadapan dengan krisis yang lebih besar. Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan manusia misalnya aktiviti penangkapan ikan dan haiwan akuatik lain. Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada manusia bagi menjalankan rutin harian mereka.Penempatan penduduk di kawasan rendah turut terjejas sekiranya berlaku peningkatan aras air laut yang mungkin akan menghakis dan menenggelamkan kawasan pinggir pantai. Fenomena ini tidak mustahil akan mengakibatkan beberapa kawasan pinggir pantai negara akan hilang daripada peta Malaysia dalam tempoh 50 akan datang.
    Kejadian bencana alam yang berlaku sudah pasti mengundang krisis kemanusiaan yang serius. Kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal serta kehilangan mata pencarian secara tidak langsung memberi kesan psikologi kepada masyarakat. Dalam pada itu, tekanan psikologi yang dihadapi oleh masyarakat akan mengundang kepada permasalahan lain antaranya pengangguran, gejala sosial dan turut menjejaskan perkembangan pendidikan penduduk Tekanan yang dihadapi sedikit sebanyak akan menjejaskan kitaran sosial masyarakat dalam menjalani aktiviti dan kehidupan seharian.
    Kesan pemanasan global di Malaysia
    Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.
    CARA-CARA MENGATASI PEMANASAN GLOBAL
    PERANAN ISIRUMAH DAN INDIVIDU DALAM MENGATASI PEMANASAN GLOBAL
    Masyarakat digalakkan kurang bergantung kepada pengangkutan
    Mulai hari ini,cubalah ubah cara hidup anda untuk mengurangkan pergantungan kepada pengangkutan seperti memandu ketika kurang kesesakan lalulintas.Anda digalakkan mengurangkan pergantungan kepada kenderaan persendirian dan menggunakan pengangkutan awam dan berjalan atau berbasikal untuk perjalan jarak dekat.Amalan ini bukan sahaja 100% mesra alam, malah suatu amalan yang menyihatkan tubuh badan.
    Di samping itu,anda haruslah memastikan kenderaan anda diselenggara mengikut kekerapan tertentu.Menyelenggarakan sistem karburetor pembakaran kenderaan agar tidak membebaskan gas karbon monoksida yang menyumbang kepada pemanasan global.
    Isi rumah haruslah mengurangkan penggunaan tenaga eletrik
    Tenaga elektrik merupakan penyumbang utama kepada penigkatan suhu bumi.Hal ini kerana tenaga eletrik dihasilkan melalui pembakaran bahan bakar fosil.Pembakaran bahan bakar fosil ini akan membebaskan gas karbon dioksida ke atmosfera dan ini menyebabkan suhu bumi menjadi panas.Maka,isirumah haruslah berhemat dalam menggunakan tenaga elektrik. Setiap isirumah digalakkan mematikan suis barangan elektrik seperti televisyen, komputer,hawa dingin jika tidak menggunakannya.Ini kerana peralatan ini menggunakan 10% hingga 60% sumber tenaga.Tambahan pula, haruslah mematikan suis lampu dan kipas apabila meninggalkan bilik.Tindakan yang mudah ini bukan sahaja boleh menjimatkan bil elektrik anda namun anda telah mengurangkan sebanyak ribu pound karbon dioksida dalam masa setahun.Pengurangan penggunaan hawa dingin ini boleh mengurangkan lagi pembebasan CFC(Kloro flourokarbon) yang bertindak sebagai agen pemanasan global. Setiap isirumah digalakkan memilih barangan eletrik yang jenis tenaga efisien terutamanya dalam pembelian barangan eletrik yang besar seperti peti sejuk, mesin basuh,hawa dingin.Anda haruslah memastikan barangan elektrik yang anda beli itu dilabelkan dengan label Energy Star kerana label ini menunjukkan barangan eletrik tersebut menggunakan kurang daripada 15% tenaga elektrik. Secara tidak langsung anda telah membantu mengurangkan sebanyak 1 tan gas karbon dioksida. Selain itu,isirumah juga digalakkan menggantikan mentol yang biasa itu dengan mentol jenis pendar atau lebih dikenali sebagai compact fluorescent Light(CFL).CFL ini lebih menjimatkan tenaga di mana ia hanya menggunakan ¼ tenaga daripada jumlah tenaga yang digunakan oleh mentol biasa.Maka CFL ini dapat mengurangkan hampir 700 paun gas karbon dioksida dan ia lebih tahan lama berbanding dengan mentol biasa.
    Isirumah digalakkan mengamalkan amalan 3R dan 3H dalam kehidupan seharian
    3R iaitu mengurangkan(Reduce),kitar semula(Recycle) dan guna semula(Reuse),sementara 3H ialah berhenti(Halt),ambil perhatian(Heed) dan kendali (Handle).Mengurangkan(Reduce)-Kurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli-belah dengan membawa beg anda sendiri.Ini kerana beg plastik tidak mesra alam dan tidak boleh dibiodegradasikan.Kurangkan pembuangan sampah dengan mengurangkan penggunaan bahan pakai buang seperti pinggan kertas dan cawan plastik.Kurangkan penjanaan sampah dan pastikan sampah dibuang dengan bertanggungjawab.Ini kerana pereputan sisa-sisa organik ini akan mengeluarkan gas metana yang bertindak sebagai agen pemanasan global. Kitar semula(Recycle) Kumpulkan dan asingkan bahan buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan pemanasan global akibat daripada pembebasan gas metana daripada proses pereputan. Kumpulkan kertas yang telah digunakan di rumah dan bawa ia ke pusat kitar semula. Mengitar semula produk berasaskan kayu dapat menyelamatkan berjuta-juta pokok setahun menjaga keseimbangan ekosistem.Dengan mengitar semula sampah buangan rumah anda,anda telah mengurangkan sebanyak 2400 paun gas karbon dioksida dalam masa setahun.
    Berhenti(Halt)
    Sebagai seorang pengguna yang bijak,kita haruslah membuat perancangan dan pertimbangan dalam pembelian barangan.Tanya pada diri sendiri sama ada anda betul-betul memerlukan produk itu sebelum membuat pembelian.Cuba mengehadkan penggunaan barangan dalam rumah dan hanya membeli produk yang diperlukan sahaja.
    .
    Ambil perhatian(Heed)
    Oleh kerana sebahagian besar jumlah gas-gas rumah hijau di atmosfera adalah disebabkan oleh aktiviti manusia,maka kita sebagai pengguna haruslah memberhentikan penggunaan bahan yang mengandungi CFC.Apabila membeli tin-tin aerosol,baca label dan pilih produk dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.Membaca kesemua amaran ,label dan cara-cara menggunakan dan mengendalikan produk berbahaya.
    Kendali(Handle)
    Kesemua bahan berpotensi membahayakan,maka kita haruslah mengendalikannya dengan cermat.Fikirkan kaedah terbaik untuk kitar semula atau membuang sampah rumah.Ini disebabkan kebanyakkan barangan dalam rumah mengandungi fluorokarbon,etanol,butana,aseton,’phenols’ dan ’bylene’.Bahan-bahan ini mudah sejat dan apabila matahari bersinar,ia akan bergabung dengan bahan cemar lain untuk membentuk ozon iaitu komponen utama asbut yang menyumbang kepada pemanasan bumi.
    Masyarakat digalakkan kurang bergantung kepada makanan import
    Pengangkutan makanan merupakan salah satu sumber yang menyumbangkan kepada fenomena pemanasan global.Makanan import ini perlu dibungkuskan dengan rapi dan disimpankan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran makanan.Kajian menunjukkan sebuah kapal kargo yang mengangkut sebanyak 2577 kilometer ini memerlukan 17 kali ganda petroleum dan membebaskan 17 kali ganda gas karbon dioksida berbanding dengan makanan tempatan.Dengan ini,masyarakat digalakkan banyak menggunakan makanan tempatan dan jika boleh tanamlah sendiri. Masyarakat digalakkan menanam makanan secara usaha diri jika terdapat ruang di halaman rumah anda.Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling ini juga boleh membantu mengurangkan kepanasan suhu tempatan dan global. Menerusi proses fotosintesis,tumbuh-tumbuhan ini menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen yang diperlukan untuk kita bernafas serta sebagai agen pelembap suhu bumi.
    Masyarakat digalakkan menggunakan biofuel yang berasaskan kelapa sawit
    Diesel minyak kelapa sawit sesuai untuk dijadikan bahan tenaga gantian dari sumber-sumber yang boleh diperbaharui terutama dalam jangka panjang Ujian awalan ke atas beberapa buah teksi dan kenderaan PORIM yang meliputi semua aspek teknikal dan prestasi memberi petanda-petanda baik dan menyakinkan untuk digunakan sebagai bahan pembakar. Di antara hasil-hasil yang menggalakkan ialah keluaran asap eksos yang berkurangan, jika dibandingkan dengan diesel biasa. Satu implikasi ke atas alam sekitar kita ialah ia akan mengurangkan peningkatan lapisan karbon dioksida di udara yang boleh menyebabkan kenaikan suhu hawa dan pencemaran alam sekitar. Pemandu-pemandu teksi yang terlibat dalam ujian ini telah mengesahkan bahawa mereka tidak mengalami apa jua kemerosotan kuasa enjin yang bermakna pembakaran minyak adalah lebih efisien dari diesel petroleum biasa.
    PERANAN KERAJAAN DALAM MENGATASI PEMANASAN GLOBAL
    Kerajaan haruslah mempergiatkan kajian (R&D) terhadap penggunaan sumber tenaga alternatif
    R&D juga digalakkan oleh kerajaan untuk mencari teknologi yang tidak mencemar atau merosakkan sumber semula jadi. Kejayaan R&D menghasilkan minyak diesel daripada minyak kelapa sawit bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada negara sebagai pengeluar terbesar minyak sawit dunia tetapi juga dapat mengurangkan eksploitasi dan permintaan terhadap sumber petroleum.Walaubagaimanapun,Pihak kerajaan perlulah mempergiatkan lagi kajian terhadap penggunaan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui bagi pengangkutan dan penjanaan tenaga elektrik.Dengan itu,kita boleh kurang bergantung kepada bahan api fosil.
    Amalkan amalan pengurusan sumber yang cekap
    Di peringkat negeri pelbagai undang-undang boleh digubal untuk mengurangkan
    pembalakan dan penebangan hutan. Pengurusan hutan yang lestari juga harus
    diamalkan. Pembalakan dan industri berasaskan sumber –sumber hutan harus
    mengikuti garis panduan yang telah dibangunkan untuk tujuan pembangunan
    industri berasaskan hutan secara lestari. Contoh-contoh garis panduan tersebut
    adalah seperti pensijilan FSC (Forest Stewarship Council).Di samping itu,penanaman hutan juga harus dijalankan selepas penebangan hutan selesai. Di peringkat kebangsaan dan dengan kerjasama kerajan negeri dan tempatan pelbagai usaha-usaha pemantauan dapat dilakukan untuk mengalakkan industri-industri menggunakan peralatan seperti motor yang efisien dan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Kerajaan juga boleh menjadikan pelabelan kecekapan tenaga bagi peralatan elektrik seperti lampu, peti sejuk dan lain-lain perkakas elektrik wajib atau mandatori.Seterusnya mengenakan tindakan untuk mengelakkan penjualan perkakas elektrik yang tidak mempunyai label atau penyalahgunaan label-label tersebut.
    Kerajaan haruslah menaiktarafkan infrastruktur dan sistem pengangkutan awam
    Infrastruktur dan sistem pengangkutan awam harus diperluaskan ke kawasan
    perumahan supaya penggunaan kereta persendirian juga boleh dikurangkan.
    Sistem pengangkutan awam juga harus selamat untuk pengguna, terutamanya bagi kaum wanita.
    AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974-AKTA 127
    Akta
    Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 – Akta 127
    Peraturan
    Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol Dan Diesel) 2007 – P.U.(A) 145/2007
    Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 – P.U.(A) 294/2005
    Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripadea Motosikal) 2003 – P.U.(A) 464/2003
    Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol 1996 – P.U.(A) 543/96
    Peraturan_Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel 1996 – P.U (A) 429/96
    Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989 – P.U.(A) 139/89
    Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor) 1985 – P.U.(A) 296/85
    Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih 1978 – P.U.(A) 280/78
    Kaedah
    Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompoun Kesalahan (Pembakaran Terbuka) 2000 – P.U. (A) 310/2000
    Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompoun Kesalahan-Kesalahan) 19787- P.U. (A) 281/78
    BIBILIOGRAFI
    Buku
    Critical Thinking About Environment Issues Global Warming (Jane S.shaw) 2002 by Green Press,US.
    Climate Change Turning Up The Heat (A.Barrie Pittock) by Csiro Publishing,Australia.
    Laman Web
    www. nre.gov.my/NRE/jas.html(Dept.Of Environment Ministry of Natural Resources and Environment Malaysia
    www.bbc.co.uk/Indonesia/special/1652-globalwarming
    www.standardsusers.org/bulentinpengguna/pemanasan%20Global%20Bulentin%20pengguna%20january%2007pdf.
    Mymassa.com/news/117/article/1133/2007-09-19.html
    Mstar.com.my
    Suhaizamzahri.wordpress.com
    www.bernama.com/kpdnhep/news.php?id=186178&lang=my
    Monitoring media.wordpress.com
    www.eartheasy.com
    Pauhfc.wordpress.com
    www.greenbalance.org/global_warming_climate_change/index.htm
    Environment.about.com/od/greenlivingdesign

×