Institusi Pendidikan Islam
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Institusi Pendidikan Islam

on

  • 22,661 views

 

Statistics

Views

Total Views
22,661
Views on SlideShare
22,562
Embed Views
99

Actions

Likes
7
Downloads
1,108
Comments
1

6 Embeds 99

http://sufiahharakiah.blogspot.com 42
http://www.slideshare.net 41
http://sharifah1505.blogspot.com 8
https://jea1051.1bestarinet.net 5
http://attarbiyah.wordpress.com 2
http://kepus-kepus.blogspot.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • salam....
    mintak izin untuk ambil maklumat...t.kasih
    semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Institusi Pendidikan Islam Institusi Pendidikan Islam Presentation Transcript

  • بسم الله الرحمن الرحيم Institusi Pendidikan Islam
  • Definisi
    • Institusi bermaksud organisasi yang ditubuhkan untuk tugas tertentu seperti pendidikan, penyelidikan saintifik dan lain-lain
    • Pendidikan menurut Islam “satu proses berterusan untuk merubah, melatih dan mendidik akal jasmani dan rohani manusia berdasarkan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah Taala untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.
    • Institusi pendidikan Islam bermaksud organisasi yang ditubuhkan untuk melaksanakan pendidikan Islam
  • Dar al-Arqam
    • Rumah merupakan tempat pendidikan awal yang diperkenalkan ketika Islam mula berkembang di Mekah.
    • Rasulullah SAW menggunakan rumah Arqam bin Abi al – Arqam sebagai tempat pertemuan dan pengajaran agama secara sulit selama tiga tahun.
    • Bilangan kaum muslim yang hadir pada peringkat awal adalah terlau kecil tetapi semakin bertambah dari masa ke semasa yang terdiri daripada golongan bangsawan Quraisy, pedagang dan hamba sahaya.
    • Di Dar al-Arqam, Rasullah SAW mengajar wahyu yang telah diterima baginda kepada kaum muslim
    • Memberikan penerangan serta motivasi untuk kekuatan iman mereka.
    • Baginda juga membimbing mereka menghafal , menghayati dan mengamalkan ayat- ayat Al-Quran yang diturunkan kepada baginda SAW.
  • MASJID
    • Masjid adalah satu-satunya institusi tertua untuk mempelajari berbagai ilmu pengetahuan.
    • Selain daripada tempat beribadat, ia juga tempat penyebaran dakwah dan ilmu Islam, tempat menyelesaikan masalah masyarakat, menerima duta-duta, pertemuan pemimpin-pemimpin , tempat bersidang , kegiatan sosial untuk kebajikan ummat dan juga madrasah untuk mempelajari ilmu agama khususnya ilmu fardhu ain.
    • Di antara masjid yang terkenal ialah Masjid Nabawi dan masjid Quba’ di Madinah, Jamie’ Amru dan Jamie’ Ibnu Thulun di Kaherah
    • Pembelajaran merangkumi ilmu-ilmu ugama seperti Tafsir, Hadith, Al-Quran, Ilmu Kalam, Fiqh, Falsafah dan lain-lain.
    • Guru akan duduk diatas tikar atau bantal dan kadang-kadang di atas kerusi atau tempat yang tinggi supaya pelajar dapat mendengar dalam bentuk halaqah untuk mendengar dan bersoal-jawab berkaitan dengan ilmu yang diajarkan, urusan ugama dan kehidupan seharian.
    • Pengajaran lazimnya akan dimulakan dengan Basmalah dan Selawat dan kadang-kadang dengan bacaan ayat Al-Quran atau Hadith yang bersangkutan dengan kelebihan menuntut ilmu dan mengakhiri pengajaran mereka dengan ucapan “Allahu A’almu wa Rasuluhu” diikuti dengan bacaan al-Fatihah, doa dan salam.
  •  
  •  
  • Suffah
    • Ruang atau bangunan surau yang bersambung dengan masjid.
    • Tempat untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat seperti memberi perlindungan kepada orang-orang fakir dan perantau. Antara sahabat yang pernah berlindung dalam al-Suffah ialah Abu Hurairah Radiallahu anhu.
    • Al-Suffah boleh dilihat sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara sistematik dan teratur.
    • Pembelajaran di Al-Suffah bukan setakat mempelajari Al-Quran pada waktu malam sahaja akan tetapi juga mempelajari cara menulis dan ilmu-ilmu yang lain pada waktu siang.
    • Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah melantik para sahabat yang berkebolehan untuk menjadi guru dan juga memerintahkan orang-orang tawanan Badar yang pandai menulis dan membaca supaya tiap-tiap seorang dari mereka mengajar sepuluh orang kanak-kanak muslim di Madinah sehingga pandai bagi menebus diri mereka dari menjadi tawanan perang.
  •  
  • Al- Kuttab
    • Ditubuhkan oleh orang Arab sebelum kedatangan Islam lagi bertujuan untuk memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak di peringkat rendah seperti membaca dan menulis sahaja.
    • Merupakan ruang atau bilik kecil atau khemah yang dibina berhampiran dengan masjid dan keluasannya semakin bertambah mengikut keramaian murid-muridnya.
    • Objektif utama : menghafal Al-Quran dan belajar menulis.
    • Guru yang mengajar di Kuttab itu mestilah hafal Al-Quran juga mengetahui ilmu-ilmu ugama yang lain seperti Bahasa , adab dan lain-lain.
    • Selepas kurun kedua hijrah bilangan al-Kuttab dan tenaga pengajarnya semakin bertambah.
    • Antara Kuttab yang terbesar ialah Kuttab Abil Qasim Al-Balki di Baghdad yang boleh menampung kira-kira tiga ribu orang murid sekaligus.
  •  
  • Daurul Al-Hikmah atau Daurul Al-Ilm
    • Pada zaman Abbasiah, orang-orang Islam telah pun bercampur gaul dengan bermacam-macam bangsa dan kebanyakan mereka ini terpengaruh dengan kemajuan dan budaya yang di bawa oleh bangsa tersebut.
    • Ulama-ulama Islam semakin berkembang pemikiran mereka dan bersaing untuk mempelajari ilmu-ilmu yang baru daripada.
    • Banyak membuat terjemahan buku dari bahasa asing ke bahasa Arab khususnya falsafah Greek.
    • Berlumba-lumba untuk mengumpulkan hasil tulisan mereka di Darul Al- Hikmah untuk menjadi rujukan dan bahan kajian orang ramai. Tempat ini juga menjadi tempat rujukan ulama-ulama dan orang yang menuntut ilmu.
  • Rumah-rumah Ulama’ dan Istana Khalifah
    • Penyebaran ilmu pada zaman Abbasiah berlaku begitu pesat sekali sehinggakan orang ramai boleh datang sendiri ke rumah-rumah ulama’ untuk menuntut ilmu secara langsung dari mereka.
    • Contohnya Ibnu Sina yang membukakan rumah beliau untuk orang ramai tetapi pada waktu malam sahaja kerana pada siang harinya beliau sibuk mengubati pesakit.
    • Begitu juga Imam Ghazali di mana orang ramai sering datang ke rumahnya untuk mengambil ilmu dan mempelajari kitab-kitab yang terdapat di rumah beliau.
    • Sebelum sekolah berkembang, rumah-rumah ulama dan istana pembesar-pembesar adalah tempat berkumpulnya ulama.
  • Madrasah
    • Madrasah Baihaqiyah madrasah yang pertama didirikan oleh penduduk Naisabur iaitu pada kurun ke-5 hijrah.
    • Tidak banyak bezanya dengan masjid dari segi reka bentuk bangunannya kecuali dengan penambahan dewan untuk belajar.
    • Kurikulum yang dilaksanakan termasuk subjek-subjek ugama dan juga ilmu Hisab, Tarikh, Adab dan sabagainya.
    • Selain kuttab, istana, rumah pembesar dan masjid, pembelajaran dan pengajaran pada ketika ini juga berlangsung di kedai-kedai buku, kedai-kedai kertas, pasar-pasar, hospital dan sebagainya.
  •  
  • Pondok atau pesantren
    • Sebelum kedatangan Islam di Asia Tenggara, pendidikan terbatas kepada golongan bangsawan sahaja. Akan tetapi selepas kedatangannya, pendidikan disebarkan melalui istana, pondok (pesantren), madrasah dan surau.
    • Di utara Semenanjung Malaysia, pondok mempunyai dua erti, pertama ia bererti rumah kecil yang bersifat sementara. Kedua ia bererti sebuah institusi pembelajaran Islam yang berbentuk tradisional dan otrodoks.
    • Sistem persekolahan pondok ini telahpun muncul seawal kedatangan Islam di Asia Tenggara iaitu sejak abad ketujuh.. Pusat penganjian Islam ini tumbuh dengan meluasnya di Pattani, Tanah Melayu dan juga Acheh.
    • Di Tanah Melayu dan Pattani ia di kenali sebagai pondok yang bermaksud hotel atau asrama manakala di Indonesia ia dikenali sebagai pesantren yang diambil dari bahasa Sanskrit iaitu san bererti orang baik dan tra bermaksud suka menolong .
    • Fizikal asal pondok ini ialah pondok atau rumah kecil yang beratapkan rumbia atau nipah biasanya terletak di bawah pokok yang rendang sahaja
    • .
    • Subjek-subjek yang diajarkan termasuk Fiqh, Usuluddin, Tasawwuf, Hadith dan Tafsir. Manakala bahasa penghantarnya ialah bahasa Arab dan Melayu.
    • Antara pondok yang masih terkenal hingga kehari ini ialah Pondok Bunut Patong di Kelantan Malaysia dan Pondok Moden Darussalam Gontor di Bogor.
  •  
  • Sekolah
    • Di anggap sebagai institusi pendidikan formal yang utama dan merupakan satu sistem pendidikan yang tersusun.
    • Persekolahan yang mengajar pendidikan Islam khususnya di Asia Tenggara berbeza antara satu Negara dengan yang lain.Sebahagian negeri masih mengamalkan system dualisma dalam pendidikan,
    • Untuk mengimbangi kefahaman Islam dengan arus perkembangan moden, setengan negeri menambahkan pendidikan Islam di sekolah menengah dengan mata pelajaran Tasawwur Islam dan kemudian menambahkan pengetahuan mereka dengan pelajaran Tamadun Islam pada peringkat pengajian Tinggi.
    • Sekolah-sekolah yang didirikan khusus untuk pengajian Islam biasanya memfokuskan kurikulum untuk mendalami pengajian Islam dan kebanyakkannya menggunakan bahasa pengantar Bahasa Arab dengan lanjutan sastera Arab.
    • Sesetengah sekolah menjalankan polisi pendidikan yang memfokuskan kepada pengajian Islam sahaja dan sebahagian yang lainnya menjalankan polisi bersepadu dengan mengajarkan bidang akademik di samping pengajian Islam.
  •  
  • Pengajian Tinggi Islam
    • Semakin berkembang sesebuah Negara Islam maka semakin meningkat juga perkembangan pendidikan Islamnya.
    • Perubahan zaman dan tuntutan masyarakat, pertumbuhan institusi sekolah dan berkembangnya pemikiran Islam adalah antara factor yang menyebabkan tumbuhnya institusi pengajian tinggi Islam samada universiti, kolej universiti, institute ataupun peringkat maktab.
    • Selain daripada pengajian Islam institusi berkenaan juga mulai menumpukan pengajian kepada disiplin-disiplin akademik yang diperlukan oleh masyarakat dan ummah Islam. Gagasan Islamisasi Ilmu juga memberikan perubahan kepada falsafah dan system institusi berkenaan dengan menawarkan kursus-kursus akademik yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam.
    • Selain daripada Universiti Al-Azhar, telah muncul begitu banyak institusi pengajian tinggi Islam di Timor Tengah, di Barat dan juga di Nusantara.
  •  
  • Keluarga
    • Keluarga khususnya ibu bapa merupakan institusi pendidikan terpenting dalam pembentukan keperibadian muslim yang salih.
    • Banyak pendapat bersetuju bahawa keluarga punyai peranan yang lebih penting daripada sekolah kerana tali perhubungan dan yang rapat dengan kanak-kanak (ahli keluarga), lebihan masa bersama serta pergaulan yang lebih mesra selain kewajipan dan pemberian hak pendidikan kepada anak-anak.
    • Pendidikan yang berlaku di sekolah adalah terhad kepada pengajaran pengetahuan asas dan bimbingan yang amat terbatas dalam waktu yang singkat. Sementara keluarga adalah penerus pendidikan sekolah dalam lebihan masa dan kebebasan bertindak yang luas kepada ibu bapa.
    • Penghayatan ajaran-ajaran Islam dalam keluarga diperaktikkan dengan berkesan mulai dari bangun tidur hinggalah kanak-kanak kembali untuk tidur.
    • Pengetahuan dan penghayatan ajaran Islam perlu dimiliki oleh setiap ibu bapa kerana merekalah yang akan menjadi qudwah ikutan serta pembimbing sebenar kepada aktiviti anak-anak mereka.
    • Pola kehidupan keluarga biasanya mempengaruhi tindak tanduk anak-anak. Jika soleh aktiviti keluarga maka akan lahirlah anak-anak yang soleh dan begitulah sebaliknya sebagaimana perkara ini jelas dalam Hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
  •  
  • Masyarakat
    • badan-badan kebajikan, media massa, pasar, pusat sukan, laman permainan, kedai dan tempat-tempat awam berperanan dalam pembentukan peribadi masyarakat Islam.
    • Setiap unit dalam masyarakat merupakan sumber kepada penyerapan nilai-nilai Islam melalui informasi, komunikasi, interaksi dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
    • Interaksi individu dengan unit-unit dalam masyarakat biasanya memberikan refleksi kepada keperibadiannya baik dalam tingkah laku, tindakan begitu juga aliran fikiran dan semangat kekitaan.
    • Media dan aktiviti masyarakat yang menjurus kepada pendidikan taqwa akan membawa ahli masyarakat kepada ketaqwaan sementara pengaruh yang negative dan nafsu nafsi akan mendidik ahli masyarakat kepada lalai dan kemungkaran.
  • Penutup
    • Perkembangan institusi pendidikan Islam sejak permulaan Islam banyak dipengaruhi oleh perkembangan dan penghayatan Islam itu sendiri. Tasawwur dan perkembangan pemikiran Islam juga memberikan banyak perubahan kepada perkembangan berkenaan. Perkembangan ini akan tetap terus berlaku selagimana fungsi dan matlamat institusi berkenaan dapat dicapai dengan efektif. Efektifnya institusi pendidikan Islam akan dapat dilihat dari penghayatan ajaran-ajaran Islam dalam kehidupan keluarga dan masyarakat Islam. Penghayatan ajaran-ajaran Islam yang diperolehi dari institusi berkenaan adalah keutamaan dalam membangun masyarakat dan ummah yang sebaik-baiknya.
    • والله أعلم بالصواب