Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Topik 1 Konsep Asas Psikologi

on

  • 55,592 views

 

Statistics

Views

Total Views
55,592
Views on SlideShare
54,585
Embed Views
1,007

Actions

Likes
22
Downloads
2,462
Comments
14

12 Embeds 1,007

http://dplium09.blogspot.com 735
http://www.slideshare.net 126
http://hlbermakna.blogspot.com 88
http://nurlaila916916.blogspot.com 31
http://webcache.googleusercontent.com 7
http://www.firdausi83.blogspot.com 7
http://firdausi83.blogspot.com 5
http://translate.googleusercontent.com 3
http://dplium09.blogspot.sg 2
http://hlbermakna.blogspot.sg 1
http://hlbermakna.blogspot.hk 1
http://dplium09.blogspot.co.uk 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

15 of 14 Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • power2
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Bahasa mudah difahami, huraian agak ringkas dan padat. Klo bole sertakan contoh2 dlm huraian agar lebih mudah difaham....!!!@@@##%%%**$$$$'''
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • bagus, bahasannya mudah dicerna dan nggak bertele tele
    bisa buat belajar dan tambah ilmu
    makasih
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • baru saya faham tentang apa itu psikologi.........
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • blh email kn slide ni??
    qechik.style@gmail.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Topik 1 Konsep Asas Psikologi Topik 1 Konsep Asas Psikologi Presentation Transcript

  • PSIKOLOGI PENDIDIKAN KUMPULAN 1: BADRULHISAM BIN ABDUL GHANI NORIZAH BINTI ALIAS RASHIDAH BINTI ABD.RAOFF WAN MUHD FAHMI BIN HUSSIN ZAILANI BINTI ZAKARIA ZAINORA BINTI JAPAR TOPIK 1 PENGENALAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
  • OBJEKTIF:
    • Di akhir bab ini, kita seharusnya dapat:
    Memberi definisi psikologi; Menjelaskan sejarah perkembangan psikologi; Memberi definisi psikologi pendidikan; Menghuraikan kepentingan psikologi Pendidikan kepada guru;
  • KONSEP ASAS PSIKOLOGI
    • Pengenalan:
    • Guru memainkan peranan penting sebagai pelaksana kurikulum dan program pendidikan di sekolah, terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.
  • Coopes (1988) Guru yang berkesan ialah : MENGUASAI Ilmu pengetahuan, pedagogi, & ilmu psikologi manusia MENUNJUKKAN Sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran & interaksi positif MENGGUNAKAN Strategi, kaedah & teknik mengajar yang membolehkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan kaedah &teknik yang betul MEMPUNYAI Ilmu pengetahuan & kepakaran dalam mata pelajaran yang diajarnya.
    • Dapat mengajar mata pelajaran akademik dengan baik.
    • Dapat mengaplikasikan strategi pengajaran kepada semua mata pelajaran termasuklah pengurusan bilik darjah yang baik dan kaedah mengajar yang berkesan.
    • Bahan-bahan kurikulum dan perancangan yang bersesuaian dengan mata pelajaran dan tahap pelajar.
    • Kaedah pengajaran mata pelajaran yang khusus bagi pelajar-pelajar yang memerlukan.
    • Memahami ciri-ciri dan latar belakang pelajar.
    • Tempat & suasana pelajar
    • Tahu matlamat, objektif & tujuan mengajar
    Guru-guru yang berjaya & profesional perlu Mengetahui beberapa perkara: Lee Shulman (1987)
  • DEFINISI PSIKOLOGI HENRY L.ROEDIGER (1984) KAMUS DEWAN GREEK PURBA WILLIAM (1960) WITTIG (1984) KALAT (1999) CAMBRIDGE INTERNATIONAL DICTIONARY OF ENGLISH WITTAKER (1970)
  • Psyce (jiwa) Logos (kajian mengenai Sesuatu) DEFINISI PSIKOLOGI berasal dari perkataan Greek Purba
  • DEFINISI PSIKOLOGI “ Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.” Kamus Dewan Bahasa & Pustaka
  • DEFINISI PSIKOLOGI Psikologi merupakan satu kajian saintifik untuk mengkaji bagaimana pemikiran manusia bekerja dan bagaimana pemikiran tersebut mempengaruhi tingkah laku atau mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap sesuatu tingkah laku. Cambridge International Dictionary of English m.s. 383 Satu kajian yang sistematik terhadap tingkah laku dan mental seseorang. Henry L.Roediger (1984) Psikologi adalah sains tingkah laku Wittaker (1970) Satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti. William (1960) Kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman manusia. Kalat (1999)
  • SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI 384-322 SM 1595-1690 Abad ke-17 & 18 1832-1920 1842-1952 1878-1958 1880-1967 1902-1987 1925- 1886- Kajian psikologi bermula dr. zaman Greek purba Aliran Empirisme Aliran Strukturalisme Aliran Functionalisme Aliran Interaksionisme Aliran Behaviorisme Aliran Psikologi Gestalt Aliran Humanistik Aliran Kognitivisme Aliran Konstruktivisme
  • SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI
    • Pada zaman Awal Greek psikologi adalah sebahagian daripada ilmu falsafah dan bukan lagi satu kajian saintifik.
    384-322 Sebelum Masihi Socrates (470 BC – 399 BC) Plato ( 427 BC – 347 BC) Aristotele (384 BC - 322 BC
  • Fahaman & Aliran Psikologi
    • Ahli falsafah & pakar matematik Perancis (juga digelar sbg. Bapa Matematik Moden)
    • Pengasas falsafah moden
    RENE DESCARTES (1595-1690) ALIRAN INTERAKSIONISME (1595-1690) MANUSIA pemikiran + badan jasad + roh * Bertentangan dengan konsep DUALISME ( manusia terdiri daripada jasad Yang terpisah daripada roh)
  • IMPLIKASI ALIRAN INTERAKSIONISME TERHADAP PENDIDIKAN
    • Setiap manusia mempunyai hubungan yang kukuh antara badan dan pemikiran.
    Wujudnya Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan perkembangan seimbang dari aspek JERIS pada setiap pelajar.
  • ALIRAN EMPIRISME (1685 - 1753) JOHN LOCKE (1632 – 1704)
    • Dilahirkan pada 29 Ogos 1632 di Wrington, Somerset, England.
    • Ahli falsafah Inggeris yang terkenal pada abad ke-17.
    • Meninggal dunia pada 28 Oktober 1704.
    TABULA RASA Jiwa manusia kosong semasa dilahirkan. ‘ sehelai kertas putih yang belum ditulis apa-apa, keadaannya putih bersih’ Fahaman & Aliran Psikologi
  • ALIRAN EMPIRISME (1685 - 1753) GEORGE BERKELEY (1685-1753) EKSPERIMENTALISME Falsafah ini juga dikenali sebagai: INSTRUMENTALISME
    • Dilahirkan pada 12 Mac 1685 di Irish.
    • Ahli falsafah barat yang terkenal pada abad ke-18.
    • Dikenali juga sebagai Bishop Berkeley.
    Pengalaman Penyelesaian Masalah
    • Spekulasi adalah aktiviti yang tidak berguna.
    • Pengalaman adalah satu realiti.
  • IMPLIKASI ALIRAN EMPIRISME TERHADAP PENDIDIKAN
    • Wujudnya pendidikan tidak formal:
    • pendidikan di rumah
    • -badan-badan tertentu
    • seperti Tadika KEMAS,
    • Taska, prasekolah
    • KPM, dll.
    • Wujudnya pendidikan formal:
    • Sekolah rendah
    • -Sekolah menengah
    • -pusat-pusat pengajian
    • tinggi
    Apa sahaja bentuk pendidikan yang diterima yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada seseorang manusia berasaskan pendapat semua ilmu pengetahuan adalah dari pengalaman yang diperolehi.
    • Ahli fisiologi dan psikologi Jerman.
    • Dikenali sebagai bapa psikologi kerana membina makmal psikologi pertama di Leipzig, Jerman pada tahun 1879.
    • Dianggap sebagai ahli psikologi moden kerana menulis tentang kajiannya yang mengandungi 50 000 patah perkataan.
    • Edward Bradford Ticherner (1867 – 1927), salah seorang pelajar Wundt mendirikan makmal psikologi di Universiti Cornell & mengasaskan kajian strukturalisme di Amerika Utara.
    Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN STRUKTURALISME(1832 -1920) WILHELM WUNDT ( 1832 – 1920) Siapa Wilhelm Wundt?
  • ALIRAN STRUKTURALISME Tumpuan kajian kepada pengalaman sedar, iaitu mengkaji apa yang boleh dinyatakan oleh seseorang dalam pengalaman sedarnya KAJIAN WILHELM WUNDT PERASAAN SIKAP TANGGAPAN INDIVIDU TERHADAP SESUATU KEADAAN PERSEPSI
    • Penglihatan
    • Bunyi
    • Bau
    • Rasa
    • pemerasaan
    • Merupakanpengalaman
    • yang tidak wujud seperti:
    • Ingatan mengenai seseorang atau peristiwa
    • Reaksi emosional:
    • Cinta
    • Kasih sayang
    • Bahagia
    • Cemburu
    Proses perkaitan ( process of association) ( pembahagian pengalaman kepada beberapa elemen-elemen) Teknik Analytic introspection 3 KOMPONEN UTAMA PENGALAMAN SEDAR Sensasi Imej Afeksi
  • IMPLIKASI ALIRAN STRUKTURALISME TERHADAP PENDIDIKAN Belajar melalui pengalaman yang dipelajari Pelajar belajar melalui pembelajaran kendiri
    • Ahli psikologi Amerika pertama.
    • Menubuhkan makmal psikologi pertama di Amerika Syarikat.
    • Memperkenalkan kursus psikologi.
    • Menerbitkan dua jilid buku iaitu ‘The Principle of Psychology’
    Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN FUNCTIONALISME (1859-1952) PENGASAS John Dewey 1859-1952 William James 1842-1910 :
    • Ahli falsafah dan ahli psikologi Amerika abad ke-20
    • Bapa Psikologi Functionalisme
    • Pengasas ‘Philosophical School of Pragmatism’ bersama-sama dengan Charles Sanders Peirce & William James.
    • Menekankan pengalaman
    • sedar dan tingkah laku
    ALIRAN FUNCTIONALISME (1859-1952) Mengkaji bagaimana manusia menggunakan minda untuk berfikir dan menghasilkan tingkah laku. Mereka berpendapat proses mental adalah sentiasa aktif dan berterusan. Teori ini dipengaruhi oleh teori evolosi manusia yang dikemukakan oleh Darwin & falsafah pragmatisme (pemikiran yang berdasarkan praktikal bukan teori) .
  • IMPLIKASI ALIRAN FUNCTIONALISME TERHADAP PENDIDIKAN
    • Pembelajaran adalah berterusan sepanjang hayat bersesuaian dengan peringkat umur.
  • Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958) J.B.WATSON (1878 - 1958) Pengasas aliran ini di Amerika Utara. Terkenal dengan Teori Pelaziman Klasik. Kajian dilakukan ke atas seorang kanak-kanak, Albert & seekor tikus putih. “ Psychology as the Behaviorist Views It” merupakan artikel beliau yang diterbitkan pada 1913. Beliau berpendapat psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku yang nyata.
    • Dikenali juga sebagai aliran:
    • -Associationism
    • ( mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa atau antara dua idea yang membawa kepada terjadinya pembelajaran)
    IVAN PAVLOV 1849-1936 THORNDIKE 1874 – 1949 B. F. SKINNER 1904 – 1990 CORDELL HULL (1871-1955 )
    • Diaplikasikan kepada
    • Pembelajaran & tingkah laku manusia
    • mengfokus kepada tingkah laku manusia dan menolak aspek kerohanian.
    KAJIAN DALAM ALIRAN BEHAVIORISME Hasil kajian
  • ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958) Dipengaruhi oleh: ALIRAN LOGIK POSITIF (LOGICAL POSITIVISM) Mereka berpendapat bahawa semua ilmu atau pengetahuan perlu disahkan melalui: Cara yang empirikal Pemerhatian yang sistematik KONSEP KRITIKALYANG DIKEMUKAKAN KE DALAM ILMU PSIKOLOGI IALAH: DEFINISI OPERASIONAL ( OPERATIONAL DEFINITION)
  • ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958) DEFINISI OPERASIONAL KONSEP SAINTIFIK PROSES PENGUKURAN KEPADA SESUATU YANG DIKAJI CONTOH: LAPAR (didefinisikan sebagai sesuatu yang dialami oleh manusia atau haiwan setelah tidak makan pada masa yang sepatutnya mereka makan. Definisi ini tidak dapat diterima oleh aliran logik positif kerana untuk mengesahkan situasi ini perlu ada satu cara pengukuran yang tepat.
  • ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958) Ahli psikologi behaviorisme Menegaskan TUJUAN ILMU PSIKOLOGI menghurai menerang meramal Mengawal tingkah laku
    • Dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seseorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran.
    • Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran.
    • Guru hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki dengan menekankan latih tubi.
    • Guru menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan, bukannya kefahaman murid.
    • Gardner, 2000
    IMPLIKASI ALIRAN BEHAVIORISME TERHADAP PENDIDIKAN Implikasi Behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya.
  • Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN GESTALT ( 1880 -1843 ) GESTALTEN (perkataan Jerman) Max Wertheimer 1880 - 1943 Wolfgang Kohler 1887 - 1967 Kurt Koffka 1886-1941 GESTALT (perkataan Jerman) keseluruhan pola terorganisasi
  • Muncul di Jerman sebagai reaksi kepada pendapat ahli strukturalisme. Berpendapat manusia mempersepsi dunia dalam bentuk satu Keseluruhan (unitary whole) ALIRAN GESTALT ( 1880 -1843 )
  • IMPLIKASI ALIRAN GESTALT TERHADAP PENDIDIKAN Inkuiri penemuan merupakan satu aspek penting dalam P & P terutamanya dalam subjek sains. Pengajaran & pembelajaran berasaskan KBKK.
  • Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN HUMANISTIK (1908 - 1987 ) PENGASAS CARL ROGERS (1902-1987) ABRAHAM MASLOW 1908-1970
  • ALIRAN HUMANISTIK ( 1908 - 1987 ) Fokus kepada 3 perkara Cara berfikir Cara pengamatan Interpretasi Tentang sesuatu peristiwa atau kejadian
  • Seseorang individu bertanggungjawab terhadap tindakannya. CONTOHNYA: Kalau seseorang ingin cemerlang dalam hidupnya, dia hendaklah berusaha untuk mencapai matlamatnya hidupnya. Kuasa motivasi seseorang individu ialah kecenderungannya untuk berkembang serta mencapai pemenuhan kendiri (self-actualisation). Ini bermakna, walaupun terdapat halangan, setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya dan mencapai pemenuhan kendiri ke tahap yang maksimum. KONSEP PEMENUHAN KENDIRI INI DIPELOPORI OLEH MASLOW
  • IMPLIKASI ALIRAN HUMANISTIK TERHADAP PENDIDIKAN Kelas pemulihan khas bagi mengatasi Keciciran murid Adanya kelas tambahan atau kelas intensif kelolaan/anjuran pihak sekolah Skim Baucer Tuisyen Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP)
  • Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN KOGNITIVISME ( 1880- ) Motivasi Kem. belajar KBKK metakognisi Kognisi Persepsi & penanggapan Pemikiran manusia DLL KAJIAN
  • AHLI-AHLI PSIKOLOGI KOGNITIVISME Ahli-ahli Psikologi Gestalt Jean Piaget ( 1896 - 1980) Lev Semenovich Vygotsky ( 1896 – 1934) Jerome S. Bruner (1915- ) David Ausubel (1918 - ) Robert Mills Gagné (1916 – 2002) Max Wertheimer 1880 - 1943 Wolfgang Kohler 1887 - 1967 Kurt Koffka 1886-1941
    • satu pandangan tentang cara manusia belajar.
    • Penggerak utama aliran ini ialah Jean Piaget.
    • Idea utama aliran ini adalah perwakilan mental yang dikenali sebagai skema.
    • Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia.
    • Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu diterima. Jika tidak maklumat itu ditolak atau skema diubah suai.
    ALIRAN KOGNITIVISME ( 1880- )
  • IMPLIKASI ALIRAN KOGNITIVISME TERHADAP PENDIDIKAN KBSR UNIVERSITI/ KOLEJ KOMUNITI/ PUSAT GIAT MARA SEKOLAH TEKNIK & VOKASIONAL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SECARA KBKK
    • Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu konstuktivisme (faham bina)
    • Di asaskan oleh tokoh-tokoh seperti Von Glaserfeld, Piaget, Vygotsky, Confey, Seymour Peppert
    • Menekankan peranan aktif pelajar semasa proses P& P
    • Mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yang mereka pelajari.
    • Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan sedia ada.
    • Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan guru.
    • Sangat digemari sebagai kaedah mengajar mata pelajaran matematik dan subjek-subjek sains.
    Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN KONSTRUKTIVISME ( 1925 - )
  • IMPLIKASI ALIRAN KONSTRUKTIVISME TERHADAP PENDIDIKAN P & P berpusatkan murid Pengetahuan yang diperolehi murid adalah Hasil drp Aktiviti pemb. aktif Guru sebagai fasilitator Guru sebagai pereka bentuk bahan P&P Guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid sebelum merancang P & P
  • PENDEKATAN PSIKOLOGI Pendekatan Behaviorisme Pendekatan Psikoanalitik Pendekatan Biologi Pendekatan Humanistik Pendekatan Kognitivisme
    • Ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental ( sedar dan tidak sedar) sebaliknya memberi penekanan kepada tingkah laku yang diperhatikan secara nyata atau tidak nyata.
    PENDEKATAN PSIKOLOGI PENDEKATAN BEHAVIORISME
    • Menurut Watson, tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsur-unsur dalaman.
    • Pembelajaran sangat berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
  • PENDEKATAN BEHAVIORISME Menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. Bernstein et al., 1994 Pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau R-G. Tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang berlaku dengan wujudnya rangsangan.
    • Dikaitkan dengan konsep pelaziman klasik
    IVAN PAVLOV 1849-1936
    • Beliau menjalankan eksperimen ke atas seekor anjing bagi menunjukkan perkaitan antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (air liur)
  • E.L.THORNDIKE 1874 – 1949
    • Terkenal dengan Teori Pelaziman Cuba Jaya (Teori of Trial and Error Conditioning)
    • Prinsip asas pembelajaran adalah pengaruh ganjaran dan denda.
    • (Organisme akan membuat sesuatu yang membawa keseronokan sebaliknya organisme berkenaan akan mengelak drp melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri).
    • Konsep ini dinyatakan sebagai:-
    • -pembelajaran instrumental
    • atau
    • -pembelajaran operan
  • B. F. SKINNER 1904 – 1990
    • - Kesinambungan daripada kajian yang telah dijalankan
    • oleh E.L.Thorndike.
    • Terkenal dengan pelaziman operan yang mengukur
    • pengaruh ganjaran dan denda .
    • - Beliau menjalankan eksperimen ke atas tikus
    • dan burung merpati.
    • - Dalam eksperimennya yang terkawal,
    • beliau telah dapat mengukur proses pembelajaran
    • dengan cara menukar frenkuensi ganjaran dan denda.
  • PENDEKATAN PSIKOLOGI PENDEKATAN PSIKOANALITIK *Berdasarkan kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar, yang kita sendiri tidak sedar. *Tingkah laku kita adalah berdasarkan konflik dalaman, dorongan (impulse), kemahuan atau motif-motif yang tidak disedari. *Mengandaikan semua tingkah laku, normal & abnormal adalah hasil daripada interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran yang memberi kesan ke atas perubahan tingkah laku dengan mempengaruhi proses tidak sedar dan juga proses sedar psikologi.
    • Pelopor ahli teori psikoanalitik (psikodinamika) yang paling terkemuka di dunia.
    • Beliau percaya setiap entiti ini bertanggung jawab bagi satu set operasi psikologi.
    • Memperkenalkan teori struktur personaliti.
    • Ahli teori ini menekankan kepentingan zaman awal individu dan mempercayai bahawa peristiwa semasa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat pada psikologi individu.
    PENDEKATAN PSIKOANALITIK SIGMUND FREUD (1856 – 1936)
  • TEORI STRUKTUR PERSONALITI (STRUKTUR PSIKIK) id ego superego
  • Teori Struktur Personaliti
    • Id dominan pada bulan-bulan awal kehidupan bayi, apabila dorongan dan kemahuan begitu kuat mempengaruhi tingkah laku bayi.
    • Ia dilihat sebagai elemen psikik yang pertama mempengaruhi tingkah laku.
    ID Sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi Primitif Mementingkan diri sendiri Tiada pengaruh dunia realiti (pengaruh tamadun)
  • EGO Bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan dan desakan primitif agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran. Ego secara perlahan-lahan mengambil tanggung jawab menjadikan dorongan primitif id lebih mengikut pada kehendak moral dan piawaian etika masyarakat. Prinsip realiti mengiktiraf permintaan atau kehendak masyarakat yang realistik. Operasi ego berpandukan kepada prinsip realiti, bukan pada prinsip keseronokan yang mempengaruhi id.
  • Superego Bila kanak-kanak bertambah besar, peranan ego semakin bertambah. Ia mesti berurusan dengan superego yang merupakan sumber awal suara hati ( conscience), iaitu kebolehan untuk membezakan yang baik daripada yang buruk. Superego muncul secara perlahan-lahan bila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibu bapanya untuk menginterpretasi jangkaan masyarakat.Ibu bapa berperanan sebagai conscience sehinggalah kanak-kanak secara evolusi membina set piawai dalamannya Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapanya secara melampau, dia akan bersifat kritis, menghukum, dan mendenda, permintaan ini boleh menjadi keterlaluan(excessive). Dalam kes ini superego menjadi tidak fleksibel atau ketat. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menikmati keseronokan normal pada zamannya. Apabila kanak-kanak yang mempunyai superego punitif meninkat remaja, mereka berkemungkinan menghadapi masalah dalam memenuhi permintaan superego. Freud percaya kerisauan dan kemurungan biasanya datang bersama dgn kehendak superego yang melampau.
  • Mengikut Pendekatan Psikoanalitik;
    • Id, ego dan superego biasanya mempunyai matlamat & kaedah yang berbeza.
    • Jika id dan superego menjadi cukup kuat untuk menguasai ego, biasanya hal ini akan akan berakhir dengan konflik dalaman dalam diri individu tersebut.
    • Sekiranya konflik antara tiga komponen struktur psikik ini tidak selesai mungkin akan membawa kepada kecelaruan mental.
    PENDEKATAN PSIKOANALITIK
    • Peristiwa yang dialami semasa kecil mempunyai kesan apabila individu tersebut berada di alam dewasa.
    • Freud percaya kanak-kanak membesar dengan melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat-peringkat yang sudah ditetapkan.
    • Pada setiap peringkat ini, ada bahagian badan yang membekalkan kepuasan dorongan seksual.
    • Kanak-kanak yang melalui tahap anal, oral, latensi dan genital dengan cara yang memuaskan akan menjadi orang dewasa yang normal.
    • Jika terdapat kekecewaan atau kelebihan di sebarang tahap, maka akan terdapat fixation yang mempengaruhi sifat individu pada kehidupan dewasa.
    • Contohnya: seseorang yang makan terlalu banyak di tahap oral mungkin akan mempunyai fixation di tahap ini dan mungkin menjadi orang yang gemuk atau penagh dadah bila dewasa.
    PENDEKATAN PSIKOANALITIK ABNORMALITI
  • Kesimpulannya: Pendekatan ini memberi sumbangan yang besar dalam membantu kita memahami perkembangan personaliti manusia.Pendapat tentang pengaruh id, ego dan superego dari zaman kanak-kanak bagi perkembangan personaliti seseorang telah merangsang banyak penyelidikan.Pendapat ini juga berpengaruh dalam disiplin-disiplin seperti seni, kesusasteraan Inggeris dan sejarah.
  • Pendekatan Kognitivisme
    • Pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti KBKK, kemahiran belajar, motivasi, dll.
    • Ahli psikologi kognitif percaya bahawa peristiwa-peristiwa dalaman yang berlaku pada seseorang mesti dikaji, jika keseluruhan tingkah laku ingin difahami.
    • Berbeza dengan pendekatan psikoanalisis yang mengfokus kepada pemikiran tidak sedar, pendekatan behaviorisme yang mengfokus kepada faktor persekitaran dan tingkah laku.
    • Pendekatan ini berpendapat bahawa manusia adalah individu yang bebas dan baik dengan potensi untuk berkembang dan mempunyai sasaran untuk dicapai.
    • Teori ini menyatakan bahawa manusia terdorong bertindak melakukan sesuatu kemahuan atau keperluan.
    • Mengikut pendekatan ini,manusia sentiasa aktif dan bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain.
    PENDEKATAN HUMANISTIK TOKOH-TOKOH CARL ROGERS (1902-1987) ABRAHAM MASLOW 1908-1970 GORDON ALLPORT (1897-1967) ROLLO MAY (1909-1994)
  • TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW
    • Dikemukakan oleh Abraham Maslow (1970).
    • Andaian dalam teori ini bahawa manusia tidak pernah puas dengan apa yang dicapai.
    FISIOLOGI: MAKANAN & MINUMAN (KEPERLUAN ASAS) KESELAMATAN: TEMPAT TINGGAL (KEPERLUAN SEKUNDER) KASIH SAYANG: KELUARGA & KAWAN ( KEPERLUAN SEKUNDER) PENGHARGAAN KENDIRI : DIHORMATI (KEPERLUAN SEKUNDER) PENYEMPURNAAN KENDIRI (KEPERLUAN PENYUBURAN)
  • PENDEKATAN BIOLOGI Pendekatan Biomedik Model Penyakit (Model Perubatan) Mengikut sudut pandangan ini, masalah yang kita hadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yang mempunyai kesan ke atas otak. Mengandaikan bahawa manusia adalah sistem fizikal & mesti difahami dari sudut fizikalnya. Keadaan fisiologi Sifat-sifat sistem saraf individu
    • Memasukkan dua batang dawai ke dalam permukaan kortikal otak anjing.
    EDWARD HITZIG (1893–1927) & GUSTAV FRITSCH (1839-1907) AHLI FISIOLOGI JERMAN Melalui eksperimen, mereka mendapati bahawa struktur otak adalah tempat asal-usul urat saraf, berkait rapat dengan tingkah laku manusia. Dengan kata lain,otak boleh memberi tindak balas bila rangsangan elektrik diberikan secara langsung dan ini boleh memberi kesan ke atas tingkah laku individu. FOKUS : PERANAN SISTEM SARAF PUSAT YANG MENGAWAL SETIAP PEMIKIRAN & PERGERAKAN MANUSIA.
    • KONSEP ASAS:
    • Psikologi ialah kajian tentang pemikiran dan tingkah laku individu dan kumpulan individu secara saintifik. Manakala pendidikan pula merupakan proses untuk mengembangkan potensi individu dalam bidang tertentu.
    PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN Psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia. Pendidikan pula ialah profesion yang mengkaji dan membina metodologi atau pendekatan pengajaran Pembelajaran untuk digunakan di sekolah. Banks dan Thompson (1995) Psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang mengfokuskan kajiannya kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran & pembelajaran dalam bilik darjah. Borich dan Tombari (1997)
    • Kesimpulannya:
    • psikologi pendidikan ini amat berguna bagi guru-guru untuk
    • tujuan memahami tingkah laku pelajar-pelajar danmemudahkan
    • proses pengajaran dan pembelajaran.
    PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN Psikologi pendidikan sebagai “applying the methods of psychology to study the process of education”. Clifford, 1984 (dalam Hensen & Eller, 1999) Psikologi pendidikan ialah mengaplikasi pengetahuan psikologi ke dalam situasi bilik darjah. Grinder (1981)
  • TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN Memahami tingkah laku pelajar dalam proses P&P Merancang aktiviti & Bimbingan utk membentuk Tingkah laku yang diingini. Meramal tingkah laku gantian yang mungkin berlaku & mengawalnya. Memperihalkan (describe) Menerangkan (explain) Mengawal (control) Meramalkan (predict) Abd.Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1997)
  • Beberapa sebab mengapa guru-guru perlu memahami dan mempraktikkan psikologi pendidikan:
    • Membolehkan guru memahami mengapa pelajar cenderung untuk melakukan sesuatu tingkah laku dan membantu pelajar memahami diri mereka sendiri.
    • Membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya.
    • Guru juga dapat meramal tingkah laku pelajar, apa yang disukai dan apa yang tidak disenangi pada peringkat umur tertentu.
    • Dapat membantu guru merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasi pelajar supaya rajin belajar.
    • Guru juga dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial, dan emosi dan merancang P & P sesuai dengan tahap perkembangan pelajarnya.
    • Guru dapat membina soal selidik yang mudah dalam mengenal pasti tahap perkembangan pelajar-pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah dan seterusnya dapat merancang program atau aktiviti yang sesuai untuk pelajar dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya.
    • Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah. Data & maklumat yang diperolehi dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar dan meningkatkan kualiti P&P.
    • Membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Oleh itu, dapat membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif.
    KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU
  • Sekian Terima Kasih