• Like
  • Save
Merejam lembing 2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
Uploaded on

pas download ucap terima kasih atau salam sejahtera sesama manusia.....heheheh =) …

pas download ucap terima kasih atau salam sejahtera sesama manusia.....heheheh =)
nak lagi maklumat sila ke
http://cheguabbas.blogspot.com/

More in: Sports
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
5,482
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
5
Likes
11

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING
  • 2. -Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling seperti melontar peluru dan melempar cakera. -Terdapat perbezaan dari bentuk peralatan yang digunakan dan kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga sukan itu. -Dalam acara melontar peluru, peserta menggunakan tindakan menolak untuk menggerakan peluru itu sedangkan untuk melempar cakera ia melibatkan pergerakan melempar. Bagi acara merejam lembing, peserta menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tennis. -Walaupun lembing berukuran kecil dan tidak terlalu berat bagi peserta namun tidaklah bererti bahawa ia dapat dibaling dengan mudah ke arah sesuatu jarak yang tertentu.
  • 3. -Para pesera hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. -Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar peserta tentang cara untuk memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. -Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan perlu diterangkan kepada peserta. Dengan ini, ia akan memudahkan pemahaman peserta tentang kesemua asas mekanikal dalam merejam lembing.
  • 4. KESELAMATAN PARA PESERTA / PELAJAR
  • 5. Senarai berikut boleh digunakan sebagai panduan keselamatan: A)Semasa membawa lembing -Mata lembing biarlah menghadap ke bawah -Jangan berlari B)Semasa latihan: -Pastikan tidak ada orang dikawasan balingan -Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan -Para pelajar lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh guru / jurulatih.
  • 6. C)Amalkan dasar semua memungut setelah semua merejam. D)Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan setiap peserta / pelajar secara maksimum.
  • 7. LATIHAN MEREJAM LEMBING
  • 8. TEKNIK MEMEGANG LEMBING - Memegang lembing antara jari telunjuk dengan ibu jari ( dikenali sebagai gaya Amerika )
  • 9. - Memegang lembing antara ibu jari dengan jari tengah ( dikenali sebagai gaya finnish )
  • 10. - Memegang lembing di antara jari telunjuk dengan jari tengah ( dikenali sebagai “U-GRIP” )
  • 11. - Walau apa teknik dan cara yang digunakan peserta hendaklah memastikan sebahagian dari tapak tangan (termasuklah jari-jari ) sentiasa bersentuhan dengan balutan lembing itu. -Tapak tangan yang sedang memegang lembing itu hendaklah dihadapkan ke atas. -Guru / jurulatih hendaklah memberi peransang kepada peserta / pelajar supaya mencuba ketiga-tiga cara memegang lembing dan biarkan mereka memilih sendiri cara yang paling selesa bagi mereka.
  • 12. GAYA MEREJAM LEMBING
  • 13. Seseorang peserta boleh membawa lembing dengan dua gaya. Gaya yang biasa dan popular ialah “Gaya atas bahu”. Dalam gaya ini, lembing dipegang secara berpenjuru merentangi tapak tangan. Peserta juga harus memegang lembing pada aras yang lebih kurang sama dengan aras telinga dan selari dengan tanah. Gaya kedua iaitu “Gaya sisi” dimana lembing dipegang dengan tangan lurus ke belakang. Lembing berada dibahagian rusuk pada aras pinggang semasa bersedia untuk berlari, semasa berlari dan sehingga tiba masa lembing dilancarkan.
  • 14. Gaya Atas Bahu
  • 15. Gaya Sisi
  • 16. Latihan Ansur Maju Merejam Lembing
  • 17. BERDIRI DAN MEREJAM Berdiri dengan kaki kiri di hadapan dan lembing ditarik ke belakang. Pastikan lembing dipegang dengan tapak tangan yang menghadap ke atas dan bahagian siku mengarah ke hadapan. Kemudian lembing ditarik ke hadapan dan direjamkan ke sasaran yang telah ditandakan.
  • 18. BERGERAK TIGA LANGKAH DAN MEREJAM Sambil bergerak ke hadapan, dengan langkah pertam tarikkan lembing itu ke belakang, apabila sampai ke langkah ke tiga ledingkan badan ke belakang dan letakkan tumit kaki ( kaki kiri ) di hadapan sambil menekankan tumit itu ke atas tanah dan terus diikuti merejam lembing ke hadapan. Lakukan latihan secara berperingkat, iaitu merejam lembing sambil berjalan dahulu dan diikuti dengan merejam lembing sambil berlari anak.
  • 19. BERGERAK LIMA LANGKAH DAN MEREJAM Setelah pelajar / peserta yakin dengan pergerakkan di atas, pelajar / peserta diperlukan untuk menarik lembing yang dipegangnya ke belakang sebaik sahaja dia mla berlari dan bersedia untuk melancarkan lembing itu pada langkah ke lima. Kesemua butir penting seperti di sebutkan diatas hendaklah dipatuhi. Mula-mula buatlah latihan ini secara berjalan dan kemudian diikuti dengan berlari.
  • 20. BERGERAK LEBIH DARIPADA LIMA LANGKAH DAN MEREJAM Setelah semua langkah diatas dapat dilakukan, bilangan langkah boleh di tambah menjadi tujuh, sembilan atau sebelas langkah. Jarak atau bilangan langkah larian yang berpatutan adalah penting untuk membantu kemampuan merejam lembing. Pada latihan ini, penggunaan tandaan bolehlah diperkenalkan kepada para pelajar. Tandaan di tepi landas larian menandakan titik atau tempat di mana peserta perlu mula membuat persediaan untuk melancarkan lembingnya. Semasa mengadakan latihan merejam lembing cara berlari pantas, guru / jurulatih hendaklah menumpukan kepada tindakan merejam lembing yang berlandaskan teknik asas dan pergerakan ikut lajak oleh peserta / pelajar selepas lembing direjam.
  • 21. Butiran Mengajar
  • 22. Semasa membuat larian di landas lari ( gaya atas bahu ) ( a ) -Lembing berada di aras kepala dan selari dengan tanah. -Siku tangan yang memegang lembing mengarah ke depan. -Tangan yang bebas di bengkokkan dan menyilang badan di aras muka. -Berlari dengan lurus.
  • 23. Semasa bersedia untuk merejam ( b ) -Langkah akhir lebih besar dari langkah sebelumnya. ( c ) -Tumit kaki dihadapan menekan kuat ke atas tanah apabila larian dihentikan dengan tiba-tiba. ( d ) -Berat badan di rasa di kaki belakang. -Lentikkan badan ke belakang.
  • 24. Semasa merejam lembing ( e ) -Tarik lembing dengan kuat melalui atas bahu. -Tangan bebas di gerakkan ke belakang. -Kaki belakang menolak kuat (pergerakkan pinggang ) -Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan.
  • 25. Ikut lajak dan pulihan ( f ) -Kaki belakang bertapak dihadapan selari dengan garis lengkungan bulatan. -Bahu kanan menghala ke kawasan hadapan. -Mata mengikut pengerakkan lembing.
  • 26. AKTIVITI / PERMAINAN BERKAITAN DENGAN LATIHAN MEREJAM LEMBING
  • 27. 20 meter
  • 28. ( a ) Membaling bola ke sasaran . Cuba membaling bola tenis ke dinding Gaya membaling dari belakang bahu ke hadapan Boleh bermula dengan kedudukan berdiri atau secara berlari beberapa langkah sebelum membaling.
  • 29. ( b ) Merejam lembing ke sasaran Cuba merejam lembing ke sasaran yang ditandakan di atas tanah Teknik menggerakkan lembing dan ketepatan mengenai sasaran lebih dititikberatkan daripada jarak rejaman lembing . Balingan rejaman ditetapkan terlebih dahulu
  • 30. KESALAHAN BIASA SEMASA MEREJAM LEMBING
  • 31. ( A ) Mengggengam lembing terlalu kuat . ( B ) Larian tidak lurus dan langkah-langkah larian tidak teratur ( C ) Lembing tidak ditarik ke belakang dengan sepenuhnya ( D ) Sudut rejaman terlalu besar menyebabkan lembing direjam terlalu tinggi ke atas
  • 32. PERATURAN ASAS PERTANDINGAN MEREJAM LEMBING
  • 33. Lembing mesti dipegang di bahagian balutannya. Rejaman dikira batal sekiranya mata lembing ( kepalanya ) tidak menyentuh tanah terlebih dahulu, iaitu tidak mendahului bahagian-bahagian lain lembing. Rejaman dikira batal jika peserta menyentuh garis lengkungan bulatan atau kawasan di hadapannya. Peserta hanya boleh meninggalkan landas lari setelah lembing itu mendarat. Lembing mesti direjam melalui atas bahu atau bahagian lengan. Cara merejam yang luar biasa tidak dibenarkan.
  • 34. CARA MENGUKUR DAN MENCATAT JARAK REJAMAN
  • 35. Semasa mengukur rejaman, pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus. Ia hendaklah diukur dari kesan yang ditandakan oleh lembing hingga ke pusat lengkungan. Jarak rejaman dapat dilihat di bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam garis lengkungan. Mengikut undang-undang acara lembing, sekiranya jarak yang diukur itu menunjukkan angka ganjil,maka hendaklah dicatatkan angka genap yang sebelumnya. Misalnya, jarak 30.15 meter hendaklah dicatatkan sebagai 30.14 meter.
  • 36. PERTANDINGAN Gaya Membawa Lembing
  • 37. PERTANDINGAN 1 . (a) Lembing hendaklah dipegang pada bahagian pemegang hendaklah direjam dari atas bahu atau dari bahagian atas lengan yang membaling dan tidak boleh dibimbit atau dijinjing. Cara-cara ganjil tidak dibenarkan. (b) Satu rejaman hanya dikira jika hujung kepala logamnya menujah bumi sebelum bahagian-bahagian lainnya sampai. (c) Tidak dibenarkan sarna sekali peserta berpusing membelakangkan lengkok balingan melainkan lembing telah dilepaskan. Jika lembing patah semasa merejamnya atau sedang meluncur di udara, ia tidak akan dikira balingan faul asalkan rejaman tersebut dibuat mengikut Peraturan ini. Jika seseorang peserta itu hilang imbangannya dan melanggar mana-mana bahagian Peraturan ini, ia juga tidak akan dikira faul dan peserta hendaklah diberi percubaan baru.
  • 38. SPESIFIKASI LEMBING Gambarajah Spesifikasi Lembing Yang Tepat
  • 39. Pembikinan . Lembing hendaklah mempunyai tiga bahagian: kepala, batang dan pemegang tali. Batangnya hendaklah pejal atau berlekuk dan diperbuat daripada logam atau bahan sejenis lain yang sesuai supaya ianya menyerupai satu gabungan. Batangnya hendaklah dipasang dengan kepala logam dihujungnya. Permukaan batangnya mestilah tidak mempunyai gerutu,lurah atau lekukan, lubang atau kasaran, penyudahannya licin dan seragam sepenuhnya. Kepala batang hendaklah diperbuat dari logam sepenuhnya. Hujungnya diperkuatkan logam lain yang dimeteri, ia akan dikira sah asalkan kepala tadi licin (lihat peraturan 188.4) dan seragam dengan batangnya. Pemegangnya mestilah meliliti bahagian pusat graviti lembing, dan tidak boleh mempunyai garis pusat melebihi 8mm daripada garis pusat batangnya. la bolehlah mempunyai permukaan rata yang tidak licin tanpa sebarang bentuk tali pengikat, simpulan atau lekukan. Pemegang hendaklah mempunyai ketebalan yang seragam. SPESIFIKASI LEMBING
  • 40. Keratan rentasnya hendaklah berbentuk bulat sepanjang-panjangnya (lihat Peringatan 1). Garis pusat maksimumnya hendaklah pada bahagian betul-betul di depan pemegangnya. Bahagian tengah termasuk bahagian di bawah pemegangnya boleh mempunyai bentuk selinder serupa atau boleh sedikit menuju ke ekornya, tetapi tidak sekali-kali pengurangan garis pusatnya, pada depan dan belakang pemegangnya melebihi O.25mm. Dari depan dan belakang pemegang ini, batangnya bolehlah mula menirus sehingga ke hujung. ProfiI membujurnya dari pemegang ke hujung mata dan ekomya boleh menirus lurus atau sedikit cembung (lihat Peringatan 2),dan tidak boleh ada pengubahan mengejut pada garis pusat sepanjang-panjang batang lembing tersebut kecuali betul-betul di belakang mata, serta di depan dan belakang pemegangnya. Di belakang matanya itu, namun, pengurangan garis pusatnya tidaklah boleh melebihi 2.5mm dan keperluan perubahan daripada profiI membujur ini tidak boleh terlanjur melebihi 300mm ke belakang pangkal matanya. SPESIFIKASI LEMBING
  • 41. Peringatan I : Sementara keratan rentasnya sepatutnya berbentuk bulat, perbezaan Maksimum antara garis pusat terbesar dan terkecil sebanyak 2% dibenarkan. Nilai min kedua-dua garis pusat ini hendaklah secocok dengan keperluan spesifikasi sebatang lembing bulat. Peringatan II : Bentuk profil membujur lembing boleh dipastikan dengan cepat dan mudah menggunakan sekeping logam lurus berukuran sekurang-kurangnya 500mm dan dua buah tolok pengukur setebal 0.20mm dan 1.25mm. Untuk bahagian profil yang sedikit cembung, bahagian lurus akan bergetar apabila bahagian yang pendek tersebut tersentuh oleh tolok tadi. Bagi bahagian profilnya yang lurus, dengan tepinya dipegang erat­-erat, mestinya tidak mungkin memasukkan tolok berukuran O.20mm di antara lembing dan bahagian yang lurus pada mana-mana bahagian pun. Ini tidak boleh dilakukanpada belakang sendi antara mata dengan batangnya. Pada titik ini juga tidak mungkinuntuk memasukkan tolok berukuran 1.25mm. SPESIFIKASI LEMBING
  • 42. KAWASAN MEREJAM LEMBING... ... DAN UKURAN RASMINYA
  • 43. MENGUKUR DAN MENCATAT... ... JARAK REJAMAN
  • 44. Lembing tidak boleh mempunyai bahagian yang boleh bergerak-gerak atau alat lain,mengakibatkan perubahan pusat graviti atau ciri-ciri perejamannya. Penirusan lembing ke hujung mata logamnya sebegitu rupa supaya sudut di hujungnya tidak melebihi 40 darjah. Garis pusatnya pada titik 150mm dari hujung tidaklah boleh melebihi 80% daripada garis pusat maksimum batangnya. Penirusan lembing ke hujung ekornya sebegitu rupa supaya garis pusatnya, pada titik pertengahan antara pusat graviti dan hujung ekor tersebut, hendaklah tidak kurang daripada 90% garis pusat maksimum batangnya. Pada titik IiIit l50mm dari ekornya, garis pusatnya hendaklah tidak kurang daripada 40% daripada garis pusat batangnya. Garis pusat pada hujung ekomya hendaklah kurang daripada 3.5mm. SPESIFIKASI LEMBING