Gaya  Parry O'Brien  adalah suatu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry O'Brien sendiri. Beliau ialah seorang ahli suka...
Lakuan sedia   Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelakangkan arah Iontaran. Kaki bebas dian...
Lungsuran  Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur dilakuka...
Kilasan badan  Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah bertapak di belakang papan penahan...
Lontaran, ikut lajak dan pulihan   Rujuk kepada "lontaran" dan "pulihan" di bawah gaya melungsur selan...
LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAH  Latihan I  Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melon tar peluru dengan ...
Latihan II  Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki direnggangkan.Putarkan bahu kiri ke kanan sambil ...
Latihan III  Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan da...
Latihan IV  Pelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di a...
Latihan V  Pelajar digalakkan mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur selangkah (lihat halaman 61). Latihan ini dapa...
(a) Melontar di luar bulatan   Lakuan-lakuan yang membatalkan lontaran   (b) Semasa melontar peluru dipegang jauh dari tem...
(c) Menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan  d) Selepas melontar, menyentuh mana-mana bahagian kawasan ...
(a) Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam  bulatan.  (b) Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan meng...
CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN   Sebagai satu aspek Pendidikan Jasmani, guru boleh juga mengajar para pelajar teknik menguku...
Baca jarak  lontaran di bahagian dalam papan penahan  Bahagian belakang Titik "0" pita ukur pada kesan peluru  G...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Lontar peluru 2

13,419

Published on

nak lagi maklumat sila ke
http://cheguabbas.blogspot.com/

Published in: Sports
6 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
13,419
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
766
Comments
6
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Lontar peluru 2

  1. 1. Gaya Parry O'Brien adalah suatu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry O'Brien sendiri. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan Iontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry O'Brien juga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru. Gaya Parry O'Brien
  2. 2. Lakuan sedia Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelakangkan arah Iontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir selari dengan tanah. Lakuan mulaan dan bersedia untuk melungsur
  3. 3. Lungsuran Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan (lutut dibiarkan bengkok) ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagianhadapan bulatan. Badan pelon tar ketika ini masih di dalam keadaan condong. Melungsur
  4. 4. Kilasan badan Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan (teknik mengilas badan adalah hampir sarna dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini). Butiran yangpenting ditegaskan oleh guru kepada para pelajar ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus-me:lerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat lontaran. Mengilas badan Melontar Ikut lajak Pulihan
  5. 5. Lontaran, ikut lajak dan pulihan Rujuk kepada "lontaran" dan "pulihan" di bawah gaya melungsur selangkah. Sebenarnya teknik kesemua fasa ini adalah harnpir sama. Lakuan mulaan dan bersedia untuk melungsur Setelah melungsur dan sedia untuk melontar Pulihan Kedudukan kaki
  6. 6. LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAH Latihan I Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melon tar peluru dengan tolakan yang kencang (melontar dari kedudukan berdiri). Latihan ini dapat membiasakan para pelajar menolak peluru dengan baik. Perhatian yang khusus harus diberi kepada pergerakan tangan dan pegangan peluru.
  7. 7. Latihan II Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki direnggangkan.Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru. Latihan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menguasai semua pergerakan penting sebelum mereka mula melontar peluru.
  8. 8. Latihan III Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan. Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan II di atas. Ketingting ke hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan. Kilaskan badan dan buatlah lontaran. Latihan ini merupakan latihan membuat lungsuran dan mengilas badan.
  9. 9. Latihan IV Pelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan. Kemudian pelontar melungsur selangkah ke belakang (tanpa mengilas badan atau melontar peluru). Latihan ini dibuat secara berulang-ulang. Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat lungsuran. , 62
  10. 10. Latihan V Pelajar digalakkan mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur selangkah (lihat halaman 61). Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran. Oleh itu para pelajar dapat menyediakan diri mereka untuk membuat lontaran dengan cara yang lebih sistematik.
  11. 11. (a) Melontar di luar bulatan Lakuan-lakuan yang membatalkan lontaran (b) Semasa melontar peluru dipegang jauh dari tempat yang sepatutnya.
  12. 12. (c) Menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan d) Selepas melontar, menyentuh mana-mana bahagian kawasan melontar dengan mana-mana bahagian badan.
  13. 13. (a) Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan. (b) Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. (c) Peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan besi atau papan penahan. (d) Peserta boleh menghentikan percubaan melontar yang telah dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam bulatan, berdiri tegak semula dan memulakan percubaan yang baru. Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan. (e) Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam kawasan garis sektor. (f) Selepas peluru mendarat, peserta dikehendaki keluar dari bulatan melalui bahagian belakang bulatan. PERATURAN ASAS ACARA LONTAR PELURU
  14. 14. CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN Sebagai satu aspek Pendidikan Jasmani, guru boleh juga mengajar para pelajar teknik mengukur jarak sesuatu lontaran. J arak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar. Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai di tandaan di tengah-tengah bulatan melontar. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penahan akan menunjukkan jarak lontaran itu. Lihat rajah di bawah.
  15. 15. Baca jarak lontaran di bahagian dalam papan penahan Bahagian belakang Titik "0" pita ukur pada kesan peluru Garis sektor Bulatan melontar peluru dan cara mengukur jarak
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×