Sukan Bola Keranjang
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 
  • 14,811 views

Memadai ucapan terima kasih untuk saya

Memadai ucapan terima kasih untuk saya

Statistics

Views

Total Views
14,811
Views on SlideShare
14,525
Embed Views
286

Actions

Likes
2
Downloads
891
Comments
5

2 Embeds 286

http://cheguabbas.blogspot.com 285
http://cheguabbas.blogspot.sg 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Sukan Bola Keranjang Sukan Bola Keranjang Document Transcript

  • Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia BOLA KERANJANG SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Permainan ini mula dimainkan pada 1891 di Springfield, Massachusetts,Amerika Syarikat. James Naismith telah memperkenalkan permainan iniberdasarkan permainan kuno Kaum Indian Mexico. Pada tahun 1932, PersatuanBola Keranjang Amatur Antarabangsa ditubuhkan diikuti dengan penerimaanpermainan ini di Sukan Olimpik 1936. Permainan bola keranjang mula diperkenalkan dan dimainkan sekitar tahun1920 oleh murid-murid sekolah Cina. MABA atau Persatuan Bola Keranjang AmaturMalaysia ditubuhkan pada tahun 1958. Sejak itu, bola keranjang telah dimainkandi peringkat kebangsaan dan juga di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolahMalaysia, MSSM. BAGAIMANA BOLA KERANJANG DIMAINKAN Permainan ini melibatkan dua pasukan yang mengandungi lima (5) pemainsetiap pasukan. Dua orang pemain bertindak sebagai pertahanan, dua orangmenjadi penyerang sementara seorang lagi menjadi pemain tengah. Hal ini dapatdijelaskan oleh rajah di bawah yang menunjukkan kedudukan para pemain. Pada akhir permainan,pasukan yang mendapatmata terbanyak diisytiharkan Penyerang kecilmenjadi pemenang. Pemain tengah Pemain pertahanan Pengawal Penyerang penjaring utama Semua pemain berpeluang menjaringkan gol 37
  • FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Permainan bermula dengan lambungan bola di tengah gelanggang. Seorang pemain daripada kedua-dua pasukan akan berada di bulatan tengah gelanggang. Kemudian, pengadil akan melambung bola ke udara lalu kedua- dua pemain itu berebut untuk merampas bola. Pemain yang dapat merampas bola akan terus menyerang dan para pemain daripada pasukan lawan akan bertahan supaya keranjang mereka tidak dibolosi. Selain daripada itu, mereka akan cuba mencari peluang untuk merampas kembali bola daripada pasukan yang menyerang. Skor Tiga mata jaringan akan diberikan jika jaringan berjaya dilakukan di luar garisan bulatan. Bagi jaringan yang berjaya dilakukan di dalam garisan bulatan, satu mata jaringan akan diberikan. Jika pemain pihak lawan pula melakukan kesalahan, pihak satu lagi akan diberikan menjaringkan gol melalui balingan percuma. Mana-mana jaringan dibuat di dalam kawasan ini mendapat tiga mata Mana-mana jaringan dibuat di dalam kawasan ini mendapat dua mata Garisan Balingan Pertama38
  • Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia KEPERLUAN DAN ALATAN Bola keranjangUkuran lilit : 75 – 78 cm Berat : 600 – 650 gm Pakaian pemain bola keranjang Bulatan tengah Kawasan 14 m larangan Garis belakang Garis lemparan 5.80 m bebas Garis tengah Gelanggang Bola Keranjang 26 m Garis tepi Ukuran Tiang 0.9 m Ukuran Papan Tampan 1.80 m 0.59 m 1.20 m 0.45 m 3.05 m 0.30 m 2.75 m Garis belakang 1.20 m 39
  • FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGAIMANA BOLA KERANJANG DIMAINKAN Cara Memegang Bola Pemain hendaklah sentiasa menggunakan kedua-dua belah tangan dalam setiap teknik hantaran dan jaringan. Hantaran ke Depan Pada Paras Dada Ilustrasi di sebelah menunjukkan teknik pergerakan menghantar bola ke hadapan pada paras dada secara turutan. Perhatikan kedudukan tangan pemain. Bola ditolak dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Teknik Pergerakan Penghantaran Bola dari Belakang Perhatikan bagaimana kedudukan tangan semasa pemain menghantar bola dari belakang dan cara bagaimana dia menggunakan tangannya ketika membuat hantaran.40
  • Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaTeknik Pergerakan Hantaran Bola di Atas Kepala Secara Turutan Perhatikan bagaimana pemain memegang bola, mengangkat bola ke atas dan kemudiannya membuat hantaran dengan menggunakan teknik hantaran atas kepala. Pada peringkat awal, pemain memegang bola dengan kedua-dua tangannya kemudian mengawal bola dengan sebelah tangan sebelum membuat hantaran.Teknik Menggelecek Bola Mengikut Lantunan Bola Perhatikan bagaimana pemain menggelecek bola mengikut lantunan bola. Lihat kedudukan kaki dan tangan pemain semasa membuat gelecekan tersebut.Teknik Melepasi Kepungan Pemain Lawan dari Arah Tepi Dalam permainan ini, tidak dapat tidak para pemain akan berdepan dengan kepungan. Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemain untuk mengetahui teknik bagaimana hendak melepaskan diri dari kepungan melalui arah atau bahagian tepi. Perhatikan bagaimana pemain membuat helah dan seterusnya berpusing ke arah sebelah tepi bagi melepaskan diri dan bersedia untum membuat jaringan atau tolakan ke dalam keranjang. 41
  • FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Cara Pergerakan Menggelecek Bola Melalui Belakang Perhatikan langkah-langkah pergerakan pemain di atas. Lihat bagaimana dia mengawal bola, menolak bola ke sebelah belakangnya dan kemudian mengawal dengan tangannya yang sebelah lagi dalam usaha menggelecek bola. Perhatikan juga kedudukan kaki dan bagaimana dia merendahkan badannya, dalam pergerakan tersebut. Teknik Merampas Bola daripada Pihak Lawan Perhatikan bagaimana tindakan pemain di atas yang melihat kesempatan terbuka di depannya. Pemain yang berada di posisi tengah cuba melepaskan diri daripada pemain di sebelahnya. Pemain lawan di belakang melihat kelalaian pemain tersebut lalu mengambil kesempatan merampas bola daripadanya. Pemain perlu sentiasa peka dengan kelalaian pihak lawan dan bertindak untuk mengambil kesempatan. Pemain tersebut bukan sahaja cepat bertindak merampas bola daripada pemain lawan tetapi juga berjaya mengawalnya dengan baik.42
  • Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaTeknik Memukul Bola dan Merampas Bola daripada Pihak Lawan Awasi pergerakan bola Ikuti dan awasi setiap pemain pasukan lawan. pergerakan mereka. Bola di tangan pemain lawan dapat dirampas Ambil kesempatan di atas akibat kesilapan mereka. kelalaian dan kealpaan pihak lawan.Menghalang dan Merampas Bola Semasa Pihak Lawan Menggelecek Bola Pemain perlu menghadang serta menghalang pergerakan pihak lawan. Apabila ada kesempatan, bola di tangan pemain lawan perlu dirampas. Perhatikan bagaimana seorang pemain memintas dan menyambar hantaran bola di pihak lawan. 43
  • FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Teknik Pergerakan Jaringan Set Secara Turutan Perhatikan bagaimana pemain di sebelah membuat larian. Lihat pergerakan kaki dan tangannya. Dia membawa bola sambil berlari dengan baik dan membuat jaringan. Teknik Pergerakan Jaringan Layang Secara Turutan Pemain dalam rajah di sebelah membuat larian dengan baik sambil tangannya mengawal bola. Dia kemudian melayangkan badannya sambil membuat jaringan. Teknik Pergerakan Jaringan Rejam Secara Turutan Perhatikan bagaimana pemain membuat teknik pergerakan seperti di sebelah. Dia berjaya mendapatkan hantaran bola, melepaskan diri daripada cubaan halangan pihak lawan. Pemain dalam gambar di sebelah melompat tinggi bagi mengelakkan hadangan pemain pihak lawan. Kemudian dia membuat rejaman bola ke dalam jaringan dari atas.44
  • Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPergerakan bagi Jaringan Statik Secara Turutan Dalam gambar di sebelah, pemain tidak banyak membuat pergerakan. Dia dalam keadaan statik tapi masih mampu membuat jaringan.Pergerakan bagi Jaringan Lompat Secara Turutan Perhatikan bagaimana pemain dalam gambar di sebelah menerima hantaran dan kemudian melompat sambil memasukkan bola ke dalam jaring. Lihat bagaimana dia membongkokkan badan dan kemudian melompat sambil kedua-dua tangannya melontarkan bola masuk ke dalam jaring.Pergerakan bagi Menghalang Jaringan Lawan Secara TurutanAdalah menjadi tugas setiap pemain untuk menghalang pemain lawandaripada menjaringkan gol. Dalam gambar di atas, perhatikan bagaimanapemain cuba menghalang pemain lawan daripada menjaringkan gol. Diamelonjak tinggi sambil mengangkat tangannya dan berjaya menepislontaran ke jaring yang cuba dilakukan oleh pemain lawan. 45
  • FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Menghalang Cubaan Membuat Jaringan Dalam gambar di atas, pemain mendepangkan tangannya ke atas bagi menghalang pemain lawan membuat jaringan. Dengan adanya gangguan sedemikian, tumpuan pemain akan terganggu dan mungkin menyebabkan dia gagal melontar bola dengan tepat ke jaring. Ketika pemain pihak lawan dalam posisi hendak membuat lontaran masuk ke jaring, pemain tersebut bertindak melompat dan mendepakan tangannya bagi menghalang bola tersebut masuk ke jaring atau menepis lontaran tersebut. Kesalahan-kesalahan Dalam Permainan (Foul) Menarik baju pemain lawan Menghadang lawan dengan sentuhan kasar Memegang atau menarik lengan lawan seperti cubaan hendak bergaduh Menolak kawan Merampas bola dengan cara yang salah Kesalahan-kesalahan seperti di atas perlu dielakkan oleh setiap pemain46
  • Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia CADANGAN LATIHAN1 Hantaran Lantun Pemain hendaklah berdiri dalam jarak kira-kira 3 – 4 meter dari papan atau dinding sasaran. Lakukan hantaran lantun berulang kali dalam tempuh kira- kira 30 hingga 45 saat. Pemain berdiri kira-kira 2 hingga 3 meter dari papan atau dinding sasaran. Lakukan hantaran bola dengan ketinggian paras dada secara berulang kali. Lakukan aktiviti di atas selama 30 hingga 45 saat.2 Latihan Menggelecek 47
  • FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Aktiviti Menggelecek Lakukan aktiviti menggelecek bola di antara pagar, tiang atau kon seperti di atas secara berulang alik. Lakuan aktiviti di atas beberapa kali sehingga pergerakan anda menjadi mantap. 3 Latihan Menjaring (a) Secara Statik (b) Secara Bergerak (c) Secara Tepat 3 4 3 5 1 1 2 3 (d) Secara Tegak (e) Secara Tegak Bergiliran Perhatikan rajah-rajah di atas dan kenali posisi anda. Lakukan latihan berulang kali sehinggalah anda mahir dalam membuat jaringan.48
  • Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia4 Latihan Bertahan Berhalangan Latih Tubi Bertahan Latihan Bertahan Berhalangan Guru boleh membahagikan pemain kepada beberapa kumpulan kecil dan melakukan aktiviti di atas secara berulang kali. Para pelajar digilirkan perana mereka sama ada sebagai penjaring atau pemain lawan yang cuba menghadang jaringan dibuat. Catatan : Selain daripada cadangan aktiviti-aktiviti di atas, beberapa aktiviti cadangan yang lain seperti berikut bolehlah dipertimbangkan. (a) Latih tubi mendapatkan/merebut bola yang terpantul. (b) Latih tubi merampas bola yang terpantul 49
  • FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JADUAL SKOR MARKAH MEMBALING MENJARING MENGGELECEK DAN MARKAH KEPUTUSAN MENYAMBUT 29-30 mata 11.5 saat 29-30 mata 10 Sangat 27-28 12.0 27-28 9 baik 25-26 12.5 25-26 8 Baik 23-24 13.0 23-24 7 21-22 13.5 21-22 6 Sederhana 19-20 14.0 19-20 5 17-18 14.5 17-18 4 Lemah 15-16 15.0 15-16 3 13-14 15.5 13-14 2 Sangat 11-12 16.0 11-12 1 lemah50