Kit apa itu_pintar_cerdas
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kit apa itu_pintar_cerdas

on

  • 874 views

 

Statistics

Views

Total Views
874
Views on SlideShare
874
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
71
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kit apa itu_pintar_cerdas Kit apa itu_pintar_cerdas Document Transcript

    • KANAK-KANAK PINTAR CERDAS,T BERBAKAT DAN KREATIF DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI
    • Topik 1: Apa Itu Pintar Cerdas, Kreatif dan Berbakat? Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggidalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal.Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient(IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai,banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Cerdas pulamembawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar. Menurut Kamus Dewanedisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang adasecara semulajadi. Maryland telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai pelajarpertengahan atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenalpasti secara sah mempunyaibakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum, bakat spesifik dalam akademikataupun kreatif, seni visual dan seni tari (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006). DalamKamus Dewan edisi keempat , kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta,menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmuyang mereka pelajari. Sternberg dan Kaufman mendifinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yanglebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yangmenjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpastikelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuaimenggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka. Howard Gardner pula mendifinisikan kecerdasan sebagai satu cara memprosesmaklumat dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakanhasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu beradabersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itusebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut. 1. Potensi pengasingan oleh kerosakan otak 2. Kewujudan golongan individu luar biasa
    • 3. Operasi teras yang boleh dikenalpasti 4. Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan 5. Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal 6. Disokong dari kajian psikologi 7. Disokong oleh penemuan psikometrik 8. Kerentanan untuk mengekod sistem symbolBeliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikiryang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akandiproses ( Sousa D.A. , 2003). Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999), ramai orang yang telah ditanyasebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas. Aspek yangpertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akanmelihat masalah itu dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiranyang terbuka. Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan (boleh menangani sesuatu topikperbualan dengan baik, membaca dengan kerap dan baik). Pintar cerdas juga boleh dilihatdari aspek sosial (memahami konsep sosial, mengakui kesalahan yang telah dilakukan,mempunyai minat yang umum kepada dunia). Walaubagaimanapun, di dalam penulisan Margaret Sutherland (2008) ada mengulasbahawa pelabelan seseorang kanak-kanak sebagai pintar cerdas sememangnya sesuatu yangbaik. Walaupun begitu, menjadi kanak-kanak yang pintar cerdas yang memiliki kecerdasanbermaksud kanak-kanak itu perlu mahir dalam sesuatu perkara yang juga membawa maksudmereka itu sentiasa berkebolehan melakukan semua perkara yang dilakukannya. Menurut Moira Thomson (2006) pula, di New Zealand mendefinisikan pintar cerdasdalam terma bersifat pembelajaran yang menunjukan kebolehan yang luar biasa dalammencapai prestasi yang menyerlah. Tiada definisi yang spesifik dan khusus yang dapatdinyatakan terhadap kecerdasan tetapi banyak buku panduan telah diterbitkan, dankebanyakan sekolah membina definisi mereka sendiri berdasarkan kepada prinsip yangdinyatakan di kebanyakan buku yang diterbitkan. Kebanyakan guru juga bersetuju bahawakanak-kanak yang pintar cerdas adalah individu yang memerlukan perancangan aktiviti yang
    • memerlukan tahap penguasaan pembelajaran yang tinggi dan diberi peluang yang luas dalamkokurikulum bagi mengembangkan lagi kebolehan mereka. Selain itu, terdapat juga definisi berdasrkan sekolah berkaitan dengan pintar cerdas.menurut Jane Piirto (1999), terdapat dua definisi pintar cerdas berdasarkan sekolah iaitudefinisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang lama dan juga definisi kecerdasan berdasarkansekolah yang baru. Di Amerika Syarikat menggunakan definisi Marland bagi mendefinisikankanak-kanak pintar cerdas berdasarkan sekolah yang lama yang menyatakan bahawakecerdasan seseorang yang pintar cerdas terbahagi kepada enam jenis kecerdasan iaitu (1)intelektual, (2) akademik spesifik, (3) kreatif, (4) seni pertari dan visual, (5) kepimpinan dan(6) psikomotor. Dalam definisi Marland, Public Law 91-230 telah mendefisikan seorang yangpintar cerdas dan berbakat adalah golongan yang dikenali sebagai seseorang yang layaksecara professional yang secara kebajikannya mempunyai kebolehan yang terserlah.Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza dengan/atauperkhidmatan yang bertahap lebih tinggi berbanding dengan program-program yangdianjurkan oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal yang biasa. Program yang khususadalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan negara. Kanak-kanak yang mempunyai pencapaian yang cemerlang termasuk individu yang berpotensi sertaberkebolehan dalam mana-mana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan. Bagi definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru pula mencadangkankecerdasan seorang kanak-kanak pintar cerdas berlaku dalam kalangan seluruh masyarakatdalam pelbagai budaya dan tidak semestinya berpandukan keputusan peperiksaan semata-mata, tetapi secara dilihat dalam kebolehan individu tersebut yang tinggi dalam intelektual,kreatif dan artistik alam. Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksudtambahan iaitu lebih kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengankebolehan perkembangan (Jane Piirto, 1999). Definisi berdasarkan sekolah mengikut kepada Moira Thomson (2006) manyatakanbahawa pembelajaran seorang yang pintar cerdas dalam sekolah seharusnya dalam keadaanyang sistematik untuk membentuk satu corak intervensi untuk membantu perkembanganproses perkembanan bakat individu tersebut. Intervensi seperti ini tidak hanya bergantungkepada arahan guru sahaja untuk mana-mana definisi yang tertentu trhadap pintar cerdastetapi memberi langkah berjaga-jaga yang mana sesetengah individu itu adalah sememangnyapintar cerdas dan di situlah guru memainkan peranan untuk membantu perkembangan
    • mereka. sekolah seharusnya membina definisi kecerdasan yang; membenarkanpengenalpastian kedua-dua potensi dan prestasi, dapat mengenalpasti bahawa individutersebut berkemungkinan pintar cerdas dalam satu atau lebih kecerdasan, memberi maknapendekatan kepada kecerdasan pelbagai yang merangkumi kadar kebolehan yng luar biasa,mengakui bahawa pintar cerdas dan berbakat menunjukan pengecualian dalam hubungandengan rakan sebaya yang berlatar belakang sama dan menyediakan peluang pembelajaranyang berbeza untuk individu pintar cerdas, berbakat dan kreatif termasuklah untuk sokongansosial dan emosional.Ciri-ciri pintar cerdas, kreatif dan berbakat Walaupun seseorang kanak-kanak itu dikenali sebagai pintar cerdas, kreatif danberbakat, tetapi mereka tidaklah sentiasa berjaya dalam segala yang mereka lakukan.Kecerdasan serta bakat yang mereka miliki adalah terhad kepada beberapa bidang yangkhusus sahaja. Kanak-kanak yang dilabelkan sebagai seorang yang pintar cerdas, kreatif danberbakat mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri mereka sebagai golongan pintar cerdas jelasdapat dilihat dari aspek kognitif, akademik, fizikal, tingkah laku dan komunikasi.Aspek Ciri-ciriKognitif (1) Ingatan yang kuat (2) Tahap pemikiran tinggi (3) Berminat kepada sesuatu yang kompleks dan mencabar minda (4) Memproses maklumat dengan cepatAkademik (1) Berprestasi tinggi dalam pencapaian (2) Memahami dan mempelajari sesuatu yang kompleks dengan mudah (3) Berkebolehan dalam penyelesaikan masalah. (4) Berkebolehan dalam menguasai banyak isi kandungan pelajaran
    • Fizikal (1) Kebolehan fizikal dan mental yang berbezaTingkah laku (1) Bersifat gigih serta berorientasikan matlamat (2) Pengamatan yang luar biasa (3) Rasa humor yang tinggi (4) Sensitiviti yang tinggi daripada orang biasaKomunikasi (1) Perbendaharaan kata yang betul digunakan semasa bertutur (2) Penguasaan bahasa yang tinggi Jadual 1: Ciri-ciri pintar cerdasMasalah yang sering dialami kanak-kanak pintar cerdas Ramai golongan masyarakat berpandangan bahawa seorang yang pintar cerdasmerupakan seorang yang sentiasa berjaya dalam segala yang mereka lakukan tanpa adasebarang masalah. Tetapi, hakikatnya golongan pintar cerdas ini mempunyai masalah merekasendiri. Masalah yang mereka hadapi boleh dilihat dari aspek kognitif. Kanak-kanak yangpintar cerdas mudah berasa bosan dengan arahan yang mudah serta berulang kerana merekajemu dengan sesuatu yang mudah bagi mereka. Ini adalah kerana golongan pintar cerdas inisukakan perkara yang kompleks yang mencabar kebolehan mereka. Rakan-rakan sebayaMereka juga tidak mempunyai nilai kesabaran yang tinggi serta suka bertindak denganterburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam akademik pula, mereka sememangnya sering mendapat keputusan yangcemerlang. Kanak-kanak yang pintar cerdas cenderung untuk menyoal guru sewaktu di dalamkelas sehingga keluar dari topik pengajaran malah menyebabkan rakan yang lain menjadikeliru disamping menggangu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan.Oleh itu, kanak-kanak pintar cerdas seharusnya menjalani kurikulum yang berlainan daripadakanak-kanak normal yang lain bagi mengelakan proses pembelajaran kanak-kanak yang lainterganggu. Potensi yang tinggi yang ditunjukan mereka dalam akademik sudah semestinyamembuatkan para ibu bapa kanak-kanak tersebut berasa gembira dan bangga dan
    • menganggap mereka mampu menguasai semua matapelajaran yang kemudiannya akanmemberi tekanan kepada mereka. Kebolehan kanak-kanak yang pintar cerdas yang mampumenyiapkan tugas lebih awal daripada rakan yang lain akan menyebabkan mereka berasabosan dan kemudiannya akan mengganggu rakan-rakan yang lain di dalam kelas. Walaupunmereka sentiasa cemerlang dalam akademik tetapi kebanyakkan rakan-rakan disekelilingselalunya akan menganggap golongan pintar cerdas ini menunjuk-nunjuk dengan kehebatanmereka. Kanak-kanak yang pintar kebanyakannya berkebolehan dalam bidang yang terhadsahaja. Sebagai contoh, kebanyakkan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai kecerdasandalam bidang matematik tidak dapat menguasai subjek yang lain dengan baik. Inimenunjukan bahawa kebolehan yang mereka miliki selalunya hanya berfokus kepada satubidang sahaja. Dari segi tingkah laku pula, golongan ini sangat sensitif dan mudahtersinggung apabila dikritik atau ditegur. Mereka amat mementingkan kesempurnaan dansentiasa ingin berjaya tetapi dari pandangan orang lain mereka ini dilihat sebagai seorangyang degil. (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006).Topik 2: Perkembangan Fizikal, Emosi Dan Sosial Kanak-Kanak Cerdas Perkembangan kanak-kanak normal dan kanak-kanak pintar cerdas adalah hampirsama tetapi masih berbeza. Perkembangan kanak-kanak pintar cerdas boleh diukur dari segifizikal, emosi dan sosial. Dari segi perkembangan fizikal, kanak-kanak pintar cerdas tidakbegitu ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Mereka mempunyaiperkembangan tubuh badan yang sama dan normal seperti kanak-kanak biasa. Dari segiemosi pula, kanak-kanak yang pintar cerdas mudah merasa tertekan. Keadaan sosial danemosi kanak-kanak yang pintar cerdas sangat berkait rapat dengan satu sama lain.Golongan pintar cerdas dan mencari persahabatan Kanak-kanak pintar cerdas tidak memilih kawan berdasarkan kepada umur kronoligitetapi berdasarkan kepada minat yang sama. Kebanyakkan golongan ini lebih selesa untukbergaul dengan golongan yang lebih tua daripada mereka. Adalah penting juga bagi golonganpintar cerdas ini mendapat seorang rakan yang mementingkan persahabatan tetapi bukanuntuk populariti semata-mata seperti mana yang sering dilakukan oleh golongan biasa yanglain. Ini menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan kualiti daripada kuantiti rakan
    • mereka. Hubungan persahabatan yang rapat memberi peluang untuk mereka meluahkanperasaan, pendapat dan keyakinan mereka. Bagi mereka, hubungan persahabatan memberisokongan,keselesaan, kepercayaan, kenikmatan dan kebaikan malah bagi mereka sahabatyang sebenar hanya akan mencari kebaikan antara satu sama lain tanpa menyalahkanperbuatan sahabat mereka sendiri. Persepsi serta pendirian mereka inilah yang sedikitsebanyak menyebabkan mereka tidak mempunyai ramai rakan. Konsep persahabatan kanak-kanak telah membentuk satu hierarki yang merangkumiperkaitan peringkat umur, harapan dan kepercayaan mereka terhadap persahabatan menjadisemakin komplek apabila umur semakin meningkat (Gross, 2002). Terdapat lima peringkatpersahabatan ,mengikut tahap umur. Tahap pertama merupakan tahap awal sesebuahpersahabatan itu berlaku. Pada tahap ini teman bermain adalah penting yang mana merekamemerlukan kawan dan saling membenarkan sesama sendiri berkongsi barang mainan. Tahapyang kedua pula akan kelihatan antara umur 7-9, satu peringkat yang memerlukan seseoranguntuk mereka berkongsi minat yang sama. Pada peringkat ini mereka tidak lagimementingkan teman bermain tetapi seseorang yang boleh dibawa mendengar luahanmereka. Selepas itu, tahap yang ketiga pula adalah satu tahap yang memerlukan bantuan dansokongan daripada orang lain. pada tahap ini, seorang rakan adalah seseorang yang bolehmembantu, menyokong dan menggalakkan. Tahap ketiga ini merupakan ciri-ciri yang bolehdilihat pada seseorang yang berumur antara 9 hingga 11 tahun. Tahap keempat ialah empatiyang mana pada masa inilah kanak-kanak itu menyedari bahawa sesebuah persahabatanmemerlukan seseorang untuk memberi keselesaaan dan sokongan antara satu sama lain.Tahap ini juga merupakan satu tahap yang mana mereka akan berkongsi masalah serta akanmembina hubungan rapat dengan orang lain. tahap inis erring berlaku pada kanak-kanak yangberumur antara 11 atau 12 tahun. Tahap yang terakhir ialah satu tahap yang memerlukan satutempat yang boleh memberi mereka tempat berlindung dan merasa selamat. Pada masa inijuga mereka akan menyedari bahawa persahabatan itu merupakan satu hubungan yangmendalam dan berpanjangan yang melibatkan kepercayaan, kesetiaan dan penerimaan yangtidak bersyarat. Seseorang yang pintar cerdas sememangkan memandang hubunganpersahabatan dengan serius dan tidak mmemandang remeh sesuatu hubungan yang telahmereka bina.
    • SIKAP-SIKAP KANAK-KANAK PINTAR CERDASMementingkan kesempurnaan Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakkan mereka amat mementingkan kesempurnaan dan tidak suka akan kegagalan. Menurut Patricia Schuler (2002), seorang kaunselor dan konsultan pendidikan di New York, telah merumuskan kajiannya berkaitan kanak-kanak pintar cerdas yang mementingkan kesempurnaan dalam semua perkara yang mereka lakukan. Apabila berada di dalam satu kumpulan kanak-kanak pintar cerdas sentiasa menekankan kesempurnaan. Mereka lebih suka untuk menjadi seseorang yang teliti dari pelajar yang sederhana. Sifat mereka yang sangat mementingkan kesempurnaan ini menjadi satu tekanan yang berkesan kearah pencapaian yang cemerlang. Schuler juga menekankan bahawa sikap mementingkan kesempurnaan ini boleh dilihat sebagai teliti secara sihat ataupun neurotik. Seseorang yang mementingkan kesempurnaan secara sihat adalah seseorang yang puas hati dengan hasil kerja mereka sendiri. Seseorang yang mementingkan kesempurnaan neurotik pula adalah seseorang yang sentiasa berasa tidak puas hati kerana mereka berpandangan bahawa diri mereka tidak pernah melakukan sesuatu yang mencukupi untuk merasa puas hati. Seseorang itu boleh dikatakan mementingkan kesempurnaan apabila mereka mempunyai tanda-tanda seperti berikut: 1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi 2. Sentiasa mengkritik kesalahan diri sendiri 3. Cenderung untuk memperbesarkan kesalahan diri mereka sendiri: ‘saya tidak bagus dalam semua benda’ 4. Sentiasa merendah-rendahkan orang lain 5. Takut untuk mencuba sesuatu perkara baru 6. Tidak suka berkongsi tanggungjawab dengan orang lain untuk mengelakkan hasil yang tidak sempurna: ‘saya lebih suka buat ini sendiri’ 7. Merasa sangat rendah diri dengan orang lain
    • 8. Cenderung untuk berasa tertekan dan akan merasa hilang yakin semula walaupun telah berjaya mendapat kejayaan dalam suatu perkara yang mereka lakukan.Walaupun begitu, sikap mementingkan kesempurnaan dalam kalangan kanak-kanakpingtar cerdas boleh dibendung dengan beberapa langkah. Ibu bapa mempunyai perananyang sangat penting dalam membendung perkara ini. Ibu bapa seharusnya memberi rasasayang yang tidak berbelah bagi terhadap mereka. Ibu bapa perlu cuba untuk memisahkantingkahlaku anak-anak mereka terhadap perkara yang boleh dianggap satu kritikan ataupujian dari diri mereka sendiri. Sentiasa guna perkataan ‘Itu adalah perkara yang tidakbaik untuk dilakukan’ daripada menggunakan ‘Kamu tidak baik’. Kebanyakkan ibu bapa masa sekarang sering memuji anak-anak mereka contohnyapaling cantik, paling bijak, paling pandai atau paling berjaya yang secara tidak langsungakan menimbulkan jangkaan yang tidak realistik dan menyebabkan mereka akanmeninggi diri apabila bersama-sama dengan rakan mereka. Setiap perkara dan dorongandaripada ibu bapa sering memberi kesan yang baik kepada kanak-kanak yang pintarcerdas ini. Ibu bapa perlu sentiasa menasihati mereka untuk membuat yang terbaik supayamereka menggunakan usaha dalam melakukan sesuatu perkara selain daripadamemberitahu mereka bahawa sesuatu kejayaan itu hasil daripada usaha yang gigih. Ibubapa juga menunjukkan kepada mereka bahawa mereka seharusnya mengambil beratdengan pandangan orang lain. Walaupun begitu, ibu bapa tidak boleh menjadi terlalu melindungi anak-anak merekasupaya mereka. Adalah menjadi satu kepentingan ibu bapa kepada kanak-kanak pintarcerdas untuk terus menjalankan tanggungjawab untuk membimbing, melindungi danmengawasi anak-anak walaupun mereka merupakan seorang kanak-kanak yang cerdastetapi mereka tetap seorang kanak-kanak yang belum matang tahap pemikiran danpengalaman dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam akademik. kanak-kanak pintar cerdas yang dimasukkan ke dalam kelaskumpulan kanak-kanak pintar cerdas akan menunjukkan prestasi yang lebih baik padapenilaian-penilaian yang akan dijalankan daripada belajar bersama-sama kanak-kanakpintar biasa. Terdapat dalam kalangan guru yang tidak memberi perhatian kepada kanak-kanak pintar cerdas bagi mengelakkan mereka sombong tetapi memberi kesan yang burukkepada kanak-kanak pintar cerdas tersebut. Keadaan ini akan mempengaruhi konsepkendiri kanak-kanak itu. Dalam konsep kendiri, kanak-kanak pintar cerdas akan mendapat
    • kesan positif atau negatif bergantung kepada konsep mereka terhadap diri mereka sendiri.Konsep kendiri boleh memberi kesan kepada akademik, sosial dan fizikal mereka. Dalamakademik, kanak-kanak itu akan berpandangan bahawa keputusan mereka dalam sesuatumatapelajaran tidak akan bagus dan akan mendapat keputusan yang kurang baik. Darisegi sosial pula, kanak-kanak pintar cerdas akan menjadi sedikit sentitif dengan keadaandan perasaan orang yang berada di sekeliling mereka. Mereka akan cepat mudah terasadengan perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka. Selain itu, mereka juga sensitifdari konsep kendiri fizikal. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini sangatmementingkan penampilan mereka contohnya pakaian yang cantik atau keadaan tubuhbadan yang langsing dan sebagainya.
    • BibliografiPiirto J.(1999) 2nd ed. Talented Children And Adult ‘Their Development And Education’.United States of America: Prentice-Hall. IncThomsom N. (2006).Supporting Gifted And Talented Pupils In The Secondary School. London: Paul ChairmanPublishing.Schuler P. (2002). Perfectionism in gifted children and adolescents. In M.Neithart, S.M. Reis, N. M. Robinson & S. M. Moon (Eds.). The Sosial and emotional development of gifted children:What do we know? (pp.71-79). Waco, TX:Prufrock Press.Sousa D. A. (2003). How the gifted Brain Learns. California: Corwin Press.Inc.Sutherland M. (2008). Developing the gifted and talented young learner. London: SAGE Publications Ltd..