SlideShare a Scribd company logo
1 of 57
KATA TUGAS ialah kata atau frasa yang tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sesebaris ayat. Kata atau frasa ini berfungsi untuk mendukung tugas penghubung, penerang, penguat, pembantu atau tugas-tugas lain. Berdasarkan tugas-tugasnya, kata tugas boleh digolongkan pada: 01  KATA SENDI 03  KATA BILANGAN 05  KATA BANTU 07  KATA SERU 09  KATA SERU 02  KATA HUBUNG 04  KATA PEMERI 06  KATA PENGUAT 08  KATA PERINTAH 10  KATA NAFI 11  KATA ARAH 12  KATA PENEGAS
KATA SENDI ialah kata yang digunakan di hadapan frasa bana dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus. Kata Sendi ini juga disebut Kata Depan kerana kedudukannya sentiasa di hadapan  perkataan yang diterangkan olehnya. 01  DI 04  DARIPADA  07  DENGAN  10  UMPAMA  13  AKAN  02  KE  05  KEPADA  08  BAGI  11  SEJAK  14  OLEH 03  DARI 06  PADA 09  TENTANG  12  TERHADAP  15  HINGGA
DI Digunakan bagi menunjukkan tempat. Ayat-ayat contoh: 1. Dia mendalami pengetahuan agamanya  di  Madrasah Aljunied. 2. Wanita itu mengerjakan salat  di  dalam kamarnya. 3. Pelancong India itu menginap  di   otel Serangoon.
KE Digunakan bagi menunjukkan tempat atau arah. Ayat-ayat contoh: 4. Trailer itu mengangkut barangan  ke perlabuhan. 5. Pegawai kastam itu membawa mereka ke  bilik pemeriksaan. 6. Kamil dan keluarganya akan berhijrah ke  Australia.
DARI Digunakan bagi menunjukkan tempat, arah dan masa. Ayat-ayat contoh: 7. Kapal pelarian yang berlabuh itu  datang  dari  mana ? 8. Zulkarnain menggelecek bola itu keluar dari  tengah padang. 9. Wanita yang bertopi itu keluar  dari sebuah hotel.
DARI Digunakan bagi menunjukkan tempat, arah dan masa. Ayat-ayat contoh: 10. Pemeriksaan kertas itu dimulakan  dari pukul lapan pagi. 11. Kepercayaan itu wujud  dari  zaman dahulu lagi. 12. Pendaftaran memasuki universiti berlangsung  dari  hari Isnin lalu.
DARIPADA Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh: 13. David menerima hantaran bola daripada  Ronald. 14. Dia berjaya menarik diri  daripada kegiatan sebuah kumpulan samseng. 15. Semua perabot di rumahnya diperbuat daripada  katu jati.
DARIPADA Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh: 16. Anggota kumpulan itu terdiri  daripada para belia yang aktif. 17. Penyakit itu berpunca  daripada  sistem pemakanan yang tidak betul. 18. Daripada  siapakah surat yang dia terima itu ?
DARIPADA Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh: 19. Kuih-muih itu lebih enak  daripada burger dan donut. 20. Makanan ini lebih berzat  daripada makanan yang kamu kunyah itu. 21. Kelakuan Ahmad berbeza  daripada kelakuan adiknya.
KEPADA Digunakan begi menunjukkan sasaran yang merujuk sesuatu dan pecahan: 22. Makanan yang tersaji di atas meja terdedah  kepada  kuman. 23. Kembalikan buku yang kaupinjam itu kepada  Sujiman. 24. Harta peninggalan orang tuanya diagih-agihkan  kepada  orang-orang miskin.
KEPADA Digunakan bagi menunjukkan sasaran yang merujuk sesuatu dan pecahan: 25. Peserta perkhemahan itu telah dibagikan  kepada  lapan kumpulan. 26. Masa persekolahan dibahagikan kepada  dua semester. 27. Drama Kalam Hamidi itu dibahagikan kepada  lima babak.
PADA Digunakan bagi menunjukkan waktu dan yang mendahului perkataan ada. 28. Peperiksaan Semester Kedua akan berlangsung  pada  bulan Oktober. 29. Ceramah mengenai penyalahgunaan dadah itu bermula  pada  pukul dua petang. 30. Rombongan itu akan berlepas ke Indonesia  pada  minggu hadapan.
PADA Digunakan bagi menunjukkan waktu dan yang mendahului perkataan ada. 31. Keris Taming Sari ada  pada  Hang Jebat yang derhaka itu. 32. Buku rampaian kamu itu ada  pada Cikgu Manaf. 33. Surat wasiat Allahyarham ayahnya ada pada  peguam itu.
DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan. 34. Mereka mendaki Gunung Ledang dengan  Encik Imran. 35. Arini dan Doni nernual-bual  dengan tetamu mereka di kamar bacaan. 36. Para pekerja yang tidak berpuas hati itu telah berunding  dengan  pengurus syarikat.
DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan. 37. Kami mengalu-alukan kedatangan tetamu itu  dengan  mesra. 38. Derma pemberiannya kami terima dengan  besar hati. 39. Beliau memulakan ucapannya  dengan membaca doa.
DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan. 40. Pak Abu menggembur tanahnya dengan  traktor. 41. Dia menurunkan tanda tangannya  dengan  pen istimewa itu. 42. Aruna menyeberang sungai yang deras airnya itu  dengan  rakit.
DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan. 43. Walaupun kembar, wajahnya tidak seiras  dengan  abangnya. 44. Kulit cakera padat tiruan sama bentuknya  dengan  cakera padat asli. 45. Pendapatannya tidak setimpal  dengan usahanya.
BAGI / UNTUK Digunakan bagi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu atau diperuntukkan untuk sesuatu. 46. Sekolah  untuk / bagi  pelajar-pelajar cacat akan dibina di situ. 47. Rumah  untuk / bagi  anak-anak yatim itu akan dinaik taraf. 48. Kumpulan puisi itu ditulis  untuk / bagi kanak-kanak sekolah rendah.
BAGI / UNTUK Digunakan bagi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu atau diperuntukkan untuk sesuatu. 49. Ayah membeli sebentuk cincin berlian untuk  ibu. 50. Untuk  siapakah makanan yang lazat itu disaji ? 51. Rumah di hujung kampung itu dibeli oleh bapa  untuk  orang tuanya.
TENTANG Digunakan untuk memberi maksud hal yang dimaksudkan atau dikatakan. 52. Mereka bermesyuarat  tentang kebersihan sekolah. 53. Kami duduk bercerita  tentang kejadian buruk itu. 54. Para pelajar itu sedang berbincang tentang  majlis perpisahan untuk guru mereka.
UMPAMA / SEPERTI / BAGAI / LAKSANA Digunakan untuk memberikan maksud perbandingan atau persamaan. 55. Dia menurutkan hati mudanya yang keras  bagai  batu. 56. Pemuda itu lari  bagai  lipas kudung apabila terpandang pengawal di situ 57. Pelakon wanita itu mahu berlagak bagai  seorang yang berpenalaman.
SEJAK Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk memberi maksud sebagai penanda waktu. 55. Bohari sentiasa bersedih  sejak kematian ayahnya. 56. Sejak  hari itu, Ilham tidak menegur Nazira lagi. 57. Nelayan tua itu berada di laut  sejak subuh tadi.
AKAN Digunakan untuk memberi maksud rujukan kepada sesuatu. 61. Pemuda yang baik hati itu amat kasih akan  ibu tuanya. 62. Wanita tua itu rindu akan anak yang telah diculik  oleh  sekumpulan perompak. 63. Janganlah kamu membenci  akan adik-adik kamu itu.
OLEH Digunakan untuk memberi maksud pembuat 64. Kuih yang lazat itu dimasak  oleh  ibu untuk hidangan minum petang. 65. Buku biografi tokoh ternama itu ditulis oleh  Kelvin Fischer. 66. Penjahat yang terlibat dalam kes rompakan itu telah diberkas  oleh  polis.
KATA HUBUNG Kata Hubung adalah kata yang bertugas untuk menghubungkan dua baris ayat atau lebih hingga membentuk ayat berlapis atau ayat majmuk. Kata Hubung terbahagi pada 2: KATA HUBUNG GABUNGAN KATA HUBUNG PANCANGAN
KATA HUBUNG GABUNGAN dan tetapi atau lalu sambil serta kecuali
DAN Digunakan untuk menghubungkan atau menggandingkan satu unsur yang merupakan lanjutan daripada unsur pertama. 01. Saya  dan  Ahmad akan pergi bermain bola pada petang esok. 02. Fatimah hendak mengemas majalah dan  buku di atas meja itu. 03. Hadijah pandai menari  dan  menyanyi sewaktu kecil.
DAN Digunakan untuk menghubungkan atau menggandingkan satu unsur yang merupakan lanjutan daripada unsur pertama. 04. Budak lelaki dari kelas sebelah itu baik dan  bersopan santun. 05. Sekolah akan ditutup tidak lama lagi dan  bapa merancang membawa kami melancong ke Vietnam.
ATAU Digunakan untuk menyatakan pilihan akan sesuatu. 06. Dia  atau  saya yang akan membuat kerja itu ? 07. Ibu kamu sedang memasak  atau membasuh pakaian ? 08. Pemburu itu menembak rusa  atau kijang semalam ?
09. Mereka berdua hendak pergi ke pepustakaan pada hari ini  atau  esok ? 10. Riana menemui Ryan di sekolah  atau di pusat penjaja ? ATAU Digunakan untuk menyatakan pilihan akan sesuatu.
TETAPI Digunakan untuk menyatakan maksud pertentangan atau perbezaan dengan unsur pertama. 11. Dia bijak  tetapi  malas mengulang kaji pelajarannya. 12. Dia pandai menyanyi  tetapi  tidak pandai bermain muzik. 13. Datuk Ali kaya di kampungnya  tetapi dia kedekut.
14. Dia tahu peraturan itu  tetapi  tidak mahu mematuhinya. 15. Dia gemar menonton drama pentas tetapi  tidak gemar menonton drama televisyen. TETAPI Digunakan untuk menyatakan maksud pertentangan atau perbezaan dengan unsur pertama.
LALU Digunakan untuk menyatakan kejadian atau perbuatan yang dilakukan selepas unsur pertama. 16. Sulaiman segera bangun dari tempat duduknya  lalu  berjabat tangan dengan Kasim. 17. Menteri itu menuju ke mikrofon  lalu menyampaikan ucapannya dalam bahasa Inggeris. 18. Kakak masuk ke dalam biliknya  lalu menutup pintu dengan kuat.
19. Polis segera menangkap pencuri itu  lalu menggari tangannya. 20. Hasyim meletakkan galah itu  lalu memungut buah manggis yang gugur. LALU Digunakan untuk menyatakan kejadian atau perbuatan yang dilakukan selepas unsur pertama.
SERTA Digunakan untuk menyatakan maksud penyertaan, persamaan atau lanjutan dengan unsur pertama. Serta juga digunakan untuk menggantikan ‘dan’. 21. Sultan  serta  para pembesarnya sudah berada di balairong. 22. Pakaian pengemis tua itu compang- camping  serta  kotor. 23. Tuan rumah menyambut salam kami serta  mempersilakan kami masuk.
24. Pemilik kebun itu memarahi  serta menghina kami. 25. Dia menggosok perutnya dengan minyak angin kerana perutnya sakit serta  memulas-mulas. SERTA Digunakan untuk menyatakan maksud penyertaan, persamaan atau lanjutan dengan unsur pertama. Serta juga digunakan untuk menggantikan ‘dan’.
SAMBIL Digunakan untuk menyatakan maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan serentak dengan unsur pertama. 26. Dia duduk di bawah pokok yang rendang  sambil  membaca buku. 27. Mereka minum di restoran itu  sambil berbual-bual kosong. 28. Murid-murid tadika itu menyanyi  sambil menari di atas pentas.
29. Karmila memujuk-mujuk  sambil mengusap rambut adiknya yang sedang menangis itu. 30. Lelaki yang berjambang itu mengugut mangsanya  sambil  mengacu-acukan psitolnya. SAMBIL Digunakan untuk menyatakan maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan serentak dengan unsur pertama.
KECUALI Digunakan untuk menyatakan maksud kekecualian, kelainan atau menyimpang dengan unsur pertama. 31. Gerai-gerai di situ dibuka pada hari Ahad  kecuali  gerai Pak Salim. 32. Semua pelajar lulus dengan markah cemerlang  kecuali  Muhaimin. 33. Setiap hari, Encik Manaf berlari-lari anak di taman itu  kecuali  hari Jumaat.
34. Wanita tua itu ttidak mahu menemui anak lelakinya itu  kecuali  anak lelakinya Itu memohon maaf terlebih dahulu. 35. Dia tidak mahu meminta bantuan daripada orang lain  kecuali  hidupnya benar-benar susah. KECUALI Digunakan untuk menyatakan maksud kekecualian, kelainan atau menyimpang dengan unsur pertama.
KATA HUBUNG PANCANGAN sebab supaya kalau walaupun semasa setelah sebelum selama
SEBAB / KERANA Digunakan untuk menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu musabab atau akibat. 36. Tangannya patah  sebab  jatuh dari pokok. 37. Dia memakai kaca mata  sebab matanya rabun. 38. Budak kecil itu menangis  sebab duitnya hilang.
39. Bajunya kebasahan  sebab  dia ditimpa hujan. 40. Kampung itu gelap semalam  sebab kerosakan eletrik. SEBAB / KERANA Digunakan untuk menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu musabab atau akibat.
KALAU / JIKA / JIKALAU Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu syarat atau pengandaian. 41. Dia menggunakan payung  kalau  hari hujan. 42. Beliau akan ke Makkah  kalau simpanannya sudah mencukupi. 43. Shafiq akan menyertai bengkel itu kalau  permohonannya diterima.
44. Ibunya pasti marah  kalau  dia gagal dalam ujiannya. 45. Kampung itu selalu mengalami banjir kalau  hujan lebat. KALAU / JIKA / JIKALAU Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu syarat atau pengandaian.
SUPAYA / AGAR Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tujuan yang tertentu 46. Orang tua itu sentiasa berdoa  supaya hidupnya dan anak-anaknya bahagia. 47. Luqman belajar bersungguh-sungguh supaya  lulus peperiksaan dengan cemerlang. 48. Erlina memakai payung di tengah hujan supaya  bajunya tidak basah.
49. Rumah batu itu dicat  supaya  kelihatan bersih. 50. Pesakit jiwa itu dikurung  supaya  tidak mengganggu ketenteraman orang lain. SUPAYA / AGAR Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tujuan yang tertentu
WALAUPUN / SUNGGUHPUN / MESKIPUN / BIARPUN Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tolak ansur. 51. Dia masih nakal  walaupun  telah dinasihati beberapa kali. 52. Abang Aidil masih tekun menelaah pelajaran sekolahnya  walaupun  hari sudah lewat malam. 53. Perempuan tua itu tetap bekerja walaupun  badannya sudah uzur.
54. Rumah usang itu masih teguh  walaupun usianya sudah hampir satu abad. 55. Asnida masih pulang ke kampung walaupun  orang tuanya sudah meninggal dunia. WALAUPUN / SUNGGUHPUN / MESKIPUN / BIARPUN Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tolak ansur.
SEMASA / SEWAKTU / TATKALA / KETIKA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu dilakukan serentak. 56. Ayah sudah berada di rumah  semasa kami tiba. 57. Kata datuknya, beliau dilahirkan semasa  peperangan Jepun bermula. 58. Saya dan Suhail berada di situ  semasa terjadinya peristiwa itu.
59. Penjahat-penjahat itu telah melarikan diri  semasa  polis di tempat kejadian. 60. Rakan sedarjah saya itu tersenyum simpul  semasa  menerima hadiah daripada pengetua sekolah. SEMASA / SEWAKTU / TATKALA / KETIKA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu dilakukan serentak.
SESUDAH / SETELAH / SELEPAS Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu berurutan. 61. Dia mahu bercakap dengan saya sesudah  saya memohon maaf. 62. Pemuda biadap itu berdar dari situ sesudah  orang kaya itu mengusirnya. 63. Anggota-anggota bomba pula ke balai  sesudah  berjaya memadamkan kebakaran itu.
64. Rustam melaporkan kejadian itu kepada polis  sesudah  diancam penjahat itu beberapa kali. 65. Syahidan akan memohon pekerjaan itu sesudah  menamatkan pengajiannya. SESUDAH / SETELAH / SELEPAS Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu berurutan.
SEBELUM Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu bersilih. 66. Nelayan tua itu membaca doa  sebelum turun ke laut. 67. Petani-petani itu menggemburkan tanah batasnya  sebelum  menabur benih sayur. 68. Anak kesayangan Encik Ismail itu menggosok gigi  sebelum  masuk tidur.
69. Baju-baju itud direndam dengan air sabun  sebelum  dibasuh ibu dengan tangan. 70. Allahyarham sempat menurunkan wasiatnya  sebelum  menghembuskan nafas terakhirnya. SEBELUM Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu bersilih.
SELAGI / SELAMA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu jangka waktu. 71. Dia berhasrat untuk menginap terus di hotel itu  selagi  dia mempunyai wang. 72. Kehidupannya tidak akan bahagia selagi  dia belum insaf akan kesalahan yang dilakukanya. 73. Wanita itu tidak mahu tidur  selagi suaminya belum pulang.
74. Bahasa Melayu tidak akan pupus di Singapura  selagi  orang Melayu menggunakannya. 75. Encik Dermawan akan terus membantu orang-orang susah di kampungnya itu selagi  dia mampu. SELAGI / SELAMA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu jangka waktu.

More Related Content

What's hot

Soalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudahSoalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudahFlorence Lee
 
Latihan soal bahasa indonesia kelas 12
Latihan soal bahasa indonesia kelas 12Latihan soal bahasa indonesia kelas 12
Latihan soal bahasa indonesia kelas 12Neneng Huwaidah
 
Bahasa Jawa_Parama Sastra lan Kagunan Basa Jawa
Bahasa Jawa_Parama Sastra lan Kagunan Basa JawaBahasa Jawa_Parama Sastra lan Kagunan Basa Jawa
Bahasa Jawa_Parama Sastra lan Kagunan Basa JawaSMP Negeri 1 Karanganyar
 
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013mardiyanto83
 
Bahasa Indonesia VII
Bahasa Indonesia VIIBahasa Indonesia VII
Bahasa Indonesia VIIAhmadi Ar
 
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2rozuyyin
 
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmpSoal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmpMTs DARUSSALAM
 
Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1
Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1
Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1anastyar
 
Sukses un bi 1 th 2012 2013
Sukses un bi 1 th 2012 2013Sukses un bi 1 th 2012 2013
Sukses un bi 1 th 2012 2013Terry Brengost
 
Paragraf argumentasi dan sebab akibat
Paragraf argumentasi dan sebab akibatParagraf argumentasi dan sebab akibat
Paragraf argumentasi dan sebab akibatsusantycheryunz
 
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]Murugamah Muru
 
Soal Penilaian Harian Bahasa Indonesa Kelas IX semester I Kur 2013
Soal Penilaian Harian Bahasa Indonesa Kelas IX semester I Kur 2013Soal Penilaian Harian Bahasa Indonesa Kelas IX semester I Kur 2013
Soal Penilaian Harian Bahasa Indonesa Kelas IX semester I Kur 2013Jeng Kurniaadi
 
Ulangan harian kelas viii 2017
Ulangan harian kelas viii 2017Ulangan harian kelas viii 2017
Ulangan harian kelas viii 2017Jeng Kurniaadi
 

What's hot (20)

Bank soal pts, pat bhs jawa kelas 8
Bank soal pts, pat bhs jawa kelas 8Bank soal pts, pat bhs jawa kelas 8
Bank soal pts, pat bhs jawa kelas 8
 
Soalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudahSoalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudah
 
Latihan soal bahasa indonesia kelas 12
Latihan soal bahasa indonesia kelas 12Latihan soal bahasa indonesia kelas 12
Latihan soal bahasa indonesia kelas 12
 
Bahasa Jawa_Parama Sastra lan Kagunan Basa Jawa
Bahasa Jawa_Parama Sastra lan Kagunan Basa JawaBahasa Jawa_Parama Sastra lan Kagunan Basa Jawa
Bahasa Jawa_Parama Sastra lan Kagunan Basa Jawa
 
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013
 
Bm stpm semester 2 (2019) (1)
Bm stpm semester 2 (2019) (1)Bm stpm semester 2 (2019) (1)
Bm stpm semester 2 (2019) (1)
 
Bahasa Indonesia VII
Bahasa Indonesia VIIBahasa Indonesia VII
Bahasa Indonesia VII
 
Soal cpns-paket-4
Soal cpns-paket-4Soal cpns-paket-4
Soal cpns-paket-4
 
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
 
Soal cpns-paket-7
Soal cpns-paket-7Soal cpns-paket-7
Soal cpns-paket-7
 
Ujian sekolah bahasa indonesia sma
Ujian sekolah bahasa indonesia smaUjian sekolah bahasa indonesia sma
Ujian sekolah bahasa indonesia sma
 
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmpSoal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
 
Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1
Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1
Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1
 
Bm pem thn4
Bm pem thn4Bm pem thn4
Bm pem thn4
 
Tbs
TbsTbs
Tbs
 
Sukses un bi 1 th 2012 2013
Sukses un bi 1 th 2012 2013Sukses un bi 1 th 2012 2013
Sukses un bi 1 th 2012 2013
 
Paragraf argumentasi dan sebab akibat
Paragraf argumentasi dan sebab akibatParagraf argumentasi dan sebab akibat
Paragraf argumentasi dan sebab akibat
 
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
 
Soal Penilaian Harian Bahasa Indonesa Kelas IX semester I Kur 2013
Soal Penilaian Harian Bahasa Indonesa Kelas IX semester I Kur 2013Soal Penilaian Harian Bahasa Indonesa Kelas IX semester I Kur 2013
Soal Penilaian Harian Bahasa Indonesa Kelas IX semester I Kur 2013
 
Ulangan harian kelas viii 2017
Ulangan harian kelas viii 2017Ulangan harian kelas viii 2017
Ulangan harian kelas viii 2017
 

Viewers also liked

Viewers also liked (6)

Kerangka skr
Kerangka skrKerangka skr
Kerangka skr
 
Ujian
Ujian Ujian
Ujian
 
Save The Ocean
Save The OceanSave The Ocean
Save The Ocean
 
Awalan Pe N
Awalan Pe NAwalan Pe N
Awalan Pe N
 
Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r
 
Imbuhan PEN~
Imbuhan PEN~Imbuhan PEN~
Imbuhan PEN~
 

Similar to Latihan Bahasa

Similar to Latihan Bahasa (17)

Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa
 
Kata Sendi Sekolah Rendah
Kata Sendi Sekolah RendahKata Sendi Sekolah Rendah
Kata Sendi Sekolah Rendah
 
PPT ANALISIS PRAGMATIK KEL 4.pptx
PPT ANALISIS PRAGMATIK KEL 4.pptxPPT ANALISIS PRAGMATIK KEL 4.pptx
PPT ANALISIS PRAGMATIK KEL 4.pptx
 
Kata sendi nama.pptx
Kata sendi nama.pptxKata sendi nama.pptx
Kata sendi nama.pptx
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Kata adjektif-1230003754397127-2
Kata adjektif-1230003754397127-2Kata adjektif-1230003754397127-2
Kata adjektif-1230003754397127-2
 
Tatabahasa_Bahasa Malaysia_
Tatabahasa_Bahasa Malaysia_Tatabahasa_Bahasa Malaysia_
Tatabahasa_Bahasa Malaysia_
 
Jenis ayat dalam bahasa Melayu
Jenis ayat dalam bahasa MelayuJenis ayat dalam bahasa Melayu
Jenis ayat dalam bahasa Melayu
 
Unsur kebahasaan teks eksemplum, Bahasa indonesia
Unsur kebahasaan teks eksemplum, Bahasa indonesiaUnsur kebahasaan teks eksemplum, Bahasa indonesia
Unsur kebahasaan teks eksemplum, Bahasa indonesia
 
4 kata sendi nama pelajar
4   kata sendi nama pelajar4   kata sendi nama pelajar
4 kata sendi nama pelajar
 
Pd p bm kata sendi tahun 6
Pd p bm kata sendi tahun 6Pd p bm kata sendi tahun 6
Pd p bm kata sendi tahun 6
 
Kata dan Diksi
Kata dan DiksiKata dan Diksi
Kata dan Diksi
 
Kata adjektif-1230003754397127-2
Kata adjektif-1230003754397127-2Kata adjektif-1230003754397127-2
Kata adjektif-1230003754397127-2
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
Pd p bm kata sendi tahun 6
Pd p bm kata sendi tahun 6Pd p bm kata sendi tahun 6
Pd p bm kata sendi tahun 6
 
TEKS DESKRIPSI kelas 7.ppt
TEKS DESKRIPSI kelas 7.pptTEKS DESKRIPSI kelas 7.ppt
TEKS DESKRIPSI kelas 7.ppt
 
B. Indonesia Kelas 2
B. Indonesia Kelas 2B. Indonesia Kelas 2
B. Indonesia Kelas 2
 

More from ghazali76

Kefahaman2011 q
Kefahaman2011 qKefahaman2011 q
Kefahaman2011 qghazali76
 
Kefahaman sub1
Kefahaman sub1Kefahaman sub1
Kefahaman sub1ghazali76
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kataghazali76
 
Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.
Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.
Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.ghazali76
 
Kefahaman & Kosa Kata 2
Kefahaman & Kosa Kata 2Kefahaman & Kosa Kata 2
Kefahaman & Kosa Kata 2ghazali76
 
Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r ghazali76
 
Pautan Bahasa
Pautan BahasaPautan Bahasa
Pautan Bahasaghazali76
 
Konflik Gemuk
Konflik  GemukKonflik  Gemuk
Konflik Gemukghazali76
 

More from ghazali76 (17)

Menengah 3
Menengah 3Menengah 3
Menengah 3
 
Kefahaman2011 q
Kefahaman2011 qKefahaman2011 q
Kefahaman2011 q
 
Kefahaman sub1
Kefahaman sub1Kefahaman sub1
Kefahaman sub1
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kata
 
Pola ayat
Pola ayatPola ayat
Pola ayat
 
Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.
Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.
Faktor faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran di kalangan pelajar Melayu.
 
Ayah
AyahAyah
Ayah
 
Kefahaman & Kosa Kata 2
Kefahaman & Kosa Kata 2Kefahaman & Kosa Kata 2
Kefahaman & Kosa Kata 2
 
Imbuhan ber
Imbuhan berImbuhan ber
Imbuhan ber
 
Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r
 
Imbuhan ber
Imbuhan berImbuhan ber
Imbuhan ber
 
Imbuhan ber
Imbuhan berImbuhan ber
Imbuhan ber
 
Kosa kata2
Kosa kata2Kosa kata2
Kosa kata2
 
Kosa kata1
Kosa kata1Kosa kata1
Kosa kata1
 
Pautan Bahasa
Pautan BahasaPautan Bahasa
Pautan Bahasa
 
Obesity
ObesityObesity
Obesity
 
Konflik Gemuk
Konflik  GemukKonflik  Gemuk
Konflik Gemuk
 

Latihan Bahasa

  • 1. KATA TUGAS ialah kata atau frasa yang tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sesebaris ayat. Kata atau frasa ini berfungsi untuk mendukung tugas penghubung, penerang, penguat, pembantu atau tugas-tugas lain. Berdasarkan tugas-tugasnya, kata tugas boleh digolongkan pada: 01 KATA SENDI 03 KATA BILANGAN 05 KATA BANTU 07 KATA SERU 09 KATA SERU 02 KATA HUBUNG 04 KATA PEMERI 06 KATA PENGUAT 08 KATA PERINTAH 10 KATA NAFI 11 KATA ARAH 12 KATA PENEGAS
  • 2. KATA SENDI ialah kata yang digunakan di hadapan frasa bana dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus. Kata Sendi ini juga disebut Kata Depan kerana kedudukannya sentiasa di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. 01 DI 04 DARIPADA 07 DENGAN 10 UMPAMA 13 AKAN 02 KE 05 KEPADA 08 BAGI 11 SEJAK 14 OLEH 03 DARI 06 PADA 09 TENTANG 12 TERHADAP 15 HINGGA
  • 3. DI Digunakan bagi menunjukkan tempat. Ayat-ayat contoh: 1. Dia mendalami pengetahuan agamanya di Madrasah Aljunied. 2. Wanita itu mengerjakan salat di dalam kamarnya. 3. Pelancong India itu menginap di otel Serangoon.
  • 4. KE Digunakan bagi menunjukkan tempat atau arah. Ayat-ayat contoh: 4. Trailer itu mengangkut barangan ke perlabuhan. 5. Pegawai kastam itu membawa mereka ke bilik pemeriksaan. 6. Kamil dan keluarganya akan berhijrah ke Australia.
  • 5. DARI Digunakan bagi menunjukkan tempat, arah dan masa. Ayat-ayat contoh: 7. Kapal pelarian yang berlabuh itu datang dari mana ? 8. Zulkarnain menggelecek bola itu keluar dari tengah padang. 9. Wanita yang bertopi itu keluar dari sebuah hotel.
  • 6. DARI Digunakan bagi menunjukkan tempat, arah dan masa. Ayat-ayat contoh: 10. Pemeriksaan kertas itu dimulakan dari pukul lapan pagi. 11. Kepercayaan itu wujud dari zaman dahulu lagi. 12. Pendaftaran memasuki universiti berlangsung dari hari Isnin lalu.
  • 7. DARIPADA Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh: 13. David menerima hantaran bola daripada Ronald. 14. Dia berjaya menarik diri daripada kegiatan sebuah kumpulan samseng. 15. Semua perabot di rumahnya diperbuat daripada katu jati.
  • 8. DARIPADA Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh: 16. Anggota kumpulan itu terdiri daripada para belia yang aktif. 17. Penyakit itu berpunca daripada sistem pemakanan yang tidak betul. 18. Daripada siapakah surat yang dia terima itu ?
  • 9. DARIPADA Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh: 19. Kuih-muih itu lebih enak daripada burger dan donut. 20. Makanan ini lebih berzat daripada makanan yang kamu kunyah itu. 21. Kelakuan Ahmad berbeza daripada kelakuan adiknya.
  • 10. KEPADA Digunakan begi menunjukkan sasaran yang merujuk sesuatu dan pecahan: 22. Makanan yang tersaji di atas meja terdedah kepada kuman. 23. Kembalikan buku yang kaupinjam itu kepada Sujiman. 24. Harta peninggalan orang tuanya diagih-agihkan kepada orang-orang miskin.
  • 11. KEPADA Digunakan bagi menunjukkan sasaran yang merujuk sesuatu dan pecahan: 25. Peserta perkhemahan itu telah dibagikan kepada lapan kumpulan. 26. Masa persekolahan dibahagikan kepada dua semester. 27. Drama Kalam Hamidi itu dibahagikan kepada lima babak.
  • 12. PADA Digunakan bagi menunjukkan waktu dan yang mendahului perkataan ada. 28. Peperiksaan Semester Kedua akan berlangsung pada bulan Oktober. 29. Ceramah mengenai penyalahgunaan dadah itu bermula pada pukul dua petang. 30. Rombongan itu akan berlepas ke Indonesia pada minggu hadapan.
  • 13. PADA Digunakan bagi menunjukkan waktu dan yang mendahului perkataan ada. 31. Keris Taming Sari ada pada Hang Jebat yang derhaka itu. 32. Buku rampaian kamu itu ada pada Cikgu Manaf. 33. Surat wasiat Allahyarham ayahnya ada pada peguam itu.
  • 14. DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan. 34. Mereka mendaki Gunung Ledang dengan Encik Imran. 35. Arini dan Doni nernual-bual dengan tetamu mereka di kamar bacaan. 36. Para pekerja yang tidak berpuas hati itu telah berunding dengan pengurus syarikat.
  • 15. DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan. 37. Kami mengalu-alukan kedatangan tetamu itu dengan mesra. 38. Derma pemberiannya kami terima dengan besar hati. 39. Beliau memulakan ucapannya dengan membaca doa.
  • 16. DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan. 40. Pak Abu menggembur tanahnya dengan traktor. 41. Dia menurunkan tanda tangannya dengan pen istimewa itu. 42. Aruna menyeberang sungai yang deras airnya itu dengan rakit.
  • 17. DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan. 43. Walaupun kembar, wajahnya tidak seiras dengan abangnya. 44. Kulit cakera padat tiruan sama bentuknya dengan cakera padat asli. 45. Pendapatannya tidak setimpal dengan usahanya.
  • 18. BAGI / UNTUK Digunakan bagi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu atau diperuntukkan untuk sesuatu. 46. Sekolah untuk / bagi pelajar-pelajar cacat akan dibina di situ. 47. Rumah untuk / bagi anak-anak yatim itu akan dinaik taraf. 48. Kumpulan puisi itu ditulis untuk / bagi kanak-kanak sekolah rendah.
  • 19. BAGI / UNTUK Digunakan bagi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu atau diperuntukkan untuk sesuatu. 49. Ayah membeli sebentuk cincin berlian untuk ibu. 50. Untuk siapakah makanan yang lazat itu disaji ? 51. Rumah di hujung kampung itu dibeli oleh bapa untuk orang tuanya.
  • 20. TENTANG Digunakan untuk memberi maksud hal yang dimaksudkan atau dikatakan. 52. Mereka bermesyuarat tentang kebersihan sekolah. 53. Kami duduk bercerita tentang kejadian buruk itu. 54. Para pelajar itu sedang berbincang tentang majlis perpisahan untuk guru mereka.
  • 21. UMPAMA / SEPERTI / BAGAI / LAKSANA Digunakan untuk memberikan maksud perbandingan atau persamaan. 55. Dia menurutkan hati mudanya yang keras bagai batu. 56. Pemuda itu lari bagai lipas kudung apabila terpandang pengawal di situ 57. Pelakon wanita itu mahu berlagak bagai seorang yang berpenalaman.
  • 22. SEJAK Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk memberi maksud sebagai penanda waktu. 55. Bohari sentiasa bersedih sejak kematian ayahnya. 56. Sejak hari itu, Ilham tidak menegur Nazira lagi. 57. Nelayan tua itu berada di laut sejak subuh tadi.
  • 23. AKAN Digunakan untuk memberi maksud rujukan kepada sesuatu. 61. Pemuda yang baik hati itu amat kasih akan ibu tuanya. 62. Wanita tua itu rindu akan anak yang telah diculik oleh sekumpulan perompak. 63. Janganlah kamu membenci akan adik-adik kamu itu.
  • 24. OLEH Digunakan untuk memberi maksud pembuat 64. Kuih yang lazat itu dimasak oleh ibu untuk hidangan minum petang. 65. Buku biografi tokoh ternama itu ditulis oleh Kelvin Fischer. 66. Penjahat yang terlibat dalam kes rompakan itu telah diberkas oleh polis.
  • 25. KATA HUBUNG Kata Hubung adalah kata yang bertugas untuk menghubungkan dua baris ayat atau lebih hingga membentuk ayat berlapis atau ayat majmuk. Kata Hubung terbahagi pada 2: KATA HUBUNG GABUNGAN KATA HUBUNG PANCANGAN
  • 26. KATA HUBUNG GABUNGAN dan tetapi atau lalu sambil serta kecuali
  • 27. DAN Digunakan untuk menghubungkan atau menggandingkan satu unsur yang merupakan lanjutan daripada unsur pertama. 01. Saya dan Ahmad akan pergi bermain bola pada petang esok. 02. Fatimah hendak mengemas majalah dan buku di atas meja itu. 03. Hadijah pandai menari dan menyanyi sewaktu kecil.
  • 28. DAN Digunakan untuk menghubungkan atau menggandingkan satu unsur yang merupakan lanjutan daripada unsur pertama. 04. Budak lelaki dari kelas sebelah itu baik dan bersopan santun. 05. Sekolah akan ditutup tidak lama lagi dan bapa merancang membawa kami melancong ke Vietnam.
  • 29. ATAU Digunakan untuk menyatakan pilihan akan sesuatu. 06. Dia atau saya yang akan membuat kerja itu ? 07. Ibu kamu sedang memasak atau membasuh pakaian ? 08. Pemburu itu menembak rusa atau kijang semalam ?
  • 30. 09. Mereka berdua hendak pergi ke pepustakaan pada hari ini atau esok ? 10. Riana menemui Ryan di sekolah atau di pusat penjaja ? ATAU Digunakan untuk menyatakan pilihan akan sesuatu.
  • 31. TETAPI Digunakan untuk menyatakan maksud pertentangan atau perbezaan dengan unsur pertama. 11. Dia bijak tetapi malas mengulang kaji pelajarannya. 12. Dia pandai menyanyi tetapi tidak pandai bermain muzik. 13. Datuk Ali kaya di kampungnya tetapi dia kedekut.
  • 32. 14. Dia tahu peraturan itu tetapi tidak mahu mematuhinya. 15. Dia gemar menonton drama pentas tetapi tidak gemar menonton drama televisyen. TETAPI Digunakan untuk menyatakan maksud pertentangan atau perbezaan dengan unsur pertama.
  • 33. LALU Digunakan untuk menyatakan kejadian atau perbuatan yang dilakukan selepas unsur pertama. 16. Sulaiman segera bangun dari tempat duduknya lalu berjabat tangan dengan Kasim. 17. Menteri itu menuju ke mikrofon lalu menyampaikan ucapannya dalam bahasa Inggeris. 18. Kakak masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu dengan kuat.
  • 34. 19. Polis segera menangkap pencuri itu lalu menggari tangannya. 20. Hasyim meletakkan galah itu lalu memungut buah manggis yang gugur. LALU Digunakan untuk menyatakan kejadian atau perbuatan yang dilakukan selepas unsur pertama.
  • 35. SERTA Digunakan untuk menyatakan maksud penyertaan, persamaan atau lanjutan dengan unsur pertama. Serta juga digunakan untuk menggantikan ‘dan’. 21. Sultan serta para pembesarnya sudah berada di balairong. 22. Pakaian pengemis tua itu compang- camping serta kotor. 23. Tuan rumah menyambut salam kami serta mempersilakan kami masuk.
  • 36. 24. Pemilik kebun itu memarahi serta menghina kami. 25. Dia menggosok perutnya dengan minyak angin kerana perutnya sakit serta memulas-mulas. SERTA Digunakan untuk menyatakan maksud penyertaan, persamaan atau lanjutan dengan unsur pertama. Serta juga digunakan untuk menggantikan ‘dan’.
  • 37. SAMBIL Digunakan untuk menyatakan maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan serentak dengan unsur pertama. 26. Dia duduk di bawah pokok yang rendang sambil membaca buku. 27. Mereka minum di restoran itu sambil berbual-bual kosong. 28. Murid-murid tadika itu menyanyi sambil menari di atas pentas.
  • 38. 29. Karmila memujuk-mujuk sambil mengusap rambut adiknya yang sedang menangis itu. 30. Lelaki yang berjambang itu mengugut mangsanya sambil mengacu-acukan psitolnya. SAMBIL Digunakan untuk menyatakan maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan serentak dengan unsur pertama.
  • 39. KECUALI Digunakan untuk menyatakan maksud kekecualian, kelainan atau menyimpang dengan unsur pertama. 31. Gerai-gerai di situ dibuka pada hari Ahad kecuali gerai Pak Salim. 32. Semua pelajar lulus dengan markah cemerlang kecuali Muhaimin. 33. Setiap hari, Encik Manaf berlari-lari anak di taman itu kecuali hari Jumaat.
  • 40. 34. Wanita tua itu ttidak mahu menemui anak lelakinya itu kecuali anak lelakinya Itu memohon maaf terlebih dahulu. 35. Dia tidak mahu meminta bantuan daripada orang lain kecuali hidupnya benar-benar susah. KECUALI Digunakan untuk menyatakan maksud kekecualian, kelainan atau menyimpang dengan unsur pertama.
  • 41. KATA HUBUNG PANCANGAN sebab supaya kalau walaupun semasa setelah sebelum selama
  • 42. SEBAB / KERANA Digunakan untuk menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu musabab atau akibat. 36. Tangannya patah sebab jatuh dari pokok. 37. Dia memakai kaca mata sebab matanya rabun. 38. Budak kecil itu menangis sebab duitnya hilang.
  • 43. 39. Bajunya kebasahan sebab dia ditimpa hujan. 40. Kampung itu gelap semalam sebab kerosakan eletrik. SEBAB / KERANA Digunakan untuk menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu musabab atau akibat.
  • 44. KALAU / JIKA / JIKALAU Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu syarat atau pengandaian. 41. Dia menggunakan payung kalau hari hujan. 42. Beliau akan ke Makkah kalau simpanannya sudah mencukupi. 43. Shafiq akan menyertai bengkel itu kalau permohonannya diterima.
  • 45. 44. Ibunya pasti marah kalau dia gagal dalam ujiannya. 45. Kampung itu selalu mengalami banjir kalau hujan lebat. KALAU / JIKA / JIKALAU Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu syarat atau pengandaian.
  • 46. SUPAYA / AGAR Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tujuan yang tertentu 46. Orang tua itu sentiasa berdoa supaya hidupnya dan anak-anaknya bahagia. 47. Luqman belajar bersungguh-sungguh supaya lulus peperiksaan dengan cemerlang. 48. Erlina memakai payung di tengah hujan supaya bajunya tidak basah.
  • 47. 49. Rumah batu itu dicat supaya kelihatan bersih. 50. Pesakit jiwa itu dikurung supaya tidak mengganggu ketenteraman orang lain. SUPAYA / AGAR Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tujuan yang tertentu
  • 48. WALAUPUN / SUNGGUHPUN / MESKIPUN / BIARPUN Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tolak ansur. 51. Dia masih nakal walaupun telah dinasihati beberapa kali. 52. Abang Aidil masih tekun menelaah pelajaran sekolahnya walaupun hari sudah lewat malam. 53. Perempuan tua itu tetap bekerja walaupun badannya sudah uzur.
  • 49. 54. Rumah usang itu masih teguh walaupun usianya sudah hampir satu abad. 55. Asnida masih pulang ke kampung walaupun orang tuanya sudah meninggal dunia. WALAUPUN / SUNGGUHPUN / MESKIPUN / BIARPUN Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tolak ansur.
  • 50. SEMASA / SEWAKTU / TATKALA / KETIKA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu dilakukan serentak. 56. Ayah sudah berada di rumah semasa kami tiba. 57. Kata datuknya, beliau dilahirkan semasa peperangan Jepun bermula. 58. Saya dan Suhail berada di situ semasa terjadinya peristiwa itu.
  • 51. 59. Penjahat-penjahat itu telah melarikan diri semasa polis di tempat kejadian. 60. Rakan sedarjah saya itu tersenyum simpul semasa menerima hadiah daripada pengetua sekolah. SEMASA / SEWAKTU / TATKALA / KETIKA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu dilakukan serentak.
  • 52. SESUDAH / SETELAH / SELEPAS Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu berurutan. 61. Dia mahu bercakap dengan saya sesudah saya memohon maaf. 62. Pemuda biadap itu berdar dari situ sesudah orang kaya itu mengusirnya. 63. Anggota-anggota bomba pula ke balai sesudah berjaya memadamkan kebakaran itu.
  • 53. 64. Rustam melaporkan kejadian itu kepada polis sesudah diancam penjahat itu beberapa kali. 65. Syahidan akan memohon pekerjaan itu sesudah menamatkan pengajiannya. SESUDAH / SETELAH / SELEPAS Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu berurutan.
  • 54. SEBELUM Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu bersilih. 66. Nelayan tua itu membaca doa sebelum turun ke laut. 67. Petani-petani itu menggemburkan tanah batasnya sebelum menabur benih sayur. 68. Anak kesayangan Encik Ismail itu menggosok gigi sebelum masuk tidur.
  • 55. 69. Baju-baju itud direndam dengan air sabun sebelum dibasuh ibu dengan tangan. 70. Allahyarham sempat menurunkan wasiatnya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. SEBELUM Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu bersilih.
  • 56. SELAGI / SELAMA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu jangka waktu. 71. Dia berhasrat untuk menginap terus di hotel itu selagi dia mempunyai wang. 72. Kehidupannya tidak akan bahagia selagi dia belum insaf akan kesalahan yang dilakukanya. 73. Wanita itu tidak mahu tidur selagi suaminya belum pulang.
  • 57. 74. Bahasa Melayu tidak akan pupus di Singapura selagi orang Melayu menggunakannya. 75. Encik Dermawan akan terus membantu orang-orang susah di kampungnya itu selagi dia mampu. SELAGI / SELAMA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu jangka waktu.