Penggolongan kata

43,529 views
43,141 views

Published on

22 Comments
68 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
43,529
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
137
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
22
Likes
68
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Penggolongan kata

  1. 1. Pengenalan Perkembangan Bahasa Melayu begitu pesat. Perubahan banyak telahdan sedang berlaku pada Bahasa Melayu. Bentuk-bentuk bahasa terhasil untukmemenuhi keperluan-keperluan semasa, terutama keperluan ilmu. Aspek morfologi dan sintaksis merupakan aspek yang penting di dalamBahasa Melayu. Aspek morfologi memberi penjelasan mengenai struktur kata,bentuk kata serta penggolongan kata. Aspek sintaksis memberi penjelasanmengenai ayat contohnya ragam ayat, pola ayat, ayat tunggal dan juga ayatmajmuk. Bahagian A Definisi Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentukdan penggolongan kata. Struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyiujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentukkata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasildaripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongankata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentukatau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi Bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji kata atau perkataandari segi strukturnya, bentuknya dan juga golongannya dalam Bahasa Melayu.
  2. 2. Penggolongan Kata Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalamgolongan-golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteriastruktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dankriteria semantik. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataanberdasarkan keserupaan bentuk dan /atau fungsi dengan anggota lain dalamgolongan yang sama. Penggolongan kata dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empatiaitu : - kata nama - kata kerja - kata adjektif - kata tugas
  3. 3. Kata Nama Definisi Kata Nama Kata Nama ialah kata yang merujuk khusus pada sesuatu nama orang,haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan pangkat. MenurutZa’ba (1965) memberi defnisi nama sebagai semua perkataan yang menyebutbenda atau orang dan sebagainya. Bagi Abdullah Hassan (2003) mendefinisikankata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang, namatempat, dan nama perkara. Lutfi Abas (1971) menyatakan kata nama sebagaikata yang terletak selepas bilangan atau bilangan serta penjodoh bilangan. Golongan Kata Nama Golongan kata nama dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kata namakhas, kata nama am dan kata ganti nama. KATA NAMA KATA NAMA KATA NAMA KATA GANTI KHAS AM NAMA
  4. 4. Analisis Kata Nama Yang Terdapat Dalam Petikan Muka Surat 132-133Bahasa Malaysia Teks Tahun 6Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti NamaKota Melaka Tangan beliauPortugis Penduduk merekaOgos SultanIndia Pos kawalanPanglima Awang TimurBenggali Putih SahabatEnrique HambaAfrika DuniaMagellan ArmadaKapten Ferdinand KapalAlfonso LimaMaghribi KelasiRaja Sepanyol BenuaPelabuhan Sevilla KakiPulau Cebu BumiHenry The Black PasukanFilipina AskarRaja Hamadun BulanPulau Mactan PemerintahMelaka PembantuSiam PemberontakKuala Sungai Brunei KaumBrunei LelakiPanglima Hitam IlmuEropah PejuangAmerika Selatan Kota Penjajah Peperangan Maju Makmur Malam
  5. 5. Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus padasesuatu nama orang , haiwan, benda, perbadanan, undang-undang, bangsa,pangkat dan seumpamanya. Bagi kata nama khas, tulisan huruf pertama atauawal ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitunama khas hidup dan nama khas tak hidup. Nama khas hidup pula dibahagikepada dua kumpulan iaitu manusia dan bukan manusia. Panglima Awang Magellan Manusia Kapten Ferdinand Kota Melaka Raja Sepanyol NAMA Portugis Raja Hamadun KHAS India Panglima Hitam HIDUP Afrika Maghribi Bukan Manusia Pelabuhan Sevilla KATA Pulau Cebu NAMA Filipina KHAS Pulau Mactan Melaka Siam Kuala Sungai Brunei Brunei Eropah
  6. 6. NAMA KHAS TAK HIDUP Kata Nama Khas Yang Terdapat Dalam Petikan Muka Surat 132-133, Bahasa Malaysia Teks Tahun 6 Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsepyang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberapakumpulan iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi ataubukan institusi, konkrit atau abstrak dan berbilang atau tak berbilang. MenurutAsraf (2007) kata nama am boleh digunakan untuk sesuatu yang bernyawaseperti manusia, dan binatang, dan yang hidup seperti tumbuh-tumbuhan. Ia
  7. 7. juga boleh digunakan kepada sesuatu yang tidak bernyawa atau tak hidup, iaitubenda, tempat dan sebagainya. KATA NAMA AM Hidup Tak Hidup Manusia Bukan Institusi Bukan Manusia institusi Berbilang Abstrak Konkrit
  8. 8. askarpemerintahkelasi Pasukanpenduduk Armadasultanlelaki Taksahabatpejuang berbilang tangan kapal kaki bulan peperangan maju bumi malam makmur pos kawalan ilmu kota bulan lima Kata Nama Am Yang Tedapat Dalam Petikan Muka Surat 132-133 , Bahasa Malaysia Teks Tahun 6 Kata Ganti Nama Asraf (2007) memberikan definisi kata ganti nama sebagai kata yangmengambil tempat kata nama sebagai pengganti. Asraf membahagikan kataganti nama kepada lima kumpulan iaitu kata ganti diri, kata ganti tanya, kataganti tempat, kata ganti tunjuk dan kata ganti tak tentu. Manakala menurut Nik Safiah et. Al (1996), kata ganti nama sebagaiperkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kataganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil iaitu kata ganti nama diri dankata ganti nama tunjuk.
  9. 9. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti namadiri orang dan kata ganti nama diri tanya. Kata nama diri orang pula terbahagikepada tiga iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nam diri orangkedua, dan kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama tunjukKataGanti Kata gantiNama nama diri tanya pertama Kata ganti nama diri Kata ganti nama diri kedua orang ketiga Beliau Mereka Kata Ganti Nama yang Terdapat Dalam Petikan Muka Surat 132-133, Bahasa Malaysia Teks Tahun 6 Kata Kerja Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan ataukeadaan melakukan sesuatu. Kata kerja menjadi binaan utama dalam frasakerja. Kata kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua jenis, iaitu kata kerjatransitif dan kata kerja tak transitif. Tanpa pelengkap Contoh: Kata Kerja tak bercakap transitif
  10. 10. KATA KERJA berpelengkap Kata Kerja Contoh: transitif Tuhan sentiasa menolong orang yang jujur.Analisis Kata Kerja Yang Terdapat Dalam Petikan Muka Surat 110, BahasaMalaysia Teks Tahun 6Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tak TransitifDisayangi BercakapMemuji BerbohongDiisikan SedarMembawa InsafMemberikan GembiraKirimkan PergiMenyuruhMenemuiMengucapkanMenceritakan
  11. 11. Menolong Kata kerja transitif ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri tanpaobjek. Kata kerja transitif mengandungi objek yang terdiri daripada frasa namauntuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif terdiri dari dua jenis iaitu : a) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif b) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata Kerja 1. Kamit membawa sebuah karung. transitif aktif
  12. 12. Kata Kerja Kata Kerja 1. Di dalam karung itu diisikan kala transitif pasif jengking. Kata Kerja Transitif Yang Terdapat Dalam Petikan Muka Surat 110, Bahasa Malaysia Teks Tahun 6. Kata kerja tak transitif pula ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya, dan dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa memerlukan objek. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua subgolongan iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Ia tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap kerana maksud kata kerja itu sudah lengkap. Ia juga boleh diikuti oleh unsur keterangan yang memberi maklumat tambahan. Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif. Unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada beberapa jenis iaitu kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.
  13. 13. • Diikuti oleh kata adjektif seperti tegang, baik, dan lain-lain Contoh: Kata adjektif 1. Tuhan sentiasa menolong orang yang jujur. • Diikuti oleh frasa sendi nama yang Kata kerja Frasa sendi membawa pengertian tempattak transitif nama Contoh: 1. .Alangkah terkejutnya dia apabila Kata nama mendapati banyak emas di dalam karung itu. • Kata nama boleh menjadi pelengkap pada kata kerja tak transitif yang berbentuk ber…kan dan kata kerja menjadi dan ada Contoh: 1. Semenjak itu, kehidupan Si Camba dan ibunya menjadi lebih senang. Kata Kerja Tak Transitif Yang Terdapat Dalam Petikan Muka Surat 110, Bahasa Malaysia Teks Tahun 6 Bahagian B Definisi Ayat Majmuk Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu: - Ayat majmuk gabungan - Ayat majmuk pancangan
  14. 14. - Ayat majmuk campuranAyat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat ataulebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakankata penghubung dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Contoh-contoh ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam petikan ialah: a) Si Camba suka bercakap benar dan tidak pernah berbohong. b) Kota yang maju dan makmur itu telah jatuh ke tangan Portugis c). Kehidupan Si Camba dan ibunya menjadi lebih senang.Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat utama atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian dari ayat induk tersebut. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan. A) Ayat relatif ialah ayat yang menggunakan kata yang. Contoh yang terdapat dalam petikan ialah : a) Tuhan sentiasa menolong orang yang jujur.
  15. 15. B) Ayat komplemen ialah bahagian ayat dalam binaan ayat majmuk yang berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. Ayat komplemen ialah yang menggunakan kata bahawa dan untuk. Terdapat tiga jenis ayat komplemen iaitu: - Ayat komplemen frasa nama - Ayat komplemen frasa kerja - Ayat komplemen frasa adjektif Contoh ayat komplemen yang terdapat dalam petikan ialah: a) Oleh itu, ada pihak beranggapan bahawa beliau merupakan Orang yang pertama mengelilingi dunia.. C) Ayat keterangan ialah ayat yang terdiri dari satu ayat induk dan satu ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Kedudukan ayat keterangan adalah tidak tetap dan boleh hadir samada di belakang atau di hadapan ayat induk. Ayat keterangan juga berfungsi untuk memberikan huraian lanjut tentang kata kerja dalam ayat induk. Terdapat beberapa jenis ayat keterangan iaitu: 1. Keterangan musabab yang merupakan unsur yang menerangkan sebab-sebab sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku. Contoh kata hubung keterangan musabab ialah kerana, lantaran, dan oleh sebab. Contoh ayat keterangan musabab yang terdapat dalam petikan ialah: a. Jirannya yang bernama Kamit sakit hati terhadap Si Camba kerana ibunya asyik memuji kelebihan Si Camba.
  16. 16. 2. Keterangan akibat menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung keterangan akibat ialah hingga dan sehingga. Contoh ayat keterangan akibat yang terdapat dalam petikan ialah : a. Panglima Awang dibawa belayar hingga ke seluruh dunia.3. Keterangan syarat merupakan unsur yang menerangkan sesuatu tuntutan yang perlu dipenuhi. Kata hubunng keterangan syarat ialah sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau.4. Keterangan waktu merupakan unsur untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu ialah sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika. Contoh ayat keterangan waktu yang terdapat dalam petikan ialah : a. Semenjak itu, kehidupan Si Camba dan ibunya menjadi lebih senang.5. Keterangan penentangan merupakan unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan atau bertentangan. Kata hubung keterangan penentangan ialah walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun,, walaupun bagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan. Contoh ayat keterangan penentangan yang terdapat dalam petikan ialah : a. Walau bagaimanapun, malang menimpa Panglima Awang. b. Namun beliau amat tabah menerima nasib sedemikian lebih- lebih lagi beliau sentiasa dilindungi oleh Kapten Ferdinand Magellan.6. Keterangan harapan merupakan unsur yang menerangkan
  17. 17. sesuatu perbuatan atau kejadian yang diingini. Kata hubung keterangan ialah supaya, agar, semoga, moga-moga dan kalau-kalau. Contoh ayat keterangan harapan yang terdapat dalam petikan ialah: a) Magellan telah dititahkan supaya belayar mencari dunia baharu oleh Raja Sepanyol.7. Keterangan cara merupakan unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. Contoh ayat keterangan cara yang terdapat dalam petikan ialah : a. Armada ini disertai lima buah kapal dengan 280 orang kelasi. b. Semasa berada di Kuala Sungai Brunei, Brunei,beliau bertemu dengan Panglima Hitam.8. Keterangan tujuan merupakan unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan ialah untuk, demi, dan bagi. Contoh ayat keterangan tujuan yang terdapat dalam petikan ialah: a. Beliau mengetuai satu pasukan pejuang untuk menentang Portugis. b. Magellan telah dititahkan supaya belajar untuk mencari dunia baharu oleh Raja Sepanyol.8 Keterangan Perbandingan merupakan unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan ialah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak.
  18. 18. Ayat Majmuk CampuranAyat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenisayat, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atauderetan berbagai-bagai jenis ayat majmuk (Nik Safiah Karim et.al, 2002:496).Contoh ayat majmuk campuran yang terdapat dalam petikan ialah:a) Harta benda penduduk dirampas, manakala kaum lelaki dibunuh atau ditangkap.b) Magellan terbunuh dalam peperangan itu, manakala Panglima Awang cedera parah. Penutup Sebagai pengguna Bahasa Melayu, penting sekali bagi kita untukmengetahui aspek morfologi dan sintaksis. Kesedaran tentang hal ini pentingdemi menjaga kesempurnaan dan keindahan bahasa kita. Semoga kita dapatmenggunakan Bahasa Melayu dengan tepat serta dapat memartabatkanBahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain terutama BahasaInggeris.
  19. 19. RujukanHj. Muhammad Salehudin Aman (2005). Mari Kita Berbahasa (Jilid 1) : KualaLumpur : Citra Kurnia Enterprise.Hj. Muhammad Salehudin Aman (2007). Mari Kita Berbahasa (Jilid 2) : KualaLumpur : Citra Kurnia Enterprise.Mohd. Nasar bin Sukor (et al.), (2007). Bahasa Malaysia Teks Tahun 6. KualaLumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Nik Safiah Karim (et al.), Tatabahasa Dewan –Ed . baharu : Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.Prof. Dr. Asmah Haji Omar. (1985). Perancangan Bahasa Dengan RujukanKhusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia : Kuala Lumpur: Dewan BahasaDan Pustaka.
  20. 20. LAMPIRAN

×