4 Perkara Anda Wajib Tahu Mengenai Produk Menghilangkan Jerawat
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

4 Perkara Anda Wajib Tahu Mengenai Produk Menghilangkan Jerawat

on

  • 2,683 views

4 Perkara Anda Wajib Tahu Mengenai Produk Menghilangkan Jerawat presentation ...

4 Perkara Anda Wajib Tahu Mengenai Produk Menghilangkan Jerawat presentation

Di bawah ini terdapat cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

Cara Menghilangkan Jerawat # 1:

Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.

Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.

Cara Menghilangkan Jerawat # 2:

Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.

Jaga pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang.

Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, bermasalah dan badan yang letih.

Cara Menghilangkan Jerawat # 3:

Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.

Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.

Cara Menghilangkan Jerawat # 4:

Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.

Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

Statistics

Views

Total Views
2,683
Views on SlideShare
2,683
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
4
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

4 Perkara Anda Wajib Tahu Mengenai Produk Menghilangkan Jerawat 4 Perkara Anda Wajib Tahu Mengenai Produk Menghilangkan Jerawat Presentation Transcript

  • Apabila berbicara mengenai cara menghilangkan jerawat, ramai diantara kita mengatakan produk komersial rawatan jerawat adalah pilihan utama mereka kerana kepercayaan mereka pada iklan yang di tonton setiap malam di tv. Tapi yang pasti, setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza, jadi sebelum anda membeli produk rawatan jerawat pastikan anda mempunyai sedikit info mengenai kulit anda.
  • Anda ingin menghilangkan jerawat serta merta? Jadi mengapa tidak membeli produk ABC ini?. Menghilangkan jerawat dengan hanya sekelip mata! Biasakah anda mendengar ayat-ayat sebegini? Apa perasaan anda selepas membacanya?. Dan saya boleh jamin 100% hanya kekecewaan yang bakal melanda diri anda selepas itu. “ “
  • Apabila anda melihat jerawat yang mula bertepek diwajah anda di hadapan cermin, adakah anda ada mendengar bunyi yang berbisik di telinga? “ Picit Jerawat itu..!" Jadi.. apa yang anda mahu lakukan?
  • Pedulikan suara-suara sumbang itu, kerana jika anda menurutinya, anda hanya meletakkan diri anda dalam kesusahan untuk jangka masa panjang. Kerana jerawat yang dipicit bakal meninggalkan kesan parut yang berkekalan dan sangat sukar untuk sembuh.
  • Ketahui jenis kulit anda dan apakah produk rawatan jerawat yang sesuai untuk digunakan. Cara yang terbaik ialah bertanyakan kepada doktor anda dan minta doktor anda jelaskan tentang produk rawatan jerawat yang anda gunakan. Kerana tanpa mengetahuinya dengan lebih mendalam anda bakal meletakkan diri anda dalam keadaan bahaya.
  • Kerana sesetengah produk boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan. Antara kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku ialah: - Reaksi alahan - Kerengsaan saluran pernafasan - Kulit mengelupas - kemerahan - Keradangan kulit
  • Dan sudah pasti ia memerlukan banyak masa dan wang untuk menyembuhkannya. Malah bakal meninggalkan kesan stress yang berpanjangan. Untuk mengelakkan ini berlaku, anda boleh mencuba produk rawatan jerawat berasakan herba semula jadi sebagai bahan utama mereka.
  • Antaranya ialah produk yang menggunakan minyak pokok teh, kerana minyak pokok teh diketahui boleh membunuh bakteria. Apa yang penting lakukan sedikit kajian mengenai produk-produk yang bakal anda gunakan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
  • Tahukah anda dahulu saya juga adalah seorang mangsa jerawat? Malah keadaan saya mungkin lebih teruk dari anda sekarang. Baca kisah saya bagaimana saya boleh bebas dari jerawat seperti hari ini! “ “
  • Terima Kasih! Gerak Gempur