Kpt 6044 ulasan jurnal
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kpt 6044 ulasan jurnal

on

  • 329 views

Ini adalah tugasan yang perlu upload di slides share

Ini adalah tugasan yang perlu upload di slides share

Statistics

Views

Total Views
329
Views on SlideShare
329
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
12
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kpt 6044 ulasan jurnal Kpt 6044 ulasan jurnal Document Transcript

  • TAJUK TUGASAN : ULASAN JURNALKESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK NAMA : CHEW HOCK KIANG NO. MATRIK : M20122001820 NAMA PENSYARAH : DR. JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
  • 1.0 Pengenalan Jurnal yang dipilih dan dianalisis berkaitan dengan kajian tentang pembelajaran berasaskan elektronik dan web. Kajian ini dihasilkan oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad pada tahun 2009 di Universiti Sains Malaysia. Kajian ini mengenai Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang. Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat. Populasi kajian adalah terdiri daripada kalangan ahli akademik di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data dari sampel ialah melalui soal selidik. Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 pusat pengajian. Sebanyak 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan mengikut pusat pengajian. Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik’ e-pembelajaran bermaksud belajar dengan menggunakan teknologi iaitu satu kaedah pembelajaran baru yang mana maklumat seperti nota dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar akan dihantar oleh ahli akademik melalui mel elektronik (e-mel) dan Compact Disc Read Only Memory (CD ROM). Abbey (2000) mendefinisikan e-pembelajaran sebagai arahan pembelajaran berdasarkan web. Haughey dan Anderson (1998) pula menyatakan e-pembelajaran ialah pembelajaran secara rangkaian manakala Harasim dan rakan-rakan (1997) mendefinisikannya sebagai pembelajaran secara atas talian. Menurut Urdan & Weggen (2000), walaupun berusaha penuh dalam memperkembangkan e-pembelajaran, tetapi hanya sebahagian keterangan yang menyokong bahawa e-pembelajaran adalah efektif. Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi yang asas. Impak dan penerimaan oleh masyarakat contohnya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi diragui. Tahap perlaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum lagi mencapai matlamat yang diharapkan. Oleh hal demikian, kajian tentang Kesedaran, Penilaian & Penerimaan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademik dijalankan di Universiti Sains Malaysia bagi meninjau sejauh manakah kesediaan ahli akademik menerima e- 1
  • pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah ini. 2.0 Persoalan Kajian Terdapat 3 persoalan kajian yang telah dibina daripada objektif kajian ini iaitu: 1. Apakah tahap kesedaran terhadap konsep-konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan ahli akademik? 2. Bagaimanakah penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajarandengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik 3. Sejauhmanakah penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran dalam kalangan ahli akademik? 3.0 Dapatan Kajian 3.1 Kesedaran Terhadap Konsep e-Pembelajaran Dalam Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Terdapat lima konsep e-pembelajaran di USM yang telah diketengahkan. Konsep yang pertama ialah e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk para pelajar. Konsep kedua ialah salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT. Konsep ketiga ialah e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep keempat ialah pembelajaran yang dikendalikan menerusi komputer dan Internet. Konsep kelima pula membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah, tanpa batasan jarak dan lebih ramai pelajar. Hasil dapatan mendapati bahawa tahap kefahaman responden terhadap kelima-lima konsep epembelajaran adalah tinggi. Hal ini membuktikan majoriti ahli akademik USM sedar terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka. 3.2 Penilaian Terhadap Hubungan Yang Signifikan Antara Kefahaman Terhadap e-Pembelajaran Dengan Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dalam Kalangan Ahli Akademik 2
  • Hasil kajian menunjukkan ahli akademik di USM mampu merancang strategi dan kaedah pembelajaran mereka secara bersendirian dan pada masa yang sama selesa dalam persekitaran pembelajaran berstruktur mengikut pilihan mereka. Ia disebabkan oleh taraf pendidikan dan kerjaya sebagai seorang ahli akademik yang menuntut mereka untuk bijak menentukan kaedah dan persekitaran pembelajaran agar ilmu pengetahuan dapat disalurkan kepada pelajar. Selain itu, kedua-dua pemboleh ubah ini iaitu kefahaman tentang e-pembelajaran dan kesediaan pembelajaran kendiri mempunyai hubungan yang sederhana kerana terdapatnya faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada tahap kefahaman responden. Antara faktor yang boleh menyumbang kepada perlaksanaan epembelajaran terutamanya faktor mempunyai kemudahan komputer dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahli akademik sahaja. Ahli akademik turut mempengaruhi dan menggalakkan pelajar bermotivasi ketika pembelajaran, seharusnya mempunyai kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran. 3.3 Penerimaan Penggunaan e-Pembelajaran Dalam Membantu Proses Pembelajaran Dan Pengajaran Pengkajian telah menyenaraikan empat tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ahli akademik, iaitu menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah, memuatnaikkan nota-nota kuliah ke laman web e-pembelajaran dari semasa ke semasa, mengikuti latihan-latihan yang berkaitan dengan e-pembelajaran di USM dan menggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju dengan tanggungjawab menggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajaran dan tanggungjawab menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah. Hal ini membuktikan bahawa ahli akademik USM telah menerima sistem e-pembelajaran dalam pengajaran mereka. Manakala pemantauan tentang perlaksanaan ini perlu dikawal dan sentiasa dipantau oleh pengurusan akademik. Bagi tanggungjawab memuatnaikkan nota-nota kuliah ke laman web epembelajaran dari semasa ke semasa dan tanggungjawab mengikuti latihan-latihan yang 3
  • berkaitan dengan e-pembelajaran di USM, dapatan menunjukkan jumlah min berada pada tahap sederhana. Hal ini disebabkan oleh ahli akademik berpendapat bahawa tanggungjawab yang perlu dilakukan merupakan satu tugas tambahan atau beban yang mengganggu rutin harian mereka terutamanya dalam mengikuti latihan yang disediakan. Selain itu, bagi faktor yang mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan dalam kalangan ahli akademik terhadap penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran adalah positif. Hal ini membuktikan bahawa ahli akademik telah disediakan alatan yang mencukupi untuk melaksanakan e-pembelajaran dan ini bukan menjadi alasan lagi bagi mereka untuk tidak melaksanakan e-pembelajaran. Namun begitu, faktor mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan perkomputeraan serta sering mengikuti kursus dan latihan mengenai ICT berada pada tahap sederhana. Penerimaan sistem e-pembelajaran tidak memadai dengan hanya mempunyai kemudahan komputer peribadi sahaja. Ahli akademik perlu mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan mengenai ICT. Ini kerana konsep sistem e-pembelajaran ialah mengintegrasikan ICT dalam sistem pembelajaran. 4.0 Kesimpulan Kesimpulannya, ahli akademik memainkan peranan penting dalam memupuk budaya ICT yang cemerlang di peringkat pendidikan tinggi. Di Malaysia, era pendidikan melalui aplikasi e-pembelajaran bermula menerusi sistem Pendidikan jarak jauh yang diperkenalkan. Oleh itu, Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik secara positif semakin memantapkan lagi kemajuan teknologi dan dunia ICT sesuai dengan kehendak masyarakat serta perkembangan kemajuan teknologi masa kini. Dengan harapan, pada masa akan datang situasi ini mampu melahirkan masyarakat intelek yang berpengetahuan tinggi dan mahir teknologi selaras dengan kehendak pendidikan dunia sejagat. 4
  • Bibliografi Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan ePembelajaran dalam kalangan Ahli Akademik. Diperoleh pada Oktober 18, 2013 daripada http://journalarticle.ukm.my/215/1/1.pdf 5