SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Download to read offline
Facebook lancar ‘Graph Search’

                                    MENLO PARK (California): Facebook hari ini
melancarkan enjin carian, ‘Graph Search’ bagi membantu pelanggannya mengetahui aktiviti
yang dilakukan kenalan pada rangkaian sosial terbesar itu selain Google Inc dan enjin carian
lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, berkata ia bertujuan membantu pengguna
mendapatkan maklumat tambahan di Facebook yang tidak terdapat pada enjin carian web lain
seperti Google.
“Facebook adalah laman rangkaian sosial yang mempunyai pangkalan data besar. Sama
seperti mana-mana pangkalan data, anda juga boleh membuat sebarang pertanyaan,” katanya
ketika mengumumkan enjin carian baru yang dikenali ‘Graph Search’, di sini.

Facebook dalam satu kenyataan berkata, usaha terbaru ini tidak seperti carian web tetapi ia
adalah kaedah untuk mencari maklumat tertentu yang disimpan dalam arkib rangkaian dan
kandungan kenalan anda.

“Setiap kandungan Facebook mempunyai pengguna tersendiri dan sebahagian besar
kandungannya bukan untuk tatapan umum. Kami membangunkan Graph Search bermula
dengan memikirkan hak privasi dan dapat menghormati hak pengguna dan kenalan terhadap
kandungan yang dipaparkan di Facebook.

“Ini membolehkan proses mencari maklumat baru lebih, tetapi anda hanya boleh melihat
kandungan yang dibenarkan ketika ini di Facebook,” katanya.

Zuckerberg berkata, Facebook juga akan menggunakan perkongsian kandungan dengan enjin
carian ‘Microsoft Bing’ sebagai langkah terbaru bagi mencari kandungan yang ditempatkan di
luar rangkaian sosial berkenaan.
“Saya tidak fikir ramai pengguna akan melayari Facebook semata-mata untuk melakukan
carian web tetapi apa yang boleh dinyatakan ialah enjin carian ini sangat bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah berbincang untuk bekerjasama dengan Google tetapi Microsoft
lebih bersedia untuk mewujudkan enjin carian itu dengan Facebook.

                                                                                          1/3
Antara perkhidmatan yang ditawarkan pada rangkaian sosial itu adalah termasuk ‘friends who
live in my city’, ‘people from my hometown who like hiking’, ‘friends of friends who have been
to Yosemite National Park’, ‘software engineers who live in San Francisco and like skiing’,
people who like things I like’ atau ‘people who like tennis and live nearby’

Zuckerberg berkata, platform ini bertujuan membolehkan pengguna mendapatkan sebarang
data atau pertanyaan yang mereka mahu.

“Kami tidak mengindekskan di web ini, kami cuma mengindekskan peta pada enjin carian ini,”
katanya.

Beliau berkata, fungsi baru ini membawa kembali kepada matlamat asal Facebook bagi
membantu pengguna mewujudkan rangkaian baru.

“Ketika pertama kali dilancarkan, perkara utama yang kerap digunakan pengguna pada laman
web ini adalah mencari maklumat, mengenali individu lain dan menambah kenalan baru,”
katanya.

Sementara itu, Penganalisis Teknologi, Jeff Kagan, berkata Graph Search mengembalikan
tujuan asal Facebok bagi membolehkan pengguna mengakses enjin carian ini sebagai platform
menambah kenalan baru.

Beliau berkata, langkah terbaru itu dijangka memberi cabaran hebat kepada Google.

“Jika saya pemilik Google, saya melihat ini sebagai satu amaran hebat daripada Facebook
untuk tunduk kepada mereka. Ini bukan satu serangan serta merta tetapi untuk pada masa
akan datang.

“Mampukah Facebook mengubah dunia enjin carian? Jika jawapannya ya maka ini adalah
ancaman terbesar kepada Google,” katanya.

Penganalisis Pusat Penyelidikan Forrester, Nate Elliott pula berkata, inisiatif Facebook ini
bertujuan untuk mendapatkan lebih ramai pengguna terbabit dalam rangkaian sosial itu.

“Apa yang membimbangkan adalah andai enjin carian Facebook ini gagal berfungsi dengan
baik pengguna tidak mampu menambah rakan atau jaringan mereka… rangkaian peribadi
mereka akan menjadi kurang aktif dari semasa ke semasa,” kata Elliot.

“Namun, apa yang mungkin akan berlaku adalah… kami tidak pernah melihat pertambahan
rakan secara ketara setiap pengguna ketika ini. Graph Search dilihat mampu menggalakkan
pengguna untuk menambah lebih ramai kenalan dengan lebih cepat.

“Ini bermakna rangkaian peribadi pengguna berubah lebih kerap dan menjadi lebih aktif. Ini
adalah kejayaan terbaik kepada Facebook,” kata Elliot. – AFP

- berita harian

                                                                                               2/3
Facebook lancar ‘Graph Search’

                                                                    3/3
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

More Related Content

More from frubo

Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2frubo
 
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis FatwaHentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwafrubo
 
Waktu-Waktu Doa Mustajab
Waktu-Waktu Doa MustajabWaktu-Waktu Doa Mustajab
Waktu-Waktu Doa Mustajabfrubo
 
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar AnginRibut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar Anginfrubo
 
FETIH 1453
FETIH 1453FETIH 1453
FETIH 1453frubo
 
Pelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model DitahanPelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model Ditahanfrubo
 
Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!frubo
 
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara KhurafatBangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafatfrubo
 
SUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor TerbangSUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor Terbangfrubo
 
Wan Zack Haikal
Wan Zack HaikalWan Zack Haikal
Wan Zack Haikalfrubo
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negarafrubo
 
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?frubo
 
Life Of Pi
Life Of PiLife Of Pi
Life Of Pifrubo
 
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau MalayaRajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malayafrubo
 
Michael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah MatiMichael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah Matifrubo
 
Lengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham BuayaLengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham Buayafrubo
 
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga AminulrasyidKeputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyidfrubo
 
Irma Hasmie Hamil 5 Bulan
Irma Hasmie Hamil 5 BulanIrma Hasmie Hamil 5 Bulan
Irma Hasmie Hamil 5 Bulanfrubo
 
More from frubo (20)

Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
 
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis FatwaHentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
 
Waktu-Waktu Doa Mustajab
Waktu-Waktu Doa MustajabWaktu-Waktu Doa Mustajab
Waktu-Waktu Doa Mustajab
 
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar AnginRibut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
 
FETIH 1453
FETIH 1453FETIH 1453
FETIH 1453
 
Pelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model DitahanPelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model Ditahan
 
Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!
 
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara KhurafatBangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
 
SUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor TerbangSUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor Terbang
 
Wan Zack Haikal
Wan Zack HaikalWan Zack Haikal
Wan Zack Haikal
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
 
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
 
Life Of Pi
Life Of PiLife Of Pi
Life Of Pi
 
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau MalayaRajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
 
Michael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah MatiMichael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah Mati
 
Lengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham BuayaLengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham Buaya
 
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga AminulrasyidKeputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
 
Irma Hasmie Hamil 5 Bulan
Irma Hasmie Hamil 5 BulanIrma Hasmie Hamil 5 Bulan
Irma Hasmie Hamil 5 Bulan
 
Facebook lancar ‘Graph Search’

  • 1. Facebook lancar ‘Graph Search’ MENLO PARK (California): Facebook hari ini melancarkan enjin carian, ‘Graph Search’ bagi membantu pelanggannya mengetahui aktiviti yang dilakukan kenalan pada rangkaian sosial terbesar itu selain Google Inc dan enjin carian lain. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, berkata ia bertujuan membantu pengguna mendapatkan maklumat tambahan di Facebook yang tidak terdapat pada enjin carian web lain seperti Google. “Facebook adalah laman rangkaian sosial yang mempunyai pangkalan data besar. Sama seperti mana-mana pangkalan data, anda juga boleh membuat sebarang pertanyaan,” katanya ketika mengumumkan enjin carian baru yang dikenali ‘Graph Search’, di sini. Facebook dalam satu kenyataan berkata, usaha terbaru ini tidak seperti carian web tetapi ia adalah kaedah untuk mencari maklumat tertentu yang disimpan dalam arkib rangkaian dan kandungan kenalan anda. “Setiap kandungan Facebook mempunyai pengguna tersendiri dan sebahagian besar kandungannya bukan untuk tatapan umum. Kami membangunkan Graph Search bermula dengan memikirkan hak privasi dan dapat menghormati hak pengguna dan kenalan terhadap kandungan yang dipaparkan di Facebook. “Ini membolehkan proses mencari maklumat baru lebih, tetapi anda hanya boleh melihat kandungan yang dibenarkan ketika ini di Facebook,” katanya. Zuckerberg berkata, Facebook juga akan menggunakan perkongsian kandungan dengan enjin carian ‘Microsoft Bing’ sebagai langkah terbaru bagi mencari kandungan yang ditempatkan di luar rangkaian sosial berkenaan. “Saya tidak fikir ramai pengguna akan melayari Facebook semata-mata untuk melakukan carian web tetapi apa yang boleh dinyatakan ialah enjin carian ini sangat bermanfaat,” katanya. Beliau berkata, pihaknya sudah berbincang untuk bekerjasama dengan Google tetapi Microsoft lebih bersedia untuk mewujudkan enjin carian itu dengan Facebook. 1/3
  • 2. Antara perkhidmatan yang ditawarkan pada rangkaian sosial itu adalah termasuk ‘friends who live in my city’, ‘people from my hometown who like hiking’, ‘friends of friends who have been to Yosemite National Park’, ‘software engineers who live in San Francisco and like skiing’, people who like things I like’ atau ‘people who like tennis and live nearby’ Zuckerberg berkata, platform ini bertujuan membolehkan pengguna mendapatkan sebarang data atau pertanyaan yang mereka mahu. “Kami tidak mengindekskan di web ini, kami cuma mengindekskan peta pada enjin carian ini,” katanya. Beliau berkata, fungsi baru ini membawa kembali kepada matlamat asal Facebook bagi membantu pengguna mewujudkan rangkaian baru. “Ketika pertama kali dilancarkan, perkara utama yang kerap digunakan pengguna pada laman web ini adalah mencari maklumat, mengenali individu lain dan menambah kenalan baru,” katanya. Sementara itu, Penganalisis Teknologi, Jeff Kagan, berkata Graph Search mengembalikan tujuan asal Facebok bagi membolehkan pengguna mengakses enjin carian ini sebagai platform menambah kenalan baru. Beliau berkata, langkah terbaru itu dijangka memberi cabaran hebat kepada Google. “Jika saya pemilik Google, saya melihat ini sebagai satu amaran hebat daripada Facebook untuk tunduk kepada mereka. Ini bukan satu serangan serta merta tetapi untuk pada masa akan datang. “Mampukah Facebook mengubah dunia enjin carian? Jika jawapannya ya maka ini adalah ancaman terbesar kepada Google,” katanya. Penganalisis Pusat Penyelidikan Forrester, Nate Elliott pula berkata, inisiatif Facebook ini bertujuan untuk mendapatkan lebih ramai pengguna terbabit dalam rangkaian sosial itu. “Apa yang membimbangkan adalah andai enjin carian Facebook ini gagal berfungsi dengan baik pengguna tidak mampu menambah rakan atau jaringan mereka… rangkaian peribadi mereka akan menjadi kurang aktif dari semasa ke semasa,” kata Elliot. “Namun, apa yang mungkin akan berlaku adalah… kami tidak pernah melihat pertambahan rakan secara ketara setiap pengguna ketika ini. Graph Search dilihat mampu menggalakkan pengguna untuk menambah lebih ramai kenalan dengan lebih cepat. “Ini bermakna rangkaian peribadi pengguna berubah lebih kerap dan menjadi lebih aktif. Ini adalah kejayaan terbaik kepada Facebook,” kata Elliot. – AFP - berita harian 2/3
  • 3. Facebook lancar ‘Graph Search’ 3/3 Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)