1.0 INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN                  TAMADUN MELAYU SERTA KESANNYA1.1 PendahuluanSarjana dalam bidan...
Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yangdigolongkan secara luas sebagai kumpulan ora...
1.2 Konsep interaksi dalam konteks perkembangan tamadunInteraksi secara mudahnya memberi maksud hubungan, pertemuan, komun...
Selain itu, setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat – sifat, pencapaian sertakeunikan yang tersendiri. Namun demikian, ...
1.3 Faktor yang mempengaruhi interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun Islam.Interaksi antara tamadun tidak akan berl...
PerdaganganPerdagangan merupakan antara kaedah penting di dalam memperkembangkan Islam. Ini kerana,hanya dengan bantuan ak...
Faktor perkahwinanFaktor ini telah merujuk kepada perkahwinan yang berlangsung antara kalangan pedagang danulama’ Islam ya...
Peranan ahli – ahli sufiKalangan pendakwah merupakan antara pihak yang mempunyai tanggungjawab utama di dalammengembangkan...
1.4 Kesan positif Tamadun Islam dalam Tamadun MelayuKesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercaya...
Interaksi antara Tamadun Islam dan Tamadun Melayu telah turut mempengaruhi bidangseni bina terutamanya seni bina masjid. B...
Pengaruh Islam yang lain di Asia Tenggara adalah dalam bidang politik, perundangan(pelaksanaan hukum syarak) dan pentadbir...
terutamanya di Kepulauan Asia Tenggara. Perubahan – perubahan yang berlaku merangkumiaspek – aspek kepercayaan, politik da...
1.5 KesimpulanTamadun sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifatinilah yang member...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

848

Published on

interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
848
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
38
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

  1. 1. 1.0 INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN MELAYU SERTA KESANNYA1.1 PendahuluanSarjana dalam bidang ilmu tamadun berpendapat sesebuah tamadun tidak boleh hidupbersendirian. Oleh sebab itu, sesebuah tamadun sentiasa berinteraksi dan berhubung dengantamadun – tamadun lain. Kewujudan interaksi ini berlaku kerana semua tamadun mengamalkansikap toleransi yang tinggi serta saling hormat – menghormati. Sifat – sifat yang baik itu akanmembuka ruang percambahan fikiran dan budaya serta dapat memperkayakan lagi tamadunberkenaan. Namun begitu, tidak dapat dinafikan interaksi antara tamadun akan meninggalkanbeberapa kesan dalam tamadun berkenaan, sama ada kesan negatif atau kesan positif. Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan (kebendaan dankerohanian) dan sopan santun. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, tamadun ataucivilization bermaksud kemajuan atau dalam tingkat penghidupan atau peradaban. Dari bahasaArab, perkataan tamadun atau peradaban sering dikaitkan dengan beberapa istilah sepertimadaniah dan hadarah. Perkataan tamadun lahir daripada perkataan maddana yang mempunyaidua pengertian, iaitu merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota, serta perbuatanmemperhalus budi pekerti. Ibnu Khaldun, bapa ilmu ketamadunan dalam bukunya Muqaddimahmenggunakan istilah umran untuk menerangkan konsep tamadun. Umran pada asalnya bermaknasuatu tanah atau tempat yang didiami manusia yang mempunyai persediaan yang cukup bagimanusia dan keperluannya. Saiyid Qutb mendefinisikan tamadun Islam sebagai segala bentukkemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan,politk, ekonomi, dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai – nilaimoral Islam. Manusia tidak akan dapat mencari satu etika tamadun jika tidak mempunyaimasyarakat yang bermoral. 1
  2. 2. Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yangdigolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di AsiaTenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu – Indonesia(Malay – Indonesia Achipelago), Nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawa dan sebagainya.Menurut Mohd Ghouse Nasuddin 1993, tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsayang berasal daripada satu punca, mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza darisegi pengaruh alam perskitaran. Dari segi kesenian ia adalah lebih luas, merangkumi kawasandunia Melayu lama iaitu yang terletak di kawasan kepulauan dan benua Asia Tenggara danberpusat di kerajaan – kerajaan Srivijaya, Majapahit, Melaka dan Kedaram. Manakala, dalamkeadaan geopolitik, sekarang dunia Melayu lama merangkumi Malaysia, Brunei, Indonesia, ThaiSelatan, sebahagian Kemboja dan Selatan Filipina. Tamadun Islam merupakan penghayatan Islam sebagai sebuah cara hidup (way of thelife) yang menyeluruh. Berbeza daipada tamadun – tamadun dunia yang lain, kelahirannya tidakdisebabkan faktor – faktor material. Perkembangannya bermula dengan turunnya ayat al – Qurankepada Nabi Muhammad S.A.W pada abad ke – 7 Masihi. Baginda menjadi role model kepadaseluruh umat Islam dalam pengembangan tamadun Islam sehingga kini agar pembinaan tamadunyang gemilang hendaklah berasaskan kepada penghayatan Islam itu sendiri. Kemajuan tamadunIslam tidak terbatas hanya pada kemajuan kebudayaan semata – mata, malahan ia merupakankemajuan yang serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam berbeza dengan tamadun duniayang lain kerana ia meletakkan al – Din sebagai asas yang membentuk tamadun berbandingdengan tamadun lain yang diasaskan oleh manusia. 2
  3. 3. 1.2 Konsep interaksi dalam konteks perkembangan tamadunInteraksi secara mudahnya memberi maksud hubungan, pertemuan, komunikasi dan lain – lainyang berlaku dalam kelompok, masyarakat dan seterusnya negara. Ini bermaksud interaksi antaraperadaban, bukanlah merujuk kepada interaksi antara tamadun itu sendiri, tetapi secara realitinyamerujuk kepada interaksi antara individu atau masyarakat yang mana individu atau masyarakattersebut mewakili sesuatu peradaban (tamadun). Tiada peradaban yang tulen secara mutlak iaitu tiada tamadun yang wujud danberkembang secara ekslusif iaitu bergantung kepada faktor dalaman semata – mata. Pengalamandan penerimaan daripada peradaban yang lain melalui proses interaksi tamadun adalah prosesyang biasa dalam pembinaan sesebuah peradaban, misalnya dalam proses pembinaan. TamadunMelayu dapat dikesan melalui beberapa aspek seperti aspek fizikal, aspek agama, aspek bahasa,aspek pakaian, aspek makanan, gaya hidup dan sebagainya. Aspek – aspek ini merujuk kepadaproses interaksi yang berlaku dengan tamadun atau peradaban luar. Peradaban mempunyai jenis – jenis interaksi yang tersendiri. Jenis – jenis interaksi antaraperadaban ialah interaksi fizikal, interaksi teologi dan agama, interaksi sains dan teknologi daninteraksi budaya. Interaksi fizikal ialah merujuk kepada hubungan yang berlaku dalam aspekbiologi antara kaum. Ia berlaku di sepanjang sejarah manusia. Kemudian, menerusi interaksitoelogi dan agama, ramai berpendapat bahawa agama adalah satu sistem yang tertutup. Dari satusegi, ia memang benar kerana terdapat agama yang unik yang hanya dapat dipraktikkan olehbangsa tertentu sahaja misalnya agama Shinto (Peradaban Jepun). Di samping itu, interaksi sainsdan teknologi merupakan unsur yang paling ketara dalam mana – mana peradaban. ContohnyaPeradaban Hidu yang kaya dalam bidang sains dan falsafah, sebahagian ideanya dalam aspek iniadalah hasil interaksinya dengan tamadun China. Selain itu, interaksi budaya merupakaninteraksi yang paling jelas terlihat pada mana – mana tamadun. Interaksi budaya meliputipelbagai aspek kehidupan seperti makanan, pakaian, senibina, seniukir, muzik dan sebagainya. 3
  4. 4. Selain itu, setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat – sifat, pencapaian sertakeunikan yang tersendiri. Namun demikian, ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dantidak menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara tamadun.Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. Ia berlaku disepanjang sejarah. Interaksi antara tamadun ini berlaku melalui proses yang tertentu dan jugapelbagai toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengantamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada berlakunyapercambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagaiaspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi beku dan jumud yangakhirnya boleh meruntuhkannya. Proses interaksi antara tamadun berlaku disebabkan pelbagaifaktor. 4
  5. 5. 1.3 Faktor yang mempengaruhi interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun Islam.Interaksi antara tamadun tidak akan berlaku tanpa adanya faktor – faktor yang membolehkannyaberlaku. Terdapat beberapa faktor yang membawa berlakunya proses interaksi antara tamadunantaranya ialah :Perkembangan agama IslamTamadun Islam berkembang di Alam Melayu melalui perkembangan agama Islam.Perkembangan agama Islam berlaku secara aman kerana rantau Melayu telah lama dikenali olehpedagang – pedagang Islam sejak abad pertama Hijrah (abad ke – 7 M). Ini dibuktikan olehrekod Cina yang melaporkan telah terdapat sebuah kerajaan Isalm yang dikenali sebagai Ta –shih di sekitar Sumatera Utara yang mempunyai hubungan dengan Tamadun Cina pada tahun650M. Sebahagian besar pedagang Islam pada masa tersebut dipercayai datangnya dari Yaman,iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat dalam perdagangan. Di samping itu, selain kedatanganIslam dari Tanah Arab terdapat dua lagi teori kedatangan Islam iaitu dari Cina dan India.GeografiMelalui kedudukan yang strategik kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan antara Timurdengan Barat, beberapa tamadun telah bertembung dan berinteraksi. Antaranya ialah interaksiyang berlaku di Kepulauan Melayu. Kedatangan Islam ke gugusan Melayu telah memberikandampak yang mendalam terhadap kebudayaan atau cara hidup di kawasan tersebut. Selain itu,kedudukan Kepulauan Melayu yang lebih terbuka kawasan geografinya (laluan perdagangan)menjadi lebih terbuka sifatnya dalam orientasi ketamadunannya. Ini akan menyebabkan merekalebih terdedah kepada tamadun luar. Kerajaan Srivijaya dari kurun ke – 7 hingga ke – 11merupakan kerajaan maritim Melayu yang terpenting dan telah mendominasi seluruh pesisir lautdi utara dan barat Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan Jawa Barat serta perairan SelatMelaka dan Sunda. 5
  6. 6. PerdaganganPerdagangan merupakan antara kaedah penting di dalam memperkembangkan Islam. Ini kerana,hanya dengan bantuan aktiviti perdagangan sahaja yang memungkinkan Islam yang berasal disebuah wilayah yang jaraknya beribu – ribu batu dari Alam Melayu mampu berkembang.Meskipun jalan darat juga mempunyai peranan besar dalam melihat kedatangan Islam, namun iamasih kecil berbanding pengaruh yang dapat dimainkan oleh perdagangan serta laluan laut.Perdagangan yang berlangsung antara masyarakat Arab dengan Alam Melayu yang berlaku sejaksebelum Islam turut berkembang semasa zaman Islam. Alam Melayu yang mempunyai sejumlahhasil yang penting dalam perdagangan menjadi tarikan utama kepada pedagang – pedagang Arabini. Malah dalam menjalankan aktiviti pedagangan, pedagang – pedagang Arab terutamanya dariHadramaut turut menjalankan aktiviti menyebarkan Islam. Ini kerana Islam itu sendirimerupakan agama yang bersifat dakwah dan penyebaran Islam merupakan satu tugas setiappenganutnya. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika diperhatikan bahawa kebanyakan tapakawal Islam di Alam Melayu adalah juga merupakan pelabuhan – pelabuhan utama sepertiMelaka, Aru, Perlak dan sebagainya.EkonomiFaktor perdagangan secara jelas berkaitan dengan kepentingan ekonomi. Tamadun yang terlibatdengan perdagangan, sikap mereka lebih terbuka kerana memperoleh pengalaman berinteraksidengan tamadun lain. Di Asia Tenggara, misalnya salah satu perkara yang membawa keagungandan kemasyhuran sesebuah tamadun ialah kepesatan perdagangan. Pada zaman Melaka (1400 –1511), perdagangan merupakan perkara penting yang membawa kegemilangan tamadun MelayuMelaka. Pedagang dari pelbagai pusat perdagangan seperti India, Arab, Siam, KepulauanMelayu, Cina, Burma dan tempatan telah berkunjung ke Melaka untuk menjalankan aktivitiperdagangan mereka. Kemakmuran perdagangan ini membawa Melaka ke mercu kegemilangandan dihormati oleh kerajaan sekitarnya. 6
  7. 7. Faktor perkahwinanFaktor ini telah merujuk kepada perkahwinan yang berlangsung antara kalangan pedagang danulama’ Islam yang datang ke alam Melayu dengan wanita – wanita tempatan. Ini kerana, sebagaipedagang atau ulama’, kehadiran mereka tidaklah diiringi oleh kaum wanita sehinggamenyebabkan mereka memilih untuk berkahwin dengan wanita tempatan di kawasan – kawasanyang mereka pilih untuk menetap. Oleh kerana kalangan pedagang ini merupakan mereka yangdihormati serta mempunyai kekayaan yang besar, maka masyarakat tempatan sering sahaja tidakmenolak apabila urusan perkahwinan ingin dilangsungkan, malah ia secara tidk langsung telahmeningkatkan kedudukan sosial sesebuah keluarga tersebut di kaca mata masyarakat setempat.Perkahwinan antara seorang raja yang telah memeluk Islam dengan anak raja yang tidak Islamturut memperkembangkan Islam. Ini kerana, perkahwinan tersebut mestilah dilangsungkan didalam keadaan Islam.Faktor politik dan penaklukanFaktor politik dan penaklukan turut menjadi antara faktor penting di dalam melihat pekembanganIslam di Alam Melayu. Antara contoh yang paling jelas ialah penguasaan Melaka ke atasbeberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Perak, Pahang dan sebagainyahingga sering sahaja dikatakan bahawa Islam di Perak dibawa dari Melaka 7
  8. 8. Peranan ahli – ahli sufiKalangan pendakwah merupakan antara pihak yang mempunyai tanggungjawab utama di dalammengembangkan agama Islam di Alam Melayu. Golongan ulama’ ini bukan sahaja memilikipelbagai ilmu Islam bahkan mereka amat bertakwa kepada Islam serta mempunyai keperibadianserta karisma yang mulia sehingga mampu menarik pengaruh masyarakat setempat. Pendakwahyang juga kebanyakannya merupakan ahli sufi menjalankan usaha penyebaran Islam dan telahmeninggalkan kesan yang mendalam terhadap kerajaan – kerajaan Islam Melaka, Acheh, Demakdan sebagainya. Di Melaka, antara yang penting termasuklah Sheikh Ismail, Syed Abdul Aziz,Maulana Abu Bakar, Maulana Ishak, Maulana Yusuf dan Sidi Arab. Di Acheh pula munculHamzah Fansuri, Samsudin al – Sumatrani, Nurudin Raniri, Abdul Rauf Singkel dan sebagainya. 8
  9. 9. 1.4 Kesan positif Tamadun Islam dalam Tamadun MelayuKesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan di mana bangsaMelayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu – Buddha. Mereka percaya kepada Tuhan YangMaha Esa, hormat – menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf.Kedatangan dan penerimaan agama Islam telah menghasilkan beberapa ciri utama dalamtamadun Melayu, misalnya mengenai sistem politik dan pentadbiran, sistem pemerintahanempayar Uthmaniyah telah diperkenalkan dan meletakkan sultan sebagai ketua negara dan ketuaagama Islam. Mengenai sistem pendidikan, perkembangan ilmu pengetahuan dan pandangan semestaternyata agama Islam telah membawa perubahan dan pembaharuan kepada tamadun Melayu danistana dijadikan pusat kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan, terutamanya agama Islam.Semua golongan tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mendapat dan mempelajariilmu pengetahuan. Kesannya, muncullah golongan intelektual, terutama alim ulama’ yang telahmenghasilkan tulisan mereka, terutama karya – karya berbentuk keagamaan yang disampaikandalam bentuk persuratan yang dinamakan sastera kitab. Kedatangan Islam memberi jiwa yang baharu dan besar kepada kebudayaan Melayukhususnya bahasa Melayu. Kedatangan pengaruh Islam menjadikan bahasa Melayu kaya danmampu digunakan untuk membahas perkara – perkara yang ilmiah seperti falsafah (yang tidakpernah berlaku pada masa sebelum kedatangan Islam sekalipun pengaruh Hindu cukup kuatbertapak pada kebudayaan Melayu pada ketika itu). Kehadiran ilmu Tasawuf, hukum dan undang– undang, penterjemahan al – Quran (misalnya, Abdul Rauf al – Fansuri menterjemahkan al –Quran buat pertama dalam bahasa Melayu pada abad ke – 17 M), perbahasan ilmu Hadis, ilmuHadis, ilmu fekah dan berbagai – bagai ilmu lagi. Ringkasnya, kedatangan Islam menjadikanbahasa Melayu mampu untuk digunakan bagi membahas perkara – perkara yang bersifatintelektual. 9
  10. 10. Interaksi antara Tamadun Islam dan Tamadun Melayu telah turut mempengaruhi bidangseni bina terutamanya seni bina masjid. Bentuk kubah potong bawah adalah pengaruh seni binaArab dan Parsi. Oleh kerana Islam di Asia Tenggara dikatakan datang daripada beberapa daerahyang berbeza, maka Tamadun Islam tidak hanya membawa unsur seni bina Arab, tetapi jugabentuk seni bina China dan India. Malah bangunan masjid yang dibina juga mempertahankan ciri– ciri seni bina tempatan. Contohnya, di Tanah Melayu, terdapat masjid yang mempunyaibumbung berbentuk limas potong perak. Ciri – ciri seni bina Islam turut mempengaruhi , batunisan, makam dan kubur – kubur. Batu nisan merupakan karya seni Islam terawal yang masuk kealam Melayu. Antara batu nisan yang menampakkan pengaruh Islam ialah batu nisan SyeikhAbd al – Qakir bertarikh 903 (Kedah). Kesenian batu nisan dan makam dapat dilihat juga padabentuk dan hiasannya. Misalnya batu nisan Maulana Malik Ibrahim berbentuk badan kapalterbalik yang menggambarkan pengaruh Parsi. Hiasan tulisan ayat – ayat al – Quranmembuktikan kemahiran pengukirnya dalam seni khat Arab. Tulisan syair – syair Parsi atau polahiasan dedaun juga menyamai gaya Parsi. Seterusnya, kesan interaksi lain ialah aktiviti ekonomi bercorak agrarian sepertipertanian, perikanan, penternakan dan sebagainya yang bergantung kepada alam, masih lagiberlangsung selepas kedatangan Islam. Kedatangan Islam turut meningkatkan aktivitiperdagangan di kalangan masyarakat Melayu. Seiring dengan itu, lahirlah pasar serta kotabersifat antarabangsa di mana terdapat aktiviti perdagangan oleh pedagang Asing dari Arab,Parsi, Cina, India dan sebagainya. Perdagangan yang dulu dilakukan sebagai barter dan matawang semakin berkembang. Sistem mata wang diguna pakai secara meluas sesuai denganperkembangan aktiviti perdagangan bersifat antarabangsa pada masa tersebut. Disamping itu, tulisan Melayu – Arab atau biasa disebut tulisan Jawi meresap ke dalamkebudayaan Melayu. Dengan tulisan ini, bahasa Melayu dapat ditingkatkan, sementara hasil –hasil kebudayaan Melayu zaman dahulu dapat dirakamkan sehingga kita dapat menyaksikannyasampai sekarang ini. Bahkan, karya – karya Melayu lama lebih banyak dalam bentuk tulisan Jawidaripada yang telah dirumikan. 10
  11. 11. Pengaruh Islam yang lain di Asia Tenggara adalah dalam bidang politik, perundangan(pelaksanaan hukum syarak) dan pentadbiran. Ini dapat disaksikan pada sistem pemerintahanKesultanan Melaka (1403 – 1511M). Dalam perkara ini, peranan ulama – ulama Islam sangatpenting khasnya dalam membentuk masyarakat di Asia Tenggara, selain menjadi para pemimpinuntuk menentang pencerobohan kuasa – kuasa asing, terutama daripada penjajah Barat. Ulama’ –ulama’ inilah juga yang telah mengajar dan mendidik masyarakat serta umat Islam untukmenegakkan maruah bangsa, mempertahankan tanah air, agama dan bangsa, di sampingmenghayati ajaran – ajaran agama Islam. Tamadun Islam turut membawa perubahan dari segi politik dan pentadbiran. Konsep‘devaraja’ yang menjadi pegangan polotik dan lambang daulat raja – raja tempatan telahdigantikan dengan konsep ‘khalifatullah fil – ardhi’. Raja tidak lagi dianggap sebagai penjelmaandewa – dewa Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkanbumi. Gelaran Raja telah bertukar kepada gelaran Sultan. Namun demikian, unsur kesakralanSultan yang meliputi kesucian diri Sultan serta keturunan baginda masih lagi mempunyaipengaruh yang penting dalam masyarakat. Islam turut mempengaruhi undang – undang. Contohnya, dalam hukum Kanun Melakadan Undang – undang laut Melaka. Walaupun semua tidak semua artikel – artikel dalam HukumKanun Melaka yang selari dengan Islam, tetapi terdapat beberapa fasal yang mempunyaikeselarian dengan hukum Islam. Contohnya, dapat dilihat pada Fasal 8 : 2, Fasal 8 : 3, Fasal 5 : 1dan Fasal 5 : 3 yang berkaitan dengan hukum bunuh balas. Ketelitian Hukum Kanun Melakadalam melaksanakan hukum Islam dapat dilihat apabila ia turut membicarakan tentang barang –barang yang boleh dan tidak boleh diniagakan. Contohnya, dalam Fasal 30, dinyatakan laranganmenjual arak, khinzir, anjing dan tuak. Selain daripada itu, kesan interaksi antara tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telahmembawa kepada kemunculan beberapa buah kerajaan Islam tempatan seperti kerajaan IslamPasai, kerajaan Melaka, kerajaan Acheh, kerajaan Johor – Riau di sepanjang selat Melaka danlain – lain kerajaan lagi. Di samping munculnya kerajaan kerajaan Islam tempatan, pengaruhIslam turut membawa beberapa perubahan penting kepada masyarakat Asia Tenggara 11
  12. 12. terutamanya di Kepulauan Asia Tenggara. Perubahan – perubahan yang berlaku merangkumiaspek – aspek kepercayaan, politik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial. Kehadiran nazam atau naban yang merupakan sejenis puisi yang dilagukan. Nazam iniberbentuk syair yang dikarang dalam bahasa Melayu dan mengisahkan riwayat Nabi Muhammads .a w, para nabi Allah yang lain dan juga para sahabat Rasulullah s.a.w. dalam syair ini,diperkatakan juga tentang ajaran ilmu tasawuf, fekah dan ibadat. Persembahannya tidak disertaisebarang alat muzik, tetapi memerlukan kemerduan suara. Persembahan seni lagu tersebutbiasanya diadakan dalam majlis – majlis perkahwinan, berkhatan, berkhatam al – Quran danupacara – upacara lain yang bercorak keislaman. Dari segi sosial, kesan interaksi antara dua – dua tamadun adalah lahirnya konsepkeadilan tanpa mengenal kedudukan atau pangkat. Islam telah memperkenalkan sistem khalifahIslam yang adil dan sistematik. Antara kesannya, gelaran Sultan, sistem mesyuarat di kalanganahli – ahli yang pakar disebut sistem syura, sistem hisbah iaitu menyeru kepada kebaikan danmencegah kemungkaran dan termasuklah kriteria perlantikan menteri. 12
  13. 13. 1.5 KesimpulanTamadun sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifatinilah yang memberi peluang kepada berlakunya interaksi antara tamadun. Interaksi antaratamadun menghasilkan dua kesan yang penting, iaitu kesan positif atau kesan negatif. Kesanpositif memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun. Elemen – elemen atau ciri – ciri tamadunluar yang diterima oleh sesuatu tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian.Sementara kesan negatif pula, seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memilikitamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teologi, ekonomi,sosial dan politik. Faktor yang lebih sering menjadi penyebab kepada konflik ini ialah faktorteologi. Dalam interaksi antara tamadun kita juga dapati kesan yang yang terhasil daripadainteraksi itu juga tidak sama bagi kedua – dua tamadun. Bagi tamadun yang tinggi dan lebihlama, ia lebih banyak mempengaruhi ataupun meninggalkan unsur – unsur penting kepadatamadun yang lebih rendah. Sebaliknya, tamadun yang lebih rendah pencapaiannya akan lebihbersifat receptive, walaupun ia turut mempengaruhi tamadun yanaag lebih tinggi. Kesan positifdaripada interaksi antara tamadun ini akan dapat memperkayakan tamadun tersbeut sertamengelakkannya menjadi jumud, beku dan statik. Hasilnya, sesuatu tamadun yang terbuka dandapat mengasimilasikan pengaruh luar itu akan semakin berkembang dan melahirkan perubahan– perubahan yang penting. 13

×