FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

on

  • 6,147 views

 

Statistics

Views

Total Views
6,147
Views on SlideShare
6,147
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
31
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2 FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2 Presentation Transcript

    • PERANG DUNIA I Fitriah/syafiqah/meehon g :3
    • Perang Dunia Pertama ataupun The Great War tercetus antara tahun 1914 hingga tahun 1918. Perang ini berlaku di antara negara-negara di Eropah. Walaupun hanya berlangsung dalam tempoh lebih kurang empat tahun, tetapi ia memberi kesan yang besar terutama kepada catatan sejarah dunia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perang ini tercetus.
    • FAKTOR2 PERANG DUNIA 1
    • Faktor Berlakunya Perang Dunia Pertama
    • 1. Kegagalan Sistem Pakatan Pakatan ini terbentuk selepas Prusia [Jerman] mengalahkan Perancis pada tahun 1870. Kesannya, Eropah terbahagi kepada 2 blok iaitu; Perikatan Tiga Kuasa [Austria-Hungary, Itali, Turki ] Pakatan Tiga Kuasa [Rusia, Perancis dan Britain] Sistem Pakatan dibentuk bertujuan mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara Eropah @ mengawal kuasa atau blok tertentu menjadi lebih kuat. Walau bagaimanapun, selepas 1900, Sistem Pakatan tidak berkesan kerana pergolakan politik di Eropah. Sebagai contoh; Keruntuhan empayar Turki Uthmaniah menyebabkan negara2 Eropah berlumba- lumba menguasai rantau Balkan. Keinginan Rusia untuk menguasai Selat Bosporous dan Istanbul. Usaha Jerman memperkuatkan tentera lautnya menyebabkan Britain berasa bimbang.
    • 2. Faktor Ekonomi [Dasar Imperialisme Ekonomi] Tanah jajahan penting bagi negara2 Eropah seperti Britain dan Perancis. Tanah jajahan menjadi sumber ekonomi [pembekal bahan mentah dan pasaran barangan] dan kemakmuran negara. Sehingga penghujung abad ke-19, Jerman dan Itali merupakan negara Eropah yg belum memiliki tanah jajahan. Oleh itu, Jerman dan Itali berusaha mendapatkan tanah jajahan. Sebagai contoh; i)1890-an: Jerman mula merampas tanah jajahan Portugal dan Perancis di Afrika. ii)Itali pula cuba menawan bekas jajahan empayar Turki Uthmaniah. Tindakan Jerman tidak disenangi oleh musuh lamanya iaitu Perancis [Perancis pernah menentang gerakan penyatuan Jerman]. Pada masa yang sama, Britain tidak menyenangi Jerman yg tindakan Jerman memperbesarkan tentera laut mereka. Britain juga tidak berpuas hati dengan tindakan Jerman menjual barangan mereka dengan harga yg murah di pasaran antarabangsa hingga menjejaskan pasaran barangan Britain. Pergolakan politik di Eropah bertambah teruk akibat persaingan kuasa besar seperti Rusia dan Austria-Hungary mendapatkan pengaruh politik.
    • • 3. Persaingan Ketenteraan dan Persenjataan Persaingan ini wujud di antara Jerman, Perancis dan Britain. Jerman berjaya memperbesar dan memperkuatkan angkatan lautnya. Britain cuba menyaingi Jerman dengan membina HMS Dreadnought, iaitu kapal perang terhebat pada masa itu. Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah memberi peruntukan yg besar kepada sektor ketenteraan. Menjelang tahun 1900, negara terbabit berjaya memperkuatkan ketenteraan masing2. Rusia: memiliki 1.3 orang juta tentera • Jerman: mempunyai 900 000 orang tentera • Perancis: mempunyai 900 000 orang tentera. • Situasi ini telah mencetuskan ketegangan dan juga memungkinkan berlakunya peperangan.
    • • 4. Perkembangan Pendidikan dan Ideologi Sistem pendidikan yg diamalkan di beberapa negara Eropah menekankan semangat patriotik. Sebagai contoh: Perancis: pendidikan sejarah di Perancis mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan bersedia menghadapinya. • Jerman: menekankan bahasa Jerman dan mengagungkan peperangan serta menganggap mereka yang mati sebagai wira sejati. • Sistem pendidikan dan ideologi berteraskan semangat patriotisme dan menyanjungi peperangan banyak mendorong kepada berlakunya peperangan.
    • • 5. Peristiwa Pembunuhan Franz Ferdinand “Archduke Franz Ferdinand merupakan waris takhta Austria- Hungary. Archduke bersama isterinya tidak mengendahkan amaran anti- Austria oleh nasionalis Bosnia berketurunan Serb agar tidak melawat Bosnia. Akhirnya, ketika perarakan pada 28 Jun 1914 di Sarajevo, kedua- duanya ditembak ahli kongsi gelap Black Hand berketurunan Serbia” Peristiwa ini dijadikan alasan oleh Austria untuk menghapuskan kedaulatan Serb. Austria menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serba untuk membebaskan diri dari Austria. Tindakan Austria disokong oleh sekutunya Jerman. Rusia yg juga merupakan sekutu Serbia pula bersedia menyerang Austria. Jerman cuba meminta Rusia membatalkan niatnya tetapi gagal. Akhirnya, Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan sekutunya.
    • KESAN-KESAN PERANG DUNIA 1
    • Pengenalan • Perang Dunia Pertama yang berlangsung pada tahun 1914 hingga tahun 1918 meninggalkan banyak kesan kepada negara-negara terlibat. Kesan PD1 boleh dibahagikan kepada 3 iaitu kesan politik, ekonomi dan sosial. Kesan Perang Dunia Pertama 1. Kesan Politik
    • • 2. Kesan Ekonomi Sebagai negara yang terlibat secara langsung di dalam PD1, Rusia , Jerman dan Perancis menerima kesan yang buruk dalam bidang ekonomi. Ekonomi negara-negara terbabit terjejas ekoran masalah yang timbul. Rusia • Masalah 1: Pengeluaran hasil pertanian merosot. • Punca: kekurangan tenaga kerja akibat pengambilan 4 juta buruh sebagai tentera. • Masalah 2: Kelemahan tentera Rusia. • Punca: sistem pengangkutan tidak berfungsi sehingga bekalan makanan dan bantuan tidak dapat dihantar. • Masalah 3: Perbelanjaan tidak seimbang • Punca: peruntukan yg besar terpaksa diberikan kepada bidang ketenteraan. • Pada tahun 1916, rakyat Rusia melancarkan mogok terhadap pemerintah Tsar.
    • • ii. Jerman • Masalah 1: Inflasi • Punca: kekurangan bekalan makanan [terpaksa dicatu]. Rakyat marah sehingga berlakunya rusuhan antikerajaan. • Masalah 2: Industri di Jerman terjejas • Punca: kemerosotan nilai mata wang Jerman [mark] dengan teruk sehingga menjejaskan pengeluaran arang batu dan besi. • iii. Perancis • Masalah: dibebani hutang • Punca: peperangan yg meletus di utara Perancis menyebabkan pengeluaran arang batu, besi dan keluli merosot teruk. •
    • • • 3. Kesan Sosial i. Banyak nyawa terkorban • PD1 meninggalkan kesan yg dahsyat. Sejumlah 8.5 juta tentera telah terkorban manakala seramai 12.5 juta orang awam terbunuh. ii. Pencemaran udara dan bumi • Pencemaran udara dan bumi juga turut berlaku. hal ini kerana penggunaan senjata kimia oleh negara yang terlibat untuk mengalahkan musuh masing-masing.. iii. Kemusnahan harta benda • PD1 turut menyebabkan kemusnahan harta benda. Pengkalan tentera, kilang industri, jambatan, sistem pengakutan dan perhubungan dan kilang senjata menjadi sasaran utama serangan.
    • • Kesimpulan Jelas sekali bahawa PD1 telah meninggalkan impak yang besar kepada sejarah dunia. Pelbagai kesan sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial telah dialami oleh negara- negara yang terlibat. PD1 bukan hanya menyebabkan keruntuhan sistem beraja di sesetengah negara, malah turut menjejaskan ekonomi dan kehilangan banyak nyawa.