Dokumen tersebut merangkum tentang literasi bahasa Melayu. Ia membahasikan konsep literasi dan pentingnya kemampuan membaca dan menulis. Dokumen ini juga menjelaskan aktiviti-aktiviti prabacaan dan pratulisan yang penting untuk mempersiapkan murid-murid sebelum pembelajaran membaca dan menulis. Aktiviti prabacaan seperti pengamatan pendengaran dan penglihatan serta pergerakan mata dan tangan. Manakala aktiviti prat
1. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
1
1.0PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), literasi bermaksud kebolehan
membaca dan menulis.Takrifan literasi iaitu celik huruf atau kenal huruf biasanya
bermaksud keupayaan membaca dan menulis atau keupayaan menggunakan
bahasa untuk membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Dalam konteks yang
tepat, literasi bermaksud mampu membaca dan menulis pada tahap yang memadai
untuk berkomunikasi atau tahap yang membolehkan seseorang memahami dan
meluahkan pandangan dalam masyarakat celik huruf agar dapat bergaul dalam
masyarakat.
Pada masa kini, buta huruf dipandang sebagai masalah sosial yang perlu
diatasai melalui pendidikan.Oleh itu, melalui Literasi Bahasa,tumpuan akan diberikan
kepada pemulihan membaca dan menulis, strategi pengajaran dan pembelajaran,
kemahiran asas pemulihan membaca dan menulis, jenis-jenis aktiviti kemahiran
asas membaca dan menulis, penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam
mata pelajaran pendidikan muzik, pendidikan jasmani, seni visual dan sebagainya.
Kandungan kursus Literasi Bahasa Melayu merangkumi aktiviti prabacaan,
pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan menulis. Oleh itu, tugasan ini
diberikan supaya dapat mencapai tujuan memahami konsep, membina dan
mengaplikasikan bahan bantu belajar. Melalui tugasan ini, kami dikehendaki secara
berpasangan mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang aktiviti
prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan.Kemudian, kami
dikehendaki membuat grafik mengenai dua kaedah yang telah dipilih daripada
kaedah fonetik, abjad atau pandang sebut. Akhir sekali kami perlu membina bahan
bantu belajar untuk aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam
mata pelajaran pendidikan muzik dengan powerpoint.
2. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
2
2.0 PRABACAAN
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca.Pada peringkat
awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan
kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini murid
didedahkan kepada aktiviti–aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan
ketajaman penglikatan dan pendengaran. Konsep kesediaan membaca juga
merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara berterusan.
Antara kemahiran yang dapat dilaksanakan melalui kemahiran prabacaan ialah
membezakan bentuk, huruf, angka dan sebagainya.
Menurut Abu Bakar (1994), beliau mengkategorikan aktiviti kesediaan
membaca kepada dua iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat
bacaan bermaksud kemahiran pengamatan pendengaran,pengamatan penglihatan
dan latihan pertuturan. Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong
(1992) pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk
membaca.
Rajah 2.1: Peringkat Prabacaan
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca boleh
dilakukan dengan menggunakan permainan huruf,suku kata dan perkataan untuk
mengukuhkan kemahiran tersebut.Guru hendaklah menjalankan aktiviti melukis
garisan-garisan tertentu yang menyerupai huruf. Aktiviti bagi peringkat bacaan iaitu
Peringkat
Prabacaan
Pergerakkan
Mata dan
Tangan
Pengamatan
Pendengaran
Pengamatan
Penglihatan
3. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
3
pergerakkan mata dan tangan, pengamatan penglihatan dan pengamatan
pendengaran juga dapat dilakukan mengikut aktiviti yang bersesuaian contohnya:
2.1 Aktiviti Pergerakkan Mata dan Tangan
Contoh aktiviti : Melakukan Origami
Bahan yang digunakan : kertas berwarna
Arahan : Murid membuat origami bersama guru, guru menunjukkan cara satu
persatu dan murid mengikutnya.
Contoh Origami yang Mudah : Model Kepala Arnab
Rajah 2.1.1: Contoh Lipatan Origami
2.3 Aktiviti Pengamatan dan Penglihatan
Contoh aktiviti : Menghimpun gambar benda yang sama jenis,warna dan saiz.
Bahan yang digunakan : Pelbagai bentuk haiwan, sayur-sayuran dan lain-lain
Aktiviti murid : Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh
guru.Dijalankan secara individu,kelas atau kumpulan.
4. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
4
A. Bulatkan saiz yang sama
B. Bulatkan pada bentuk yang sama
2.4 Aktiviti Pendengaran
Contoh Aktiviti : Membunyikan haiwan mengikut gambar.
Rajah 2.4.1: Contoh Aktiviti Pendengaran
5. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
5
2.4 Analisis Tentang Aktiviti Prabacaan
Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu. Sekiranya
seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membaca pada usia satu,
dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca di sekolah
pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah
berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan
untuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatan pendengaran,
penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan
latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih
keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakala aktiviti pengamatan
pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan
pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan sebagai
pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata.
Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti
membezakan bentuk. Objektifnya untuk mengecam bentuk yang berlainan di dalam
satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankan yang
bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti lain seperti
memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama,
aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atau urutan huruf,
aktiviti benda-benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan huruf dengan
bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan mobil abjad. Pada
peringkat murid di prasekolah atau tadika terdapat banyak lagi aktiviti prabacaan
yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti kotak
huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan.
Permainan lain seperti “Di Manakah Saya”, “Permainan Kad Nama”, “Pokok Nama”
dan aktiviti membina perkataan,
6. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
6
3.0 PRATULISAN
Kemahiran pratulisan ialah kemahiran yang menjadi asas kepada kemahiran tulisan
mekanis. Aktiviti ini mengandungi aktiviti yang berkaitan dengan fizikal dan
psikomotor. Matlamat aktiviti ini dilakukan supaya murid-murid bersedia untuk
belajar menulis dan dapat membantu mereka membentuk huruf dengan betul,
menditikan asas menulis yang kukuh agar kanak-kanak dapat menulis dengan baik,
cekap dan pantas.
Peringkat pratulisan ini dalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan
aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka menulis huruf-huruf dengan kemas dan
betul. Kebanyakan aktiviti-aktiviti pramenulis adalah berbentuk bebas bagi
membolehkan murid-murid menguasai kemahiran berbentuk lambing-lambang yang
kemas dan jelas.
Dalam kemahiran pratulisan ini murid-murid perlu menguasai pergerakan-
pergerakan motor yang dapat membantu mereka dalam penguasaan kemahiran
menulis. Kemahiran ini termasuklah penguasaan pergerakan tangan atau mata
serta koordinasi anatara tangan dan mata bagi memudahkan aktiviti tulisan. Antara
faedah yang diperoleh daripada aktiviti ini ialah dapat melembutkan jari untuk
memegang pensel seterusnya dapat melakar garisan atau gambar sebelum ke
peringkat tulisan makanis. Selain itu, kanak-kanak boleh melahirkan fikiran dan
perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.
Antara aktiviti fizikal yang boleh dilakukan seperti latihan menggerakkan jari
atau tangan, latihan menggenggam pensel, latihan pergerakan mata serta latihan
koordinasi tangan dan mata. Di samping itu, murid-murid juga perlu membuat
garisan melintang dan menegak di udara dan latihan membuat garisan atau gambar
di pasir.
Kemahiran pratulisan dalam kalangan kanak-kanak bermula dengan
perkembangan kemahiran motor halus. Kebolehan menulis memerlukan
kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan. Contengan
yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah sebarang bentuk lakaran yang berulang
dan sebarang perubahan-perubahan contengan secara mendatar dengan
menggunakan alat tulis seperti pen pensel dan sebagainya.
7. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
7
3.1 Objektif Pratulisan
Dalam melaksanakan kemahiran pratulisan, objektif berikut merupakan penanda
aras kemahiran-kemahiran tersebut telah dicapai. Antara objektif kemahiran ini ialah:
1. Memberi kesediaan otot tangan dan otot jari serta mengkoordinasi mata dan
tangan dengan baik
2. Dapat melakukan pergerakan lurus, beralun, dan membuat lakaran berbentuk
bulat dengan jari.
3. Melakar pelbagai bentuk dengan menggunakan alat tulis.
4. Dapat mengawal pergerakan dan koordinasi mata dan tangan dengan
melakukan pergerakan tegak dan condong.
3.2 Aktiviti Pratulisan
Murid akan disediakan dengan aktiviti pratulisan sebelum mereka dapat menulis
huruf dengan kemas dan betul. Oleh yang demikian, latihan otot tangan dan jari
serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid. Berikut merupakan antara
contoh aktiviti sebelum pratulisan yang selalu dijalankan iaitu:
1. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.
Ini adalah latihan menulis dari kiri ke kanan.
2. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan kiri semula.
3. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di
rumput tanpa menggunakan alat tulis (bulatan besar-bulatan kecil).
4. Latihan-latihan gerak jari dengan memainkan jari, menekankan jari,
menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
5. Latihan-latihan membentuk garisan lurus.
6. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus.
Dilakukan secara bebas.
7. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus
dan bulat.
8. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
8
3.2.1 Pergerakan Jari, Tangan dan Mata
Latihan pergerakan jari, tangan dan mata amat penting dan merupakan fasa yang
mesti dilalui oleh semua murid sebelum kemahiran menulis ini dilakukan. Latihan ini
meliputi:
a) aktiviti menggerakkan jari dan tangan; pergerakan boleh dilakukan
mengikut irama lagu, tepukan tangan atau pergerakan anggota badan
lain secara ‘humming’.
b) menggerakkan tangan, pergelangan tangan, dan jari telunjuk di atas
kertas, di udara, di belakang kawan, di atas tapak tangan kawan, di
atas pasir, di atas lantai dan seumpamanya.
Aktiviti-aktiviti ini bertujuan menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh
menulis dengan sempurna. Hasil pembelajaran ini dapat dicapai dengan beberapa
latihan seperti lakaran bebas, melakar perjalanan ke mana-mana bahagian sekolah,
melakar bentuk yang mudah dilakukan murid-murid. Selain itu, murid-murid juga
boleh melakar bentuk ‘N, M, S, W, C, Z, -, +, dan H.
Latihan pergerakan mata atau pengamatan penglihatan pula dapat dilakukan
dengan melihat dari atas ke bawah (dari kipas ke kerusi) dan mengikut lakaran pada
papan tulis dari kiri ke kanan. Selain itu, latihan menghimpun gambar benda maujud
yang sama jenis, warna dan saiz atau menggunting menampal berbagai-bagai
gambar mengikut tajuk juga boleh dilakukan di dalam kelas.
3.2.2 Membuat Corak, Menyambung Titik, Memadankan Bentuk
1) Latihan membuat corak-corak beralun dari kiri ke kanan
(membentuk huruf ‘u’)
9. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
9
uuuuuuuuuuuuu
2) Latihan menyambung titik-pelbagai bentuk atau lakaran
3) Latihan memadan bentuk
Guru menyediakan bentuk seperti rajah di atas dan satu set kertas warna
yang sama bentuk dengan rajah tersebut. Kemudian, murid-murid diminta
memadankan bentuk-bentuk tersebut.
4) Latihan bentuk menyerong dan menegak
5) Latihan membentuk garisan melintang dan menegak
10. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
10
6) Lukisan berbentuk geometri
7) Lukisan bentuk-bentuk bulat
3.2.3 Membentuk Huruf
Guru haruslah merancang pengajaran dengan membuat kelompok huruf
berdasarkan bentuk-bentuk huruf yang terdapat dalam abjad Bahasa Melayu.
Sebagai cadangan, kelompok pertama meliputi kelompok huruf-huruf berbentuk
bulat seperti huruf o,a,e dan seumpamanya. Kelompok kedua pula merupakan
huruf-huruf yang mempunyai garisan lurus seperti i, l, t, f, x, b, d, h, k, z dan
seumpamanya. Manakala kelompok ketiga ialah kelompok huruf selekoh seperti
huruf m, n, dan r. Kelompok keempat pula terdiri daripada kelompok ekor bawah
garis, seperti huruf y, g, j, p, q.
Huruf bentuk
bulat
Huruf bentuk
selekoh
Huruf garisan
lurus
Huruf ekor
bawah garis
11. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
11
Rajah 3.2.3.1: Bentuk Huruf
Dalam hal ini, inovasi guru sangat membantu murid. Perancangan kaedah,
teknik dan pendekatan yang dirancang harus memikirkan semua aspek,
terutamanya murid-murid itu sendiri.
3.3 Analisis Tentang Aktiviti Pratulisan
Sebagai guru kita boleh menerangkan kepada murid bahawa tulisan (abjad) adalah
alat bahasa dan pemikiran yang telah dihasilkan melalui proses jangka masa yang
begitu panjang, misalnya abjad A, B, C yang kita lihat sekarang adalah hasil rekaan
manusia yang bermula daripada tamadun yang berkurun lamanya. A mislanya abjad
oraang Mesir lebih kurang 3000 tahun sebelum masehi. Dalam bidang kreativiti, kita
perlu mengesan berbagai jenis bentuk dan makna dari satu-satu perkara. Sebagai
contoh abjad W yang mana 2V berjalan bersama atau 2 gigi jerung, abjad M macam
gunung atau W terbalik. Banyak lagi perkara-perkara dari abjad lain yang boleh
dihidupkan bentuk atau ertinya yang luar biasa yang boleh meningkatkan kreativiti
murid dalam mengajar pratulisan.
Pratulisan merupakan aktviti penting sebelum murid melangkah ke Tahun
Satu. Aktiviti ini dijalankan terutama di kelas prasekolah atau tadika. Ianya
merupakan asas untuk untuk kemahiran tulisan mekanis. Menulis merupakan satu
penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang
membentuk perkataan, ayat dan lain-lain. Aktiviti pramenulis ialah tempoh masa
murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum dapat menulis huruf
dengan kemas dan teratur. Latihannya menitikberatkan perkara-perkara berikut iaitu
:-
a. latihan–latihan pergerakan tangan
b. latihan gerakan tangan yang bebas supaya dapat menulis dengan sempurna
c. latihan pergerakan mata dan
d. latihan koordinasi mata dan tangan.
12. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
12
4.0 PEMULIHAN BACAAN
Membaca merupakan satu kemahiran yang penting yang perlu dikuasai oleh
kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran. Guru perlu
didedahkan kepada alat, kaedah, dan teknik menguji kemahairan bacaan
terutamanya ujian bacaan diagnostik. Ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru
mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid. Melalui ujian diagnostik ,
guru akan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran bermula bacaan.Murid yang
bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memberi kesan
kepada pelajaran serta kehidupannya kelak. Ujian bacaan perlu dijalankan secara
berterusan supaya guru dapat mengetahui tahap kelemahan murid. Tahap
kelemahan murid dalam bacaan yang dijalankan melalui ujian ini, dapat membantu
guru untuk menentukan objektif pengajaran bacaan. Teknik pengajaran hendaklah
dijalankan dengan baik dan dipelbagaikan supaya tidak mendatangkan kebosanan
kepada murid untuk belajar.
Contoh ujian bacaan ialah Ujian Bacaan Nyaring. Guru dapat melaksanakan
pelbagai jenis ujian bacaan terhadap murid-murid,namun Ujian Bacaan Nyaring ini
merupakan langkah pertama guru dalam mengesan kesukaran murid dalam
membaca secara diagnostik.Ujian ini terdiri daripada lima ayat mudah.Panjang ayat
ini antara tiga hingga lima patah perkataan. Jumlah perkataan untuk kesemua lima
ayat ini ialah dua puluh patah perkataan.Semua perkataan murid pernah
mempelajarinya. Ujian bacaan nyaring tidak disertakan dengan gambar.Murid
hendaklah menyebut terus menerus ayat yang disediakan.Ujian ini dijalankan secara
individu.Sebelum ujian bermula, guru hendaklah menjelaskan peraturan ujian
kepada murid,apabila murid faham ujian akan dimulakan. Dalam kajian ini, aspek-
13. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
13
aspek bacaan nyaring yang lain seperti kelancaran dan intonasi tidak diambil kira.
Berikut merupakan contoh keputusan skor Ujian Kebolehan Bacaan Nyaring.
Bilangan
Murid
Bacaan
Nyaring
Perbendaharan
Kata
Kebolehan
Membaca
1 17.8 18 35.8
2 20 19 39
3 10.8 15 25.8
Melalui ujian yang telah dijalankan, guru dapat mengetahui kategori masalah murid
dalam membaca seperti murid tidak mengenali huruf dan tidak tahu atau salah
menyebut huruf dalam perkataan yang hendak dieja, murid dapat menyebut huruf
dengan betul tetapi tidak tahu atau salah membunyikan suku kata yang dieja dan
murid bermasalah menyebut perkataan yang mempunyai konsonan berangkap
kerana kurang mahir membahagikannya dengan suku kata yang betul.
Contohnya :
‘tangga’ = ta – ng – ga*
tan – gga*
‘bangun’ = ban – gun*
ba – ng – un*
‘dengan’ – den – gan*
de – ng – an*
Maklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid
mempunyai kecacatan yang boleh menjejaskan bacaannya seperti gagap,
sengau,pelat,telor,masalah penglihatan dan pendengaran.
4.1 Prinsip Pengajaran Pemulihan Bacaan
Guru hendaklah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai.Keputusan ujian
diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenalpasti kelemahan-kelemahan
tahap bacaan murid. Selain itu, murid hendaklah diberti tanggungjawab terhadap
14. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
14
pembelajaran mereka. Murid akan memberi kerjasama yang baik apabila mereka
turut serta secara lansung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping
itu, penggunaan bacaan nyaring dan bacaan senyap dilaksanakan mengikut
kesesuaian serta mengikut keperluan murid. Bacaan senyap ini amat berkesan
kepada murid untuk mengawal proses bacaan mereka. Bacaan nyaring pula
membantu dalam mempertingkatkan kelancaran serta kemahiran sebutan.
5.0 AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN
5.1 Latihan Sebelum Menulis
Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pemulihan tulisan ialah dengan
mengelolakan kelas lukisan dan bentuk-bentuk penting yang menjadi asas
penulisan iaitu bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan
garisan lurus. Selain itu, pelajar perlu didedahkan untuk membuat berbagai-
bagai bentuk dengan menggunakan jari mereka. Titik permulaan harus
diberitahu serta dilukiskan dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang
harus dibuat oleh murid.
5.2 Latihan Menulis
Murid yang telah mampu menggunakan pensil dengan baik sudah boleh
didedahkan dengan latihan tangan melalui aktiviti penulisan huruf-huruf yang
hampir sama. Namun demikian, huruf b dan d tidak harus diajar bersama
kerana kedua-dua huruf ini mudah dibalikkan oleh murid-murid yang keliru.
Huruf q pula harus diajar lewat sedikit bersama-sama dengan huruf u. Dalam
erti kata lain, sebaik-baiknya beberapa huruf harus diajar berturutan supaya
setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan huruf yang baru dipelajari. Berikut
adalah cara-cara berkesan yang boleh digunakan untuk mengajar latihan
menulis:
i) Murid boleh disuruh menyalin atau meniru bentuk-bentuk huruf yang
telah disediakan.
15. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
15
ii) Titik permulaan harus disediakan oleh guru di atas kertas tulisan murid
dan ketika mengajar seseorang murid secara individu, guru harus
menyatakan langkah-langkah yang dibuatnya ketika menulis seperti
(“turun, naik, ke kanan dan bulat untuk huruf p”)
iii) Setelah murid menulis huruf yang besar di atas kertas, mereka harus
diajar menulis dalam ruang yang kecil sedikit. Murid juga akan
diingatkan supaya tidak melintasi garisan antara ruang untuk
mengelakkan huruf terbalik.
iv) Murid yang bermasalah visual harus diberi huruf-huruf yang sudah
sedia dipotong, ditampal pada sehelai kertas sebagai panduannya.
5.3 Huruf Besar
Pada kebiasaannya, huruf besar diajar kepada murid setelah mereka tahu
menulis huruf kecil. Ini kerana, huruf besar kurang digunakan berbanding huruf
kecil. Selain itu juga, di sebelah huruf besar, murid akan disuruh menulis huruf
kecil yang sama.
5.4 Huruf Bersambung
Latihan untuk memulakan tulisan sambung adalah untuk melembutkan tangan
murid supaya pelajaran tulisan menjadi lebih seronok. Berikut adalah cara-cara
yang berkesan untuk dilaksanakan:
i) Garis sambungan yang menyatukan huruf harus diajar terlebih dahulu.
ii) Latihan ini boleh ditunjukkan pada papan tulis dengan menggunakan
pelbagai warna pen atau di atas buku tulisan murid menggunakan
pelbagai pensel warna atau krayon.
iii) Latihan ini juga harus diikuti dengan keterangan guru mengenai
perjalanan kapur atau pensel semasa guru sedang menulis. Kaedah
ini mampu menarik minat dan perhatian murid. Sebagai contoh:
a) Bukit dan lembah: mari kita naik bukit, turun ke lembah, naik
bukit, turun dan sebagainya.
16. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
16
b) Ombak: ombak di lautan naik kemudian pecah, naik dan pecah
dan sebagainya.
b) Tali disimpul: naik dan simpul seperti menjerat lembu, naik dan
Sebagainya.
c) Gigi gergasi: gigi atas gergasi, tanpa lubang, giginya masih baik
dan belum rongak, gigi bawah gergasi tidak rongak juga.
d) Mencantum manik: cantumkan manik, manik dan benang dan
sebagainya.
iv) Setelah murid diajar huruf tidak bersambung, maka tulisan sambung
hanya merupakan lanjutan daripada tulisan tidak bersambung iaitu
untuk menyambungkan semua huruf supaya cepat ditulis.
v) Semua huruf sambung perlu dibandingkan dengan huruf tidak
bersambung dan perubahan yang berlaku harus diterangkan oleh
guru.
vi) Jika murid berasa sukar untuk menulis huruf sambung, guru perlu
menunjukkan tulisan sambung yang hamper sama dengan yang tidak
bersambung (kaedah tulisan manuskrip yang disambung).
vii) Guru boleh menggunakan warna anak panah atau pangkah untuk titik
permulaan dan arah perjalanan pensel atau pen.
viii) Pengajaran tulisan sambung harus dibuat seperti mengajar tulisan
tidak disambung iaitu huruf-huruf yang menggunakan cara penulisan
yang hampir sama diajar bersama satu persatu.
5.5 Menulis Perkataan Dalam Tulisan Sambung
Setelah murid dapat menguasai penulisan huruf sambung, latihan menulis
perkataan dalam tulisan sambung pula harus didedahkan. Murid yang sukar
menulis tulisan sambung mungkin tidak dapat mengaitkan tulisan sambung
dengan huruf-huruf yang tidak bersambung. Guru boleh mengurangkan
kesukaran ini dengan membuat garisan condong di antara setiap huruf lain
dengan pensel supaya setiap huruf dapat dikenalpasti oleh murid.
Bagi mengajar jarak di antara perkataan pula, guru boleh menyuruh
murid meletakkan jari kelengkeng dari tangan sebelah yang tidak digunakan
17. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
17
untuk menulis di hujung perkataan dan menandakan jarak ini dengan titik.
Perkataan baru akan diteruskan di titik ini.
6.0 KAEDAH ABJAD
Rajah 6.1 : Konsep Kaedah Abjad
Konsep
Kaedah
Abjad
Berpegang kepada
prinsip bahawa setiap
perkataan terdiri
daripada beberapa
huruf
Murid-murid akan
diperkenalkan dengan
huruf-huruf yang
menjadi unsur
perkataan
Murid-murid mesti
menghafal nama-
nama sebelum
didedahkan kepada
peringkat membaca
perkataan mudah
18. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
18
Rajah 6.2: Fokus Utama Kaedah Abjad
Rajah 6.3: Kebaikan Kaedah Abjad
FOKUS UTAMA
KAEDAH ABJAD
Penghafalan Abjad Dapat menghafal
setiap lambang abjad
Pembentukan Suku
Kata
Menarik keluar bunyi-
bunyi vokal daripada
kumpulan abjad A-Z
Aktiviti Mengeja
Perkataan
KEBAIKAN
KAEDAH
ABJAD
Memberi
peneguhan
kepada
murid-murid
mengenai
pengenalan
abjad
Bersifat
petunjuk dan
kanak-kanak
diberi peluang
berinisiatif
Murid diajar
mencantumk
an suku kata
dengan suku
kata yang lain
Murid diajar
membentuk
perkataan
mudah
19. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
19
Rajah 6.4: Keburukan Kaedah Abjad
7.0 KAEDAH PANDANG SEBUT
Memaksa murid-murid mengetahui
dan menghafal bunyi-bunyi yang tidak
bermakna sebelum diajar perkataan
yang bermakna
Melambatkan murid membaca kerana
penekanan kepada penghafalan huruf
boleh menghilangkan minat murid
Murid-murid terlalu bergantung
kepada proses mengeja dan murid-
murid akan terbawa dengan tabiat
mengeja.
Menyebabkan mereka tidak lancar
semasa proses pembacaan dan
tersangkut-sangkut semasa
membaca.
KEBURUKAN
KAEDAH ABJAD
KAEDAH PANDANG
SEBUT
Konsep
Kekuatan kaedah
Pandang sebut
Kelemahan kaedah
Pandang sebut
1. Murid tidak dikehendaki
menghafal nama-nama
huruf yang abstrak.
1. Kemahiran mengenal huruf yang membentuk
perkataan tidak muncul dengan cepat.
Kaedah ini dinamakan juga
kaedah pandang dan sebut
kerana aktiviti utamanya iaitu
memandang dan menyebut.
Kaedah ini dinamakan
seluruh perkataan kerana
pelajaran dimulakan
dengan memperkenalkan
perkataan dan bukannya
huruf atau suku kata.
Pengajaran bacaan
tidaklah dimulakan
dengan mengenal dan
menghafal huruf atau
abjad satu persatu tetapi
murid terus diperkenalkan
dengan seluruh
perkataan dan disertai
dengan gambar.
20. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
20
Rajah 7.1: Kaedah pandang dan Sebut
Rajah 7.2: Contoh Aktiviti Pandang dan Sebut
Contoh Aktiviti
Pandang dan
Sebut
menyebut
perkataan
mencerakinkan
perkataan
menjadi suku
kata
membina perkataan
dan menyebut
semula perkataan
yang sama
membina dan
membaca ayat
menggunakan
bahan bantu
mengajar
2. Mereka didedahkan
dengan bahan yang konkrit
atau bermakna.
3. Mereka memahami apa-
apa yg dibaca oleh
mereka.
2. Murid agak lambat mengenali huruf-huruf
3. Murid membaca bukan berdasarkan lambang-lambang
yang membentuk huruf tetapi berdasarkan gambar.
4. Mereka sebenarnya menyebut nama gambar,
bukannya membaca apa-apa yang ditulis.
5. Kadang-kadang mereka keliru dengan gambar yang
kurang jelas.
6. Kaedah ini lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan sistem ejaan yang bersifat
logografik. Seperti tulisan Cina.
21. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
21
Rajah 7.8: Contoh Aktiviti Menyebut Perkataan
8.0 PENUTUP
Melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari serta memahami konsep yang betul
mengenai aktiviti prabacaan,pratulisan,pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan.
Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam menguasai 3M amat diperlukan
lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan seharian.Definisi had minimum dalam
kemahiran membaca setakat mengenal huruf sudah tidak memadai lagi. Taraf
minimum di Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan seseorang itu
membaca dan memahami tulisan di dalam surat khabar dan menulis surat-surat
urusan harian sendiri. Taraf ini hendaklah dicapai oleh murid-murid sekolah apabila
mereka sampai ke sekolah menengah.Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-
asas yang kukuh hendaklah dibina secara progresif dari awal.
Kebanyakkan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Hal ini
sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai biasa bahawa antara tugas
utama guru-guru di sekolah ialah mengajar kanak-kanak supaya dapat membaca
dan menulis.Jikan ini belum dicapai, apa-apa sebab yang mungkin diberikan ,tugas
22. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
22
guru belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem
persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada
anak-anak dan jika ramai yang tidak dapat kemahiran tersebut,maka sistem
persekolahan itu dianggap gagal dan harus dikaji semula serta dipulihkan.
Matlamat pengajaran kemahiran menulis ialah ia diajarkan kepada murid-
murid supaya mereka dapat merakamkan apa-apa yang didengar,dilihat atau
dialami.Dalam masa yang sama mereka juga akan menggunakan kemahiran berfikir
dengan sebaik mungkin. Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari ini
akan menghasilkan kemahiran menulis yang bersistematik. Membaca pula
merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan seharian. Melalui
pembacaan seseorang itu akan memperoleh berbagai-bagai maklumat yang
diperlukannya.Oleh itu, murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
daripada buku-buku yang dirujuknya.
BIBLIOGRAFI
Hasnah Awang, Habibah Mohd Samin. (2010). Literasi Bahasa Melayu. Subang
jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura Mohamed Berawi, Siti hajar Idrus.(2011).
Literasi Bahasa Melayu. Puchong, Selangor : Multimedia sdn Bhd
Konsep Literasi bahasa, diekses pada 17 Ogos 2011, dari laman web :
http://www.scribd.com/doc/56292052/37957921-Konsep-literasi-bahasa-1
Pengajaran kemahiran Bahasa Melayu, diekses pada 17 Ogos 2011, dari laman web
http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-
melayu_19.html
23. LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ 3104) 2011
23
Pemulihan Bacaan, diekses pada 17 Ogos 2011, dari laman web :
http://pgsragama08.blogspot.com/2009/11/literasi-bahasa-pemulihan-
bacaan.html
Pemulihan Bacaan, diekses pada 17 Ogos 2011, dari laman web :
http://pendidikanawaldanpemulihanbacaan.blogspot.com/2009/05/pengajaran
-bacaan-awal.html
Pemulihan Tulisan, diekses pada 18 Ogos 2011, dari laman web :
http://www.scribd.com/doc/39022031/PEMULIHAN-TULISAN-SERI
LAMPIRAN