Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

on

  • 3,050 views

This is mobile version of Profile MRM if you were to view it on your mobile devices. If you would like to print it, we have a print ready version upon request. Do email us at ...

This is mobile version of Profile MRM if you were to view it on your mobile devices. If you would like to print it, we have a print ready version upon request. Do email us at malaysia.reverted.muslim@gmail.com or contact us at 0176479978 (Bro Firdaus Wong)...

Statistics

Views

Total Views
3,050
Views on SlideShare
3,050
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
30
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM) Document Transcript

  • 1. PROFIL MALAYSIA REVERTED MUSLIM (MRM) Empowering People.Changing Lives Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
  • 2. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan 2 VISI Menyampaikan mesej Islam yang haq kepada Belum Muslim & Muslim
  • 3. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan 3 MISI • • • • • Menjawab salah faham terhadap Islam di kalangan mereka yang Belum Muslim mahupun yang telahpun Muslim Mewujudkan kesedaran tentang tanggungjawab setiap Muslim untuk menyampaikan mesej Islam Melatih lebih ramai Muslim untuk menyampaikan mesej Islam Menyediakan platform bagi masyarakat untuk mendapatkan maklumat tentang Islam Mewujudkan sistem sokongan kepada Muslim terutamanya di kalangan muallaf
  • 4. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Pengenalan Malaysia Reverted Muslim (MRM) diasaskan oleh Firdaus Wong Wai Hung sebagai satu platform bagi berdakwah kepada masyarakat belum Muslim serta membolehkan para muallaf untuk berinteraksi dan mendapatkan sokongan di Facebook. Page Facebook MRM telah mula ditubuhkan sejak tahun 2010 lagi. Di awal penubuhan, MRM hanyalah satu wadah di alam maya sahaja tetapi segalanya berubah apabila satu perjumpaan mula diatur pada awal 2011 di MACMA Ipoh. Bak kata orang putih, segalanya adalah sejarah selepas itu. Kini Page MRM mempunyai seramai hamper 37k ‘Likes’ (setakat 12:21am 15hb Oktober 2013) dan telah terlibat dalam pelbagai aktiviti dakwah dan kemasyarakatan serta kebajikan samaada anjuran MRM ataupun pihak luar kerana bagi MRM, NGO hanyalah satu platform untuk berkhidmat kepada Allah maka tidak mengapa untuk bekerjasama dengan NGO lain bagi mencapai matlamat yang ulung yakni berkhidmat demi Allah. 4 Gambar Atas Page Facebook MRM yang telah mendapat hampir 37 ribu Likes Gambar Bawah Aktivis da’wah dari MRM bersama sama dengan masyarakat ketika menjalankan Program Street Da’wah di sekitar Petaling Street ”Untuk berkongsi keindahan Islam kepada dunia melalui sumber yang sahih, Al-Quran & Sunnah Nabi Muhammad ‫ .ﷺ‬Kami juga sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam dan untuk membantu kami memandu saudara baru melalui perjalanan mereka di dalam Islam”
  • 5. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Aktivis da’wah dari MRM menerangkan konsep Syahadah kepada masyarakat Pendekatan Malaysia Reverted Muslim (MRM) Pendekatan yang digunakan oleh Malaysia Reverted Muslim adalah dengan mempersiapkan para ahli & sukarelawan kami dengan ilmu Islamiah bagi menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Selain itu, ahli-ahli kami juga dihantar ke kursus ataupun seminar bagi meningkatkan ilmu pengetahuan bagi memudahkan usaha dakwah dijalankan. MRM bukanlah NGO yang bersaing dengan NGO Islam yang lain tetapi kewujudan MRM adalah untuk saling melengkapi. Selain itu juga, MRM akan berusaha meningkatkan keberkesanan dakwah yang telah dilakukan dengan meneroka kaedah yang terkini bagi memecahkan tembok halangan dakwah Islamiah bagi membolehkan mesej Islam disampaikan kepada pelbagai peringkat masyarakat. Selain itu juga, kami di MRM mewujudkan satu konsep iaitu membawa masjid keluar kepada masyarakat memandangkan banyak program Islamik dijalankan di dalam masjid sedangkan ramai di antara golongan sasaran berada di luar masjid. Kita perlu menyeimbangkan program dalam & luar masjid agar ianya sampai kepada pelbagai golongan masyarakat. Tambahan itu, MRM juga turut terlibat sama dalam membimbing muallaf yang dahagakan ilmu dan juga tidak dilupakan saudara Islam yang lain. Kami juga mewujudkan sistem muakhat yang diambil sempenaperistwa ‘muakhat’ yakni ikatan persaudaraan yang dijalinkan oleh Rasulullah SAW di antara sahabat-sahabat Muhajirin & Ansar di Madinah. Sebagaimana firman Allah SWT; “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,” [al-Hujuurat 49:10] 5
  • 6. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Struktur Organisasi Pengurusan Malaysia Reverted Muslim (MRM) PENASIHAT PENASIHAT Ustaz Razali Tahir Syeikh Hussein Yee PENGERUSI Firdaus Wong Wai Hung 6 UNIT UNIT UNIT UNIT Kaji Selidik Perhubungan Muallaf Perancangan Aktiviti UNIT UNIT UNIT Kewangan Kebajikan Multimedia Pemasaran ” NGO hanyalah satu platform untuk berkhidmat kepada Allah maka tidak mengapa untuk bekerjasama dengan NGO lain bagi mencapai matlamat yang ulung yakni berkhidmat demi Allah”
  • 7. UNIT KAJI SELIDIK Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan • Menjalankan kajian tentang isu-isu klasikal dan kontemporari serta isu semasa • Mencari statistik yang berkaitan bagi membantu da’wah yang lebih berkesan • Menyediakan topik baru yang selari dengan visi dan misi Malaysia Reverted Muslim (MRM) iaitu berkaitan da’wah, isu muallaf & kekeluargaan UNIT PERHUBUNGAN / LOGISTIK • Berkomunikasi dengan pihak dalaman dan luaran bagi memantapkan silaturahim dan juga kelancaran program yang bakal dilaksanakan • Menguruskan logistik penceramah jemputan bagi program Malaysia Reverted Muslim (MRM) serta mengatur logistik pelatih Malaysia Reverted Muslim (MRM) yang dijemput oleh pihak luar. UNIT MUALLAF • Memberi bimbingan kepada muallaf tentang agama Islam. • Memberi khidmat kaunseling jika muallaf menghadapi masalah. • Berurusan dengan unit Kebajikan jikalau muallaf memerlukan bantuan kewangan UNIT PERANCANGAN AKTIVITI • • • • Merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Menganalisa aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Menambah baik aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Menerima pendapat atau komen dari peserta program UNIT MULTIMEDIA / IT • • • • • • Merekacipta bahan promosi untuk program Malaysia Reverted Muslim (MRM) yang akan dijalankan. Membina dan menjaga laman sesawang Malaysia Reverted Muslim (MRM). Merekacipta barangan ‘merchandise’ Malaysia Reverted Muslim (MRM). Video Dakwah dalam pelbagai bahasa. Menyediakan Slide/ Presentation Merekacipta bahan/material da’wah UNIT KEWANGAN & KEBAJIKAN • Membantu golongan yang kurang bernasib baik sama ada Muslim mahupun Belum Muslim tetapi fokus adaLah kepada Muslim • Bekerjasama dengan pihak kementerian berkaitan, korporat serta individu bagi menaja muallaf yang diberhentikan penyekolahan di sekolah, kolej mahupun universiti oleh ibubapa kerana memeluk Islam • Menerima permohonan, menilai serta berkuasa melulus atau tidak meluluskan mana-mana permohonan • Mendapatkan sokongan dari pihak kerajaan dan juga bukan kerajaan UNIT PEMASARAN • Mengiklankan Program yang dijalankan oleh Malaysia Reverted Muslim (MRM) • Menjual barangan ‘merchandise’ Malaysia Reverted Muslim (MRM) • Memasarkan video-video dakwah yang dihasilkan oleh Malaysia Reverted Muslim (MRM) Pembahagian tugas antara unit-unit jawatankuasa 7
  • 8. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Penerangan Program Malaysia Reverted Muslim (MRM) Sekitar Program yang pernah / disertai oleh MRM Program Da’wah Street Dakwah | Aidilfitri Dakwah | Institusi Pengajian | Multimedia : Video Dakwah | PengIslaman Street Da’wah & Aidilfitri Da’wah Street da’wah atau da’wah jalanan adalah satu program berkala yang dijalankan oleh sukarelawan MRM dari masa ke masa. Berbekalkan hadis riwayat Bukhari Sampaikan dariku walaupun satu ayat, para sukarelawan akan turun ke jalanan untuk menyampaikan mesej Islam kepada orang ramai. 8 Tumpuan kami adalah mereka yang belum islam dan juga umat islam yang tidak mengamalkan cara hidup islam. STREET DA’WAH SERIES Memandangkan program sebegini kurang dijalankan di Malaysia, pihak MRM cuba mengisi kekosongan yang ada bagi menyampaikan kalimah-kalimah Allah kepada orang ramai.
  • 9. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Ceramah Pengukuhan Aqidah Institusi Pengajian Kami di MRM juga sering dijemput oleh Institusi Pengajian, Agensi Kerajaan, Badan-badan korporat serta NGO lain bagi program pengukuhan akidah melalui perbandingan agama. Selain itu juga, kami juga sering dijemput untuk program motivasi khasnya kepada remaja yang tercari-cari identiti diri pada usia itu. Street da’wah atau da’wah jalanan adalah satu program berkala yang dijalankan oleh sukarelawan MRM dari masa ke masa. Berbekalkan hadis riwayat Bukhari Sampaikan dariku walaupun satu ayat, para sukarelawan akan turun ke jalanan untuk menyampaikan mesej Islam kepada orang ramai. Tumpuan kami adalah mereka yang belum islam dan juga umat islam yang tidak mengamalkan cara hidup islam. Memandangkan program sebegini kurang dijalankan di Malaysia, pihak MRM cuba mengisi kekosongan yang ada bagi menyampaikan kalimah-kalimah Allah kepada oRang ramai. 9
  • 10. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Multimedia : Penerbitan Video Da’wah MRM memaksimakan kmajuan teknologi bagi menyampaikan Islam kepada masyarakat Belum Muslim dengan menggunakan dialek bahasa selain dari Bahasa Melayu. Setakat ini, video dakwah dalam dialek Kantonis, Iban dan juga Hokkien telah dimuatnaik di youtube dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Belum Muslim Da’wah Bahasa Kantonis 10 Da’wah Bahasa Iban Respond dari masyarakat Belum Muslim Da’wah Bahasa Hokkien
  • 11. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Syahadah Kami di MRM berusaha sedaya upaya bagi memudahkan individu yang berminat memeluk Islam untuk melakukannya. Mana-mana individu yang berminat maka kami akan Islamkan mereka terus sementara menanti majlis rasmi ataupun dibawa ke Jabatan Agama bagi proses pendaftaran kerana yang paling penting adalah pengIslaman mereka sah di sisi Allah SWT. Kami pernah melakukan pengIslaman melalui telefon & adakalanya 2 atau 3 pagi. SYAHADAH 11 ”Laksanakanlah dengan perlahan-lahan sampai engkau tiba di hadapan mereka, kemudian ajaklah mereka kepada Islam dan khabarkanlah kepada mereka apa yang menjadi kewajiban mereka terhadap hak-hak Allah di dalamnya. Demi Allah, apabila Allah memberikan hidayah satu orang dengan perantaraanmu itu lebih baik bagimu daripada engkau memiliki seekor unta merah.” (Al-Bukhari No.2942 dan Muslim No. 2406
  • 12. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Muallaf Fardhu Ain | Kaunseling | Pernikahan Baitul Muslim Salah satu tugasan dan tanggungjawab kami di MRM adalah memudahkan muallaf untuk mencari jodoh dan adakalanya kami juga akan memperkenalkan mereka dengan pasangan yang sesuai dan terpulanglah kepada mereka untuk meneruskan hubungan ini ke tahap yang lebih serius. Kami sentiasa bersedia membantu dari sudut kewangan, kepakaran dan juga masa bagi membolehkan mereka mendirikan rumah tangga yang diidamkan. 12 BAITUL MUSLIM
  • 13. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Kelas Fardhu Ain & Kaunseling Kami juga mengadakan kelas fardhu ain bagi muallaf di sekitar Lembah Klang di Serdang, Bangi, Kepong, Petaling Jaya dan juga melalui kerjasama dengan NGO lain seperti MACMA Sgor & juga MACMA Ipoh. Walaupun ianya adalah kelas fardhu ain bagi muallaf, tetapi kelas kami juga dibuka kepada mereka yang lahir Islam serta mereka yang belum Muslim. Kesemua kelas-kelas kami adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan. FARDHU AIN & KAUNSELING 13
  • 14. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Kebajikan Bantuan Rumah Anak Yatim | Ziarah Masyarakat | Ziarah Gelandangan Bantuan Rumah Anak Yatim (Bait Al-Amin) Walaupun da’wah & muallaf adalah fokus utama kami, namun golongan yang kurang bernasib baik jugak tidak kami lupakan terutamanya anak-anak yatim piatu. 14 BANTUAN RUMAH ANAK YATIM ”Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya. (Hadis Riwayat Bukhari)(Al-Bukhari no (2442) dan Muslim (2580) Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata : “Isyarat ini cukup untuk menegaskan betapa dekatnya kedudukan pemberi layanan dan berlemah lembut kepada anak yatim dengan kedudukan Nabi di syurga nanti, kerana tidak ada jari yang memisahkan jari telunjuk dengan jari tengah.”
  • 15. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Ziarah Masyarakat Pihak MRM dimaklumkan oleh orang awam melalui Facebook Page kami berkenaan dengan nenek Fatemah yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Maka kami telah menziarahinya di rumah beliau di Kampung Chubadak, Sentul dan rumahnya akan dimasuki air dan banjir apabila hujan lebat kerana sebahagian atap rumah telah diterbangkan angin. ZIARAH NENEK FATEMAH Kontraktor telah dipanggil untuk memberikan sebutharga dan kos keseluruhan membaikpulih rumahnya hampir mencecah RM20,000. Pihak MRM telah meuar-uarkan melalui Facebook Page & Facebook Bro Firdaus Wong serta melalui kenalan rapat dan Alhamdulilah, kami berjaya mengutip RM20,000 bagi membaikpulih rumahnya. Kami juga mengunjungi beliau dari semasa ke semasa. ”Seorang muslim adalah saudara bagi muslim.Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta ‚ala membantunya pula (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barangsiapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta ‚ala melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah menutupi pula aibnya kelak di Hari Kiamat. (Al-Bukhari no (2442) dan Muslim (2580) 15
  • 16. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Ziarah Gelandangan Pada sela masa yang tidak tertentu, pihak MRM akan mengadakan program ziarah gelandangan. Ketika program ini dijalankan, pihak MRM akan turun ke jalanan pada sebelah malam untuk menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada gelandangan-gelandangan yang kebanyakannya tidur di kaki lima bangunan atau juga di bawah jambatan-jambatan sekitar ibu kota. ZIARAH GELANDANGAN Program ini bertujuan menunjukkan keprihatinan umat islam kepada gologan yang kurang bernasib baik. Pada masa yang sama, sukarelawan-sukarelawan akan cuba menyelitkan mesejmesej da’wah kepada para penerima bantuan. 16 ”Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan „Kafur”, Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudahmudahnya dan menurut kemahuannya. (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): „Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih”. [Al Insan 76:5-9]
  • 17. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan 17 Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka. (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
  • 18. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Program Khas Kursus Perfecting My Solah | Bantuan Ramadhan | Revert Gathering | Iftar Rumah Anak Yatim Rohingya Perfecting My Solat Course Asas dalam Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad pada jalan Allah (HR Tirmizi dari Mu’adz bin Jabal. Hadis hasan sahih) Semua orang sedar tentang kewajipan untuk solat, akan tetapi berapa yang sedar tentang kewajipan untuk solat cara Nabi s.a.w ? 18 Ingatkah kita dengan peringatan Nabi s.a.w di mana Amalan yang pertama kali dihisab (diperhitungkan) dari seorang hamba pada Hari Kiamat adalah solat. Jika baik solatnya, maka baik pula seluruh amalnya. Jika buruk solatnya, maka buruk pula seluruh amalnya. (HR Tabrani) Adakah kita yakin bahawa solat kita mengikut cara Nabi s.a.w ?
  • 19. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Bantuan Ramadhan Setiap tahun, MRM akan terlibat dalam program pengagihan bantuan Ramadhan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Pengagihan bantuan Ramadhan ini dapat dilaksanakan dengan kerjama dari Pertubuhan Al-Khaadem serta para jemaahnya yang banyak menyumbang. InshaAllah MRM akan meneruskan program bantuan Ramadhan ini pada setiap tahun. BANTUAN RAMADHAN 19 Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh” (At-Taubah 9:75)
  • 20. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Reverts Gathering Bagi merapatkan ukhwah antara para muallaf, maka MRM mengambil inisiatif untuk menganjurkan perjumpaan antara para muallaf setiap bulan. Para peserta digalakkan untuk turut serta membawa pasangan masing-masing bagi menyesuaikan diri dengan komuniti kami. REVERTS GATHERING Inilah platform bagi membolehkan para muallaf senior berkongsi pengalaman dengan mereka yang baru memeluk Islam agar terubat hati mereka yang mempunyai seribu satu kisah di sebalik senyuman mereka itu. Ianya juga sebagai satu sistem sokongan kerohanian kepada muallaf di luar sana bahawa mereka tidaklah keseorangan dalam menghadapi kehidupan dalam agama yang baru serta suasana yang baru. MRM senantiasa di sisi bagi memudahkan proses penyesuaian diri mereka. 20 Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Apabila seseorang itu memeluk Islam, lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya.” (Bukhari)
  • 21. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Iftar: Rumah Anak Yatim Rohingya Sudah menjadi tradisi bagi MRM menganjurkan majlis iftar di Pertubuhan Al-Khaadem tetapi untuk tahun 2013 ini, kami membuat sedikit kelainan dengan menganjurkan majlis iftar bersama dengan anak yatim Rohingya di Selayang. Pusat ini menempatkan 165 orang anak yatim pelarian Rohingya yang majoritinya beragama Islam. IFTAR ROHINGYA 21 “Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.” (Hadis Riwayat Thabrani, Targhib, Al Albaniy : 254)
  • 22. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Liputan Media Utusan | Harian Metro | Tetamu Masjid | TV Al-Hijrah | RTM Penampilan Rancangan Pagi Liputan Majalah 22
  • 23. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Liputan Surat Khabar 23 Host Rancangan Tetamu Masjid China TV Al-Hijrah
  • 24. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Program & Aktiviti yang dirancang untuk tahun 2014 Program Da’wah 1. 2. 3. 4. 24 Kursus dakwah Street Dakwah Hotspot sekitar kawasan sibuk Mengedarkan risalah di kawasan kolej & perumahan Pencetakan bahan dakwah News stand bahan dakwah yang akan diletakkan di kafe dan restoran serta kawasan strategik lain 5. Lawatan Hospital 6. Dakwah di Sekolah Rendah, Menengah, Politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi 7. Multimedia : Video Dakwah 8. Multimedia : Webisodes* 9. One on One Dakwah 10. Islam 101 Untuk Belum Muslim 11. Kelas Bahasa Cina, English, Arab, Multimedia (komputer, photoshop) yang dibuka untuk orang awam termasuk Belum Muslim secara PERCUMA bagi mendekatkan mereka dengan MRM dan seterusnya membuka pintu dakwah kepada mereka 12. Cenderahati dakwah seperti t-shirt, buku nota, bookmark, mug dan sebagainya. 13. PengIslaman * Webisode dakwah adalah satu idea di mana kami bercadang untuk menghasilkan mini drama yang berpaksikan kepada dakwah Islamiah bagi menjelaskan apa itu Islam secara santai. Ianya akan disiarkan melalui laman web kami serta di Youtube. Format webisode ini sebenarnya telahpun popular di luar negara kerana dengan kemajuan teknologi masakini, ramai yang menonton rancangan TV melalui internet sama ada melalui komputer, smart phone ataupun tablet mereka. Durasi bagi setiap webisode adalah di antara 5-10 minit dan kami bercadang menghasilkan 13 episod kesemuanya bagi musim pertama. Kami telahun berbincang pada peringkat awal dan InshaAllah akan meneruskan perbincangan dan seterusnya mendapatkan penaja bagi idea webisode ini.
  • 25. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan Muallaf 1. 2. 3. 4. Kelas fardhu ain Kaunseling Baitul Muslim Program ‘Muakhat’ Kebajikan 1. 2. 3. 4. Kebajikan Bantuan muallaf & saudara Islam Rumah anak yatim & orang tua Ziarah Gelandangan Program Khas 1. Program Khas 2. Kursus Perfecting My Solah untuk orang awam 3. Kursus Perfecting My Solah untuk Muallaf 4. Kursus Pengurusan Jenazah 5. Kursus Praktikal Umrah/Haji 6. Kursus Kekeluargaan 7. Kursus Bimbingan Muallaf 8. Kursus Ulum Quran 9. Kursus Mustolah Hadis 10. Kursus Usul Fiqh 11. Kursus Maqasid Syariah 25
  • 26. ”MEMASTIKAN AGAR AQIDAH MANUSIA DIBELA, AGAR HATI MANUSIA MENGENALI ALLAH & KEMBALI MEMBESARKANNYA” HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT & PROGRAM DA’WAH TERKINI Malaysia Reverted Muslim (MRM) Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa Adam Sih Hua Sing Kontraktor Nurul Zaimiera Mohamed Konsultan Jualan Naib Pengerusi Chen Hon Leong Eksekutif Jualan Ow Yong Kun Hung Pengurus Jualan Setiausaha Habib bin Talib Jurutera Perisian Romel Pereira Pemilik Rangkaian Kedai Memanah Revo Archery Bendahari Irma Syafrida Abdul Majid Ketua Jabatan Perundangan, Axiata Berhad Firdaus Wong Wai Hung Pendakwah Bebas & Pengkaji Agama Ng Kuan Beng Eksekutif Kawalan Mutu Chong Kok Hoong Pereka Produk Goh Yee Mei Eksekutif Akaun Muhammad Lutfi Ali Pemilik Perniagaan IT Packetbit Nor Rizam Mazlan Konsultan Teknologi Maklumat Hubungi Kami Pejabat Urusan Info & Maklumat info@askislam.my MRM Services & Consultancy Wisma MRM,14 Jln 3/27F, Desa Setapak,Wangsa Maju, 53300 kuala Lumpur Infaq / Waqaf infaq@askislam.my Laman Web Rasmi www.askislam.my Social Media facebook.com/ malaysiarevertedmuslim Hubungi 017-647 9978 (Firdaus Wong) 010-264 3213 (Rizam) 013-328 2628 (Adam Sih) 016-373 6207 (Lutfi)