Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share

Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah

  • 1,339 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,339
On Slideshare
1,339
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
29
Comments
0
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. SEMESTER 5 SESI 2013 KRM 3073: PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TAJUK TUGASAN 1 KUMPULAN UPSI 11 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON MOHAMED FIRDAUS BIN CHE BAHAROM D20102045547 0133421709 NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF MADYA DR. NOOR SHAH BIN SAAD TARIKH SERAH: 30 MAC 2013 TUGASAN 1
  • 2. Bincangkan bagaimana meningkatkan kualiti pembelajaran matematik dikalangan pelajar berasaskan teori kepelbagaian kecerdasan. Di dalam kosep Teori Kepelbagaian kecergasan adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal- matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. “An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting” (Gardner 1983) Sebagai contoh kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani yang baru berusia sepuluh tahun dan bercita-cita menjadi seorang profesor matematik Islam. Adi Putra yang suka makan roti bersama minuman bercoklat serta aiskrim, mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik peringkat sekolah menengah termasuk algebra, indeks dan trigonometri.Kebolehan menjawab soalan matematik tambahan secara congak dengan tepat dan menerangkan bagaimana beliau memperoleh jawapan berkenaan menggunakan formula sifir dan logik tersendiri, juga meyakinkan. Adi adalah merupakan salah satu pelajar yang telah diberi peluang untuk memantapkan lagi potensi beliau dalam bidang matematik. Oleh itu, teori ini dapat membantu murid untuk pergi dengan lebih jauh bagi meneruskan minat didalam bidang masing- masing dan tidak bergantungan kepada menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logkal-matematik. Menurut sumber, kecerdasan kadangkala dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu :
  • 3. a. Budaya b. Persekitaran c. Suasana pembelajaran. d. Peluang pendidikan e. Makanan Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia juga dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori ini membahagikan kepada 8 bahagian kecerdasan iaitu: Kinestatik Kebolehan untuk menggunakan satu badan, atau anggota bagi satu badan, untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu, atau meletakkan ke atas satu penghasilan. Interpersonal Keupayaan untuk memahami, berkomunikasi dan berhubung dengan orang dan kumpulan lain. Intrapersonal Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan satu persekitaran terdekat. Logikal/Matematikal Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami perhubungan sebab dan akibat sesuatu sistem. Muzikal/Lirik Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik, mendengar dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian dan mencipta muzik. Semulajadi Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya Verbal/Linguistik Keupayaan untuk menggunakan bahasa, secara lisan dan bertulis secara berkesan Visual/Spatial Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej, bentuk dan corak Didalam kelapan- lapan kecerdasan ini terdapat salah satunya iaitu kinestetik yang mempunyai hubungkaitnya pengajaran matematik. Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan dominan di bahagian kiri
  • 4. otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan keupayaan umum. Teori kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa yang ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup untuk melalui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka kerana telah timbul minat untuk menguasainya. Sebagai contoh guru yang kreatif dapat mencungkil minat pelajar dalam kelas contohnya penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran. Kadangkala murid zaman sekarang gemar menggunakan komputer. Disebabkan itu, ramai pelajar suka ponteng di cyber café ketika waktu sekolah. Aktiviti kurang sihat ini telah menular diseluruh Malaysia dan menjadi kebiasaan remaja zaman sekarang. Oleh itu, dengan penggunaan komputer ketika pengajaran dan pembelajaran pelajara dapat menunjukkan bakat- bakat yang terpendam dalam penggunaan komputer. Kecerdasan logikal/matematikal merupakan kecerdasan yang paling banyak diterapkan dalam membangunkan sistem pengurusan pangkalan data. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa untuk mencipta sesuatu kuiri memerlukan kepada kefahaman tentang logik apabila memilih kriteria-kriteria bagi medan jadual yang terlibat. Perisian MS Access itu sendiri menjadi berkuasa kerana keupayaannya dalam menghasilkan kuiri. Sesi persembahan sistem pengurusan pangkalan data yang telah dibangunkan pula merupakan medan pelajar menggunakan kecerdasan verbal/linguistik. Dalam sesi ini pelajar dari setiap kumpulan akan menyampaikan penerangan berkenaan dengan pangkalan data yang telah dibangunkan kepada rakan sekelas.
  • 5. Pengunaan teori ini juga dapat memberi ransangan kepada murid- murid yang sering rasa bosan ketika didalam kelas. Kadang kala guru perlu memberi sedikit peluang kepada murid- murid untuk menunjukkan sedikit bakat mereka terutamanya didalam kelas. Ini kerana murid yang pasif sering dibayangi murid yang aktif didalam kelas. Dengan kepelbagaian kecerdasan kita dapat mengesan kemahiran masing- masing untuk diadun didalam kelas menjadi satu. Contohnya murid yang berbakat seperti melukis akan membuat sifir didalam kelas. Kelas akan menjadi ceria dan bertambah baik lagi. Teori ini juga telah mendedahkan bahawa kecerdasan seseorang murid terletak kepada minatnya terhadap sesuatu contohnya seperti muzik. Didalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru juga dapat menyelitkan sedikit nyanyian didalam kelas agar murid tidak terlalu bosan. Murid yang berbakat dalam nyanyian akan lebih gemar aktiviti seperti ini. Sambil menyelam guru juga dalam faedahnya kelak. Merujuk kepada blog http://cikgu-shahfira.blogspot.com/2011/12/kasdim-memahirkan- matematik-melalui.html. Penggunaan kaedah KASDIM iaitu menghafal matematik melalui nyanyian telah terbukti berkesan terhadap murid yang dipraktikkan. KASDIM merupakan satu kaedah pembelajaran dan pengajaran murid secaranyanyian untuk menghafal formula matematik dan menyelesaikan masalah pengiraan. Kaedah ini sesuan dengan pelajar tahap 1 dan 2. Oleh itu, bagi yang gemar dengan muzik kaedah ini mampu menarik menarik minat murid kerana ia terbukti berkesan terhadap murid- murid yang melaksanakan program tersebut. Murid yang gemar mendikriminasi dan selalu meluahkan perasaan melalui muzik dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Guru juga dapat memberi galakan kepada murid membuat persembahan mencipta lagi dalam kumpulan dengan menggunakan alatan muzik. Disamping itu juga, aktiviti pembelajaran dan pengajaran boleh dijalankan dengan kaedah bermain. Kaedah ini dapat menarik minat murid yang mempunyai daya kecerdasan Kinestatik. Bagi murid yang cenderong kearah ini dapat dikesan kerana mereka gemar dengan aktiviti- aktivti yang berbentuk fizikal. Melalui teknik permainan matematik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada murid dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Permainan juga dapat memberi
  • 6. pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Permainan juga adalah satu bentuk kesenian ( kreativiti ) kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Melalui permainan matematik juga memberi kebebasan kepada murid untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini murid dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui permainan” ( Spodek et al. 1987,p. 181 ). Jerome Singer ( Spode, 1987 ) menganggap “imaginative play” sebagai usaha murid menggunakan kebolehan fizikal dan mental dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, murid meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Menurut Saayah Abu ( 2006 ) belajar matematik melalui permainan matematik akan mendatangkan keseronokan dan hiburan serta merangsang individu mempelajari sesuatu melalui cara yang aktif dalam cara yang tidak formal. Selain itu ia dapat mempercepatkan pembelajaran serta memperkukuhkan lagi pembentukan konsep, di samping mempertingkatkan perkembangan individu mengikut kemajuan masing-masing terutama murid-murid lemah akan dapat bantuan dari pelajar yang lebih pintar. Melalui permainan matematik juga dapat memupuk kepimpinan murid dan menghilangkan rasa kekecewaan, kebimbangan dan kegelisahan. Justeru itu dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2003 ), muka surat 260 telah menghuraikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain yang menjadi asas konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Contohnya permainan boling didalam kelas. (rujuk pada uredams.blogspot.com/2010/04/set-permainan- matematik.html). objektifnya ialah mereka dapat membina ayat matematik bagi operasi tambah dan tolak. (boleh digunakan untuk kemahiran mengenal nombor dan menulis angka dalam perkataan) oleh itu, guru dapat mengelaskan pelajar- pelajar mengikut
  • 7. kecerdasan masing- masing agar pembahagian tugas yang akan datang dapat dibuat mengikut kecenderungan serta minat masing- masing. Walaubagaimana pun objektif asal perlu selari dengan aktiviti- aktivti yang dijalankan dan guru matematik perlu merancang aktiviti supaya pelajar dapat belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira. Ini adalah kerana bermain menjadi fitrah pelajar. Pelajar juga dapat mempelajari kemahiran sosial, bahasa dan berfikir disamping menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani. Teori pelbagai Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna. Aktiviti pengajaran juga boleh dilaksanakan diluar kelas contohnya ditepi padang yang mempunyai pokok naungan. Sambil menghirup udara segar, ia juga dapat membantu segelintir pelajar yang gemarkan keindahan alam. Kesimpulan Di Malaysia peluang pendidikan amat terbuka luas terutama kepada individu yang inginkan perubahan dalam kehidupan. Ilmu amat berguna kepada semua kerana tanpa ilmu ibarat lilin tanpa cahayanya. Oleh itu, kepelbagaian kecerdasan adalah wajar bagi setiap individu agar peluang untuk merasai pendidikan yang adil dan saksama. Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadapkebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan bewawasan.
  • 8. Biblografi . Aplikasi Teori KASDIM memahirkan Matematik melalui nyanyian Disember 16, 2011 daripada http://cikgu-shahfira.blogspot.com/2011/12/kasdim-memahirkan-matematik-melalui.html
  • 9. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada Disember 2, 2011 daripada http://www.docstoc.com/docs/19708001/APLIKASI-TEORI-KECERDASAN-PELBAGAI- DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN Berman, S.(1995). Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois: IRI/Skylight Training and Publishing. En. Ali Ab. Ghani . Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Diakses pada 4 Disember 2011 daripada http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf. Kagan, S. & Kagan, M. (1998). Multiple Intelligences. San Clemente: Kagan Coperating Learning.Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi: Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise. Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh pada Disember 2, 2011 daripada http://www.slideshare.net/normalaprasekolah/kecerdasan-pelbagai-8791485 Noor Shah Bin Saad & Mohd Uzi Bin Dollah (2013). Pengajaran Matematik Sekolah Rendah , Universiti Pendidikan Sultan Idris. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Siri Pendidikan Guru: Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Teori Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh pada Disember 2, 2011 daripada http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/wanimira/teori_kecerdasan_pelbagai.pdf