• Like
Laporan percuma 40 Cara Mudah Tingkatkan Kecerdasan Minda
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Laporan percuma 40 Cara Mudah Tingkatkan Kecerdasan Minda

  • 1,716 views
Uploaded on

Laporan percuma 40 Cara Mudah Tingkatkan Kecerdasan Minda

Laporan percuma 40 Cara Mudah Tingkatkan Kecerdasan Minda

More in: Self Improvement
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,716
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
67
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Laporan PERCUMA 40 Cara Mudah Tingkatkan Kecerdasan Minda Terima kasih kerana mendapatkan laporan percuma “40 Cara Mudah Tingkatkan Kecerdasan Minda”. Anda akan mendapat maklumat yang berguna untuk meningkatkan potensi minda. Kesemuanya bergantung pada fokus anda, kemampuan kewangan, dan masa anda serta kebijaksanaan dan kesanggupan anda mengamalkan segala ilmu yang terkandung di dalam ebook ini.Anda DILARANG untuk menjual ebook ini, TETAPI anda diberi kebenaranuntuk mengedar kepada sesiapa sahaja atau menjadikannya sebagaibonus produk anda tanpa mengubah mana-mana kandungan yang terdapat didalam ebook ini tanpa kebenaran.
  • 2. BAB 1PENGENALAN SISTEM OTAK MANUSIA Klik Di sini KEMAMPUAN OTAK YANG MENAKJUBKAN
  • 3. Ramai manusia tidak menyedari bahawa otak mempunyai kekuatan yang amat menakjubkan. Ia umpama raksasa gagah yang sedang tidur. Pelbagai eksperimen yang dilakukan oleh saintis membuktikan potensi otak jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan. Menurut ahli neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus dari keseluruhan keupayaan otak yang sebenar. Malah penyelidikan mereka yang mutakhir menunjukkan kita menggunakan kurang dari satu peratus dari kemampuan otak yang sebenar. Ini bermakna kita telah mensia-siakan 99% potensi otak yang maha hebat ini. Alangkah ruginya harta yang sangat berharga ini kita biarkan berdebu, tidak digunakan, tidak dipedulikan dan tidak dikembangkan. Otak orang dewasa mengandungi 10,000,000,000 (sepuluh bilion) neuron atau sel saraf. Seekor lebah yang memiliki 900 neuron mampu membuat pelbagai kerja yang mengkagumkan.Ia mampu membina indung lilin, memproses madu yang dikenali sebagai raja ubat, membawa masuk udara segar ke dalam sarang, mengawal suhu dan cahaya, menghasilkan cecair pencuci untuk kerja-kerja pembersihan sarang, menganalisa cahaya, berkomunikasi, menjaga kebajikan dan disiplin rakan-rakan. Manusia yang memiliki sepuluh bilion neuron tentu mempunyai kemampuan jutaan kali ganda dari kemampuan lebah. Cuba bayangkan orang yang mempunyai RM 900 tentu boleh membeli bermacam-macam benda. Dia boleh membeli air tin, nasi lemak, kasut, pakaian, buku, basikal racing dan lain-lain lagi. Bagaimana pula dengan orang yang memiliki RM 10,000,000,000 (sepuluh bilion=sepuluh ribu juta ringgit)? Sudah tentu ia mempunyai kemampuan dan kuasa beli yang jauh lebih hebat. Dia boleh membeli apa sahaja dengan sekehendak hatinya. Dia boleh membeli pizza, ayam goreng di KFC, sekandang lembu, motosikal, kereta, bas, lori treler malah jet pun boleh beli. Begitulah potensi dan kemampuan otak manusia. Masalahnya sekarang, kita tidak menyedari bahawa kita adalah terlalu kaya dan memiliki kemampuan yang sungguh hebat. Kita ibarat si miskin yang tidak menyedari bahawa di bawah rumah kita tersimpan harta karun warisan keturunan kita yang tidak ternilai harganya. PRODUK PEMBANGUNAN DIRI AFTLGeniusXtra GXTRAGeniusXtra & GXTRA, Produk makanan minda terkini AFTL - Penggunaan Teknologi VNP AFTLdipermudahkan lagi dalam bentuk makanan berasaskan 100% gula sukrosa / glukosa.Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajamingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semuaperingkat usia.Keberkesanan GXTRA  Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan.  Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur.  Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca.  Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan.  Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel.  Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf.  Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran.
  • 4. Sekiranya potensi otak ini betul-betul diperkembangkan dan dimanfaatkan, kita akan menjadi seorang Super Pintar dan mampu mengingati apa sahaja maklumat dengan tidak lupa selama-lamanya. Berapa ramai cendiakiawan Islam memanfaatkan keupayaan otak mereka untuk menghafal 6,666 ayat Al-Quran, menghafal 100,000 hadis dan menghafal puluhan kitab tebal yang mengandungi ribuan mukasurat. Mereka berupaya mengingati kitab-kitab tersebut lengkap dengan bab, muka surat, perenggan, ayat, baris, koma dan noktahnya sekali. Selain dari mempunyai daya hafazan yang mantap, mereka memiliki kepintaran yang luar biasa seperti yang berlaku kepada Imam Ghazali, Imam Syarie, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan lain-lain. SISTEM INGATAN MANUSIA Maklumat yang diterima akan disimpan di dalam ingatan. Terdapat dua jenis sistem ingatan : (i) INGATAN JANGKA PENDEK Maklumat yang diterima, disimpan di dalam ingatan jangka pendek dalam tempoh yang singkat, iaitu di antara 30 saat hingga 24 jam. Proses kehilangan maklumat dari gudang ini amat pantas kerana muatannya terhad. Ianya mudah hilang dari ingatan seperti nombor telefon, senarai harga dan nombor pendaftaran kenderaan. Sesetengah maklumat dari sistem ingatan jangka pendek akan berpindah memasuki sistem ingatan jangka panjang jika ianya diberi penumpuan dan diulang-ulang. Maklumat yang tidak berpindah ke sistem ingatan jangka panjang, kebanyakkannya akan lupus begitu saja. (ii) INGATAN JANGKA PANJANG Ingatan ini bermaksud ingatan terhadap sesuatu maklumat dalam tempoh yang lama. Sebenarnya setiap maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang tetap kekal sehingga ke akhir hayat seseorang. Yang menyebabkan kita tidak dapat mengingati kembali ialah kerana kelemahan untuk memanggil kembali (recall) maklumat tersebut dari gudang ingatan jangka panjang. Maklumat dari ingatan jangka panjang tidak akan luput. Ianya masih wujud dalam ingatan, cuma mengambil masa untuk dikeluarkan kerana sudah lama tidak digunakan. Anda mungkin pernah terserempak dengan kawan lama tetapi tidak dapat mengingati namanya. Puas anda cuba mengingati namanya semasa berbual tetapi gagal. Setelah pulang, tiba-tiba baru anda teringat namanya. Begitu juga kadang-kadang kita terlupa dengan sesuatu yang sudah diingati seperti nama jalan, bangunan atau tajuk buku. Selepas beberapa ketika kita mampu mengingatinya semula.AuraCorrector StickerAFTL AuraCorrector Sticker, berfungsi membuang memori yang tidak diingini sepertimemori-memori rencam dan sifat-sifat negatif yang bersarang di minda dan hati. Tubuh akandipertenagakan semula dengan lebih banyak bioelektrik dengan menarik tenaga VNP AFTLmelalui ciri Negative Entropy yang ada pada stiker ini.Menurut Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusof Husin M.D. (A.M.), Stiker AFTLAuraCorrector merupakan antena yang berfungsi menerima pancaran tenaga hayat yang segaratau “fresh life energy” daripada “Sistem Propritori” kepunyaan AFTL Technology Sdn.Bhd, juga berupaya memperbaiki keupayaan dan kebolehan otak pengguna dari normal 5% -10% kepada melebihi 10%.
  • 5. Ini menunjukkan maklumat itu masih ada, tetap tersimpan. Kita masih ingatmaklumat tersebut, bukan lupa. Cuma itu adalah kelemahan kita untuk memanggilkembali maklumat itu. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan LUPA dalamkehidupan seharian. Penyelidikan pakar psikologi dan neurologi menegaskankenyataan "Setiap maklumat yang tersimpan di dalam ingatan jangka panjang tidakakan hilang dan msunah selama-lamanya sehingga ke akhir hayat seseorang." Inibukanlah cakap-cakap kosong tanpa bukti ilmiah dari para pengkaji otak. Pelbagaieksperimen saintis otak dan amalan ahli hypnotisme membuktikan penyataantersebut. Dr. Wilder Penfield, seorang saintis otak dari Universiti McGill, Montreal,telah melakukan pembedahan ke atas otak pesakitnya. Beliau telah mengalirkanarus elektrik dengan kadar yang sangat halus pada otak subjeknya iaitu padabahagian yang dikenali sebagai neucortex. Terbukti subjeknya didapati mampumengingati peristiwa-peristiwa puluhan tahun lampau dengan terperinci. Misalnyawarna baju, nombor-nombor telefon, perbualan pada hari-hari yang tertentu padapuluhan tahun yang lalu.Begitu juga yang berlaku kepada para subjek ahli-ahli hypnotisme. Hypnotismeadalah ilmu membangkitkan minda bawah sedar seseorang dengan menidurkannyaterlebih dahulu. Subjek-subejk ahli hypnotisme juga mampu mengingati kembaliperistiwa lampau dan mampu menceritakan apa yang dilakukan oleh mereka padahari-hari tertentu pada 10,20 malah 50 tahun yang lampau! Kedua-dua jeniseksperimen ini membuktikan maklumat tersebut tetap kekal di dalam ingatan dantidak akan luput selama-lamanya.Orang genius dan yang mempunyai ingatan luarbiasa ialah orang yang berkebolehan memanggil kembali maklumat yang tersimpandi dalam sistem ingatan jangka panjang. Itu sahaja kebolehan mereka. Benarlahpendapat Professor Diraja Ungku Aziz bahawa manusia mempunyai kemampuanuntuk menyimpan ilmu pengetahuan yang tidak terhingga banyaknya jikamengetahui tekniknya.Jika anda ingin menjadi gemius, anda haruslah menguatkanpotensi otak dengan meransang, melatih, menyubur, menyihat dan mencergaskanotak melalui kaedah-kaedah moden dan tradisional. Kajian menunjukkan keupayaanotak boleh ditingkatkan perkembangannya melalui berbagai-bagai rangsangan,saranan, pemakanan, senaman, latihan, amalan dan pantang hidup. Kajian ulama-ulama Islam menambah bahawa amalan-amalan kerohanian termasuk doa, ibadahdan taqwa juga boleh menyubur dan mengaktifkan sel-sel otak. OTAK YANG CERDAS TERLETAK PADA BADAN YANG SIHATUntuk mendapatkan otak yang sihat atau cerdas, kita perlu memiliki tubuh badanyang sihat terlebih dahulu. Oleh itu, anda perlulah melakukan senaman,mengamalkan amalan pemakanan yang berkhasiat, berzat, seimbang dan berjadual,amalan hidup yang betul dan menyihatkan, berpuasa, berjiwa tenang,membersihkan perut, dan lain - lain lagi rahsia yang dipaparkan di sini. Kesihatanmental bergantung kepada kesihatan tubuh badan.
  • 6. BAB 240 Cara Mudah Tingkatkan Kecerdasan Minda Klik Di sini
  • 7. CARA 1 - PEMAKANAN UNTUK KEPINTARAN AKAL Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi. Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual. Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfunsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas. MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL 1)KARBOHIDRAT Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain. 2)PROTEIN Ia mata perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain. 3)LEMAK Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.Aura NursalamaAura Nursalama - produk berasaskan pati bunga-bungaan, berupaya membetul, membaikpulihdan memperkuat kuasa besi berani, seumpama bunga berupaya menarik kumbang, untukmenarik apa sahaja yang dihajati. Mencipta kehidupan yang lebih baik melalui undang-undang penarikan atau alam semesta yang sentiasa tepat. Direka bagi mengimbangi sistembioelektrik tubuh, agar kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum menjalani kehidupanseharian.Nursalama & Keberkesanannya  Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang.  Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keaadaan fokus dan bersemangat.  Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.  Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif.  Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.  Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.
  • 8. 4)AIR Merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum. 5)MINERAL Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur - sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang. 6)VITAMIN Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan. Vitamin A Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan. Vitamin B Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang. Vitamin C Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. 7)SERAT Melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika. Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur. Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam. Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal). Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya. Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.AFTL STUDENT SYNC dengan Teknologi Lebih Pantas Dari Cahaya direka khas untuk membinahologram diri bagi mengimbangi HATI, AKAL, TUBUH, ROH dan berupaya merubah diri ke arahWARAS FIKIRAN, TENANG HATI DAN SIHAT TUBUH.Minda adalah segala-galanya pada kehidupan manusia jika banyak perkara-perkara positif yangtersimpan banyaklah perkara-perkara yang mengembirakan mendatang dalam kehidupan. Malangnya,jika sebaliknya, banyaklah pula perkara-perkara buruk yang mendatang dan memerlukan pemulihan.AFTL STUDENT SYNC direka khas untuk memulihara minda pelajar yang ingin mencapaikecemerlangan dalam akedemik. Mengimbangi hati & minda dengan cara menapis membuang mindayang tidak sihat . Kesannya, pelajar tajam fikiran, sentiasa tenang hati, sihat, ceria dan cemerlang.Perlu diingat sistem ini bukan penganti kepada proses pembelajaran biasa.
  • 9. CARA 2 - RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan : 1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya ! 2) KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.GeniusXtra GXTRAGeniusXtra & GXTRA, Produk makanan minda terkini AFTL - Penggunaan Teknologi VNP AFTLdipermudahkan lagi dalam bentuk makanan berasaskan 100% gula sukrosa / glukosa.Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajamingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semuaperingkat usia.Keberkesanan GXTRA  Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan.  Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur.  Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca.  Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan.  Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel.  Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf.  Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran.
  • 10. 3) SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. CARA MINUM : i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w 4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru. 5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi. 6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan. 7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari." 8) DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.AuraCorrector StickerAFTL AuraCorrector Sticker, berfungsi membuang memori yang tidak diingini sepertimemori-memori rencam dan sifat-sifat negatif yang bersarang di minda dan hati. Tubuh akandipertenagakan semula dengan lebih banyak bioelektrik dengan menarik tenaga VNP AFTLmelalui ciri Negative Entropy yang ada pada stiker ini.Menurut Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusof Husin M.D. (A.M.), Stiker AFTLAuraCorrector merupakan antena yang berfungsi menerima pancaran tenaga hayat yangsegar atau “fresh life energy” daripada “Sistem Propritori” kepunyaan AFTL TechnologySdn. Bhd, juga berupaya memperbaiki keupayaan dan kebolehan otak pengguna dari normal5% - 10% kepada melebihi 10%.
  • 11. 9) OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya. 10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina. Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan. 12) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal. 13) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi. 14) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan. 15) ZAFARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu. 16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula. 17) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental. 18) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja. 19) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.Aura NursalamaAura Nursalama - produk berasaskan pati bunga-bungaan, berupaya membetul, membaikpulihdan memperkuat kuasa besi berani, seumpama bunga berupaya menarik kumbang, untukmenarik apa sahaja yang dihajati. Mencipta kehidupan yang lebih baik melalui undang-undang penarikan atau alam semesta yang sentiasa tepat. Direka bagi mengimbangi sistembioelektrik tubuh, agar kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum menjalani kehidupanseharian.Nursalama & Keberkesanannya  Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang.  Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keaadaan fokus dan bersemangat.  Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.  Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif.  Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.  Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.
  • 12. 20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan. 21) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. 22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori CARA 3 - MAKANAN PENYEBAB LUPA 1) Banyak makan epal yang sudah masam. 2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan. 3) Banyak makan bawang besar. 4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering. 5) Memakan kepala ikan. 6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan. 7) Makan sehingga terlalu kenyang. 8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus. 9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah. 10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam. 11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.AFTL STUDENT SYNC dengan Teknologi Lebih Pantas Dari Cahaya direka khas untuk membinahologram diri bagi mengimbangi HATI, AKAL, TUBUH, ROH dan berupaya merubah diri ke arahWARAS FIKIRAN, TENANG HATI DAN SIHAT TUBUH.Minda adalah segala-galanya pada kehidupan manusia jika banyak perkara-perkara positif yangtersimpan banyaklah perkara-perkara yang mengembirakan mendatang dalam kehidupan. Malangnya,jika sebaliknya, banyaklah pula perkara-perkara buruk yang mendatang dan memerlukan pemulihan.AFTL STUDENT SYNC direka khas untuk memulihara minda pelajar yang ingin mencapaikecemerlangan dalam akedemik. Mengimbangi hati & minda dengan cara menapis membuang mindayang tidak sihat . Kesannya, pelajar tajam fikiran, sentiasa tenang hati, sihat, ceria dan cemerlang.Perlu diingat sistem ini bukan penganti kepada proses pembelajaran biasa.
  • 13. CARA 4 - PETUA MUJARAB TOK MAT JANGGUT UNTUK KUAT INGATANTok Mat Janggut ialah salah seorang yang tertua di Malaysia. Nama sebenarnyaialah Lebai Mat bin Wan Chik. Menurut catatan di dalam kad pengenalannya, beliaudilahirkan di Bachok, Kelantan pada 11 Mei 1862. Bermakna usianya melebihi 125tahun. Walau bagaimana pun, Tok Mat Janggut mendakwa dia dilahirkan lebih awaldari tarikh lahir yang tertera dalam kad pengenalannya iaitu sekitar tahun 1813.Sekiranya dakwaan ini benar, maka usianya melebihi 170 tahun.Sungguhpun begitu, beliau mempunyai daya ingatan yang sangat kuat. Dayaingatannya seperti orang muda. Mampu mengingati sesuatu secara tepat danterperinci. Walaupun petua beliau ini bersifat tradisional tetapi kesannya cuku pefektif dan berkesan. Ada dua jenis petua beliau :1) Setiap hari semasa mandi, tahankan air dengan mengepitkan kedua-dua belahpaha. Kemudian ambil air tersebut ke dalam bekas. Sapukan air tersebut ke seluruhmuka. Mulakan dari bahagian dahi sambil selawat dengan niat supaya diberi hatiyang terang dan ingatan yang kuat. Lakukan sebanyak 3 kali. Selepas itu, minumlahair tersebut barang seteguk.2) Ambil halia yang sudah tua untuk dijadikan halua. Halia itu dibersihkan, dipotongdan dimasak dengan mencampurkan gula. Makanlah pada setiap pagi dan malamsecara konsisten. Lebih baik membaca selawat sebelum memakannya.
  • 14. CARA 5 - PETUA - PETUA MUJARAB UNTUK KECERDASAN DAN INGATAN 1) Kemenyan putih atau kemenyan serani ditumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan sedikit gula pasir. Dimakan satu sudu pada setiap pagi untuk mendapatkan otak yang pintar dan memudahkan hafalan. Kemenyan ini boleh dibeli di kedai-kedai runcit. Nabi s.a.w. menggalakkan penggunaannya untuk kecerdasan. 2) Telur separuh masak yang dicampurkan dengan madu dan 5 hingga 7 biji badam di makan pada setiap malam. Ia adalah resepi istimewa untuk masalah - masalah yang berhubung dengan otak. Berkesan untuk mengatasi kelemahan daya ingatan, ketumpulan akal fikiran, penat selepas memerah fikiran, kerap menguap, lemah daya penumpuan, selalu berkhayal, tidak berminat dengan kerja seharian dan emosi mudah terganggu. CARA 6 - MEMBERSIHKAN PERUT UNTUK TERANG HATI Perut adalah sumber kepada hampir segala penyakit ! Perut bersih, badan terhindar dari penyakit dan otak menjadi sihat. Perut kotor, badan terdedah kepada pelbagai penyakit dan otak menjadi lemah. Pembersihan ini boleh dilakukan dengan memakan julap atau jadam. Makanlah sebulan atau dua bulan sekali. Memakan julap adalah amalan orang Arab dan India. Memakan buah pic sebelum makan pagi juga boleh menggantikan julap dan jadam untuk membersihkan perut. Sebenarnya terdapat banyak kaedah untuk membersihkan perut mengikut pelbagai masyarakat dan agam. Misalnya Agama Islam, di samping mewajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan, Islam juga menggalakkan umatnya untuk berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis dan pada hari-hari tertentu. Amalan ini dapat membersihkam perut dan seterusnya menerangkan hati pengamalnya. Kesihatan otak dan badan keseluruhannya akan bertambah sekiranya anda rajin menjaga kebersihan usus dan perut. PRODUK PEMBANGUNAN DIRI AFTLGeniusXtra GXTRAGeniusXtra & GXTRA, Produk makanan minda terkini AFTL - Penggunaan Teknologi VNP AFTLdipermudahkan lagi dalam bentuk makanan berasaskan 100% gula sukrosa / glukosa.Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajamingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semuaperingkat usia.Keberkesanan GXTRA  Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan.  Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur.  Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca.  Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan.  Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel.  Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf.  Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran.
  • 15. CARA 7 - UBATAN MODEN DAN SAINTIFIK UNTUK KEKUATAN MINDA Kini terdapat pelbagai ubatan dicipta berasaskan kajian saintifik untuk merangsang dan mengaktifkan sel-sel otak. Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati dengan remedi seumpama ini yang banyak terdapat di pasaran. Ubatan dari sistem perubatan Homeopathy dan biokimia adalah yang paling selamat digunakan. Walaupun kesannya kadang - kadang agak perlahan tetapi ianya memang efektif. Antara ubatan Homeopathy dan Biokimia untuk kekuatan mental : NERVE & BRAIN TONIC Ada kombinasi zat garam biokimia yang dihasilkan oleh Professor Dr. Schuessler untuk kesihatan dan kecerdasan otak. Ubat ini amat sesuai digunakan oleh orang - orang yang lemah fikiran, pemalas, pelupa, letih, susah mengingati sesuatu, kerap sakit kepala, pening kepala, takut - takut, lambat memahami sesuatu yang dibicarakan, tension, rungsing, susah tidur, tekanan jiwa, perasaan berdebar - debar dan darah gemuruh. ACONITE NAP, ACID PHOS, KALI PHOS, SEPIA, PULSATILLA Ubat-ubat ini digunakan selepas mendapat nasihat doktor Homeopathy. BRAINEX 1000 Menguatkan fungsi-fungsi saraf, mengatasi masalah daya ingatan, daya fikiran dan sakit kepala apabila cuba menumpukan pada sesuatu perkara. Baik untuk pelajar-pelajar dan pekerja yang banyak menggunakan mental. Kandungan : Anarcadium 30, Gelsemium, Kalium Phosphoricum 30, Acid Phosphoricum 30 BRAINEX 500 Merangsang dan membesarkan tisu-tisu di bahagian memeri di dalam otak untuk mengatasi kelupaan. Kandungan : Barium Chloratum 30, Calcaria Iodatum 30, Phosphorus 30. BRAINEX SUPER Memulihkan keletihan saraf dan memberi tenaga yang merangsangkan stamina untuk membaca atau berfikir dalam jangkamasa yang lama. Kandungan : Acid Phosphoricum 30, Lecithin 12, Oleander 30, Ferrum Phosphoricum 12. BRAINEX SPECIAL Membantu membentuk sel-sel dan tisu-tisu saraf dan tulang yang baru. Sesuai untuk wanita yang mengandung untuk mendapat cahaya mata yang cerdas dan sihat. Kandungan : Calcaria Phosphoricum 6x, Kalium Phosphoricum 6x, Magnesium Phosphoricum 6x, Natrium Phosphoricum 6x.AuraCorrector StickerAFTL AuraCorrector Sticker, berfungsi membuang memori yang tidak diingini sepertimemori-memori rencam dan sifat-sifat negatif yang bersarang di minda dan hati. Tubuhakan dipertenagakan semula dengan lebih banyak bioelektrik dengan menarik tenaga VNPAFTL melalui ciri Negative Entropy yang ada pada stiker ini.Menurut Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusof Husin M.D. (A.M.), Stiker AFTLAuraCorrector merupakan antena yang berfungsi menerima pancaran tenaga hayat yangsegar atau “fresh life energy” daripada “Sistem Propritori” kepunyaan AFTL TechnologySdn. Bhd, juga berupaya memperbaiki keupayaan dan kebolehan otak pengguna dari normal5% - 10% kepada melebihi 10%.
  • 16. CARA 8 - RAHSIA AIR ZAMZAMAir Zam Zam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabilameminumnya. Ini termasuk menerang dan melapangkan hati, cerdas, kuat ingatan,kretif, kaya, mulia, pandai, terhormat, membaiki akhlak dan lain-lain lagi. Rasullahs.a.w. bersabda, maksudnya : "Air Zam Zam itu mengikut apa yang diniatkan olehpeminumnya (akan tercapai)." Dengan kata lain, barangsiapa yang meminumnyauntuk sebarang hajat, dia akan mencapainya. Orang - orang soleh telahmencubanya untuk mendapatkan hajat-hajat dunia dan akhirat.Air ZamZam ialah penghulu segala air, sebaik-baik air di muka Bumi, air yang palingmulia, paling berharga dan paling bernilai. Telaganya digali oleh Jibril a.s untukdiminum oleh Nabi Allah Ismail a.s.Potensi air ZamZam untuk seribu satu hajat ini dieksploitasi oleh para ulama,misalnya Imam Jalaluddin As-Sayuti. Sewaktu mengerjakan haji, beliau meminumair Zamzam dengan berniat dan berdoa semoga Allah menjadikan beliau seorangyang melaut ilmu agamanya atau seorang yang tersangat alim. Allah telahmengabulkan hajat beliau ini. Beliau telah menjadi seorang ulama yang paling alimpada kurun ke-10 hijrah. Ibnu Abbas, bapa saudara nabi juga menjadi seorang yangmendalam ilmunya berkat air ZamZam.Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di duniaberkata, "Orang yang meminum air ZamZam itu:Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya. Jika diaminum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman. Jika dia minum untuksembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit. Jika diaminum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akanmenghilangkannya. Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah akanmengkayakannya. Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akanmemakbulkannya. Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, makaAllah melindunginya. Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allahakan menghilangkan kesusahannya. Dan jika dia minum kerana memohon bantuan,maka Allah akan membantunya.Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab Mukjizat PerubatanDengan Air Zam Zam karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid Ibrahim. Sebenarnya,apa jua niat semasa meminum air ZamZam, asalkan niat itu baik dan halal,InsyaAllah ianya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.Amin.
  • 17. CARA 9 - TIDUR YANG MELEMAHKAN AKAL 1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi. 2) Tidur selepas Asar. 3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari. 4) Tidur yang terlalu banyak. Tabib - tabib amat tidak menyukai tidur terutamanya selepas Subuh dan Asar kerana dipercayai boleh melemahkan akal dan pengamalnya akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf. Anda mungkin pernah mengalami, selepas terbangun dari tidur pada waktu senja, otak anda menjadi bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja ! CARA 10 - PENJAGAAN SARAF UNTUK KESIHATAN AKAL Untuk memelihara prestasi akal supaya tidak berkurangan dan melemah, kita harus benar-benar menjaga kesihatan urat saraf. Urat saraf yang lemah menyebabkan akal fikiran turut menjadi lemah dan buntu. Kesihatan urat saraf pada tahap yang terlalu lemah dan kronik menyebabkan seseorang akan hilang akal dan kesiumannya. Kelemahan urat saraf menyebabkan kelemahan akal fikiran dan kebinasaan urat saraf menyebabkan kebinasaan akal fikiran. Berikut adalah panduan penjagaan urat saraf :- 1. Kurangkan meminum kopi dan teh. Kopi tidak bagus untuk saraf. Meminum kopi secara berlebihan menimbulkan ketegangan saraf, darah gemuruh, sukar tidur, jantung berdebar-debar, membuang air kecil dengan berlebihan, merosakkan buah pinggang, mempercepatkan penuaan, gastrik, darah tinggi, peluh yang berlebihan dan sebagainya. Teh juga mengangu fungsi sistem saraf. Tukarkan minuman kepada susu.Aura NursalamaAura Nursalama - produk berasaskan pati bunga-bungaan, berupaya membetul, membaikpulihdan memperkuat kuasa besi berani, seumpama bunga berupaya menarik kumbang, untukmenarik apa sahaja yang dihajati. Mencipta kehidupan yang lebih baik melalui undang-undang penarikan atau alam semesta yang sentiasa tepat. Direka bagi mengimbangi sistembioelektrik tubuh, agar kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum menjalani kehidupanseharian.Nursalama & Keberkesanannya  Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang.  Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keaadaan fokus dan bersemangat.  Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.  Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif.  Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.  Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.
  • 18. 2. Tidur haruslah mencukupi. 3. Elakkan tidur yang berlebihan. 4. Elakkan tidur selepas Subuh dan Asar. 5. Penjagaan makanan : Amalkan pemakanan seimbang, berzat dan berjadual. Makanlah secara sederhana iaitu tidak terlalu kenyang atau tidak terlalu lapar. 6. Rehat apabila badan memerlukan. Jangan melakukan sesuatu pekerjaan fizikal/mental secara berlebihan. Sekiranya badan atau fikiran terasa letih sewaktu bekerja atau membaca, berilah sedikit kerehatan padanya. 7. Elakkan ketegangan fikiran, sedih, terlarut-larut dengan emosi dalam tempoh yang lama. Ikhtiarkan untuk memulihkan kedamaian jiwa dengan sentiasa berwudhu, membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa dan bersolat sunat, membaca buku-buku agama atau berjumpalah dengan seseorang yang boleh menenangkan anda. 8. Kurangkan memakan makanan yang mengandungi bahan awet, bahan perasa, pewarna dan ubat tahan seperti makanan ringan, minuman bergas atau sebagainya. 9. Melakukan onani. 10. Melakukan persetubuhan yang terlalu kerap. PEMULIHAN SARAF Amalkan sekiranya mengalami kelemahan saraf :- 1. Berehat dan berbaring di tempat tidur. 2. Banyak minum air susu. Kurangkan meminum teh dan kopi. 3. Mandi dengan air hangat. 4. Banyak minum air oren, lemon atau segala jenis limau. 5. Makan makanan yang berselera. 6. Makan tomato secara mentah. 7. Kunyah dua atau tiga ulas bawang putih pada setiap pagi. 8. Makan telur separuh masak yang dicampur dengan madu dan beberapa biji buah badam pada setiap malam.AFTL STUDENT SYNC dengan Teknologi Lebih Pantas Dari Cahaya direka khas untuk membinahologram diri bagi mengimbangi HATI, AKAL, TUBUH, ROH dan berupaya merubah diri ke arahWARAS FIKIRAN, TENANG HATI DAN SIHAT TUBUH.Minda adalah segala-galanya pada kehidupan manusia jika banyak perkara-perkara positif yangtersimpan banyaklah perkara-perkara yang mengembirakan mendatang dalam kehidupan. Malangnya,jika sebaliknya, banyaklah pula perkara-perkara buruk yang mendatang dan memerlukan pemulihan.AFTL STUDENT SYNC direka khas untuk memulihara minda pelajar yang ingin mencapaikecemerlangan dalam akedemik. Mengimbangi hati & minda dengan cara menapis membuang mindayang tidak sihat . Kesannya, pelajar tajam fikiran, sentiasa tenang hati, sihat, ceria dan cemerlang.Perlu diingat sistem ini bukan penganti kepada proses pembelajaran biasa.
  • 19. CARA 11 - SENAMAN DAN GERAK BADAN MEMBANGUNKAN AKAL DAN JASMANI Sebuah pepatah yang amat popular berbunyi "Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat". Salah satu cara untuk membina badan yang sihat ialah melalui kegiatan-kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh. Misalnya bersenam dan sebarang aktiviti gerak badan seperti bersukan, seni mempertahankan diri, berbasikal, mengcangkul, berkebun dan sebagainya. Berpeluh boleh membuang racun-racun di dalam darah, mengawal suhu badan, menstabilkan kandungan air di dalam badan dan membuang bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan. Berat otak cuma 3 paun atau merupakan 2 hingga 3 peratus dari berat badan keseluruhannya. Walaupun begitu, otak memerlukan jumlah oksigen yang banyak iaitu di antara 20 hingga 25 peratus oksigen yang diterima oleh tubuh untuk berfungsi dengan optimum. Kekurangan bekalan oksigen akan menjejaskan kecergasan dan keaktifan otak. Kekurangan oksigen menyebabkan anda menjadi mudah mengantuk, otak menjadi lembab, pelupa dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Dengan melakukan senaman dan gerakan badan, menjadikan anda bernafas daalam-dalam dan kadangkala mencungap. Kebiasaannya kita bernafas dengan menggunakan hidung dan dada sahaja. Sedangkan pernafasan yang mendalam melibatkan hidung, dada dan perut. Ini memastikan sel-sel otak anda menerima bekalan oksigen dalam kuantiti yang mencukupi untuk beraksi dengan cemerlang. Faedah senaman dan aktiviti gerak badan sudah lama diketahui oleh bangsa- bangsa yang bertamadun. Bangsa Yunani beranggapan seni gimnastik merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk menambahkan kecerdasan individu. Masyarakat Timur memperkembangkan kecerdasan melalui aktiviti badan seperti yoga (India), tai chi (China) dan aikido(Jepun). Di Jepun, syarikat-syarikat yang ternama menyediakan masa rehat untuk semua pekerjanya melakukan senaman. Menurut Islam, tubuh badan mempunyai haknya sendiri. Haknya ialah menjaga setiap anggota tubuh termasuk otak supaya sihat dan cergas. Sabda Rasullulah s.a.w "Badanmu juga memerlukan hak yang mesti engkau jaga".GeniusXtra GXTRAGeniusXtra & GXTRA, Produk makanan minda terkini AFTL - Penggunaan Teknologi VNP AFTLdipermudahkan lagi dalam bentuk makanan berasaskan 100% gula sukrosa / glukosa.Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajamingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semuaperingkat usia.Keberkesanan GXTRA  Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan.  Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur.  Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca.  Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan.  Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel.  Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf.  Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran.
  • 20. Senaman membantu meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh. Ia menolong mengurangkan stress, meningkatkan daya imbangan dan tindakbalas di dalam sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir. Mengurangkan kadar nadi dan meningkatkan kadar nadi pemulihan dalam sistem jantung. Menambahkan muatan dan edaran gas di dalam paru-paru. Meningkatkan aliran darah, meningkatkan saiz, kekebalan dan kekuatan otot-otot. Menambahkan kekuatan tulang dan ligamen serta meningkatkan tisu sendi kedua-duanya. Semasa membuat senaman, hormon endorphine dikeluarkan dalam sistem badan. Hormon ini bertindak mengurangkan kesakitan, menimbulkanperasaan girang (gembira) dan istirehat kepada tubuh. Penyelidikan menunjukkan individu yang mengamalkan aktiviti gerak badan, contohnya berjalan kaki selama satu jam yang diamalkan sebanyak tiga kali seminggu boleh meningkatkan daya ingatan, imaginasi, pemikiran dan pendengaran. CIRI-CIRI SENAMAN YANG TERBAIK 1. Diamalkan pada setiap hari. 2. Dilakukan antara 30 hingga 40 minit sahaja. 3. Dilakukan sehingga berpeluh. 4. Melakukan senaman yang menyeluruh iaitu senaman yang menggunakan berbagai-bagai otot dan urat seperti berjalan, berjogging, solat, berenang, seni mempertahankan diri dan sebagainya. CARA 12 - KETENANGAN MEMPERGARUHI KEUPAYAAN MENTAL Kuasa minda berada pada tahap mak simum apabila kita berada dalam keadaan tenang dan bebas dari ketegangan. Gelombang otak bergerak dalam kadar pusingan yang rendah. Pada tempo ini, prestasi kerja otak adalah cemerlang. Kita sangat mudah mengingati sesuatu, berfikir dengan cekap dan pantas manakala idea-idea kreatif mengalir mencurah-curah. Waktu pagi terutamanya pada hari cuti adalah contoh terbaik di mana gelombang fikiran adalah rendah. Fikiran anda begitu tenang, nyaman dan lapang. Anda tentu mengalami, pada waktu ini fikiran anda dalam keadaan segar, ingatan cukup baik serta otak sungguh lincah dan cergas. Bahkan semasa anda mandi, mengosok baju atau mencukur misai, anda tentu diterjahi dengan pelbagai idea atau gagasan yang bermutu dan menarik sekali. Kedatangannya adalah secara mendadak dan sementara, tanpa terfikir terlebih dahulu.AuraCorrector StickerAFTL AuraCorrector Sticker, berfungsi membuang memori yang tidak diingini sepertimemori-memori rencam dan sifat-sifat negatif yang bersarang di minda dan hati. Tubuhakan dipertenagakan semula dengan lebih banyak bioelektrik dengan menarik tenaga VNPAFTL melalui ciri Negative Entropy yang ada pada stiker ini.Menurut Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusof Husin M.D. (A.M.), Stiker AFTLAuraCorrector merupakan antena yang berfungsi menerima pancaran tenaga hayat yangsegar atau “fresh life energy” daripada “Sistem Propritori” kepunyaan AFTL TechnologySdn. Bhd, juga berupaya memperbaiki keupayaan dan kebolehan otak pengguna darinormal 5% - 10% kepada melebihi 10%.
  • 21. Begitulah keadaannya apabila fikiran berada dalam gelombang alpha iaitu gelombang yang bertekanan rendah dan bebas dari ketegangan dan tekanan; kuasa minda kita menjadi begitu bertenaga. Di Bulgaria, Dr. Georgi Lozanoz mengasaskan kaedah Pembelajaran Suggestopedia. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar yang mengikuti kelas bahasa asing iaitu bahasa Sepanyol di institutnya mampu menghafal 1,000 perkataan baru pada setiap hari. Dengan hanya belajar 10 hari sahaja, di mana setiap harinya 4 jam sahaja, mereka mampu belajar apa yang dapat dipelajari selama satu tahun di institut-institut bahasa lain. Kaedah ini sangat popular dan sedang berkembang pesat di Amerika Syarikat dan Eropah. Apakah rahsia kejayaan kaedah Suggestopedia ini? Rahsia kejayaannya ialah KETENANGAN DAN KEREHATAN semasa belajar (tension-free). Kelasnya terdiri daripada 14 - 15 orang pelajar. Kerusi di dalam kelas adalah kerusi malas. Semasa sesi pembelajaran, muzik yang boleh membangkitkan ketenangan kepada jiwa dimainkan dengan sangat perlahan terutama muzik klasik oleh komposer-komposer baroque. Muzik baroque sangat disukai kerana detakannya 60 kali seminit, sama dengan dengupan jantung manusia ketika berada dalam keadaan tenang dan rehat. Selepas setiap 30 minit belajar, mereka berhenti rehat sambil mendengar muzik dan bersantai. Guru-guru adalah mesra. Tidak pernah marah, merungut, menyindir atau berleter apabila pelajar melakukan kesilapan. Kaedah ini benar-benar berasaskan prinsip tension-free iaitu bebas dari tekanan dan ketegangan serta penuh dengan istirehat dan ketenangan. Eksperimen Dr. Lozanov mendapati ketenangan mempengaruhi daya ingatan dan kecerdasan fikiran. Apabila melakukan aktiviti istirehat, denyutan jantung berkurang 5 - 10 denyutan, tekanan darah menurun, gelombang beta menurun, ketegangan berkurang, dapat mengawal stress, membaiki kesihatan otak, tubuh badan serta emosi, pernafasan semakin perlahan, meningkatkan daya konsentrasi seterusnya meningkatkan kecerdasan dan ingatan.Aura NursalamaAura Nursalama - produk berasaskan pati bunga-bungaan, berupaya membetul, membaikpulihdan memperkuat kuasa besi berani, seumpama bunga berupaya menarik kumbang, untukmenarik apa sahaja yang dihajati. Mencipta kehidupan yang lebih baik melalui undang-undang penarikan atau alam semesta yang sentiasa tepat. Direka bagi mengimbangi sistembioelektrik tubuh, agar kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum menjalani kehidupanseharian.Nursalama & Keberkesanannya  Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang.  Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keaadaan fokus dan bersemangat.  Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.  Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif.  Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.  Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.
  • 22. Beberapa tahun lalu pula, dunia digemparkan dengan penemuan saintis bahawa pokok yang hidup dalam suasana muzik keras (Rock) lambat membesar berbanding pokok yang hidup dalam suasana muzik perlahan. Dari penemuan ini dapat disimpulkan bahawa suasana persekitaran mempengaruhi bukan sahaja terhadap perkembangan otak manusia bahkan terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Suasana persekitaran yang penuh dengan ketegangan boleh melambatkan perkembangan fisiologi, emosi dan akal. Ketenangan jiwa ialah pokok kesihatan rohani dan jasmani. Manakala ketegangan, kebimbangan dan kegelisahan adalah pokok segala penyakit rohani dan jasmani termasuk kelembapan dan kelumpuhan fikiran. Antara penyakit yang kerap melanda orang yang selalu mengalami stress dan tension ialah sakit perut, sakit kepala, kekejangan otot, kerosakan gigi, lemah urat saraf, lemah pancaindera penglihatan dan pendengaran, wajah muram dan cepat tua, PELUPA, KELEMAHAN DALAM BERFIKIR dan LEMAH DAYA PENUMPUAN. Pada peringkat yang lebih kronik ia kana menyebabkan lelah, darah tinggi, kencing manis,mati pucuk, sakit pinggang, lemah jantung, lumpuh, kanser dan penyakit- penyakit jiwa. Semasa mengalami ketegangan seperti marah, cemas, gelisah dan sedih; pernafasan menjadi semakin kuat dan tekanan darah bertambah tinggi. Ini menyebabkan banyak darah dipam dengan kuat ke arah jantung, urat saraf dan otot- otot. Manakala darah kurang mengalir ke tempat-tempat yang sepatutnya iaitu perut dan usus. Akibatnya proses-proses di usus terhenti. Limpa mengecut sambil melepaskan darah-darah yang ada padanya. Zat-zat gula pula yang belum diolah dan tersimpan di dalam hati yang berbentuk lemak haiwan dialirkan ke pembuluh darah. Ini pula menyebabkan kadar gula di dalam darah menjadi berlebihan. Semua proses ini berlaku kesan dari utusan dan isyarat marah, sedih dan gelisah yang sampai ke otak. Selanjutnya hormon-hormon adrenalin dihasilkan dengan banyaknya. Ini semua menimbulkan kelemahan-kelemahan biologi, fizikal dan mentalAFTL STUDENT SYNC dengan Teknologi Lebih Pantas Dari Cahaya direka khas untuk membinahologram diri bagi mengimbangi HATI, AKAL, TUBUH, ROH dan berupaya merubah diri ke arahWARAS FIKIRAN, TENANG HATI DAN SIHAT TUBUH.Minda adalah segala-galanya pada kehidupan manusia jika banyak perkara-perkara positif yangtersimpan banyaklah perkara-perkara yang mengembirakan mendatang dalam kehidupan. Malangnya,jika sebaliknya, banyaklah pula perkara-perkara buruk yang mendatang dan memerlukan pemulihan.AFTL STUDENT SYNC direka khas untuk memulihara minda pelajar yang ingin mencapaikecemerlangan dalam akedemik. Mengimbangi hati & minda dengan cara menapis membuang mindayang tidak sihat . Kesannya, pelajar tajam fikiran, sentiasa tenang hati, sihat, ceria dan cemerlang.Perlu diingat sistem ini bukan penganti kepada proses pembelajaran biasa.
  • 23. Jadi untuk mendapat memori yang baik dan minda yang cergas, anda perlulah menjadi seorang yang berjiwa tenang dan jauh dari keluh-kesah. Antara aktiviti- aktiviti yang boleh membantu mengekalkan ketenangan jiwa :- • Selalu bersolat dengan khusyuk. • Sentiasa berwudhu terutamanya semasa tension. • Berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca Al-Quran. • Berpuasa dan bersolat sunat. • Beribadah di tengah malam seperti bertahajjud dan membaca Al-Quran. • Tidur yang mencukupi. • Suasana dan kediaman yang teratur. • Menyaksikan keindahan alam, berkelah, melancong dan bersiar-siar. • Menziarahi sahabat-sahabat lama kerana ia boleh mengingatkan pengalaman lampau yang mengembirakan. • Elok pergaulan dengan keluarga, jiran-jiran dan orang ramai. • Melangsaikan semua hutang. • Atasi segera masalah-masalah yang merungsingkan hati. • Lakukan hobi dan perkara-perkara yang diminati. • Lakukan senaman atau gerak badan sekitar 30 minit setiap hari. Semakin tegang perasaan, semakin banyak gerak badan diperlukan untuk melepaskan ketegangan tersebut. • Elakkan hiburan yang haram dan melalaikan serta pergaulan bebas kerana ia membawa kepada kekosongan jiwa dan keserabutan fikiran. • Banyak makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu menghadapai tekanan(stress). Ia mengandungi kimia serotonin yang boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan. • Percaya kepada Qadha dan Qadar iaitu segala perkara yang berlaku yang telah ditentukan oleh Allah, sama ada baik atau buruk yang mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.GeniusXtra GXTRAGeniusXtra & GXTRA, Produk makanan minda terkini AFTL - Penggunaan Teknologi VNP AFTLdipermudahkan lagi dalam bentuk makanan berasaskan 100% gula sukrosa / glukosa.Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajamingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semuaperingkat usia.Keberkesanan GXTRA  Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan.  Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur.  Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca.  Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan.  Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel.  Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf.  Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran.
  • 24. CARA 13 - BERSUGI UNTUK CERDAS Tabib-tabib Islam berpendapat bahawa menjaga kebersihan gigi dengan menggunakan kayu sugi memberi kesan terhadap kecerdasan seseorang. Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Ada tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham (lendiran dalam tubuh yang menyebabkan kelupaan dan kemalasan) iaitu bersugi gigi, berpuasa (seperti Isnin dan Khamis pada setiap minggu) dan membaca al-Quran. Terdapat beberapa buah hadis yang menerangkan faedah-faedah membersih gigi dengan menggunakan kayu sugi. Pakar-pakar perubatan Islam dan ulama pula telah menyenaraikan lebih 70 faedah dan kelebihan bersugi atau bersiwak. Antaranya ialah MEMPERTAJAMKAN INGATAN, MENAMBAHKAN KECERDASAN, menghilangkan balgham, menerangkan mata, memutih dan mencahayakan gigi, ubat kepada kebanyakan penyakit jika menggunakan secara tetap, menahan gigi dari reput, memberi nur kepada wajah orang yang selalu menggunakannya, menghilangkan kekuningan gigi. melawskan suara, menimbulkan selera makan, menolong menghadamkan makanan, menghilangkan sakit gigi dan menambahkan kefasihan lidah. Itulah rahsia bersugi yang jarang diketahui.Walau bagaimana pun, kelebihan- kelebihan ini hanya diperolehi sekiranya kita mengamalkan bersugi dengan cara yang betul dan konsisten. Kayu sugi boleh diperolehi dengan harga yang murah. Pilihlah yang lurus batangnya. Kemudian bertanyalah kepada orang tahu cara- cara menggunakannya mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dan kaedah yang betul. Buku yang bertajuk "Fadhilat Miswak" terbitan Darul Numan, diterjemahkan oleh Abdul Aziz mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda. CARA 14 - PENGARUH BAU-BAUAN DAN WANGI-WANGIAN TERHADAP MENTAL Menurut kaedah perubatan Nabawi (Nabi Muhammad s.a.w.) dan perubatan orang dari tamadun Yunani; bau-bauan terutamanya wangi-wangian amat besar pengaruhnya terhadap kecerdasan mental, kesihatan badan dan anggota batin keseluruhannya. Wangi-wangian adalah makanan roh dan akal. Sebagaimana kekuatan badan bertambah kuat dengan makanan lahiriah, begitulah juga dengan roh dan akal bertambah kuat dengan makanan rohaniah iaitu wangi-wangian.AuraCorrector StickerAFTL AuraCorrector Sticker, berfungsi membuang memori yang tidak diingini sepertimemori-memori rencam dan sifat-sifat negatif yang bersarang di minda dan hati. Tubuh akandipertenagakan semula dengan lebih banyak bioelektrik dengan menarik tenaga VNP AFTLmelalui ciri Negative Entropy yang ada pada stiker ini.Menurut Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusof Husin M.D. (A.M.), Stiker AFTLAuraCorrector merupakan antena yang berfungsi menerima pancaran tenaga hayat yangsegar atau “fresh life energy” daripada “Sistem Propritori” kepunyaan AFTL TechnologySdn. Bhd, juga berupaya memperbaiki keupayaan dan kebolehan otak pengguna dari normal5% - 10% kepada melebihi 10%.
  • 25. Kaedah ini terbukti berkesan dengan kemunculan sebuah sistem perubatan dengan menggunakan bau-bauan dalam dunia saintifik yang dikenali sebagai "Sistem Perubatan Aromatheraphy". Kaum sufi Islam terutamanya yang berpusat di India, Khurasan dan Timur Tengah banyak menggunakan bau-bauan dan wangi-wangian untuk mengubati penyakit jantung, hati, gila, penyakit yang berjangkit pada alat kelamin dan saluran kencing, mengurangkan ketegangan (stress dan tension), memperbaiki emosi dan mood, MENINGKATKAN KECERDASAN MENTAL, meninggikan maqam kerohanian dan menyembuhkan pelbagai penyakit lain. Ahli-ahli kebatinan seperti orang yang bertapa, pawang, bomoh dan ahli sihir juga menggunakan bau-bauan seperti kemenyan, kayu gaharu, colok dan sebagainya. Ia dipercayai menjadikan sesutau amalan lebih mujarab. Orang-orang Buddha juga menggunakan colok dalam upacara sembahyang mereka. Orang-orang Hindu pula menggunakan bunga-bungaan di kuil mereka. Di antara bau-bauan dan wangi-wangian yang boleh diamalkan untuk meninggikan kecerdasan mental ialah :- KASTURI Letakkan di dalam bilik dan sentiasa menciumnya. AMBAR Diperolehi dari pokok pain. Dijual di kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu. Diminum airnya. KAYU GAHARU Dibakar dan asapnya disedut. Boleh meningkatkan minda, menguatkan deria pendengaran dan penglihatan. BIJI SESAWI Tumbuk halus-halus, masukkan ke dalam kain kemudian dicium setiap hari. TANDUK KAMBING Bakar dan sedut baunya. RAMBUT MANUSIA Imam As-Syarani menyatakan faedahnya untuk kecerdasan. Bakar dan sedut baunya. Perkara yang paling penting sekali ialah tubuh badan, tempat dan pakaian anda haruslah wangi. Jaga kebersihan badan, dalam bilik, rumah dan kereta. Gunakan wangi-wangian yang anda sukai. Wangi-wangian memiliki kuasa semulajadi yang kuat dalam menghasilkan ketajaman intelek, memelihara kesihatan badan dan emosi serta menolak perlbagai penyakit. Elakkan dari terdedah kepada bau yang sangat busuk kerana ia boleh menumpulkan fikiran dan melemahkan tubuh.Aura NursalamaAura Nursalama - produk berasaskan pati bunga-bungaan, berupaya membetul, membaikpulihdan memperkuat kuasa besi berani, seumpama bunga berupaya menarik kumbang, untukmenarik apa sahaja yang dihajati. Mencipta kehidupan yang lebih baik melalui undang-undang penarikan atau alam semesta yang sentiasa tepat. Direka bagi mengimbangi sistembioelektrik tubuh, agar kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum menjalani kehidupanseharian.Nursalama & Keberkesanannya  Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang.  Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keaadaan fokus dan bersemangat.  Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.  Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif.  Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.  Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.
  • 26. CARA 15 - BERGAUL DENGAN ORANG CERDAS Bergaul dengan orang cerdas menyebabkan anda turut menjadi cerdas. Sebagaimana bergaul dengan orang yang berani menyebabkan anda turut berani. Kalau anda bergaul dengan orang yang berjiwa besar, jiwa anda turut besar. Kalau bergaul dengan jutawan, hati anda turut merasa kaya lalu timbul keinginan untuk berusaha untuk menjadi sepertinya. Dek kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Kalau anda bergaul dengan penjual minyak wangi, badan anda akan harum kerana terkena wangi- wangiannya. Kalau anda bergaul dengan tukang besi, badan akan busuk kerana terkena wap besi yang busuk." Demikian juga diformulakan oleh Imam Syafie, "Ada tiga perkara yang boleh mencerdaskan mental; selalu berdamping dengan ulama, bergaul dengan orang-orang soleh dan meninggalkan perkataan yang sia-sia." Abdullah bin Masud mempetuakan, "Ada empat perkara yang menggelapkan hati; perut yang selalu kenyang, bergaul dengan orang yang berbuat dosa, tidak insaf dengan dosa-dosa lalu, dan panjang angan=angan." Kalau anda mengenali individu-individu yang pintar dan baik akhlaknya, jangan lepaskan kesempatan untuk berkawan dengannya. CARA 16 - KOMPUTER MUHAMMAD Nama MUHAMMAD seolah-olah kunci segala ilmu pengatahuan dan maklumat. Apabila terlupa sesuatu perkara, ilmu, maklumat atau fakta; berselawatlah kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. beberapa kali dengan khusyuk. InsyaAllah anda segera dapat mengingatkan kembali perkara yang diperlukan. Amalan ini biasa dilakukan oleh orang-orang tua, lebai-lebai dan ustaz-ustaz. Umpamanya, anda terlupa nama jalan, nama kenalan, lupa fakta di dalam dewan peperiksaan atau lupa di mana anda telah meletakkan sesuatu barang, maka anda bolehlah menggunakan petua ini. Ia diibaratkan seperti komputer yang menganalisa, mencari dan mengeluarkan kembali maklumat yang pernah disimpan olehnya. Rasullullah bersabda," Sesiapa yang hendak menceritakan sesuatu (hadis atau sebagainya) lalu terlupa, maka hendaklah dia berselawat kepadaku. Sesungguhnya berselawat kepadaku (ada kekuatan kerohanian yang) boleh mengingatkan hadis (dan sebagainya. Semoga dia akan teringat."AFTL STUDENT SYNC dengan Teknologi Lebih Pantas Dari Cahaya direka khas untuk membinahologram diri bagi mengimbangi HATI, AKAL, TUBUH, ROH dan berupaya merubah diri ke arahWARAS FIKIRAN, TENANG HATI DAN SIHAT TUBUH.Minda adalah segala-galanya pada kehidupan manusia jika banyak perkara-perkara positif yangtersimpan banyaklah perkara-perkara yang mengembirakan mendatang dalam kehidupan. Malangnya,jika sebaliknya, banyaklah pula perkara-perkara buruk yang mendatang dan memerlukan pemulihan.AFTL STUDENT SYNC direka khas untuk memulihara minda pelajar yang ingin mencapaikecemerlangan dalam akedemik. Mengimbangi hati & minda dengan cara menapis membuang mindayang tidak sihat . Kesannya, pelajar tajam fikiran, sentiasa tenang hati, sihat, ceria dan cemerlang.Perlu diingat sistem ini bukan penganti kepada proses pembelajaran biasa.
  • 27. CARA 17 - KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN Di dalam diri manusia terdapat kekuatan yang maha hebat. Sekiranya seseorang itu tahu menggunakan kekuatan ini nescaya dia mampu membunuh manusia dengan tenungannya, meruntuhkan rumah, menjatuhkan kapal terbang dan menghancurkan kereta kebal dengan mengisyaratkannya dengan tangan. Paling-paling tidak, dia mampu menukarkan lampu isyarat merah kepada lampu hijau, membengkokkan sudu dan garpu dengan sebuah renungan dan mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan terjadi. Apakah ini mustahil? Ya, memang mustahil bagi orang yang tidak tahu menggunakan kekuatan terpendam yang terdapat di lubuk fikiran bawah sedarnya. Benarlah penyataan ahli kaji minda terkini yang melaporkan bahawa kebanyakan manusia menggunakan kurang dari satu peratus daripada kemampuan dan potensi mindanya. Manusia sudah boleh melahirkan perkara-perkara yang ajaib dan pelik sekiranya dapat menggunakan hanya 10% daripada keseluruhan kekuatan mereka yang sebenarnya. Anda mungkin pernah mengalami, sewaktu terdetik di hati untuk menelefon rakan anda, tiba-tiba rakan anda itu pula yang menelefon anda. Atau ketika anda sedang berbual-bual tentang seseorang yang sudah lama tidak ditemui, tiba-tiba dia muncul lalu dikatakan "panjang umur"nya. Mungkin juga hati anda rasa tidak sedap dan mengagak akan terjadi sesuatu perkara yang tidak disenangi, kemudiannya peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Itulah sebahagian daripada bukti-bukti kewujudan kekuatan terpendam di dalam diri kita. Pada asasnya, manusia mempunyai dua jenis minda iaitu minda sedar dan minda bawah sedar. Di dalam minda bawah sedar atau minda terpendam inilah terdapat kekuatan yang luar biasa, menakjubkan dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Kekuatan bawah sedar ini boleh digunakan dan diarahkan untuk mencapai apa jua perkara yang dihajati seperti kewibawaan, kesembuhan, kecerdasan, kekuatan daya ingatan, wang, pangkat, pengaruh, pengasih, menurunkan berat badan, berhenti merokok, menghilangkan kegelisahan dan sebagainya.GeniusXtra GXTRAGeniusXtra & GXTRA, Produk makanan minda terkini AFTL - Penggunaan Teknologi VNP AFTLdipermudahkan lagi dalam bentuk makanan berasaskan 100% gula sukrosa / glukosa.Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajamingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semuaperingkat usia.Keberkesanan GXTRA  Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan.  Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur.  Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca.  Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan.  Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel.  Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf.  Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran.
  • 28. Kini ilmu membangkitkan kekuatan dalaman sedang berkembang pesat di beberapa bahagian tertentu di dunia terutamanya di Eropah. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya dikenali dengan Ilmu Psikik, Deria keenam, Extra Sensory Power (ESP), Cosmic Power, Subconscious Mind Power, Telepathy dan sebagainya. Ilmu menggunakan kekuatan terpendam ini semakin giat dikaji oleh ahli-ahli psikologi terutamanya selepas perang dunia kedua. Terdapat pelbagai kaedah telah diamalkan oleh orang-orang yang ahli untuk melahirkan kekuatan ajaib ini. Ada melalui teknik bertapa, bermeditasi, berpuasa, bermuraqabah, ilmu pernafasan, hypnotisme, saranan diri dan sebagainya. Adapun kaedah yang paling relevan dan mudah diamalkan ialah dengan melakukan saranan diri. Dinamakan juga auto-suggestion. Di sini kita menyarankan memberitahu dan menyakinkan kepada diri sendiri bahawa diri kita mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat dari yang disangkakan. Saranan diri mempunyai kuasa dan kekuatan dalam mempertingkatkan kemampuan minda dan memajukan diri. Eksperimen ahli-ahli neurologi menunjukkan sel-sel otak boleh dikembang dan dicergaskan melalui saranan diri dan rangsangan. Sel-sel otak yang diaktifkan akan menjadi lebih subur dan cepat tumbesarannya. Bilangan sel gila akan bertambah. Manakala hubungan antara saraf-saraf semakin kemas dan mantap. Proses ini akan memperkembangkan ketrampilan dan kecerdasan mental individu. Dr. Joseph Murphy, pakar Ilmu Pemikiran Bawah Sedar menceritakan perihal seorang wanita berusia 75 tahun, mempunyai tabiat memberi saranan yang negatif kepada dirinya. Dia selalu berkata, "Kekuatan ingatanku semakin melemah sekarang". Memang benar, lama-kelamaan ingatannya menjadi betul-betul lemah. Selepas belajar menggunakan kekuatan minda terpendam, dia mula membuat saranan diri yang positif. "Ingatanku bertambah baik dari hari ke hari. Aku mampu mengingati apa sahaja yang aku kehendaki pada sebarang masa dan tempat. Aku tidak akan lupa. Apa sahaja yang aku cuba ingatkan akan dapat diingati dengan tepat dan segera. Sekarang daya ingatanku meningkat dengan cepatnya pada setiap hari. Dalam tempoh yang singkat ingatanku akan bertambah baik, bahkan lebih baik daripada sebelum ini." Dia melakukan saranan diri dengan penuh keyakinan dan hasrat yang menyala- nyala pada setiap hari. Pada akhir minggu ketiga, ingatannya pulih seperti sediakala. Dia begitu gembira. Begitulah besarnya kesan kuasa saranan diri. Dalam melakukan saranan diri, anda bebas memilih ayat dan perkataan sendiri. Gunakan apa jua ayat yang dirasakan berkesan untuk mempergaruhi dan menyakin diri sendiri bahawa kita mampu memperolehi apa yang dihajatkan.AuraCorrector StickerAFTL AuraCorrector Sticker, berfungsi membuang memori yang tidak diingini sepertimemori-memori rencam dan sifat-sifat negatif yang bersarang di minda dan hati. Tubuhakan dipertenagakan semula dengan lebih banyak bioelektrik dengan menarik tenaga VNPAFTL melalui ciri Negative Entropy yang ada pada stiker ini.Menurut Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusof Husin M.D. (A.M.), Stiker AFTLAuraCorrector merupakan antena yang berfungsi menerima pancaran tenaga hayat yangsegar atau “fresh life energy” daripada “Sistem Propritori” kepunyaan AFTL TechnologySdn. Bhd, juga berupaya memperbaiki keupayaan dan kebolehan otak pengguna dari normal5% - 10% kepada melebihi 10%.
  • 29. TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN • Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat. • Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap. • Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri. • Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati. • Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya. CARA 18 - FAEDAH SEJARAH UNTUK KETAJAMAN FIKIRAN DAN KREATIVITI Anda akan menjadi seorang yang pintar dan bijak sekiranya rajin membaca, mengkaji dan menghayati ilmu sejarah. Kecerdasan bertambah. Akal menjadi semakin tajam, berpandangan jauh, cekap dan sentiasa memikirkan kesan jangka panjang bagi setiap tindakan , isu dan peristiwa. Anda berkemampuan membuat ramalan dan telahan yang tepat tentang sesuatu perkara, isu atau peristiwa. Mampu menghasilkan ulasan dan generalisasi yang bermutu tinggi. Sejarah boleh meransang, mengetuk dan mengerakkan otak kanan. Imaginasi dan pemikiran kreatif turut terasah. Ia juga membantu meningkatkan penggunaan kuasa otak sepenuhnya, di mana manusia hanya menggunakan hanya satu peratus dari potensinya yang sebenar. Kalau anda bercita-cita untuk mendapatkan kekuatan intelek, inilah rahsianya : BANYAK MEMBACA, MEMAHAMI, MERENUNG DAN MENGHAYATI SEJARAH. Bacalah apa jua jenis sejarah. Namun sebagai seoarang Muslim, eloklah dimulakan dengan menghayati sejarah Islam untuk mendapat faedah duniawi dan ukhrawi. Bacalah sejarah rasul-rasul, para nabi, sirah Nabi Muhammad s.a.w., para ssahabat baginda dan sejarah perkembangan umat Islam.Aura NursalamaAura Nursalama - produk berasaskan pati bunga-bungaan, berupaya membetul, membaikpulihdan memperkuat kuasa besi berani, seumpama bunga berupaya menarik kumbang, untukmenarik apa sahaja yang dihajati. Mencipta kehidupan yang lebih baik melalui undang-undang penarikan atau alam semesta yang sentiasa tepat. Direka bagi mengimbangi sistembioelektrik tubuh, agar kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum menjalani kehidupanseharian.Nursalama & Keberkesanannya  Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang.  Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keaadaan fokus dan bersemangat.  Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.  Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif.  Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.  Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.
  • 30. Juga sejarah umat terdahulu dan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban, tamadun dan budaya manusia. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin membaca, mengkaji dan menghayati sejarah Amerika, Rusia, China, Israel dan Serbia. Ini adalah kerana setiap negara, bangsa dan tamadun mempunyai keistimewaan, keunikan dan iktibarnya yang tersendiri. Lagipun pembacaan sejarah yang meluas dan pelbagai menjadikan skop minda bertambah luas dan terbuka. Sejarah boleh membantu meningkatkan kemahiran menganalisis, membanding, meramal dan membuat kesimpulan. Lebih jauh dari itu, sejarah juga boleh membantu meningkatkan kemahiran menggunakan logik dan kreativiti, meninggikan daya intelek dan ketajaman fikiran individu. CARA 19 - MENGASAH DAYA INGATAN DAN HAFALAN Kebolehan manusia menjadi kuat atau lemah dengan selalu menggunakan atau mengabaikannya. Ibarat seperti pisau kalau diasah selalu ia akan menjadi tajam. Kalau diabaikan, lama-kelamaan ia akan tumpul dan berkarat. Begitulah dengan daya ingatan manusia. Adalah menjadi kebiasaan ulama - ulama dahulu menghafal 6,666 ayat Al-Quran dan menghafal 10,000 hingga 100,000 hadis. Apakah rahsia mereka ? Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka berusaha mengasah dan menajamkan daya hafalan mereka sedari kecil lagi. Sekitar usia tujuh tahun mereka mula menhafaz Al-Quran dan dapat menghafaz keseluruhan pada usia 11 atau 12 tahun. Selepas itu mereka mula menghafaz puluhan ribu hadis, tafsir, nahu, sharaf, mantiq dan sebagainya. Imam Muhammad Husaini Az-Zibaidi telah menghafaz 4 jilid kitab Ihya Ulumuddin yang mengandungi sekitar 4,000 muka surat serta puluhan kitab lain. Imam Ahmad bi Hanbal pula menghafaz 1,000,000 hadis. Manusia pada zaman silam sukar untuk memperolehi buku kerana harga buku mahal dan jarang sekali orang yang mampu membelinya. Jadi mereka terpaksa memperolehi ilmu dengan jalan menghafal. Akitiviti menghafal ini mereka lakukan pada setiap hari selama bertahun-tahun.AFTL STUDENT SYNC dengan Teknologi Lebih Pantas Dari Cahaya direka khas untuk membinahologram diri bagi mengimbangi HATI, AKAL, TUBUH, ROH dan berupaya merubah diri ke arahWARAS FIKIRAN, TENANG HATI DAN SIHAT TUBUH.Minda adalah segala-galanya pada kehidupan manusia jika banyak perkara-perkara positif yangtersimpan banyaklah perkara-perkara yang mengembirakan mendatang dalam kehidupan. Malangnya,jika sebaliknya, banyaklah pula perkara-perkara buruk yang mendatang dan memerlukan pemulihan.AFTL STUDENT SYNC direka khas untuk memulihara minda pelajar yang ingin mencapaikecemerlangan dalam akedemik. Mengimbangi hati & minda dengan cara menapis membuang mindayang tidak sihat . Kesannya, pelajar tajam fikiran, sentiasa tenang hati, sihat, ceria dan cemerlang. Perlu diingatsistem ini bukan penganti kepada proses pembelajaran biasa.
  • 31. Daya ingatan manusia pada masa kini semakin lemah kerana kewujudan mesin- mesin pencetak menyebabkan buku boleh dijual dengan harga yang murah. Manusia tidak lagi menjadikan menghafaz sebagai aktiviti harian mereka. Segala- galanya mudah. Ilmu dan maklumat terdapat dalam pelbagai bentuk dan jenis ; akhbar, majalah, buku, telefon, televisyen, komputer dan lain-lain. Kini manusia tidak lagi bergantung kepada hafalan untuk memperolehi ilmu. Ilmu orang dahulu disimpan di dalam otak, manakala ilmu orang sekarang disimpan di dalam kitab. Apabila kebolehan menghafal diabaikan, lama-kelamaan memori kita menjadi tumpul. Sejarah menjadi saksi dan bukti kepada kekuatan daya ingatan yang luar biasa umat terdahulu. Orang buta mempunyai ingatan yang lebih kuat berbanding dengan orang-orang biasa atau orang pekak dan bisu. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai cara lain untuk memperolehi ilmu dan maklumat kecuali dengan mendengar kemudian mengingatinya di dalam hati. Mereka tidak dapat memperolehinya melalui penglihatan mahu pun pembacaan (kecuali segelintir yang mengetahui tulisan Braille). Daya ingatan mereka terasah dengan sendirinya tanpa disedari. Lama- kelamaan mereka memiliki daya ingatan yang kuat. Sesetengah daripada mereka mampu mengingati beberapa langkah yang diperlukan untuk berjalan ke kantin, dapur dan stesen bas. Inilah rahsia orang buta yang perlu diselami. Sekolah-sekolah pondok di Malaysia dan Indonesia masih lagi mempraktiskan sistem pendidikan tradisional yang sangat menekan hafalan. Pelajar-pelajar dikehendaki menghafal kitab-kitab tertentu secara keseluruhannya. Sudah lumrah, pelajar-pelajar ini dapat menghafaz keseluruhan kitab Matan Ajrumiah, Matan Qatrun Nada, Matan Al-Fiah dan kitab-kitab dalam pelbagai bidang seperti nahu, sharaf, fiqh, tasawwuf, hadis dan tafsir. Begitu juga pelajar-pelajar sekolah menengah agama kelolaan jabatan-jabatn agama negeri yang banyak menghafal, Ingatan mereka ternyata lebih baik berbanding dengan rakan-rakan dari sekolah menengah biasa.GeniusXtra GXTRAGeniusXtra & GXTRA, Produk makanan minda terkini AFTL - Penggunaan Teknologi VNP AFTLdipermudahkan lagi dalam bentuk makanan berasaskan 100% gula sukrosa / glukosa.Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajamingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semuaperingkat usia.Keberkesanan GXTRA  Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan.  Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur.  Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca.  Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan.  Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel.  Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf.  Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran.
  • 32. Untuk mendapatkan kekuatan hafazan, mulai hari ini anda boleh mula menghafaz:  Surah-surah Al-Quran yang lazim dibaca.  Hadis-hadis.  Kata-kata hikmah dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau Arab.  Peribahasa.  Sajak-sajak bermutu.  Perbendaharaan kata bahasa Ingeris, Pernacis, Mandarin, Melayu dan sebagainya.  Isi-isi penting sesuatu berita akhbar, rencana dan subjek untuk peperiksaan.  Rangkaikata-rangkaikata yang menrik dalam sesebuah artikel.  Istilah-istilah agama, komputer, ekonomi, undang-undang, psikologi dan sebagainya.  Nama anak-anak jiran, rakan dan saudara - mara.  Tarikh lahir anak-anak, anak-anak saudara dan anak-anak kenalan istimewa.  Nombor telefon yang agak kerap digunakan.  Nama-nama kementerian bersama menterinya.  Nama-nama pekerja di tempat anda bekerja. Jadikan menghafal sebagai kegiatan harian yang wajib bagi anda. Namun anda mestilah faham terlebih dahulu tetntang apa yang ingin dihafal. Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk aktiviti menghafal. Lebih lama masa yang diperuntukkan untuk mengasah hafalan, semakin tajamlah daya ingatan anda. Kalau anda benar-benar serius, berusngguh-sungguh dan konsisten terhadap amalan ini, tidak mustahil anda akan berupaya MENGHAFAL SEBUAH BUKU SELENGKAPNYA. Anda akan mampu menghafal setiap muka surat, perenggan dan ayat di dalam sesebuah buku. Ianya bukan mustahil.AuraCorrector StickerAFTL AuraCorrector Sticker, berfungsi membuang memori yang tidak diingini sepertimemori-memori rencam dan sifat-sifat negatif yang bersarang di minda dan hati. Tubuhakan dipertenagakan semula dengan lebih banyak bioelektrik dengan menarik tenaga VNPAFTL melalui ciri Negative Entropy yang ada pada stiker ini.Menurut Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusof Husin M.D. (A.M.), Stiker AFTLAuraCorrector merupakan antena yang berfungsi menerima pancaran tenaga hayat yangsegar atau “fresh life energy” daripada “Sistem Propritori” kepunyaan AFTL TechnologySdn. Bhd, juga berupaya memperbaiki keupayaan dan kebolehan otak pengguna dari normal5% - 10% kepada melebihi 10%.
  • 33. Pengetahuan sahaja tidak dapat mengubah diri anda. Yang pentingnya, anda mesti bertindak. Berlatihlah menghafal pada setaip hari. Kembangkan kebolehan yang terpendam di dalam diri anda. Supaya minat anda bertambah, apa yang hendak dihafal, biarlah sesuai dengan pekerjaan, minat, kecenderungan dan hobi anda. Kalau anda pelajar sekolah, hafallah isi-isi penting sesuatu subjek. Kalau anda ingin meningkatkan lagi penguasaan perbendaharaan kata (vocabulary) Bahasa Inggeris, bacalah akhbar atau artikel berbahasa Inggeris sambil menyemak dan menghafal erti perkataan yang tidak diketahui. Kalau anda seorang imam, hafallah surah-surah Al-Quran. Kalau anda seorang penyajak, hafallah sajak-sajak bermutu oleh penyajak terkenal. Kalau anda seorang pensyarah, hafallah istilah-istilah penting di luar bidang anda seperti istilah-istilah undang-undang, ekonomi, agama, perkomputeran dan sebagainya. CARA 20 - SENTIASA BERSAMA PEN DAN BUKU CATATAN Bukan menjadi rahsia lagi di mana ramai ahli perniagaan, ahli politik, akademik, penulis dan individu yang berjaya mengamalkan membawa pen dan buku catatan walau ke mana sahaja mereka pergi. Seorang cerdik pandai pernah berkata, "Sesiapa yang tidak membawa buku catatan di tangannya, maka hikmah (kebijaksanaan) tidak akan melekat di hatinya." Rasulullah s.a.w. juga pernah berpesan kepada sahabatnya, "Wahai Hilal bin Yasar, hendaklah kamu sentiasa membawa pen kerana kebaikan itu ada pada pen dan orang yang membawanya sehingga ke hari Qiamat." Pen dan buku catatan amat berguna untuk merancang program harian, merangka gagasan mengenai kerjaya dan kehidupan, menulis ilmu dan idea-idea yang tercetus secara mendadak di benak fikiran. Idea merupakan proses kreatif yang aneh. Ia muncul dengan tiba-tiba dan terus mengalir mencurah-curah jika anda sentiasa memikirkannya. Idea yang sangat berharga yang mungkin boleh menukarkan kehidupan anda akan terlepas begitu sahaja sekiranya anda tidak bersedia dengan pen dan buku catatan.Aura NursalamaAura Nursalama - produk berasaskan pati bunga-bungaan, berupaya membetul, membaikpulihdan memperkuat kuasa besi berani, seumpama bunga berupaya menarik kumbang, untukmenarik apa sahaja yang dihajati. Mencipta kehidupan yang lebih baik melalui undang-undang penarikan atau alam semesta yang sentiasa tepat. Direka bagi mengimbangi sistembioelektrik tubuh, agar kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum menjalani kehidupanseharian.Nursalama & Keberkesanannya  Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang.  Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keaadaan fokus dan bersemangat.  Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.  Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif.  Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.  Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.
  • 34. Menulis akan memaksa supaya otak kita berfikir. Ia mempunyai kuasa yang begitubesar untuk memaksa kita menumpukan fikiran dan berfikir secara tepat, jitu danbermakna terhadap sesuatu perkara. Amalan memaksa diri menulis menyebabkandaya konsentrasi meningkat manakala minda menjadi lebih aktif, cergas, danberkembang. Ia juga meransang otak, pemikiran dan meninggikan hikmah. Orangyang rajin mencatat ilmu dan idea sama ada yang dilihat, didengar dan dibaca atauyang muncul dari fikiran sendiri akan cepat menguasai ilmu dan hikmah. CARA 21 - MENGEMBANGKAN KEKUATAN KONSENTRASIKekuatan konsentrasi ialah kemampuan menumpu, memusat dan memfokuskanfikiran kepada satu perkara sahaja, tidak kepada perkara-perkara lain. Kekuatankonsentrasi ini berhubung erat dengan kekuatan mengingat dan berfikir. Salah satufaktor terbesar sindrom lupa ialah kerana lemahnya daya penumpuan ataukonsentrasi. Kelemahan daya penumpuan menyebabkan fikiran mudah beralih,menerawang dan diganggu oleh persoalan-persoalan lain. Apabila ianya berlaku,maklumat-maklumat yang diperolehi melalui pembacaan, penglihatan danpendengaran tidak dapat diingati dengan baik kerana ia tidak dapat didaftarkan kedalam sistem ingatan seseorang.Semasa konsentrasi terhadap sesuatu aktiviti, misalnya membaca, fikiran seseorangakan mengamati, memahami, menilai dan mengingati bahan bacaan tersebutdengan sangat baik. Individu yang memiliki daya konsentrasi yang tinggi mempunyaibeberapa kelebihan. 1. Tahap kefahamannya tinggi. Cepat dalam memahami sesuatu perkara. Dapat memahami pengertian yang tersurat dan tersirat. Memahami sesuatu perkara dengan terperinci dan detail. 2. Cekap memproses dan menganalisa maklumat yang diterima. 3. Kecekapan mengeluarkan kembali fakta-fakta yang diperlukan dengan tepat dan terperinci. 4. Kebiasaanya cemerlang dalam bidang yang diminati. 5. Kebolehan bekerja dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu aktiviti dalam tempoh yang lama. 6. Menghasilkan kerja, tugasan dan karya yang bermutu. 7. Kemahiran berfikir dengan pantas dan tepat. 8. Mindanya sentiasa bersedia dan cergas. 9. Memiliki daya ingatan yang sangat tinggi.
  • 35. LATIHAN MENGEMBANGKAN KEKUATAN KONSENTRASI Kekuatan konsentrasi boleh dilatih dan dikembangkan melalui pelbagai jenis latihan : 1. Letak segelas air di hadapan anda. Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam fikiran anda kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang boleh. Jika konsentrasi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan teruskan kembali konsentrasi. Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat di hadapan anda seperti TV, pasu bunga,jam dan sebagainya. 2. Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk pada jarak satu meter dari lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi dari 30 minit. Pada peringkat permulaan, mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu adalah fenomena biasa. 3. Letak jam di hadapan anda. Pusatkan tumpuan terhadap putaran jarum saatnya selama dua minit atau lebih. Apabila fikiran anda menerawang, berhenti sebentar dan mulakan kembali. 4. Solat dengan penuh konsentrasi dan khusyuk. Hayati setiap makna surah di dalam solat. Lebih baik dilakukan ketika solat sunat pada sebelah malam kerana fikiran kita pada ketika itu mudah khusyuk dan segala ibadah yang dilakukan adalah lebih berkesan. 5. Membaca Al-Quran dengan melihat pada terjemahannya serta menghayati sedalam-dalam maknanya. 6. Berlatih mencongak sifir matematik yang mudah di dalam fikiran seperti mencampur, menolak, membahagi dan mendarab nombor-nombor selama 20 minit pada setiap hari. Buku latihan matematik sekolah rendah boleh digunakan untuk tujuan ini. Alex Osborn telah berjaya membuktikan individu yang melakukan amalan ini selama 20 hari berturut-turut mampu meningkatkan daya tumpuan dan daya konsentrasinya. 7. Pendengaran secara imaginasi : Tutup mata, dengarkan bunyi-bunyi berikut secara imaginasi dan pertahankan bunyi tersebut seberapa lama yang mungkin. Sebelum itu cuba bayangkan situasi di mana anda pernah medengar bunyi tersebut. o Bunyi ayam berkokok. o Bunyi azan. o Bunyi enjin kenderaan milik anda.AFTL STUDENT SYNC dengan Teknologi Lebih Pantas Dari Cahaya direka khas untuk membinahologram diri bagi mengimbangi HATI, AKAL, TUBUH, ROH dan berupaya merubah diri ke arahWARAS FIKIRAN, TENANG HATI DAN SIHAT TUBUH.Minda adalah segala-galanya pada kehidupan manusia jika banyak perkara-perkara positif yangtersimpan banyaklah perkara-perkara yang mengembirakan mendatang dalam kehidupan. Malangnya,jika sebaliknya, banyaklah pula perkara-perkara buruk yang mendatang dan memerlukan pemulihan.AFTL STUDENT SYNC direka khas untuk memulihara minda pelajar yang ingin mencapaikecemerlangan dalam akedemik. Mengimbangi hati & minda dengan cara menapis membuang mindayang tidak sihat . Kesannya, pelajar tajam fikiran, sentiasa tenang hati, sihat, ceria dan cemerlang.Perlu diingat sistem ini bukan penganti kepada proses pembelajaran biasa.
  • 36. o Bunyi cerek yang sedang mendidih. o Bunyi siren ambulan. o Bunyi hujan lebat. 8. Penglihatan secara imaginasi : Tutup mata, abatangkan perkara-perkara yang berikut secara imaginasi dan pertahankan imaginasi tersebut selama yang boleh : o Anda sedang membaling bola. o Anda berada di halaman rumah anda. o Sahabat karib anda sedang ketawa. o Kapal terbang. o Permandangan di sebuah pantai. 9. Merasa, mencium dan melakukan pergerakan secara imaginasi. Pertahankan imaginasi tersebut selama yang mampu: o Bayangkan anda sedang mendayung perahu. o Bayangkan anda sedang mengayuh basikal. o Bayangkan anda sedang melakukan gerakan-gerakan dalam sembahyang.Mli o Menghidu bau durian. o Merasa kepedasan cili. Latihan-latihan ini menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Pada peringkat awal, anda tentu menemui kesukaran dan kesusahan kerana tidak dapat memusatkan daya penumpuan dengan sepenuhnya. Mungkin anda merasa sakit kepala dan jemu. Tetapi bersabarlah, lama-kelamaan anda akan dapat menguasai kemhairan membuat penumpuan dan menjadi individu yang memiliki daya konsentrasi yang hebat dan mapan. Lakukan mana-mana latihan di atas selama 20- 30 minit pada setiap hari secara konsisten.GeniusXtra GXTRAGeniusXtra & GXTRA, Produk makanan minda terkini AFTL - Penggunaan Teknologi VNP AFTLdipermudahkan lagi dalam bentuk makanan berasaskan 100% gula sukrosa / glukosa.Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajamingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semuaperingkat usia.Keberkesanan GXTRA  Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan.  Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur.  Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca.  Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan.  Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel.  Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf.  Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran.
  • 37. Selain meningkatkan kekuatan konsentrasi fikiran, latihan-latihan ini dapat menambahkan kreativiti dan mencergaskan fungsi otak kanan. Aktiviti-aktiviti ini menyuburkan keseluruhan neuron di dalam otak dan hubungan antara sel-sel glia semakin teguh. Ini menjadikan otak semakin aktif serta kuasa mengingat dan keupayaan menyerap pelajaran, ilmu dan maklumat bertambah. Selain itu, faedahnya yang lain ialah : • Mempunyai minat yang lama. • Sukakan perkara-perkara yang abstrak • Sering didatangi ilham, intuisi, bisikan dan gerak hati. • Kemampuan mengeluarkan idea-idea yang unik dan berkualiti. • Daya kreativitinya tinggi. • Selalunya pintar dan berkebolehan menyelesaikan masalah dengan cara yang unik dan berlainan daripada orang lain. • Memiliki daya ingatan yang sangat baik terutamanya pada perkara-perkara yang dimanati. TENIK-TEKNIK MENGUATKAN OTAK KANAN 1. Banyak membaca dan menghayati sejarah. 2. Banyak membaca pengetahuan umum (general knowledge) 3. Bermonolog. 4. Memperbanyakkan ekspedisi, pengembaraan, lawatan, berkelah dan melancong. 5. Selalu menyertai seminar, forum, pameran, ekspo dan lain-lain. 6. Menatap dan merenung Al-Quran. 7. Selalu melakukan latihan menguatkan konsentrasi. 8. Selalu berfikir secara kreatif. 9. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penciuman dan merasa secara imaginasi. 10. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta. 11. Memikirkan sesuatu kejadian, peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa. Belajarlah dengan alam semesta dan kehidupan ini.AuraCorrector StickerAFTL AuraCorrector Sticker, berfungsi membuang memori yang tidak diingini sepertimemori-memori rencam dan sifat-sifat negatif yang bersarang di minda dan hati. Tubuh akandipertenagakan semula dengan lebih banyak bioelektrik dengan menarik tenaga VNP AFTLmelalui ciri Negative Entropy yang ada pada stiker ini.Menurut Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusof Husin M.D. (A.M.), Stiker AFTLAuraCorrector merupakan antena yang berfungsi menerima pancaran tenaga hayat yangsegar atau “fresh life energy” daripada “Sistem Propritori” kepunyaan AFTL TechnologySdn. Bhd, juga berupaya memperbaiki keupayaan dan kebolehan otak pengguna dari normal5% - 10% kepada melebihi 10%.
  • 38. 12. Membaca, memahami, merenung dan menghayati isi Al-Quran sedalam- dalamnya. Fikirkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kandungannya. Lakukan begitu juga terhadap hadis-hadis Rasullullah s.a.w. 13. Bermain catur. 14. Suka berfikir dengan bertanya kepada diri-sendiri dengan menggunakan kata kunci apa, siapa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana. 15. Selalu menambah pengetahuan umum dengan membaca, mengikuti program-program berbentuk maklumat dengan menonton televisyen, mendengar radio, internet dan sebagainya. CARA 22 - MENINGKATKAN FUNGSI KEDUA-DUA BAHAGIAN OTAK TERUTAMA OTAK KANANPara penyelidik otak seperti Dr. Roger Sperry dan Dr. Robert Orstein mendapatibahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, digelar otak kiri dan otakkanan. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai tugas atau fungsinya tersendiri.Otak kiri berfungsi dalam mengingati ilmu, data dan fakta; menggunakan fikiranlogik, bahasa, matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lainkegiatan yang berbentuk akademik. Otak kana pula melibatkan imaginasi, khayalan,berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikirsecara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.Kaedah pendidikan di kebanyakan sekolah di seluruh dunia pada hari inimenekankan penggunaan otak kiri sahaja. Pengabaian fungsi otak kananmenyebabkan ia menjadi semakin tumpul dari hari ke hari. Faktor ini mengakibatkanramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu-individu yang memiliki otak kanan yang kuat. Walaubagaimanapun, otak kanan yangkuat menjadi kurang bermakna jika kita memiliki otak kiri yang lemah. Jadi kita perlumeningkatkan fungsi otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.
  • 39. Diantara keistimewaan yang dikecapi oleh individu yang memiliki otak kanan yang kuat : 1. Mudah menguasai ilmu kerohanian dan kebatinan. 2. Daya konsentrasinya sangat tinggi. 3. Kefahaman bahasa yang ulung. 4. Tidak pernah kering idea. 5. Kebolehan menghasilkan generalisasi yang tepat dan jitu. 6. Daya penelitian dan pengamatan yang tinggi. 7. Mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang yang diceburi. 8. Mudah memahami sesuatu yang abstrak (hakikat sesuatu). 9. Memiliki kekuatan berfikir (power of thinking). 10. Memiliki kemahiran belajar secara cemerlang (power of learning). 11. Memiliki tindakan dan tindak balas yang cepat (power of reflects).Aura NursalamaAura Nursalama - produk berasaskan pati bunga-bungaan, berupaya membetul, membaikpulihdan memperkuat kuasa besi berani, seumpama bunga berupaya menarik kumbang, untukmenarik apa sahaja yang dihajati. Mencipta kehidupan yang lebih baik melalui undang-undang penarikan atau alam semesta yang sentiasa tepat. Direka bagi mengimbangi sistembioelektrik tubuh, agar kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum menjalani kehidupanseharian.Nursalama & Keberkesanannya  Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang.  Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keaadaan fokus dan bersemangat.  Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.  Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif.  Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.  Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.
  • 40. CARA 23 – CARA 40 Terkandung Di Dalam Versi Lengkap RAHSIA OTAKCERDAS. Anda Boleh Dapatkan Ebook Versi Lengkap Ini Dengan MembuatPembelian Pakej Produk Pembangunan Diri Di Bawah Ini. Maklumat lanjut produk di http://www.idea-cyber.com