• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Infomasi kerjaya lepasan spm
 

Infomasi kerjaya lepasan spm

on

  • 3,314 views

lepasan spm, rujukan kerjaya, informasi spm, informas

lepasan spm, rujukan kerjaya, informasi spm, informas

Statistics

Views

Total Views
3,314
Views on SlideShare
3,314
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
63
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Infomasi kerjaya lepasan spm Infomasi kerjaya lepasan spm Document Transcript

    • PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYAAlhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkanpeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai kalangan remajalepasan SPM sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan,mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yangbelajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian yang lebih tinggi nanti.Keputusan peperiksaan SPM akan keluar tidak lama lagi.Mesti para pelajar lepasan SPM sekarangsedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar. Jadiapakata sebelum mereka mendapat keputusan SPM nanti, mereka semestinya dahulu perlu persiapkandiri mereka dengan maklumat-maklumat terkini mengenai peluang kerjaya.Mereka juga mesti tertanya-tanya bagaimana nak memohon kerjaya atau peluang pengajian? Prosedurpermohonan? Tidak mengapa, untuk permulaan apa kata anda baca sedikit mengenai pemilihan kursuspengajian selepas SPM. Mana tahu maklumat yang bakal diberikan sedikit sebanyak dapat membantumereka utamanya pelajar lepasan SPM dalam membuat persiapan selepas menerima keputusan SPM2010 kelak.Setelah menerima keputusan SPM nanti, tibalah masanya untuk para lepasan SPM memilih jalankehidupan yang seterusnya. Hal ini akan memfokuskan kepada proses pemilihan kursus pengajian keperingkat yang lebih tinggi.Objektif utama kepada proses membuat keputusan ini ialah satu keputusan untuk mengikuti kursusyang diharap paling bersesuaian dengan pelajar, mendapat restu dan sokongan daripada penjaga pelajarkhasnya ibu bapa. Restu itu penting untuk para pelajar kerana mereka akan sentiasa mendapatkeberkatan dalam hidup.Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Iaperlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telahberjaya dalam bidang berkaitan.Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha mendapatkan maklumatberkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuatkeputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.
    • Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui lamanweb rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus,risalah, majalah,buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI serta sumber-sumber yang lain.Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus atau kerjaya yang ingin diikuti?Adakah ia kejuruteraan, perubatan, perakaunan, ekonomi, sains atau sebagainya? Secara umumnyajawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang dimiliki oleh seseorangpelajar itu.Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalahberkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diripelajar setelah berjaya melaksanakannya.Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, pelajar boleh mengambilujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun Internet serta buku-buku panduan kerjaya yangTERKINI. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu denganpersonaliti diri pelajar.Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan iatidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinyadalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti. Namun, kursus pengajian yang bakaldiikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yangbakal diceburi kelak.Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh AgensiKelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursusdapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.Jadi untuk anda pelajar lepasan SPM khususnya,aspek ini perlu diberikan penekanan dahulu iaitumengenali dan memahami ciri-ciri utama dalam pemilihan kerjaya.MENGENALI DAN MEMAHAMI CIRI-CIRI UTAMA DALAM PEMILIHAN KERJAYA Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
    •  Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.Berikut yang diterangkan adalah tips-tips dalam pemilihan kerjaya. Mungkin banyak tips lagi yangterdapat, tetapi saya rasa ianya cukup untuk menerangkan keseluruhannya. Keputusan SPM bakal keluardan kita akan berjumpa lagi untuk bertanya mengenai keputusan SPM pelajar-pelajar kita nanti.Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini? Dapatkan rujukannya diLepasanSPM.ComTIPS KERJAYA SELEPAS SPMDi sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat danperancangan kerjaya selepas SPM. Tips dan maklumat berikut insyallah akan terus membantu andadalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.Anda dapat mengikuti serba sedikit apa yang akan diterangkan seterusnya.Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukanselepas tamat persekolahan peringkat menengah.Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlangdalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yangterpilih.Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad.Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-manainstitusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda.Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihankerjaya selepas SPM nanti.Keputusan anda kelak akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan.Jadi sebelum mengisiborang permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik,minat dan komitmen anda.Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuatsesuatu keputusan.
    • Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikirkembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiapkeputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh.Namun begitu,komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda. Jika andamempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan sertacara-cara untuk mencapai kejayaan hendaklah dibuat.Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu anda adalah penggerak utamakepada diri anda sendiri.Pembiayaan pelajaran semasa di IPT atau mana-mana institusi pengajian kelak sangat penting keranahampir kesemua tempat pengajian mengenakan bayaran yuran pengajian. Jika anda memilih untuk keinstitusi swasta,bayaran yuran pengajian mungkin agak tinggi namun terdapat pelbagai kemudahanuntuk mendapatkan pembiayaan. Pembiayaan sara hidup untuk tempat tinggal,makanan,buku dankegiatan lain harus juga diambil kira.Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar LepasanSPM. Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips danmaklumat daripada saya, saya yakin anda semua akan berjaya!!Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.comMengapa ramai pelajar cemerlang GAGAL mengikuti sebarang kursus kerjayaselepas SPM?Saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai satu topik yang membuatkan adik-adik kitaLepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya. Kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untukmengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?
    • Begitulah persoalan yang mungkin sedang menjadi tanda tanya kepada adik-adik sekalian. Ok, di sinisaya akan menyenaraikan 20 aspek mengapa kebanyakan bakal belia dan beliawanis lepasan SPM kitasering GAGAL.1) Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibu bapa.2) Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.3) Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.4) Ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.5) Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.6) Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.7) Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM.8) Ramai Pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.9) Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.10) Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.11) Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.12) Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.13) Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.14) Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.15) Semua perlu ingat!! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus.Rugi 1 tahun.16) Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.17) Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.18) Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.19) Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu.20) Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.
    • Itu adalah antara beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepasSPM. Insyallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajarlepasan SPM akan berjaya!Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.comDestinasi Sebenar Anda Selepas SPM ?Ramai di antara rakan - rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalambidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, merekajuga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya.Mereka dahulupun sentiasatertanya-tanya ke mana ye saya nak pergi selepas SPM ni?Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjayamelalui media massa, buku panduan kerjaya yang TERKINI, surat khabar dan seumpamanya pelajar yangberjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju masing-masing. Sukar untuk membuatkeputusan tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikitmengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.1. UniversitiPelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasimereka selepas SPM. Jika anda ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setarafsebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.
    • 2. Kolej MatrikulasiSekiranya anda gagal mendapat program asasi melalui UPU, janganlah bersedih. Anda masih bolehmembuat program foundation atau pengajian asas di matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikalatau Perakaunan.Sama saja dengan asasi. Selepas matrik, boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana andaakan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrik ada yang programnya setahun dan ada yangdua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda.3. Luar NegaraPelajar-pelajar yang mendapat biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, US, Australia,New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia.4. Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan.Jangan berputus asa sekiranya anda gagal UPU dan matrik. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran dipoliteknik-politeknik seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutuptarikh permohonan.Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaiktaraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP danILJTM, MLPK dan sebagainya.5. Kolej-kolejKalau beli newspaper sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej manayang bagus. Kalau nak sangat masuk kolej, saya rekemenkan anda masuk kolej-kolej yang ada nama sikitseperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susahnak dapat kerja.Saya syorkan anda mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan SainsKesihatan sebab banyak peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej yang menawarkanprogram diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra adaditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak.
    • 6. Tingkatan 6Ramai pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM.Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan?Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam diuniversiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma danmatrikulasi.7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA niboleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya.Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan ditawarkanmelanjutkan pengajian di kolej-kolej kejururawatan. Untuk kerja selain jururawat, saya tak berapa pasti.8. ALAMSesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlahmohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).9. Kursus KetenteraanBagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yangtinggi, bolehlah membuat permohonan ini. Terdapat banyak caranya dan anda boleh rujuk di laman webatau buku panduan kerjaya yang TERKINI yang berdekatan dengan anda.10. Kursus PenerbanganMesti ramai yang berminat dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang,pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya sepertijuruterbang, pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebihkepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.
    • 11. IPGBagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya inisememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa kelak. Walaupunagak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegalbiasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dannegara kelak.Akhir KataDalam pada pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian, ayuh amalkan jugasolat istikharah serta sentiasa berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusanterbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di dunia ini dan juga diakhirat kelak.Selain itu, tanamkan niat dalam diri untuk menjadikan kerjaya yang bakal dibina sebagai satu perjuangandalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah terhadap umat Islam. Umat Islam masa kinisememangnya memerlukan ramai pakar dalam segenap bidang untuk maju ke hadapan demi mencapaikhaira ummah.Insya-Allah, kita sebagai generasi belia Islam hari ini dapat memenuhi aspirasi ummah dengan menciptakecemerlangan dalam bidang yang diceburi.Konklusinya, berikut yang telah diterangkan adalah beberapa destinasi yang pelajar Lepasan SPM 2010boleh pilih. Banyak lagi sebenarnya tetapi ini pun sudah mencukupi untuk merangkumkan segalanya.Saya doakan anda berjaya kelak!!Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.com