Pandangan tokoh terhadap pendidikan

11,992
-1

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
11,992
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
273
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pandangan tokoh terhadap pendidikan

  1. 1. Pandangan Tokoh Ahli Falsafah Islam dan Timur Terhadap Pendidikan – Ibn Khaldun & Confucius
  2. 2. Tokoh Falsafah Islam – Ibn Khaldun
  3. 3. Ibn Khaldun (1332-1406)Tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi
  4. 4. Riwayat Hidup• Nama: Wali al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun.• Dilahirkan di Tunis tahun 1332 M dan meninggal dunia di Kaherah, tahun 1406 M.• Berasal dari keluarga berada dan merupakan seorang pakar sejarah Arab teragung.• Dikenali sebagai bapa sejarah kebudayaan dan sains sosial moden.• Orang terawal mengembangkan falsafah yang tidak berasaskan keagamaan dan terkandung dalam karya Muqaddimah (Pengenalan).• Mempercayai perkara yang dikurniakan Allah SWT boleh dibuktikan secara empirikal.
  5. 5. Pandangan Terhadap Pendidikan• Fokus kepada ilmu mistik dan teologi.• Terkenal dengan hasil kerjanya dalam falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat).• Penulisan al-Muqaddimah (Pendahuluan) adalah untuk mengenali fakta-fakta psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbang kepada kemajuan tamadun manusia.
  6. 6. • Menganalisis dinamika hubungan kelompok serta menunjukkan kepentingan al-Asabiyya (perasaan kekitaan) bagi mewujudkan tamadun baru serta meningkatkan kuasa politik.• Setiap orang mendapatkan ilmu pengetahuan melalui organ tubuh yang diberikan oleh Tuhan.• Tidak setuju dengan penggunaan kekerasan dalam mendidik anak-anak.
  7. 7. • Ilmu pengetahuan dibahagikan berdasarkan tingkat pemikiran. - Pengetahuan yang diperoleh hasil daripada memahami sesuatu perkara. - Pengetahuan tentang perkara yang harus dan tidak harus dilakukan.• Menurut Ibn Khaldun, ilmu pengetahuan sangat penting dan lebih mudah diperoleh dengan bantuan dan ajaran guru.
  8. 8. Tujuan Pendidikan• Memperlengkapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama melalui al-Quran dan al-Sunnah. Maka, potensi iman dapat dikuatkan.• Memperlengkapkan akhlak dan sosial manusia.• Memperlengkapkan manusia dengan asas latihan vokasional atau pekerjaan.• Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan pemikiran, seseorang dapat membuat pelbagai pekerjaan dan pertukangan atau vokasional tertentu.• Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenian, termasuk muzik, syair, seni bina dan lain-lain.
  9. 9. Hasil KaryaDalam bidang sejarah: - Universal History - Sejarah MaghribDalam bidang keagamaan: - Luhab al-Mahsul (Summary of the Result) - Shifa’ as-Sail (Healing of the Inquirer)
  10. 10. Tokoh falsafah timur – ConfuciusFalsafah pendidikan - konfusianisme
  11. 11. • Confucius – 551 – 479 SM.• Tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di negeri China di dinasti Chou pada zaman Chunqiu.• Berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung.• Dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan.• Nama sebenar: Kong Fu Tze.• Sejak kecil lagi minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang cina.• Mahir tentang ‘Li’ (susunan tingkah laku yang baik).• Orang cina yang pertama memperkenalkan pendidikan.• Pengikut: Mengzi, Xunzi, Hanyu.
  12. 12. • Pendidikan – membina tingkah laku manusia – berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.• “Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.”
  13. 13. • Pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambil kira status sosioekonomi atau kedudukan sosial.• Matlamat: menghasilkan individu berkebolehan serta bermoral tinggi.• Tujuan: – membimbing dan mendidik agar sentiasa bersedia menjadi generasi-generasi penerus bangsa. - mewujudkan manusia-manusia yang bermoral, pandai, dan mempunyai rasa tanggungjawab kepada masyarakat, bangsa dan negara.• Aspek kurikulum berfokus kepada Pendidikan Moral & buku-buku Confucius.
  14. 14. Pendidikan moral• Penekanan nilai • Hormat kepada ibu bapa (xiao) • Hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita (ti) • Ketekunan (min) • Kesetiaan (zhong) • Jimat cermat (jian) • Tolak ansur (rang) • Kebijaksanaan (zhi) • Keberanian (yong)
  15. 15. Buku-buku Confucius• Merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi dan kebudayaan. • Muzik • Puisi • Kesusasteraan • Sejarah • Kod Etika dan Tatacara Kelakuan yang Baik
  16. 16. • Pendidikan – alat mengekalkan nilai dan norma masyarakat, mengekalkan kebudayaan masyarakat untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan.• Fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati – diperkembangkan melalui proses pendidikan.• Setiap individu mempunyai potensi berbeza – beliau mengajar mengikut kebolehan individu.• Strategi: perbincangan
  17. 17. • Walaupun Beliau menekankan proses belajar sebagai suatu kepentingan untuk diri sendiri, di mana pada akhirnya terbentuk pengetahuan diri dan realisasi diri, namun beliau juga menyatakan bahawa kebanyakan orang akan memperoleh pendidikan sejati secara semulajadi.• menekankan bahawa pendidikan bukan hanya sebagai suatu kewajipan semata-mata, melainkan suatu cara untuk menjalani kehidupan ini.
  18. 18. KUMPULAN BUKU / KITAB AJARAN CONFUCIUSKitab ajaran Confucius yang utama -Empat Buku [Shi Shu] dan Lima Kitab [Wu Jing]
  19. 19. Lima Kitab (Wu Jing)• Lima Kitab merupakan kitab yang berasal dari era sebelum Confucius. Wu Jing terdiri dari I Ching (Kitab tentang Kejadian / Perubahan) , Shang Shu (Kitab tentang Sejarah), Shi Jing (Kitab tentang Sajak), Li Ji (Rangkaian Upacara), dan Chun Qiu (Riwayat Chun Qiu).
  20. 20. Empat Buku (Shi Shu)• Empat Buku merupakan suatu ajaran pokok yang ditulis oleh para pengikut Confucius sampai kehidupan Mencius.• buku panduan pembinaan diri dengan moral tinggi di dalam kehidupan keluarga, masyarakat, negara, dan dunia.• Empat Buku [Shi Shu]: Buku tentang Jalan Tengah [Zhong Yong], Buku tentang Jalan Besar [Da Xue], Buku Kumpulan Ujaran [Lun Yu] dan Pokok Pelajaran Mencius [Meng Zi], telah dipakai sebagai kurikulum pokok dalam pendidikan para pengikut Confucius selama berabad-abad sebelum kelahiran Chu Xi (1130 - 1200).
  21. 21. Buku tentang Jalan Besar / Da Xue• Da Xue menyatakan bahawa keamanan dunia tidak akan tercapai apabila seorang pemimpin negara tidak terlebih dahulu mengaturkan negaranya sendiri secara teratur.• Demikian juga tidak terdapat seorang pemimpin yang dapat melakukan hal tersebut sebelum tercapai keteraturan rumah tangganya.• Setiap individu haruslah mengolah sifat Kebajikan [Ren], Keadilan [Yi], Sopan Santun [Li], dan Kebijaksanaan [Zhi], tetapi sifat luhur tersebut sukar untuk dapat dibangunkan secara berkeseimbangan.
  22. 22. Buku Analects (Buku Kumpulan Ujaran / Lun Yu)• Dalam buku tersebut, Confucius berkata: • Belajar lebih intensif • Mengajar tidak memandang keturunan • Mengajar harus sesuai dengan kecekapan para murid • Mengajar hendak dianggap sebagai media hiburan • Mengajar hendak menggunakan kaedah yang tepat • Mengajar hendak tanpa mempunyai rasa segan • Mengajar hendak merupakan penilaian dari beberapa kes yang timbul • Mengajar hendak merupakan sesuatu yang lebih bermanfaat
  23. 23. Sumber RujukanTiada nama pengarang. Konsep Asas Falsafah. http://bakorlambok.tripod.com/workhop2/pengantar_pendidikan/ pengantar_topik_2.htm. Dilayari 8 Februari 2012.Utami Sulistyawati, 2008. Konsep Pendidikan Menurut Confucianisme Dalam Kurikulum Berbasis Kompetensi. http://udhiexz.wordpress.com/2008/08/02/konsep-pendidikan- menurut-confucianisme-dalam-kurikulum-berbasis-kompetensi/. Dilayari 8 Februari 2012.Tiada nama pengarang. Ajaran Confucius. http://community.siutao.com/showthread.php/1012-Ajaran- Confucius. Dilayari 8 Februari 2012.Tiada nama pengarang. http://zh.wikipedia.org/zh- hans/%E5%AD%94%E5%AD%90. Dilayari 8 Februari 2012.Tiada nama pengarang. Confucius. http://ms.wikipedia.org/wiki/Confucius. Dilayari 8 Februari 2012.
  24. 24. Tiada nama pengarang. Metode Pendidikan dalam Pandangan Tiga Ilmuwan Islam. http://tanbihun.com/pendidikan/metode- pendidikan-dalam-pandangan-tiga-ilmuwan-islam/. Dilayari pada 10 Februari 2012.Tiada nama pengarang. Pendidikan Islam Menurut Beberapa Tokoh Islam. http://www.scribd.com/doc/25179065/Pendidikan-Islam- Menurut-Beberapa-Tokoh-Islam. Dilayari pada 10 Februari 2012.Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin dan Zakiah Noordin, 2012. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Oxford fajar Sdn. Bhd.Choong Lean Keow, 2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
  25. 25. Sekian, terima kasih.
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×