Tutorial pembelajaran
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Tutorial pembelajaran

on

  • 4,340 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,340
Views on SlideShare
4,158
Embed Views
182

Actions

Likes
5
Downloads
127
Comments
0

1 Embed 182

http://mohdfazrirahim.blogspot.com 182

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Tutorial pembelajaran Presentation Transcript

  • 1. Tutorial PembelajaranBahasa MelayuSekolah Rendah Mohd Fazri bin Rahim 910427-06-5667 PISMP BM1 SEM 3
  • 2. Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahPENGENALAN TOPIK 1 TOPIK 2 TOPIK 3 TOPIK 4
  • 3. PERIBAHASA• Mengikut Za’ba, peribahasa ialah susunan cakap yang pendek, yang telah melekat di mulut orang ramai sejak zaman- berzaman.• Peribahasa merupakan sebahagian daripada khazanah sastera orang Melayu, yang tergolong dalam sastera lisan.• Peribahasa tidak diketahui penciptanya, kerana dalam masyarakat lampau individu tidak dipentingkan dan sesebuah karya menjadi hak milik kekal masyarakat itu sendiri.• Mengikut Za’ba, penerbitan ungkapan sesuatu peribahasa adalah asalnya dari individu atau sekumpulan manusia.
  • 4. • Bentuknya ringkas, tepat dengan maksud yang hendak dicapai dan mengandungi kebenaran, terbit daripada pengalaman sendiri atau yang telah diperhatikan berlaku pada orang lain.• Kemudian, apabila bentuk itu digemari orang lain, mereka pula menggunakannya berulang-ulang dan tersebar kepada orang lain.• Akhirnya, ia menjadi terkenal dan diwarisi secara turun-temurun.• Contoh peribahasa Melayu adalah seperti berikut: 1. Bidalan 5. Kiasan 2. Pepatah 6. Kata Hikmat 3. Perbilangan 7. Simpulan Bahasa 4. Perumpamaan
  • 5. Simpulan BahasaPENGENALAN OBJEKTIF CIRI-CIRIJENIS-JENIS AKTIVITI RUMUSAN
  • 6. Pengenalan SIMPULAN BAHASA• Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut.• Misalnya, kaki ayam, yang bererti ”tidak berkasut” dan panjang tangan yang bererti ’suka mencuri’.• Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.• Simpulan bahasa adalah gabungan dua perkataan biasa yang digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupan harian mereka.
  • 7. Pengenalan SIMPULAN BAHASA• Menurut Zaba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu: (a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur. (Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.) (b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya. (Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.) (c) Daripada kepercayaan orang ramai (Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya). (d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.)
  • 8. OBJEKTIF SIMPULAN BAHASA• Simpulan bahasa digunakan bagi menggantikan sesuatu perkataan yang kasar, bertujuan untuk menegur tetapi dalam erti kata yang halus.• Antara tujuan penggunaan simpulan bahasa ialah, ia sinonim yang memperkaya gaya tulisan. Contohnya "anak tunggal" untuk menggantikan seorang anak, "iri hati" untuk dengki dan "berat tulang" untuk si malas.• Simpulan bahasa membungai gaya penulisan. Contoh: "bunting padi", "cupak hanyut", dan "bunga bangsa".
  • 9. OBJEKTIF SIMPULAN BAHASA• Simpulan bahasa merumuskan konsep yang rumit seperti "Cina buta“• Sebagai contoh, penggunaan simpulan bahasa ”Cina buta” memberi gambaran mengenai seorang lelaki yang ingin merujuk kembali kepada isteri yang telah diceraikannya dengan talak tiga.• Untuk kembali kepada isterinya semula, beliau perlu mencari suami kepada bekas isterinya terlebih dahulu sebelum mendapatkan isterinya balik.• Sesungguhnya tujuan utama simpulan bahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala.
  • 10. CIRI-CIRI SIMPULAN BAHASA1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya: anak buah, buah tangan, dan lipas kudung. (Anak, buah, dan lipas ialah kata nama am)2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya: ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga. (Ajak, buat, dan pasang ialah kata kerja)3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya: besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati. (Besar, bodoh, dan kecil ialah kata adjektif)4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya: Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk. (Semua ini sebagai kata nama khas)
  • 11. CIRI-CIRI SIMPULAN BAHASA5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya: air pinang, batu buyung, dan makan bulan. (Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu)6. Simpulan Bahasa yang berkaitan dengan tubuh badan Contohnya: Gigi air, Hati batu, kecil hati, dan anak mata. Lihat contoh, hati batu bermakna seseorang yang degil dan tidak mahu mendengar kata.7. Simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan. Contohnya: Saudara anjing, akal kancil, ajak-ajak ayam, biawak hidup, buaya darat, darah ikan dan sebagainya. Lihat contoh, akal kancil menggambarkan seseorang yang sangat pandai.
  • 12. JENIS-JENIS SIMPULAN BAHASA1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya: ada angin (a) mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu. (b)sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya: Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu. muka talam, muka tebal, dan muka tembok.3. Adat istiadat seperti ”Anak emas” yang bermaksud anak yang disayangi ibubapa melebihi anak-anak yang lain.
  • 13. JENIS-JENIS SIMPULAN BAHASA4. Simpulan bahasa yang memaparkan kelakuan dan perangai seseorang seperti ”Berat tulang” iaitu orang yang pemalas.5. Simpulan bahasa jenis aktiviti pula menunjukkan aktiviti ataupun rancangan seseorang. Contohnya ”Makan angin” yang bermaksud seseorang yang ingin melancong ke luar negara.6. Simpulan bahasa jenis kebolehan pula digunakan bagi menunjukkan kepandaian dan ketidakpandaian seseorang. Contohnya, ”Ayam tambatan” bagi mengambarkan seseorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan7. Budaya hidup seperti cara hidup yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat seperti ”Ajak-ajak ayam” yang bermaksud seseorang yang tidak ikhlas memperlawa orang lain.
  • 14. AKTIVITI SIMPULAN BAHASA Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah. Semak jawapan
  • 15. JAWAPAN SIMPULAN BAHASA Berat Tulang
  • 16. AKTIVITI SIMPULAN BAHASA Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah. Semak jawapan
  • 17. JAWAPAN SIMPULAN BAHASA Mulut Tempayan
  • 18. AKTIVITI SIMPULAN BAHASA Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah. Semak jawapan
  • 19. Jawapan SIMPULAN BAHASA Panjang Tangan
  • 20. RUMUSAN SIMPULAN BAHASA• Simpulan Bahasa hanya terdiri daripada dua patah perkataan sahaja dan perkataan-perkataan tersebut ia dapat membawa makna yang lain dari makna asalnya apabila digabungkan.• Perkataan-perkataan tersebut merupakan benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia ketika itu hasil dari perbuatan manusia sendiri.• Simpulan bahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya melayu.• Keindahan simpulan bahasa merupakan cara sesuatu simpulan bahasa itu digunakan, yang membina minda.
  • 21. RUMUSAN SIMPULAN BAHASA• Tetapi pada masa kini, pelbagai simpulan bahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak simpulan bahasa seperti robot.• Simpulan bahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan simpulan bahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan simpulan bahasa masing-masing.• Selain itu, simpulan bahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
  • 22. BidalanPENGENALAN OBJEKTIF CONTOH AKTIVITI PENILAIAN RUMUSAN
  • 23. PENGENALAN BIDALAN• Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah ‘melekat di mulut orang ramai.• Kamus Dewan edisi keempat (2007), bidalan merupakan kata- kata yang sering kali disebut dan yang mengandungi nasihat, peringatan dan sebagainya.• Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu sejak dahulu lagi yang diamalkan dalam masyarakat Melayu ketika dalulu.• Bidalan juga merupakan susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu.
  • 24. PENGENALAN BIDALAN• Menurut Abdullah Hassan, bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.• Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti hendaklah, jangan, biar, lebih baik, harus dan usah.• Menurut Muhammad Said (1992) pula dalam bukunya mengatakan bidalan itu cakapan terus dan kiasan bercampur, kadang-kadang cakapan itu berlapis.• Jelas, bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.
  • 25. OBJEKTIF BIDALAN• Bidalan digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.• Bidalan juga mempunyai peranan yang sama sebagaimana puisi-puisi warisan Melayu yang lain baik dalam bahasa rasmi mahupun dalam kehidupan seharian mereka seperti untuk menegur, menyindir secara halus atau mengkritik.• Selain itu, bidalan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.
  • 26. OBJEKTIF BIDALAN• Dalam masyrakat Melayu hari ini bidalan terus berperanan sebagai alat sindiran dan teguran yang amat praktikal dalam konteks mengkritik dan menegur dengan redha yang halus.• Bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat diharapkan dapat menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.
  • 27. CONTOH-CONTOH BIDALAN1. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit Maksud: kerja yang dimulakan hendaklah diselesaikan.2. Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh Maksud: Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya.3. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga Maksud: Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.
  • 28. CONTOH-CONTOH BIDALAN4. Besar periuk, besarlah keraknya Maksud: semakin besar pendapatan, semakin besar perbelanjaannya.5. Biar tersengat, jangan tertiarap Maksud: lebih baik menanggung sedikit kesusahan daripada terus menderita.6. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga Maksud: merujuk orang yang sedikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.
  • 29. AKTIVITI BIDALANIsi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.1. Bertemu buku dengan ________.2. Ada _______ ada semut.3. Ada udang ________ batu.4. Baik _____ resmi padi, jangan bawa resmi _______.5. Belum duduk sudah ________. JAWAPAN
  • 30. JAWAPAN BIDALANIsi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.1. Bertemu buku dengan ruas.2. Ada gula ada semut.3. Ada udang disebalik batu.4. Baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang.5. Belum duduk sudah belunjur.
  • 31. PENILAIAN BIDALANBerikan maksud bidalan di bawah.1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.2. Alah bisa tegal biasa.3. Bumi mana tidak ditimpa hujan.4. Biar genting jangan putus.5. Biar lambat asalkan selamat. JAWAPAN
  • 32. JAWAPAN BIDALAN1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya jangan disangka orang yang pendiam itu atau tenang tidak berbahaya.2. Alah bisa tegal biasa pekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan.3. Bumi mana tidak ditimpa hujan setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan.4. Biar genting jangan putus lebih baik rugi kecil, jangan rugi besar.5. Biar lambat asalkan selamat membuat sesuatu kerja dengan berhati - hati
  • 33. RUMUSAN BIDALAN Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu dan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Bidalan ialah cakapan terus dan kiasan bercampur dan lebih kerap digunakan kerana mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran. Bidalan ialah kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.
  • 34. RUMUSAN BIDALAN Bidalan juga menunjukkan betapa orang Melayu begitu kreatif untuk menyampaikan sesuatu misalnya nasihat, kebijaksanaan, pengajaran atau isi hati dan perasaan jiwa mereka. Bidalan harus diketahui oleh masyarakat kini agar tidak pupus ditelan zaman. Langkah memasukkan bidalan dalam pembelajaran merupakan langkah yang cukup baik untuk terus menghidupkan peribahasa Melayu.
  • 35. PERUMPAMAANPENGENALAN OBJEKTIF UNSUR-UNSUR CONTOH AKTIVITI RUMUSAN
  • 36. PENGENALAN PERUMPAMAAN Perumpamaan juga mengambarkan kebijaksanaan masyrakat terdahulu kerana bahasa dan penggunaan kata yang digunakan begitu halus dan sopan bagi membuat perbandingan dengan sesuatu perkara. Perumpamaan merupakan sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan perkara yang berada di sekeliling kita. Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana, seperti, umpama, bak dan sebagainya sebagai kunci permulaan. Oleh sebab itu, masyarakat dapat membezakan antara perumpamaan dengan penggunaan kata peribahasa Melayu yang lain.
  • 37. PENGENALAN PERUMPAMAAN Perumpamaan merupakan satu gambaran yang menunjukkan bahawa masyarakat melayu terdahulu memiliki satu ketajaman minda dan kepekaan terhadap persekitaran sekeliling yang tinggi. Hal ini adalah kerana, setiap perumpamaan yang dibuat pasti akan mempunyai hubung-kaitnya dengan alam sekeliling. Contohnya perumpamaan itik tidak sudu ayam tidak patuk telah menggunakan unsur-unsur binatang bagi membuat perumpamaan ini. Oleh sebab itu, dapat ditegaskan disini bahawa perumpamaan yang dibuat oleh masyarakat terdahulu ada mempunyai kaitan dengan kebijaksaan dan alam sekeliling.
  • 38. OBJEKTIF PERUMPAMAAN Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009), perumpamaan digunakan untuk memberi teguran, nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran secara halus. Melalui penggunaan kata perumpamaan individu yang mendegar tidak mudah tersinggung. Oleh sebab itu, memang wajarlah penggunaan kata perumpamaan digunakan bagi mengelak pelbagai salah sangka yang akan timbul.
  • 39. OBJEKTIF PERUMPAMAAN Selain daripada itu juga, perumpamaan merupakan satu medium yang sangat sesuai untuk menyindir seseorang tanpa menyebabkan mereka merasa tersinggung. Hal ini adalah kerana, setiap baris ayat yang digunakan dalam perumpamaan hanya menggunakan perkataan yang banyak berkaitan dengan alam semulajadi. Setiap fitrah yang berlaku dalam kehidupan seharian diadaptasi dalam perumpamaan untuk memberi kesedaran kepada manusia.
  • 40. UNSUR-UNSUR PERUMPAMAANPenggunaan unsur binatang dalam perumpamaan• Jika diperhatikan kebanyakan perkataan perumpamaan banyak terdiri daripada unsur-unsur binatang.• Setiap kelakuan yang dilakukan oleh binatang akan diterjemahkan dalam penggunaan perkataan perumpamaan dan ditujukan kepada kehidupan seharian manusia.• Kata-kata yang berkisarkan kepada binatang ini mampu untuk menyedarkan kita mengenai adat dan cara kehidupan yang lebih teratur.• Contoh penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan adalah seperti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, bagai murai dicabut ekor sebagainya.
  • 41. UNSUR-UNSUR PERUMPAMAANPenggunaan unsur tumbuhan dalam perumpamaan• Unsur tumbuhan juga banyak digunakan dalam perumpamaan seperti pokok, daun, dahan dan sebagainya.• Perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ini menggunakan kaedah perbandinagan antara tumbuhan dengan sifat manusia atau disebut sebagai simile.• Contoh perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ialah laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.• Berdasarkan perumpamaan diatas dapat dilihat bahawa penggunaan bunga dedap itu digunakan bertujuan untuk mengambarkan sifat seseorang.
  • 42. UNSUR-UNSUR PERUMPAMAANPenggunaan unsur alam sekitar dan manusia dalam perumpamaan• Alam sekitar merupakan satu persekitaran yang paling rapat dengan manusia.• Oleh sebab itu, masyarakat terdahulu banyak menggunakan unsur alam sekitar dalam mencipta perumpamaan dan sebagainya.• Perumpamaan yang menggunakan unsur alam sekitar ialah bagai hujan jatuh ke pasir bermaksud sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak mengenang budi.• perumpamaan ada menggunakan unsur-unsur manusia ialah seperti anak muda jolong berkeris yang bermaksud keghairahan seseorang untuk menggunakan sesuatu yang baru diperolehinya
  • 43. CONTOH-CONTOH PERUMPAMAAN1. Seperti harimau menyembunyikan kukunya. Maksud: Orang yang menyembunyikan kelebihannya.2. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa.3. Seperti aur dengan tebing. Maksud: Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu.4. Seperti embun dihujung rumput. Maksud: Tidak kekal
  • 44. CONTOH-CONTOH PERUMPAMAAN5. Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang . Maksud: Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.6. Seperti lintah menghisap darah. Maksud: Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.7. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Maksud: Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
  • 45. AKTIVITI PERUMPAMAAN Berikan perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di sebelah. Klik untuk lihat jawapan
  • 46. JAWAPAN PERUMPAMAAN BAGAI AUR DENGAN TEBING
  • 47. JAWAPAN PERUMPAMAAN Berikan perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di sebelah. Klik untuk lihat jawapan
  • 48. AKTIVITI PERUMPAMAAN HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA
  • 49. AKTIVITI PERUMPAMAAN Berikan perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di sebelah. Klik untuk lihat jawapan
  • 50. JAWAPAN PERUMPAMAAN SEPERTI LIPAS KUDUNG
  • 51. RUMUSAN PERUMPAMAAN Perumpamaan merupakan satu bidang ilmu yang mempunyai makna yang tersendiri. Perumpamaan merupakan salah satu lambang kebijaksanaan dan ketajaman akal fikiran masyarakat terdahulu terhadap alam sekitar dalam mencipta perumpamaan. Namun demikian, masyarakat Melayu kini kurang menggunakan perumpamaan dalam kehidupan seharian mereka menyebabkan perumpamaan kian dilupakan.
  • 52. RUMUSAN PERUMPAMAAN Hal ini adalah kerana, kurangnya pengetahuan dan minat masyarakat terhadap penggunaan perumpamaan. Disamping itu juga, masyarakat kurang memahami makna dan erti kata perumpamaan menyebabkan mereka tidak berminat menggunakan perumpamaan dalam perbualan dan kehidupan seharian mereka. Poleh itu, penerapan penggunaan perumpamaan dalam diri pelajar sejak kecil lagi akan mewujudkan kesinambungan dalam penggunaan perumpamaan dan perumpamaan tidak akan luput walaupun zaman berubah.
  • 53. pepatahPENGENALAN OBJEKTIF CONTOH AKTIVITI PENILAIAN RUMUSAN
  • 54. PENGENALAN BAHASA KIASAN Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu. Ungkapan tersebut tidak pernah berubah, malah mempunyai cari-ciri puisi tradisional Melayu. Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada orang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalani kehidupan dan mengamalkan adat resam dengan lebih sempurna.
  • 55. PENGENALAN BAHASA KIASAN Biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan. Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.
  • 56. OBJEKTIF BAHASA KIASAN Pepatah digunakan untuk menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu sangat kreatif dan bijak dalam berkata-kata. Pepatah juga bertujuan untuk melatih pengguna atau penutur berfikir sebelum berkata-kata. Selain itu, pepatah juga digunakan untuk menyerikan lagi ayat dan menjadikan percakapan lebih sedap untuk didengar.
  • 57. CONTOH BAHASA KIASAN Air dicincang tidak akan putusErtinya: Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.Contoh ayat: Mereka itu walaupun teruk bergaduh, tentu akan berbaik- baik semula, bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus.
  • 58. CONTOH BAHASA KIASAN Ada batang mati, Ada cendawan tumbuhErtinya: Setiap negara ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing.Contoh ayat: Bila berada di rantau orang, jaga-jagalah diri itu supaya tidak menyalahi dengan kebiasaan di situ, kerana ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.
  • 59. CONTOH BAHASA KIASAN Makin murah Makin menawarErtinya: Makin diberi, makin banyak diminta.Contoh ayat: orang yang bersifat tamak tentulah selalu makin murah makin menawar bila dituruti kemahuannya.
  • 60. CONTOH BAHASA KIASAN Nasi sudah Menjadi buburErtinya: Sesuatu yang sudah musnah tidak boleh dibaiki lagi.Contoh ayat: kami tidak mahu terjadi nasi sudah menjadi bubur suatu masa nanti.
  • 61. AKTIVITI BAHASA KIASANBerikan maksud pepatah di bawah: (klik pada pepatah untuk lihat jawapan)1. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.2. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.4. Malam berselimutkan embun, siang berlindungkan awan.
  • 62. BAHASA KIASAN Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar- dengar. Maksud: Memperkatakan sesuatu hal biarlah berhati-hati Dan memilih tempat yang sesuai.
  • 63. BAHASA KIASANKerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya Maksud: Janji yang diucap mestilah ditepati
  • 64. BAHASA KIASANKe bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Maksud: Tolong menolong apabila membuat sesuatu pekerjaan sama ada susah atau senang.
  • 65. BAHASA KIASAN Malam berselimutkanembun, siang berlindungkan awan Maksud:Sangat miskin sehingga tidak mempunyai tempat berlindung atau berteduh.
  • 66. PENILAIAN BAHASA KIASANBina ayat berdasarkan pepatah di bawah: Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung. SEMAK CONTOH
  • 67. CONTOH AYAT BAHASA KIASAN Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung. Robert menjalani hidup mengikut adat resam penduduk setempat kerana baginya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
  • 68. PENILAIAN BAHASA KIASANBina ayat berdasarkan pepatah di bawah: BAGAIMANA ACUAN, BEGITULAH KUIHNYA. SEMAK CONTOH
  • 69. CONTOH AYAT BAHASA KIASAN BAGAIMANA ACUAN, BEGITULAH KUIHNYA. Perangai Ahmad saling tidak tumpah seperti ayahnya kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
  • 70. PENILAIAN BAHASA KIASANBina ayat berdasarkan pepatah di bawah: MASUK TELINGA KANAN, KELUAR TELINGA KIRI. SEMAK CONTOH
  • 71. CONTOH AYAT BAHASA KIASAN MASUK TELINGA KANAN, KELUAR TELINGA KIRI. Kini dia terjebak dalam kancah penagihan dadah kerana nasihat ibunya hanyalah sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
  • 72. RUMUSAN BAHASA KIASAN• Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu dan biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur- unsur pengajaran yang hendak disampaikan.• Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang berangkap dan ungkapan tersebut tidak pernah berubah, malah mempunyai cari-ciri puisi tradisional Melayu.• Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada orang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.