STPM SEJARAH KERTAS 2 : SEJARAH ASIABINCANGKAN ADAT MASYARAKAT TEMPATAN MYANMAR DAN VIETNAM.Pendahuluan    •   Menurut Kam...
II.   Adat menghadap raja               •   Pihak istana Myanmar telah menetapkan beberapa prosedur yang perlu            ...
•   Di samping itu, seseorang itu tidak akan mempunyai tempat, baik dari              segi kehidupan di dunia atau kerohan...
•   Bagi adat ini pula, tanah yang ada bukan menjadi hak milik individu atau                   hak perseorangan tetapi dik...
Disediakan oleh:                   Muhammad Fauzi bin YusofMuhammad Hafiz Asyrani bin Saiful Rahimi Chua
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Sejarah 2 (sejarah asia) adat masyarakat myanmar dan vietnam

3,505 views
3,338 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
3,505
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
40
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sejarah 2 (sejarah asia) adat masyarakat myanmar dan vietnam

  1. 1. STPM SEJARAH KERTAS 2 : SEJARAH ASIABINCANGKAN ADAT MASYARAKAT TEMPATAN MYANMAR DAN VIETNAM.Pendahuluan • Menurut Kamus Dewan, adat bermaksud peraturan yang lazimnya dilakukan sejak dahulu kala. • Adat merupakan simbol keseimbangan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam kerana masyarakat percaya bahawa kehidupan manusia ada kaitannya dengan alam sekitar dan adat berada antara alam dengan manusia. • Adat juga berfungsi mengawal perilaku masyarakat daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai masyarakat tersebut. • Konsep permuafakatan dan ikatan bekerjasama yang diamalkan dalam masyarakat di kebanyakan negara Asia banyak ditentukan oleh adat yang diamalkan. • Masyarakat tempatan di Myanmar dan Vietnam antara negara di Asia Tenggara yang mengamalkan sistem adat demi memastikan keadilan dan kebenaran diamalkan dalam sesebuah masyarakat.Isi-isi penting • Sistem adat di Myanmar I. Adat berhubungan dengan tanah • Masyarakat Myanmar amat menitikberatkan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan tanah. Oleh itu, berdasarkan adat tersebut tanah bukan sahaja dimiliki oleh seseorang individu sahaja tetapi turut dimiliki oleh keluarga, masyarakat dan raja. • Hal ini bertujuan untuk mengelakkan seseorang itu daripada disingkirkan dari masyarakat. Sebagai contoh, dalam bab hutang, apabila ada individu yang menghadapi masalah hutang ,individu tersebut boleh menjual diri atau ahli keluarganya untuk menyelesaikan hutang tersebut tetapi dia tidak dibenarkan untuk menjual tanah yang diusahakannya. • Tanah akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang mampu mengerjakannya. Proses ini tidak dilakukan secara turun temurun tetapi jika terdapat anak atau keturunannya yang boleh menunjukkan kemampuan untuk mengerjakan tanah tersebut maka tanah tersebut boleh kekal bersama mereka. • Terdapat amalan penyingkiran seseorang daripada tanah keluarga yang mana bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang buruk , menjamin hubungan kekeluargaan dan menstabilkan masyarakat Myanmar.
  2. 2. II. Adat menghadap raja • Pihak istana Myanmar telah menetapkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi oleh seseorang yang ingin menghadap raja termasuklah golongan bangsawan, rakyat jelata dan perwakilan daripada luar negara. • Antara prosedurnya, pelawat luar atau perwakilan asing perlu menunggu di perkarangan istana untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati tiga pintu gerbang yang dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan . • Sebagai contoh, pada zaman pemerintahan Raja Arakan, saudagar Belanda pernah menungu selama tiga jam sebelum dibenarkan masuk menghadap raja. III. Adat menanggalkan kasut dan menundukkan muka • Pihak istana Myanmar menegaskan setiap rakyatnya yang ingin memasuki kawasan istana perlu menanggalkan kasut dan juga perlu menundukkan kepala serta duduk bersila disebabkan mereka beranggapan bahawa istana dan kawasan persekitarannya merupakan kawasan larangan dan merupakan kawasan yang suci. • Larangan ini merupakan simbol penghormatan yang tinggi daripada rakyat kepada Raja mereka. • Perkara sebegini tidak pernah dipersoalkan oleh wakil-wakil asing seperti Kapten Michael Symes yang telah datang ke Arad dan Amaraputra pada tahun 1790 dan 1800. Namun begitu, 50 tahun kemudian, perkara protokol seperti ini telah dijadikan isu diplomatik yang rumit. • Adat menanggalkan kasut terhapus dengan pengenalan sistem pentadbiran British yang telah menghapuskan istana dan hierarki birokratik Myanmar.• Sistem adat di Vietnam I. Adat mengutamakan keluarga • Bagi masyarakat Vietnam, keluarga adalah asas terpenting dalam kehidupan. • Selain itu, masyarakat ini hanya mengakui seseorang itu sebagai ahli masyarakat kampung jika dia telah menjadi ahli keluarga dalam kampung tersebut.
  3. 3. • Di samping itu, seseorang itu tidak akan mempunyai tempat, baik dari segi kehidupan di dunia atau kerohanian jika dia tersingkir daripada keluarganya.II. Adat menjual anak atau menyewakan tenaga • Masyarakat Vietnam juga mempunyai adat menjual anak atau menyewakan tenaga mereka untuk mendapatkan wang. • Amalan ini dianggap sah kerana konsep kekeluargaan dalam ajaran Confucius menghendaki anak-anak mereka menerima tugas tanpa soal dan memberikan taat setia kepada bapa atau orang yang lebih tua. • Malahan, setiap ahli keluarga diharapkan dapat membantu sesama anggota keluarga. Mereka yang tidak bernasib baik akan dibantu oleh saudara mara mereka. Harta kekayaan juga akan dibahagi sesama ahli keluarga. • Adat ini jelas menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan menjadi keutamaan dalam masyarakat Vietnam.III. Adat perkahwinan • Dalam adat ini, seseorang anak lelaki tidak mempunyai kuasa untuk memilih calon isteri. • Hal ini disebabkan, mereka hanya akan menerima bakal isteri yang dicadangkan kepadanya. • Jika perkahwinan itu tidak dikurniakan dengan cahaya mata, suami tersebut dibenarkan untuk berkahwin lagi. Hal ini kerana, masyarakat Vietnam amat mementingkan hubungan kekeluargaan yang erat dan menghalalkan poligami.IV. Adat pemilikan tanah
  4. 4. • Bagi adat ini pula, tanah yang ada bukan menjadi hak milik individu atau hak perseorangan tetapi dikongsi secara beramai-ramai. • Seseorang anggota masyarakat yang mendiami dan mengusahakan tanah, tidak akan dihalau keluar daripada kampungnya. • Namun begitu, pemilikan tanah secara besar-besaran dikuasai oleh golongan pembesar dan pengutip cukai yang mana akhirnya telah menindas golongan petani. • Bagi mengatasi masalah ini, Maharaja Gia Long dan Maharaja Minh Mang telah berusaha mengatasi penguasaan pembesar terhadap tanah yang telah menyebabkan pentadbiran feudal di Vietnam menjadi lemah. • Maharaja Gia Long telah bertindak dengan menghapuskan pemilikan tanah secara besar-besaran dan melarang pegawai kerajaan mengutip cukai. Baginda juga telah mengukuhkan kuasa maharaja ke atas pemilikan tanah.Penutup • Kesimpulannya, adat merupakan peraturan tidak bertulis yang mesti dipatuhi yang mana mampu mencorak cara hidup sesebuah masyarakat. • Perbezaan antara adat masyarakat tempatan di Myanmar dan Vietnam melambangkan perbezaan budaya yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat dan secara tidak langsung melambangkan budaya sesuatu bangsa. • Namun, kedatangan pengaruh luar sedikit sebanyak telah mempelbagaikan lagi adat tempatan yang diamalkan oleh kedua-dua masyarakat ini.
  5. 5. Disediakan oleh: Muhammad Fauzi bin YusofMuhammad Hafiz Asyrani bin Saiful Rahimi Chua

×