Pengantar teks syariah 2 sifat orang munafik.

2,070 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,070
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
22
Actions
Shares
0
Downloads
30
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengantar teks syariah 2 sifat orang munafik.

  1. 1. Teks Pengantar Syariah 2 : Hadis Hukum Tajuk 7 : Sifat Orang MunafikPetikan Hadis ‫عن عبد ا بن عمرو قال قال رسول ا صلى ا عليه وسلم اربع من‬ ‫كن ففيه كان مناقا خالصا ومن كانت فيه خلة منهن كانت فيه خلة من‬ ‫نفاق حتى يدعها إذا حدث كذب وإذا عاهد غدر وإذا وعد أخلف وإذا‬ ‫.خاصم فجر‬Maksudnya: Daripada Abdullah bin Amru, katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: Empat perkarayang mana seseorang itu keempat-empatnya berada dalam dirinya, ia adalah seorang munafiktulin. Dan sesiapa yang dalam dirinya terdapat salah satu daripada empat perkara tersebut, iadikira memiliki salah satu daripada ciri atau sifat munafik sehinggalah ia meninggalkannya.Empat perkara tersebut ialah: Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji mungkiri, apabilamembuat perjanjian, ia melanggar perjanjian atau khianati, apabila bertengkar ia melampau(atau berbuat jahat).Sebab Wurud HadisSebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Khattabi, sebab wurud hadis tersebut adalah terhadapgolongan atau orang munafik. Walaubagaimanapun, dengan keluhuran budi pekerti dan sifatkebijaksanaan baginda, baginda tidak menyatakan dan menunjukkan kepada para sahabatnama-nama orang munafik yang dimaksudkan tetapi hanya menjelaskan sifat-sifat utamamereka.Huraian Terperinci a) Sejarah dan Hakikat Nifaq Sejarah nifaq dan golongan munafik yang berlaku ialah nifaq terhadap kerasulan nabi Muhammad s.a.w. sama ada sewaktu baginda masih hidup atau selepas kewafatan baginda. Menurut sejarahnya, sebelum baginda berhijrah ke Madinah, belum wujud lagi golongan munafik. Pada waktu itu, yang wujud hanya golongan kafir dan beriman sahaja. Kumpulan majoriti umat manusia memeluk Islam dan mengakui beriman zahir dan batin serta memeluk Islam menurut pilihan mereka sendiri dan penuh ikhlas.
  2. 2. Namun,terdapat segelintir mereka menzahirkan Islam secara terpaksa dan sudut batinnya kafir. Mereka inilah yang disebut golongan munafik. Keadaan manusia yang wujud pada waktu itu dapat dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu: i. Golongan mukmin yang beriman sepenuh jiwa. ii. Golongan kafir yang jelas menyatakan kekufuran mereka. iii. Golongan munafik, iaitu mereka yang sudut zahirnya mengakui beriman, namun batinnya adalah kufur.b) Konsep nifaq dan Bandingan Golongan Munafik Secara asasnya, nifaq ialah golongan yang mendustakan atau berdusta terhadap iman dari sudut hati mereka dan membenarkan Islam dengan lidah mereka. Golongan munafik terdapat dua golongan seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran yang dibandingkan dalam surah al - Baqarah dalam bentuk perumpamaan. i) Perbandingan seperti orang yang menghidupkan api. ii) Perumpamaan iaitu orang yang berada atau lemas dalam air.c) Pengertian Nifaq dan Pendapat Ulama Menurut pengertian istilah syarak, nifaq itu dihubungkaitkan dengan iman dan nifaq dari sudut iman. Maksud orang munafik ialah: i. Mereka yang keluar daripada iman dari sudut batinnya selepas ia beriman atau mengaku beriman secara zahir. ii. Mereka yang berpura-pura beriman sedangkan hati dan sanubarinya kufur ingkar. Berdasarkan keadaan golongan ini yang bermuka-muka dengan Islam, ulama Ahl al- Sunnah wa al-Jama’ah menyatakan hukum terhadap mereka yang dalam dirinya terhimpun nifaq dengan iman ialah: i. Seandainya dalam diri mereka asalnya nifaq, maka mereka itu digelar munafik atau nifaq besar dan munafik tulen. Mereka ini ditempatkan dalam neraka yang paling bawah. ii. Sekiranya dalam diri mereka itu asalnya beriman dan nifaq itu adalah sebahagian iman yang ada dalam hati mereka, mereka adalah nifaq kecil dan bukan munafik tulen. Mereka hanya dikira sebagai mukmin yang berdosa dan munafik sudut amal sahaja serta tidak terbatal iman.
  3. 3. Ibn Kathir menyatakan bahawa: Orang yang beriman ada dua kumpulan iaitu : orang yang muqarrabun ( ‫ ) مقربون‬dan abrar ) ‫.) ابرار‬d) Pembahagian Golongan Munafik dan Sikap Muslimin Keadaan orang munafik dari sudut zahir dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu: I. Mereka yang menyembunyikan keadaan nifaq mereka dan tidak menyatakannya. Golongan munafik bahagian ini tidak menzahirkan nifaq mereka atau kekufuran dan berkekalan sehingga hari Kiamat. II. Mereka iaitu munafik yang telah jelas bukti mereka itu munafik. Mereka ini munafik tulen dan hukum terhadap mereka adalah boleh memerangi dan membunuh mereka seperti memerangi orang murtad. III. Mereka yang mana tidak ada bukti jelas daripada syariat. Hal ini kerana, mereka mengambil dan menjadikan iman itu sebagai tempat berselindung. Untuk itu mereka hendaklah dihukum menurut zahirnya iaitu mereka beriman dan ditinggalkan keadaan mereka menurut zahir syariat.e) Faktor Nifaq dan Munafik Menyembunyikan Kekufuran Terdapat beberapa faktor utama perkara ini berlaku, antaranya: I. Disebabkan orang munafik takut kepada orang beriman; mereka mengakui beriman hanya di hadapan orang beriman sahaja, namun apabila kembali bersama sekutu mereka, mereka menyatakan bahawa mereka hanya memperolok-olokkan orang beriman sahaja. II. Mereka ingin menipu orang beriman dan menipu Allah. III. Terdapatnya perasaan hasad dengki dalam diri orang munafik terhadap orang beriman. IV. Mereka ingin memperolok-olokkan orang beriman. V. Orang munafik itu benci dan menganggap orang yang beriman bodoh serta sia- sia. VI. Orang munafik ingin terus bersama sekutunya dan takut kepada orang beriman.
  4. 4. f) Bahaya dan Balasan Terhadap Orang yang Munafik Antara balasan yang dijanjikan oleh Allah kepada golongan munafik ialah: I. Allah akan memperli golongan tersebut dan membiarkan mereka dalam kesesatan serta meraba-raba mencari jalan kebenaran. II. Jenayah orang yang munafik diharamkan untuk disembahyangkan oleh umat Islam kerana mereka merupakan golongan yang kufur. III. Orang munafik dikenakan azab yang mana akan menimpa mereka sewaktu dari dalam kubur lagi dan azab sebagaimana yang dijelaskan oleh Qatadah iaitu disediakan azab yang paling pedih dan ngeri di neraka yang paling bawah sekali. IV. Disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi. V. Orang munafik tidak akan diampun dosa mereka oleh Allah walaupun nabi bertaubat meminta ampun bagi mereka. VI. Orang munafik mendapat balasan azab neraka yang mana mereka kekal didalamnya serta mendapat laknat Allah. VII. Orang munafik perlulah dilayan dengan kasar serta bertindak keras kerana mereka sekutu orang kafir.g) Sifat Buruk Orang Munafik I. Orang munafik tidak ada pendirian yang teguh atau tidak istiqamah dalam iman atau kufur. Mereka langsung tidak memihak kepada orang kafir mahupun orang beriman. II. Orang munafik tidak kira lelaki atau perempuan sama-sama menyuruh kea rah kemungkaran dan menegah kebaikan. III. Orang munafik bersifat bakhil dan kedekut. IV. Orang munafik tidak mensyukuri nikmat Allah, tidak mengingati Allah serta tidak beribadat kepada Allah. V. Mereka melakukan perbuatan keji, maksiat dan dosa besar sesuai dengan keadaan mereka yang merupakan golongan fasik. VI. Orang munafik sentiasa mengharapkan orang Islam atau muslimin kalah dalam peperangan melawan kafir. VII. Mereka melakukan bencana, kerosakan dan kemusnahan di muka bumi ini. VIII. Orang munafik juga menunaikan sembahyang dalam keadaan malas, khasnya sembahyang Isyak dan Subuh serta mereka tidak ikhlas dalam ibadat. IX. Mereka sentiasa memperli nabi Muhammad s.a.w. dan apa-apa yang dibawa oleh baginda.
  5. 5. h) Hukum Antara hukum yang dapat diistinbatkan daripada hadis tersebut ialah: I. Haram menyembahyangkan jenazah orang munafik. II. Haram meminta ampun untuk golongan munafik. III. Munafik dari sudut akidah akan diazab dan ditempatkan dalam neraka yang kekal kedalamannya. IV. Orang munafik sudut amalan tidak gugur imannya, namun mereka ditempatkan dalam neraka mengikut kadar maksiat dan dosa, jika tidak mendapat keampunan. V. Golongan munafik adalah sia-sia amalan mereka.
  6. 6. Oleh: Muhammad Fauzi bin Yusof

×