Your SlideShare is downloading. ×
Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah                       Menengah Teknik Dar...
sumber kewangan dan peralatan di sekolah itu. Kejayaan program akademik di peringkat sekolahbergantung kepada guru dan pen...
3. Ia juga dapat menyedarkan para guru bahawa inovasi dalam pendidikan amat penting      untuk memperbaiki sistem pendidik...
Instrumen KajianInstrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Pengkaji akan mengedarkan satuset borang soa...
Menurut Mohd Najib (1999), jika pekali Alpha Cronbach diantara 0.8 hingga 1.0menunjukkan item kajian boleh diterima dan ti...
Perbincangan        Matlamat kajian ini adalah untuk melihat inovasi pengajaran dan pembelajaran dalamkalangan guru-guru t...
guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka. Tanpa pembinaan ilmu dalam inovasipengajaran dan pembelajaran, matl...
Krejrie, R.V and Morgan D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Education and        Phyclogical Measurement. Ba...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru

1,561

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,561
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
69
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru"

  1. 1. Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru Yahya Bin Buntat & Lailinanita Binti Ahamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MalaysiaAbstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti inovasi pengajaran dan pembelajarandalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Kajian ini memfokuskan kepada empataspek iaitu pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, jenis latihan yang telahdiikuti oleh guru-guru teknikal, faktor-faktor yang menjadi halangan dan juga peluang-peluangatau galakan kepada guru-guru teknikal dalam melaksanakan inovasi pengajaran danpembelajaran di sekolah. Seramai 40 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengahteknik di negeri Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawaguru-guru teknikal mengamalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru juga dibekalkan dengan beberapa latihan untuk membantu melaksanakan inovasipengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun demikian, masih terdapat segelintir guru yangmenghadapi masalah tentang bagaimana hendak melaksanakannya. Bagaimanapun, guru-gurujuga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah dalam melaksanakan inovasipengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan berkesan.Katakunci : inovasi pengajaran dan pembelajaran, guru teknikal, perspektif guruPendahuluan Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran danpembelajarn yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan danmatlamat kita. Bagi mencapai kecemerlangan semestinya tidak boleh lari dari peranan yangdimainkan oleh guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalampendidikan. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran danpembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru-guru kreatif dan inovatifmemainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru perlu membebaskan diridaripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Seperti kaedahchalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood (2003). Arus perubahan yang berlaku di negara kita menjadikan proses mendidik pelajar-pelajarbertambah kompleks. Justeru, matlamat utama pendidikan masa kini ialah membentuk generasimuda yang mampu menangani cabaran pesat perubahan pembangunan. Pada masa yang samapara pendidik juga harus membantu pelajar-pelajar supaya dapat mengimbangi kesejahteraanmental dan emosi yang boleh menjurus kepada pembentukan tingkah laku yang sihat. Matlamatini boleh dicapai jika guru-guru hari ini sedar akan segala perubahan yang berlaku dan tahubahawa perubahan ini memerlukan penyesuaian dari berbagai aspek termasuk tanggungjawab,beban tugas, penambahan pengetahuan yang harus dipertingkatkan, serta peranan yang harusdimainkan. Yang pastinya, perubahan yang berlaku hasil daripada cabaran pesat pembangunanmembawa lebih banyak cabaran yang boleh menggugat keupayaan seorang guru untuk bertugassebagai pendidik yang berkesan. Perancangan pengurusan kakitangan profesional merupakan satu alat untukmemperkembangkan lagi potensi manusia sebenar. Sekolah tidak akan berjaya tanpa wujudnyakakitangan profesional yang mahir dan cekap mengendalikan sumber tersebut walaupun terdapat
  2. 2. sumber kewangan dan peralatan di sekolah itu. Kejayaan program akademik di peringkat sekolahbergantung kepada guru dan pentadbir dan pengetua yang profesional. Profesional yang efektifbergantung kepada perancangan pengurusan kakitangan yang efektif.Penyataan Masalah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan kepada semua pihak sekolahsupaya melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi tujuanmeningkatkan sistem pendidikan di negara ini. Namun demikian, inovasi dalam pengajaran danpembelajaran seperti yang disarankan masih sukar dilaksanakan di sekolah. Berdasarkan dalambab sorotan kajian didapati bahawa terdapat halangan bagi guru-guru untuk melaksanakaninovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aspek halangan yang telah dikenalpastiadalah seperti pengamalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, jenis latihan yang telahdiikuti oleh guru, faktor-faktor yang menjadi halangan dalam melaksanakan inovasi dalampengajaran dan pembelajaran dan juga peluang atau galakan kepada guru-guru untukmelaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, satu kajian dijalankan keatas empat aspek halangan tersebut bagi mengenalpastipunca-punca masalah yang menyebabkan sesuatu inovasi itu mengalami kesukaran serta tidakdapat dilaksanakan seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ).Objektif Kajian Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat inovasi pengajaran dan pembelajarandalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Di antara objektif kajian yangdijalankan adalah untuk : 1. Mengenalpasti pengamalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh guru-guru teknikal. 2. Mengenalpasti jenis latihan yang telah diikuti oleh guru-guru teknikal bagi membantu mereka untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah 3. Mengenalpasti faktor –faktor yang menjadi halangan guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 4. Mengenalpasti peluang-peluang atau galakan kepada guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Kepentingan Kajian Kajian ini berhasrat untuk memberi implikasi yang penting terhadap proses penggubalankurikulum berdasarkan pandangan penggubal dan pelaksana serta memperlihatkan faktor-faktoryang boleh menyebabkan kesukaran yang wujud dalam pelaksanaan sesuatu inovasi dalampengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, kajian ini mempunyai kepentingan yang lain seperti : 1. Berguna kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sedikit sebanyak dapat membantu secara adil mengenai proses penggubalan kurikulum baru berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelaksana iaitu guru. 2. Inovasi dalam kurikulum dapat diubahsuai mengikut punca-punca masalah yang dikenalpasti oleh guru yang menyebabkan berlaku kesukaran dalam pelaksanaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  3. 3. 3. Ia juga dapat menyedarkan para guru bahawa inovasi dalam pendidikan amat penting untuk memperbaiki sistem pendidikan selari dengan kemajuan teknologi dan ekonomi yang pesat membangun di Negara ini. 4. Dapat memperbaiki kelemahan guru supaya menjadi seorang pendidik yang berjaya melahirkan insan yang cemerlang.Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian membimbing penyelidik kearah mendapatkan maklumat dan databerhubung dengan tajuk kajian yang dijalankan. Kajian ini menggunakan dua kaedahpenyelidikan iaitu kaedah kualitatif dan juga kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif ini hanyadigunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan khusus-khusus khas yang pernahdiikuti oleh guru-guru teknikal. Maklumat yang diperolehi dijadikan sebagai item dalampersoalan kedua. Manakala kaedah kuantitatif digunakan untuk mengumpul data-data yang dikajidengan menggunakan borang soal selidik. Mohd Najib ( 2003 ) menyatakan bahawa kaedah tinjauan menerusi penggunaan soalselidik telah banyak digunakan kerana ia merupakan cara yang berkesan dan praktikal untukmendapatkan maklumat. Soal selidik ini mengandungi item kajian penyelidik dan lazimnya itemtelah disusun secara rawak. Disamping itu, responden boleh menjawab soal selidik secara sertamerta kerana kriteria kesahan dan kebolehpercayaannya adalah tinggi. Fokus kajian adalah terhadap guru-guru teknikal di empat buah Sekolah MenengahTeknik di negeri Johor. Pengumpulan maklumat daripada sampel dilakukan melalui penggunaanborang soal selidik. Data kajian adalah berdasarkan skor-skor responden terhadap item-item yangdikodkan semula.Populasi Dan Sampel Kajian Populasi kajian ini terdiri daripada semua guru-guru teknikal dari empat buah sekolahteknik di negeri Johor. Seramai 45 orang guru teknikal telah dikenalpasti di empat buah sekolahmenengah teknik yang terlibat. Berdasarkan jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W. (1970), bagipopulasi seramai 45 orang perlu mengambil sekurang-kurangnya seramai 40 orang dijadikansebagai sampel kajian. Jenis sampel yang digunakan adalah jenis sampel rawak mudah dimanaguru-guru teknikal yang dipilih adalah guru-guru dari jurusan teknikal yang mengajar samadasubjek pengajian kejuruteraan mekanikal, elektrik, awam atau mengajar subjek lukisankejuruteraan. Jadual 1 : Kadar Menentukan Jumlah Sampel Daripada Populasi
  4. 4. Instrumen KajianInstrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Pengkaji akan mengedarkan satuset borang soal selidik kepada setiap responden. Syed Arabi (1992) berpendapat bahawapemilihan kaedah ini amat sesuai digunakan, praktikal, berkesan dan menjimatkan masa. Dengancara membuat kod, data dapat ditukar kepada simbol angka yang boleh dihitung. Dengan adanyasoal selidik ini juga penyelidik lebih yakin untuk menjalankan kajian kerana : 1. Pengkaji dapat berhubung terus dengan responden 2. Pengkaji berasa yakin bahawa data dan maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini adalah lebih tepat kerana responden dapat memberi tindakbalas yang baik terhadap aspek yang ditinjau. 3. Soal selidik ini mudah dijawab kerana jawapan telah pun diberikan. 4. Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan pengkaji.Kajian Rintis Bagi memastikan keberkesanan instrumen, kajian rintis perlu dijalankan terlebih dahulubagi melihatkan kepercayaan responden menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. MenurutMohd. Majid Konting (1990), kebolehpercayaan akan memberi darjah kekekalan instrumenpengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusanyang sama atau hampir sama setiap kali ia digunakan dalam situasi setara. Mohamad NajibAbdul Ghafar (1999) menyatakan bahawa soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik perlu diujiuntuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaan seterusnya dapat mambantu untuk mencapaiobjektif kajian. Kajian rintis adalah bertujuan untuk : 1. Mengetahui sejauh manakah kesesuaian penggunaan instrumen kepada responden kajian ini. Terutamanya tertumpu kepada penggunaan istilah dan struktur ayat. 2. Mengetahui sejauh manakah responden memahami setiap penyataan dan soalan ujian yang digunakan. Ini dilakukan dengan membenarkan responden bertanya kepada penyelidik. 3. Mengetahui sejauhmanakah responden memahami kehendak soalan. 4. Menguji kesahan dan kebolehpercayaan tentang soalan-soalan yang dibina. Kajian rintis dijalankan oleh pengkaji sebelum menjalankan kajian yang sebenar. Setelahdisahkan kelayakan soal selidik, kajian rintis akan dilaksanakan kepada 15 orang guru yangmengajar subjek teknikal di Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung, Perak. Untuk memastikan isi kandungan soalan kajian yang dibina adalah bersesuaian danmenepati objektif kajian yang hendak dikaji, penyelidik telah menyerahkan kertas soal selidikkepada guru yang berpengalaman untuk disemak dan mendapatkan kebolehpercayaan terhadapinstrumen kajian yang dibina. Untuk menguji tahap kebolehpercayaan bagi instrumen kajian yang dibina, penyelidikmenganalisis instrumen tersebut berdasarkan nilai Alpha Cronbach yang dperolehi. Nilai pekali(reliability coefficient) bagi setiap persoalan kajian yang diperolehi adalah seperti berikut : (a)pengetahuan guru-guru teknikal tentang inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah =0.839, (b) latihan yang diperolehi guru-guru teknikal untuk membantu melaksanakan inovasipengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.813 (c) faktor-faktor yang menjadi halangan guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.914 dan(d) peluang-peluang yang menggalakkan guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasipengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.844
  5. 5. Menurut Mohd Najib (1999), jika pekali Alpha Cronbach diantara 0.8 hingga 1.0menunjukkan item kajian boleh diterima dan tidak perlu ditukar seperti yang terdapat dalamjadual 2 di bawah. Jadual 2 : Pekali Alpha Cronbach Berdasarkan analisis yang didapati, purata nilai pekali Alpha Cronbach adalah 0.853. Inimenunjukkan bahawa semua item kajian sesuai digunakan sebagai instrumen kajian sebenar.Analisis Data Berdasarkan jadual 3 item pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolaholeh guru-guru teknikal ini didapati bahawa kesemua item berada pada tahap yang tinggi iaitumemperoleh skor min tertinggi melebihi 3.661, kecuali item kelima dan item ketujuh yangmasing-masing mempunyai skor min pada tahap sederhana iaitu 3.62 dan juga 3.45. Kedua-duaitem yang mencapai skor min pada tahap sederhana tersebut adalah menjalankan pengajaran danpembelajaran dalam Bahasa Inggeris (min = 3.62) dan mengamalkan Pembelajaran BerasaskanMasalah dalam pengajaran dan pembelajaran (min=3.45). Manakala purata min keseluruhan bagisemua item pengetahuan guru terhadap inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah 4.10.Jadual 3 : Taburan Analisis Item Pengamalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Oleh Guru-Guru Teknikal, Mengikut Peratus (%) dan Min
  6. 6. Perbincangan Matlamat kajian ini adalah untuk melihat inovasi pengajaran dan pembelajaran dalamkalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengkajifaktor-faktor yang menjadi halangan bagi guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasipengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perbincangan yang dilakukan adalah berdasarkankepada hasil dapatan kajian yang telah diperolehi. Ia telah dibahagikan kepada beberapabahagian mengikut persoalan kajian untuk memudahkan penerangan. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa pengamalan inovasipengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh guru-guru teknikal berada pada tahap yang tinggidengan skor min sebanyak 4.10. Ini adalah kerana kesemua item kebanyakannya mendapatpersetujuan daripada responden dan memberi makna responden mengamalkan inovasipengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan baik. Bagi item kesepuluh iaitu guru menyusun strategi pengajaran terlebih dahulu sebelumpengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah mempunyai skor min yang paling tinggi (min =4.48). Menurut Saipo (2001), pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawakepada perubahan seseorang. Pada zaman moden ini, guru adalah bertanggung jawab untukmemberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang. Guruharus memahami idea perubahan dengan sempurna dan menyusun strategi yang rapi untukmemastikan perubahan dilaksanakan dengan jayanya. Kenyataan ini selari dengan pendapatHamdan et al. (2004) mengatakan bahawa dengan adanya penyusunan strategi terlebih dahulusebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan akan membolehkan seseorang guru itumemastikan setiap objektif pengajaran tercapai, guru lebih bersedia dengan kaedah-kaedah,bahan rujukan, aktiviti-aktiviti pelajar dan guru juga dapat membuat jadual masa yang cukupbagi tempoh isi pengajarannya. Bagi menangani perubahan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlumenguasai teknologi yang sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan.Guru perlu mengamalkan budaya ilmu seperti budaya membaca, budaya berfikir dan budayamenulis dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini didapati dari item ke sembilan yang merupakanskor min kedua tertinggi (min = 4.32) iaitu guru mengamalkan budaya ilmu dalam pengajarandan pembelajaran. Menurut Sharil et al (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu,
  7. 7. guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka. Tanpa pembinaan ilmu dalam inovasipengajaran dan pembelajaran, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Bagi item-item lain, dikatakan responden telah bersetuju menggunakan peralatanteknologi beserta perisian power point yang dibekalkan bagi memudahkan pengajaran danpembelajaran dijalankan. Kebanyakkannya responden membina set induksi pada awal isipelajaran supaya dapat menarik perhatian pelajar untuk memahami terhadap tajuk yang akandiajar. Selain itu, responden juga bersetuju mengamalkan pengajaran dan pembelajaranberpusatkan pelajar serta melatih pelajar dengan kemahiran berfikir supaya pelajar berdikarisendiri berfikir untuk mencari maklumat tanpa bantuan guru. Namun demikian, dapatan kajian bagi item kelima didapati bahawa respondenmenjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris berada pada tahap yangsederhana (min = 3.62). Rasional kepada peralihan bahasa pengantar kepada Bahasa Inggerisdalam subjek sains dan matematik adalah atas dasar keperihatinan kerajaan terhadappembangunan sumber manusia untuk mencapai taraf Negara maju dan persiapan perlu diberi dariperingkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Item ketujuh mempunyai min paling rendah (min = 3.45) iaitu responden tidakmengamalkan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) dalam pengajaran dan pembelajaran.Responden dikatakan mungkin tidak faham atau kelengkapan peralatan untuk melaksanakanPBL tidak cukup seterusnya tidak dapat mengamalkan PBL dalam pengajaran dan pembelajaran.PBL merupakan satu inovasi dimana proses pembelajaran menggunakan kaedah inimenunjukkan hasil penyelidikan yang memberangsangkan mengikut para penyelidik yangmenggunakannya.RujukanAb. Aziz Yusof. 2000. Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Penerbitan Universiti Utara Malaysia.Andrew Bong (2007). Penerapan Kemahiran “Employability” Di Kalangan Pensyarah Fakulti Pendidikan UTM dari Perspektif Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.Boon Pong Ying (1999). Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesional Diri Guru. Jabatan Ilmu Pendidikan.Boud & Tamblyn (1980). The elementary teacher in action. San Francisco: Wadsworth Publishing Company,Inc.Brown, S. & McIntyre, D. (1993). Making Sense Of Teaching. USA: Open University Press.Clark C.M. & Yinger R.J. (1977). Research on Teacher Thinking. Curriculum Inquiri.Edaris Abbu Bakri (2004). Pengurusan Strategik Konsep dan Aplikasi Untuk Pendidikan. Utusan Publications and Distributions Sdn. Bhd.Gallagher (1997). Classroom teaching skills. New York: McGraw-Hill, Inc.Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk Jurulatih. Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.Hamizer, Baharudin & Mohamed (2003). Pemikiran Pendidik Guru Terhadap Hasrat Dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum Di Maktab Perguruan: Satu Kajian Kes. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.Kamarudin Husin (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
  8. 8. Krejrie, R.V and Morgan D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Education and Phyclogical Measurement. Bahagian Penyelidikan National Education Association.Mahasan Mahmood (2003), Kaedah Nemonik Dalam P&P Matematik. SMK Yaacob Latif Jalan Peel Kuala Lumpur.Margetson (1991). Educational Change in Malaysia: A Case Study Of The Implementation Of Curriculum Innovation. Ph.D. Thesis. University Of Kentucky.Miles, M.B. (1965). Planned Change And Organisational Health:Figure and Gound. Dalam R.O. Carlson, Change. Processes In The Public Schools, Oregon:The Centre For The Advanced Study Of Educational Administrations.Mohamed Noor Hasan (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Memantapkan Pengurusan P&P. Universiti Teknologi Malaysia.Mohd Jasmy dan Isham Shah (2001). Persepsi Pelajar Seni Bina Terhadap Pengajaran Berbantu Nota Elektronik. UKM. Politeknik Port Dickson.Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.Mohd Yusof dan Khalijah ( 992). Pendidikan Tinggi Sains Ke Arah Reformasi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur @ Fakulti Sains Fizik dan Gunaan, UKM.Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. 1993. Guru dan perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan MalaysiaSaifo (2001). Guru Mengalami Perubahan. Jabatan Kajian Sosial, Maktab Perguruan Islam.Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som .1999. Isu pendidikan di Malaysia,sorotan dan cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Taylor, P.H., Reid, W.A., Holley, B.J. & Exon, G.(1974). Purpose, Power and Constraints in The Primary School Curriculum. London:Macmillan Education.Tetty Henny dan Nik Zafri (2006). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan Malaysia.Yeo Soo Ying (2008). Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Kemahiran Generik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.Zainal Abidin (1999). Pengurusan Strategik di Sektor Pendidikan. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

×