• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Pembelajaran Abad Ke-21
 

Pembelajaran Abad Ke-21

on

  • 10,612 views

Pembelajaran Abad Ke-21

Pembelajaran Abad Ke-21

Statistics

Views

Total Views
10,612
Views on SlideShare
10,591
Embed Views
21

Actions

Likes
3
Downloads
554
Comments
0

2 Embeds 21

http://edgeoums.blogspot.com 17
http://www.edgeoums.blogspot.com 4

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Pembelajaran Abad Ke-21 Pembelajaran Abad Ke-21 Document Transcript

    • PENGENALAN SEJARAH tamadun dunia bermula dengan masyarakat pertanian yang bergantung hidupdengan aktiviti bercucuk tanam dengan kehidupan yang ringkas dan mudah. Dalam abad ke-19tamadun dunia telah berubah kepada masyarakat industri yang mempunyai ciri-ciripengkhususan dan memberi keutamaan kepada hasil pengeluaran atau produksi komoditi. Kinimasyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagaiknowledge age atau k-ekonomi. Keperluan baru ini menekankan kepentingan maklumat,kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan baru kepada masyarakat. Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Zaman Kristianataupun Zaman Umum seperti kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abadpertama bermula dengan tahun 1.Biasanya, penggunaan umum mengganggap bahawa abadke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2099. Pada2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakanperhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun diselesaikan denganpenggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad ke-21.1 Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaranakibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat danKomunikasi (Informatian and Communications Technology, ICT). Salah satu cabaran negaraadalah membangun satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagimenghadapi persaingan negara lain. Perubahan sistem ekonomi ini adalah fenomena yang pastiakibat arus perdana yang dibawa oleh globalisasi. Ekonomi baru ini memerlukan sokongan padudaripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggidalam pelbagai bidang.2 Kesan globalisasi adalah meluas dan infiniti. Dalam konteks kehidupan manusia,globalisasi meliputi bidang politik, sosial, dan ekonomi. Globalisasi menjadikan segala-galanyamilik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Yusof al-Qardhawi (2001), mendefinisikanglobalisasi dengan maksud mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh1http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-212http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran
    • sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi seluruh dunia. Berdasarkan kefahaman ini,globalisasi dikenali dengan pelbagai istilah seperti ―dunia tanpa sempadan‟ (borderless world),―kampung global‟ atau ―desa sejagat‟ (global village) dan ―dasar langit terbuka‟ (open skypolicy) dan menjadi suatu fenomena baru dalam mewujudkan ciri-ciri pensejagatan. Dalam ertikata yang lain, dunia dijadikan suatu pentas yang kecil agar mudah terjangkau dalam waktuyang singkat.3 Oleh yang demikian, artikel ini akan menghuraikan bagaimana menyediakan modalinsan untuk menempuh segala cabaran abad ke-21 ini secara umumnya dan cabaran globalisasisecara khasnya. Bermula dengan sistem pendidikan, kemahiran, guru seterusnya pelajar abadke-21, artikel ini menjelaskan apa yang perlu ada bagi setiap aspek tersebut sabagai bekalanmodal insan menghadapi cabaran ke 6 wawasan 2020 iaitu ―Mewujudkan masyarakat saintifikdan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukansahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik danteknologi masa depan‖.3Ahamad Tarmizi b. Azizan dan Zoolcaphly b. Sahib.Komputer Dan Seni Di Era Globalisasi : Peranan Dan Cabaran.
    • Pendidikan Abad Ke 21 Di abad Ke-21 ini, seluruh dunia tidak kira sama ada di negara maju atau negara sedangmembangun dijangkakan akan mengalami perkembangan pesat lagi mencabar dalam bidangekonomi, politik dan sosial. Ramai pihak berpendapat bahawa perubahan tersebut sedikitsebanyak mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan bidang pendidikan. Alvin Tofflerseorang penulis terkenal pernah menyatakan bahawa the illiterate of the 21st century are notthose that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn. Menurutnyapendidikan di abad ini lebih mencabar dan mestilah berupaya melahirkan pelajar yang kreatifdan inovatif, mampu menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritikal. Perubahan kepada zaman k- ekonomi yang menekankan keperluan maklumat danbercirikan globally networked adalah sangat berkait rapat dengan perkembangan ICT. Oleh itusering dikatakan bahawa mana-mana negara yang dapat menguasai teknologi maklumat danmempunyai kemudahan jaringan ICT maka mereka dianggap mempunyai kelebihan dan seolah-olah memiliki kuasa tambahan. Sementara itu negara-negara yang mengabaikannya akanketinggalan dalam persaingan di peringkat global ini. Menurut Thomas Friedman dalambukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First Century pendidikan turutmemainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan 4kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On Education ForThe Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskanempat tonggak, iaitu: ‗Learning to know‘ (belajar untuk tahu); ‗Learning to do‘ (belajar untukbuat); ‗Learning to live together‘ (belajar untuk hidup bersama) dan ‗Learning to be‘ (belajaruntuk menjadi). Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secaramendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‗Belajar untuk tahu‘ membantu seseorang membinasatu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmudi sini juga merangkumi cara belajar—sesuatu kemahiran yang begitu diperlukan untukmemudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari pelbagaisumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan4 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
    • berasaskan ilmu itu. ‗Belajar untuk buat‘ bukan dihadkan kepada kemahiran operasi ataumekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi seperti kebolehan untukmenangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam 5pelbagai konteks sosial dan kerja. Manakala menurut YAB Dato‘ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (2012), inovasipendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara.Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkangenerasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, danmenjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaanperlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakanModel Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yangmenjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global. Sehubungan dengan itu, demi memperkasakan pendidikan sebagai pemangkin danpembentuk insan yang serba lengkap untuk menempuh cabaran-cabaran abad ke-21, banyaknegara, samada negara-negara maju mahupun negara membangun, membangunkankecanggihan ICT sebagai pencetus minda pelajar masa kini. Kecanggihan ICT melalui pelbagaiaspek, dari segi pekakasan mahupun perisian mampu menjana daya kognitif pelajar dankemahiran psikomotor pelajar dari pelbagai aspek.Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negarajuga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapatmelahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlakmulia. KPM juga meneliti semula program dan projek yang dirancang bagi penyegaran,pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah hasilperancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010) KPM. Ohmae (1995) menyatakan bahawa perkembangan dalam teknologi maklumat dan arusglobalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkanparadigma baru kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Seperti mana-mana5http://abihulwa.blogspot.com/2009/05/pendidikan-abad-ke-21.html
    • negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebutsebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telahmendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalamkonteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan.Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam persekitaran dunia globalsekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan. Dalam konteks ini,sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang agak radikal bermula sekitartahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global tersebut.Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran danpembelajaran telah diperkenalkan seperti:1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajarandengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network(LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajarandaripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepadapelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasipelbagai stail pembelajaran.3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengaksesilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayardan pemudahcara.4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran danpembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan danmemberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru. Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum diMalaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalahrelevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapipersekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Trend yang agak ketaradikenal pasti dalam perkembangan kurikulum di Malaysia adalah ke arah melahirkanwarganegara global, selaras dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi
    • kini. Ini seiring dengan pendapat Hallinger (1998) bahawa langkah yang proaktif diperlukansupaya sekolah berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai ciri tertentu bagi persediaanmenghadapi persaingan global iaitu dari segi:1. Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat2. Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antara bangsa3. Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan Seharian4. Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikanmasalah serta menjana pengetahuan baru.5. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya. Seiring dengan perubahan pada persekitaran global juga, kurikulum di Malaysia telahmelalui satu era transformasi dari segi penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajarandan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah rendah dan di sekolahmenengah. Ini bertujuan untuk memberikan persediaan kepada pelajar bagi menghadapipersekitaran global terutama berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi di manabahasa Inggeris adalah begitu penting dikuasai bagi mengakses ilmu dan maklumat dalambidang tersebut. Bahasa antara bangsa yang lain seperti bahasa Arab, Perancis, Jepun, Jermandan lain-lain turut diperkenalkan juga di sekolah yang bertujuan menyediakan pelajar untukmenghadapi dunia global dan menjadi global player secara lebih berkesan.6 Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikanalaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaianPendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial, sertabudaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikanmengabungkan serta memberikan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran danpembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secarabijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Serta pengurusan sekolah yangefektif.76 Habib Mat Som Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud .Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan DiMalaysia.Universiti Malaya7 http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran
    • ―DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat‖. Mukadimah Akta Pendidikan 1996 ICT dilihat berpotensi baik sebagai penguat dan pemangkin dalam mencapai prosespengajaran dan pembelajaran yang unggul (Davitt, 2005). ICT dianggap berperanan sebagaialat untuk mengajar dan belajar, sambungan serta media pertukaran. Justeru itu, peluang yangada perlu diraih melalui penggabungan pengetahuan dan pembelajaran dengan kekuatan alatteknologi pendidikan, dan menggunakan sinergi ini bagi menyediakan suasana pengajaran dan 8pembelajaran yang lebih berkesan. Sistem pendidikan Malaysia yang sedia ada sekarang telah mengetengahkan perananICT dalam pnp, kerajaan juga telah merancang lagi perubahan bagi memantapkan ICT dalampendidikan di Malaysia. Antara Sebelas anjakan utama untuk mentransformasikan sistempendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)ialah,Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013 Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013 Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus Sepanjang dekad yang lalu, Kementerian telah membelanjakan lebih daripada RM6 bilionuntuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti SekolahBestari. Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling intensif pernah dilakukan dalamsistem pendidikan.8 Johari Surif et al. Tahap Amalan Dan Pengintegrasian Ict Dalam Proses Pengajaran Dan PembelajaranSains.Universiti Teknologi Malaysia.
    • ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran ilmu dankemahiran berfikir yang luas Namun demikian, potensi ini belum dizahirkan. ICT akanmemperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000 buah sekolah. Murid akanmemperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Mereka akan dapatbelajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai pilihan yang lebih luas melalui program jarakjauh. Pengetua/guru besar dan guru juga mempunyai akses kepada sumber dan komunitipembelajaran nasional dan antarabangsa yang dapat meningkatkan kualiti amalan mereka. ICTakan sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah, tanpa jurang pemisahantara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid akan dilengkapkan dengankemahiran yang diperlukan bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan bermakna.9 Antara kaedah pembelajaran ICT adalah melalui web. Web 2.0 adalah istilah umumyang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat interaktif yangberoperasi melalui media internet dengan bantuan pelayar web dan tidak perlu proses instalasiterlebih dahulu seperti umumnya kita gunakan sehari-hari. Sebuah laman Web 2.0 memberipenggunanya bebas untuk berinteraksi atau berkolaborasi antara satu sama lain dalam komunitimaya. Berbeza dengan laman web dimana pengguna terhad kepada pasif melihat kandunganyang diciptakan untuk mereka. Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk laman web rangkaian sosial,blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman perkongsian grafik.10 Menurut Khan (1997), pembelajaran berasaskan web merupakan program pembelajaranberasaskan hipermedia yang menggunakan ciri dan sumber web untuk menghasilkan suatupersekitaran pembelajaran yang bermakna dan menyokong pembelajaran. Relan & Gillani(1997) mendefinisikan pembelajaran berasaskan web sebagai aplikasi strategi-strategipembelajaran kognitif dalam persekitaran pembelajaran konstruktif dan kolobratifmenggunakan kemudahan web. Disebabkan terdapat pelbagai kemudahan ini membolehkanproses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan dengan lebih berkesan.11 Di negara-negara maju sangat canggih kerana hanya berfokus kepada ICT di bilikdarjah. Contohnya, di Amerika Syarikat Dr Michael Wesch, seorang ahli Lembaga Penasihat bagi9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)10 Nur Fadzilah Binti Othman.Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian TinggiAwam Di Malaysia.Universiti Teknologi Malaysia.201011 Khairun Nadwa Binti Md Tahir.Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) Melalui Web Terhadap Prestasi DanPersepsi Pelajar Dalam Matapelajaran Fizik Peringkat Universiti.Usm. 2007
    • Sekolah abad ke-21, mencetus fenomena masyarakat sosial baru yang mana membangunkanbanyak alatan Web 2.0 seperti Jott, Twitter, YouTube (terdapat juga TeacherTube,SchoolTube, dan StudentTube), Diigo dan Google Earth untuk kegunaan bilik darjah. Beliaujuga menerangkan cara penggunaan web 2.0 dalam bilik darjah serta menekankan amalannyadi bilik darjah. Malah, di Asia Tenggara pendidikan abad ke -21 juga berfokus kepada TeknologiMaklumat (ICT). Misalnya, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang di Singapura telahmenggantikan buku dengan komputer tablet iPad yang bertujuan membuat perubahanpengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (NTD Televisyen) (Venthan, 2006; SingaporeSchool Trials iPad as Textbook Replacement, 2012).Pelbagai kaedah pembelajaran yang digunakan dan dirancang dalam proses pembinaan insanserba lengkap bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Ada yang telah diaplikasikan, ada jugaakan diaplikasikan. Namun yang demikian, akhirnya ia akan melahirkan pelajar yangmempunyai kemahiran yang sesuai iaitu kemahiran abad ke-21 yang kan dibincangkan dibabyang seterusnya.Kemahiran Abad Ke 21 Berdasarkan cabaran pendidikan Malaysia ke arah K-ekonomi, ia menuntut agar negaramembangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT,mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diridan daya saing yang tinggi selaras dengan perkembangan era dunia abad ke-21 yang sagatmencabar. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan
    • program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmupengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah PendidikanKebangsaan.12 Kemahiran yang dimaksudkan inilah yang dibincangkan dibab ini.―Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15tahun akan datang. Tranformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid dinegara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebutpeluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negaratermaju didunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yangberpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinanyang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global.‖ YAB Tan Sri Dato‘ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin. Pakar pendidikan di kebanyakan negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanakmemerlukan kemahiran yang lebih daripada 3M (menulis, membaca, mengira) setelah merekamenamatkan alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untukmelahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting. Kebanyakan negaramenerima konsep kemahiran abad ke- 21 sebagai paksi kurikulum, namun definisi konsepnyabelum dipersetujui. Menteri Pendidikan Singapura menyatakan bahawa individu yang lengkapdengan kemahiran abad ke- 21 merupakan individu yang mempunyai keyakinan diri,mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif, dan merupakan warganegarayang prihatin. Di Finland, kemahiran abad ke-21 berteraskan perkembangan kendiri, identitibudaya dan keantarabangsaan, kemahiran media dan komunikasi, warganegarapartisipatif,bertanggungjawab terhadap persekitaran, menitikberatkan kesihatan diri dan masadepan yang lestari. Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang sesuaidengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing padaperingkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan muridyang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, danpatriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja secara berpasukan.12 http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran
    • Kurikulum sekolah rendah dan menengah yang dikaji semula akan memastikan keseimbanganpengetahuan yang penting dengan kemahiran berfikir, dan nilai untuk memastikan kejayaan 13murid pada masa akan datang.Gambar 1 . Standard Kemahiran Abad Ke-21 Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyakdipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujukpada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkiniyang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan pendidikan yangdimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke 21 dengan peranan teknologi maklumat dankomunikasi (ICT).13 Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. September 2012. Kementerian PelajaranMalaysia.
    • Sehubungan dengan proses pembestarian sekolah yang dibuat oleh KPM memerlukanpelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajaryang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kada kendiri (self-placed).14 Kebanyakan kemahiran abad ke 21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadapICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad ke21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajaruntuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai danmengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada eradigital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Kemahiran berfikir aras tinggi melebihi pengimbasan kembali fakta atau informasi.Kemahiran berfikir melibatkan interaksi berfikir mengikut strategi kognitif, meta kognitif danpengetahuan semasa menghuraikan masalah (Young 1997). Menurut OECD (2006), salah satupendekatan yang dicadangkan ialah sekolah-sekolah memberikan wadah agar kemahiran abadke-21 diasah supaya murid-murid lebih bersedia untuk menghadapi cabaran ekonomipengetahuan. Kemahiran ini berkaitan dengan pengurusan pengetahuan seperti pemilihan,penyesuaian, analisis dan perkongsian dalam alam web. Kemahiran ini disokong oleh teknologi 15maklumat dan komunikasi. Malah, sumber terbaik yang membina kemahiran komunikasi interaktif sepertikemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi limabentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity(penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carianseperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Di peringkat antarabangasa, LLC mengiktiraf keperluan kritikal untuk membangunkankemahiran abad ke 21 di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa pendidikanini tidak menghadkan pembangunan profesional dan reka bentuk kurikulum sedia ada.Kemahiran abad ke 21 yang dipelajari melalui kurikulum, ia merupakan disiplin, bersepadu,berasaskan projek, dan banyak lagi, termasuk dalam kurikulum berasaskan projek dengan14 http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran15 Wan Alfida Suleiman .Mengasah Kemahiran Literasi Digital.Sekolah Rendah Beacon
    • menggunakan tujuh kemahiran hidup yang diperjuangkan oleh Tony Wagner dalam bukunya,Jurang Pencapaian Global: • Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah • Kerjasama merentasi Rangkaian dan Memimpin oleh Pengaruh • Ketangkasan dan Penyesuaian • Inisiatif dan keusahawanan • Komunikasi Berkesan Lisan dan Bertulis • Mengakses dan Menganalisis Maklumat • Rasa ingin tahu dan Imaginasi Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah salah satu pendekatanpengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam negara Malaysia mampu memupukkemahiran abad ke 21. Contohnya, topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sainsdiberi sebagai tugasan projek di mana pelajar mendapatkan maklumat daripada pelbagaisumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek seperti ini, juga menggalakkankomunikasi interaktif. Pelajar dapat berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projekbersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosialseperti e-mel, Facebook atau blog. Dalam usaha untuk pelajar-pelajar kita bersedia untuk mengemudi dunia abad ke-21 ini,mereka mesti menjadi celik dalam literasi abad ke-21 termasuk media, budaya, maklumat,emosi, ekologi, kewangan dan siber. Bekerjasama dengan pelajar dari seluruh dunia dalamprojek bermakna, kehidupan sebenar adalah alat yang diperlukan untuk membangunkan literasiini. Pelajar boleh mempelajari bahawa melalui kerjasama, bukan persaingan, mereka bolehbekerjasama untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Pelajar akan menggunakanteknologi, termasuk Internet, dan kerjasama global untuk menyelesaikan isu-isu kritikal. Dalam membincangkan potensi pembelajaran berasaskan Web, Hill (1997) menyatakanbahawa pembelajaran Web memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi strategiberfikir pada aras tinggi dengan menggalakkannya memikir secara mencapah serta denganadanya pandangan dari pelbagai perspektif. Bonk dan Reynolds (1997) turut menegaskanbahawa pembelajaran berasaskan Web yang konstruktivis, di mana pelajar digalakkanmenyatakan pendapat dan idea masing-masing, menjalankan refleksi, meneroka
    • sumberpengetahuan yang pelbagai serta mengenal pasti kecondongan dan kekuatan hujah,adalah tunggak kepada pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi. Pendapat ini disokong olehkajian yang dijalankan oleh Sanders dan Morrison-Shetlar (2001) yang mendapati bahawakomponen Web yang memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara tak-sinkroniantara satu sama lain, mempunyai kesan positif tinggi terhadap pembelajaran dan kemahiranberfikir secara kritis.16 Selain itu, melibatkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga penting. Semua pelajardiwajibkan menyertai pasukan beruniform. Tindakan ini dapat membantu pelajar mengasahkemahiran literasi alaf digital (terutama kesedaran global), kemahiran komunikasi efektif dankemahiran pemikiran inventif melalui pembabitan mereka dalam aktiviti-aktiviti berkaitan.Pendekatan pembelajaran perlu dijuruskan kepada perkembangan kemahiran berfikir secarakreatif dan kritis dan yang boleh menghasilkan pelajar yang berdikari (independent learners). Jelas sekali, bahawa pembangunan abad ke 21 dalam kalangan pelajar memerlukanperubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah ataubilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjahmemerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusanperubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perludisediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke 21.Guru Abad Ke-21Pengetahuan Isi Kandungan KurikulumGuru abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan kurikulum yang baik.Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan sewajar diketahui oleh setiap guru. Antarapengetahuan isi kandungan kurikulum yang perlu difokuskan ialah:16 Tina Lim Swee Kim .Pembelajaran Berasaskan Web: Kesan Pendekatan Konstruktivis Berbanding PendekatanLangsung. Maktab Perguruan Ipoh Perak
    • Kesediaan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru tentang isi kandungan kurikulum merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya. Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa. Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar. Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru perlu menguasai ilmu mata pelajaran dan ilmu pedagogi. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru. Hal ini bermakna tanpa menguasai kandungan kurikulum, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung kepadapengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkansepenuhnya dalam pengajaran.Pengetahuan isi kandungan kurikulum yang baik juga membantuguru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.Pengetahuan Pedagogi
    • Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagaipengetahuan berkaitan pedagogi mengajar.Dalam konteks pendidikan, setiap guru sewajarnyamemahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkankaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar.Dalam pengajaran, seharusnya pelajarmerasai dan dapat memahami bahawa guru mereka seharusnya lebih mahir dan lebihmengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antaralain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan. Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah. Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru. Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah,
    • perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kesimpulannya, dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran danpembelajaran, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan seperti kaedah praktis,perbincangan, soal jawab dan sebagainya.Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih,barulah guru merancang teknik yang boleh komplemen dengan kaedah tersebut seperti teknikbercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya.Usaha mengenal pasti dan memilih kaedahdan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut sebagaistrategi.
    • Pengetahuan Guru Tentang Ciri Pelajar Guru yang baik ialah seorang guru yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaiankemahiran mengajar, tetapi juga mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiapanak pelajar yang di dalam kelas yang diajarnya.Pengetahuan berkaitan ciri pelajar adalah amatdiperlukan untuk membantu guru memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran danpembelajaran yang sesuai dengan setiap ciri pelajarnya17.Pengetahuan guru tentang ciripelajarnya boleh menjadikan pengajaran guru menyeronokkan dan meninggalkan kesan positifdalam diri pelajar berkenaan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,pengetahuan guru tentang pelajar-pelajarnya dilihat dari aspek: Maklumat umum tentang pelajar berkenaan: Hal ini bermaksud setiap guru bukan fungsinya untuk mengajar sahaja, tetapi juga mengambil berat akan hal-hal berkaitan dengan pelajar yang diasuhnya. Mengambil berat ini amat penting jika guru berkenaan menjadi guru kelas pada setiap pelajar tersebut. Pengetahuan tentang tahap kognitif pelajar: Setiap pelajar adalah berbeza tahap kognitifnya. Guru perlu memahami setiap pelajarnya itu adalah berbeza tahap kognitifnya. Sudah tentu apabila menyoal (aras soalan), memberi tugasan (mudah atau sukar), memberi arahan main peranan (sebagai ketua, pembentang, pencatat) dan sebagainya, maka guru-guru perlu mengambil keupayaan pelajar tersebut untuk menjawab soalan, menyiapkan tugasan, kemampuan bertindak ketika main peranan dan sebagainya. Pengetahuan tentang sikap pelajar: Faktor sikap amat penting dalam menentukan sama ada seseorang pelajar itu berminat atau tidak berminat mempelajari sesuatu mata pelajaran itu, guru yang mengajar, kaedah pengajaran yang digunakan dan sebagainya. Justeru, setiap guru perlu memastikan pengajarannya menyeronokkan, dan mudah difahami pelajar. Kreativiti dan inovatif guru ketika mengajar boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata pelajaran.Memahami Psikologi Pembelajaran (Zamri 2011, Wood 2002)17
    • Guru perlulah memahami dan menguasai sepenuhnya psikologi pembelajaran untukmengawal dan membentuk sikap pelajar. Teori-teori psikologi pembelajaran yang dipelajariperlulah digunakan semula dan diaplikasikan kepada pelajar.Sebagai seorang guru perlumemahami sepenuhnya psikologi pembelajaran dan mengetahui kegunaannya bagi setiapmasalah pelajar. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajar mestilah dididikmenggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajarsepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi eraglobalisasi.Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandanganjauh dan luarbiasa.Memiliki Kemahiran KaunselingMenerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak – nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik,peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan.Elemenini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkankesejahteraan dan keharmonian negara.Menggunakan Teknologi Terkini Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet,mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul sertamengulasmaklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnyamudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan P&Pyang boleh memupuk kemahiran tersebut.Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarahdan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkanmaklumat daripada pelbagai sumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasiinteraktif.Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan gurusecara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebookatau blog.
    • Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosialdan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi eradigital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) sepertiWiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, danportal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukanperubahan pada pendekatan pendidikan.Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah ataubilik darjah.Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukankesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir.Program pengurusan perubahan dankajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arahpendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21. Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya mengorak langkah danmenggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmuberasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologimaklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan haria Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadiindikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenagamanusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkankepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagaibangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang bolehmenentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.
    • Pelajar Abad Ke-21Bijak menyoalPelajar abad ke-21 perlulah bijak dalam menyoal.Kita sudah sudah sedia maklum bahawapelajar abad ke-21 terdedah kepada keterbukaan teknologi. Oleh itu, pelajar akan lebih bijakuntuk menyoal kepada guru.Yakin berkomunikasiPelajar yang yakin berkomunikasi ini boleh terbentuk hasil daripada usaha guru. Pelajar akansentiasa aktif dan yakin berkomunikasi jika guru sentiasa memberi kepada mereka untukbercakap. Manakala guru yang tidak memberi peluang untuk pelajar bercakap akan membuat
    • pelajar mereka pasif. Oleh itu, pelajar abad ke-21 perlulah diberi peluang oleh guru untuk lebihberkomunikasi di dalam kelas.Dahagakan ilmuPelajar abad ke-21 sentiasa mencari ilmu.Sebelum ini, semua isi pelajaran diberi oleh gurusepenuhnya tetapi pada masa kini pelajar perlu sentiasa meneroka ilmu merekasendiri.Persaingan bagi setiap orang pelajar pada abad ke-21 adalah tinggi dan mereka perlubijak dalam mencari ilmu baru.Menjana ideaPelajar abad ke-21 perlu sentiasa menjana idea mereka selaras dengan perkembangan zamanyang ada.Contohnya, pelajar di negara Jepun sentiasa menjana idea baru selaras dengan tahappendidikan dalam negara mereka.Tahap pendidikan dan pelajar mereka adalah jauhmendahului kita. Oleh itu, untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain pelajar kitaharuslah sentiasa menjana idea mereka.Berkemahiran kritisBerkemahiran kritis sangat perlu kepada seorang pelajar.Seorang pelajar tidak harus menerimasahaja sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu.Era teknologi ini, maklumat sangatmudah diperolehi tetapi tidak semua maklumat adalah adalah benar.Oleh itu, berkemahiranberfikir dengan kritis adalah penting supaya pelajar dapat menapis dan menilai kebenaransesuatu perkara yang diperolehi.Berkeperibadian tinggiPelajar abad ke-21 akan lebih sempurna dengan keperibadian yang tinggi. Seorang pelajar tidakharus mempunyai kemahiran yang tinggi sahaja.Berkeperibadian tinggi sangat perlu pada diripelajar.Pada abad ke-21 kita dapat lihat ramai pelajar yang semakin jauh daripada keperibadiantinggi ini. Keadaan ini berlaku kerana mereka banyak belajar sendiri daripada kemudahan ICTdan tanpa perlu berjumpa dengan orang lain. Dleh itu, keperibadian tinggi perlulah disebabkandalam diri pelajar abad ke-21 supaya diri mereka selaras dengan kemahiran dan keperibadianyang tinggiPelajar dan Internet
    • Walaupun masih ramai pelajar tidak berpeluang untuk menikmati kemudahan internetterutamanya di kawasan pendalaman, namun sebagai pelajar abad ke-21 mereka harusmengambil peluang dengan bijak untuk memperoleh maklumat di internet. Revolusi maklumat yang akan mewujudkan Era Maklumat akan membawa perubahansecara menyeluruh dan dramatik kepada cara hidup kita, cara bekerja dan tatacara melihatdunia secara global. Negara kita telah berjaya melihat akan kemunculan pelajar abad ke-21yang dipengaruhi dengan ganerasi berilmu dan bermaklumat tersebut. Kemajuan dalamteknologi Komputer pada hakikatnya akan memastikan bahawa revolusi maklumat akanmempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam serta menyeluruh.Terdapat beberapa kelebihan pembelajaran menggunakan Internet:a) Peluang pembelajaran melalui Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidaktertakluk kepada lokasi tertentu, sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.b) Internet juga menyediakan ruang dan maklumat pembelajaran dan perkongsian dengankepada golongan professional dalam bidang tertentu, seperti kejuruteraan, perubatan, farmasi,teknologi, komputer dan sebagainya.c) Kemudahan Internet juga memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat yang dahulunyahanya dipersembahkan melalui kaedah konvensional sahaja, iaitu buku, majalah, surat khabar,rencana tertentu, jurnal dan buletin. Melalui Internet, sumber-sumber tersebut turut disediakandalam bentuk World Wide Web. Sumber-sumber begini biasanya disediakan oleh pihak institusipengajian tinggi, badan-badan pemikir dan pusat penyelidikan dalam bidang tertentu. Ianyabukan sahaja untuk dijadikan bahan rujukan kepada para pelajar sekolah, kolej dan universitI,malah ia juga turut oleh dimanfaatkan oleh semua golongan orang yang berminat.d) Dalam pencarian sejumlah kecil maklumat, seperti ensiklopedia dan kamus, ia mudahdilaksanakan. Tetapi bagi mencari sejumlah maklumat yang besar, langkah mencari danmemilih mungkin agak sukar bagi pengguna yang masih lagi belum memahami teknik pencarianmaklumat dalam Internet. Internet menyediakan satu perisian atau aplikasi yang dinamakanenjin carian bagi memudahkan proses pencarian anda terhadap topik tertentu. Walaupunbegitu, perlukan sedikit kemahiran penggunaan enjin carian bagi memastikan bahawamaklumat yang betul dapat diperolehi.
    • Di dalam abad ke-21, internet menawarkan maklumat yang pelbagai untuk tujuanpembelajaran.Ruang siber yang ada terbuka luas untuk penerokaan pengetahuan.Apa yangpenting ialah maklumat ini perlu diproses dan dianalisis untuk mendapat manfaat semaksimumyang mungkin.Kesimpulan Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologimaklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin pentingkini.Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras dengan keperluankemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidangpendidikan.Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjangkepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif.Kajianlepas mendapati bahawa tahap kesediaan guru dalam menguasai kemahiran masih pada tahapmemuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarapdikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan
    • yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akanmenemui jalan kegagalan. Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalammenghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengankepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru dalammenggunakan teknologi maklumat dan komunikasi masih lagi berada pada tahap sederhana. Inimenyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi membantu mereka merealisasikanpenggunaan ICTdalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar.Dengan peningkatan penggunaan ICT dikalangan guru dalam proses pengajaran danpembelajaran, maka adalah merupakan sesuatu yang perlu bagi meningkatkan dan memajukanlagitahap penggunaanICT terhadap guru seiring dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yangperlu diterapkan dikalangan guru dan pelajar18. Rujukan Kaori Okano & Motonori Tsuchiya. 2007. Pendidikan Moden Jepun: Ketaksamaan danKepelbagaian.Terj. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Lima, M., Koehler, M., & Spiro, R. 2004. Collaborative Interactivity and IntegratedThinking in Brazilian Business Schools Using Cognitive Flexibility Hypertexts: The PanteonProject. Jurnoul Educational Computing Research, 31(4), 371-406. Mohd Salleh Lebar. 1993. Bimbingan & Kaunseling: Tugas Guru dan Kemahiran Asas.Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mohd.Sharani Ahmad & Zainal Madon. 2004. Tip Pandai Belajar: PanduanTeknik-TeknikBerkesan Semasa Belajar dan Mengajar. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.18 (Lima et al., 2004; Rabe & Cadorna-Carlow, 2007)
    • Rosie Turner-Bisset. 2007. Pengajaran Pakar. Terj. Kuala Lumpur: Institut TerjemahanNegara Malaysia Berhad. Wood, J.W. 2002.Adapting instruction to accommodate students in inclusive setting:Including all students. New York: Pearson Education Inc. Zamri Mahamod. 2011. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.