profesionalisme perrguruan

20,542 views
20,387 views

Published on

0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
20,542
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
74
Actions
Shares
0
Downloads
1,235
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

profesionalisme perrguruan

1. 1. PROFESIONALISME PERGURUAN
PENGENALAN
Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.
Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.
Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar.
ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB GURU
Etika Profesion Perguruan
1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.
6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.
7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Tanggungjawab Seorang Guru
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
Seorang guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal yang lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Guru juga mestilah mempunyai perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Guru membimbing atau mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran. Guru perlulah memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWATAN DAN PROFESION PERGURUAN
Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
Seseorang guru mestilah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia , bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Pelajar juga mestilah menghormati masyrakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang penduduk negara. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu bapa terhadap guru.
4.0 Pengetua yang cemerlang
Pengetua yang cemerlang dijelmakan sebagai … a decisive, hard-working individual one, who kept close contact with people and who acted as an informer center. Hemphill et a. (1962). Effective principals recognize the unique styles and needs of teacher and help them to achieve their own performance goals. Datuk Abdul Aziz Ismail (1990), ciri-ciri penting seorang pengetua di sekolah yang cemerlang dan berkaliber hendaklah seorang yang sentiasa:berfikiran terbuka (open-minded) dan berpandangan jauh (far-sighted).menjalinkan hubungan yang mesra dengan pegawai-pegawai atasan dan bawahan serta rakan-rakan sejawatnya. (The greatness of a big man lies in the way he treats little men).mengambil berat tentang kebajikan kakitangannya dan sentiasa berperikemanusiaan dan bertimbangrasa.tidak menggunakan semata-mata pangkat dan kuasa untuk bertindak.bersedia mendengar dan mengambilkira pandangan dan cadangan pegawai-pegawainya sebelum membuat sesuatu keputusan.sedia menerima hakikat bahawa ada orang lain yang mungkin lebih berpengetahuan atau lebih mahir daripadanya mengenai sesuatu bidang atau perkara.tegas tetapi adil dan saksama, mengkritik dan menegur sacara membina, sedia mengampuni seseorang yang bersalah, jika tidak berat kesalahannya.mengeksploitkan kekuatan-kekuatan setiap pegawainya, bukannya kelemahan-kelemahan mereka.mempunyai pengetahuan yang kemaskini-memberi perhatian khas kepada idea-idea yang baru.bersikap positif, sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.berani dan sedia mengemukakan pendapat yang mungkin bercanggah dengan pandangan atau pendirian pihak atasan tetapi rela menerima keputusan muktamad pihak atasan.Wan Mohd Zahid (1990). Kunci kepada produktiviti dan daya saing terletak kepada kemampuan tenaga kerja dalam menggerakkan pengetahuan dalam sains dan teknologi serta kemampuan kepimpinan pengurusan untuk mengerakkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan terlatih kepada tahap yang maksimum. Semua ini memerlukan kesungguhan yang tinggi daripada setiap pengetua di sekolah untuk menentukan pengeluaran tenaga manusia terlatih yang secukupnya. Datuk Wira Abdul Rahman Arshad (1990) menyatakan, sistem pendidikan di Malaysia luas. Penyertaan untuk menjayakannya harus dibuat oleh semua pihak. Pengurusan pendidikan itu harus mengalakkan gabungan segala pandangan dari semua lapisan masyarakat. Asas kejayaan ketua itu ialah kebolehan pemikirannya sebab dia mengetuai orang lain bukan dengan kerja bahkan dengan otaknya. Oleh kerana ini berupa satu sistem yang berterusan. Oleh itu harus jangan diadakan suatu ketuanan dalam masyarakat, harus diadakan kekeluargaan dalam pendidikan.
5.0 Kekuatan Pengetua dalam Pengurusan dan Kepimpinannya
Beberapa petunjuk yang boleh dijadikan ukuran untuk membuktikan terdapatnya kekuatan-kekuatan dikalangan pengetua dalam mengurus dan memimpin sesebuah sekolah ialah penghasilan pelajar cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Manakala kewujudan sekolah dengan pelbagai gelaran dan sebagainya membuktikan keupayaan dan kebolehan seseorang pengetua itu dalam memimpin sesebuah sekolah.Pengiktirafan dan penganugerahan yang diberikan kepada sebilangan pengetua oleh Kementerian Pendidikan menguatkan lagi kenyataan tadi. Terdapat sesetengah pengetua yang mempunyai kelayakan akademik yang baik serta mengikuti kurus-kursus dalam pengurusan dan ada yang cukup berpengalaman dalam menjalankan tugas sebagai pengetua sekolah menjadikannya kekuatan untuk mencapai kejayaan . Namun demikian terdapat juga sesetengah pengetua yang gagal menampilkan kualiti pengurusan dan kepimpinan yang baik. Perkara ini jelas sekiranya terdapat rungutan masyarakat melalui akhbar-akhbar tempatan. Seorang bekas pengetua disebuah sekolah berkata: "segala kejayaan adalah kejayaan anak buah dan segala kesilapan adalah kesilapan saya"Dalam keadaan sekarang pengetua sekolah tidak boleh disalahkan jikalau prestasinya sebagai pentadbir sekolah tidak mencapai taraf yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan. Tetapi apakah ‘taraf yang diharapkan? Kementerian Pendidikan perlulah menetapkan kriteria-kriteria untuk memilih dan menilai pengetua-pengetua sekolah jikalau harapannya ialah mendapat kecekapan dan keberkesanan dalam pentadbiran sekolah.Hasil kajian yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terdapat 10 isu-isu yang berkaitan dengan kekuatan pengurusan dan kepimpinan yang perlu ada pada seseorang pengetua sekolah iaitu :Stail kepimpinan PersonalitiKepimpinanKeilmuanKomunikasiPengiktirafanKomitmenKeberkesanan/kecermelanganKemahiranKesihatan.

Stail Kepimpinan
2. 2. Setiap pengetua mempunyai stail kepimpinan yang tersendiri Namun demikian apa jua stail kepimpinan pun yang kesan atau hasil kepimpinan tersebut melahirkan keutuhan sesebuah organisasi dan berjaya membawa organisasi itu ke arah keberkesanan dan kecemerlangan dalam mencapai matlamat organisasi. Stail kepimpinan yang berorentasikan conventional(conforming) adalah tidak sesuai lagi, tetapi perlu diubah kepada berorentasikan pelanggan iaitu pelanggan sentiasa betul . Namun demikian kebolehan mengubah stail kepimpinan dan pengurusan adalah mengikut keadaan dan masa bagi seseorang pengetua untuk memimpin dan mengurus dengan cekap.
3. 3. Personaliti/ketokohan

Sebagai pengurus dan pemimpin seorang pengetua itu sewajarnya menampilkan personaliti yang amat baik dan memeliharanya setiap masa. Pengetua yang mempunyai personaliti yang tinggi dapat menjelmakannya melalui petuturannya, akal budinya dan tatalakunya. Imejnya yang baik yang disaluti dengan ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti membuatnya disegani dan dihormati. Ini sedikit sebanyak membantu menyumbang keberkesanan pengurusan dan kepimpinannya.

Kepimpinan
4. 4. Kepimpinan pengetua amat penting kerana ia merupakan pemimpin sekolahnya dan ia juga menentukan hala tuju sekolahnya. Kepimpinanya juga mencorakkan keputusan yang diambil bagi mencapai matlamat organisasi. Lazimnya pengetua dilantik berdasarkan kekanan dan kekanan tanpa leaders quantities tidak membantu pengetua itu untuk memimpin dengan berkesan. Oleh itu bakal pengetua disarankan mengikuti kursus kepimpinan terlebih dahulu untuk melayakkannya memimpin organisasi. Salah satu kursus yang dihadiri oleh pengetua ialah kursus Program Sekolah Berkesan ( PSB ).Menurut Yaacob Wan Ibrahim (1998), semua pengetua sekolah mesti melaksanakan tanggungjawab mereka dengan serius ke arah menampilkan kecemerlangan institut yang diterajui mereka berteraskan kepada keperluan menghasilkan warganegara yang intelek. Tambahnya lagi, pengetua perlu cekap dalam pengurusan pentadbiran dan akademik dengan menampilkan ciri-ciri berinovasi serta berketrampilan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak Kementerian.
5. 5. Keilmuan
6. 6. Semua pengetua mesti peka kepada perubahan dalam masyarakat kita teruatama sekali kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian pengetua sekolah haruslah mengemaskinikan pengetahuan dan ilmu tentang profesionnya. Pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggung jawabnya membolehkan seseorang pengetua itu memimpin dan mengurus dengan baik organisasinya. Pengetua seharusnya sentiasa mengemaskinikan pengetahuannya agar mudah menyelesaikan pelbagai masalah di dalam organisasi. Ini dapat dilakukan melalui pembacaan pelbagai bahan bacaan ilmiah. Sekiranya berpeluang melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus dan seminar, maka ianya tidak seharusnya dilepaskan kerana cara ini juga dapat meningkatkan keilmuan seorang pengetua.
7. 7. Komunikasi
8. 8. Kepentingan komunikasi dalam pengurusan dan kepimpinan tidak dapat dinafikan . Seorang pengetua itu seharusnya mempunyai jaringan komunikasi yang luas, menegak dan mendatar. Corak komunikasinya juga adalah pelbagai hala dan gaya ini membolehkan ia mengurus sebuah organisasi dengan berkesan. Dengan itu misi dan visi seseorang pengetua akan sampai pada semua peringkat di dalam organisasinya. Satu contoh yang baik ialah berhubung dengan permasalahan guru dan kakitangan sekolah yang mana pengetua boleh bertindak sebagai kaunselor.Shahabuddin Ashari (1998) menyatakan, dengan adanya program seperti, Perasa ( program untuk membantu guru bermasalah menerusi khidmat kaunseling pengetua ) sedikit sebanyak telah dapat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, saling bantu- membantu dan memahami sesama rakan sekerja.
9. 9. Pengiktirafan
10. 10. Pengiktirafan terhadap hasil kerja seorang pengetua adalah penting untuk mengangkat matrabat seseorang pengetua. Walaupun ianya bukan ditagih dan bukan dijadikan matlamat utama, namun kepuasan kerja sahaja tanpa penghormatan dan pengiktirafan pelbagai pihak, belum cukup mengangkat martabat pengetua ke tempat yang tinggi.Pengiktirafan ini lebih dilihat sebagai anugerah kecemerlangan dalam pengurusan dan kepimpinan seorang pengetua dan ini secara tidak langsung merupakan langkah positif ke arah mengangkatkan martabat para pengetua.Utusan Malaysia ( 5 Ogos 1997 ). Kementerian pendidikan bersetuju menyeragamkan gred mata gaji semua pengetua sekolah menengah ke DG2. Ini bermakna pengetua sekolah menengah kategori B yang sebelum ini mendapat tangga gaji DG3, akan menikmati kenaikan ke DG2. Dengan itu, seoarang pengetua akan menikmati gaji pokok minimum RM2,985 dan maksimum RM4,086 - belum termasuk pelbagai elaun lain.Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan juga telah mewujudkan jawatan ‘Pengetua Cemerlang’, dimana jawatan ini merupakan satu jawatan naik pangkat Gred Satu yang memberi pengiktirafan terhadap keberkesanan dan kecermelangan kepimpinan di peringkat organisasi sekolah menengah. Pengetua Cemerlang adalah seorang yang dianggap pakar dalam bidang kepimpinan, pengurusan, dan penyelesaian masalah pendidikan diperingkat organisasi sekolah.

Komitmen
Pengetua secara umumnya adalah komited terhadap tugas, tanggungjawab dan aktiviti mereka. Pendapat seorang pengetua disebuah sekolah, "Prioriti saya ialah tugas mengajar saya. Itu yang menyebabkan saya jadi pengetua. Urusan lain kena tunggu saya habis kelas." Pengetua sanggup bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa isu atau keputusan secara tidak langsung menunjukkan komitmen seorang pengetua. Pada masa ini selain daripada etika profesion perguruan, belum ada etika khusus untuk pengetua. Namun demikian etika seumpama ini bleh juga meningkatkan komitmen pengetua terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.
Keberkesanan / kecemerlangan
Seorang pengetua itu merupakan ‘the central figure’ dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Beliau menjadi tempat rujukan, tempat rundingan, tempat bicara, tempat mendapat keputusan, tempat mendapat khidmat nasihat dan sebagainya. Sekiranya pengetua kekurangan maklumat dan kurang pengetahuan di dalam pengurusan maka sudah tentulah banyak perkara tidak dapar berjalan dengan cekap sebagai contoh tindakan yang dibuat hanyalah dari maklumat yang sedikit dan lebih kepada tekaan dan agakan. Ini boleh memburukkan lagi keadaan maka cara-cara pengurusan moden perlu diterap dalam pengurusan agar mencapai kecemerlangan.

Kemahiran
11. 11. Kebolehan memimpin dan kemahiran mengurus sekolah amat penting bagi seorang pengetua sekolah untuk menerajui organisasinya dengan berkesan. Rosenblum (1979), " In many ways the school principal is the most important and influential individual in any school. He or she is the person responsible for all activities that occur in and around the school building. It is the principal’s leadership that sets the tone of the school." Kemahiran yang tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran sama ada berkaitan dengan teknologi atau metodologinya adalah penting untuk menyumbang idea untuk membantu guru-guru meningkatkan profesional kerja . Kemahiran lain seperti membuat keputusan dan kaunseling, tidak dapat dinafikan kepentingannya kepada pengetua untuk membantu dan memimpin pegawai-pegawai dibawahnya ke arah pencapaian matlamat organisasi.
12. 12. Kesihatan
13. 13. Kesihatan merupakan prasyarat yang utama untuk seseorang itu sebelum melayakkannya menjalankan tugas. Kepelbagaian tugas seorang pengetua menuntutnya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik. Faktor seperti tekanan kerja, tidak sempurna makan-minum dan waktu rehat memburukkan lagi kesihatan seseorang pengetua. Oleh itu seorang pengetua itu perlu fitness agar ia dapat menjalankan tugas dengan baik. Ini dapat dilakukan dengan mengaktifkan diri dalam kegiatan sukan dan membuat pemeriksaan doktor secara berkala.

6.0 Dilema Pengetua Sekolah
Mc Pherson dan Crowson (1987). Membicarakan mengenai dilema yang dihadapi oleh para pengetua yang berpunca daripada pengalaman dan latihan mereka sebelum dan selepas menjadi pengetua. Diantaranya adalah : Kebanyakan pengetua ini adalah dilantik dari kalangan guru-guru bilik-darjah. Jadi, sebagai guru kerja-kerja mereka ini hanyalah berhubung dengan pelajar-pelajar dan apa yang berlaku dalam bilik darjah. Pengetua ini tidak mempunyai pengalaman dengan tugas-tugas pengurusan/pentadbiran sekolah, apatah lagi dalam soal kepimpinan. Menjadi pengetua bererti melakukan tugas-tugas yang berbeza dengan tugas-tugas seorang guru seperti, menghadapi orang-orang dewasa (guru dan ibu-bapa), tekanan-tekanan dan keperluan-keperluan kerja dan sebagainya. Dalam waktu yang sama mereka juga menjadi tumpuan untuk segala maklumat dan pemimpin disekolah. Ini bererti para pengetua memerlukan bukan sahaja kemahiran yang berbeza tetapi juga kebolehan dalam mendapatkan kerjasama dari kakitangan bawahannya.Perhubungan pengetua dengan guru-guru; dimana para guru lebih suka soal-soal yang berkaitan dengan pengajaran dijadikan hak mereka, tanpa gangguan atau campur-tangan dari pengetua mereka seperti yang dilaporkan oleh McPherson dan Crowson (1982). Akibatnya, pengetua ini menumpukan perhatian hanya kepada tugas-tugas pentadbiran sekolah sahaja.Walaupun pengetua diberi kursus dalam perkhidmatan, namun seperti yang dirumuskan oleh Rallis dan Highsmith (1986), mereka dilatih sebagai pengurus sekolah dan bukan sebagai pemimpin pengajaran. Kerana jika pengalaman mengajar dijadikan sebagai asas latihan maka seseorang pengetua itu belum boleh menjadi pemimpin pengajaran. Mengikut Thomson (1986) pengalaman mengajar sahaja tidak cukup untuk menjadi seseorang itu sebagai pengetua.Banyak kajian telah dijalankan bagi tujuan untuk memahami ‘dunia pengetua’. Walcot 1973, Willis 1980, dan Howell 1981. Salah satu daripada kajian yang signifikan ialah hanya 25 peratus sahaja daripada masa pengetua ini ditumpukan kepada pengajaran, manakala bakinya dihabiskan dengan tugas-tugas pentadbiran dan perhubungan pelajar. Jika sekiranaya pengetua ini mengubah tumpuan masa yang lebih kepada kepimpinan pengajaran, maka segala urusan pentadbiran akan terbengkalai. Kerana mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan kerja kedua-dua bidang tersebut. Rallis dan Highsmith (1986). Banyak masa bekerja pengetua dipenuhi oleh kerja-kerja pentadbiran dan kebanyakkannya menumpukan perhatian kepada tugas-tugas remeh-temeh untuk mempastikan sekolah itu berjalan. Morris et.al (1984). Mendapati pengetua menerima tekanan kerja yang banyak dari pihak atas seperti dari pihak (PPD/JPN) dalam bentuk arahan dan peraturan. Pengetua ini juga dibebankan dengan tugas-tugas pentadbiran dan surat menyurat yang datangnya dari semua peringkat yang kebanyakkannya memerlukan tindakan segera. Dan adakalanya pengetua ini terperangkap dalam satu keadaan iaitu diantara tuntutan pihak atasan dengan kehendak di sekolah iaitu daripada kaitangan sekolah, ibu-bapa dan masyarakat tempatan.Leithwood dan Montgomery (1984). Telah berjaya mengenalpasti mengenai golongan pengetua berkesan dan pengetua yang kurang/tidak berkesan. Mereka merumuskan pengetua yang berkesan adalah ketua-ketua yang menitikberatkan soal pencapaian matlamat sekolah, ekspektasi dan kehendak ibu-bapa. Disebaliknya, bagi pengetua yang kurang/tidak berkesan pula menganggap tugas-tugas pengurusan dan kepimpinan sebagai masalah yang utama. Ini bererti pengetua tidak mempunyai vision dan ciri-ciri peribadi yang tidak terdapat pada pengetua-pengetua yang berkesan.Laporan Jemaah Nazir, menunjukkan kebanyakan pengetua tidak memberi panduan kurikulum kepada guru masing-masing, sebaliknya lebih mirip kepada pentadbiran am sahaja, tidak dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, terutama pedagogi serta pendekatan melaksanakan kurikulum.Sebenarnya masalah dan dilema yang dihadapi oleh pengetua-pengetua adalah banyak sekali dan yang dinyatakan di atas ini hanyalah masalah yang perlu lagi dibuatkan kajian semula.
7.0 Kesimpulan
Kita tahu bahawa pendidikan adalah alat bagi pembangunan individu dan seterusnya pembangunan masyarakat dan negara. Kita juga yakin bahawa pendidikan adalah asas kepada tamaddun sesebuah masyarakat. Dan kita juga yakin, pendidikan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan wawasan 2020. Oleh itu, adakah ciri-ciri pengurusan dan kepimpinan pengetua di sekolah dapat meletakkan pendidikan ke atas landasan yang betul-betul mantap dan kukuh ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 seperti yang disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri kita. Dalam hubungan ini, peranan seorang pengetua yang bertindak sebagai seorang pengurus atau pemimpin dalam pendidikan diperingkat menengah bukan sahaja tertumpu kepada aspek pengawasan dan pengawalan pelajar dan kakitangannya bahkan ianya juga merangkumi tugas-tugas yang tidak tercatat didalam gambaran tugas hariannya. Corak atau gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh pengetua itu mungkin berkesan dalam satu keadaan tertentu dan tidak akan berkesan dalam satu keadaan yang lain. Untuk memastikan keberkesanan kepimpinan itu, pengurus atau pemimpin hendaklah menganalisis keadaan persekitaran, ciri-ciri kakitangan dibawahnya dan faktor-faktor penting yang dapat mempengaruhi kepimpinannya dalam mencapai kecemerlangan sekolah. Dengan menggunakan kekuatan dalam pengurusan dan kepimpinan pengetua sekolah dapat menyumbangkan kepimpinan yang baik dan menghasilkan pengurusan yang berkesan dan cemerlang. Adalah menjadi harapan pengetua pada suatu hari nanti : Kelahiran banyak sekolah yang cemerlang .Masalah disiplin guru dan pelajar disekolah menuju ke arah ‘zero defect’.Banyak laporan yang positif dalam media massa berhubung dengan pendidikan di sekolah.Ramainya bilangan pengetua yang berjaya menghasilkan produktivi yang tinggi.Pengiktirafan pengetua dalam status profesional.Mengubahsuaikan semula jenis latihan dalam perkhidmatan pengetua supaya matlamat asas penubuhan sesebuah sekolah dapat dicapai.Memilih dan menaikkan pangkat pengetua yang komited kepada kemajuan pengajaran. Ertinya pengetua yang dilantik adalah mereka yang benar-benar membuktikan kejayaan dalam kemajuan sekolah.Akhirnya, para pengetua juga harus menilai nilai-nilai kepercayaan dan pegangan mereka sebagai pengetua. Mereka harus boleh mengenal-pasti kelemahan-kelemahan mereka dan menjalankan komitmen mereka ke arah memajukan prestasi pelajar-pelajar. Mereka juga harus peka terhadap tuntutan-tuntutan masyarakat dan juga masa depan pelajar-pelajarnya.
Bibliografi
Leo Ann Mean. Status Pentadbir Sekolah di Malaysia sebagai ahli profesional. Universiti Malaya, Fakulti Pendidikan.Professor Tunku Ismail Tunku Md. Jewa (1989 18, March). Kearah darjah profesional yang lebih tinggi dalam pentadbiran sekolah.Universiti Sains Malaysia Online.Internet. http://www.lib.usm.my/press/index.html. Asas Pengurusan.Mohd. Khairi Che Teh (1998, 15 Mei). Pengetua disaran laksanakan PSB. Utusan.(1997, 15 Februari). Pengalaman pengetua hadapi samseng. Mingguan Malaysia.(1998, 28 Februari). Program Perasa bantu guru bermasalah. Utusan Malaysia Online.Hj. Mohammad Yunus. (19 ?). Realisasi dan Operasi wawasan pendidikan melalui Pengurusan dan Kepimpinan Pengetua.Dr. Azmi Zakaria, Dr. Quek Bong Cheng dan Dr. Wan Fatimah Mohamad. (19 ?). Indikator Kepimpinan Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan. Jurnal Guru. Datuk Abdul Aziz Ismail. (1990, 16 Mei). And Dear Friend. Jurnal Guru.Rahman Abdullah. (1986, Disember). Guru Besar: Pengurus dan Pendidikan. Jurnal Kementerian Pendidikan.Prof. Madya Dr. Nik Azis Nik Pa. (1991, 16 Mei). Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Sekolah pada Zaman Matlumat. Jurnal Guru.Dr. Hussin Mahmood. (1991, 16 Mei). Kepimpinan Pengajaran: Kekangan dan Implikasi. Jurnal Guru.Dasar pelantikan pengetua tidak berubah. (1998, 7 Ogos). Berita Harian.
PERANAN PENGETUA DALAM USAHA MENERAPKAN PRINSIP ETIKA KERJA KPM UNTUK KECEMERLANGAN SEKOLAH
PENDAHULUAN
Mengikut Kamus Dewan (1989), pemimpin bermaksud orang yang memimpin. Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu berkebolehan mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu. Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Dalam kepimpinan, pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Peranan pengetua dalam menangani pelbagai masalah yang melibatkan sama ada kakitangan di bawah pimpinannya, komuniti di sekitar sekolah ataupun urusan di peringkat atas mempengaruhi prestasi sekolah.
Etika ditakrifkan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat (Intan, 1991). Manakala Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai objektif untuk menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja, meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi dan memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara (KPM, 1999).
Cemerlang mengikut Kamus Sistem (1982) pula bermaksud berkilauan, bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (1987) pula, kecemerlangan membawa maksud hal atau keadaan cemerlang atau kegemilangan. Kesimpulannya kecemerlangan merupakan pencapaian terhadap sesuatu hasil kerja yang berjaya membawa sesuatu pihak atau organisasi ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam usaha mencapai kecemerlangan sesebuah organisasi, budaya kerja cemerlang amat penting diterapkan dalam kalangan pemimpin dan kakitangan di bawah kawalannya. Budaya kerja merupakan satu kumpulan nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang diterima oleh seseorang atau sesuatu kumpulan sebagai amalan ketika menjalankan tugas atau tanggungjawab yang diamanahkan. Kecemerlangan sesebuah organisasi hanya boleh dicapai apabila mendapat sokongan secara bersepadu dan bantuan daripada pihak-pihak yang terlibat. Dalam konteks organisasi sekolah, kerjasama di antara pengetua, guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan juga stakeholder adalah amat mustahak. Kecemerlangan sekolah mempunyai pelbagai takrifan. Secara umumnya takrifan ini bergantung kepada persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak. Umum memberikan penekanan kepada kecemerlangan akademik sebagai kayu pengukur kecemerlangan sekolah. Mengikut Sergiovanni (2001), terdapat aspek-aspek lain yang diberi penekanan selain akademik iaitu keprihatinan guru-guru terhadap pelajar, keselamatan di sekolah, dan kerjasama ibu bapa dan sekolah. Bagi pelajar pula sekolah berkesan dan cemerlang adalah sekolah yang memberi peluang yang sama, mempunyai persekitaran yang cantik, bersih dan harmonis serta mempunyai guru-guru yang membantu mereka meningkatkan prestasi pembelajaran dan kreativiti. Pihak sekolah pula menekankan perkembangan pelajar yang seimbang, komunikasi yang baik di kalangan staf, perkembangan staf yang berterusan dan persekitaran kerja yang baik (Garbutt, 1996). Jelaslah bahawa sekolah mempunyai pelbagai tuntutan daripada masyarakat. Justeru, sekolah haruslah berperanan sebagai sebuah organisasi yang dinamik dan mengamalkan strategi pengurusan yang bersesuaian dengan tuntutan semasa.
Organisasi mengikut Kamus Dewan (1994) bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian atau golongan yang tersusun dalam sesuatu pertubuhan dan perbadanan. Weber (1948) pula mentakrifkan organisasi sebagai perhubungan sosial yang menghad atau menutup kemasukan orang luar dengan mengadakan peraturan. Dalam organisasi wujud pehubungan sosial, di mana ahlinya berinteraksi secara rasional dan aktif, serta terdapat hieraki dan pembahagian tugas. Kecemerlangan organisasi semestinya memberi kesan positif kepada mereka yang terlibat. Pelanggan akan mendapat barangan atau perkhidmatan yang lebih bermutu, pengurus dan pekerja mendapat ganjaran yang lebih tinggi. Sebaliknya jika prestasi organisasi merosot, akan memberi kesan negatif kepada semua yang terlibat. Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan di mana pengetua adalah pemimpin yang bertanggungjawab atas jatuh bangunnya sesebuah sekolah. Kepimpinan pengetua adalah merujuk kepada kebolehan pengetua mempengaruhi, memotivasi dan mengubah sikap dan tingkah laku guru-guru, staf sokongan dan murid-murid bersikap positif, gigih dan penuh dedikasi untuk melaksanakan dasar dan program-program sekolah dan bagi mencapai visi, matlamat dan aspirasi sekolah Dengan kata lain kepimpinan pengetua merupakan faktor utama kecemerlangan sekolah. Sekolah cemerlang kerana pengetua dan pasukan kerjanya cemerlang. Sekolah cemerlang memerlukan seorang pengetua yang benar-benar mahir, yakin dan berkemampuan untuk menjadikan halangan sebagai satu cabaran, peluang sebagai satu kemudahan dan perubahan sebagai landasan kecemerlangan. Untuk mencapai kecemerlangan, sesebuah sekolah itu perlulah mencapai tahap optimum dalam aspek pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan am sekolah, pengurusan kewangan dan penguruan prasarana dan penyelenggaraan sekolah. Sebagai pemimpin sekolah, pengetua seharusnya dapat melaksanakan pelbagai usaha dalam menerapkan lima Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kecemerlangan sekolah. Prinsip tersebut ialah Niat Yang Betul, Perlakuan Yang Baik, Penggerak Ke Arah Kebaikan, Memperkotakan Apa Yang Dikata serta Berdisiplin Dan Beradab.
1. Niat Yang Betul
Niat yang betul dalam Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia bermaksud melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul sebagaimana yang dituntut oleh ajaran agama (KPM, 1999). Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup. Dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan seperti amanah, benar, bijaksana, sentiasa bersyukur, dedikasi , ikhlas, tidak riak atau menunjuk-nunjuk, bekerja bukan kerana terpaksa dan penyayang akan mendorong guru-guru dan staf sokongan melaksanakan tugas pada landasan yang betul. Pada mesyuarat awal tahun, penekanan terhadap peri pentingnya guru-guru mengamalkan dengan ikhlas dan jujur nilai-nilai tersebut dan menjadikan kerja sebagai satu ibadah yang dituntut oleh agama. Pengetua menjelaskan kepada guru-guru dan staf bahawa sebagai penjawat awam, guru-guru dan staf hendaklah memperbetulkan niat bekerja daripada bekerja untuk mendapat gaji dan faedah kewangan semata-mata kepada konsep kerja sebagai amal ibadah untuk diri dan masyarakat. Dengan kesedaran yang mendalam dalam sanubari mereka, diyakini bahawa setiap kakitangan di sekolah akan dapat menghasilkan kualiti kerja yang tinggi kerana mereka sentiasa menyedari bahawa kerja yang mereka lakukan sentiasa dipantau oleh Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. Keimanan kepada Tuhan akan mendorong mereka melakukan pekerjaan yang terbaik agar diredai dan dirahmati oleh Allah. Pendapatan hasil kerja dengan niat yang betul akan mendapat kerahmatan kerana ia halal. Daripada pemerhatian dan pemantauan yang dilakukan, didapati berlaku perubahan tingkal laku hasil kesedaran yang mendalam terhadap tanggungjawab dan amanah yang dipikul berjaya menghasilkan kualiti dan keberkesanan dalam tugas. Tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna dan tepat pada waktunya. Guru-guru dan staf sokongan telah dapat menjalankan tugas utama dengan tekun di samping tugas-tugas tambahan sebagai satu tanggungjawab bersama dan dilaksanakan dalam semangat kerjasama tanpa rungutan. Mereka menyedari bahawa ganjaran yang mereka akan peroleh bukan sahaja di dunia malahan juga di akhirat. Penerapan nilai-nilai Islam yang diterapkan ini juga dapat diterima dan bersesuaian dengan kepercayaan dan anutan agama dalam kalangan guru-guru bukan Islam. Natijahnya didapati dalam kalangan guru-guru jelas 98 peratus dapat menepati aspirasi dan Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Contohnya bilangan guru dan staf yang datang lewat amat berkurangan kecuali atas sebab-sebab kecemasan.
Seterusnya dalam kalangan guru-guru baru, mereka dikehendaki melafazkan Aku Janji bagi memastikan mereka memahami serta menghayati matlamat sebenar menjadi seorang guru. Aku Janji adalah suatu kontrak antara penjawat awam dengan majikan. Penjawat awam mesti memahami, menghayati dan mematuhi Aku Janji sebagai asas kepada amalan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam (P.U(A) 395). Peraturan-Peraturan Pegawai Perkhidmatan Awam Bahagian II Para A(2)(a)-(j). Aku Janji ini amat penting bagi memastikan semua guru baru menyedari bahawa apabila mereka melaporkan diri sebagai penjawat awam, secara automatik mereka telah terikat dan tertakluk kepada peraturan-peraturan am penjawat awam. Sebarang keingkaran yang dilakukan , tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada mereka. Selain itu, pada setiap sambutan Hari Guru pula saya bersama-sama semua guru melafazkan Ikrar Guru bagi membaharui azam dan janji untuk berkhidmat dan melaksanakan tanggungjawab serta amanah dengan cemerlang. Ikran dan janji yang diucapkan di hadapan murid-murid dapat membugar dan memperkukuhkan semula azam dan kesedaran guru-guru bahawa dengan niat yang betul sahajalah kepuasan akan dapat dirasai apabila ramai atau semua murid mencapai kecemerlangan dalam bukan sahaja dalam akademik, malahan juga kokurikulum dan sahsiah diri.
Dengan niat yang betul akan meningkatkan kualiti kerja guru-guru dan staf sokongan. Selain mesyuarat awal tahun, mesyuarat bulanan pentadbir, mesyuarat bulanan guru-guru, staf dan kurusu profesionalisme bagi meningkatkan kecemerlangan mereka, pengetua sentiasa menekankan aspek kualiti dan keberkesanan kerja sebagai satu budaya yang perlu diamalkan secara berterusan dan istiqamah. Untuk mengamalkan budaya kerja cemerlang , ia bermula dengan niat yang betul, konsep ilmu yang betul, amalan yang betul, dinilai dan ditambah dengan amalan rohani secara berterusan. Antara pengisian dalam kursus profesionalisme ialah ceramah daripada pegawai Jabatan Pelajaran Johor mengenai pengurusan tatatertib penjawat awam, PT MC Care yang menyentuh tentang pentingnya mematuhi peraturan dan etika kerja, pemantapan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran di samping pembudayaan ICT dalam kalangan guru dan staf sokongan.
Pemantapan nilai murni diperkukuhkan lagi dengan Program Membudayakan Al-Quran bagi guru, staf Islam dan murid-murid Islam manakala Program Penerapan Nilai-nilai Murni bagi guru dan murid-murid bukan Islam, pada waktu yang sama setiap pagi Jumaat. Justeru diharapkan agar berlaku perubahan positif dalam kalangan kakitangan khususnya darpada bekerja kerana kena arah atau disuruh kepada bekerja secara sukarela dan menawarkan diri, dari mudah berpuas hati kepada sentiasa ingin memperbaiki, dari bekerja untuk mendapat gaji kepada bekerja untuk amal ibadah diri sendiri dan masyarakat, dari menggunakan kuasa sebagai satu peluang untuk mengaut kekayaan dan disalahguna kepada kuasa sebagai satu amanah, bersikap adil dan akauntabiliti, dari menyusahkan dan dibenci pelanggan kepada diutamakan dan dihargai pelanggan, dari berpuas hati dengan ilmu yang ada kepada sentiasa belajar dan meningkatkan penguasaan ilmu, dari memberi layanan yang kasar, lambat dan menyusahkan kepada mesra, cepat dan memudahkan, dari mengkritik dan mencari kelemahan kepada menghargai dan mencari kehebatan, dari menunggu dan lihat sahaja peluang yang ada kepada mencipta dan mencari peluang, dari tidak menghargai kemudahan kepada menghargai dan menjaganya, dari mementingkan diri sendiri kepada mengutamakan orang lain, dari menyalahguna dan memanipulasi pengetahuan kepada disebar dan dikongsi dan dari menafikan kesalahan dan meminta bukti kepada mengaku dan meminta maaf. Perubahan sikap ini amat penting ke arah pembudayaan kerja kelas pertama yang seterusnya menghasilkan kecemerlangan organisasi.
Sebagai pemimpin, pengetua perlu sentiasa memastikan perhubungan yang baik dan mesra sentiasa terjalin dalam kalangan semua guru, staf dan murid-murid. Penekanan terhadap peri pentingnya hubungan baik, bekerjasama, faham-memahami, bertolak-ansur, hormat-menghormati dan sebagainya sentiasa   dinyatakan bukan sahaja semasa perhimpunan mingguan, mesyuarat guru, mesyuarat staf, perjumpaan dengan murid asrama tetapi juga semasa mesyuarat bersama PIBG. Suasana harmoni yang terjalin menjamin kesejahteraan, ketenteraman dan keselesaan kepada murid untuk belajar dan guru untuk mengajar serta kepada staf yang menyumbang kepada kelancaran dan kesempurnaan sistem penyampaian kepada pelanggan di sekolah. Memperkukuhkan hubungan silaturrahim amat dituntut agama bagi menjamin kesejahteraan dan keseronokan bekerja di tempat kerja. Dengan merasai keseronokan bekerja guru-guru dan staf sokongan akan berasa gembira dan ingin kekal lebiih lama dalam perkhidmatan di tempat kerja dan seterusnya memberi sumbangan bakti kepada organisasi dengan hati terbuka dan sanggup berkorban masa, tenaga bahkan wang ringgit semata-mata untuk kepentingan organisasi sekolah.
Walaupun cara kerja segelintir kakitangan masih perlu ditingkatkan supaya lebih baik lagi, namun sebahagian besar kakitangan dapat mengurus masa dengan lebih baik dan bekualiti. Seterusnya kesan positif tidak terhenti di sini sahaja, bahkan kesan jangka panjang yang berlaku ialah merealisasikan kemenjadian murid menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya menjadi modal insan kelas pertama sebagaimana yang diharapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
2. Perlakuan Yang Baik
Perlakuan yang baik merujuk kepada melakukan tugas dengan sempurna ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Sebagai pemimpin, pengetua  sentiasa menekankan tentang perlakuan yang baik amat perlu diamalkan pada setiap masa. Guru, staf sokongan dan murid sentiasa ditegaskan agar sentiasa bertutur dengan baik, menunjukkan penampilan diri yang kemas, bersih dan bersopan sepanjang masa agar dapat memberi kepuasan kepada pelanggan, menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usahanya dan organisasi.
Sebagai pemimpin di sekolah, pengetua dapat menerapkan prinsip perlakuan yang baik dengan melaksanakan ‘Kempen Budi Bahasa Budaya Kita’ setiap tahun pada bulan Mac. Melalui kempen serupa ini warga sekolah dapat mengamalkan budaya berterima kasih terutama dalam kalangan guru, staf dan murid-murid terhadap segala usaha-usaha dan pencapaian yang telah dicapai oleh mereka. Budaya berterima kasih ini bukan sahaja diamalkan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, tetapi juga dalam apa juga perkara yang dilaksanakan. Dalam perhimpunan mingguan pada setiap hari Isnin, budaya berterima kasih dapat ditonjolkan melalui ucapan terima kasih pengetua atas sumbangan guru dan murid-murid dalam setiap aktiviti sama ada di peringkat sekolah, daerah atau negeri serta peringkat yang lebih tinggi lagi tanpa mengira aktiviti atau pertandingan itu mencapai kejayaan utama ataupun tidak. Yang jelas dapat difahami oleh guru dan murid adalah setiap usaha yang telah dilaksanakan akan dihargai sekurang-kurangnya dengan ucapan terima kasih dan tahniah.
Budaya berterima kasih juga perlu diterapkan dalam kalangan guru dan staf sokongan serta staf swasta bagi mewujudkan keharmonian di tempat kerja. Pengetua perlu memahami bahawa keupayaan, kemampuan dan tahap pendidikan, kematangan serta penerimaan kakitangan adalah berbeza-beza. Oleh itu pengetua perlu mengamalkan pendekatan yang berbeza bagi memastikan kakitangan dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Dalam melaksanakan tugas, pengetua perlu mempunyai kebolehan mengurus pelbagai peranan yang mereka perlu lakonkan dalam proses pelaksanaannya (Small, 1974). Oleh hal yang demikian, kemahiran pengetua dalam ‘membaca’ segala aspek dari guru dan staf sokongan adalah penting. Pengetua boleh menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan cara berdepolmasi, logik dan boleh diterima oleh mereka.
Selain itu, perlakuan yang baik diperkuatkan lagi dengan amalan budaya hormat-menghormati seperti ucapan salam dan selamat sejahtera kepada kakitangan dan murid-murid. Budaya bersalam-salaman antara pentadbir dan kakitangan sejenis ketika berjumpa di mana-mana dalam kawasan atau luar kawasan sekolah menguatkan lagi hubungan silaturrahim. Begitu juga dengan pelanggan yang hadir, mereka juga akan dilayan dengan sopan dan berbudi bahasa oleh pentadbir, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid. Dengan itu imej sekolah dapat digambarkan sebagai sebuah organisasi pendidikan yang berjaya memupuk dan menerapkan nilai berbudi bahasa dan bersopan. Kursus berkaitan etika dan protokol diberikan kepada guru dan staf sokongan untuk memantapkan penghayatan dan amalan tersebut dalam kehidupan seharian di tempat kerja.
Selain itu amalan kebersihan fizikal dan minda merupakan perlakuan yang baik yang saya terapkan di sekolah. Program Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas pada setiap minggu juga menjadi perangsang kepada semua guru tingkatan dan murid-murid memastikan kelas masing-masing sentiasa mengamalkan kebersihan pada setiap masa. Sekiranya kelas mereka mendapat markah tertinggi dalam penilaian program tersebut, guru dan murid kelas berkenaan akan berasa bangga dan dihargai apabila selain diberi ucapan tahniah, mereka akan diberi ganjaran berupa sijil dan ‘banner’ serta sedikit wang untuk terus mereka gunakan bagi menceriakan kelas. Hasil daripada program ini didapati keseluruhan kelas sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan kelas sentiasa ceria. Pengetua juga harus sentiasa mengingatkan semua guru semasa mesyuarat pentadbir, mesyuarat guru dan juga hari profesionalisme atau dalam ucapan perhimpunan agar mereka memastikan dulu kebersihan persekitaran kelas sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran supaya amalan mementingkan kebersihan ini menjadi ikutan dan amalan sebenar murid di mana sahaja mereka berada.
Selain itu, sebagai pengetua perlu sentiasa mengamalkan kepimpinan melalui teladan dengan menunjukkan amalan-amalan yang baik seperti bersih, cekap dan amanah supaya guru-guru dan staf sokongan mencontohi perlakuan tersebut. Pengetua harus bertindak sebagai ‘role model’ dengan memperlengkapkan diri dengan sikap, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Sebagai pemimpin, pengetua amat mementingkan ketepatan waktu dalam kalangan guru dan staf sokongn. Semua subordinat mesti mematuhi waktu kerja yang telah ditetapkan ketika masuk kelas, makmal, bengkel, mesyuarat dan juga majlis-majlis rasmi serta kursus-kursus di sekolah atau di luar sekolah. Sebagai pemimpin, pengetua juga hendaklah memastikan kehadirannya ke sekolah lebih awal. Dengan kehadiran awal ini pengetua mempunyai masa yang cukup untuk memantau kehadiran guru-guru, staf dan murid-murid ke sekolah. Sekiranya guru dan staf hadir lebih awal, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dilaksanakan tepat pada waktunya dan seterusnya waktu instruksional dapat dilindungi. Ini amat penting bagi memastikan waktu hak murid dapat diberikan kepada mereka dan murid dapat menerima ilmu dan kemahiran sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pekeliling Iktisas Bilangan 2/1981. Pengetua akan bersama-sama dengan guru bertugas memantau kehadiran di pintu masuk utama sekolah. Selain dapat memantau kehadiran mereka pengetua juga dapat memantau keselamatan murid dan juga gelagat ibu bapa yang yang menghantar anak-anak ke sekolah. Melalui pemantauan di pintu masuk sekolah, dapat meningkatkan kepatuhan menepati masa dalam kalangan kakitangan dan pelajar-pelajar. Selain itu, pemantauan melalui ‘management by walking about’ ke semua kawasan sekolah yang dilaksanakan memudahkan pengetua memantau ke seluruh kawasan sekolah. Melalui pemantauan secara meronda pengetua akan dapat memantau kebersihan dan keceriaan kelas dan kawasan sekolah, tahap keselamatan sekolah dan juga pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal. Tindakan semerta perlu diambil sekiranya terdapat kelas-kelas yang tidak ada guru atau guru yang lambat masuk ke kelas dengan menghubungi guru tersebut atau merujuk jadual guru ganti yang disediakan oleh Penolong Kanan. Penggunakan Buku Rekod Pengesanan Murid Ponteng Kelas dapat mengurangkan kes ponteng kelas. Pengetua juga sentiasa menegaskan tentang perlunya semua guru dan staf sokongan mematuhi ketepatan waktu penghantaran surat atau laporan atau kepada pengetua atau kepada Pejabat Pelajaran Daerah,Jabatan Pelajaran Negeri, Jemaah Nazir Sekolah atau Kementerian Pelajaran dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
Kesimpulannya, dalam kepimpinan melalui teladan, apa pun yang kita harap orang lain buat, jika kita sendiri tidak melakukannya, ia tidak akan berjaya. Walau bagaimanapun jika masih ada segelintir atau seorang dua yang masih lambat, pengetua perlu bertemu dan menasihati mereka mengenai hal tersebut. Dalam pertemuan itu, penjelasan perlu diberi tentang pekeliling-pekeliling dan peraturan berkaitan seperti PKPA, PIN dan sebagainya. Perubahan jelas berlaku kerana mereka yang terbabit dapat menerima tindakan tersebut. Dengan melaksanana usaha-usaha ini kecemerlangan sekolah pada keseluruhannya dapat ditingkatkan. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diberikan kepada lapan peratus guru dan staf sokongan bagi menghargai komitmen dan usaha yang telah ditunjukkan sepanjang tahun. Ganjaran serupa ini jelas memberi motivasi kepada kakitangan untuk terus menunjukkan kualiti-kualiti yang baik sebagai seorang penjawat awam.
3. Penggerak Ke Arah Kebaikan
Prinsip kerja Penggerak Ke arah Kebaikan bermaksud menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan. Sebagai pengetua dan pemimpin sekolah hendaklah berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat. Selain itu pengetua juga harus sentiasa menjadi pekerja yang terbaik (KPM, 1999). Pengaruh dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kecemerlangan sekolah di bawah kepimpinannya. Pengetua sekolah adalah kakitangan terpenting di peringkat sekolah. Pengetua merupakan jawatan tertinggi di peringkat sekolah menengah, dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah dan persekitarannya (Jemaah Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan, KPM, 1993). Selaku pemimpin sekolah, pengetua mestilah dapat menjelaskan hala tuju melalui visi dan misi sekolah. Visi dan misi sekolah mestilah difahami, dihayati dan dikongsi oleh semua wagra sekolah. Contohnya SMK(P) Temenggong Ibrahim Gemilang Di Malaysia Menjelang 2010. Penjelasan tentang visi dan misi sekolah boleh dilakukan pada mesyuarat pertama awal tahun persekolahan dan juga semasa perhimpunan sekolah. Visi dan misi sekolah juga perlu dipaparkan di semua tempat strategik seperti di pejabat, di dewan, di bilik guru, di makmal, di bilik-bilik mesyuarat, makmal dan juga dipaparkan di blok-blok bangunan yang strategik serta dipaparkan dalam Laman Web Rasmi Sekolah agar dapat dokongsi oleh semua warga sekolah dan stakeholder. Setiap anggota organisasi perlu mengetahui dan menghayati visi dan misi serta bidang tugas dan tanggungjawab serta akauntabiliti masing-masing. Diyakini, jika seluruh warga sekolah jelas tentang wawasan sekolah dan tindakan untuk mencapainya, sudah pasti kecemerlangan sekolah akan dapat dicapai. Standard atau piawaian organisasi dan sasaran pencapaian juga perlu dijelaskan . Kriteria Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan tindakan tatatertib atas salahlaku anggota juga dijelaskan. Visi sekolah boleh dicapai melalui kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Bagi merealisasikan visi tersebut pengetua mestilah dapat menterjemahkannya melalui perancangan strategik sekolah yang telah dirancang melalui kerja sepasukan.
Dalam melaksanakan segala perancangan strategik pengetua tidak mungkin melakukannya seorang diri. Oleh hal yang demikian pengetua harus menurunkan kuasa melalui ‘empowerment’ kepada subordinat iaitu guru-guru penolong kanan, guru-guru kanan mata pelajaran dan uru-guru cemerlang. Banyak tugasan yang dilaksanakan secara bekerja sepasukan umpamanya pemantauan pengajaran dan pembelajaran, pemantauan buku latihan murid diturunkan kuasa kepada barisan pentadbir dan guru-guru kanan mata pelajaran, pemantauan kokurikulum dan hal ehwal murid diturunkan kuasa kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan HEM. ‘Empowerment’ yang diamalkan berupaya membimbing dan mendedahkan golongan pelapis untuk mengurus dan melaksanakan tugas bersama-sama. Ini akan menjadikan rasa kekitaan dan tanggungjawb terhadap kecemerlangan organisasi merupakan tanggungjawab bersama. Jaya atau tidaknya sekolah adalah bergantung kepada komitmen semua anggota dalam pasukannya.
Sebagai pemimpin transformasi, pengetua sentiasa memberi sokongan secara individu dengan menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada guru-guru dan mengambil berat tentang perasaan dan keperluan mereka. Pengetua juga sering menunjukkan pengharapan untuk melihat kecemerlangan, kualiti dan hasil kerja yang terbaik daripada guru-guru dan staf sokongan. Selain menggalakkan budaya kerja sepasukan, pengetua selalu memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk membantu kerja-kerja yang mencabar. sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan guru-guru dan staf sokongan dan mengelakkan kecurigaan dalam menjalankan tugas. Pengetua juga membentuk permuafakatan dengan menggalakkan penglibatan guru-guru dalam membuat keputusan dan menanamkan sifat-sifat kepimpinan kepada guru-guru. Pengetua juga sentiasa menunjukkan sifat keterbukaan untuk membuat perubahan berdasarkan idea-idea atau kefahaman baru. Guru-guru dan staf sokongan boleh berjumpa untuk menyatakan pandangan, permasalahan atau berbincang mengenai tugas pada bila-bila masa kerana pintu pejabat sentiasa terbuka. Karenah birokrasi perlu dielakkan. Oleh hal yang demikian setiap guru dan staf sokongan boleh berbincang dengan pengetua bukan sahaja di pejabat tatapi juga di mana-mana tempat dan masa yang sesuai. Dengan itu guru-guru dan staf sokongan lebih mudah dapat menyel